• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Kisah Kucing - Tragedi Oktober

Sekitar Oktober 2010 saya mula membela kucing di rumah. Bukan tak nak bela sebelum ni, tapi tak sanggup nak cuci diorg punya najis kalau ter'yak dlm rumah. Tapi saya suka kucing.

November 2010, adik bawa balik seekor anak kucing yang dijumpai ditepi jalan raya, dlm hujan lebat. Anak kucing tu mcm lost and lapar. Adik bawa balik dan kami bela. Dari situ, kasih sayang pd kucing semakin membuak2. Mak yang tak suka kucing pun dah mula suka kucing. Dan yang paling surprise, mak pandai cakap dengan kucing. See.

Saban hari, kucing membesar dan membiak. Dari dua ekor, jadi 5 ekor. Lepas tu bertambah dan bertambah sehingga jadi 14 ekor semuanya. Bajet makanan diorang tiap2 bulan pun dah lebih dari bajet makan tuan dia. 1 paket frieskies boleh tahan berapa hari je. Tapi sayang punya pasal, kami bela juga.

Sampaikan satu hari, mak cakap mak xlarat nak tanggung makanan kucing lg. Terpaksa campur bagi makan ikan dan nasi. Dan saya beri idea bodoh pd emak supaya kucing2 ni diberi kepada sesiapa yang berminat. Sebab dah banyak sangat kt dlm rumah. Emak pun setuju.

Tapi belum sempat kami 'beri' mereka pd insan yang berminat, seekor demi seekor pergi meninggalkan kami. 2 ekor mati dulu iaitu putih dan tompok. Selang beberapa hari Otin pulak mati. Dan yang paling sedih sekali, Milo dan Kiko pun mati sama.

Milo pd saya dia seekor kucing yang cerdik. Disebut nama dia dari arah mana sekali pun, dia pasti akan datang dan minta dimanja. Dan saya selalu mandikan dia berbandingkn yang lain. Betapa sayangnya saya pd Milo. Kiko pula baru berusia 2 minggu. Xsempat nak main-main dengan dia si mata sepet tu.

Kemudian, Kajol pula pergi ikut jejak langkah yang lain. Sedih memang sedih. Sebab mereka mati, saya tak da di rumah. Bangkai mereka pun saya tak nampak.

Oktober 2012 merupakan bulan yg sedih bagi saya. Walaupun hanya kehilangan 7 ekor kucing, tapi perasaan sayang pada diorang tu yg membuat rasa sedih sampai sekarang belum hilang.

Balik kampung, tiada panggilan nama Milo, Kajol ataupun Kiko. Senyap.

Tragedi Oktober_2012

Tiada Pengganti buat Otin

Kelihatan seperti blog ini tidak berkepentingan kepada empunya. Mana tidaknya, dibiarkan begitu saja tanpa cerita.

Salam bulan Syaaban semua. Ramadhan bakal muncul, bagaimana dengan persediaan? Harap-harap dapat perbetulkan niat untuk bulan puasa akan datang ni. Jangankan kerana nak kurus anda berpuasa, tetapi ingatlah ia adalah tuntutan agama.

Beberapa hari yang lepas, satu peristiwa sedih bagi diri saya dan keluarga telah berlaku di mana kami kehilangan kucing yang kami sayangi, iaitu Otin. Otin pergi tinggalkan kami tanpa diketahui puncanya tetapi kami jangka dia digigit oleh 2 ekor anjing kerana didapati berada di lokasi kejadian ketika bangkai ditemui.

Bagi anda, mungkin kehilangan kucing peliharaan adalah perkara yang kurang memberikan kesan dalam hidup. Tapi bagi kami yang telah membela dia sejak dari kecil, merasakan kehilangan Otin ibarat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Kami bersedih dengan kematiannya hingga tersedu-sedan setiap kali terpandang sangkar dia.

Tapi apakan daya, sudah tiba masanya. Kami perlu redha dengan pemergian Otin. Banyak kenangan yang manis dan mencuit hati yang kami dah lalui. Itu yang membuatkan kami terlalu sedih.

Harapan kami, semoga kami dapat mencari pengganti Otin, walaupun kami tahu tidak akan ada yang serupa.

Sobs sobs sobs.

My New Love , Tot & Tut


Cuaca mendung, perut sudah penuh membuatkan mata menjadi semakin berat. Kalau disorongkan bantal pasti terlelap. Argh.
Hari ni Jumaat, esok Sabtu. So? Takda pape, saje je bagitahu. Kadang-kadang terlupa hari. Hari Rabu ingatkan Khamis. Hari Hari Khamis ingatkan hari Jum... dah mula merepek sebab lama dah tak update blog. Nak tunggu 1 bulan 1 entry pun macam susah. Tapi hari ni saya gagahkan diri untuk update. Merajinkan diri yang kononnya sibuk ni.
Pagi tadi, makcik saya bawa 3 ekor anak kucing. Ketiga-tiga mereka kecil lagi, dalam 3-4 minggu macam tu. Mereka tak henti-henti berbunyi barangkali kelaparan kerana si emak dah tinggalkan mereka bertiga dengan hanya membawa 2 ekor bersamanya.
Saya sedih, sebab bila lihat pada ketiga-tiga ekor anak kucing tersebut, salah satunya kelihatan sangat lemah dan lembik mungkin sebab tak dapat susu emak dia. Nafasnya perlahan dan bila dikuis-kuis dia sikitpun tidak menoleh. Saya terfikir, mungkin anak kucing ni akan tiba ajalnya. Kasihan sungguh. Nak diberi susu, susu siapa yang saya nak perah? HAHA. Bagi susu tepung? Tak sesuai. Sedih. Kasihan si anak kucing.
Lantas saya terfikir. Apalah perasaan ibu bapa yang membuang anak di tepi tong sampah. Mana diletaknya akal fikiran dan pegangan agama. Melihatkan si anak kucing yang tidak terbela pun saya boleh menangis, inikan lagi melihatkan bayi tidak berdosa dibuang merata-rata macam sampah. Argh. Sedih.
Oleh kerana kasih sayang saya pada kucing semakin menjadi-jadi, maka buah hati yang jauh di mata semakin dirindui. Dulu saya akui, sayang saya pada kucing hanya "gitu-gitu" saja bak kata Apek.
Yeay!! Hari ni boleh balik jumpa kucing...
Babai.

Tahun baru, takda azam baru

Sudah 10 hari 2011 melabuhkan tirai. Dah masuk tahun 2012. Cepat sungguh masa berlalu sampaikan tak terasa umur semakit meningkat, nak menjengah ke angka 30an.

Rasa-rasanya baru semalam sambut birthday yang ke 19. Hehe

Sempena tahun baru 2012 saya takda azam baru sebab azam tahunan saya sama seperti azam-azam sebelumnya. Cuma ada berapa tambahan. Err, seperti nak lunaskn hutang ptptn yang berbaki beberapa ribu sahaja, menurunkan berat badan yang sudah kelihatan seperti obesiti, melicinkan kulit muka yang telah ditumbuhi jerawat dan mencari majikan yang tidak menindas pekerja seperti saya yang pandai memandu kereta lalu menjadikan saya seperti pemandu peribadi padahal saya adalah seorang eksekutif bank dan bukannya ekse-kutip. Argh, kelihatan seperti terlalu emosional.

Apa yang diharapkan tahun 2012 dapat memberikan saya pengalaman yang awesome supaya dapat meningkatkan segala talent dan skills yang saya ada untuk memajukan lagi karier saya yang kelihatan seperti ketandusan. Argh again.

Ya. Saya menginginkan sesuatu kelainan dan bukannya dilayan seperti lembu dicucuk hidung.

Apa yang paling penting, doa saya setiap hari adalah supaya ditetapkan iman, dijauhkan segala perasaan hasad dengki dan iri hati yang membawa binasa dalam kehidupan dan kepada masyarakat. Buat apa nak jadi sampah masyarakat kalau belajar tinggi- tinggi bazir duit mak ayah dan kerajaan yang tanggung biasiswa.

Terlalu banyak harapan dan permintaan sedangkan perintah Allah yang wajib, sunat muakkad ada kalanya ditinggalkan hasil hasutan syaitan durjana.

Harapan yang terakhir yang terlintas di fikiran adalah supaya anda tidak jemu-jemu membaca blog saya walaupun blog ini jarang ber-update. Maaf kerana kemalasan telah menguasai diri padahal hari-hari online.

Shoutbox ni dah pandai pulak xnk bagi orang perkhidmatan free. Haha. Mst nk suruh beli.

P/s: Johor Premium Outlet best gila. Sila pergi jika belum pergi.

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards