• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

My New Love , Tot & Tut


Cuaca mendung, perut sudah penuh membuatkan mata menjadi semakin berat. Kalau disorongkan bantal pasti terlelap. Argh.
Hari ni Jumaat, esok Sabtu. So? Takda pape, saje je bagitahu. Kadang-kadang terlupa hari. Hari Rabu ingatkan Khamis. Hari Hari Khamis ingatkan hari Jum... dah mula merepek sebab lama dah tak update blog. Nak tunggu 1 bulan 1 entry pun macam susah. Tapi hari ni saya gagahkan diri untuk update. Merajinkan diri yang kononnya sibuk ni.
Pagi tadi, makcik saya bawa 3 ekor anak kucing. Ketiga-tiga mereka kecil lagi, dalam 3-4 minggu macam tu. Mereka tak henti-henti berbunyi barangkali kelaparan kerana si emak dah tinggalkan mereka bertiga dengan hanya membawa 2 ekor bersamanya.
Saya sedih, sebab bila lihat pada ketiga-tiga ekor anak kucing tersebut, salah satunya kelihatan sangat lemah dan lembik mungkin sebab tak dapat susu emak dia. Nafasnya perlahan dan bila dikuis-kuis dia sikitpun tidak menoleh. Saya terfikir, mungkin anak kucing ni akan tiba ajalnya. Kasihan sungguh. Nak diberi susu, susu siapa yang saya nak perah? HAHA. Bagi susu tepung? Tak sesuai. Sedih. Kasihan si anak kucing.
Lantas saya terfikir. Apalah perasaan ibu bapa yang membuang anak di tepi tong sampah. Mana diletaknya akal fikiran dan pegangan agama. Melihatkan si anak kucing yang tidak terbela pun saya boleh menangis, inikan lagi melihatkan bayi tidak berdosa dibuang merata-rata macam sampah. Argh. Sedih.
Oleh kerana kasih sayang saya pada kucing semakin menjadi-jadi, maka buah hati yang jauh di mata semakin dirindui. Dulu saya akui, sayang saya pada kucing hanya "gitu-gitu" saja bak kata Apek.
Yeay!! Hari ni boleh balik jumpa kucing...
Babai.

Tahun baru, takda azam baru

Sudah 10 hari 2011 melabuhkan tirai. Dah masuk tahun 2012. Cepat sungguh masa berlalu sampaikan tak terasa umur semakit meningkat, nak menjengah ke angka 30an.

Rasa-rasanya baru semalam sambut birthday yang ke 19. Hehe

Sempena tahun baru 2012 saya takda azam baru sebab azam tahunan saya sama seperti azam-azam sebelumnya. Cuma ada berapa tambahan. Err, seperti nak lunaskn hutang ptptn yang berbaki beberapa ribu sahaja, menurunkan berat badan yang sudah kelihatan seperti obesiti, melicinkan kulit muka yang telah ditumbuhi jerawat dan mencari majikan yang tidak menindas pekerja seperti saya yang pandai memandu kereta lalu menjadikan saya seperti pemandu peribadi padahal saya adalah seorang eksekutif bank dan bukannya ekse-kutip. Argh, kelihatan seperti terlalu emosional.

Apa yang diharapkan tahun 2012 dapat memberikan saya pengalaman yang awesome supaya dapat meningkatkan segala talent dan skills yang saya ada untuk memajukan lagi karier saya yang kelihatan seperti ketandusan. Argh again.

Ya. Saya menginginkan sesuatu kelainan dan bukannya dilayan seperti lembu dicucuk hidung.

Apa yang paling penting, doa saya setiap hari adalah supaya ditetapkan iman, dijauhkan segala perasaan hasad dengki dan iri hati yang membawa binasa dalam kehidupan dan kepada masyarakat. Buat apa nak jadi sampah masyarakat kalau belajar tinggi- tinggi bazir duit mak ayah dan kerajaan yang tanggung biasiswa.

Terlalu banyak harapan dan permintaan sedangkan perintah Allah yang wajib, sunat muakkad ada kalanya ditinggalkan hasil hasutan syaitan durjana.

Harapan yang terakhir yang terlintas di fikiran adalah supaya anda tidak jemu-jemu membaca blog saya walaupun blog ini jarang ber-update. Maaf kerana kemalasan telah menguasai diri padahal hari-hari online.

Shoutbox ni dah pandai pulak xnk bagi orang perkhidmatan free. Haha. Mst nk suruh beli.

P/s: Johor Premium Outlet best gila. Sila pergi jika belum pergi.

Tak Tahu Tajuk Apa

Salam.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.40 malam tapi perut saya masih belum diisi dengan makanan. Bukanlah sengaja mahu makan lewat. Bukan kegemaran saya pun kerana ditakuti perut buncit akan menghantui saya.

Kan elok makan beramai-ramai baru datang nikmat dn barakah. Betul tak?

Bercerita pasal makan, sejak dua menjak ni saya semakin jinak dengan dapur. Bukanlah tak jinak sebelum ni. Jinak jugak, tapi lebih banyak habiskan masa di meja di kantor. Sekarang tidak lagi. Saya mempunyai masa yang banyak untuk betapa di dapur.

Sebenarnya saya mencuba aplikasi yang dimuat turun dari Apple Store untuk mengupdate blog. Lebih-lebih lagi laptop saya sedang ada masalah, jadi memang mustahil untuk saya update. So, bila dah jumpa aplikasi ni, mungkin akan memudahkn saya. Tidak akan timbul alasan untuk tidak update blog lagi.

Cuma beza nya saya tidak boleh attach gambar di sini. Hanya akan ada tulisan yang membosankan. Arrgh.

Cubaan pertama saya sampai di sini sahaja. Jumpa di update yang seterusnya.

Sekarang baru boleh makan. Bye

Holiday Yang Seronok

Salam AidilFitri yang masih berbaki beberapa hari saja lagi. Saya nak ambil kesempatan yang ada untuk memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap kata-kata yang mengguris perasaan, menyinggung sensitiviti sesiapa dan apa saja kesilapan yang telah dilakukan. Maaf zahir dan batin.

Minggu lepas berkesempatan untuk makan angin selama 3 hari sempena cuti Hari Malaysia. Saya ke mana? Ke Kelantan dan Terengganu dari Khamis malam hingga ke Ahad malam dan selepas itu ke Kuala Lumpur untuk menjalani kursus selama hampir dua minggu.

3 hari berjalan betul-betul membuka minda saya. Sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan sedikit bebanan di tempat kerja dengan menikmati alam ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Saya berkesempatan ke tempat-tempat membeli-belah seperti Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh di Kelantan. Kemudian ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan pandai pada malam hari sambil menikmati makanan yang agak mahal di sana.

Keesokkannya pula saya ke Terengganu dan menikmati sata yang tersedap saya pernah rasa sambil menikmati pandangan laut yang amat cantik.

Gambar as attached below:

Terlalu banyak pilihan sampai tak terpilih and end up tak beli apa-apa.

Satu perkara menarik yang saya jumpa, pak cik ini menjual aiskrim menggunakan basikal. Dan aiskrimnya sangat warna warni, siap letak chocolate chip dengan kacang lagi. Kelas kau Jah!

Sata yang tersedap yang pernah saya rasa. (Sebenarnya ini yang pertama kali makan tu yang cakap tersedap.HAHA)

Abang hensem ni sangat pandai menekat kain batik. Cepat pulak tu dia buat.

Yang ini Masjid Terapung, Terengganu.

Masjid Kristal, Terengganu.


Perjalanan yang seronok dan menarik sekali. Saya pasti akan datang lagi ke Terengganu dan menikmati sata percuma di sana. HAHA.

Salam sayang untuk semua.

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards