• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...


Sempena hari raya yang mulia yang bakal tiba, aku nak ambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja..aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..haha..

Esok akan mula bercuti, bermakna hari ni hari terakhir aku bekerja..bahang aidil fitri makin terasa.. rinda pada kaum keluarga dan sanak saudara..(ayat cam skema)..walaupun tiap-tiap minggu balik rumah, tapi still rindu gak...emm..tahun ni banyak orang baru dalam keluarga aku.. ada kakak ipar baru, ada anak buah baru.. haha.. seronok-seronok.. 

Aku akan bercuti selama seminggu, bermakna aku naik kerja balik pada 6 Oktober 2008..emm.. lame jugak tu.. tapi disebabkan ada masalah sket dengan office baru aku, bos aku cakap maybe cuti aku akan dilanjutkan lagi..hahaha..bermakna??? cuti bergaji lah..best..best..sebabnya, office baru tu still belom ada electric supply ang cable telekom pun tak cukup.. pelik kan?? haha..malas nk cakap pape.. harap sangat la cuti aku dilanjutkan.. so boleh la cuti lame sket..

Buat kawan-kawan, maaf zahir dan batin..aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. 0-0 ok?? sayang korang semua..buat 'sayang'..haha..selamat hari raya.. jangan raya sakan sangat, nanti gemok..haha..tournament tinggal berape hari je, so jaga badan..hehe..wish u luck..haha..

tersenyumlah..

Hari ini aku nak melakukan sedikit kebaikan dengan berkongsi ilmu yang aku baca dari buku Jangan Bersedih..Antara yang tertulis di dalam buku tersebut adalah mengajak kita sepaya senyum bagi mengelakkan kita daripada bersedih..huhu..

Tertawalah dengan sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan.Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan yang dapat membuat jiwa gembira dan menyenangkan hati. Bahkan Abu Darda Radhiyallahu 'anhu sempat berkata:

"Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku"..

Tertawa adalah merupakan puncak kegembiraan , keceriaan, dan keriangan asalkan yang demikian itu adalah tertawa yang tidak berlebihan dan tidak dimaksudkan dengan mengejek atau mencemuh sebagaimana dikatakan dalam pepatah:

" Janganlah terlalu banyak tertawa , kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati"..

Yakni, tertawalah sewajarnya sahaja, sebagaimana yang dikatakan dalam pepatah:

"Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah"

Dan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni syurga adalah tertawa. Orang Arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria.Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kedermawanan, kemurahan hati, kemuliaan dan kesejukan hati..

Muram yang durja dan muka yang masam adalah cermin dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk..Sesungguhnya kita memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut dan keramahan..

"Seseungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad) agar kalian bersikap tawadhu' hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain"... (Al-Hadith)

Motifnya, aku nak ajak kalian semua bergembira dan ketawa.. janganlah terlalu bersedih dengan kesedihan duniawi sebaliknya bersedihlah dengan dosa yang telah kita lakukan..serta bertaubat.. 

Raya!! Raya!!! Raya!!


Siaran-siaran radio kat Malaysia ni masing-masing dah berlumba-lumba menyiarkan lagu raya.. Cuma tinggal berapa hari sahaja lagi.. Huhu.. sayu juga nak tinggalkan bulan puasa ni.. setahun cuma sekali je.. macam hari raya juga la..

Macam-macam lagu raya sekarang nih, tapi lagu raya yang aku paling suka adalah lagu raya dari Mamat Exist tuh..sayu betol kalau dengar.. Ku Pohon Restu Ayah Bonda.. kalau duduk jauh tu mau meleleh air mata bila dengar..haha..sentimental siot.. gua ni luar je rock, tapi dalam tetap sentimental..haha..( terpaksa guna 'gua lu' sebab nak tunjuk betapa rocknya aku..)

Hari ni aku mendapat balasan sebab semalam terlalu bongkak kerana berpuasa cukup 18 hari.. padan dengan muka aku nih..huhu.. hari ni berpuasa secara berlakon di depan semua orang.. pagi tadi pun bangun sahur juga.. tapi lepas tu, terpaksa mengeluarkan semula kerana perut gua tak boleh nak terima..huhu.. kenapa la perut ni nak buat hal pulak pagi2.. seksa aku..

Hari ni pun pergi kerja secara tidak rela, kerana perut sangat sakit dan terasa macam mahu membaringkan diri di atas katil..tidak keterlaratan mahu bergerak..(perkataan baru)..Semalam pun tido secara sopan sebab bila aku bangun, posisi tidur aku kekal macam aku mula tidur semalam..sungguh sopan bukan?? aku tido tak lasak tau.. sungguh ayu ketika tido..juga comel..haha..

Hari ni tidak mahu memblog secara berjela-jela.. cuma mahu tidur tersenggut-senggut sahaja.. bos, boleh tak saya tidur je kat office hari ni?? hehe..permintaan yang agak kurang ajar tuh.. hhehe...apa motif pic di atas?? mengucapkan kepada semua orang supaya mendapat hari yang bahagia..hahaha

Puasa lagi

Hari ini masuk hari ke 18 aku sebagai umat Islam menunaikan ibadat puasa..Kenapa tak percaya?? betol la, takkan aku nak tipu pulak.. berdosa tau tipu, lagi-lagi ni bulan puasa..

Em..semakin hari semakin letih nak bangun sahur..tapi gagahkan juga la utk bangun sahur..kalau tak mahu aku kena gastrik nnt..huhu..pagi tadi sahur sungguh menyelerakan walaupun mata ni mcm tak berapa sudi nak celik..haha..makan sambil pejam ke?? separa la boleh dikatakan..

Semalam berbuka pun menyelerakan juga, sebab apa?? sebab aku masak sendiri..huhu.. Lontong goreng special ain..haha..betol tak tipu, sedap lagi menyelerakan..haha..lapar dah neyh..baru je pukul 10.40 am..huhu...

Insya-Allah, raya tahun ni family kitorang akan buat family gathering untuk kesekian kalinya.. tapi kali ni hanya untuk keluarga Ismail bin Abu Bakar dan Zawiyah bte Piee sahaja.. maknanye?? family side mak aku lah.. kitorang ni memang rapat sejak kecik lagi.. jangkaannya open house tu akan dibuat pada hari raya ke-4..kira mcm ala-ala open house la.. mummy aku ni baru pindah rumah, so sekali la wat gathering ngan open house.. huhuhu..

So, mesti happening.. lama tak jumpe diorang.. lebih-lebih lagi masing2 dah besar panjang..aik?? betol ke?? haha...masing2 dah dewasa mesti ada cerita menarik yang akan diceritakan.. biasalah, family kitorang ni happening sangat.. betol tak tipu.. kalau kitorang kumpul, pastu borak, rasa satu negeri johor boleh dengar kitorang borak..(berunsur penipuan di sini)..hahaha..

Pastu masing-masing kalau gelak macam tarzan... menjerit, kalah bunyi petir..huhu.. berdentum bunyinya.. kalau ada buat game lagi seronok kan?? haha..tak sabarnye nak tunggu...nnt aku upload pic kitorang ye..haha..

kenapa buat raya ke-4?? emm..sebab raya pertama, masing2 mesti nak berkumpul dengan ahli keluarga sendiri kan?? pastu yang masih ada mak mentua, mestilah nak gi sujud kaki.. pastu raya ke-2 atau 3 mesti ramai lak orang datang rumah.. lagi2 kalau rumah aku kat kmpg.. raya pertama ngan ke-2 tu dah sebok budak2 bujang kmpg buat marhaban.. huhu.. express diorang nih.. n lagi 1, mak cik aku yang kat S'pore pun nak blk jugak.. raya 1,2,3 anak2 dia tak dapat cuti.. tu yang buat raya ke-4..baru la bertambah meriah.. amk cik aku yang kat s'pore tu dah asyik call je, tak sabar nak balik kampung katanya..huhu..

aku pun tak sabar jugak neyh..hoho..tapi tak bestnye, kali ni mesti dah tak dapat duet raya lagi.. sebab dah keje..huhu..nak duet raya gak... n aku pun takkan bagi duet raya tahun ni.. baru keje la weh, ekonomi belum stabil..pentingkan diri sendiri dulu.. orang laen kemudian..haha..

So, sape yang boleh lawan aku nih?? aku dah puasa 17 hari tau..insya-allah hari ni 18 hari..haha.. jangan pulak korang tafsir yang laen ek?? wey, aku masih produktif lagi tau..huhu..so, selamat menjalani ibadat puasa yang berbaki 8 hari sahaja lagi.. rebut-rebutlah malam lailatul qadar.. jangan sanggup stay up utk tengok bola je..hehe..sama-samalah kita renungkan..

Bila saya sedih apa yang saya lakukan??

Apa yang akan saya lakukan apabila saya sedih.. aik?? cik ain ni sekejap saya, sekejap aku.. haha.. suka hati sayalah..(ayat mcm pelik pulak)...Bila saya sangat sedih, saya akan...
  1. Menangis jika peristiwa yang berlaku itu sangat sedih.. jika tak sedih sangat pun saya menangis juga.. Kat mana saya nangis?? kat mata lah.. haha.. Menangis di dalam toilet supaya tidak ada orang akan perasan..atau menangis di dalam bilik ketika keseorangan..huhu
  2. biasanya bila sedih juga saya akan tido..kenapa saya cakap saya suka tido masa saya sedih?? kerana bila saya sedih, saya akan menangis.. lepas saya menangis, saya akan rasa mengantok.. bila saya mengantok, saya akan tido tanpa disuruh..huhu.. satu perbuatan yang sangat seronok iaitu tido selepas menangis..kadang2 boleh tertido masa menangis..huhu
  3. bila saya sedih, saya suka mengaji..ceh..betol..bila sedih, saya suka mengaji sambil menangis.. bukan menangis sebab apa, menangis sebab membaca tafsir ayat al-Quran..hooho.. mulia bukan.. selain tu, boleh la muhasabah diri jugak kan?? hohoho..
  4. bila saya sedih, saya suka menyanyi lagu2 jiwang..haha..betol..pastu bila dengar lirik lagu yang touching, saya akan menangis lagi..haha..feeling lah konon..
  5. bila saya sedih, saya suka berkurung dalam bilik sambil maen game..hoho.. boleh pulak.. tapi jarang buat la..sebab nak pulihkan kesedihan tu kadang2 kita perlu duduk sorang2..
  6. bila saya sedih, saya suka buat orang lain sedih juga.. jadi saya ada teman untuk bersedih..hoho..tak de la sedih sorang2...

Kenapa pulak saya nak sedih???...

  1. saya sedih bila orang tipu aku hidup2..dalam erti kata lain... tak berlaku jujur..huhu.. paling saya tak suka..
  2. saya akan sedih bila aku menonton cerita2 yang berunsur keinsafan..huhu.. betol..nangis.. tengoh Oprah's Big Give pn saya boleh menangis...huhu..muhasabah diri la konon..
  3. saya akan sedih juga bila kehilangan orang yang tersayang..maksudnya pergi ke rahmatullah, sakit, atau sebagainya..Masa arwah nenek saya meninggal, seminggu saya nangis, susah nak berhenti..sebab saya sangat sayang kat dia...
  4. saya akan sedih bila tengok orang bergaduh.. bukan semua orang yang bergaduh saya boleh sedih..keluarga terdekat.. mcm mak gaduh ngan abah ke..adik beradik saya bergaduh ke.. macam tu lah..
  5. saya akan sedih bila sesuatu yang baik berlaku kepada diri saya..kenapa nak sedih jugak?? sebab saya tau Allah masih sayang kat saya sebab tu saya sedih walaupun saya ni hanyalah seorang hambanya yang sungguh hina..banyak dosa aku dah buat..huhu...

so marilah membaca buku 'Jangan Bersedih'.hhoho..promote siot..n lagi satu, saya bukanlah nak mengatakan yang saya suka nangis,tapi itulah hakikat yang kalian perlu tahu....haha..mari ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling..supaya kita tidak bersedih..hoho

Raya yang sangat sebok

Hari ni sudah 17 hari berpuasa..dan aku pun sudah 17 hari juga berpuasa..betol lah, mana ada tipu neyh..bulan puasa tak baek tipu2..haha..betol..semalam aku puasa..kelmarin aku puasa.. insya-Allah esok pun aku akan puasa.. dengan izin Allah la..kalau Allah tak izinkan buat ape aku nak puasa kan?? hehe...

Bermakna hanya tinggal 13 hari sahaja bulan puasa ini..huhu..sedih nye..syaitan2 akan dilepaskan dalam tempoh 13 hari saja lagi..kenapa begitu cepat?? aku mengaji pun belum sempat khatam lagi.. huhu..ada lagi 7 juzuk..sempat ke?? Insya-allah sempat kot..kena usaha lagi, mengaji laju2 tapi dengan tajwid yang betollah..takkan nak maen hentam je kan??

Bila puasa semakin ke penghujung, bermakna raya pun semakin hampir..ramai manusia yang akan berhurray..tahu tak kenapa mereka berhurray?? sebab mereka suka setan2 yang jahat tu dilepaskan..haha..sesuke aku je cakap mcm ni..tak baek lah..huhu..yelah2, ampun ya..

Sempat ke aku nak siapkan baju2 orang neyh?? huhu..aku dah jadi taylor skrg..haha.. taylor berdegree tau..haha..actually, tolong my mom la..sejak akhir2 ni kesihatan beliau agak terganggu sedikit ditambah lagi dengan penglihatan yang semakin kabur..maka dengan itu, aku lah yang ditugaskan untuk menjahit bahagian2 yang sulit..(hahaha..jangan misunderstood keh??) maksudnye, bahagian yang sukar diligat dengan mata kasar oleh seorang wanita yang berusia lah..contohnya, yang perlu dilakukan dengan menggunakan jahitan halus tangan aku yang maha halus serta comel pulak tu..haha..berciri masuk bakul angkat sendiri bukan..hehe..tak apa..cuma tinggal beberapa pasang je lagi..tapi sempat ke masalahnye nak jahit baju sendiri nih?? huhu.. selalunye memang mcm tuh..nasib baikla tahun ni, aku dah siap2 jahit baju before konvo lagi..kalau tak, maunye malam raya baru nak jahit baju sendiri...

lagi satu, mak cik2 aku sume dah tempah kek coklat 'resipi rahsia' aku...tahu tak resipi rahsia?? secret recipe lah sayang..huhu..tapi bukan lah resipi kek coklat cekgu bm yang aku bagi hari tuh.. dah nama pun kek coklat resipi rahsia kan?? mestilah berunsurkan rahsia..huhu..diorang cakap kek coklat aku sedap..haha..ada unsur2 pujian di situ.. tapi bila dikaji balik, mereka ni ada penyakit M..haha..tahu kah?? malas lah.. sapa je yang rajin sekarang nih membuat kueh raya.. itu pun untunglah aku nak membuat kek..kalau tak, jangan harap lah aku nak hadap biskut2 raya..huhu..jenuh dah dulu masa kecik2 tolong buat biskut raya.. penat gile...ble dah besar ni, makin malas nak buat.. yang paling aku suka, buat kueh magic sekarang nih..tahu mcm mane?? dengan menggunakan jari telunjuk sahaja, anda mampu mendapatkan sebungkus kuih raya.. tetapi kena pastikan dalam poket ada duit..haha..tu lah nama dia kuih tunjuk.. tunjuk je nak yang mana kat bazar, terus siap..haha..betol kan??

setakat ni je aku kena buat 5 biji kek coklat..beserta topping..tak de topping tak sedap tau..huhu..tu untuk diorang.. abes utk rumah aku?? tak kan tak buat kan?? nanti bakal mak mertua datang tak de pulak nak tunjuk kuih mana yang bakal menantu die buat..haha..buat malu je sbb semua kuih beli..hahaha...aku ada bakal mak mertua ke?? haha.. entah lah.. tetttttttt..

sape yang nak rasa kek coklat resipi rahsia aku, raya jemputlah datang rumah ye...hhaha.. tapi kalau datang, jgn ramai2.. roboh rumah aku nnt.. haha.. ni alamat..

      no 4, jalan bahagia, taman bahagia, hospital bahagia, 81000 tampoi johor...


hahhaha..jangan tak datang ek?? heheh...

GEMOK!!!!!!

Seawal pagi tadi aku dah pergi menimbangkan diri..Bukan menimbang apa, menimbang berat badan..huhu..tau tak ape dah jadi dengan penimbang tuh?? huhuh..rosak terok sebab aku telah menjadi semakin gemok walaupun pada hakikatnya aku semakin kurang makan di bulan puasa nih.. betol..waktu buka aku makan sekali n tak de ulang2 diwaktu malam..then aku makan sahur pun sekali, tak de buka2 periuk di waktu siang..apa dah jadi ngan badan aku nih.. makin aku takot nak gemok, jadi makin gemok lak.. huhuhu..

Awal2 puasa berat aku agak ideal laaa..huhu..ni bukan perasan tau, aku siap buat check-up lagi kat klinik soh nurse tu kire BMI aku berapa , blood pressure berapa n  kandungan gula dalam darah aku berapa.. semua OK dia cakap.. n berat badan aku pun OK..pada hal BMI tu boleh kira sendiri pun, saje je nak ngade2..hehe..tapi bila puase je, apsal lak bleh naik nih?? ni yang buat aku bengang nih...Lepas ni mesti kau makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.. ceh..macam orang bercinta pulak..hahha..betol pe.. benda yang aku paling takot sekali adalah menjadi gemok.. bukan gemok secara berisi sedikit tetapi gemok secara gedempol.. tau tak?? gemok gedempol?? huhuhu..takoooottttt...

Disebabkan aku tak mengaku yang aku ni dah gemok, maka aku dah membuat beberapa research yang boleh menyedapkan hati aku supaya tidak terlalu memikir yang aku ni gemok.. Ada beberapa sebab kenapa pagi tadi berat badan aku naik secara mendadak..
  1. Hari ni aku pakai jeans and baju dua lapis..kenapa pulah?? haha.. sebab aku rasa berat badan aku tadi telah dipengaruhi oleh berat jeans yang aku dah pakai and baju yang aku pakai secara dua lapis..kenapa kau pakai baju secara 2 lapis?? ingat kek lapis ke?? hehe.. tak delah, sempena dengan bulan puasa ni, aku berazam utk mengurangkan sedikit dosa orang2 disekeliling aku..paham maksudnya?? baju aku jarang la, n lengan pendek.. so, aku pakai la cardigan..betol ke ejaannye?? correct me if i'm wrong...haha..kan dah keluar topik neyh..so, balik nnt aku akan timbang jeans n dua helai baju aku tadi, so akan mendapat 1 berat bersih bagi badan aku..hahaha...
  2. Mummy cakap handbag aku berat gile..berat ke?? aku rasa ok je.. mayb hari aku membawa barang secara borong..aik??ayat apakah ini.. tak delah.. hari ni beg aku memang berat, sebabnya ada purse yang sangat tebal walaupun tak de duet tapi penoh dengan kad kredit..haha..(penipu besar aku nih)...plus purse syiling aku yang maha berat sebab lupa masukkan dalam tabung..plus novel "Jangan Bersedih" yang aku bawak..bukan version yang besar punya tau..aku beli yang pocket version..yang kecik lah..gila pe aku nak bawak yang besar gabak tu g opis?? mau terkejut berok bos aku nanti..huhu..n tak lupa juga digicam aku..tapi ni kecik je, tak de la mempengaruhi sangat pun.. n ade beberapa personal things..but..F.Y.I aku xbwk make-up set g keje ok..natural beauty..ahaks..So aku rasa, balik rumah nnt aku kena timbang semula handbag aku tadi supaya boleh mendapat berat badan aku yang lagi bersih kerana kat no 1 td cuma tolah berat jeans n baju je.. so maknanya, berat yang kali ni bebetol bersih..huhu

Atau lebih senang lagi, aku rasa la kan..tak payah timbang balik jeans, bju, handbag or whatever..hahaha..idea ni lagi bernas.. apa kata balik nnt aku timbang tak payah pakai baju?? ahahahah.. poyo kan..n nonsense...gila pe..tapi boleh pakai gak..syaratnye kena timbang dalam bilik..n make sure bilik berkunci..hahah..kalau tak, nahas..hohoh...

korang jangan salah paham ye, 'karangan' di atas bukan lah berunsur lucah, tetapi hanya sekadar ingin menyedapkan hati yang tak berapa best neyh..5 hari tak online, aku rasa nak mati dah..nak g keje pun malas semacam je..Mcm2 aku nak tulis kat blog nih sebab aku rasa kat sini je tempat yang aku boleh luahkan..haha..tapi bukan semua ye??

soo..nantikan sedozen lagi entry selepas ini.. nak lepaskan gian..

Resipi kek coklat cekgu BM

Dengan ini, aku nak menaiktarafkan blog aku sebagi blog koleksi resipi kuih hari raya..haha.. di atas permintaan Ilya, maka dengan ini aku pun akan memberikan resipi kek coklat cekgu BM kitorang masa skolah dulu..haha..Ilya, aku pun lupa nama die..ape ek?? Hapsah?? Nafisah?? haha..jahatnye nama cekgu sndri pun lupe..

Bahan A
2 1/2 cawan  tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu tepung penaik
1/2 sudu bikarbonat soda

Bahan B
1 1/4 butter cup
2 cawan gula caster
1 penutup esen vanila
7 biji telur
1/2 cawan air

Bahan C( topping )
2 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan gula castor
2 susu besar marjerin
1/3 cawan tepung jagung

Cara-caranya..
1. Ayak bahan A
2. Pukul dengan kayu bahan B sampai kembang..haha
3. Masukkan Bahan A kedalam bahan B sedikit demi sedikit selepas kembanglah..
4. Masukkan ke dalam acuan yang telah dibersihkan..dan sapu sedikit mentega pada acuan tersebut..make sure dah bersih
5. Untuk bahan C, campurkan serbuk koko dengan air yang mendidih sedikit..biar sampai likat..tau tak likat tuh?? berkilat lah..
6. Masukkan susu cair di dalam kuali, gula kastor, tepung jagung, marjerin dan serbuk koko yang telah dicampur dengan air mendidih tadi, kacau lagi sekali sampai likat..pastikan api tidak terlalu kuat, jika tidak..mesti hangus punya..
7. Sejukkan kek yang telah masak, baru boleh sapu topping nya..pastikan kek betul-betul sejuk..topping sapu kat mane?? kat muka..haha..dah nama topping, mestilah atas kek..ikut suka korang lah nak sapu kat mane..

so..selamat mencuba...

Kenapa manusia dilahirkan tidak sempurna??

Tahukah kalian kenapa manusia dilahirkan tidak sempurna?? Maksudnya bukanlah cacat di sini, tapi tidak sempurnalah..paham tak?? tak paham pegi pindah baca blog laen..maksud aku kenapa manusia ni mesti ada perasaan tidak puas hati atau tak puas-puas...

Hahaha..jangan salah faham maksud tak puas-puas tuh..apa yang aku maksudkan kat sini adalah, kenapa setiap apa yang kita lakukan mesti kita mengharapkan kesempurnaan?? Perfect!! bukan prefect ek..but perfect..kenapa?? tidak cukup dengan apa yang kita ada, kita akan cuba mencari yang baru, yang lebih baik..semata-mata mengejar kesenangan dunia..kenapa kita tidak berebut2 untuk melakukan kebaikan sedangkan itulah yang dituntut oleh Allah...haha...kan dah jadi pendakwah dah aku neyh..

Tak de..sebenarnye cerita die macam nih...tak tau la lately nih aku rasa macam ade something missing dalam hidup aku yang rock neyh..mungkin sebab aku tak jadi rockers kot..haha..entah la..bila buat sesuatu, aku mesti rasa..betul ke ape yang aku buat nih..ada faedah ke?? sebelum ni aku memang yakin dengan setiap tindakan yang aku dah amek..termasuklah meninggalkan Mr X dari hidup aku..haha..sesuka hati aku je buat macam tu kan??tu kisah bape kurun yang lampau lah.. ni kes sekarang..

Setelah membuat post-mortem kan..aku rasa kadang kala..(ceh)..aku tak perlu bertindak atau membuat keputusan mengikut perasaan..u know what i mean?? maksudnye..kalau kita rasa nak beli baju, tapi disebabkan poket dah kering..maka dengan itu kita tidak membeli baju tersebut..maka keesokkan harinya kita akan teringat2 akan baju tersebut sehingga muncul di dalam mimpi.. apa yang boleh dikatakan kat sini, walaupun tak de duit tapi bila kita rasa kita nak sangat baju tu, kita kena beli jugak kerana akan mendatangkan satu perasaan yang tidak sedap di badan hingga nak demam kelak..betol tak tipu.. soal mana nak dapat duet tu korang pandai2 lah kan..takkan tu pun aku nak beritahu kot..asalkan jangan mencuri or merompak sudah..

Beberapa hari yang lepas aku telah melakukan sesuatu dalam hidup aku yang memberikan satu impak yang sangat...vast!!! haha..tau kah??emm..macam anjakan paradigma jugak lah..tapi aku tak nak lah bagi tahu ape kan sebab itu adalah RAHSIA..nak tau jugak?? emm..boleh blah...walaupun aku mengharapkan selepas aku membuat keputusan tersebut akan memberikan satu perasaan yang best..tapi aku tak terasa best pun..kenapa eik?? boleh sape2 bagi tahu?? emm..tu lah yang aku tengah fikirkan sekarang nih..siang malam ooo..sampai bengkak2 mata gua..bukan sebab gua nangis ek..gua dah lame tak nangis..huhuhu..aku pikir sampai masuk dalam tido tau.. maka dengan itu, tido itu merupakan suatu perbuatan yang tidak menyenyakkan..haha..apa ayat neyh?? sebab tu lah aku tanya kenapa manusia dilahirkan tidak sempurna??

Emm..cuba bayangkan..kalau setiap manusia kat dunia ni dilahirkan dengan sempurna..hahaha.. bahagia jugak rasanya..apa yang kita nak semua dapat..apa yang kita impikan semua terlaksana..emmm...tapi..tu cuma..kalau..

Tuhan sahaja yang tahu kenapa manusia dilahirkan tidak sempurna..emm..motivasi pulak..what everlah..So, sekarang nih aku harap sangat masalah yang aku alami sekarang nih dapat diselesaikan dengan segera..macam mana aku nak selesaikan tuh aku tak tahu..haha.. sapa ada cadangan mcm mane nak selesaikan bagi2 lah tips ye..huhu..(tak malu betol aku neyh..) 

Perkara yang paling aku tak suka...

Setiap manusia yang hidup kat dunia ni mesti ada kelebihan dan kekurangannya..macam tu jugaklah aku.. Sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan, tak kira kesilapan tu kecil atau besar..Cuma samada kita sedar atau tidak yang kita dah lakukan kesilapan..kadang2 ada orang yang tak perasan yang dia dah buat salah..orang jenis macam ni ada susah sket..senang kata, jenis yang 'tak reti-reti'..paham tak?? kalau tak paham xpe lah.. orang Johor je kot yang paham cakap mcm tuh..haha..berbalik pada cerita orang yang jenis tak reti-reti nih... manusia di kalangan ini dikatakan sering mementingkan diri sendiri..(ini adalah menurut kajian yang telah dilakukan oleh Prof. Dr. Nurul Ain)..haha.. okeh, macam ni..mereka ni bila dah buat salah dan dah sakitkan hati orang, tak akan sesekali mengucapkan 'sorry' atau 'maaf'..kenapa?? Sebab mereka perasan mereka bagus sangat..tu lah salah satu perangai buruk yang terdapat pada manusia dalam golongan ini...

Ada lagi satu golongan manusia yang terlalu sensitif iaitu terlalu mudah mengatakan maaf..kenapa?? Menurut kajian juga, mereka yang berada dalam golongan ini cepat sensitif dengan keadaan sekeliling atau dalam erti kata lain, peka..walaupun dia tak buat salah, tapi bila dia perasan yang orang sekeliling dia macam ada masalah atau ada yang tak kena, dia mesti cuba nak selesaikan dengan mengatakan 'sorry' kalau saya ada buat salah.. Ada bagus juga apabila kita mempunyai sifat macam ni tp kadang2 tu lebih kepada tak bagus.. kenapa?? keranan orang akan menganggap manusia dalam golongan ni adalah manusia yang suka merendah diri tetapi tidak bertempat...

Aku nih nak jadi pakar motivasi ke ape?? tak delah..tu sekadar mukadimah je..sebenarnye dari semalam lagi aku terpikir nak tulis pasal perkara yang paling aku tak suka..sebab apa..entah la..mungkin ada orang dah buat aku saket ati sampai aku terpaksa buat entry semacam nih..emm..xde mood hari nih..jadi jangan lah membangkitkan kemarahan aku yeh?? hahaha..

Perkara yang aku paling tak suka sekali ialah apabila....

  1. Orang mendesak aku supaya melakukan itu dan ini..dalam erti kata lain, memaksa..aku paling tak suka orang buat aku mcm nih..silap2 smpai mati aku boleh boikot die..haha..apa, dia ingat aku ni xde perasaan ke?? suka2 nak suroh aku buat tu buat nih...aku masih waras lagi dan boleh berfikir apa yang perlu aku buat dan apa yang tidak perlu aku buat..ada paham??(amboi marah nmpk)
  2. orang tu mulut die bau macam longkang..tau tak kenapa aku kata mulut bau longkang?? sebab orang macam ni die punya cakap tak boleh pakai..cakap tak serupa bikin..mula-mula cakap macam ni, kejap lagi cakap macam tu..putar belit..senang kata talam dua muka pun boleh jugak..
  3. lagi perkara yang aku tak suka adalah apabila orang makan berbunyi..tau tak orang makan berbunyi mcm mane?? emm..mcm mane nak ckp ek?? korang buat lah sndri..bukan bercakap tau..makan bercakap tu aku selalu buat, tapi ni makan berbunyi..mengunyah makanan tanpa menutup mulut sambil mengeluarkan bunyi yang kurang sedap didengar oleh telinga kau yang sangat sensitif..haha..sape yang  nak kawen dgn aku kena alert ek..hehe...

Ada lagi..tapi macam malas dah nak taip..laen kali lah tambah..sebagai manusia kita perlulah sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik supaya menjadi insan yang berguna kelak..hahah..kan dah jadi pakar motivasi..aku pun akan perbaiki diri sendiri supaya menjadi anak yang solehah..buang yang keruh, ambil yang jernih.. Renung-renungkan lah...

Selamat beramal sempena bulan ramadahn yang mulia ini..banyakkan membaca Al-Quran daripada menyanyi lagu-lagu yang melalaikan..Salam....

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

INGREDIENTS

9 oz self raising flour
1 tsp soda bicarbonate
½ tsp salt
5tbsp cocoa powder
4 oz chocolate chips/dark & white
4/5 oz brown sugar
260 ml full fat milk
90 ml vegetable oil
1 tbsp essence vanilla
1 egg

METHOD

1. preheat oven at 180 degree C
2. sift flour, soda bicarbonate, cocoa into a bowl. Add salt, cocoa chip and sugar.
3. add milk, oil, vanilla and egg to dry ingredients.
4. mix, don’t over beat or muffin will be heavy.
5. bake for 8-10 min(mini muffin), 12-15 min(larger muffin)

sempena nak raya nih, aku bagi korang resipi lah..sangat sedap tau, mesti try punya.. Selamat Berpuasa..

10 things i can't live without...

Hari ini nak membuat entry bercirikan ...ape ek??..emm..ntah la..haha..
Sebenarnya semalan before masuk tidur, aku mendapat sebuah(betol ke?)  idea untuk dimasukkan ke dalam entry hari nih..iaitu 10 perkara yang aku tak boleh hidup tanpanya...kenapa aku membuat entry sebegini?? sebab aku punya suka..haha..
  1. God
  2. My parents
  3. myKad
  4. handphone
  5. MONEY
  6. laptop / internet
  7. perfume
  8. digital camera
  9. bantal busok
  10. **HIM**

Tahukah kenapa aku kata aku tak boleh hidup tanpa kesemua perkara di atas??hehe.. Yang pertama.. God dalam erti kata lain Allah s.w.t.. Tanpa Allah mestilah kita sebagai hambanya takkan wujud kat dunia ni tanpa Dia yang Maha Pencipta..betol tak??

Yang ke-2, my parents..sama juga lah, tanpa mereka siapalah aku..entah2 kat dunia ni pun belom tentu aku wujud..thanx mom n dad..=D..korang jangan pulak berfikiran kotor..okeh?? kat sini bukan tempat untuk membincangkan perkara2 yang kotor2 belaka..my parents are very loving and understanding tau walaupun mak aku tu garang semacam.. tapi kadang2 beliaulah merupakan otang yang sangat memahami diri aku yang rock nih..(rock ke??)

Yang ke-3 tadi adalah mykad..tahukah kamu apakah itu myKad?? tak tahu?? bangang pe?? haha..mykad tu IC la..identity card..kalau tak ada mykad nnt dikatakan pendatang asing..jadi aku bukan lah pendatang asing di negara sendiri, maka aku amatlah memerlukan mykad tersebut...

Ke-4..handphone..weh..gila pe kalau tak de handphone..buatnye tersesat tengah2 jalan, sape aku nak call, dah la no phone bukan sume aku hafal..lagi nak ingat satu phone book..hoho.. walaupun aku pelajar maths, tapi aku bukan jenis yang suka menghafal okeh..selain itu, handphone juga digunakan untuk menghubungi orang2 terssayang..haha..tersayang?? contohnya, ibu bapa, sepupu sepapat, sahabat andai dan yang tersayang.. tersayang lah wei..tak paham ke?? lembab tol..hehe..

Ke-5, DUIT..MONEY..PULUS..WANG..ape lagi orang panggil?? mcm2 kn.. sape kata dia boleh hidup tanpa duit memang tipu..penipu besar..haha..masuk toilet pun kena bayar tau, naseb sedut oksigen tak payanh bayar, kalau tak..tak tahulah ape nak jadi kat dunia ni..duit bukan sahaja digunakan untuk ber'shopping' tetapi boleh juga digunakan ke jalan yang baik..aik, shopping bukan aktiviti yang baik ke?? bukan ke kegiatan membeli belah ni boleh meningkatkan ekonomi??haha..pandai je lah..mane aku belajar neyh??abaikan ayat ini..dengan duit kita boleh bersedekah, beramal, dan lain-lain..korang tak tau guna duit ke?? ish...ape lah, buat duit pandai tapi guna duit tak pandai..sape2 nak belaja cara guna duit dengan betul, bolehla menghubungi aku untuk mendapatkan cara yang betul.. segala pertanyaan boleh dilakukan melalui talian 0123456789..

Ke-6, laptop dan juga internet..cuba bayangkan aku tak de laptop dan juga internet..adui ai..sekarang jugak aku mati..hoho..gila pe..kalau tak de intenet cm ne aku nak buat perkara-perkara yang berfaedah seperti melayari internet nih?? buku sori, gua tolak tepi..artikel kat intenet tu boleh lagi lah..so, kesimpulannya, memang aku tak boleh idop tanpa laptop/ pc dan internet..

K3-7, perfume...weh, perfuma adalah sangat wangi..aku adalah seorang penggemar perfume..kalau pegi kedai perfume, mau aku beli semua perfume yang jual..tapi naseb lah nafsu boelh dikawal..haha..sebulan, sebotol aku beli..bila?..setelah mendapat gaji..xde perfume, busuk lah..aku tak nak orang kenal aku dengan bau badan yang sangat tak best baunya..biar orang ingat aku sbb budak ni badan die tak berbau busuk..tp wangi je.. biar muka tak cantik..tapi kualiti kena jaga beb..

Ke-8,  digital camera..kemana aku pergi mesti aku bawak cam aku.. setiap saat adalah berharga.. orang putih kata, picture worth thousands words..betol ke?? ntah ek..cam ingat2 lupa lah..correct me if i'm wrong keh?? setiap destinasi yang dituju mesti ada kenangan kan..jadi, dengan adanya cam nih, boleh la rakam kenangan2 terindah..ceh..dh macam tajuk lagu pulak..

ke-9..bantal busok aku..haha..gila weh aku kalau tak de bantal busuk..mau susah nak tido..terguling sana, terguling sini, mata tak pejam2 jugak..ade bantal busok baru masyuk tido..hoho..best woo..tak tipu..

last but not least, **HIM**..siapakah gerangannya??haha..HIM lah..emm..kalau tak de die, hidup aku pasti muram..hehe..tiap pagi mesti wat aku senyum..haha..HIM lah..tidak perlu bertanyakan siapakah HIM okeh?? tak boleh bercerita panjang2 pasal HIM..hehe..

actually, banyak lagi list..nnt kalau aku tulis semua dh jadi mcm wishing list pulak kan??jadi aku tulis je 10..tu pun meti korang dah bosan kan nak baca..hehe..sapa yang sudi baca sampai abes nih..terima kasih..sesipa yang nak mengenali saya, boleh la tepon no td yek?haha..nnt korang akan dengar..

no yang anda dail tiada dalam perkhidmatan..terima kasih..

Saje gurau..jangan simpan di dalam hati..coz i love joking n make people laugh..but i'm not a joker okeh?? but one thing yang aku tahu, joker sangat cinta sama aku..huhu..joker batman itulah.. dia mati sebab tak dapat couple sama aku..haha..Salam..

selamat menyambut ramadhan

salam..terlupa pulak nak wish.. selamat menyambut ramadhan kepada semua umat islam..banyakkn amalan kurangkan dosa...=D

Rindu sama dia..

tahukah kamu kenapa saya rindu sama dia?? Kerana saya tidak boleh meng'online'kan diri selama 6 hari..6hari woo..bukan 1 hari.. ni suma gara-gara line phone kena sambar petir.. naseb bukan aku yang kena sambar..kalau tak mau rentong..hahaha..
hari selasa pergi berbuka di The Katerina Hotel..makanan di sana sangatlah lazat..disamping waiter2 yang ensem..haha..sorang je yang ensem..yang laen suma muka cam bangla.. jahat lah aku nih.. sesedap mulut je mengata orang bangla..haha..
masa buka makan sikit je sbb bajet nak sambung makan pas solat maghrib..kalau mkn banyak2 nnt xleh nak rukuk lak kan..sampai je kat surau, tengok xde telekong..mane nye telekong nih?? kate surau.. maka aku dengan gagahnye mengambil kain putih kat dalam surau tu, membalut badan aku mcm orang nk pergi umrah..haha..pastu aku pun solat cam biasa.. sepupu2 aku suma bantai gelak tapi gua tahan gelak..khusyuk beb solat..nk mendapatkan keberkatan..haha..
lepas je melantak..biasalah aktiviti mengambil gambar..emm.hampeh tol diorang nih...bila ambil pic aku je mesti kena parkinson..huh..bergegar sume gambar..huhu..xpe..nanti laen kali aku g buka pose kat asne aku nak g amek pic kat bilik chua soi lek..haha..kamu kenal?? haha.. bilik kontroversi..sape yang tak tau xpe..xpayah tanye..haha
jangan salah paham pulak tajuk entry nih..saya rindulah sama blog saya wlaupun baru berusia setahun jagung..aik??haha..(saya??)kah kah kah kah
sekian lah entry untuk kali nih..belom ade idea wlaupun 6 hari bercuti.. esok saya cuti lagi.. awh seronoknye bercuti..yea..yea..

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards