Setelah tadi bersedih-sedih, sekarang adalah masa untuk bersuka-suki pulak. Hu Hu Hu. Kita kena pandai membahagikan perasaan mengikut situasi (kerek la minah ni). Tiba-tiba semalam teringin nak buat BBQ. Bar-Bie Que. B**i Beratur. HAHA. Serius-serius, betul teringin nak buat BBQ sebab teringat masa belajar kat UKM dulu, buat BBQ dengan coursemate. Budak-budak coursemate aku memang suka mengenakan aku, sebab diorang tahu aku ni otak gila-gila. Hu Hu Hu.
Tengok! Gila tak? Aku adalah insan yang memakai tudung kaler coklat cair. Bukan setakat ayam dan hotdog je aku makan, dengan pinggan polisterin pun aku nak makan jugak. BBQ ni kitorang buat kat rumah salah seorang coursemate yang lokasinya sangat lah dekat dengan UKM. Tak main la buat kat dalam UKM kan, tak best. Yang dahsyatnya, kitorang buat rumah member kitorang tu macam rumah kitorang sendiri. Dah la parents dia ada, tapi naseb diorang jenis yang cool and tak kesah (Apasal aku banyak guna perkataan cool hari ni?).Aku malas nak cerita panjang-panjang, korang tafsirlah perisitwa di dalam gambar tu sendiri ye. huhuhu.. Serius aku teringin nak makan makanan yang dipanggang. Mengidam kot. Ha Ha. Orang tua-tua kata biasalah pembawakan budak (what de hel?) <---ejaan yang telah diubahsuai.

4 comments:
aku suke mkn bbq tnpa prlu berusaha.
lapar seyh.
dah la hujan.wuuu
sedapnyeeeeeeeeeeee..
lapa plak!kehkeh~
jom buat bbq dalam hati.. aku belanja korang sume.. mari2
Post a Comment