• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tak Tahan

  • kiut


  • kiut sangat


  • comelnye...


  • tak boleh tahan lah...


  • tapi sayang, sebab kiut sangat..


  • NGEE~ (fav word saya)


  • cepatlah.....





ketagih nak makan ice-cream

What A Funny Ghost Story

Pernah tak tengok cerita Sleepy Hollow yang Johnny Depp berlakon sekitar tahun 1999. Aku ingat lagi cerita ni aku tengok dekat asrama masa aku form 1. Dengan bayaran cuma RM0.50 (saje je nak tulis RM biar nampak mcm mahal..ngee~), kami dibenarkan memasuki dewan yang cukup besar yang mempunyai skrin layar yang juga cukup besar. Cuma kena duduk atas lantai la, maklumlah dewan sekolah kan. Pergh, time tu aku rasa aku sorang la yang paling berani tengok cerita hantu sebab bila ada tayangan cerita hantu, kawan-kawan aku mesti ajak aku, and pastu diorang duduk belakang aku konon-konon macam menyorok la daripada TERtengok cerita hantu tuh.

Time tu pun aku memang rasa diri aku berani pun sebab apa, sebab bila aku tengok sekeliling kan, aku sorang je yang tengok cerita hantu tak tutup mata. Yang lain tak payah cakap lah, ada yang tutup mata dengan tangan, dengan bantal pun ada, siap bawak bantal busok masuk dewan. Aku memang rasa cool gila la time tuh. Cehhhh. Tapi yang peliknya, aku kalau tengok cerita hantu, aku tak tutup mata tapi aku tutup mulut. Tahu tak kenapa? HA HA HA HA. Ni cara aku dari dulu kalau tengok cerita hantu sebabnya kalau aku terkejut dengar orang menjerit atau aku sendiri terkejut, tak adalah suara aku terkeluar. Ececeh. Konon nak cover la.

Tu dulu la, tapi sekarang ni, kalau aku tengok cerita hantu, memang tak ada nak rasa takut punya. Tutup mulut, dah tak payah dah, tutup mata, jauh sekali. Yang peliknya aku makin gelak adalah. Tak boleh tahan aku tengok cerita hantu sekarang. Nama cerita hantu, tapi boleh lak gelak-gelak. Aku rasa director and producer tu tersalah classified diorang punya drama la. Tak caya korang tengok la cerita Puaka Niyang Merepek (Rapik actually tapi aku yang tukar). >Sila klik kalau nak baca komen lagi klaka<. Aku rasa hantu tu mati belum sempat dia pakai braces. Tu yang berterabur gigi. Lawak-lawak. Tengok je gigi aku sekarang nih. Dah rata dan cantik, tapi gigi aku sebelum ni tak adalah jongang macam gigi hantu tu. NGEE.

Tak paham betul aku, macam mana la diorang leh buat cerita yang mengarut macam tu. Pelik bin ajaib (anak sape nih?). Kalau nak compare dengan cerita sebelum ni, (apa tajuk dia? Kekasihku Seru ek?) memang tak boleh lawan la dengan kualiti video dia lagi and sound effect yang memang aku rasa gempak la untuk drama Malaysia. HA HA HA HA. Sesiapa yang yang ada pasang niat nak buat cerita hantu tu, pikir-pikir la dulu, buat research ke, ape ke, ni macam ASAL BOLEH je. Ni cuma pandangan aku, terpulang la orang lain kan. Lain manusia lain citarasa. Cuti-cuti Malaysia ( ada kaitan ke?) Abaikan.


## Mak saya baru saja menelefon saya.
Yahoooo!
Emak membelikan sesuatu untuk saya.
NGEE~
Tapi..
.
.
.
.
.
Emak saya tak jadi pulang hari ini.
T___________T
Dia pulang esok.
T___________T
(warna merah sebab saya nangis air mata darah)

Emak Yang Tidak Menelefon Anaknya

Bosan betul hari ni. Awal-awal pagi lagi dah rasa bosan. Belum sampai tengahari lagi. Em, tu la siapa suruh jadi rajin sangat semalam buat kerja untuk esok sampai next week. Dah hari ni tak tahu nak buat apa. Padan dengan muko den. This Sunday aku akan pergi ke KL sebab ada urusan. Ececeh, no lah. Actually next Monday ada interview dekat Bukit Bintang. Mula-mula tu rasa macam malas nak pergi sebab dah tak bersemangat dah nak pergi interview. Tapi, disebabkan aku dapat interview yang sama dengan coursemate aku yang satu kepala, tu yang aku terus setuju nak pergi. Siap suruh recruit company tu call lagi kawan aku nih.

Sebenarnya aku tak adalah mengharap sangat nak dapat kerja tu, walaupun gaji yang ditawarkan memang tinggi dari gaji aku sekarang. Tapi tu semua rezeki masing-masing. Kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, cuba lagi lain kali (macam ayat dari juri rancangan realiti TV kepada peserta-peserta yang tersingkir je). Nampak macam putus asa je, tapi sebenarnya tak. Aku dah lama fikir benda ni. Aku rasa aku ni seorang yang independent. Tak suka bergantung pada orang lain. Aku suka buat kerja aku sendiri melainkan aku tak tahu baru aku tanya orang. Bukannya aku selfish or sombong or apa-apa la yang korang nak describe aku, tapi tu memang aku. Sekarang ni aku dah pikir aku tak nak kerja bawah orang sebab aku rasa aku nak jadi bos je. HEEEE. Ada ke orang nak ambil fresh grad terus jadi boss sedangkan pengalaman ciput and ada yang 0? HA HA HA. Kalau ada company tu mesti ambil risiko gila. Lagi kalau amek orang macam aku, mau lingkup. Enjoy je memanjang.

Stop lah cerita pasal kerja ni. Malas nak pikir panjang-panjang. Ada banyak benada lagi yang perlu difikirkan. Kenapa harga beras tak turun-turun ke sedangkan harga minyak dah turun 5 kali. Turun pun sikit je setakat beza RM2 je. Kenapa harga barang runcit pun tak turun-turun jugak sedangkan masa harga minyak naik diorang semua sibuk nak naikkan harga barang. Sekarang, bila harga minyak dah turun, diorang tak pulak turunkan harga. Jadikan alasan tanam sayur tak guna minyak la, tak guna petrol. Abes yang dulu kau naikkan harga sayur masa tu kau tanam sayur pakai pertol ke? Hai, apek-apek. Kalau dah namanya apek tu apek jugak. (cara aku pikir memang macam cara PM pikir. HA HA HA)

Aku tengah rindu gila kat someone nih. Emmmmm, EMAK aku la. Sejak dia sampai Singapore, tak ada call aku langsung. Mentang-mentanglah aku tinggal kat sini, terus lupakan aku. Apa nak buat, terima je la. Tapi tak apa, bila emak aku balik nanti konpem aku cukai dia abes-abes (cukai tu macam pow la). Dah la, nak bayar bil telefon kejap. Ada masa nanti update lagi. Tapi aku perasan, lately ni aku macam malas nak update blog aku. Tak tau kenapa. (????)



##lelong-lelong, selonggok RM10 je.
Lelong-lelong.
Murah-murah.
(aku jual entry merepek hari ni)


This picture was published in NST last Ramadhan.
Two from left: That's me, wearing red blouse.
NGEEEE.
Malu, tak nak tunjuk muka.
(klik gambar untuk tatapan lebih jelas)

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan

Saya merasakan dengan menulis blog secara serius adalah sangat tidak seronok atau dalam erti kata lain sangat tidak best. Maka dengan itulah saya telah berfikir bahawa saya perlu berjenaka sedikit dan tidak perlu terlalu serius melainkan sesuatu perkara itu perlu diceritakan secara serius. Oleh yang demikian, saya ingin mensenaraikan beberapa (apa ek?? tak tahu nak kata apa) _ _ _ (sila isikan tempat kosong) berkaitan blog saya ini. HEEEEEEE.
  1. Kadang-kadang penggunaan bahasa yang skema adalah sangat seronok. Sebab itu saya gemar menggunakan bahasa skema sedangkan di rumah saya tidak pernah menggunakan bahasa skema.
  2. Lawak yang kadang-kadang timbul secara tidak sengaja boleh mendatangkan rasa sakit hati atau iri hati (aik?) kepada sesiapa sahaja, maka saya ingin meminta maaf terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang salah faham kelak. (Ececech)
  3. Apabila berlaku puji-pujian terhadap diri sendiri adalah diluar kawalan diri saya kerana jari terlalu asyik menaip untuk menulis ayat-ayat yang berunsur angkat bakul. Diharap kalian mengerti dengan situasi yang diluar kawal saya itu.
  4. Jika sesiapa yang berminat utuk menukar link dengan saya, jangan malu-malu dan jangan segan-segan kerana saya tidak mengenakan sebarang bayaran pun kepada anda, malah bilangan kawan anda akan bertambah kepada 1 menjadikan bilangan kawan anda ialah sebanyak X + 1 (X ialah bilangan rakan yang sedia ada).
  5. Sebarang komen yang anda tinggalkan adalah sangat dihargai, dan janganlah berasa jemu untuk terus menghantar komen kepada saya. Anda juga janganlah berkecil hati sekiranya saya tidak menghantar komen kepada anda semula kerana silalah faham saya kerana saya mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan (konon buat sangatlah kerja tu). Jika saya mempunyai masa yang banyak, sudah pastinya saya akan pergi mensebokkan diri di blog rakan-rakan untuk menghantar komen sehinggakan anda sendiri tidak mempunyai kesempatan untuk membalas kelak.
  6. Kadang-kadang saya terperasan seperti DIVA di dalam blog saya, dan saya amat berharap sanda semua faham kerana ini blog saya. Kalau anda juga ingin mendiva di blog saya juga apa salahnya, silakan kalau anda berani. HEEEEE.
  7. Kadang-kadang saya juga ada membuatkan entry yang berunsurkan ilmiah. Dan saya amat berharap sangat anda jangan mempercaya saya 100% kerana anda perlu percaya saya 200%. HEEE. Saya joking saja. Jangan terlalu percaya dengan apa yang saya kata kerana ia kadang-kadang adalah berunsurkan hiburan serta jenaka sahaja.
See, sebenarnya saya ada banyak lagi perkara yang hendak ditulis tetapi hati saya berkata jangan. Maka, saya pun turutlah kata hati. Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya ni. Walaupun sebenarnya saya rasa blog saya adalah sangat membosankan tetapi saya sayang blog saya (sebab blog saya comel). HWEEEEEE.

Emak Saya Pergi Meninggalkan Saya

Kepada sesiapa yang menanti-nanti aku mengupdate blog (ada ke orang tunggu?), sorry la buat kalian tertunggu-tunggu. Ada masalah dengan internet connection tadi ditambah lagi dengan cuaca hujan dekat sini. Sorry for the late. Sebenarnya hari ini saya berasa sedikit sedih sebab emak saya akan pergi meninggalkan saya. Sedih maa, walaupun kami jarang berjumpa, tapi rasa sedih tetap ada. Tapi, sebelum emak pergi meninggalkan saya tadi, dia ada memberi saya duit. Yahuuu. Sepatutnya saya yang membagi emak saya duit, tapi terbalik pula. Tidak apa, emak saya sayang saya. He He He.

Emak saya akan pergi meninggalkan saya selama beberapa hari, mungkin seminggu katanya. Tapi saya sudah berpesan kepada emak supaya membelikan buah tangan kepada saya apabila sampai di negara orang kelak. Tolonglah jangan lupakan anak dia yang sangat comel ni sendirian. Kesian dia. (anak dia yang comel adalah merujuk kepada orang yang sedang menaip ini,he he he). Sebenarnya emak saya bukan pergi jauh sangat, emak saya cuma pergi ke negara orang yang terletak di seberang Tambak Johor. Tahu tak negara apa yang terletak di seberang Tambak Johor. Ayoyo, Singapore lah. Saya tidak dapat ikut sebabnya, yang pertama : saya bekerja dan sebab kedua : pasport saya sudah tamat tempoh. Saya berasa sangat sedih ditinggalkan kerana saya sudah lama tidak pergi ke Singapore dan saya turut dapat merasakan bahawa Singapore pun turut rindu dengan saya. Singapore, wait for me! Ha Ha Ha. Lepas harga pasport turun baru nanti saya pasang azam pergi buat. Pasang azam sahaja. Belum tentu buat. Heeee.

Saya nak tatap wajah emak saya puas-puas sebelum emak saya pergi meninggalkan saya. Ta Ta Ta emak, hati-hati di negara orang (macam jauh sangat je). Jangan jatuh cinta dengan mamat bangla sudah, nanti abah cari minah Indonesia. HEEEEEEE (saya memang suka bergurau). Jangan lupa membeli ole-ole dari sana, and jangan sesekali pergi ke Indonesia bersama mak cik saya di sana tanpa pengetahuan saya, kerana saya tahu pasti dia akan bershopping sakan pabila sampai di sana kelak. Sila beritahu saya jika emak hendak ke sana, please (emak saya bacakah blog saya? rasanya tidak..). Sekarang saya nak pergi menangis kerana telah ditinggalkan oleh emak saya. T___________T (menangis dengan wajah yang sangat comel..hik)





## sepatutnya entry ni di post semalam, tapi ada mslh teknikal sikit.

Angin masuk perut tanpa lalu pintu

Hujung minggu yang lepas, saya telah menghabiskan masa secara berkualiti bersama keluarga. Ahaks! Seperti biasa, banyak aktiviti merepek yang kami buat dan ada 2 majlis yang kami attend.
  1. Aktiviti bergembira dan bermain api.
    Kanak-kanak riang (saya adalah kanak-kanak paling dewasa dalam kelompok tersebut) seperti kami memang gemar bermain api. Semasa kecil pun kami pernah dikejar oleh nenek kami kerana bermain api. Bermain api memang sesuai dilakukan diluar rumah yang mempunyai halaman yang luas. Halaman rumah nenek kami memang luas, sebab itu kami suka bermain api dihalaman rumah nenek kami. Kami bermain api bukan saja-saja atau suka-suka. Kami bermain api dengan penuh berhemah, cekap, telus dan juga beramanah. Amanah yang diperoleh dari mak cik kami (padahal dia tak ada mempesan pun kepada kami). Kami bermain api sebab rumput telah dipotong oleh tukang mesin rumput yang telah datang ke rumah. Setelah dipotong, maka kami dengan gagah membawa peralatan berkaitan seperti pengaut rumput , penyapu, lighter, mancis (gila api sebab tu pakai dua-dua) serta surat khabar lama.Setelah rumput kering itu dibakar, maka kami pun merakamkan aksi kurang sopan kami yang tidak sesuai untuk tuntunan umum kerana hanya kanak-kanak yang riang sahaja boleh menonton aksi tersebut.Maka, bermulalah sesi gila-gila dan pelbagai ragam telah dirakan secara senyap-senyap dan telah mengantoikan diri sendiri. Setelah itu, ditayangkan dikhalayak ramai bagi tujuan suka-suka untuk ketawa sampai berguling-guling. ~Tamat kerana tiada penerangan lanjut~
  2. Pakai baju cantik-cantik dan makan percuma 1
    Senang kan kerja? Cuma perlu pakai baju cantik-cantik kemudian dapat makan percuma. Kalau cakap pasal makan percuma siapa yang nak tolak kan, jauh pun sanggup pergi sebab ada perkataan PERCUMA. Tempat pertama kami diberi makan percuma kerana telah diadakan sebuah kenduri dan tahlil arwah Mak Long yang telah meninggal pada bulan Syawal yang lalu. Kami tanpa mengisi perut dengan sedikit makanan mahupun segelas air terus menuju ke majlis tersebut (niat pertama: baca yasin, niat kedua: makan free). Tamat baca yasin, kami dihidangkan dengan nasi beryani. Memang kaw-kaw punya sedap. Pulak perut memang tengah lapar, memang tak toleh kiri kanan dah, tengok nasi je dalam pinggan. Tapi perut saya telah membuat hal, bermacam-macam hal. Tiba-tiba perut mengembung seakan mahu meletup tetapi saya mengambil tindakan pantas dengan mengeluarkan angin. Lega sedikit. Tetapi, kesakitan tu berterusan sehingga saya meminta sepupu supaya memicit badan saya supaya angin terus keluar daripada mengelakkan saya terus dilanda sakit perut a.k.a gastrik. (angin keluar dari mulut bukan dari bawah) ~Tamat kerana tiada penerangan lanjut~
  3. Pakai baju cantik-cantik dan akan percuma 2
    Hari kedua pun kami diberi makan percuma. Tapi kali ini, nasi minyak dengan air oren dengan pencuci mulut iaitu cendol. Hari-hari makan nasi minyak. Kepala pun dah rasa high je. Sakit sana-sakit sini. Tapi free punya pasal, sakit-sakit pun makan jugak. Kali ni, bukan kenduri tahlil arwah tap kenduri kahwin dua pupu saya (entah la, tak tahu betul ke salah). Pun sedap jugak, masa makan memang tak toleh kiri-kanan. Memang pandang pinggan je. Sampai licin satu kawah kami sekeluarga makan (tipu). Cendol pun sedap sebab kebetulan cuaca memang sangat panas masa tu. Lepas makan, kami pun bla sambil berlumba kereta dengan kereta keluarga kami lagi satu. Nasib kami selamat sampai. ~Tamat, tiada penerangan lebih lanjut~
Perut saya buat hal lagi. Angin ni pandai-pandai je curi masuk ke dalam perut saya. Maka, saya rasa saya perlu melelapkan mata bagi mengelakkan rasa skit. * Bos, maaflah, saya tidak sihat. Tolong simpati kepada pekerja kamu yang tidak sihat ini. Tidak salah kiranya menghantar saya pulang ke rumah. *

Sudah over pulak budak ain ni, tak apa. Saya nak rehat sekejap. Kamu bacalah blog saya dulu, kejap lagi bila perut saya dah pulih saya baca blog kamu pula.

>>> RAINBOW <<<

MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, INDIGO , UNGU

Ni semua warna-warna pelangi. Tahu tak kenapa aku suka sangat dekat pelangi? Sebab pelangi adalah sangat colourful, sangat warna-warni. Sangat ceria. Segala-gala sangat. Macam tu jugak dengan emosi aku. Ada masa aku cool (adik aku selalu tanya maksud perkataan ni dalam bahasa melayu n aku selalu tak leh nak explain cm ne) , ada masa aku happy sampai melompat terkangkang, ada masa jugak aku marah sampai macam nak jadi hulk, ada masanya aku cam jiwang, ada masa aku blue (aik?) and macam-macam lagi la.

Pakar-pakar pun ada cakap, kita boleh menilai personaliti seseorang tu melalui warna kegemaran. Kalau macam aku yang suka semua kaler ni ape kes? Macam-macam personaliti la kot. Masa kat sekolah dulu aku pernah buat kuiz personaliti dekat bilik kaunseling. And the result selalunya cakap aku ni mempunyai banyak emosi yang tak boleh diduga. See, aku tidak tipu bukan?




**aku rasa nak berhenti secara tiba-tiba, so biarkan lah entry ni tergantung. He he he.




1st award

Thanx to Sarah Ezeeliyasebab telah menganugerahkan aku award ni. Huhu. Terharu dan bangga pun ada. Baru je 3 bulan memblog tapi boleh lak dapat award. Thanx again to Sarah.

And award ni aku nak bagi dekat semua kawan-kawan aku yang nama dia ada list dekat tepi side kiri. Korang yang selalu melawat blog aku and bagi komen kat aku. Korang semua memang best. Siapa yang link nama dia belum ada, cepat-cepatlah bagi tahu ek, nanti aku letak nama korang, pastu korang leh amek award nih.. Yeaaaaahhh!!!

Another Tag for Me

Aku kena tag lagi sekali oleh HoneyBee. Kebetulan pun aku memang tak ada modal lagi, so aku buat dulu tag ni atas permintaan orang yang men'tag' aku keh.

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.


7 facts about me
  1. Aku sangat suka makan coklat kerana coklat adalah sangat lazat. Bila tiba waktu-waktu tertentu, aku hanya akan memakan coklat sahaja tanpa mengendahkan makanan lain kerana coklat pernah berpesan kepada aku, 'jangan pandang makanan lain bila aku ada depan mata kau!'. Aku tahu, coklat cakap macam tu sebab dia pun suka makan aku macam aku suka makan dia. (??)
  2. Aku suka tolong mak aku masak. Suka tolong masak je, tak bermakna aku pandai sangat masak. Sikit-sikit la. Tapi selalunya jarang sekali la aku rajin nak tolong masak. Malas je lebih. Ha Ha Ha. So, point ni tak leh diguna pakai.
  3. Aku paling suka ketawa dan senyum. Ni sekarang la, dulu aku memang paling benci senyum sebab dulu gigi aku tak cantik. Sekarang gigi dah tersusun cantik, maka aku akan tersenyum tanpa disuruh sampai orang pun boleh pelik kenapa aku boleh sengih macam kerang busok tak pasal-pasal. (gila!). Actually, nak tayang kat semua orang yang gigi aku dah cantik sekarang. Puas hati aku pada siapa yang pernah ejek gigi aku dulu. Gigi aku lg cantik dari gigi kau. Ha Ha Ha.
  4. Menanam bunga adalah salah satu aktiviti yang akan aku buat time aku tak kerja. Dalam erti kata lain, tiap-tiap bulan aku akan beli pokok bunga dekat nursery pastu aku akan tanam kat rumah. Dalam sebulan sekurang-kurangnya 5 jenis pokok yang aku akan beli. Aku suka sangat tanam pokok bunga sebab bila time dia berbunga aku akan rasa puas hati. Kalau balik kerja tengok bunga pun hati aku jadi lapang. Masalah semua aku lupa.
  5. Duit. Setiap hari, setiap saat, setiap ketika hanya ni je yang aku fikirkan. Aku fikir macam mana nak buat duit dengan banyak dengan usaha yang setimpal. Tak main la 'bapak gula'. Sekarang, aku dalam proses untuk membuat bisnes yang masih lagi dalam perancangan.
  6. Aku pandai jahit. Ha Ha Ha. Gelak la kalau nak gelak. Tapi ni bukan lawak. Aku memang pandai menjahit tapi setakat jahit baju kurung je. He He. Dulu, aku pernah bercita-cita nak bukak butik tapi sekarang dah tak sebab aku dah minat dekat benda lain. yang lebih kurang sama. He he he.
  7. Aku suka buat lawak bodoh dekat rumah sampai kadang-kadang orang pun tak paham dengan lawak aku. Ha Ha. Lawak orang bijak memang macam tu, sukar utuk dimengertikan. Eceh2. (lawak bodoh-orang bijak --->apa akitan ek?)
  8. Ala, 7 je ke? Ada lagi banyak nak tulis ni. Huuuu.
6 perkara pelik
  1. Aku suka skipping malam-malam buta. Aktiviti sihat ni aku mula amalkan masa aku duduk kat kampus dulu. Setelah mula menyedari berat badan menaik secara mendadak, maka aku pun telah mengambil keputusan untuk membeli skipping dekat kedai RM2 supaya aku boleh gunakan untuk tujuan 'program menurunkan berat badan' walaupun sebenarnya tidak pernah berjaya.Selalu aku buat dalam pukul 12 ke atas la sebab time tu rumet aku semua dah tidur.
  2. Sebelum tidur, aku suka goyang-goyang kaki sampai aku tertidur. Dari kecik sampai sekarang, tabiat pelik ni memang tak boleh buang.
  3. Kadang-kadang, bila datang tebiat aku, aku suka dengar lagu dangdut. Tetiba je. Ha Ha Ha. Dangdut melayu la, dangdut Indon kocok-kocok aku tak suka. Kadang-kadang je, tak selalu pun. Sesekali layan best gak.
  4. Pantang nampak ada game baru kat internet, mesti aku nak main. Kalau bagi aku masa 1 hari suruh main game non stop pun aku boleh. Addict sangat dengan game sampai aku ada banyak koleksi cd game. Sampai tak termain dah. Ada satu masa tu, aku punya tangan sakit sangat sebab terlalu lama main game, and aku kena pakai wrist guard.
  5. Perfume dengan aku memang tak dapat dipisahkan. Aku memang suka beli perfume tapi, bila dah beli aku cam sayang nak pakai. Lagi kalau bau dia best gila, memang aku tak pakai. Tapi aku kena pakai gak, kalau tak rugi je beli, sebab nanti bau dah tak best.
  6. Kuku tangan dan kaki aku tak pernah panjang sebab bila panjang sikit je mesti aku nak potong. Tak boleh la kuku panjang, aku tak selesa. Sampai kawan-kawan aku pelik, kuku pendek pun nak potong. Serius, aku memang tak selesa bila kuku panjang.
  7. Actually, ada perkara yang lagi pelik. Tapi disebabkan dia suruh listkan 6 je kan, aku list 6 je lah.
Ala, aku malas lah nak tag orang lain. Tak pelah, korang baca je la ek. Aku tetiba jadi baik hati hari ni tak maun tag orang.

I LIKE TO MOVE IT..MOVE IT

Tadi pagi aku cerita aku suka main kawen-kawen dgn main masak-masak masa kecik kan? Sekarang tak lagi. Gila pe, mane boleh main kawen-kawen, kena kawen terus. Kalau main masak-masak tu boleh la kot. Haaaa. Sekarang ni aku sangatlah addict dengan bunga. Selalu sangat beli bunga sampai mak cik aku jadi jealous. Beli bunga hidup yang boleh ditanam. Nak ikutkan aku suka sangat dekat bunga ros tapi disebabkan bunga ros tak boleh tanam kat Malaysia sebab cuaca kat sini panas, so aku tanam la bunga lain. Nak tau bunga apa? Bunga..bunga.. em..malu la nak cakap. Nanti u gelakkan i. Janji u tak gelak? Ok2, i bagi tahu janji u jangan gelak eh? I suka tanam ........bunga tahi ayam. Kah Kah Kah. Tipu je. Tak de modal aku nak tanam bunga tahi ayam, tapi cantik juga what. Aku lagi suka bunga daisiy Cantik woo bunga daisy ni. Betul..(ada korang kata salah ke?) ntah.


Ni bukan bunga tipu tau, bunga betul yang telah ditanam di rumah serta berbunga dengan banyaknya. Ada banyak lagi kaler tapi yang lain belum berbunga sangat. Ni je yang tengah sakan berbunga. Ni kat rumah aunty aku punya. Kat rumah aku lain sikit.

.....bunga-bunga matahari, anggun mekar....

Nyanyi jap. Nak sambung tengok Madagascar jap. Ha Ha Ha. Aku selambe bek je bawak dvd pergi office. Time-time mengantuklah sesuai nonton. Haaaaa. Daa.

.....i like to move it move it... i like to ... move it...

**menyanyi dengan riang sambil melompat terkangkang**

Zaman kanak-kanak

Mula-mula sekali aku nak mintak semua orang, ikut arahan aku sebab aku akan membawa korang semua ke satu tempat. Okey, sit properly and fasten your seat belt. Are you ready? Ok, let's go!

Ha Ha Ha. Cam poyo je kan aku punya intro. Tak adalah, hari ni aku cuma nak imbas balik kenangan masa kanak-kanak dulu. Apa permainan yang aku suka main, apa hobi yang aku suka buat dan apa pulak cita-cita aku masa kecik-kecik dulu.

Masa korang kecik-kecik dulu mesti ada satu dua game yang korang suka main kan? Masa aku kecik-kecik dulu aku ingat lagi, aku suka main kawen-kawen dengan sepupu-sepupu aku. Masa tu memang kitorang boleh dikatakan hampir sebaya lah. Semua umur dalam lingkungan yang dekat-dekat je. Main kawen-kawen ni best, wa cakap lu. Lagi ada sorang mak cik aku yang sangatlah suka menyolekkan anak-anak buah dia. So, kalau kitorang main kawen-kwen memang macam jadi pengantin betul la. Tak ada tipu-tipu punya. Cuma tak ada pelamin je. Make up tak yah cakap la. Kalah wayang cina yang putih melepak tuh. Bila aku tengok balik album dulu-dulu ka, mesti aku gelak sakan bila tengok gambar kitorang lepas solek. Macam burung hantu mak cik aku kerjakan. Kalau main kawen-kawen ni, bukannya kawen pompuan dengan pompuan, kawen macam betol-betol la, ada pengantin lelaki dan pompuan. Yang pengantin lelaki tu sepupu lelaki aku. Ha Ha Ha. Sampai sekarang, dia dah besar kan, die jadi macam lembut sikit sebab main ngan budak-budak pompuan masa kecik.

Lepas main kawen-kawen, aku suka main masak-masak. Dulu masa kitorang kecik-kecik, boleh dikatakan hampir semua adik beradik mak aku duduk satu rumah sebab rumah pusaka nenek aku tu besar sangat, ada 8 bilik. Sebab tu kitorang rapat sangat macam adik beradik sebab membesar bersama. Main masa-masak ni, kitorang tak ada masak tipu-tipu punya. Kitorang masak betul-betul. Waktu-waktu kritikal cam pukul 2-3 cam tu kan waktu orang tengah rehat-rehat tido kan? Time tu la kitorang mulakan projek. Kitorang 'curik' tepung kat dalam kabinet dengan pewarna kuih sekalian alam, pastu kitorang bancuh and kitorang masak. Siap ada api semua. Tapi api kecik je la, main kat luar rumah. Bakar pakai kertas, tunku pakai batu. Kuali kitorang pakai tutup tin. Kitorang tak pakai minyak tapi kitorang pakai air. Ha Ha Ha. Merecik2 air bila tuang kat atas penutup tin tu. Time tu rasa macam dah pandai sangat la memasak, padahal....

Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang kitorang main masa kecik-kecik dulu. Tapi kalau aku nak cerita nanti korang bosan pulak baca sebab panjang sangat kan? So, aku nak ubah pada hobi aku masa kecik-kecik dulu. Masa kecik dulu, aku suka sangat kumpul stem. Berlumba-lumba dengan sepupu aku yang lain. Siap main tipu lagi, time dia tidur, g curik orang lain punya stem atau mak aku tolong komplot pegi beli stem kat kedai buku. Nak lawan stem sape paling banyak kan, sanggup main kotor. Cam ape je dulu-dulu. Selain kumpul stem, aku tak berapa ingat apa lagi hobi aku masa aku kecik dulu.




Aku ingat lagi, masa belum akil baligh, kalau orang tanya dah besar nak jadi apa? Mesti ramai yang akan jawab sama ada nak jadi doktor, cikgu atau polis. Tulah, tak ada lain. Tapi aku masa kecik lain sikit. Aku bercita-cita nak jadi pramugari. Sebab aku rasa jadi pramugari tu best, dapat naik kapal terbang pastu jalan-jalan g oversea. And lagi satu yang aku perasan, aku perasan aku cantik masa kecik-kecik. Ha Ha Ha. Agak-agak bosan nak jadi pramugari, aku tukar cita-cita aku. Dari seorang pramugari aku tukar nak jadi jurutera/arkitek. Pergh, memang tak leh bla la cita-cita. Nama pun cita-cita kan. Lainlah kalau angan-angan maunya aku nak jadi catwomen ke, wonder women ke. Masa tu, kat kelas, aku je yang nak jadi jurutera/arkitek. Yang lain semua nak jadi polis atau cikgu. Bosan betul aku. Tapi bila dah besar, mana-mana pun aku tak jadi. Aku jadi manusia biasa je. Cita-cita nak jadi jurutera tu boleh tercapai kalau mak aku bagi aku amek course engneering, tapi dia tak bagi. Seboleh-boleh nak aku jadi cikgu or pensyarah. Tapi aku tak minat, so aku pun ameklah bidang yang aku minat iaitu Matematik.






Mimpi dalam mimpi

Okeh! Tadi ada orang telah berbangga sebab nama dia telah disebutkan dalam previous entry. Ha Ha. Tak apa. Sekarang tak nak mention nama siapa-siapa sebab aku nak cerita pasal mimpi. Mimpi yang aku nak cerita ni bukannya mimpi basah, aik? Tidak sama sekali. Mimpi yang aku nak cerita ni adalah MIMPI DALAM MIMPI. Tahu tak apa itu mimpi dalam mimpi. Bukan janji tinggal janji tau tapi mimpi dalam mimpi. Mimpi dalam mimpi adalah merupakan suatu mimpi yang dialami semasa kita sedang bermimpi. Paham? Tak paham tak apa, kita proceed next paragraph.

2 hari sebelum ni, aku telah bermimpi yang sangat syok. Nak tahu? Jaga tepi kain orang je, cuba jaga tepi kain sendiri dulu. Siapa yang pakai kain la, yang pakai seluar tak payah. *abaikan* . Sekarang ni aku nak bercerita mengenai mimpi pertama yang aku alami 2 hari lepas lah. Okeh, mimpi die mcm ni.

Dalam mimpi tu, aku mimpi aku naik keretapi dari Rengit ke Kluang (kedua-dua tempat ni terletak di Johor). Aku tak tahulah, apa yang ada dekat Rengit ngan Kluang sampai aku boleh mimpi dua-dua tempat ni. Cuba la mimpi Paris ngan Italy ke, best sket. Ni ala, tempat biasa2 je. Em, abaikan. Okeh, nak dijadikan cerita, aku naik keretapi menuju ke Kluang untuk pergi bermandi-manda di laut. Aku tak tahu pulak selama ni ada laut dekat Kluang. Ada ke? Emm, xde la. Masa mandi tu memang syok gila la, aku siap pakai bikini lagi. Hu huuuu... Dalam mimpi tak apa. Kat situ memang ramai sangat orang mandi. Masa kitorang tengah syok2 mandi, tiba-tiba datang ombak macam tsunami tu. Tengah-tengah suspen ni tiba-tiba aku terjaga. Nasib tak basah katil aku. Haaaa. Tengok jam baru pukul 3 lebih, aku sambung balik tidur, ingat nak sambung balik mimpi, sekali tak boleh pulak. So, sampai pagi la mimpi aku tu tergantung macam tu.

Ni mimpi kedua aku masa malam semalam or malam tadi. Dalam mimpi aku ni, aku cerita dekat mak aku pasal mimpi yang aku mimpi haritu. Aku cakap la, aku mandi kat laut dekat Kluang, naik keretapi semua-semua. And dalam mimpi ni, aku siap tak kenal adik-beradik aku. Aku lupa nama diorang. Ntah pape punya mimpi ntah sampai aku bangun tidur pagi tadi macam lalok. Aku cerita dengan mak aku sebijik macam mimpi yang aku alami dalam mimpi pertama.

So, aku nak tanya ni. Korang tahu tak apa maksudnye? Ecececeh. Yang aku tahu, orang tua-tua cakap kalau mimpi air maknanya nak dapat rezeki. Kalau mimpi ombak? Nak dapat rezeki melimpah-limpah ke? He He He. Kalau mimpi dalam mimpi pulak? Saje je aku nak tahu.

Kata-kata Aluan

Emm, sebelum tu, nak ucap selamat datang la kepada readers baru. Blog pun sudah berwajah baru, dengan harapan bertambahlah pembaca baru. Harapan je, kalau tak dapat dicapai apa nak buat kan? *ngee* Terima kasih banyak-banyak kepada Sarah yang telah membantu aku menyelesaikan masalah remeh-temeh( bg dia la) sebab dia belaja buat semua benda ni. Aku tak pernah belaja sebab dulu aku belajar kira kebarangkalian orang mati, kira berapa pencen pada usia 87 dan sebagainya (kalau aku nak tulis nanti berjela-jela panjangnya). Nama-nama yang tak tertulis jagan kecik ati ek, korang tetap dihati aku. Thanx a lot!!

Baru aku tau, bukan senang nak deal dengan code-code yang entah pape lebih-lebih lagi tak pernah belajar. Sampai juling-juling mata aku cuba paham maksud-maksud code yang tersirat dan tersurat (ececeh). Nak siapkan templete ni punyalah seksa, mata aku sampai bengkak-bengkak asyik menatap pc siang malam, mulut aku sampai ternganga-nganga cuba nak paham, and the worst part air liur aku sampai berjijir-jijir keluar dari mulut. Ish, pengotor betul, patut lah dah berapa hari ni aku perasan keyboard aku asyik basah je walaupun hujan tak de lah tempias sampai masuk dalam office, musykil-musykil. *ayat kedua terakhir dalam perenggan ni adalah ayat yang direka-reka dan tidak pernah wujud pun keadaan seperti itu, harap maklum*.

Harap readers semua selesa lah dengan rumah baru ni. Shoutbox pun ada 2. Boleh komen kat mana-mana aku tak kesah sangat. Nak komen kat dua-dua lagi aku suka. Ada kesempatan aku balas, aku lawat balik blog korang n bagi komen-komen bernas jugak. He He He.



p/s: Mcm geli je aku punya tajuk post nih, tak apalah, abaikan.
Anggap je tajuk tu tak pernah wujud sebab aku mls nk tukar.
*ngee*

Ilmu Hitam

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ni, korang tahu tak masih ada lagi manusia yang masih mengamalkan kepercayaan karut seperti mengamalkan ilmu hitam atau sihir untuk kepentingan diri sendiri. Dulu memang aku tak berapa nak percaya sangat la sebab benda ni boleh memesongkan akidah, tapi bila dah terkena pada keluarga aku sendiri baru aku faham.

Situasi yang aku nak cerita ni bukan bertujuan untuk mengaibkan keluarga aku atau sesiapa yang berkaitan, tapi cukuplah dijadikan ikhtibar kepada sesiapa yang membaca blog aku ni. Mudah-mudahan, Allah memelihara iman kita dan dijauhkan dari segala perbuatan sihir oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Hari ni aku akan cuba berlaku serius sebab perkara yang aku nak kongsi ni adalah perkara yang sangat serius.

Salah seorang ahli keluarga aku telah terkena sihir dari seorang manusia yang amat-amat tiadk bertanggungjawab. Cukuplah aku perkenalkan ahli keluarga aku ni segabai Aunty M. Aunty M dan suami dah lama mendirikan rumah tangga, aku tak sure dah berapa lama tapi yang pastinya lebih dari 25 tahun sebab anak mereka yang sulong dah berumur 25 tahun. Keluarga mereka ni memang cukp bahagia walaupun bilangan ahli keluarga mereka tidaklah ramai iaitu hanya 4 orang sahaja termasuk dua anak yang kedua-duanya lelaki.

Setahun yang lepas, Aunty M ni telah diduga oleh Allah s.w.t. Dia didapati menghidap penyakit barah payudara peringkat ke-3 yang aku tak pasti tahap keseriusannya tapi aku rasa cukup serius. Bermula dari situ, Aunty M ni mula bersedih dan kami sekeluarga pun memang cukup bersedih. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan Aunty M akhirnya berjaya pulih dari penyakit tersebut walaupun tidak pulih sepenuhnya. Dan dalam tempoh tertentu, Aunty M perlu pergi menjalani rawatan kimoterapi bagi memastikan yang penyakit tersebut betul-betul pulih. Untuk pengetahuan korang, Aunty M ni tinggal di Singapura bersama suami dan keluarga tetapi masih mengekalkan taraf kerakyatan sebagai warganegara Malaysia. Selepas pulih dan memerlukan rawatan susulan yang menelan belanja ribuan dollar, mak cik aku terpaksa menukar taraf kerakyatan bagi mengurangkan jumlah belanja bagi sesi pemulihan tersebut.

Kisah sihir ni bermula semasa Aunty M menghidap penyakit tersebut. Seorang kenalan kepada suami Aunty M telah mengambil kesempatan dengan mengenakan ilmu hitam kepada suami Aunty M supaya segala wang yang dia ada diberikan kepada kenalan suami Aunty M tersebut. Aku perkenalkan dia sebagai KK. KK ni baru sahaja bercerai dengan suami dia dan telah mengalami masalah rumah tangga yang agak lama. Disebabkan perceraian tersebut, KK seperti kehilangan sumber pendapatan walaupun dia sebenarnya bekerja dan merupakan rakan sekerja kepada suami Aunty M. Yang paling tidak dapat diterima oleh Aunty M ialah, KK tu juga merupakan kenalan rapat keluarga mereka. Mereka saling mengenali dan Aunty M juga dah menganggap KK seperti adik Aunty M sendiri kerana keluarga serta adik-beradik lain semua jauh di Malaysia.

Dipendekkan cerita, KK telah menggunakan ilmu hitam kepada suami Aunty M untuk kepentingan peribadi iaiatu kerana WANG. Disebabkan telah terkena sihir tersebut, suami Aunty M telah membelanjakan ribuan dollar kepada KK tanpa berbincang dengan Aunty M. Aunty M juga telah mendapatkan bantuan dari seorang pengamal perubatan tradisional supaya memulihkan suaminya daripada sihir KK. Tetapi, pengamal perubatan tersebut mengatakan bahawa ilmu sihir yang digunakan oleh KK kepada suami Aunty M adalah sangat kebal, sehinggakan apa yang dilakukan oleh Aunty M, semuanya diketahui oleh KK. Yang menjadi persoalan Aunty M sekarang ialah, macam mana dia nak selesaikan masalah tersebut kerana Aunty M merasakan seperti hubungan dia dan suami seperti tidak macam dulu lagi dan boleh jugak dikatakan seperti orang asing. Setiap kali telefon adik beradik di Malaysia, Aunty M akan menangis sebab tak tahan dengan situasi yang menimpa diri.

Sekarang ni, aku nak mintak pandangan korang. Tolonglah. Aku cukup kesian tengok Aunty M tu. Dah la dia baru pulih dari sakit, nak balik Malaysia, dah tukar kerakyatan, nak tinggal dekat Singapura, dah tak tahan dengan situasi kat dalam rumah. Sesiapa yang ada pengalaman atau tahu macam mana nak selesaikan maslah ni, tolonglah. Aku merayu. Jasa baik korang memang tak dapat aku lupakan. Ibaratnya nak menyelamatkan rumah tangga yang dah retak cuma menanti belah je ni. So, please, i really need your opinion.


Bila la manusia ni nak sedar, tak ada kuasa lain yang sehebat dari kuasa Allah s.w.t.
Sedarlah manusia, dunia sudah sampai kepenghujungnya, bertaubatlah sebelum terlambat.
Sama-sama kita renungkan. Beramallah.

O.M.G.



Oh no! Ha Ha Ha. Hari ni bos aku tak ada, maka sehari suntuk aku meronggeng kat dalam opis. Siap suruh mak aku datang opis lagi. Ha Ha. Disebabkan terlalu leka meronggeng, aku sampai terlupa nak menambah entry yang berilmu ke dalam blog kesayangan aku nih. Makanya, terhasillah entry yang kurang berilmu seperti hari ni. Nak sambung meronggeng lagi sampai menonggeng. Yeah, my fav words for today are 'meronggeng sampai menonggeng'. Let's party. (Jangan contohi aku yang suka meronggeng semasa waktu kerja).

Kami suka..


Minggu lepas, jalanraya di hadapan rumah pusaka nenek kami telah diturap semula. Make over balik sebab permukaan jalan sangatlah berlubang sana berlubang sini. Kami sangat happy sampai melonpat bintang di atas jalan tersebut. Wakakakaka. Sebenarnya tak adalah lompat bintang sangat pun, rasanya macam lompat kangkang adalah. uuuuu. Terasa malu pun ada kalau nak melompat seperti jalan kami yang punya sebabnya jiran depan rumah kami tu sangatlah pendiam dahn tidaklah havoc dan huru hara macam keluarga kami yang happening ni. Maka, kami pun bergambar ala-ala happening tapi dalam keadaan yang senyap. Cuba banyangkan, best ke? Memang tak best langsung i tell you, sunyi dan sepi macam ada orang mati. huh.



Walau sesunyi mana pun atau sesenyap mana pun, kami tetap happening. Macam-macam aksi gila yang kami buat di atas jalan tapi tak sampai hati nak tunjuk kat orang. Haaaaa. Masing-masing main peranan masing-masing. Ha Ha Ha. Kalau dicalonkan untuk kategori pelakon pembantu tak bertauliah, boleh dapat award saguhati. Iaitu, mendapat sagu hanya di dalam hati. Haaaa.

Mak telefon tadi, hari ni dia nak singgah office saya sebab dia rindu sama saya. Anak dia yang sorang ni dah tak tahu nak balik rumah minggu lepas. Sorry mak. Ada projek lain dengan Mami. Huhu. Got to go now.

Sony Skinny T Camera

Entah

Saya sangat sebok mensiapkan kerja-kerja pembinaan serta pengubahsuaian blog. Ha Ha Ha. Sudah menjadi seorang kontraktor yang berjaya rupanya. Kontraktor blog. Ha Ha Ha lagi. Just wait and see lah.

Hippp..hippoo..hipokrittt

Aku sangat membencikan orang yang hipokrit sebab itulah orang yang hipokrit tersebut sangat membenci aku. Kenapa orang yang hipokrit tersebut membenci aku? Sebab dia telah membuat sesuatu yang hipokrit yang membuatkan aku benci sehingga tertunjuk kebencian aku terhadap manusia hipokrit tersebut. Ha Ha Ha Ha. Maka si hipokrit tersebut pun ketawa terbahak-bahak sehingga tersembur kahak di tekak. Hak Hak Hak. Sangat pengotor si hipokrit nih. Macam thirsty hippo. Tak ada modal, tapi serius aku sedang membenci si hipokrit tersebut.


** Manusia hipokrit sila keluar kau dari hidup aku sekarang!!

Kata ganti diri pertama baru

Semalam bertemu sepupu tersayang, bukan kekasih tersayang ya. Saya tidak mempunyai kekasih. Ha Ha Ha. Tetapi mempunyai rakan-rakan yang amat disayangi umpama sang kekasih. Abaikan kisah kekasih ini. Hendak bercerita mengenai sepupu tersayang.

Semalam dia membaca blog saya, kelmarin pun dia membaca blog saya, minggu lepas pun dia membaca blog saya, pendek kata dia selalu membaca blog saya. Saya tak kesah sebab saya suka. Ha Ha Ha. Tapi yang saya tak suka, *tak suka sikit la*, dia cakap blog saya buruk @ tak cantik. Hu Hu Hu. Tahu tak saya dalam proses mengupgrade blog saya. Mestilah memakan serta meminum masa yang agak lama bagi mendapatkan sebuah blog yang cantik. Lagi la dulu saya belajar C++ secara main-main dan tidak ikhlas, maka keputusannya pun C++ juga. Terpaksa membelajar balik semua. Kepala pun sudah semakin pening, ditambah lagi dengan perasaan loya-loya apabila membuka buku C++ yang tebalnya tidak terkata. *Sebenarnya saya tipu. Tidak ada membelek buku C++ mahupun C--.* Maaf ye.

Memang saya sedang belajar, belajar melalui web-web yang boleh dipercayai. Jadi bersabarlah untuk melihat wajah baru blog saya kelak. Bukan senang nak membuat sebuah blog kelihatan cantik seperti yang diidam-idamkan, lagi-lagi saya ni masih baru lagi. Huh.. Hari-hari pun berpeluh. Seperti seorang petani sedang mengerjakan ladang ditengah panas terik.

Sepupu tersayang lagi satu pun semalam memberi komen terhadap blog saya. Kenapa tidak meletakkan barang sekeping dua gambar dia di sini? Untuk makluman sepupu tersayang, blog ini bukan ditubuhkan untuk tujuan mencari orang yang terhilang atau sengaja menghilangkan diri dengan menampal gambar-gambar comel ataupun kiut. Hanya gambar pemilik blog sahaja yang dibenarkan. Ha Ha Ha. Jangan ambil hati ya, sepupu kesayangan kamu hanya bergurau.

Saya akan cuba menyiapkan my new template secepat mungkin tapi tidak tahu seberapa pantas saya boleh siapkan. Kena mentengok keadaan kesihatan serta kewarasan otak. Hari ini emosi saya semacam tidak berapa stabil. Mungkin kerana dipengaruhi dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, maka emosi pun turut tidak stabil. *Orang bijak emosi dia umpama graf kedudukan ekonomi negara, ada naik ada turun.* Ha Ha Ha. Okeh la, saya ingin menyambung menyiapkan kerja saya yang tidak sebera kerja ni, kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas ini.



## Hari ini aku menggunakan kata ganti diri pertama yang lebih sopan sebab hari Jumaat. Ha Ha Ha. ada kaitan ke?
Sepupu tersayang, bangga ke ada mention pasal anda di blog aku?
Nak bangga lagi?
Siti Aisyah Mustaffa & Siti Aminah Mustaffa
Lagi satu, Siti Nurhaliza Tarudin..
** Ada kaitan ke? Dia bukan sepupu aku ek..
Ha Ha Ha Hi Hi Hi Hu Hu Hu He He He

Jutawan Racun Nyamuk

Semalam nonton cerita seram kat TV2, Urban Legend. Cerita zaman kuno, Lex (watak dalam Smallville) masa tu berambut lagi. Tapi sekarang dah tukar imej botak. Ha Ha Ha. Tak nak cerita pasal Urban Legend, tapi nak cerita lain.


Cerita Sang Nyamuk & Sang Semut

Aku cukup tak puas hati betul dengan 2 ekor binatang ni, yang mana dua-duanya tidak ada kait-mengait langsung dengan cerita Urban Legend tersebut. Sang Nyamuk adalah watak utama dan Sang Semut adalah pelakon tambahan. Aku tak tahulah apa yang ada pada aku ni, mungkin darah aku terlalu manis atau kulit aku terlalu gebu atau.. atau.. atau..?? Atau ape? Entah, nyamuk dengan semut je yang tahu. Tiap-tiap hari, mesti diorang nak datang melawat, lepas tu meninggalkan onar dekat kulit aku yang gebu lagi menggebukan ni (gebu la sangat, jangan percaya). Kalau setakat nak lalu-lalang dekat telinga aku masa aku tido tu aku boleh terima lagi la, ni siap nak gigit-gigit aku pulak. Apa kes? Kalau setakat gigit tak meninggalkan kesan tak apa jugak. Ni dah la gigit, pastu tinggalkan kesan yang sangat buruk sebab warna pink. Hu Hu Hu.

Kulit aku ni dah la sensitif dengan Sang Nyamuk dan Sang Semut. Bila dua-dua makhluk ni gigit aku, konfemlah jadi gatal-gatal, miang-miang, ngade-ngade, semua keluar. Kalau senang hilang tak apa jugak, ni punyalah lama nak hilang. Tu aku tak kesah sangat, yang aku kesahkan adalah perasaan gatal yang teramat sangat. Kena garu sana, kena garu sini. Dah macam kera lak aku tengok diri aku sendiri. Pergh, seksa betul kalau bab gatal-gatal ni, sebab aku takkan stop selagi rasa gatal tu tak hilang. nanti sampai luka-luka la jadinya. Tu yang parut sana, parut sini. Tak guna betul Sang Nyamuk dan Sang Semut ni.

Kat kawasan rumah aunty aku ni boleh dikatakan memang kawasan pembiakan nyamuk. Memang banyak gila nyamuk berbanding dengan kawasan rumah yang kitorang duduk dulu. Even korang tengah mandi pun boleh kena gigit nyamuk. Bayangkan lah, macam mana keadaannya. Bukannya tak sembur ubat denggi ke apa ke, semua dah buat tapi masih tak mati-mati jugak nyamuk-nyamuk ni. Nyamuk mutasi kot. Tapi yang peliknya, kat dalam rumah tu, aku sorang je yang selalu kena gigit. Aunty aku dengan uncle aku tak pernah pulak aku tengok diorang garu-garu. Ha Ha Ha. Maybe sebab aku belom kawen tu yang darah manis lagi. Ha Ha Ha. Gatal jugak nyamuk ni, nak cari anak dara je. Mak dara dengan bapak dara tak nak pulak. Huuuuhh.

Yang Sang Semut si pelakon tambahan ni pun sama. Kitorang ada la buat landscape kecik-kecik kat depan rumah. Punya la banyak gila semut kat situ, sampai nak tanam pokok pun jadi malas sebab takut kena gigit semut. Kalau yang gigit tu sekor dua tak apa jugak, ni segerombolan. Terpijak sarang dia, jawabnya Sarang Hae la. Ha Ha Ha. Puas dah kitorang usahakan macam-macam, letak racun serangga, racun tikus, mee racun semua kitorang dah letak, tapi masih tak berubah. Bengang jugak. Aku rasa aku kena hasilkan satu racun yang boleh membunuh semua serangga terutama sekali nyamuk dan semut. Tak boleh nak pakai ubat nyamuk, sebab nanti bukannya dia mati, makin sihat lagi adalah sebab bagi dia makan ubat kan? Tu yang makin membiak-biak tuh. Bila aku dah berjaya hasilkan racun tu, aku akan pasarkan dekat pasaran gelap. Pasti permintaan banyak, then aku boleh jadi jutawan racun nyamuk. Ha Ha Ha Ha (gelak orang jahat).


**nak buat keje sikit eh, nanti aku curik masa lagi.

aku tak single tapi available

Tag ni aku dapat daripada Suzy yang beria-ia nak tahu status aku. Huhu. Ditujukan TAG ini kepada diri aku sendiri, kawan-kawan dan sesiapa yang berkenaan(nama terpaksa dirahsiakan).

Emm..aku akan menjawab kesemua soalan dalam bahasa melayu kerana memudahkan untuk aku mengelentong dan menggoreng sampai hangus. fuuuuuhhhh. Berpeluh-peluh nak menjawab nih.

>>What is the relationship of you and him?

Him?? Him mana ni? Are u talking about Mr X, Mr Y or Mr Z? Actually, aku pun tak tahu status aku sekarang, either single, married, janda, duda(??), andartu entah la.. Ha Ha. So boleh la cakap setakat 'kawan tapi mesra' ---> tiru Fahrin Ahmad n Linda Onn.

>>Your 5 impressions towards him
  • aku suka cakap dia gemok
  • kaki dia suka merokok
  • pendekar bujang lapok nih(berlapok2 gila n pandai bersilat)
  • penyabar dia ni, tahan dgn kerenah aku yg mengada-ngada nih
  • sweet talker okeh, tapi aku tak mudah terpedaya haha..
>>The most memorable things he had done for you

Entah la, bru je kenal.. em so far dia pernah nyanyikan utk aku melalui telefon. N lagu tu dia compose sendiri.. Boley laaaaa..

>>The most memorable things he have said to you?

Memory tak memory. Entah aku lupa sekejap. Tak ingat la. Ingat2, dia pernah cakap muka aku comel. Tapi tak tau dia ikhlas ke tak. Ha Ha Ha.

>>If he becomes your enemy, you will

Emmm.. dia jadi musuh aku? Aku jadi musuh dia balik la.. KOnfem jadi musuh ketat, musuh dalam selimut, semua2.. dah nama musuh kan? Cari gaduh, cari pasal, cari jodoh etc..

>>If he becomes your enemy, the reason is

Entah la, kena tanya dia sendiri lepas dia jadi musuh aku. Tak pe, lepas ni kitorang gaduh, pastu korang tanya dia ek sebab apa dia nak sangat jadi musuh aku. Mungkin sebab mulut aku laser sangat.

>>The most desirable thing to do on him is?

Emmm.. entah la..???. Tak pernah terfikir pun. Belum lagi nak fikir, tu yang tak terfikir tu (terbelit-belit lidah aku)

>>The overall impression of him is

Sukar sikit dijangka dia ni, sekejap macam ni, sekejap lagi macam ni. Tapi dia ni open minded sikit. Kot.

>>How do you think the people around you will feel about you?
  • nampak cam nerd je budak ni, skema pun ye jugak (muka biasa)
  • cm bagus je (muka bangga)
  • rajin nye budak nih, boleh jadi calon menantu mak (muka rajin)
  • seramnya tengok muka marah dia, macam hantu cerita puaka niyang rapik. haha (muka naik hangin)
>>The character of you for yourself is?

Sebenarnya, aku bukan nak masuk bakul kemudian angkat sendiri ye. Tidak sama sekali. Mak aku cakap, aku ni rajin jugak. Mungkin dia terpaksa cakap macam tu sebab nak sedapkan hati aku. Tak apa. Aku paham. Aku ni nampak je serius, tapi sebenarnya aku suka main-main. Aku suka buat lawak bodoh, aku suka buat orang gelak n aku suka buat orang bengang. Tapi bila orang bengangkan aku balik, aku jadi bertambah bengang dan akan menaikkan hangin secara tiba-tiba. Means, kalau aku marah, tak siapa berani cakap dengan aku sebab aku suka tunjuk aku marah melalui ekspresi muka. Muka monyok dengan mulut muncung semacam tu, tengah marah la. Jangan cari pasal, memang cari nahas dengan aku. Lagi satu aku cukup pantang orang buat kurang ajar dengan aku, tak kira orang muda atau tua. Siap kau dapat balasan CASH, tak ada installment. So, kalau tak nak aku marah, jangan cari pasal. Cari la makan ke, jodoh ke, best jugak kan?

>>On contrary, the character you hate of yourself is?

Aku sendiri pun cukup tak suka dengan perangai aku yang suka marah orang nih. Sikap marah yang still boleh control la. Tapi kalau out of control, siap macam gunung berapi la. Aku cuba sebaik mungkin untuk membuang tabiat buruk ni. Tapi setiap kali aku nak buang, ada je orang cari pasal dengan aku. Memang tak la. Aku buang dalam tong sampah, ada orang kutip. Tu yang susah sikit nak buang.

>>The most ideal person that you want to be is?

Setiap manusia yang Allah ciptakan pasti ada kelebihan dan ada kekurangannya. Kan? Cuma kita manusia ni je yang tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Tapi, kalau lah aku diberi peluang untuk menjadi orang lain, aku nak jadi macam Angelina Jolie. Bibir seksi. Tapi banyak dosa pulak. Ha Ha Ha.

>>For the people who care about and like you, say something about them.

Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri aku dan menerima aku seadanya.

>>10 people to tag

Tak nak buat boleh tak? Nak pecahkan tradisi..huhu.. so, soalan bawah tak payah jawab. Sebabnya nanti aku bagi balik kat orang yang sama. Pastu nanti orang tu bagi balik kat aku. huhu.. siapa yang nak buat, silakan. Tapi aku tak paksa.

>> Who is no. 2 having a relationship with?

>>Is no. 3 a male or a female?

>>If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

>> How about no. 5 and 8?

>> What is no. 1 studying about?

>>Is no. 4 single?

>> Say something about no. 6?

Pencuri moden

Actually hari ni, mood macam tak berapa nak ada, idea pun tak berapa nak datang. Kerjaan di kantor punyalah banyaknya, tersangat banyak. Tapi masih sempat mencuri masa meng'update' blog. Kan aku dah mula jadi pencuri. Sebelum ni sudah pandai mencuri hati orang, sekarang sudah pandai mencuri masa pulak. Lepas ni curi apa lagi? Astarghfirullah..... Ha Ha Ha. Insaf sekejap.


Few days ago, aku ada pergi hospital untuk melawat doktor-doktor hensem di sana. Em, takkan la pergi hospital nak makan free kan, mestilah melawat orang sakit atau aku sendiri yang sakit. Tapi dalam kes ni, aku pergi melawat orang yang sakit. Sebenarnya pergi melawat secara tidak rela sebab telah berjanji bersama Olivia di TV2, tapi dipaksa juga pergi sebab nanti tak ada orang nak hantar aku balik rumah. Maka aku pun pergi tanpa rela. Nasiblah ada teman.

Sampai-sampai je hospital, tekak aku semacam loya. Apasal bau hospital hari ni busok sangat? Baru lepas sembur ubat denggi ke? Ha HA Ha. Tak ke soalan bodoh tu namanya. Serius, memang busuk daripada biasa. Setelah bersalam-salaman dengan manusia yang ada di wad tersebut (bukan semua orang aku salam, sedara-mara je), maka aku pun tunggu di luar. Aku cakap dengan sepupu aku yang ikut masa tu, " Kak Long, jom lepak kat luar. Rimas la orang tengok-tengok aku." Ha Ha Ha. Perasan diva gila. Memang aku rimas, sebab masuk2 wad je, orang ramai. Pastu kena salam orang yang ada kat situ, semua mata tertumpu pada aku dengan sepupu aku. Aku pun cakap dengan mami aku tunggu kat luar, malas nak duduk dala wad. Bau busuk. " Jom cari jodoh, kalau tak ada jodoh kita cari pasal," aku cakap dengan sepupu aku. Dia gelak je.

Dengan perut yang lapar nak mati ni, aku pun berlari-lari macam kanak-kanak menuju ke kedai kat dalam hospital tersebut. Sampai-sampai je dah tutup. Punah harapan aku nak makan coklatBytes. Aku pun tak tau nak buat apa, so aku mencadangkan supaya pergi men'snap' gambar. Macam diva-diva la. Tapi, tiba-tiba azan maghrib pulak. So, tak jadi la. Aku pun duduk kat bangku dengan sepupu aku membaca buku. Nasib dalam beg aku ada dua buku. Reader's Digest dengan Jangan Bersedih. So, kitorang baca sorang satu, menunggu mak cik aku selesai melawat orang sakit sambil berlagak semacam ulat buku. Tapi sebenarnya tak pun. Mak cik aku cakap ulat tahi. Jahat kan?


Buku yang aku baca sampai juling tapi tak habis-habis jugak.


Buruk gila, tangan sape la ni. Huh, konon ulat buku la. Konon je.


Ni la dia pelakon utama, Si Ulat Buku (tipu). Apsal dari tepi nampak berisi nih? Makanya jangan sesekali mensnap pic dari tepi lepas nih. Hu hu hu.

Bosan gila hari ni, serius. Dengan kerja yang bertimbun-timbun. Tapi tak apa, lepas ni aku akan belajar mencuri lagi. Mencuri dengar perbualan bos. Ha Ha. Walau sepatah pun sebenarnya aku memang tak paham. And nak curi lagi lepas ni. Curi masa korang supaya baca blog aku. Hu hu hu.

kena TAG pulak...

Adoi ai.. Kena tag pulak.. Huhuhu.. Ingatkan terselamat daripada di Tag.. Makanya hari ni terkena pulak.. Hai nasib badan.. Jom, let's check it out..( Ceh, speaking London pulak)


T&C:
1. take a recent CUTE photo of urself.
2. don't change anything, edit or whatever.
3. post that picture
4.post this instruction with this pic.
5.tag 10 people to do this...

Disebabkan aku telah di TAG oleh Zulyana, makanya korang kenalah menatap muka aku yang super duper cute nih. Ha Ha Ha. Gila cengkung muka aku macam hantu jerangkung pulak aku tengok. Ha Ha Ha... AHHhhhhhhh.


Tak payah komen apa-apa tentang muka aku or whatever okeh? HA Ha HA. Jap lagi aku nak merapu lagi. Tapi nak rehat jap, nak makan dulu. Perot dah lapar gila. Beta bersantap dulu.

B4 that, em.. aku nak tag kat sape ek?
1. suzi
2. sarah
3. syahirah
4.coklatchip
5.iradah
6. ilya
7.echah
8. sayda
9.raisha
10.iez

Ha Ha HA..naseb la korang..

20 sebab.....

Nak dijadikan cerita, tadi aku terbukak satu website ni, ha ha ha ha. Nak tergelak pulak aku baca. Kat web tu semua dia cerita tentang cinta. Kira macam Dr. Love la tapi malay version. Hu Hu Hu. Tajuk yang menarik perhatian aku adalah " 20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki." Dengar tajuk je dah macam bagus. Ha Ha Ha. Gelak lagi. Apalah, kenapa mesti nak benci membenci. Kan manusia telah diciptakan berpasangan. Even anggota badan pun berpasangan. Mata ada 2, tangan ada 2, kaki ada 2, telinga ada 2. Cuma mulut je tak ada 2, kalau ada 2 tak dapat aku bayangkan. Haaaaru biru agaknya. Okeh, kat sini aku tak nak buat 20 perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki tapi aku nak tukar sikit tajuk dia kepada " 20 PERKARA YANG MEMBUATKAN WANITA SAYANG KEPADA LELAKI". Point dia still sama tapi aku ubah olahan dia.

1. MENINGGIKAN SUARA
Semakin tinggi suara seorang lelaki, semakin dalam perasaan sayang seorang wanita kepadanya kerana dapat menunjukkan kekuatan vokal lelaki tersebut. Macam suara Anuar Zain lah.

2. MAIN KAYU TIGA
I like this point. Ha Ha Ha. Bukan setakat pandai main bola sepak je, main kayu 3 pun pandai juga. Mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Wa caya lu lah mat!

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Bagus lah. Itu menunjukkan yang dia adalah seorang yang mementingkan penjagaan mata dia. Kalau nak dapat mata yang cantik, kenalah selalu pergi cuci mata atau minum Brand Inner Shine yang Diana Danielle minum kat iklan TV tuh. Hu Hu Hu. Penipu punya iklan.

4. MENGONGKONG
Correction. Bukan mengongkong tapi mendukung. Ha Ha Ha. Gagah apa kalau teman lelaki dapat dukung teman wanita. Aku tak suruh buat tau. Cuba korang bayangkan kalau gf yang dukung bf dia. Tak ke malu tu weyh? Jadi pompuan je la bf tuh lagi bagus.

5. EGO
Ego adalah sangat penting bagi seorang lelaki kerana boleh menunjukkan sejauh mana maruah dia boleh dijaga. Tak ada ego kira macam tak ada maruah la. Boleh pergi la sama itu ego. Boleh hidup ke dengan ego kau tuh? Ha Ha Ha.

6. MENIPU
Menipu macam yang aku selalu buat tu tak apa. Dimaafkan. Ha Ha Ha. Bagus lah, dia pandai tipu, at least semua masalah dia tanggung sendiri. Ha Ha. Blah kau sekarang ain!

7. PERASAN
Perasan ni bagus apa. Maknanya dia peka dengan keadaan sekeliling. Bukannya pekak. PEKA. Dia perasan dengan keadaan disekitar dia. Dia perasan gf dia makin cun, perasan gf dia makin sexy. Ha Ha Ha.

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Dia pentingkan diri dia sendiri sebab dia rasa dia berhak. Buat apa nak pentingkan diri orang lain kalau diri sendiri masih tak terjaga. Betul tak? Baik kita pentingkan diri sendiri dulu. Bila dah rasa diri sangat penting, macam bagus, baru la boleh pentingkan orang lain.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Dia kurang memberikan perhatian kerana asyik teringatkan buah hati pengarang jantung. lah Lagi-lagi kalau jauh dimata. Tu yang hilang concentration tuh. Makan tak lalu, mandi tak basah, tapi tido tetap lena.

10. CEMBURU BUTA
Bagus apa cemburu buta ni, sebab dia tak nampak. Cuba kalau cemburu celik? Mau lagi seksa badan. Silap-silap kena duduk rumah je, tak boleh keluar langsung. Dia dah buta tu kira ok lah, tak berapa nampak sangat kan?

11. MATA DUITAN
Waaa..best apa bf mata duitan. Bf orang lain semua mata biasa, tapi mata bf kita mata duitan. Kat mata ada $$$$. Hu hu hu. Unik sekali. Pakai lens pun tak boleh. Ni semula jadi.

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Ye la, kalau tak komited macam mana nak bagi makan kalau dah kawen esok. Takkan nak bagi makan mata dia yang berduet-duet tuh? Kena la work hard kan? Tapi kena ada juga masa for family.

13. PANAS BARAN
Emm..Mamalia. Kalau sejuk baran dah jadi lain pulak nanti. Jadi reptilia pulak.

14. KAKI MEROKOK
Kaki dia yang merokok tak apa. Sebab nanti kaki dia yang sakit. Bukan mulut dia yang meroko. Sesiapa yang ada bf yang kuat merokok tu, suro dia isap rokok pakai kaki. Ok?

15. PENGOTOR
...
16. GELOJOH
...
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
...
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
...
19. PUTAR BELIT
...

20. SUKA KONTROL MACHO
Tahu tak maksud macho yang sebenarnya? Gemuk dan pendek. Tak tahulah, kawan aku yang cakap dulu masa sekolah menengah. Bila dia suka kontrol macho, maknanya dia suka kontrol daripada menjadi gemuk dan pendek. Kan?


p/s: Aku dah malas nak menaip. Tu lah jadinya. Kenyataan di atas diletak secara suka-suka. Tiada aktiviti paksa rela dan sebagainya.

SPM week 2003

Emm..mula kan hari anda dengan Nescafe.. Ha Ha Ha. Tak jugak.. Bagi aku, mulakan hari anda dengan senyuman. Kerana senyuman tu satu sedekah. Minum Nescafe bukan dapat pahala pun.. Ha Ha (ya, aku seorang yang anti Nescafe, tak leh minum langsung). Sebenarnya nak ucapkan selamat kepada semua adik-adik Tingkatan 5 yang menempuh peperiksaan SPM hari ni. Jawab betul-betul ya.

Kepada sepupu-sepupu aku, Siti Aisyah bt Mustaffa, Muhamad Rafiki bin Abd Rahim and Hairry bin Mohd Sadali, semoga kalian mendapat kejayaan kelak. Hahaha. Kalau nak mintak tolong aku buat tusyen add math next week boleh, aku free. Ha Ha Ha.

Teringat pulak masa amek SPM tahun 2003. Dah 5 tahun dah, tapi rasa macam baru 5 bulan lepas. Cepat betul masa berlalu. SPM week masa kat sekolah dulu memang best gila! Best sangat sampai aku tak boleh lupa sampai sekarang. Few weeks before SPM week, semua form 5 student kena pindah duduk 1 blok sebab memudahkan para warden untuk memantau kitorang. Satu malam yang tenang, beberapa hari je lagi nak SPM, masing-masing sume otak dah biol especially F5 yang duduk kat dorm B2-1 blok Tengku Arfah. Dormates yang aku ingat : Nisa, Jamie, Nana, Sikin Ahmad, Echah, Nani, Syaf, Pedorn, Wanita, Toy, Fatin Fatanah, Ronnie and banyak lagi la. Tak berapa jelas di ingatan. Ha Ha Ha.

Satu malam tu, lepas solat terawikh, kitorang sume wat keje bodoh. Yang aku ingat kitorang bantai gelak bila dapat tahu Nani wat keje tuh.Ada ke, dia belek-belek paper Pancaindera, pastu dia dapat no phone Mama Juwie, and dia pun dok usha Mama Juwie. Ha Ha Ha. Si Nani ni dok miskol2 dia sampai minah tu bengang, last sekali masa Nani call Mama Juwie tu siap leh cakap macam ni, " Apa main-main tepon ni, Mama bagitau polis nanti baru tahu,". Ha Ha Ha. Siap dengan slang bapuk dia tu. Klaka betul sampai aku gelak guling-guling atas katil tak tahan sakit perut. Huhuhu.

Paham-paham la bila sume orang gelak, bingit satu dorm sampai sensei wat announcement kat PA system suruh F5 senyap. haha Klaka gila, nak suruh senyap pun siap wat announcement. Klaka. Klaka. Kah Kah Kah.

BBQ pliz....

Setelah tadi bersedih-sedih, sekarang adalah masa untuk bersuka-suki pulak. Hu Hu Hu. Kita kena pandai membahagikan perasaan mengikut situasi (kerek la minah ni). Tiba-tiba semalam teringin nak buat BBQ. Bar-Bie Que. B**i Beratur. HAHA. Serius-serius, betul teringin nak buat BBQ sebab teringat masa belajar kat UKM dulu, buat BBQ dengan coursemate. Budak-budak coursemate aku memang suka mengenakan aku, sebab diorang tahu aku ni otak gila-gila. Hu Hu Hu.

Tengok! Gila tak? Aku adalah insan yang memakai tudung kaler coklat cair. Bukan setakat ayam dan hotdog je aku makan, dengan pinggan polisterin pun aku nak makan jugak. BBQ ni kitorang buat kat rumah salah seorang coursemate yang lokasinya sangat lah dekat dengan UKM. Tak main la buat kat dalam UKM kan, tak best. Yang dahsyatnya, kitorang buat rumah member kitorang tu macam rumah kitorang sendiri. Dah la parents dia ada, tapi naseb diorang jenis yang cool and tak kesah (Apasal aku banyak guna perkataan cool hari ni?).

Aku malas nak cerita panjang-panjang, korang tafsirlah perisitwa di dalam gambar tu sendiri ye. huhuhu.. Serius aku teringin nak makan makanan yang dipanggang. Mengidam kot. Ha Ha. Orang tua-tua kata biasalah pembawakan budak (what de hel?) <---ejaan yang telah diubahsuai.

Luka parah

Wah, nampak semacam penipu lah bukan? Sebentar tadi berkata tidak cedera, tetapi sekarang sudah mengakui diri luka parah. Kelihatan semacam penipu juga. Bukan apa sebenarnya, memang aku tengah luka parah. Bukannya luka ditangan tetapi luka dihati.

Ha Ha Ha. Semacam jiwang, semacam mengada, semacam-macam. Bukan hendak dilabelkan jiwang, tapi cuma ingin meluahkan perasaan. Sekian lama memendam tapi tak tahu mahu diluahkan dimana. Diluah mati emak, ditelan mati bapak (kan dah keluar pepatah melayu). Tidak mengapa, seorang yang mempunyai jiwa yang ala-ala sasterawan negara memang begini. Cuma tidak mahu ditunjukkan saja. Low profile la katakan.

Ceritanya begini. Kebelakangan ini hati aku telah disakitkan dan telah dilukakan oleh seorang insan yang bernama manusia. Bukan Norman Hakim mahupun sesiapa tetapi cukuplah dikenali sebagai manusia. Tak tahu apa niat dia sebenarnya, tapi aku rasa seperti dipermainkan oleh insan tersebut. Kali ini aku serius, tidak ada unsur penipuan mahupun kelentong. Cuma ketuk tong mungkin ada (Abaikan jika tidak faham). Jika kalian berada ditempat aku mesti korang dapat rasa apa yang aku rasakan sekarang ni. Tapi tu lah, tidak semua rahsia kita boleh dedahkan walaupun kepada rakan yang memang rapat. Sebabnya kadang-kadang teman yang rapat tu juga boleh jadi musuh kita yang paling ketat. (Aku tak tahulah kenapa kalau kita tak suka musuh kita, kita panggil dia musuh ketat. Diikat dengan tali secara ketat-ketat ke?)

Walaupun sebenarnya marah, tapi hati dan naluri aku sebagai perempuan tak dapat menunjukkan kemarahan sebenarnya. Aku hanya memendamkan perasaan marah tersebut. Aku memang betul tak paham apa yang di fikirkan. Sama ada untuk kepentingan orang awam atau Memey? ( Apasal Memey ada kaitan pulak dalam cerita ni?) Abaikan. Maaf, sebenarnya aku sedang cuba untuk tidak merunsingkan fikiran, sebaliknya cuba bertindak seperti 'cool' gila. Kadang-kadang kita kena pandang sekeliling, apa yang dah terjadi.

Aku pun tak paham apa yang dah berlaku kepada diri aku. Tapi itulah yang sebenarnya telah berlaku. Memang susah untuk memahami isi hati orang lain, lebih-lebih lagi bila orang itu umpama 'stranger' dalam hidup kita. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba pokok tumbang. Memang la, sebab orang yang tebang pokok tu, takkan orang nak tebang pokok time angin kuat kan? Apalah.

Tak bolehlah mendedahkan perkara tersebut dengan lebih jelas, kerana dikhuatiri akan menyinggung hati orang yang berkaitan mahupun yang tidak (yang tak berkaitan apsal pulak nak terasa?). Biar apa yang berlaku menjadi tauladan kepada diri aku kelak. Kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan aku, aku mintak maaf banyak-banyak. Mungkin cara gurauan aku ada yang korang tak boleh terima. But, that's the way i am. Aku takkan cuba menjadi orang lain untuk menyenangkan hati orang lain.


p/s: Agak emotional sedikit. Maklumlah, hati telah menjadi luka dan parah kan? Mesti tunjuk betapa luka dan parahnya hati ini. Huhuhu.

Tangan saya cedera

Minggu lepas telah berhujung minggu bersama keluarga tersayang dan menghabiskan masa berkualiti selama 2 hari. Seperti biasa, kalau balik rumah aku memang akan membersihkan rumah (tunjuk rajin) tak kira dalam rumah atau luar rumah. Cuma aku tak tolong bersihkan rumah jiran je. Oleh sebab minggu lepas telah membersihkan kawasan dalam rumah, maka minggu ni aku membersihkan kawasan luar rumah yang telah menjadi semak serta samun. Disebabkan mesin rumput abah telah dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, jadi proses nak memotong rumput adalah sangat sukar. Betol tak tipu. Aku cuma bersihkan 1 bahagian je, tu pun sebab tangan dah cedera baru berhenti.

Pokok-pokok yang tumbuh secara meliar aku kasi cabut and tebang menggunakan parang yang pendek (kecik je parang tu). Punya excited membersihkan rumput-rumput sampai hujan turun pun aku abaikan je. Ha Ha Ha. Aku tak suka buat kerja sekerat jalan. Kalau dah start mesti kena habiskan sebab kalau stop sekerat jalan mesti malas nak sambung balik.

Korang tau kan rumput gajah? Haa, rumput tu la yang aku cabut semalam. Punya la susah nak cabut sebab akar dia sangatlah kuat. Tu yang aku gunakan parang pendek tu. Tekun punya tekun memotong rumput, secara tak sedar aku tertetak tangan aku sendiri. Tangan kiri kat bahagian ibu jari. Nasib la aku tak hayut kuat kalau tak mau putus jugak jari. Huhuhu. Sakit tau, sampai sekarang masih berdenyut-denyut. Tapi luka sikit je. Tak pe la, gotong-royong punya pasal.

Bagi aku rehat sekejap la ek. Tangan telah menjadi sakit secara tidak langsung kepala pun mengantuk. Idea pun tidak datang mencurah-curah. oleh kerana tangan telah menjadi sakit, proses menaip pun menjadi sangat lambat. HHHuuuuuh. Bagi gua rest sekejap.

Rang undang-undang #1


Aku akan membuat rang undang-undang bagi pembaca-pembaca di blog ini. Buat masa ni masih lagi dalam perbincangan bersama ahli dewan undangan, yang tak diundang pun ada jugak. Tapi, undang-undang yang pertama yang paling pasti sekali ialah:
  1. Dilarang membaca dalam keadaan bising, iaitu membaca secara kuat-kuat kerana orang disekeliling akan kehilangan konsentrasi. Jika konsentrasinya teralih kepada blog ini tidak apa, di maafkan. Ha Ha Ha. (konon mintak promote blog la)
Yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan aku pikirkan kemudian. Kadang-kadang kepala aku ni kekeringan jugak idea. Tu yang kadang-kadang menghasilkan entri yang tidak berkualiti. So, aku dengan ini, membuka ruang kepada sesiapa yang mempunyai permintaan yang lama tersimpan di dalam hati. Korang boleh bagi cadangan lah nak suruh aku tulis pasal apa. Hanya idea-idea yang bernas sahaja yang akan diambil pertimbangan. Sekian.

p/s: Gila perasan diva pompuan ni. Abaikan la kalau sakit hati. Tak apa, nanti aku buat ubat hilang sakit hati ye.

Bond Girl 017

Kerana terlalu leka dengan hal duniawi yang laen, sampaikan terlupa dengan dunia blog aku sendiri. Hari ni telah menghasilkan entry yang berunsurkan entah apa-apa, yang langsung tidak mempunyai kualiti, kuali jauh sekali malah untuk mendapatkan ISO jugak tidak layak (apakah?). Seperti pagi tadi, hingga kini, mata aku masih lagi mengantuk dengan keluasan pembukaannya hanyalah separuh. Cuma tinggal separuh sahaja lagi untuk mencapai ke destinasi cinta (pehal tajuk lagu Siti lak yang keluar ni), bukan-bukan..destinasi mimpi. Indahnya bermimpi di siang hari.


Petang ini akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu ibu bapa serta keluarga yang telah seminggu ditinggalkan. Tiap-tiap minggu pun begitu. Meninggalkan keluarga kerana pergi berjuang dimedan perang. Ha Ha Ha. Cepat, buat aku gelak. Mata aku sudah semakin rapat untuk menuju ke destinasi cinta nih. Sebenarnya terasa malas hendak pulang ke kampung halaman, tetapi kerana telah merindui kepada pokok-pokok bunga ternakan aku, maka aku pun telah mengemas beg pagi tadi untuk pulang ke kampung setelah tamat waktu bekerja. ( Ayat aku makin skema sebab semalam aku terfikir, mungkin betul kata Sarah, mana tau satu hari aku jadi seorang sasterawati yang terkemuka. Ha Ha Ha). Tengok, tak payah pergi tidur pun sudah boleh bermimpi di siang hari.

Terlupa pulak nak kongsi lagi satu cerita ni. Pagi tadi aku pergi menimbangkan diri. Seperti kebiasaan yang aku buat la. Waaaaaaaa... Seronok.. My weight is officially under 50 kg. Ha Ha Ha. Hu Hu Hu. Hi Hi Hi. Ho Ho Ho. Seronok seyh, tak terkata. Ni yang buat aku bersemangat balik. Ye la, sebelum ni family aku asyik cakap aku punya ****** besar. Bila aku dah kurus, diorang tak cakap pulak. Tengok? Kutuk aku lagi, kan aku dah jadi kurus dah. Mari bergembira bersama-sama aku. Yeah. Yeah. Aku akan cuba maintainkan balik la my weight nih. Berat badan aku start naik masa aku clash dengan balak tak guna aku dulu. Aku happy sangat dapat clash dengan dia sampai makan pun terlebih selera. Tu yang naik macam roti naik tu. Dah-dah. Cerita lama jangan diungkit balik. Next!!

Hari tu aku beli satu perfume nih. Murah je, tapi sebab botol dia cantik and bau dia berunsurkan floral, maka aku pun membelinya tanpa rasa ragu-ragu. Bond Girl 007. Wah, mana tau akan datang Daniel Craig nak berlakon dengan perempuan melayu yang pakai tudung untuk filem James Bond terbaru. So, aku boleh la promotekan diri kan? Ha Ha Ha. Gila.

Harga dia tak adalah semahal harga minyak wangi jLo, mahupun CK or Hugo Boss. Tapi aku memang suka bau dia. A sexy cocktail of velvet florals, cool freshness and warm woods. Hu Hu Hu. Best, nak try pergi la beli satu. Kat butik Avon ada jual. Ha Ha Ha. One day tu, aku ter'google' website Avon, tu yang terjatuh chenta sekejap. Hu hu.


p/s: Malam ni for sure aku mimpi buat casting untuk filem Jmes Bond 017. Ha Ha Ha.



Janji yang ditunaikan

Setelah semalam berjanji diana untuk menunjukkan barang yang tak berguna yang telah aku beli, maka hari ni pun aku menunaikan janji tersebut. Janji tinggal janji. Ha Ha Ha. Aku pun tak tau apa motif aku beli barang tersebut, tetapi kerana ia terlalu comel maka aku telah membeli dengan membuang perasaan bersalah jauh-jauh.

Lihat! Sangat berunsur tidak berguna kan? Membazir. Tapi tidak apa, aku akan menjadikan ia kepada sesuatu yang sangat berguna kelak. Ha Ha Ha. Suatu hari nanti. Lihat! Sejak bila aku sudah semakin pandai menabur janji nih? Kalau ada yang mahu mengutip tidak apa, tapi kalau tak ada? Kan membazir menabur janji tersebut. Baik menabur janji kepada yang memerlukan. Hulurkan janji anda kepada yang memerlukan sahaja.

Kan aku dah mula merepek tak tentu pasal. Pokok fikiran masih belum mahu berbuah. Semalam sudah menabur baja buah serta baja tahi ayam. Pun masih tidak berbuah fikiran. Yang keluar hanyalah tahi mata. Tu pun setelah ditaburkan baja tahi ayam (kan aku dah merepek lagi). Abaikan la kalau tak berapa nak paham. Actually, i mengantuk hari ni (geli gila aku sejak bila pandai ber'i' ber'u' nih). Hu Hu Hu. Lagi-lagi pagi tadi pekena nasi lemak, alamak rasa macam sudah mengantuk disorong bantal pulak. Kepala jahat aku ni pun telah mencadangkan sesuatu. Bila bos keluar, aku akan pergi mencuri masa untuk merehatkan mata kerana telah penat mengeluarkan najis (paham tak?). Banyak kali menguap, sampai najis mata pun keluar, maknanya mengantuk lah tu. Ho Ho Ho. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzZzzzzzzzZZZZzzzzzz


Aku dah tertido, so korang pergi baca blog orang lain dulu.
(Tipu gila dah tido)

Mei

Setelah tidak diberikan tugas pada hari ini kerana ketidakhadiran pada hari semalam, membuatkan saya dihantui kebosanan. Makanya, saya telah meng'google' laman-laman motivasi bagi menambahkan serta meningkatkan lagi daya tahan diri (ada kaitan ke?) dan yang seangkatan dengannya. [Pembinaan ayat telah bertukar kepada ayat yang lebih sopan dan santun serta berbaur sastera sedikit.] Sebentar lagi, kalian akan memahami mengapa penulis berbuat sedemikian rupanya.

Setelah memasuki laman web kepada salah seorang penceramah serta pakar motivasi yang terkenal di tanah air, maka hasil yang telah saya perolehi adalah ini. Iaitu rahsia keperibadian mengikut bulan lahir. Oleh kerana saya telah dilahirkan pada bulan Mei, maka saya hanya meletakkan penerangan mengenai rahsia kelahiran pada bulan tersebut sahaja. Silalah baca.

MEI
  • Keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya hayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak ppunya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros
Setelah membaca dengan teliti, tahukah kalian mengapa saya membuat ayat dengan penuh sopan dan santun pada kemasukan (entry) pada kali ini? Alhamdulillah. Paham juga. Mari saya membawa kalian semua kepada penerangan mengenai setiap point yang telah diberikan.

  • Keras hati dan degil
Saya rasa ada benarnya bagi kenyataan ini, kerana saya memang akui bahawa saya seorang yang keras hati tetapi tidak degil. Saya seorang anak yang taat cuma hati saya keras sedikit kerana semasa ibu mengandungkan saya beliau gemar memakan batu hingga memberikan impak kepada saya pabila besar kelak. [saya merepek secara berleluasa, dan jangan percaya dengan kata-kata dusta saya.]
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
Semangat saya memang kuat dan tentunya saya juga mempunyai tahap motivasi yang sangat tinggi (bukan memasukkan diri di dalam bakul tetapi bertujuan untuk mengolah ayat yang telah diberikan). Buktinya, saya gemar menonton filem-filem seram mahupun drama-drama seram yang disiarkan di televisyen sambil menutup mulut bukannya menutup mata. Jangan bertanya mengapa saya menutup mulut. Saya boleh bagun pagi keesokan harinya sekiranya pada malam tersebut saya telah memasang niat untuk membangun awal. Benar dan tidak tipu, cuma kadang-kadang perasaan malas dapat menguasai segalanya.
  • pemikiran tajam
Pemikiran saya sangat tajam, lebih tajam daripada pisau Rambo yang digunakan oleh Sylvester Stallone semasa lakonannya di dalam filem-filem Rambo. Pisau-pisau lain pun tidak dapat melawan ketajaman fikiran saya.
  • mudah marah jika tidak dikawal
Perasaan marah saya memang tidak boleh dikawal jika seseorang itu telah membuatkan saya berasa jengkel terhadap beliau. Apabila saya marah, saya suka menunjukkan yang saya marah melalui ekspresi wajah. Siapa mahu melihat saya marah, cubalah menjengkelkan saya. Silakan.
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
Waaa..Semacam menarik kenyataan ini, tetapi saya bukanlah seorang yang seksi kerana kebiasannya orang yang seksi dan menggoda sahaja yang dapat menarik perhatian orang ramai terutamaya kaum lelaki. Saya tidaklah seksi, jauh sekali menggoda. Ha ha ha, tetapi saya akui, saya boleh menarik perhatian orang. Bagaimana? Saya ada sejenis magnet yang telah ditanam di dalam badan yang mana magnet tersebutlah yang membuatkan orang berasa tertarik dengan saya. Cantik, menarik, tertarik kau memang da bom. Haa
  • perasaan yang sangat mendalam
Jiwang ke? Entah la, tetapi saya suka memikirkan sesuatu perkara itu secara mendalam. Contohnya, kenapa dia sangat berasa cemburu dengan saya? OOhh, baru saya tahu, kerana saya lebih cantik daripada dia sebab itu dia berasa cemburu dengan saya. (Penggunaan contoh ini dilakukan bagi dapat menerangkan kenyataan yang diberikan dengan lebih jelas.)
  • cantik dari segi mental dan fizikal
Wau!! Saya tidak berkata, tetapi Dr Fadzillah Kamsah yang berkata saya cantik dari segi mental dan fizikal. Jadi kalian tidaklah boleh menafikan kenyataan ini.
  • tidak perlu dimotivasikan
Oleh kerana saya telah dikatakan bermotivasi tinggi, maka kalian tidaklah perlu memotivasikan diri saya. Benar, saya memang tidak gemar orang mengarahkan saya supaya membuat itu dan ini kerana saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Dan saya cukup marah kepada orang yang suka berbuat demikian, seolah-olah ibu bapa saya tidak tahu mendidik saya apa tanggungjawab saya sebagai seorang insan.
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Ini yang saya tidak berapa gemar hendak mendengar. Pendirian saya memang tetap, tetapi setelah dihasut, dipujuk dan sebagainya, saya mudah dipengaruhi. Tetapi, iman saya tetap teguh. Contoh situasi semasa pergi ke kedai kosmetik:

Aku tidak gemar memakai penampar pipi or blusher (saya menggelarkan penampar kerana apabila dipakai kelihatan seperti selepas ditampar). Tetapi setelah dipuji oleh promoter tersebut dengan mengatakan saya kelihatan comel apabila memakai blusher, maka dengan serta-merta saya membeli blusher tersebut kerana mahu kelihatan comel. (Tak cukup comel ke sebelum ni?)
  • mudah dipujuk
Sama seperti kenyataan di atas, tidak perlu diolah lagi.
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
Ya, saya suka merancang sebekum melakukan sesuatu. Setiap hari saya memakan pil perancang supaya saya dapat merancang dengan lebih teratur (olahan ayat palsu). Benar, kebiasaannya sebelum melakukan sesuatu, saya akan merancang. Contohnya, apabila saya ingin keluar berwindow shopping, saya akan memakai pakaian apa. Pakaian apa yang sesuai. Kasut apa yang sesuai. Maksudnya, kalau saya hendak berjalan sebanyak mana yang saya mahu, perlukah saya memakai kasut yang ebrtumit tinggi? Atau perlukah saya memakai baju yang tebal jika saya ingin berjalan-jalan dan bersiar-siar di Jalan TAR atau Masjid India dan sebagainya. Saya akan berfikir mengikut situasi.
  • suka berangan
Benar, benar. Sila baca entry pada hari selasa , 4 November 2008.
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
Saya tiada kuasa luar biasa ini. Tetapi tidak tahulah jika sebenarnya ada.
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
Saya tidak pekak dan tidak mempunyai penyakit asma. Malah saya merupakan seorang atlit semasa di bangku sekolah. Pendengaran saya juga sangat peka kerana semasa di matrikulasi dahulu saya kerap terdengar ketukan pintu sedangkan rakan-rakan sebilik tidak mendengar pun.
  • daya hayalannya tinggi
Sama seperti point kuat berangan.
  • pemikiran yang tajam
Berapa kali mahu bilang? Sila rujuk balik point yang berkaitan.
  • pandai berdebat
Ya, tidak asing lagi, barang siapa yang suka mencari pasal, mencari gaduh mahupun mencari jodoh dengan saya, nescaya beliau akan merasa dikalahkan kerana saya sangat suka berdebat sehinggakan apabila sesiapa yang bertikam lidah (ganasnya main tikam-tikam lidah) dengan saya akan mengaku kalah sambil mengangkat bendera putih.
  • fizikal yang baik
Ya, berat badan saya sangat ideal sekarang ini dengan ketinggian yang saya ada. Alhamdulillah.
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
Lihat!! Kalian sudah faham bukan? Mengapa saya mengunakan bahasa yang sungguh bersopan serta sedikit sastera. Alamak, sejak bila la aku suka bersastera nih? Buat surat cinta pun tak pernah. Sory la, aku dah mals la nak buat ayat skema-skema. Pening nak memikirkannya. Huhu. Jiwa gua rock mana ada jiwang-jiwang. Seni memang aku suka, sangat suka. Muzik pun aku suka jugak apatah lagi melancong. Memang sangat digemari. Tu la, point yang satu tu je tak berapa betul. Ingat aku ni A. Samad Said ke suka bersastera. Hu hu hu. Mungkin suatu hari nanti.
  • tidak berapa suka duduk dirumah
Tak, salah. Aku sangat suka duduk di rumah. Suka sangat. Boleh lepak, boleh tidur, boleh makan, semuanya.
  • tidak boleh duduk diam
Yup, aku tak boleh duduk diam kalau tidak ada kerja. Kalau kat rumah, ada je benada yang aku akan buat. Contohnya kemas rumah ke, kemas bilik ke. Kemas la apa-apa yang patut walaupun mak aku dah kemas.
  • tidak punya ramai anak
Ala, baru je nak ada anak seramai satu skuad bola sepak. Huhuhu. Tak pe, boleh usaha. Ha Ha Ha. Kan sayang? Siapa nak jadi sayang aku angkat tangan?? Ha Ha Ha.
  • rajin dan bersemangat tinggi
Betul-betul. Aku sangatlah rajin. Ha Ha Ha. No komen.
  • agak boros
Ni pun betul kot. kadang-kadang aku boros bila tiba masanya. Tapi aku pandai berjimat.


sebenarnya aku dah malas nak taip panjang2. Sebab nanti korang pun jadi malas nak baca. So, aku stop sampai sini dulu.

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards