Salam AidilFitri yang masih berbaki beberapa hari saja lagi. Saya nak ambil kesempatan yang ada untuk memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap kata-kata yang mengguris perasaan, menyinggung sensitiviti sesiapa dan apa saja kesilapan yang telah dilakukan. Maaf zahir dan batin.
Minggu lepas berkesempatan untuk makan angin selama 3 hari sempena cuti Hari Malaysia. Saya ke mana? Ke Kelantan dan Terengganu dari Khamis malam hingga ke Ahad malam dan selepas itu ke Kuala Lumpur untuk menjalani kursus selama hampir dua minggu.
3 hari berjalan betul-betul membuka minda saya. Sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan sedikit bebanan di tempat kerja dengan menikmati alam ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Saya berkesempatan ke tempat-tempat membeli-belah seperti Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh di Kelantan. Kemudian ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan pandai pada malam hari sambil menikmati makanan yang agak mahal di sana.
Keesokkannya pula saya ke Terengganu dan menikmati sata yang tersedap saya pernah rasa sambil menikmati pandangan laut yang amat cantik.
Gambar as attached below:
Perjalanan yang seronok dan menarik sekali. Saya pasti akan datang lagi ke Terengganu dan menikmati sata percuma di sana. HAHA.
Salam sayang untuk semua.
4 comments:
terengganu my fav place :)..lama tk update..selamat raya ain
waaaaa.. x singgah kemaman pun jenguk aduka..
=P
seronok nya terengganu.. kg hubby ku... hihi.. salam kenal.. jemput2 singgah n follow belog saya jugak.. baru berjinak2
@Aduka : kemaman? erm, lalu je kot.. tak berkesempatan la.. nnt ada masa ain g terengganu lagi and g kemaman eh..
@Wan Habibah : salam kenal juga kak..
Post a Comment