• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

21 . 12 . 2012 .

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.

Kejap, nak berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku. Sebab dah lama tak nyanyi. So, sempena Merdeka ke 52 ni nak bagi special sikit lah.

*2 minit*

Okeh. Berpeluh-peluh menyanyi. Cuma pitching tu tak sempat nak kejar la. Nasib takda orang dengar. Kalau tak mesti dia suruh masuk kelas vokal. HAHA. Gelak lah kalau nak.

Dah 52 tahun negara kita merdeka. Tapi sedar tak wahai rakyat Malaysia bahawa ramai lagi antara kita yang mindanya masih belum merdeka. Minda merdeka ni kita boleh bahagikan kepada beberapa cabang. Tapi aku tak nak cakap berapa cabang dia sebab takot nanti orang cakaplidah aku bercabang pulak. HEHE.

Sempena merdeka ni nak la bagi ucapan sikit. PM bagi ucapan kat TV, aku bagi ucapan kat blog la. Korang tak nak baca takpa,tolong skip perenggan berikutnya dan proceed kepada perenggan lagi satu. Sebab aku bet korang akan takot baca perenggan tu.

Sempena dengan Kemerdekaan yang ke 52 ni, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan diri dari dibelenggu jajahan luar. Eceh. Saya amat-amat berharap agar negara Malaysia akan terus aman dan makmur tanpa gelaja rasuah, rusuhan jalanan, pembunuhan berlueluasa, keganasan ah long, ah ngah, ah chik, dan sebagainya, dan bebas dari kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah. Sila sekat kedatangan mereka. HUHU. Dengan harapan, supaya jenayah di Malaysia dapat dikurangkan dan prestasi perkhidmatan di Malaysia semakin meningkat. Sekian. HEHE.

Okeh. Perenggan ni boleh baca. Sila jangan skip. Penting. Terpulang kepada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Tapi sebagai umat Islam, aku menganggap video ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam dengan tujuan untuk memesongkan akidah barangkali. Jadi sebagai umat Islam, ambil peluang bersempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amal kebaikan, amal ibadah dan segala amal supaya boleh di bawa bekal di hari kemudian.


http://www.youtube.com/watch?v=XAtgPaggeTM&feature=related

link yang lain pun boleh tengok. Cari la dekat related videos ok.

p/s : buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana yang baik di ambil untuk dijadikan tauladan. Bukan bermaksud nak kata video ni semua betul. Tapi sebagai peringataan kepada kita umat Islam. Kalau Allah nak bagi kiamat tak payah tunggu sampai 21.12.2012. Esok pun boleh. Kan? So, pikir-pikirkan dan renung-renungkanlah. Sama-sama tingkatkan amal.


Unbreak My Heart.. HAHA, tak leh blah..








Hoi Hoi. Aku suka semua gambar kat atas ni. Kreatif, unik. Comel , apa lagi. Tapi korang paham tak ape maksud tersirat? HAAHAHAHAHA (boleh lagi nak gelak).

My Heart is broken. *sobsobsob*



I am sorry my dear friends


Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


Song by Aizat
Ada seorang kawan saya pernah berkata. Dari segi pemerhatian beliau, saya dilihat agak sukar untuk mempercayai seseorang atau dalam erti kata lain sahabat. Dalam diam saya mengangguk kata-kata kawan saya tadi kerana ada benarnya. Mengapa begitu sukar bagi saya untuk mempercayai seorang sahabat?

Bukan bermaksud saya memilih kawan, tidak sama sekali. Dahulu, saya amat mudah mempercayai kawan sehinggakan saya pernah menganggap kawan adalah segala-galanya. Tetapi setelah di'back stabbing' , saya menjadi semakin sukar untuk mempercayai orang tidak kiralah lelaki atau perempuan.

Saya akui sebagai umat Nabi Muhammad, siapalah saya untuk tidak memaafkan kesalahan kawan-kawan sedangkan nabi sendiri pun mangampunkan dosa umatnya. Bagi saya, setiap kesalahan perlu diberi pengajaran supaya mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Dan sebenarnya bukan mudah untuk meraih kepercayaan seseorang semula setelah hati seseorang itu disakitkan atau diguris.

Saya bukan mahu menghukum sesiapa atas kesalahan kecil yang mereka telah lakukan. Apa yang mahu saya katakan adalah, menjaga perasaan dan hati seorang rakan itu adalah amat penting kerana selain keluarga, sahabat adalah orang yang amat penting dalam kehidupan kita sebenarnya.

Ada bebrapa ciri sahabat yang boleh saya kategorikan di sini. Tapi saya tidak mahu pulak berkata mengenai ciri-ciri atau kategori seorang sahabat itu. Kerana apa yang saya mahu tekankan dan katakan di sini adalah, hargailah sahabat anda selagi dia masih ada. Jagalah perasaan mereka seperti mana mereka menjaga perasaan anda dan lakukan yang terbaik untuk sahabat anda supaya persahabatan yang terjalin itu kekal hingga ke akhir hayat.


Sahabat suka dan duka amat sukar dicari. Tapi sahabat yang boleh melekakan kita bersepah-sepah di luar sana. Semua bergantung kepada diri kita sendiri. Dengan siapa kita mahu berkawan dan apa niat kita. Sahabat juga melambangkan keperibadian kita. Jika kita bersahabat dengan orang yang baik-baik, maka dapat melambangkan kita juga sebenarnya mempunyai akhlak yang baik seperti mereka dan begitu juga sebaliknya.

p/s : Jika anda ada mengguriskan hati sahabat, cepat-cepat minta maaf.

To all my dear friends, i am sorry for every single things that i've done. Friends till the end.

Maaf ye Kawan-kawan

1 Ramadhan.
Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberikan keberkatan yang berlipat kali ganda kepada kita semua. Dan saya juga mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf sekiranya berlaku perselisihan faham, terkasar bahasa sepanjang saya berblog. Saya hanya umat manusia yang lemah yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Masih belum mempunyai kesempatan untuk berbuka bersama kaum keluarga. Jeles dengan orang lain yang dapat berbuka dekat rumah. Takpa. Tinggal seminggu saja lagi saya disini, lepas tu saya akan pulang ke rumah.



So, selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada semua.
Mak, selamat berpuasa. Jangan lupa, orang balik nanti nak makan makanan pebret. HEHE.


p/s: macammak aku bace jek blog nih. HAHA

Kenapa Saya Sayang Emak Saya...


Pernah tak kalian terfikir. Duduk jauh diperantauan, sering teringatkan masakan emak yang sedap-sedap belaka. Lebih-lebih lagi lauk kegemaran atau fevret kamu? Baru saja teringin, sekali hajat tercapai. Siapa yang laksanakan? Emak. Pernah tak? Pernah lah pernah lah..

Semalam.
Saya keseorangan di bilik sebab kawan serumah sibuk dengan meeting. Saya yang tidak sibuk dengan meeting pun menyibukkan diri dengan tidur di bilik. Lagi-lagi hujan lebat. Jawabnya sampai ke petang saya tidur. Dan dalam tidur tu saya mimpi. Saya berada di rumah dengan keluarga menunggu masa untuk makan. Emak sedang menyediakan juadah sementara saya sedang mengemas meja makan. Tiba masa mau makan lauk kegemaran, sekali suapan tak masuk ke dalam mulut. Sebabnya terjaga dari mimpi. Anti-klimaks betul. Aku tak suka mimpi macam tu.

Lepas terjaga, cepat-cepat telefon mak. Tanya khabar sume. Agak selalu juga saya telefon emak sebenarnya, tapi lately ni agak sibuk sikit dengan training yang dah nak abisnya, masa untuk emak tu menjadi singkat. Mungkin disebabkan terlalu rindu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kami pun berbual seperti biasa. Ayat biasa yang saya tanya, " Emak sihat?" , " Emak masak apa hari ni? " , " Yang lain buat apa? ".. Itulah ayat-ayat yang wajib saya akan tanya setiap kali telefon.

Lepas borak-borak, saya mengadu dengan emak. Bukan mengadu ekceli tapi bercerita. Saya cakaplah saya mimpi nak makan lauk kegemaran saya dalam mimpi tu tapi tak dapat. Pulak tu hujan perut selalu sangat lapar. Dekat sini walaupun masakan dia nampak sedap tapi sebenarnya indah rupa dari rasa. Tapi saya bersyukur lah banyak-banyak sebab dapat makan. Emak bantai gelakkan saya. Saya ayatlah sikit. Mengidam nak makan. Mak bantai gelakkan lagi. Dia cakap saya macam orang mengandung. HEHE.

Hari ni.
Saya keseorangan lagi. Takda kawan dalam bilik semua keluar pegi dating. Saya je yang takda date. HUUU. Pasrah. Aktiviti saya hari ni adalah menonton DVD. Gossip Girl yang banyak sangat konflik tu pun saya tonton sampai dah nak habis dah. Bosan sangat hidup sorang-sorang. Baru nak lelapkan mata tadi, ada bunyi mesej masuk. Bukan dari pakwe. Pakwe saya? Takda. HAHA. Emak saya mesej. Siap keluar gambar emak lagi. Cantik jek. Ceh, puji emak sendiri. Dalam mesej mak tu mak cakap,

Abah dah gerak pukul 5.30 ptg tadi. Dalam beg tu ada kuih dengan lauk fevret kau. Tapi mak tak letak daun kesum, mak cuma pakai daun kantan.
Woowoowoo, saya rasa macam nak nangis. Sanggup mak masakkan lauk kegemaran saya dan minta abah hantarkan pada saya di Senai ni walaupun abah nak balik Kota Tinggi atas urusan kerja. Terharu sungguh. Semalam teringin nak makan, hari ni dapat. Emak, you are sooo fantastic. Macam Fantastic Four. Saya dengan emak memang ber-aku-kau.

Sebab itu saya sayang emak saya. Dia takkan sanggup biarkan keinginan saya tidak dilaksanakan. Setiap kali kalau saya pulang ke kampung, masakan kegemaran saya menjadi hidangan. Emak, i love you very very much. Kalaulah ada orang tanya berapa banyak kasih sayang saya pada emak, saya akan jawab INFINITI. Terlalu banyak. Tidak terkira nilainya.

Huuu..Nak balik rumah la next week. Rindu bantal busuk. Emak pun rindu jugak.

p/s: Emak telefon. Babai.
Tekalah ape lauk fevret saya..HEHE

End of entry.

Apa Rahsia Hubungan Aku Dengan Josh Duhamel Sentiasa Kekal


Bukan senang sebenarnya nak berbicara mengenai cinta. Lebih-lebih lagi mendedahkan kekasih hati kepada orang ramai. Kalau jenis yang tak berapapandai nak malu mungkin mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan. Tapi bagaimana pula dengan aku? Lebih-lebih lagi mempunyai hubungan dengan jejaka kacak rebutan ramai malah terkenal di seluruh dunia. Siapa yang tak kenal dengan Josh Duhamel, memegang watak seorang kapten yang berkaliber di dalam filem hebat seperti Transformers. Ke masih tak kenal jugak? Kalau tak kenal takpa. Nasib aku lepas ni boleh simpan dia kat rumah. Kalau tak nanti orang kejar aku susah pulak.

Berapa lama kami telah berkasih-kasihan? Agak lama juga sebenarnya. Tak payah la digembar gemburkan kepada orang ramai. Cukuplah sekadar kami berdua sahaja yang tahu. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah ; bagaimana kami mengekalkan hubungan kami supaya kekal lama dan diharapkan ia berkekalan hingga ke akhir hayat. Terdapat 11 cara, yang mana cara ini kami ambil dari majalah Remaja. Jangan tak tahu, Josh Duhamel pun baca Remaja jugak.

Mari kita lihat kepada langkah-langkah yang telah dan sering kami lakukan sehingga sekarang.

  1. Jaga penampilan diri

  2. Penampilan diri adalah sangat penting dalam setiapperkara yang kita lakukan. Ini melambangkan keperibadian seseorang individu itu dan menunjukkan kasih sayang kepada diri sendiri. Sebelum menyayangi orang lain, adalah lebih baik kita menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

  3. Ikhlas dalam memulakan perhubungan

  4. Dalam menjalin hubungan, keikhlasan itu adalah sangat penting. Bila kita ikhlas, barulah sesebuah hubungan itu akan kekal lama. Tak percaya? Pergi tengok mak bapak kita yang dah lama kahwin. Hubungan mereka kekal sampai sekarang sebab mereka ikhlas. Dan mereka berkahwin bukan atas dasar pangkat atau harta benda.

  5. Sentiasa berfikiran positif

  6. Positif terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan. Jangan cemburu secara melulu. Contohnya seperti si kekasih tidak membalas mesej atau mengangkat panggilan telefon kamu. Mungkin ada alasannya yang tersendiri. Jangan melulu tuduh si kekasih mempunyai kekasih gelapku kerana sesiapa pun tidak suka apabila kesetiaan mereka diragui. Betul tak?

  7. Berikan pujian dengan ikhlas

  8. Perempuan sering kali dikaitan sebagai individu yang suka dipuji. Dan pagi tadi pun saya telah dipuji oleh seorang rakan lelaki yang mengatakan saya kelihatan cantik hari ini. Alamak. Nasib dia dah ada kekasih hati, kalau tak mau saya sambar. HAHA. Gurau. Tapi part puji tu memang betul. Sebab apa kami suka dipuji? Sebab kami kaum perempuan akan rasa lebih dihargai. Janganlah puji muka aku putih walaupun tau kulit aku hitam sebenarnya. Itu perli namanya. Dan pujian tu biarlah ikhlas. Jangan harapkan balasan seperti ciuman ataupun wang ringgit. Nak cium? Aku bagi sepak. HAHA.

  9. Tunjukkan sikap mengambil berat tentang pasangan

  10. Ambil berat sangat penting. Walaupun sekadar bertanya, " Syg da makan hari ni?" , cukup membuatkan kita rasa disayangi dan dihargai. Bukanlah bermakna korang kena ambil berat badan pasangan, tidak. Ambil berat adalah mengambil tahu, mengambil kisah pasangan,apa yang telah dia lakukan hari ini, makan ke tidak, mandi dah ke dan sebagainya.

  11. jangan bersikap sombong

  12. Sombong? Saya benci orang sombong sebab tu orang sombong kawan dia tak ramai. Buang jauh-jauh sikap sombong tu dan ambil sikap yang baik. Insya-Allah hubungan akan berjalan lancar. Tak caya? Try kau berlakon sombong, mesti lepas ni pasangan kau lari setempat sebab tak percaya perangai kau yang gila-gila tu tiba-tiba boleh bertukar jadi sombong sebab aku suruh. Sebabnya, macam tak logik.

  13. Memberi peluang untuk membetulkan keadaan

  14. Selalunya perempuan sukar untuk memberi kemaafan kepada lelaki sekiranya mereka melakukan kesilapan. Ini bukan cara yang betul. Cara yang betul untuk mengekalkan sesuatu hubungan adalah dengan memberi pasangan kita peluang untuk membetulkan kesilapan / keadaan supaya masalah dapat diatasi.

  15. Hormati ego pasangan

  16. Lelaki dan ego, memang tak dapat dipisahkan. Oleh yang demikian, jangan sesekali memaksa lelaki untuk meruntuhkan ego mereka kerana iaseolah-olah menjatuhkan martabat mereka. Bukan lelaki saja, perempuan pun ada egojugak. So, masing-masing perlu jaga ego masing-masing. Barulah aman harmoni.

  17. Berbincang setiap masalah dengan fikiran terbuka

  18. Berfikiran terbuka juga amat penting dalam segala hal. Sebab apa ia penting? Sebab ia dapat membawa kita kepada jalan penyelesaian yang terbaik.

  19. Gunakan daya pujuk untuk menangani pasangan untuk memujuk

  20. Bila pasangan merajuk, jangan lupa pujuk.Kalau tak pujuk, silap-silap engkau sendiriyang makan hati. Orang kalau tengah merajuk macam-macam dia boleh lakukan. Dan kebanyakkannya perkara-perkara yang tak baik. So, elakkan pasangan anda dari merajuk. Kalau merajuk pun takpa, tapi kena pandai pujuk lah.

  21. Lakukan aktiviti beriadah bersama untuk eratkan hubungan

  22. Jangan lupa untuk beriadah atau bersukan bersama pasangan. Secara tak langsung, hubungan kasih sayang tu dapat di kekalkan dengan cara yang sihat daripada duduk berdua-duaan dekat tempat sunyi. Riadah apa yang korang buat? HEHE. Lu pikirlah sendiri.



Kami dah praktikkan 11 cara ni dan hubungan kami kekal sampai sekarang. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah dengan pasangan tu, cepat-cepatlah praktikkan ye. Mudah-mudahan hubungan berkekalan hingga ke tahap yang kalian impikan.


* hubungan saya dengan Josh Duhamel baru saja tamat 5 minit yang lalu. Sebab dia merajuk dan saya tak nak pujuk. So sekarang saya single and available. KAHKAHKAH


Bila sunyi, kita selalu buat.....


Salam sejahtera semua. Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Maklumlah sekarang ni musim sakit terutama sekali batuk, selsema dan demam. Kalau anda ada salah satu penyakit ni, cepat-cepatlah mara ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Tak takut ke dengan H1N1? Tak takut ke kehilangan ahli keluarga dan orang yang tersayang. Ehem..Ehem..

Dulu masa sekolah, ingat lagi ustazah pernah cakap. Bila dunia nak akhir zaman, salah satu petanda adalah penyakit tersebar melalui udara. Cuba kalian ingat balik. Berapa jenis penyakit yang dah tersebar memalui udara setakat ni? Yang paling saya ingat adalah SARS dan yang terbaru adalah H1N1. Takut kan kawan-kawan? Sebagai salah seorang umat Islam, rasanya tak salah kalau kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain kan? Dan mengingati kematian dan hari akhirat itu adalah perkara yang baik.

Okeh. Kita tinggalkan cerita berkaitan H1N1 tu dulu. Sebab saya ada topik hangat yang ingin dibincangkan. Nak kata hangat sampai menggelegak tu takdalah, tapi hangat-hangat tahi ayam ye lah kot. Macam biasa, ayat tak berapa boleh pakai.

Siapa yang pernah berasa sunyi? Sila angkat keyboard anda. Tak nak mengaku pun takpa. Itu hak anda. Tapi saya nak mengaku, saya pernah berasa sunyi. Dan boleh dikatakan kerap jugak. Sebelum berceloteh panjang, apa maksud sunyi sebenarnya? Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
sunyi

Sunyi

1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan);

2.
sunyi bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;

3.
sunyi menyunyi � menjadi sunyi (senyap, sepi);

4.
sunyi kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.
Bila anda berasa sunyi, apa yang anda lakukan? Boleh kongsi dengan saya. Kali ini, saya nak berkongsi, apakah yang saya akan lakukan apabila saya berasa sunyi. Ingat, entry ini hanya suka-suka tiada niat terselindung atau apa. Sekadar suka-suka sebab tengah sunyi. HAHAHA.

  • Perkara yang paling kerap saya lakukan bila saya sunyi ialah dengan menonton filem atau drama bersiri. Dengan cara ini, saya akan dapat melupakan sekejap dunia sunyi saya tu dengan menyebokkan diri dengan mengambil tahu hal orang lain melalui menonton filem/ drama. Secara tak langsung, ingatan saya tidak akan tertumpu pada perkataan S.U.N.Y.I itu sahaja.
  • Selain itu, saya juga akan mendengar lagu-lagu lama, kira macam layan jiwang/ blues la. Pastu nyanyi sambil baringpbaring sampai tertidur. Terus hilang sunyi. Kan?
  • Terapi paling hebat untuk mengubat kesunyian adalah dengan menyibukkan diri dengan pergi membeli belah. Tapi sebelum itu, pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan terapi tersebut. Jika tidak, bukan setakat tak dapat ubat kesunyian malah menambahkan kehampaan. Betol tak? Sebab tak dapat beli barang yang diharapkan.
  • Dalam waktu-waktu tertentu, saya boleh mencapai satu tahap yang boleh dikatakan tahap insafi diri sendiri atau motivasi diri. Dan pada masa tu juga, saya akan menitiskan air mata kerana mengingati bagaimana keadaan datuk dan nenek saya serta saudara mara yang telah kembali ke rahmatullah yang tinggal keseorangan di liang lahad. Tidakkah mereka berasa sunyi? Hakikatnya walaupun mereka bahagia di dunia masing-masing di sana, tapi saya tetap berfikir bahawa betapa sunyinya kita bila ditinggalkan keseorangan sebegitu. Bukan?

Ubat sunyi yang saya temui di internet adalah seperti ini.

Dan kalau boleh, saya akan cuba mengelak untuk berasa sunyi kerana bila sunyi macam-macam perkara saya akan fikir dan lakukan. Kalau yang positif tu baguslah. Tapi buatnya banyak yang negatif, lebih-lebih lagi makhluk bertanduk yang suka sangat menghasut hamba Allah tu ada disekeliling, tu yang timbulnya kes bunuh diri dan macam-macam lagi. Setuju tak?

Oleh itu, nasihat saya, jangan biarkan anda merasai apa itu kesunyian. Sebaliknya sibukkan diri anda dengan melakukan apa-apa saja perkara yang boleh membuat anda lupa kepada kesunyian. Macam belajar memasak ke, menjahit ke, mengemas ke, shopping ke. Okeh?

So, sekarang orang sunyi ni nak pergi tengok movie supaya dia takdalah rasa sunyi sangat sebab roomate dia cuti konvo selama 1week dan member bising dia dalam kelas pun cuti konvo seminggu jugak. Memang mati kutulah jawabnya. HUHUHU.


p/s: ada sesiapa mau jadi partner tidur gua dalam masa 1week ni? Perempuan saja, ok. HAHA


Janji Hari Khamis

Sebelum saya meneruskan entry yang dijanjikan, nak cakap something kat readers semua. HUHU. Terharu sebenarnya. Walaupun blog ni dah la tak best, kebanyakannya cerita merapu dan berunsur peribadi, pastu owner dia pun macam syok sendiri tapi still ada gak readers yang masih sudi menunggu entry baru daripada saya walaupun tahu sebenarnya menunggu entry baru adalah bersamaan dengan menunggu hujan emas di Malaysia. HAHA. Dan kepada followers baru, terima kasih banyak-banyak sudi follow blog tak berilmiah ni. Thanx ya.

Okeh. Marilah kita mulakan sesi menaip entry secara pukal kerana sekian lama tidak mengupdate blog. Sampaikan macam terlupa ada blog. HAHA. Dahsyat kan kawan-kawan? Sebelum tu nak ingatkan sedikit. Ceh seperti biasalah pesanan penaja lah katakan. Entry ni mungkin akan menjadi sedikit panjang. Boleh jadi juga lebih panjang. Sebab mengupdate secara pukal memang macam ni. Semua cerita mahu di masukkan di dalam satu entry. Orait, cukup sampai situ pesanan penaja tak boleh panjang-panjang. Anda semua dah ready, baik! Mari mula sekarang.

Edisi pertama adalah edisi bermain futsal.


Sepanjang berada di sini, baru saya tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai sedikit skill bermain futsal. HAHA. Sedikit ye kawan-kawan bukan banyak. Mungkin skill saya bukan terletak di kaki tapi di tangan. Erk? Saya telah melantik diri sendiri dan kawan-kawan untuk bermian futsal bagi mewakili company kami iaitu company 5. Hebat tak hebat tu tapi takda satu gol pun yang berjaya disumbat. Agak hampeh jugaklah sebenarnya. Tak tau la nak salahkan bola ke, padang ke atau orang tu sendiri. Hehe. Macam biasalah, salah sendiri tak mau ngaku. Tapi tengok gaya kat atas ni macam ada bakat ye tak? Erk,korang nilailah sendiri.

Edisi kedua iaitu bermain bola jaring selama 1 minit setengah sebagai pengganti.

Secara jujurnya, saya sudah lupa secara total bagaimana cara bermain bola jaring. Sebab dulu pun belajar main masa darjah 5.Tu pun jadi Goal Shooter. Manalah ade gerak sangat kan? Setakat duduk dalam kawasan D jek boleh la. Tiba-tiba duduk kat Senai ni kena pulak main jadi Goal Defend. Erk? Memang tak tau lah sebab bidan terjun. Yang pandai main dah injured, tinggal yang tak pandai main. So, terpaksalah main walaupun sebenarnya tak nak sebab nanti sendiri yang malu. HAHA. Jatuh la saham gua beb, nama je perempuan tapi tak tau main netball. Dah la ramai penonton tak kira jantina. HAHA.

At the end, walaupun tidak menyumbangkan apa-apa sebab dapat pengang bola sekali jek time game tu, rasa bangga tetap ada. Sebab group kami berjaya ke separuh peringkat akhir yang baru je berlangsung petang tadi. Dan esok akan berlangsung peringkat akhir.

Edisi ketiga iaitu sesi Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli di Gelang Patah


Untuk sesi khidmat masyarakat ini, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Antaranya ialah acara sukan. Percaya atau tidak, saya mewakili pihak GEMS untuk bermain tarik tali bagi kaum perempuan untuk bertanding bersama warga orang asli. HUHU. Payah memang payah sebab kumpulan kami diwakili oleh yang berbadan sekeping tapi mereka semua yang gagah-gagah belaka. At the end memang kami kalah. Tapi itu memang niat asal kami sebab kami mahu berikah hadiah tersebut kepada mereka. Seronok jugak sesekali buat kerja-kerja amal macam ni. Tolong bersihkan kawasan kampung mereka, kemaskan surau mereka dan macam-macam lagi kami buat. Dan yang pastinya kami seronok. Tengok aje gambar kat atas nun, siap boleh pose lagi. Apadaaa.

Edisi keempat iaitu team building di Desaru Golden Beach Hotel.


Untuk sesi team building, kali ini kami tidak disatukan dalam kumpulan yang sama sealiknya kami dicampurkan antara company. Maknanya dalam satu kumpulan, terdiri ahli dari company 1 hingga 8. Mula-mula memang rasa macam tak best tapi at the end, sebenarnya group kami agak best jugak apa. Sebab dapat anugerah tempat kedua kumpulan terbaik secara keseluruhan. Dan apa yang paling menarik adalah aktiviti lasak yang terpaksa kami buat. Memang seronok walaupun terpaksa berendam dala lumpur. Syok jugak sesekali mandi lumpur. Tapi serius lepas tu badan bau macam lembu. HAHA.

Semua halangan berjaya saya lalui, macam monkey rank, panjant tembok setinggi 12m, titi gantung, berenang merentasi tasik dan berkayak kecuali 1 je iaitu tarzan jump. Cuba banyak kali pun masih tak lepas. Dan setiap kali tak lepas akan masuk ke dalam lumpur. Apa yang seronoknya kami belajar betapa pentingnya teamwork dalam sesebuah kumpulan. Itu yang paling penting.

Rasanya setakat ni dulu. Khamis tetap Khamis walaupun dah malam. Biasalah kehidupan kat sini memang sibuk sikit. Jadi yang penting tu terpaksalah didulukan. Erm, tunggulah update lagi berkaitan Desaru lepas ni. Insya-Allah. Nak beransur dulu, mau mandi dan pergi dengar ceramah agama. Hari ni kan malam Jumaat. Ada aktiviti surau.

Till then, salam.

nanti lah ye

Nantikan hari Khamis ini, 6 August 2009.

Entri baru menanti anda.




p/s : memang tengah sibuk sekarang ni, lebih-lebih lagi tinggal lagi 2 minggu lebih je nak abes training. Macam macam benda nak kena buat. Jadi harap readers yang ternanti-nanti entry baru atau ternanti-nanti komen saya di blog kalian, harap bersabarlah ya. Masa lapang saya akan datang tidak lama lagi kerana masa sempit akan berlalu tidak lama lagi. HUuuuu

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards