• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Match maker

Match-maker a.k.a kakak aku semalam beria-ia telefon aku suruh aku kenal dengan seorang lelaki ni which is her friend. Dia cakap lelaki ni baik. Aku tak kesah la nak kawan dengan sesiapa pun, sebab hakikatnya aku ni friendly. Ini aku yang cakap, orang lain tak pernah cakap. So, korang faham-faham sendiri la.

Mesti ada yang hairan, kenapa kakak aku tu sebok nak jadi match maker. Sebenarnya, social life aku diperuntukkan kepada 100% kaum perempuan, 0% lelaki. Aku bukan lesbo! Aku memang macam ni, senang nak kawan dengan lelaki, tapi susah nak keluar dengan lelaki. Aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan perempuan, sepupu-sepupu, adik beradik dan ahli keluarga aku sendiri. Social life aku memang pelik. Aku tak pernah pergi date sejak clash dengan ex boyfriend aku dulu. Masa kitorang couple dulu pun berapa kali je pergi date. Tu pun sorang jalan depan, sorang jalan belakang. Ada kawan pun, sekejap je, tak kekal lama hanya mampu bertahan 2-4 bulan. Tak tahu apa silapnya, tapi aku rasa semua salah aku, silap aku. Sebab aku keras kepala.

Tapi, aku ada seorang best friend lelaki. Kami memang rapat, kamceng tapi tak pernah jumpa. Hairan? Memang hairan. Pelik? Memang pelik. Tapi, tulah hakikatnya. Bagi aku, sesuatu hubungan itu tidak memerlukan kita untuk berjumpa selalu untuk menunjukkan kita care atau sayang pada seseorang. Cukup sekadar dengan sebuah mesej berbunyi, " Awak sihat hari ni? " Full stop. Tak payah panjang berjela. Kalau aku bertanyakan khabar, bermakna aku care. Tak perlu nak jumpa dia untuk menunjukkan betapa aku care pada dia. Cukup sekadar secara tersirat. Kalau yang faham tu faham lah, yang tak faham-faham tu, nasiblah Labu.

Sambung balik cerita match maker. Lelaki tu aku kenal dengan nama S. Cukup setakat tu. Nak cerita lagi tunggu minggu depan, sebab aku malu nak cerita sekarang. Pergh, macam dah tebal gila kulit muka aku sekarang ni. Kalau boleh ukur berapa tebal, mesti sama tebal dengan buku Harry Potter.

Tinggal lagi 12 hari je lagi nak jadi wanita muda berusia 23 tahun (muda tu kena letak supaya tak nampak tua sangat). Banyak yang aku belajar sepanjang menjadi wanita muda berusia 22 tahun. Impian yang aku target untuk capai pada usia 22 tahun tak tercapai, aku harap sangat boleh dilaksanakan pada usia 23 tahun. Dan aku akui, perjalanan menjadi seorang manusia berumur 22 tahun takkan aku lupakan, banyak pahit manis yang terpaksa aku lalui. Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai anak angkat. Banyak asam garamnya.

Mungkin perkara pertama yang akan aku lalui apabila menjadi wanita muda berusia 23 tahun adalah mengenali lelaki bernama S. KAHKAHKAHKAH. Kalau korang jadi aku, korang nak buat apa dengan lelaki tu? Cuba cakap sikit. Buat pekasam ke, buat bodoh ke, apa-apa lah.

HEHEHEHEHEHE
*blushing*




Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. Yea...Esok boleh shopping. Sabtu boleh dating.. Ahad boleh tunang. HAHAHAHA. Kontroversi betul.



Haiippp!!!

Semenjak dua menjak ni, kasih sayang terhadap blog sudah semakin pudar. Tiada lagi perasaan cinta yang mendalam, ketagih yang teramat sangat, rindu separuh mati, ghairah yang teramat. Takda. Semuanya lesap dalam sekelip mata saja. Kasih sayang telah bertukar arah. Hanya empunya diri saja yang tahu, apakah puncanya. Dan, jalan penyelesaian telah pun difikirkan. Mungkin akan digantung tidak bertali, atau dicerai waimah talak 10 sekalipun.

Menghidap penyakit gastrik yang boleh dikatakan tidaklah berapa kronik membuatkan blog ini terabai selama satu hari setengah. Itu baru kena gastrik. Cuba bayangkan kalau menghidap penyakit lain. Mungkin dibaikan dan ditinggalkan dengan lebih lama. Dah katapun perasaan sayang sudah beralih- arahkan, jadi apa yang perlu dikisahkan sangat. Kadang-kadang sampai naik menyampah tengok blog sendiri sebab macam dah takda orang nak baca. Balik-balik cerita syok sendiri yang memang syoklah senang cakap. Orang lain baca pun, naik berbulu kat mata tu.

Sambunglah baca kalau nak.

Semalam hanya mampu meng'approve' komen dari kawan-kawan. Dan membalas secara pukal. Beberapa kali entry di taip tapi takda satu pun yang dipublish. Sindrom perempuan berumur 22 tahun nak bertukar 23 tahun . Hormon sedang mengalami perubahan. Banyak la kau punya hormon semua, dah mood kau yang takda kau nak salahkan hormon pulak. Tapi, tang hormon tu ada jugak betulnya. Bulan sabit dah nak bertukar jadi bulan penuh. Biasa lah.

Bosan kan. Kesian korang baca entry yang takda kualiti langsung ni. Jangan marah aku, marah perut ni. Perut punya pasal, blog jadi mangsa. Nak pergi rotan perut kejap. Degil sangat tak nak dengar kata.

Haiiipppp!!!!Biasa dia.


**kakak aku sekarang dah pandai nak jadi ejen cari jodoh untuk aku pulak. Makin bertambah la sakit perut ni.

Cara orang pokai macam aku pegi shopping

Setelah penat keluar bergembira pada Sabtu lepas, aku dapati walaupun kita keluar tanpa duet yang banyak di dalam dompet, kegembiraan itu boleh juga dicapai pada tahap maksimum asalkan kita keluar secara ikhlas dan mendapat keizinan daripada ibu bapa ataupun penjaga. Izin bf tak payah. Buang masa, bukan suami pun. Tapi bagi yang dah bersuami tu, perlu la minta izin.

Kenapa aku cakap boleh capai kegembiraan tahap maksimum walaupun duet dalam dompet hanya ada RM50 sebagai contoh.

  1. Kita boleh keluar dengan senang hati, tanpa perlu rasa risau atau bimbang terserempak dengan ibu bapa atu penjaga kerana keluar secara sorok-sorok lebih-lebih lagi kalau keluar pergi dating.
  2. Walupun sedar dalam dompet hanya ada beberapa keping duet RM1 sebagai contoh, kegembiraan itu anda akan perolehi apabila banyak cerita yang ingin dikongsi bersama rakan yang sudah lama tidak ketemu, kerana anda akan sentiasa sibuk berbual sehingga terlupa yang anda tiada duet di dalam dompet.
  3. Menyedari duet tiada, anda akan tabah melihat sales di pasaraya dan berfikir serta membuat catatan apa yang anda perlu beli apabila duet gaji anda atau biasiswa anda keluar. Ini dapat mengelakkan daripada anda terbelanja secara tidak sengaja kerana tidak berfikir apakah kepentingan membeli barangan tersebut.


Ini yang aku rasakan semasa hari Sabtu, walaupun duet tidaklah banyak kerana sudah akhir bulan, aku masih boleh enjoy berwindow shopping kerana aku keluar dengan izin emak dan di bawah pengetahuan mak cik-mak cik aku. Walaupun keluar dengan kawan perempuan sahaja. Dan aku boleh membuat pertimbangan barang apa yang aku perlu beli sekiranya duet gaji telah diperoleh. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas memang aku dah jatuh cinta pandang pertama dah ni, memang dah rasa nak sambar je benda tu. Tapi aku fikir secara rasional. Adakah benda itu sangat penting sampai aku perlu beli atau sekadar memuaskan salah satu nafsu daripada 9 itu saja. Thank God,syukur sangat-sangat, selamat duet aku, benda tu pun tinggal kenangan. Tapi tunggu, mungkin 1 May nanti aku pergi sambar satu. HAHAHA.

Tapi, perkara yang paling menyeronokkan adalah, aku tonton wayang hanya berdua sahaja di dalam sebuah bilik tayangan. Cuba kau bayangkan, kalaulah yang menonton berdua tu adalah pasangan kekasih, pasti mereka boleh melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sana. Astarghfirullah. Nasib aku keluar dengan kawan perempuan, kalau tak sumpah aku pergi jual balik tiket wayang tu. Kenapa kami berdua saja? Sebab cerita tu dah lama sangat tayang kat panggung, tapi aku dengan member ni baru nak pegi tengok. Tapi tengok dua orang je memang syok sebab kau boleh gelak tak ingat dunia dalam panggung sekuat hati, tak payah cover-cover gelak perlahan-lahan sebab ada mamat handsome dekat sebelah dok offer popcorn dekat kau. Serius aku cakap. Kitorang siap boleh duduk letak kaki dekat kerusi depan lagi. Ni kalau bakal mak mentua nampak, konfem dia reject on the spot.

Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan aku, ingin keluar bergembira bersama? 1 May, jom kita pergi serang shopping complex segala. Aku akan membuat satu lawatan bersama sepupu ke shopping complex berdekatan untuk menjalani terapi dalam bentuk window shopping. Sesiapa mau join? Marilah kita berkenalan dengan lebih dekat secara face to face. Ceh!!!! Kau ingat kau ni galmer sangat ke Ain?
  • By the way, thanx kepada JRY kerana telah memberikan aku hadiah saguhati sempena hari lahir beliau pada 20 April lepas. Tak sia-sia aku masuk contest tu. Erm, birthday aku dah dekat, kena buat contest jugak ke? HAHAHAHAHA. Ada yang kena booo kejap lagi.
  • Thanx jugak yang tak terhingga kepada Kak Iena, kerana memberikan award kepada saya. Thanx a lot ya Kak! Really appreciate that.

Kepada follower-follower baru dan lama blog saya, terima kasih kerana sudi mengikuti blog ini, walaupun ia hanya sebuah kisah dari seorang gadis yang sedang menghitung hari menjadi wanita berusia 23 tahun. Tanpa anda, siapalah saya, mungkin seorang wanita 22 tahun yang syok sendiri, berblog tapi takda orang baca. Ceh, dah macam orang terima Anugerah Blogger Popular pulak.

Aku nak pegi lepak kat blog orang lain, buat macam sendiri pastu nak tumpang tidur kejap. Plus, nak belajar buat header sendiri sebab ada orang dah bisng-bising layout aku sama dengan layout dia. HOHOHO. Jangan marah ye pakcik.

Bersurai dah.




Cari Jodoh

Pergi join aktiviti anjuran Jabatan Tenaga Kerja. Penjodohan pebenda ntah. Cari calon suami majikan kot. What ever. Wish me luck.

Pastu nak tengok wayang.


Takde read more..Hari ni entry pendek.

Bersurai.

Jawapan teka-teki semalam

Kepada sesiapa yang masih lagi belum mencuba untuk menjawab soalan teka-teki semalam, silalah. Kerana pada entry hari ini, saya akan memberikan jawapannya . Pegi baca sana dulu, jangan nak tau jawapan terus. HEHEHE.

Kepada Ubey, Mai, Kak Tiha, Wai, Kak Iena, Kak Yanie, Esofagus, Mohamad, dan sesiapa saja yang menjawab dalam hati, terima kasih kerana mencuba. Hanya seorang saja yang dapat menjawab dengan 80% betul iaitu Kak Yanie. Ini jawapan yang diberian.

ikan paling kecil...ikan bilis...

paling beso..ikan paus...hahaha [watak ikan paus ada tak dalam citer nih...kalau tak ada...sila tambah watak nyer...kekkeke]

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣


Saya tidak kata ia 100% betul, tapi 80% betul. Kenapa saya kata ia 80% betul? Mari kita selidik sedikit demi sedikit.

Ikan yang paling kecil adalah ikan bilis. Tetapi tahukah kita bahawa terdapat ikan yang lebih kecil dari ikan bilis sebenarnya? Ianya lebih spesifik dan mungkin anda akan mempunyai perasaan ingin hantuk kepala saya ke dinding atau apa, itu saya tidak tahu. Cuba anda fikirkan kembali. Dah lama takda belajar, otak pun agak slow sedikit. Nak fikir pun punya lah susah, kena panaskan enjin dulu.

Okeh. Seperti yang kita semua sedia maklum, ikan paus adalah ikan yang terbesar di dunia. Tetapi ada sumber yang mengatakan, paus sebenarnya bukan tergolong dalam kumpulan ikan kerana paus adalah sejenis mamalia yang tinggal di dalam air. Tapi kenapa kita masih memanggil ia ikan paus bukan paus sahaja? Entah, yang itu saya belum membuat kajian lagi. Ngeh, banyaklah kau punya kajian.

Dah nama pun teka-teki. Mungkin jawapannya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Kadang kala ada jawapan yang tidak masuk akal langsung. Mungkin jawapan untuk teka-teki ini pun tidak masuk akal juga. Tujuan saya cuma satu, untuk membuatkan anda terhibur. Yang bekerja mesti stress dengan kerja. Yang study mesti tengah pening study sebab sekarang tengah musim exam. Yang suri rumah pun, tension jugak dengan kerja kat rumah yang tidak pernah siap. Macam-macam lagi.

Marilah kita bergelak ketawa. Bersuka ria, hilangkan segala duka, tension di kepala. Tetapi, Allah tetap kena ingat selalu. Dah bersedia untuk mengetahui jawapan sebenar bagi teka-teki edisi-tak-guna-satu-sen ini?

Jawapannya ialah :

Ikan terkecil : Ikan bilis lahir tak cukup bulan
Ikan terbesar : Ikan paus goreng tepung

HAHHAHAHAHAHAHHAAHA...

Jangan marah..

Kepada Kak Yanie: Tahniah! Anda bijak.. Yang lain-lain pun tahniah juga kerana mencuba.


p/s: Dalam kita bersuka ria pada waktu ini, ada insan sedang berduka. Sahabat baik kakak saya yang baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga telah pulang ke Rahmatullah pada usia 32 tahun petang semalam kerana penyakit Telesemia. Mari sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Siti Mariam supaya rohnya berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.



Silalah jawab

Sebelum memulakan entry, saya ada satu teka-teki untuk diberikan kepada anda semua. Tapi tidak ada hadiah yang akan diberika kepada yang dapat menjawab dengan betul. Hanya pernghargaan dan kata-kata " Anda bijak, tahniah!" saja yang akan diperolehi. Sekiranya anda berkeras mahukan hadiah, silalah mengeraskan diri anda kerana saya tetap dengan pendirian saya. Mungkin boleh memberikan sedikit kasih sayang. Itu pun, mungkin. Tidak semestinya.

Okeh. Ini berkisahkan tentang sekumpulan ikan. Dan teka-tekinya seperti berikut:



Picture: Credit to Kosmo


Di dalam sebuah perkampungan yang terletak jauh di dasar laut, tinggal sekumpulan ikan yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya toman, pari, jerung, yu, ikan bilis , ikan sepat (eh, ikan sepat pn ddk dlm laut? suka ati aku nak letak apa), ikan tuna dan pelbagai jenis lagi sampai dah lupa namanya. Pada mulanya mereka ini berkawan baik. Tetapi lama-kelamaan timbul rasa cemburu di antara mereka sesama sendiri. Yang ikan bilis mengaku dia adalah ikan paling kecil di tempat itu. Yang ikan jerung pula mengaku dia adalah ikan paling besar. Masing-masing cuba untuk memberikan pengiktirafan kepada diri sendiri walaupun pengiktirafan tersebut tidak laku dan tidak disahkan oleh SIRIM. Mulalah berlaku pertelingkahan. Ikan duyung kata, " Akulah ikan yang paling cantik". Semua mencebikkan bibir. Ikan tuna kata "Akulah ikan yang paling popular di dunia sebab ramai orang suka makan sardin". Itu Ini bla bla bla.

Kemudian, mereka mencapai kata sepakat, untuk mencari seekor peguam bagi membolehkan mereka mendapat gelaran yang diinginkan. Iaitu siapa ikan paling besar dan siapa ikan paling kecil. Title lain pun mereka pertikaikan juga. Tetapi title itu yang mereka rebut-rebutkan. Aku pun tak tau kenapa. Akhirnya, mereka menemui ikan bakar di darat, untuk mengepalai penghakiman tersebut. Setelah diteliti dengan terperinci, dibuat segala diagnostik, pemerhatian, survey dan segalanya, satu keputusan telah dicapai. Dan tiada bantahan boleh dibuat kerana keputusan adalah muktamad.


Okeh, tamat sudah penceritaan mengenai teka-teki. So, korang rasa apakah jawapan yang keluar dari mulut Tuan Hakim Ikan Bakar?

Setakat ini sahaja entry untuk hari ini. Silalah jawab dengan bernas dan menarik. HAHAHAHA.

Kerana ada banyak salah faham, jawapan mesti ada 2. Ikan yang terbesar dan ikan yang terkecil.. Silalah fikir okeh..

Gigi besi buat aku bertambah yakin

Sesiapa ada terbaca entry semalam, sila abaikan ayat yang terakhir ya. Malu betul buat pengakuan semacam tu. Huh. Tak payah cakap pun tak pa sebenarnya, tapi tulah perempuan. Semua benda pun nak cakap jugak.

Sebenarnya seingat aku, semenjak aku kecil tidak pernah aku dapat pujian macam tu. Adik ni comel lah, siapa nama adik? Adik comel adik comel, nak ice cream tak. Pewit pewit, adik nak jadi adik angkat abang tak? Adik itu adik ini ....

Tak pernah sama sekali. Tapi,'pujian' yang aku selalu dapat sejak aku bertukar sekolah ke kampung semasa darjah 5 adalah seperti, "Anak keling dah sampai weh" " kalau kau nak parut kelapa, kau tak payah hantar kat kedai, kau bagi kat dia, dia boleh tolong parutkan apa. Tengok gigi dia, tajam siot"

Setiap hari pun macam tu. Sedih tu memang la sedih. Bukan aku minta dilahirkn macam ni. Bukan aku minta dilahirkan tidak sempurna. Semua tu kurniaan Allah. Bila balik rumah, aku cerita pada emak, sambil nangis-nangis. Apa boleh aku buat. Kehidupan kami pada waktu itu memang susah. Semua masih kecil dan bersekolah.

Sejak dari tu, aku pasang azam. Aku takda peduli apa yang diorang nak ejek aku, aku takda kisah. Yang aku tahu aku mesti belajar. Dan hasilnya aku jadi pelajar cemerlang UPSR di sekolah aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang punya rupa paras yang cantik tapi akal takda dan sering mengejek aku. Maaf aku cakap macam ni. Tapi itu yang aku rasa pada masa tu. Aku bangga. Dengan kulit yang hitam ni, dengan gigi jongang ke depan ni aku mampu melangkah ke sekolah elit seperti Sekolah Tun Fatimah.

Kehidupan kami bertambah baik selepas itu. Dan emak menyarankan aku supaya membuat rawatan ortodontik di klinik pakar bagi mengelakkan aku diejek lagi. Niatnya cuma satu : Bukan untuk melawa atau merubah kejadian Allah, tapi bagi mengelakkan rasa rendah diri pada diri aku dan membuatkan aku bertambah yakin utuk menjalani kehidupan seharian. Rawatan dimulakan sewaktu aku di tingakatan 2. Dan aku mula memakai pendakap selepas mendapat keputusan SPM, bulan Februari 2004. Dan pendakap itu dibuka pada 15 May 2008, betul-betul selepas aku menamatkan pelajaran di UKM. Kira macam hadiah birthday dan graduation gift juga.

Melakukan rawatan ortodontik bukan semudah yang disangka. Aku perlu mengorbankan 4 batang gigi geraham bagi membolehkan kedudukan gigi aku kembali tersusun. Selain itu, semasa memakai pendakap a.k.a braces, banyak makanan yang terpaksa aku hindari seperti ice cream, makanan yang keras-keras seperti buah jambu batu dan yang masam-masam macam jeruk. Memang aku berpantang habis kerana mendengar saranan doktor.


Nyata, keputusan itu betul-betul membuatkan aku bertambah yakin. Aku semakin berani senyum menunjukkan barisan gigi, aku semakin berani berdiri di hadapan khalayak ramai, dan aku semakin berani untuk membuat sesuatu yang aku mahukan. Tanpa rasa rendah diri ataupun sangsi. Tengok aje lah kat gambar atas ni, bukan main lebar senyum sampai nak terkeluar aku tengok braces tu. Bila aku pulang ke kampung, aku hanya memandang sinis kepada mereka yang suatu masa dulu pernah mengejek aku. Tahu pulak nak malu sekarang, tapi dah terlambat. Dulu, aku sudah cukup terseksa dihina, diejek depan orang ramai. Kini, hanya kau yang tahu macam mana perasaannya bila kau berada disituasi aku, diejek dan diperkatankan orang.

Sebab itu aku rasa, pujian dari boss aku tu merupakan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku kerana sebelum ini aku sudah puas dicaci dihina. Bukan membangga diri atau apa. Tapi itulah hadiah hasil dari kesabaran aku selama ini. Dan aku lebih memahami erti kecantikan itu bukan hanya sekadar luaran, tapi dalaman juga amat penting.


*kisah ni aku tak reka macam surat dari Ucuk kepada Abg Joned. Ini sebuah kisah yang betul-betul aku alami.
**Jangan puji lagi, nanti aku malu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHHAHA

Nak tengok gambar aku sebelum pakai braces? Takda. Tapi boleh try kat sini

Credit to: Dr. Akhmar, Unit Pakar Perunding Orthodontik, Klinik Pergigian Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, Johor.

Dah macam duta Braces pulak aku nih. Ok, boleh lantik kemudian.

Surat khas dari orang putus tunang

Semalam mood swing semacam sepanjang hari tapi telah diceriakan kembali oleh Kak Tiha yang tak jemu-jemu nak borak dengan saya. Everyday kitorang akan borak dan bergosip sakan, bercerita itu ini, masalah negara, perkauman, calon suami erk dan macam-macam. Saya rasa kami macam ada chemistry fizik, biologi sebab itu setiap kali kami berborak pasti akan berlumba-lumba untuk menaip. Ada saja cerita yang ingin dikongsikan walaupun tidak pernah bersua muka tetapi rasa macam dah kamceng sangat. Ceh, akak saya tengah bodek akak ni. Still boleh view ke blog saya guna musang berapi tu? Kalau tak boleh, try download latest version punya.

Memang ramai orang cakap, muka saya macam tak friendly langsung. Come on lah, tak kenal maka tak cinta. Try usha, silap-silap jatuh cinta dibuatnya..HAHA. Ok, kali ni aku tipu. Perenggan tak penting sangat

Sebelum itu saya nak tanya. Blog ni nampak macam blog orang putus tunang ke? Sedih sedih. Hari hari mengenangkan tunang yang telah lama terpisah. Maka, untuk memuaskan hati individu tersebut, terimahlah surat karangan saya yang kononnya sudah berputus tunang.

Kepada bekas tunang tersayang,

Abang apa khabar? Ucuk kat sini sihat Alhamdulillah. Tapi ucuk rindu sangat pada abang. Abang, macam mana kehidupan abang sekarang? Abang tak rindu pada ucuk lagi ke? Ucuk nak sangat kita balik macam dulu. Ucuk nak kita sambung balik pertunangan kita.

Kenapa abang minta putus? Lagi berapa jam je kita nak kawin. Lebih kurang 1,876 jam. Abang tak rasa ke apa yang ucuk rasa? Ucuk dapat bayangkan macam mana nanti bila kita sudah mendirikan rumah tangga. Ucuk lahirkan anak-anak yang cukup comel untuk abang. Sebab ucuk kan comel. Abang yang selalu cakap.

Kenapa abang sanggup tinggalkan ucuk semata-mata kerana Milah Kongkreng tu? Apa kurangnya Ucuk. Ucuk pandai masak, masak air la. Pandai mengemas, membasuh, menyanyi, berlakon, membebel. Semua Ucuk pandai. Milah tu, apa je yang dia tahu. Balik-balik jemur kain kat luar rumah pakai baju kebaya ketat warna merah dengan kain tersingkap sampai atas peha. Itu ke yang abang pandang?

Sampai hati abang buat Ucuk macam ni. Tapi takpa. Ucuk pasrah. Sekarang Ucuk dah terima lamaran dari Abang Joned. Ucuk tak kenal Joned tu sapa, tapi nama dia macam nama ayah abang. Mak yang uruskan semua. TInggal lagi beberapa jam je kami akan bernikah. Lebih kurang 945 jam. Tapi kalau ucuk bernikah dengan ayah abang pun ucuk redha. Sebab ayah abang lagi hensem dari abang. Dan ucuk dapat jadi emak tiri abang.

Selamat tinggal Abang Jonas Brothers ku sayang.

Ikhlas dari,

Ucuk mu sayang


Harap-harap orang yang mencari blog orang putus tunang tu berpuas hati dengan surat yang direka khas, dari Ucuk kepada Abang Jonas. Saja kasi font warna pink. Baru nampak romantik. HUHU. Letak wangi-wangi sikit. Old school style.

Surat ini direka semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang namanya terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam surat di atas, tidak kiralah nama betul atau nama samaran, saya minta maaf banyak-banyak. Nama itu je yang terlintas dikepala saya ketika itu. Tau jika anda ada request nak tukar nama, bolehlah emailkan kepada saya atau ym je terus. HEHE.

Melalut terlebih pulak. Nak pegi buat kerja. ..

tut..tut..tutttttttttt..
chop..hari ni boss puji saya cantik. Ehem ehem..HAHAHA

The battle has begun



The battle has begun.


Sesiapa boleh membantu saya, bagaimana caranya mahu menghilangkan kebosanan tatkala tiada kerja yang perlu dan boleh dilakukan di pejabat.

Selain bermain online games apa lagi? Kira bosan tahap mati tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ada sebarang cadangan?

Antu dalam botol

Bismillah...

Sila ambil perhatian.

Entry kali ini mungkin berunsur seram sedikit. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai penyakit lemah semangat, lemah batin, kencing manis, darah tinggi, kencing masam, kentut busuk, dan sebagainya silalah beware kerana mungkin penyakit anda akan menjadi bertambah parah apabila melihat gambar-gambar dan video porno ini.

Tempoh hari saya ada bagitahu berkaitan makhluk yang kerap mengganggu mami ketika waktu tidur. Rabu lepas, makhluk tersebut telah berjaya ditangkap dan telah dimasukkan ke dalam lokap, eh eh silap.. ke dalam botol untuk dibuang ke tempat pelupusan sampah. HAHA. Yang ini kau jangan percaya sebab aku tipu.

Sesi penangkapan makhluk tersebut telah dilakukan oleh dua jejaka hensem. Pewit pewit dan abang saya. Mula-mula ingatkan abang-abang seekers ni pakai kopiah ke ketayap ke, sebab kerja mereka ni memang menangkap makhluk halus dan memerlukan iman yang kuat serta ayat-ayat bacaan semua. Tapi rupa-rupanya tidak. Mereka cukup sempoi, macam abang saya jugak lah. Dan juga pemalu. HAHAHA. Yang ini aku reka. Tidak dilupakan hensem. Pewit pewit lagi sekali. KAH KAH KAH. Abaikan.

Mereka tiba di rumah lebih kurang pukul 9.54 malam dan memulakan sesi mentera pada jam 10.06 mlm. Mentera semerah padi, kemenyan semua takda pakai. Dia pakai ayat-ayat suci Al-Qur'an, garam dan lada hitam. Satu pesanan, DON'T TRY THIS AT HOME. Pada mulanya saya nak turut serta melihat bagaimana sesi penangkapan berlaku. Tapi macam tak berapa berani takut kena histeria, jadi saya duduk di tingkat bawah bersama mami menonton American Idol musim terbaru di TCS5. Channel ni orang Johor je dapat, Melaka, Terengganu, Selangor suma takda dapat. Lebih-lebih lagi yang pasang Astro. Jangan harap nak dapat channel 5 tu. Ni dah masuk topik lain, baik kita teruskan ke agenda asal.

Saya ada juga jenguk-jenguk ke atas tapi seperti biasalah, ciri-ciri pengecut tu masih ada walaupun takdalah pengecut sangat pun. Sesi tangkapan berjalan lancar, dan selesai lebih kurang pada jam 10.30 malam. Kau pernah tengok Supernatural tak? Ala, yang Jensen Ackles berlakon tu. Yang hensem tu. HAHA. Ha, diorang tangkap makhluk lebih kurang macam dalam cerita tu lah. Pakai garam dan lada hitam. Cuma yang membezakan abang-abang seekers ni dia simpan makhluk tu dalam botol buat pekasam.

Sekarang sesi gambar dan video. Siapa yang takda berani, jangan berani-berani tonton okeh. Kang tak pasal-pasal histeria sebab baca blog berantu aku nih.



Ini botol kosong. Digunakan untuk 'menyimpan' makhluk tersebut. Dan ini, botol berisi makhluk tersebut, yang telah diselubungi dengan kain hitam.



Sebelum gambar diambil, botol yang telah diisi dengan makhluk yang telah ditangkap diselubung dengan kain hitam bagi memudahkan figura makhluk itu dikenal pasti. Itu petuanya la, saya memang tak tahu. Ini gambar makhluk tersebut, setelah diperhatikan dengan betul-betul sebenarnya ia berwarna hitam. Menurut abang 'Dean' tersebut (watak dalam Supernatural), makhluk itu sebenarnya berwarna hitam. Tetapi di dalam video ia kelihatan seperti berwarna putih. Mau tonton videonya? Saya ada letak di facebook. Tapi bagi memudahkan anda yang belum add saya di Facebook (eceh, konon mintak add lah ni), saya akan upload juga video tersebut di sini.


Anda perhatikan video ini betul-betul dan anda akan dapat kenal pasti yang mana satu. Sila abaikan suara latar kerana itu merupakan suara saya dan mami yang tengah excited melihat gambar hantu lain yang telah ditangkap oleh abang seekers tersebut.

Selepas sesi tangkapan saya terlupa nak minta sign autograph daripada abang-abang seekers tu. HAHAHA. Tebiat apa budak ni, mungkin itu yang akan dikatakan.

Sekarang pun saya ada sedikit takut untuk tinggal keseorangan di rumah. Sebelum ni, aku lepak je, takda kesah kena tinggal. Sekarang mesti berteman. Kalau tak nanti, tiba-tiba ternaik bulu roma. Sekarang ni pun bulu roma ternaik sendiri.

Sebab aku bersin la. HAHAHAHAHAHA.

Sekian, Nurul Ain melaporkan untuk TV Seram.


Nafsu tergugat

Duduk sorang-sorang depan PC, lebih-lebih lagi bila ada bilik sendiri. Memang syok layan gambar-gambar kat internet yang dapat mengganggu gugat nafsu amarah seorang yang berdarah muda. Nak-nak time tak dapat tahan gila dia punya nafsu. Memang syok je layan, sampai meleleh-leleh air liur.

Puas satu, satu lagi dicari. Ye la, nak memenuhi kehendak nafsu bukan mudah. Lebih-lebih lagi yang bernafsu besar. Payah sikit nak capai tahap kepuasan. Makin dicari makin seronok. Makin ketagih, makin gian. Makin menjadi-jadilah dibuatnya.

Senset..senset..pewit pewit.

Chop..chop..

Cuba story sikit, apa yang korang bayangkan bila aku cakap cam nih. Mesti ingat aku tengah syok layan gambar tak senonoh kan? Ish. Mintak dijauhkan.

Sebenanya. Aku memang tengah tak dapat kawal nafsu sekarang nih. Sebabnya.. dah tergoda sikit dek melihat gambar-gambar 'tersebut' di internet.

Ooooiii...Jangan pikir kuning.

Actually, I am craving for this one..



...and this one.



Nafsu orang puasa memang macam nih. Pantang nampak makanan macam sedap, mula nak mengidam macam orang mengandung 3 bulan. Itu lah, ini lah. Nasib aku takda teringin nak makan mempelam, kalau tak dah kira kes parah. So, janganlah ingat aku tak dapat kawal nafsu apa. Cuma nafsu lapar nih makin menjadi-jadi lepas tengok gambar mocha ice blended tuh. Tak boleh tahan sampai meleleh-leleh air liur.

Ada sesiapa baek hati nak belanja?


*boss baek hati belikan seutas rantai dari Taiwan. I likeee. Cantik2.

Goose bumps & Facebook

Anda percaya atau tidak, satu hari nanti saya akan bawakan sebuah lagi kisah seram yang benar-benar terjadi di kediaman saya. Tapi ia tidak melibatkan saya.

Maka, sebelum itu, saya ingin apply dahulu job dengan Uncle Seekers. Belajar selok belok makhluk ni macam mana. Dia makan apa. Pakai baju apa. Hehe. Kali ini mungkin saya akan cuba lihat secara live. Dan rakamkan ia untuk dikongsi bersama readers yang berani sahaja. Yang tak berani tak payah buka lah.

Kerana, dikhuatiri sejenis makhluk telah bertandang sekali lagi ke kediaman kami, tetapi kali ini di atas permintaan orang. Itu saya tidak pastilah. Tetapi 'mangsa' telah mendakwa dia telah dikacau selama 3 malam berturut-turut apabila 'mangsa' keseorangan di bilik tidur. Itu saya tidak pasti sebab bukan saya yang alami kejadian tersebut. Tetapi, apabila mengetahui cerita tersebut, saya kerap mengalami goose bumps apabila menonton cerita seram di TV. HAHAHA. Before ni ada la jugak tengok tapi takda la seram pun. Biasa je rasa. Sekarang ni nak tengok iklan Keliwon pun takot, cepat-cepat tukar channel.

Dah dah, tanak cite hantu lagi. Apa kata kita pegi lawat Facebook dan buat kuiz-kuiz sengal di sana. Seronok apa.

Nurul Ain just took the Which part of your body makes you feel sexy? quiz and got the result: Ass..
Ass: Your Ass makes u feel more sexy Dengan 27 komen
Nurul Ain took the Tabiat Buruk Yang Anda Miliki quiz and the result is Suke Kentut Dalam Air
Anda mmg sudah lama mengamalkan tabiat ini...mungkin sejak di bangku sekolah lagi..boleh jadi juga semasa dalam kandungan... ape yang anda rasai adalah kepuasan sejati apabila melihat gelembung udara yang dihasilkan..anda sering mengukur diameter gelombang tersebut dan berharap suatu hari nanti akan mencipta gelembung udara kentut terpanjang di dunia..semoga usaha anda berhasil... Dengan 31 komen.

HAHAHA. Aku gelak guling-guling memang serius klakar. Jom kita ngorat awek b****t sexy. Pweit pewit..Gila kejam la kuiz-kuiz nih. Tapi aku enjoy. HAHA. Jom-jom main kuiz Facebook.


Aku hampir obes dengan kandungan lemak sebanyak 29.4%

Tempoh hari. Semasa boss masih lagi ada di pejabat. Rakan-rakan boss datang ke pejabat dengan membawa sebuah alat penimbang yang macam seram sedikit melihatnya. Bukan penimbang biasa. Ia sangat luar biasa. Mereka omongan cina, makanya memang saya tidak faham. Setakat sepatah dua itu mungkin boleh la.

Mereka borak, mereka gelak. Aku kat sini dah menyediakan satu jelingan bersudut 360 darjah. Cubalah bayangkan. Satu putaran aku punya jeling. Memang pelik sampai naik juling dibuatnya. Boss aku panggil, menyuruh aku berdiri di atas alat tersebut supaya dia dapat tahu berapa sebenarnya berat aku. Mungkin jealous barangkali. HAHA.

Sebelum itu, aku ditanya berapakah ketinggian aku. Aku jawab 1.571 m. Okeh, aku memang pendek, tak payah kutuk. Mak datok, baru aku perasan, aku sebenarnya telah mengalami satu frasa iaiatu frasa kegemukan. Malu betul nak cakap.

Setelah di diagnose, hasilnya adalah seperti berikut:

Weight : "dirahsiakan" kg
Body fat : 29.4%
Metabolism : 1196 kcal
BMI : Ideal, tapi hampir obes kot. Entah
Muscle : 25.9%
Body Age : 30 years old

Amoi tu macam tak percaya. Dia cakap nampak badan aku 'macam kecik' tapi lemak banyak jugak. Aku cakap, lemak aku terselindung di bahagian-bahagian tertentu. HAHA. Gelak besar dia. Muscle aku pun tak berapa nak memberansangkan. Sejak dah abes study ni memang la takda membuat exercise langsung. Balik kerja, penat, tido. Kalau dulu masa study rajin la jugak exercise petang-petang dan buat skipping sikit. Badan aku pulak berfungsi macam orang yang berumur 30 tahun sedangkan aku baru je berumur 22 tahun. HUHU. Tapi takpa, sebab bos aku punya body age = 56 yeras. Umur dia 40 years.

So, apa tindakan aku selepas ini? Aku dah berazam sikit, nak kasi kurangkan lemak dan tingkatkan metabolisma badan. Maksudnya, kurangkan makan makanan berlemak dan berkabohidrat tinggi dan banyakkan minum air putih serta buah-buahan dan sayur-sayuran.



Persoalannya. Mampukah aku mengawal semua 'nafsu' makan sedangkan aku memang suka makan. Kah Kah Kah. Cuba tengok je gambar kat atas ni pun aku dah terliur. Tinggal lagi sebulan lebih je majlis sanding kakak aku, aku tak nak kelihatan sedikit obes sebab orang suka komplen aku ni obes. Obes kat part-part tertentu. Tak payah mention nanti malu.

Credit to : www.wisatathailand.com for the great-delicious-food-picture


Formula 1

Selamat hari Isnin semua. Hari ini macam lembap sikit, sebab dah terlalu tired orang puteh cakap. Subuh-subuh telah berkejar-kejar untuk mengejar dentist yang dah tak sabar nak berjumpa dengan patient kesayangan yang cantik lagi comel nih. HAHAHA

Hari ini tidak akan ada entry berunsur emosional sebab saya penat sangat. Cuba kau bayangkan. Bayangkan betul2 nih. Saya bertolak dari rumah pukul 6.40 pagi untuk mengejar bas jam 7.30 supaya dapat sampai ke JB sebelum jam 9.45 pagi kerana 'date' bersama dentist pada jam tersebut. Semuanya dilukan dengan terkejar-kejar dengan hanya beralaskan secawan teh tarik yang dibuat oleh emak tersayang. Tanpa nasi lemak, nasi goreng, roti canai atau lontong. Gila seksa perut aku.

Bila dah masuk dlaam bus, punyalah macam dalam peti ais. Sejuk gila sampai aku rasa nak cabut langsir bas tu buat selimut. Nak peluk orang sebelah bukan muhrim pulak. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah dalam bas. HAHA. Okeh, tak lawak. Nanti kena komen dengan anon baru padan muka aku. Lepas tu nak lepaskan emo kat semua orang.

Dah la sejuk, laju pulak tu. Sampaikan aku rasa takut dan gerun nak tidur. Macam nak terbalik pun ada. Selalunya kalau naik bas, aku memang akan tidur sepanjang perjalanan. No wonderlah hari tu pergi JB naik kereta dengan member boleh sesat sikit. HAHA.

Perjalanan yang sepatutnya menambil masa 2 jam, telah disingkatkn menjadi 1 jam 20 minit. Gila cepat driver ni bawak. Apa dia ingat bas dia boleh buat macam Formula 1 ke? Sampai di JB, terus sambar cab, pergi klinik untuk date dengan dentist. Pak cik yang bawak cab tu pun, laju gila dia bawak. Cepat-cepat aku pakai tali pinggang keledar kat belakang. Mati katak nanti, sia-sia je. Sampai klinik, ramai sungguh umat. Sampai takda tempat duduk.

Nasib giliran cepat. 9.20 aku sampai klinik, turn aku sampai 9.40. Pukul 10.00 dah siap segala urusan. Terua bla, sambar cab pergi larkin. Perut dah meragam minta diisi. Tapi aku buat dek je sebab kalau boleh nak sampai BP cepat, nak masuk office. Banyak keje belum siap. Sampai Larkin pukul 10.25 pg, beli tiket 10.30 pg. Nasib masih lagi ada seat kosong.

Bila naik bas, hekeleh, driver ni lagi. Pergh, hari ni memang merasa naik Formula 1 la aku. Kau bayangkan, 10.30 bergerak dari Larkin, 12.10 dah sampai BP. Tapi kali ni aku dapat lelapkan mata jugak la, sebab aku macam penat gila pagi-pagi dah kena bangun naik bas pergi jauh-jauh dengan sejuk semua.

Sampai BP, terus pergi office. Dah call boss masuk office pukul 1 tapi 12.30 aku dah sampai. Semua pelik. Tapi, pekerja cemerlang memang selalu sampai before time. HUHU. La ni, saya penat sikit. Kerja ada, tapi tak leh buat sebab perut lapar sangat tadi makan dunkin donut 2 ketul je. Siapa baik hati nak belanja makan? Please. HAHA..

p/s: Tak dilupakan Happy 23rd Birthday to H. Semoga panjang umur murah rezeki.


Panduan HITAM PUTIH

**entry berwarna hitam dan putih sahaja**

Pertama sekali, saya nak mintak maaf pasal entry yang terlalu garang macam queen control pada tempoh hari. Tapi aku bukan queen control. AKu jenis remote control. HAHA. Kerana emosi, kesian pembaca semua terikut-ikut emosi. Tak apa. Sokongan moral dari anda amat saya perlukan.

Sebelum itu, di sini ada sedikit PANDUAN HITAM PUTIH kepada pembaca semua. Tak kiralah sesiapa. Sila ambil perhatian. Tak ambil perhatian pun tak kisah, sebab aku tulis pun saja-saja je.

  1. Saya tidak kisah dinasihat oleh anda, tapi gunakanlah ayat-ayat cinta yang membuatkan hati saya sejuk pabila membacanya. Lebih elok dimulakan dengan salam dan disudahi dengan salam. Jangan main terjah macam takda manner.
  2. Saya bukanlah seorang yang serius. Dalam erti kata lain, saya boleh dibawa bergurau. Gurau-gurau manja pun boleh apa. Tapi agak-agaklah. Kalau kau takda kenal aku, jangan pandai-pandai nak ajak gurau kasar. Memang cari nahas lah nampak gayanya.
  3. Tak kenal maka tak cinta. Maka kenalilah diri saya dahulu barulah cintai diri ini. HAHA. Bukan aku suroh kau jatuh hati ke apa, tapi at least kita saling mengenali baru boleh beramah mesra. Ini tak kenal, tiba-tiba berlagak 'mesra' dengan aku konon.
  4. Blog ini dibina atas dasar suka-suka bukan untuk menyakitkan hati orang atau apa. Kalau kau rasa tak senang baca blog aku, aku tak halang kau nak baca blog lain. Silakanlah. Hanya mereka-mereka yang memahami bait-bait ayat orang yang tak serius suka main-main je yang dapat faham isi kandungan blog ini. Atau mungkin aku boleh bukak lagi satu blog tajuknya: BLOG PERLUKAN NASIHAT MACAM BAGUS.
  5. Aku bukan nak perasan bagus ke apa, tapi aku minta maaf lah. Aku ni memang jenis keras kepala sikit. Kau baling la dengan bantal, konfem takkan pecah punya. Aku boleh terima kalau kau nasihat atau bagi pandangan baik2. Aku boleh terima. No terjah2, dan paling penting TIADA PENGECUT diperlukan di sini. NO ANON! HAHA. Kan dah kena boikot.


Dah. Cukuplah kot 5 aje. Nanti kalau aku tulis panjang-panjang, berjela-jela macam warning. Padahal nak kasi 'info' sikit. Kau pahamlah apa maksud info dalam '' itu dengan BOLD sekali. At least aku jadi diri aku sendiri, dan tak perlu pura-pura. Aku tahu diri aku macam mana, dan aku mengaku kelemahan aku. Tak payah nak tunjuk baik macam bagus.

Aku tak suka marah-marah. Tapi disebabkan semalam aku rasa tercabar, aku dah marah-marah secara tak langsung aku pun sedih jugak sampai menitiskan air mata. Sumpah aku tak tipu. Bila aku marah, aku nangis. Dah dah..nampak macam loser pulak.

Aku sayang semua reader aku okeh. Tanpa korng, siapalah blog ni.
Tamatlah. Malu sendiri.

p/s: janganlah ambil serius ke apa pasal apa yg aku tulis. Sebab kebanyakannya aku tulis sebagai suka-suka. Janganlah pula ingat aku buat entry ni sebab nak sakitkan hati korang ke apa. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Ini sebagai panduan kepada mereka yang suka menyerang tanpa memberi salam dan pengenalan diri.


[UPDATED!!]:Kau kena tangkap kat disco mana? Aku Disco 2000.

UPDATED!!!:
Tiba-tiba aku rasa nak update blog ni. Sebab ada orang bagi komen, macam pengecut. Tak letak nama lepas tu nak nasihatkan orang. Aku terima nasihat dia. Tapi ayat tu tolong perbaiki sikit boleh tak? Serius aku marah, sebab cara teguran dia macam tak kena. Aku tau aku ni bukan manusia yang baik sangat, tapi cara kau cakap memang betul2 buat aku rasa macam dihina. Seolah-olah kau menghina mak aku tak pandai didik anak. Manusia macam ni, tolong lah. Nak bag nasihat tu cuba kena dengan cara yang betul..Ni aku siap letak gambar aku sekali. Ada rupa pelacur ke? Ada rupa perempuan pergi disko ke? Aku tau baju aku tu ketat. Tapi tak semestinya perempuan macam aku buat kerja jahat, dan perempuan pakai tudung labuh tak buat jahat. Kau bukak youtube, belambak vidoe perempuan pakai tudung laboh bercium dengan lelaki kat taman. Yang buang anak semua, bukan takda. Aku nak cakap, bukan aku tak terima nasihat kau. Tapi, cuba nasihat dengan cara baik. Terima kasih wahai manusia budiman. Aku sedih sebab macam satu penghinaan kepada mak aku.


Ni la die perempuan yang pergi disko kalau kau nak tahu. Setakat pakai macam ni, kau nak tuduh aku macam2. Walaupun luaran aku macam ni, hanya Allah je yang tahu, hati budi aku macam mana. So, kau jangan nak pandai-pandai judge orang dari luar.

---------------------

Semalam.
Birthday Sultan Johor Tersayang. Ehem. Maka saya bercuti selama sehari.
Air Hitam memang sesak sesesak-sesesaknya. Ramai gila orang. Ibarat di Pasar Geylang, Singapura pada malam Hari Raya Puasa. Bagaikan Masjid India punya sesak bila tiba musim Hari Raya. Gila penuh orang + panas terik. Menyesal betul pakai baju tebal sikit, tau pakai tshirt biasa je. Sebab memang gila punya ramai, tak terkata.

Tapi, dia punya harga memang murah sangat wa cakap sama lu. Orang selatan tak payah la susah-susah pegi KL semata-mata nak cari baju murah-murah kat Masjid India or Jalan TAR. Air Hitam pun ada apa. Tiap-tiap hari Rabu. Aku siap rembat 3 pasang baju, kain shiffon untuk kenduri kawen kakak aku nanti. Memang murah gila, harga berpatutan. Aku tak nak bagi tahu harga, kau nak tahu kau datang sendiri Air Hitam sini. Haa, kasi promote sikit Air Hitam. Cuma kena tahan kesesakan dengan panas teriklah.

Aku dengan mami serta sepupu aku, Aisyah mampu bertahan tak sampai 1 jam je kat situ. Gila sesak macam apa aku tak tau nak kata. Kau try lah imagine sendiri. (Apsal hari cam kesat sikit bahasa?)

Hari ni. Pagi tadi.
Pergi Pejabat Agama Negeri Johor cawangan Batu Pahat. Sumbit borang permohonan nikah kakak aku. Sebab dia duduk bermastautin kat Selangor sana, kena minta surat kebenaran-ntah-apa-aku-tak-paham. Aku dengan sepupu aku, duduk elok-elok kat luar bangunan malas nak masuk campur urusan orang nak kawen nih. Ceh! Konon arr. Padahal sebab ada signboard "KAWASAN MENUTUP AURAT". Aku rasa baju macam ketat sikit, jadi aku takda lah masuk sana. Hormat sikitlah kan.


Sekali ada sorang perempuan ni, pakai tudung macam orang tak pernah pakai tudung. Tiba-tiba nak join kitorang berdua ni. Tak bagi salam apa, tiba-tiba main sergah.
Perempuan itu: Hye, tunggu kawan ke?
Aku: Ha'ah (sambil wat muka pelik)
Perempuan itu: Kene tangkap kat disko jugak ke?
Aku: Haaaaa???? Taklah. Tunggu mak cik
Hoi. Apa kejadahnye aku kena tangkap kat disko? Disko pun aku tak penah masuk, ini kan lagi nak kena tangkap kat sana. Muka sikit punya suci ni kau boleh main tembak kata aku sama type dengan kau. Dah la boleh mengaku dengan bangga yang dia kena tangkap kat disko, nak kena soal-siasat dengan pegawai agama. Berasap je aku dengan sepupu aku. Apa akallah kitorang nak pegi disko sana. Keluar malam pun jarang sekali. Kalau keluar pun dengan family. Dengan kawan-kawan jangan haraplah.

Nak tegur tu, agak-agaklah. Tengok dulu orang. Ni main sergah lepas tu siap boleh samakan orang dengan dia. Insya-Allah, aku takkan sampai hati nak buat kerja-kerja macam tu. Malu family aku nanti. HUHUHU.

Aku still tak leh terima dia cakap kitorg kena tangkap kat disko jugak. Hampeh betol!! Lupa nak tanya dia, " Kau kena tangkap kat disko mana? Aku disco 2000" .....


Amanat dari seorang bos kepada pekerja "kesayangan"

"Nurul, you take all those files, ada 5 semuanya, bila saya tak ada, you tolong selesaikan. Let me explain pada you satu persatu..macam ni......."

Itu adalah amanat terakhir dari seorang majikan kepada pekerja "kesayangannya". 5 file, buka sikit. Setiap file kena matakaji kaji satu persatu. Ikut dia punya flow. Silap flow, memang abes la jawabnya. Boss pergi makan angin sampi kembung ke China selama 1 week. So, dalam masa seminggu, dapatlah merasa jadi lady boss sekejap. KAH KAH KAH. Gila kuasa punya pekerja.

Esok cuti. Johor sahaja. Negeri lain takda cuti. Birthday Sultan Johor Tersayang. Ehem. Dah plan nak pegi mana esok. Wooo. Macam best. Kesimpulannya aktiviti esok adalah shopping. Shopping wedding for my beloved sister.

Masa dah suntuk, tinggal sebulan lebih. Memang kena pantas. Cekap. Amanah. Tawadhuk. Semua.



Muka cam pelik gila. Ni berapa tahun yang lepas. 2 tahun tak silap. Masa pesta flora kat Putrajaya. 2007 kalau tak silap. Yang sebelah tu adalah Cik Bakal Pengantin. HEHE. Dulu lain sekarang lain. Dulu kurus, sekarang berisi. Semalam aku buat check up, lemak dalam badan aku quite high jugak. Huh, dietlah cam nih.

Nak lepak kat Facebook kejap. Banyk benda nak diuruskan. Ceh!


Penat macam menjinjing gajah di atas bahu kiri dan kanan

Semalam hujan lebat, membuatkan diri terasa semacam malas hendak pergi kerja. Sejuk. Best tarik selimut. Lagi-lagi comforter. Memang comfort habes. Belum solat lagi, maka bangun juga.

Tengah solat, terdengar mak cakap dengan adik, suruh aku hantar dia pergi sekolah. Kan dah tak khusyuk solat aku. Malas betul nak hantar adik pegi sekolah pagi-pagi. Dah la sejuk, kabus memang tebal, kena hantar pakai motor pulak tu sebab kereta masuk bengkel. Leceh betol. Aku memang fobia sikit hantar budak pegi sekolah pagi-pagi ni. Sebab selalunya motor akan meragam tak mau hidup kalau start macam nak gila pun. Dengan takda lesen motor nya, tapi aku tetap pegang title minah rempit kat rumah. HAHA. Sebab antara aku dengan mak aku, mestilah aku yang bawak motor lebih laju kalau nak dibandingkan dengan emak. Apa akallah emak hendak membawa laju-laju macam minah rempit. Veteran kena slow and steady. HEHEHE.

Dalam kepala otak aku, "Janganlah motor ni mati tepi jalan." Bapak aku yakin gila cakap minyak motor cukup kalau aku hantar adik aku sampai sekolah. Sebab semalam dia isi penuh. Full tank. Tapi masalahnya, berapa kali semalam kami ke hulu ke hilir pergi kedai, hantar makanan, pergi kedai, jalan-jalan, pergi kebun, petik lada. Takkan la takat tu jugaak minyaknya.

Aku dengan muka sangap, ngantok gila tak dapat sambung tidur kejap, sarung sweater sarung tudung mak aku, terus start skuter antik mak aku tu, hantar adik aku pegi sekolah. Memang rempit abes. Sebab aku nak sampai sekolah cepat supaya aku boleh balik rumah cepat. Untung-untung dapat tarik selimu barang 5 minit. HEHEH

Kira-kira lagi 50 meter nak samapi sekolah, motor makin lama makin slow dia punya pecutan. Puas aku pulas, tak efek pun. Sah, memang dia buat hal. Terus motor skuter antik tu stop tiba-tiba. Nasib kabus tebal, takda lah orang perasan muka aku sangat. Adoi, memang bengang betol kalau pagi-pagi buta cam ni kena tolak motor. Aku suruh adik aku teruskan perjuangan ke sekolah, nasib ada jiran berhentikan kereta dia, tumpangkan adik aku. Kalau tak kesian jugak tengok dia bawak beg sekolah yang aku rasa beg tu lagi berat dari dia. Macam nak terjongket je aku tengok.



Aku pun patah balik, tolak motor. Nasib aku tak dressing pagi-pagi buta siap heels semua. KAH KAH KAH. Gila apa. Malu betul, orang lalu mesti dia toleh belakang, tengok siapa yang tolak motor. Bukannya nak hulurkan bantuan ke apa. Kawan mak aku lalu, " Kenapa Ain?" Aku jawab macam nak nangis, " Minyak motor abes kot." Memang paiseh. Pastu dia bla. Semua orang pun tanya macam tu, lepas tu bla. Tiada sorang pun yang menghulurkan bantuan.

Tak berapa jauh nak sampai kedai, jauh jugak aku menolak. Kawan mak aku tu patah balik, bawakkan minyak motor isi dalam plastik kasi kat aku. Malu betol. Nasib dia kawan mak aku, takdalah aku malu sangat. Aku cakap time kasih je, sebab duet pun aku tak bawak, handphone jangan haraplah. Lepas isi, aku try start. Hampeh. Last-last aku sorong.

Bertembung dengan kawan bapak aku pun, aku buat muke kesian. Dia stop, tolong startkan, still tak boleh jugak. Aku rasa macam nak bakar je skuter antik mak aku tu. Nasib iman kuat lagi. Aku gagahkan diri meneruskan perjuangan. Peluh dia kalah kau jogging 5 kilometer. Dah la aku pakai sweater, memang basah abes macam kena simbah la.

Sampai kat simpang berdekatan rumah, bertembung dengan bapak aku. Dia tanya kenapa. Aku jelaskan dengan terperinci dengan muka dah macam nak nangis. Penat pun ye dengan tercungap-cungap semua. Bapak aku start sekali, terus hidup. Tak guna punya motor. Dah la kat depan kubur pulak time tu. Nak je aku tanam kat situ, tanam hidup-hidup motor skuter mak aku tu, sambil tekan-tekan hon. Konon tunjuk perasaan.

Sampai rumah, serius penat gila. Macam kau kena jinjing gajah yang berat dia 500kg kat atas bahu kiri dan kanan. 1 tan punya gajah la. Nak pengsan rasa. Terus moody. Salahkan motor. Padahal sendiri yang salah tak periksa dulu minyak ada ke tidak. Owh, kejap. Meter minyak dah rosak, nama pun skuter antik.

Mak aku tanya, kenapa lambat? Aku senyap. Tetiba aku nangis. Tak pepasal emosional. Masuk bilik, bukak sweater, on kipas tahap helikopter. Takda kisah dengan kabus dekat luar sebab dalam hati dah panas gila. Air mata mengalir.

Huh, memalukan betul dan menyusahkan diri sendiri. Lepas ni, takda hingin aku nak hantar adik aku pegi sekolah lagi. Biar dia tak sekolah.

HA HA HA HA HA AHA. Sakit betol hati aku. Tapi still nak gelak.

*dah dah..cukup-cukuplah gelakkan aku. Pegi gelakkan orang lain pulak.


Cerita hantu 18SG - Seram dan Gerun. HAHAHA

Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau sebagainya. Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.

Mami pernah bagi tahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.

*ish..ish..* sound efek sikit

Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.

Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak. Ni nak story mory la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan cik man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton Tv di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. Ingat JANGAN TEGUR!

*buat ape tu kak?*

Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok cik man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.

Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. Ok, sekarang aku paham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.


Mami cakap, abang aku bawak kawan dia datang sini, kira kawan abang aku ni macam orang Seekers la. Yang hebatnya, dia ni boleh tangkap makhluk-mahluk tersebut dan dimasukkan dalam botol. Abang aku tunjuk video tu kat aku, macam mana kawan dia tangkap makhluk tersebut. Aku takdalah takut sangat, cuma meremang sikit je. Dan aku mintak abang aku send gambar-gambar yang dia ambil kepada aku. Hasilnya, sampai sekarang, aku simpan gambar tu nak tunjuk kat korang, readers semua.

Lagi satu cerita, kat rumah arwah nenek aku, yang sekarang pak cik aku duduk dengan family dia. Dulu kawasan rumah nenek aku ni, memang dikelilingi pokok-pokok, tapi bukan hutan. Sebab rumah nenek aku ni kat bandar. Sekarang, pokok-pokok ni dah ditebang, sebab kawasan tu nak dibangunkan. Depan rumah nenek aku adalah rumah sedara kitorang jugak. Belakang rumah dia ada 1 pokok ara yang besar sangat.

Satu hari, anak jiran kitorang tengah tunggu bas subuh-subuh nak pergi sekolah. Tiba-tiba dia cakap dengan mak dia, dia nampak benda terbang dari pokok besar tu ke arah tiang lampu. Budak kecik mana tahu takut. Lagi sekali kawan abang aku jadi penyelamat. Rupa-rupanya benda terbang tu adalah pontianak. Kat bandar pun ada pontianak, kau jangan main-main. Rumah dia dah ditebang, tu yang dia main terbang sana-sini.

*hi..hi..hi..hi..*mengilai sikit

Sebelum tu, sepupu aku pun ada jugak cakap. Malam-malam kalau dia belajar sampai lewat malam macam ada orang bisik-bisik kat telinga dia. Pastu bulu roma tengkuk akan meremang. Dia diam je, macam aku. JANGAN TEGUR. Ada 6 ekor pontianak yang duduk menginap kat pokok-pokok buah mempelam disekeliling rumah nenek aku tu.

Bila tangkap, nampak la figure dia. Aku simpan 1 je gambar, sebab yang lain tu macam tak berapa nampak sangat. Tak clear orang putih cakap. Siapa yang berani nak tengok, klik la sini. Dan juga sini.

Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah rasa takut, cuma cuak sikit je.

Terpulang la korang nak percaya atau tak. Tapi hakikatnya cerita ni semua memang benar, takda reka-reka. Dan gambar tu pun memang betul, abang aku yang capture sendiri. Cuma ingatlah, kat dunia ni memang ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah. Dan kita kena percaya, mereka ni wujud. Percaya saja bukan takut. Sebabnya yang perlu kita takutkan adalah yang DI ATAS tu.



Takda modal

Thanx to wani rani sebab membagi saya award ini. Walaupun saya rasa saya takdalah cute mane pon. HAHAHA. Tapi sekarang dah tahun 2009 lah sayang, takpa lah. Saya terima saja. Hee.



Rules in receiving this award are:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" & put it at ur blog.
2. Link & tell who gave u the award
3. State 10 facts or hobbies of urs
4. Choose 6 bloggers to also receive the next award
5. Dont forget to inform the chosen bloggers!


10 Facts & Hobbies of Mine

  1. Saya sangat suka cooking especially masa tidak bekerja. Walaupun sebenarnya takdalah pandai sangat memasak pun, but at least saya mencuba.
  2. Selain cooking, salah satu passion saya adalah membaking cakes dan membuat biscuit. Saya belajar membuat kek dan biskut ni sejak saya darjah 4 lagi.
  3. Menjelang hari raya, saya adalah antara manusia yang sibuk di rumah. Selain mengambil tempahan membuat kek, saya juga menolong emak menyiapkan tempahan baju yang dihantar. Boleh la sikit-sikit. Takda lah hebat pun.
  4. Saya sangat-sangat jarang keluar rumah dengan kawan-kawan. Kebiasaannya saya keluar bersama ahli keluarga. Bukan tidak mahu bergaul, tapi saya lebih gemar berjumpa sekali sekala daripada kerap berjumpa. Perkataan 'dating' pun macam tak pernah ada dalam kamus hidup saya.
  5. I love gardening. Bunga daisy kepunyaan saya sudah semakin gemok, dan semakin banyak bunga yang dikeluarkan. Setiap kali balik ke rumah keluarga, saya akan rasa happy sangat sebab bunga tersebut kembang dengan cantik. Ada orang nak beli pun saya takda bagi.
  6. Saya tak suka pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai, lebih-lebih lagi waktu Mega Sales atau apa-apa sales. Anda hanya akan nampak saya di rumah saja.
  7. Saya suka keadaan yang kemas. Kalau balik rumah bersepah, saya adalah manusia yang suka berleter pot-pet-pot-pet terutamanya kepada adik saya yang suka buat sepah kat rumah.
  8. Saya tak berapa gemar memakai heels dan lebih selesa memakai kasut yang rendah. Lebih selesa dan kaki tak sakit.
  9. Kalau mahukan sesuatu, saya lebih gemar usahakan sendiri dan beli menggunakan duit sendiri. Itu prinsip saya.
  10. Saya single 80% haha.


Saya nak bagi award ni pada : Kak Tiha, Cik Jannah, Ijie, Mai, Iylia and Suzi.

Pandangan golongan kafir terhadap solat

 
Sebenarnya dah lama menyimpan hasrat ingin membuat entry berkaitan solat ni, tapi disebabkan kekurangan sumber, maka hasrat itu dikuburkan sebegitu saja. Bukan bertujuan untuk membangga diri, tapi sekadar ingin berkongsi rasa serta pengalaman yang dilalui.

Secara totalnya, saya berkerja dibawah naungan syarikat yang 100% kepunyaan bukan melayu atau dalam kata yang mudah BUKAN ISLAM. Dan secara totalnya juga, pekerja-pekerjanya juga merupakan 100% bukan melayu. Itu pun sebelum saya masuk bekerj di sini. Tapi sekarang, 99% bukan melayu dan 1% melayu iaitu saya.

Maka keadaan di office ini memang sangat berlainan, iaitu tiada bilik solat disediakan. Sebelum berpindah ke pejabat yang baru, kawasan yang lama juga tidak mempunyai bilik untuk bersolat. Nasib terdapat surau di kawasan berdekatan, dan saya kerap mengunjungi surau tersebut pada waktu Zuhur bagi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Itu pun setelah berjalan kaki selama 10 minit di bawah panas terik. Saya tidak pernah menganggap ia sebagai satu halangan, malah saya anggap sebagai cabaran bagi saya. Terutamanya pada bulan puasa yang lalu. Memang dugaan betul. Tapi saya terima dengan tabah. Berbekalkan payung yang bukannya ada UV protection tersebut.

Di pejabat baru pun begitu. Tiada bilik solat disediakan kerana yang beragama Islam hanyalah saya seorang. Pada mulanya mendatangkan masalah kepada saya, kerana kawasan surau berdekatan memakan masa selama 20 minit untuk berjalan. Dalam tempoh beberapa bulan, saya terpaksa mengqada' kan solat tersebut, walaupun hakikatnya saya tahu, berdosa meninggalkan solat dengan sengaja. Saya tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana pergi dan pulang dari kerja dihantar dan di ambil oleh mami. Tetapi, lama kelamaan hati saya jadi tak tenteram, gelisah saja setiap kali meninggalkan solat.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meminta kebenaran menggunakan bilik yang didiami oleh abang majikan saya untuk dijadikan tempat untuk bersolat. Nasib baik mereka memahami, dan membenarkan saya menggunakan bilik tersebut untuk tujuan itu. Tetapi, majikan lelaki saya kerap bertanya mengenai solat kepada saya.

Kenapa kena sembahyang? Sebelum ni i tak nampak pun u sembahyang? 1 hari berapa kali mahu sembahyang? Kenapa banyak sangat? Kalau orang kerja yang sibuk sangat boleh tinggalkan tak? You tak rasa susah ke kena sembahyang? Nasib cina punya sembahyang senang. Kenapa lelaki je yang kena sembahyang kat masjid? Dan macam-macam lagilah soalan yang diajukan kepada saya.

Tak nafikan masa mula-mula kena soal tu memang sakit hati jugak. Aku hormat agama kau, why not kau hormat agama aku jugak. Aku takda kacau kau punya berhala, jadi kau jangan kacau aku nak solat. Tapi, saya fikir-fikir balik, mungkin ini salah 1 ujian yang saya kena lalui. Saya jawab dengan baik, tak nak bagi bad impression pada yang bukan beragama Islam ni. Tapi mereka tetap mempersoalkan kenapa mahu solat, dan mereka juga rasa yang solat itu menyusahkan dan tak praktikal untuk mereka yang sibuk bekerja.

Dalam hati saya berbisik, mungkin sebab itu, kau bukan dalam golongan orang-orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah. Tapi siapalah saya untuk menghakimi. Terserah pada mereka. Asalkan jangan melarang saya dari melakukan solat sudah. Sekarang saya rasa lebih tenang, sebab dapat melakukan solat 5 waktu setiap hari. Tak termasuk waktu 'cuti' lah of course

Sebenarnya, apa yang saya nak kata, mereka-mereka ni kerap memerhatikan kita umat Islam. Kenapa ada yang pakai tudung, ada yang tidak. Kenapa ada yang solat kat masjid pada hari Jumaat, tapi kebanyakkannya tidak (untuk lelaki). Kenapa ada yang main judi, tapi tahu judi tu haram. Macam-macam lah. Bila soalan ini kerap ditanya, menjadikan diri saya semakin kerdil, dan malu. Banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki supaya umat Islam tidak dipandang rendah oleh mereka-mereka ini.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah. Sama-sama perbaiki diri. Tegurlah saya jika ada salah dan silap dalam menuturkan kata dan bicara. Saya pun hamba Allah yang sering melakukan kesilapan.



Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards