Kelihatan seperti blog ini tidak berkepentingan kepada empunya. Mana tidaknya, dibiarkan begitu saja tanpa cerita.
Salam bulan Syaaban semua. Ramadhan bakal muncul, bagaimana dengan persediaan? Harap-harap dapat perbetulkan niat untuk bulan puasa akan datang ni. Jangankan kerana nak kurus anda berpuasa, tetapi ingatlah ia adalah tuntutan agama.
Beberapa hari yang lepas, satu peristiwa sedih bagi diri saya dan keluarga telah berlaku di mana kami kehilangan kucing yang kami sayangi, iaitu Otin. Otin pergi tinggalkan kami tanpa diketahui puncanya tetapi kami jangka dia digigit oleh 2 ekor anjing kerana didapati berada di lokasi kejadian ketika bangkai ditemui.
Bagi anda, mungkin kehilangan kucing peliharaan adalah perkara yang kurang memberikan kesan dalam hidup. Tapi bagi kami yang telah membela dia sejak dari kecil, merasakan kehilangan Otin ibarat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Kami bersedih dengan kematiannya hingga tersedu-sedan setiap kali terpandang sangkar dia.
Tapi apakan daya, sudah tiba masanya. Kami perlu redha dengan pemergian Otin. Banyak kenangan yang manis dan mencuit hati yang kami dah lalui. Itu yang membuatkan kami terlalu sedih.
Harapan kami, semoga kami dapat mencari pengganti Otin, walaupun kami tahu tidak akan ada yang serupa.
Sobs sobs sobs.
Tiada Pengganti buat Otin
Subscribe to:
Posts (RSS)