• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Kenapa Perlu Ada Azam Bila Masuk Tahun Baru

Bila masuk tahun baru, semu orang tak akan ketinggalan buat azam baru. Saya pun sibuk jugak nak buat azam. Tapi azam saya tetap sama. Saya tak mahu cerita azam baru untuk tahun baru. Saya nak cerita azam lama untuk tahun baru. Iaitu azam yang tak terlaksana.

Tapi sebelum tu, kenapa perlu ada azam bila masuk tahun baru. Kenapa mesti tahun baru? Bukan ke tiap-tiap hari pun kena pasang azam? Maka, azam tahun lepas saya di bawah ni akan saya jadikan azam setiap hari sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang.

Ini azam saya untuk tahun lepas.

Azam Tahun Baru Islam 1430 H

1. Menjadi hamba Allah yang bertakwa yang berguna kepada agama dan bangsa.
2. Menjadi anak yang solehah dan patuh kepada orang tua.
3. Nak Khatam Quran lagi tahun ni.
4. Kalau diberi kesihatan yang baik, nak perbanyakkan ibadat puasa.
5. Elakkan sifat mazmumah seperti boros, penipu, dll (kawan syaitan oo..tanak aku jadi kawan syaitan).
Azam Tahun Baru 2009

1. Menjadi manusia yang berguna kepada negara (tanak jadi sampah masyarakat).
2. Dengar kata mak bapak and ubah perangai (aku ni suka melawan sikit n suka loyar buruk ngan diorang).
3. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (komik Shin Chan, Naruto, Doremon) sebaliknya banyakkan membaca bahan yang berfaedah ( Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga dll).
4. Nak pergi exercise class. Tapi rasanya better buat sendiri kat rumah .Tak payah membazir duit nak bayar fee.
5. Kena rajin simpan duit jangan tau buang duit je.
6. Tingkatkan usaha supaya apa yang dirancang dapat dicapai.
7. Semua azam di atas dilaksanakan (jangan main cakap je..)
Jadi, untuk tahun ni pun samalah. Sebab semua yang kat atas tu belum terlaksana sepenuhnya. Nak khatam Qur'an pun tak khatam-khatam lagi. Cuma nak tambah lagi satu, nak bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh, boleh simpan duit untuk kahwin. Kahwin?? Emm.. K.I.V dulu.

Saya dah tulis besar-besar tampal dalam diari dan dinding bilik dekat rumah nanti. Barulah semangat nak laksanakan azam baru.

Selamat Tahun Baru. Selamat Berhijrah Ke Arah Kebaikan. Babai.


p/s: tiba-tiba rasa sentap semacam. Ada orang suka-suka nak kongkong pergerakan I and semua perbuatan I padahal dia adalah NOBODY pun. Sejak bila aku jadi awek dia? Huh~


Luahan Rasa : Kosong





Bulan Disember tahun ni memang meriah dengan cuti bagi yang bekerja. Dua minggu berturut-turut cuti am jatuh pada hari Jumaat. Selangor pulak lagi best, 4 minggu berturut-turut.

Tiap kali cuti saya tak lepas peluang balik ke kampung halaman berjumpa kaum keluarga serta sanak saudara. Tadi saya singgah di majlis perkahwinan dua pupu. Meriah. Seronok. Borak-borak teringat zaman kanak-kanak. Tapi fikiran saya kosong.

Hari Sabtu, saya keluar berseronok bersama sepupu-sepupu terchenta. Enjoy sampai sakit tekak. Kami duduk bertapa di dalam K-Box, 25 buah lagu jadi santapan hingga suara segan nak keluar. Bergelek, berjoget, melompat(err, takda),gaya frust, kuak lentang semua keluar. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Saya belanja sepupu makan di KFC, sambil makan usha mamat handsome depan meja kami.Seronok juga main usha-usha ni tapi bukan serius pun. Muka comel, bak kata acik, " Cina tu muka dia Chinese look," Apakah punya penyataan. HUHU. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Y.E.S = Year End Sale. Seronok habiskan duit. Sekelip mata je. Mengalir macam air. Dapat beli barang yang dah lama diidamkan memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi duit tu atas usaha sendiri. Berbaloi-baloi. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Dalam pada rasa kosong, ada kawan-kawan yang cuba mengubat kekosongan dengan memberikan cerita indah bak penglipur lara zaman dahulu kala. Seronok betul dengar kisah romantis Lela dan Majnun, Romeo dan Juliet, Adam dan Hawa, Mumtaz dan Shah Jehan. Terapung-apung saya di udara. Saya seronok, saya enjoy dan saya happy. Tapi saya rasa kosong.


Cukuplah entry kali ni lepas sekian lama tak update. Sedang mengusahakan sesuatu ni. Babai. Semoga terubat rindu. Ahaks.



S : 2kg to go

Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga perjalanan hidup untuk tahun ini dan akan datang berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan ditambah lagi dengan keberkatan dari Yang Maha Mencipta.

Bila tiba tahun baru, mesti masing-masing tak ketinggalan dengan azam tersendiri. Azam saya nak lunaskan azam tahun lepas yang tertunggak.Itu saja. Dan ada beberapa azam yang tak berapa perlu diheboh-hebohkan kepada orang ramai. HEHE.

Saya berada di rumah sepanjang hujung minggu. Detik pertama pertemuan saya dengan emak, perkara utama yang saya tanya, " Mak, orang kurus tak?" Dan jawapannya amat memberansangkan. Emak cakap saya kelihatan langsing err, kuruslah tapi tidak cekung dimuka. Okek, saya suka begini. Baju-baju yang ketat saya sudah boleh pakai. Dan sekarang saiz S bukan lagi menjadi sebarang masalah bagi saya. HAHA.


Abaikan ayat-ayat berunsur riak di atas. Saya bukan nak menunjuk saya mampu menjadi kurus atau apa. Tapi sebenarnya penyumbang utama kepada kekurusan saya adalah faktor kesihatan di samping beberapa faktor lain seperti emmm persekitaran (global warming), ekonomi dunia (inflasi yang mempengaruhi kadar pengangguran negara) dan beberapa lagi perkara peribadi. Nak percaya atau tidak it's up to you sebab i pun tak percaya i boleh kurus sebab benda-benda seperti yang tertulis di atas.

Tapi percayalah, kekurusan saya ni hanya mampu bertahan beberapa lama saja. Bila dekat rumah, melantak tak hengat dunia. Tak usah saiz S, silap-sila saiz L pun tak boleh masuk. But, lucky i tak duduk rumah, kalau tak mesti dah jadi ikan buntal. My next goal is untuk menjadi seseorang yang berada di dalam lingkungan bawah 50. Kira kalau masuk angkat berat dengan harapan i boleh menang kalau masuk group ni. HAHA.

2010 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dan saya tak berharap perkara yang berlaku pada akhir tahun lepas berulang lagi sebab saya penat dah membazir air mata pada jalan yang tak betul. Dan semoga tahun 2009 yang bakal berlalu ni dapat memberikan seribu pengajaran bagi diri sendiri supaya pada hari yang akan datang lebih berwaspada dan berhati-hati dalam segala hal.

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Salam Sayang dari saya, ainkarim.


psst: mungkin akan ada kejutan dalam masa terdekat. It's a 'MUNGKIN'. HEHE. Kejutan apa, tak boleh cakap. Kalau i bagitahu, bukan kejutan namanya.

Nota Buat Kekasih


Hari ni saya kerja separuh hari. Sebab saya tak berapa sehat. Sejak semalam mata saya pedih sangat dan mengeluarkan cecair. Bukan sebab saya menangis. Pagi tadi sebelum pergi kerja pun sama. Mata pedih sejak bangun tidur sedangkan saya tidur awal malam tadi kalau nak kata saya tak cukup tidur. Pandangan pun macam kabur-kabur sikit tapi saya gagahkan diri untuk pergi kerja.

Sampai office, saya tak boleh tahan. Tambah lagi dengan pancaran lampu kuning masuk ke mata memang buat kepala saya pusing. Hampir-hampir saya nak pitam. Nasib ada kerusi untuk dipegang. Saya nekad, minta cuti separuh hari supaya saya dapat pergi jumpa doktor. Tapi saya tak pergi pun, cuaca panas sangat saya takut pandangan saya jadi gelap. Maka saya cepat-cepat ambil bas menuju ke rumah. Sampai rumah saya tidur.

Awak masih nak terima saya lagi ke kalau hari-hari pun saya asyik sakit macam ni? Dalam masa sebulan kalau tak sakit memang tak sah. Penyakit M ni memang susah sangat nak pergi dari hidup saya. Awak masih nak dekat saya?

Kelmarin. Saya teringin nak makan lauk sardin. Saya masak lauk sardin tapi macam tak berapa jadi. Tak sama macam mak saya masak. Rasa agak pelik. Terlebih masam. Kurang rasa. Saya nak komplen pun tak tahu macam mana. Tadi, saya pergi dapur, saya tengok lauk sardin tu masih ada. Tapi sudah berkulat. Err, busuk jangan cakap. Kenapalah saya leka sampai macam ni sekali.

Awak masih nak terima saya ke kalau saya tak pandai masak dan leka dengan hal remeh-temeh sampai lauk dah basi dekat dapur pun saya tak perasan. Sanggup ke awak nak hidup dengan orang macam saya?

Ada orang cakap, saya cepat mesra tak kira saya kenal ataupun tidak orang tersebut. Err, itu orang cakap. Bagi awak saya macam mana? Awak kena faham kerja saya macam mana. Saya perlu berdepan dengan pelanggan setiap masa, maka saya perlu kelihatan mesra sentiasa supaya pelanggan tidak berasa hampa bila mendapatkan bantuan perkhidmatan. Kadang-kadang ada yang ambil kesempatan suka pegang sana sini, err tanganlah terutamanya. Saya tengok lepas tu sengih saja. Takkan nak lempang pulak kan. Dan ada yang lebih berani minta no telefon kemudian ajak keluar. Tapi saya pandai, saya bagi no orang lain.

Awak kena faham. Itu kerja saya. Tapi tak bermakna saya berlaku curang pada awak. Walaupun saya berhadapan dengan pelanggan yang 10 kali lebih kacak dari awak yang saya rasa sudah cukup kacak, kasih dan sayang saya masih pada awak. Saya setia tahu tak. HAHA. Kalau awak tak setia saya tak tahu pulak. Setiap apa yang saya buat saya selalu ingat pada awak. Awak tahu tak betapa sayangnya saya pada awak.

Awak masih nak terima saya ke kalau macam ni lah kerja saya hari-hari. Konon-konon kena mengurat, lepas tu setaip masa bermuka manis dengan pelanggan sedangkan bila bersama dengan awak saya selalu tunjuk muka masam dengan muncung tajam. Sanggup ke awak sehidup semati dengan saya?

Awak selalu cakap saya baik. Tapi awak tahu tak sebenarnya saya ni jahat sangat. Ada masa saya suka tipu diri sendiri. Saya buat dosa yang orang lain sendiri tak nampak tapi ada yang nampak. Saya sedar kesalahan saya. Setiap manusia pun buat silap jugak. Saya cuba jadi yang terbaik untuk awak. Setiap hari saya berdoa supaya diampunkan segala dosa saya.

Awak masih nak terima saya lagi ke dengan keadaan saya yang macam ni? Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya beri peluang pada awak. Kalau awak rasa awak boleh terima saya seadanya, saya rasa syukur sangat-sangat. Tapi kalau dengan penjelasan ni buat awak sedar betapa bodohnya awak menyayangi saya selama ni, saya relakan awak pergi. Sebab saya tahu, ada yang lebih baik dari saya di luar sana.

Kasih sayang sayang saya pada awak memang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Setiap udara yang saya sedut, setiap kali itulah juga saya ingat pada awak dan sayang pada awak.

Salam sayang..~



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Jangan tanya aku kenapa tiba-tiba aku boleh gelak. Kalaulah saya boleh tulis betul-betul macam ni pada 'kekasih' saya, huh. Tak tau la apa dia akan kata. Err, mesti lepas tu dia jawab, " Yang, kita putus je la. Saya rasa buang masa je kawan dengan awak. Lauk basi pun awak boleh tak perasan. Esok kalau saya ak mandi pun silap-silap awak tak perasan jugak."

Saya single okeh. Babai.




Saya Bukan Perempuan Tipikal

Berapa hari saya pergi lepaskan beruk ke hutan. Sesekali kena bagi dia bebas sikit. Macam menyesal pulak pergi bayar yuran jagaan dekat Celcom sedangkan servis macam dot dot.

Hari bukan nak cerita samada saya ada beli beruk jantan atau betina. Tapi nak cerita pasal lelaki yang suka serkap jarang pada perempuan.

Ini berdasarkan pengalaman selama seminggu. Ceh. Baru seminggu boleh suka-suka nak buat rumusan. Tapi tak apa. Ini rumusan awal. Atau boleh kata hipotesis. Dari hopitesis kita boleh lakukan eksperimen dan kemudian baru boleh buktikan samada hipotesis itu benar ataupun tidak.

Saya akan bagi beberapa hipotesis yang telah dilemparkan oleh golongan lelaki kepada saya dalam tempoh beberapa hari (7 hari kot). Siapa lelaki tu janganlah tanya. Boleh jadi abang rumah bawah yang suka lempar seluar dalam orang atau abang kedai makan depan yang selalu kena kacau dengan saya sebab lorat kelantan dia memang aku tak paham.

Hipotesis 1:
Awak duduk dekat rumah sewa dengan kawan-kawan perempuan mesti korang dok mengumpat masa tak ada kerja.

Anti-Hipotesis:
Awak ingat saya sama ke dengan perempuan tipikal lain yang suka mengumpat bercerita hal orang sedangkan banyak perkara berfaedah yang saya boleh buat. Dan kalau awak nak tahu, saya lebih banyak menghabiskan masa saya di hadapan laptop saya berbanding berborak kosong dengan kawan-kawan. Saya buat apa depan laptop tu lain cerita. Boleh kata online, main game, tengok movie, buat kerja, online, main game, tengok movie, bla bla bla.
Hipotesis 2:
Mesti awak selalu keluar malam dengan kawan-kawan terutama sekali kawan lelaki. Duduk kat Jb takkanlah tak keluar. Lagi pun parents bukan nampak.
Anti-Hipotesis:
Saya memang tak sama dengan perempuan tipikal yang awak selalu bayangkan. Awak nak cakap saya budak kampung ke apa sebab asyik terperap dekat rumah itu terpulang. Tapi keluar malam? Setakat ni belum tersenarai dalam list hobi saya lagi. Tak tahulah satu hari nanti. Tapi seboleh-bolehnya saya akan elak untuk keluar malam sebab akan mengundang pelbagai kemungkinan dan bahaya. Parents tak nampak. Tapi yang kat atas tu tak nampak ke? Full stop.
Hipotesis 3:
Awak mesti ramai boyfriend kan? Tengok muka macam ada potensi.
Anti-Hipotesis:
Tolong buktikan yang saya ada ramai boyfriend. Mana? Mana? HAHAHA. Pandai je nak serkap jarang. Cubit baru tahu. Ingat saya ni play girl ke apa suka-suka nak pasang banyak-banyak keliling pinggang. Err, pun belum tersenarai dalam hobi kegemaran lagi. Siap cakap muka berpotensi tu. Memang mulut takda insurans betul. Paksa beli insurans baru tau. Syaratnya kena AIA punya lah.
Hipotesis 4:
Saya rasa yang ni tak payah cakaplah. Cukup 3 je. Sebab yang no 4 ni macam rumit sikit. Nak tulis pun tak tahu macam mana.
Kesimpulannya:
Kesemua hipotesis di atas tidak dapat dibuktikan kebenarannya maka kesemuanya adalah palsu belaka. Maka boleh dikatakan saya bukan perempuan tipikal tapi perempuan bukan tipikal. Sebab saya ada kekuatan saya sendiri selain kuat makan dan kuat merajuk. Babai.


Serius beruk ni memang nak kena hantar pergi zoo. Sakit hati I tengok dia. Macam tak pernah di ajar apa itu 'connect' atau 'disconnect'. ARrRgghh..Kena bagi hadiah Oxford Dictionary ni.



Teruslah..Jangan Belok

Ini entry auto publish.

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Saya bukan sedang dilamun cinta.
Bukan juga jatuh cinta.
Kecewa pun bukan.
Sedang ingin bercinta? Errr.
Tapi saya sedang menghayati apa itu cinta.

Lirik lagu dan irama cukup mengusik jiwa. Sekarang aku bukan lagi gadis rock and roll, tapi sudah bertukar genre. Yang pastinya bukan genre dangdut la. Sebab aku bukan kaki kelab dangdut.

Agnes Monica suka buat aku nangis. Dengar lagu pun nangis. Nangis dalam hati.


Dengarlah kalau cuba ingin menangis. Nangis for no reason. Tapi again, lirik dia sangat meaningful. Aku takda modal. Sebab apa. Sebab blog bukan lagi kekasih hati.
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Mungkin perlu cakap begini. Teruskanlah jadi begitu. Okeh, terima kasih.

Blog Bukan Kekasih Hati Lagi

Hampir 10 hari saya tak menulis, menaip, mengarang. Dan hampir 10 hari juga blablablabla. Saya malas cakap panjang.

Ke mana saya menghilang? Saya tak hilangkan diri ke mana-mana pun sebenarnya. Saya hanya apply cuti tahunan pada blog. Bagi dia rehat dan saya sekali turut rehat. Sebenarnya nak minta jadi penduduk tetap di Dubai, tapi permohonan saya ditolak. Err, sila jangan percaya.

Ya, pada mulanya memang saya mahu membawa diri ke luar dari Malaysia. Tapi saya sedar, err, belum pandai jaga diri sangat. Kalau mahu pergi pun mesti kena ada orang tolong teman. Muhrim lah yang pastinya. Tapi, saya rasa tu semua tak perlu. Tapi kalau ada permintaan apa salahnya. Saya lagi suka. Tinggalkan segala-galanya di Malaysia dan duduk menetap di negara orang. Masa tu baru seronok nak rindu-rinduan. Selalunya kalau dah di depan mata memang perasaan untuk menghargai itu tak ada. Lebih baik jauh dari dekat.

Sepanjang 10 hari ini juga banyak benda yang saya dapat. Kawan baik, kawan tak berapa baik. Kawan susah senang, kawan senang. Banyak lah kalau nak tulis. Tapi saya pendekkan.

Jangan pikir saya turut menjadi mangsa korban dan turut dijadikan sup ke apa. Tak. Saya masih panjang umur lagi. Cuma blog bukan lagi kekasih hati saya. Saya kecik hati ke? Tak lah. Saya cuma perlu masa. Masa untuk bersendiri sebelum sampai masa untuk tidak menjadi sendiri lagi. Ayat macam biasa. Lintang pukang.

Blog tak best memang macam ni. Susun ayat pun macam ke***g. Tatabahasa jauh sekali. Banyak sangat error. Bahasa rojak tak payah cakap. Kalau buat karangan sekolah rendah pun fail.

Bosan. Buang masa kan baca.
Nak pergi jenguk blog satu lagi. Babai.




Kaf-Wau-Ra-Ba-Nun

Saya nak ambil kesempatan ucap selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam. Yang pergi menunaikan haji semoga ibadah diterima Allah dan selamat pulang ke tanah air. Dan kepada yang akan mengorbankan lembu, kambing, kerbau segala bagai, hati-hati jangan sampai korang turut terkorban.

Saya? Tahun lepas saya korbankan rambut yang panjang jadi pendek. Memang nawaitu betul. Nak beli kambing sekor pun tak lepas, mampu korban rambut je la. Tu pun memang dah niat nak potong. Ala-ala gitu.

Tahun ni? Saya akan korbankan diri sendiri. Ya, mungkin untuk masak rendang tok. Orang cakap daging manusia sedap. So, boleh la try.

Tak nak cakap banyak. Nak mintak ampun mintak maap dengan semua orang ni. Sebab lately ni saya banyak buat salah. Dah la tiap-tiap hari memang buat salah. Tambah lagi salah pada orang lain. Makin bertambah banyaklah. So macam biasa, hari raya mesti ada sesi mintak maaf. Mintak maaf lah ye.

Niat saya tahun ni?
Saya akan korbankan sesuatu yang amat penting dalam hidup saya. Apa dia? Rahsia. Biar saya dan Dia yang tahu.

Dan sekali lagi, edisi selamat tinggal. Tapi kali ni Edisi Selamat Tinggal Malaysia. Selamat Tinggal semua, selamat tinggal kawan-kawan. Take care coz i really really care.


Trend Mengorat Zaman Tok Adam

Saya hampir-hampir delete blog ni. Betul tak tipu. Sebab Sabtu dan Ahad saya tak sihat. Otak bengong. Semua benda saya buat macam tak kena. Emosi pun macam perempuan tengah bulan mengambang. Erk. Tapi bukan. Buat itu tak kena buat ini tak kena. Senang cakap saya ter'disconnect' dengan dunia luar. Bukan broadband je boleh suka-suka disconnect. Emosi pun boleh jugak. Tak caya? Try frust. Mesti total lost punya. Aku frust ke? Tak lah. Aku cuma jadi bodoh kejap.

Masa jadi kurang pandai sekejap, macam-macam benda saya fikir. Ye la, ingat orang kurang pandai tak boleh pikir ke? Kalau nak jadi pandai kena tajamkan fikiran dengan berfikir. Belit dah ayat ni. Sekarang,bila dah jadi pandai balik, macam-macam benda yang aku nak tulis. Kejap saya kejap aku. Pening ahh.

Saya nak tanya sikit. Cuba korang pikirkan, apa trend mengorat zaman sekarang ni. Tolong bagi tau sikit. Saya ada beberapa contoh kat sini. Semua ni atas pengalaman indivivu yang dirahsiakan identitinya dan adalah sikit pengalaman aku sendiri. Apa? Ingat aku tak pernah kena ngorat ke? HAHAHA. Ada, cuma tak banyak macam kakak aku kena ngorat. Aku hitam dia putih melepak.

gambar sekadar hiasan. takda kaitan.

Trend lelaki mengorat perempuan sekarang macam dah lapuk sangat. Tak da yang menarik. Balik-balik kak long. Kak ngah. Sejak bila mak aku beranakkan dia pun aku tak tahu. Kat bawah ni, saya ada tulis beberapa trend lapuk laki-laki mengorat perempuan. Silalah baca lepas tu fikirkan cara terbaik untuk mengorat awek..HAHA.


  • Hai Kak Long, sorang je ke? Nak pergi mana tu?
Aku paling benci kalau orang nak mengorat lepas tu main panggil aku kak long atau kak ngah. Paling menyampah. Jawabnya memang aku buat-buat tak dengar, lepas tu bla. Kau nak cakap aku sombong ke apa tu kau punya pasal. Ada aku kesah??

  • Assalamualaikum. Ha, jawab-jawab. Tak jawab dosa, kalau jawab gatal.
Ni lagi satu. Dia tak tahu ke hukum menjawab salam tu adalah wajib. Kalau aku jawab wa'alaikummussam apa kau nak kata? Maksudnya tahu tak? Celakalah ke atas kamu. Mau ke? Tak mahu kan. Kalau si kapir bagi salam memang aku jawab yang ini. So, biarlah orang doakan kesejahteraan kau. Kau tu yang gatal bagi salam sape suruh. Pastu boleh nak kata orang gatal. Atau nak aku kata macam ni, orang bagi salam kita wajib jawab. Tapi orang yang bagi salam tu yang gatal. Malu tak? Kalau takda kemaluan tu aku tak tahu la. HAHAHA.

  • Cik adik,sekarang pukul berapa ye? Lama dah tunggu bas?
Kau ingat aku kaunter pertanyaan waktu semasa ke padahal dekat tangan ada jam. Memang mengadalah namanya. Lama dah tunggu bas? Nak aku jawab tunggu dari semalam ke? Soalan taklogik betul.

  • Hai awak baju hijau, mancungnya hidung.
Ok. Yang ini first time aku dengar. Tadi masa aku nak lintas jalan. Sempat pulak kau telek hidung aku. Kau tak tengok lobang hidung aku lagi. HAHAHA. Erk. Alamak terkantoi pengalaman sendiri. Kira ni agak luar biasa la, tapi masih tak mencapai tahap mantop lagi nak mengorat awek. Kau ingat setakat puji hidung mancung walaupun sebenarnya tak kau boleh dapat 10 markah ke? Silap lah beb. Ada taktik dia.

  • Awak, ada duit syiling tukar tak? Saya nak call awek ni. Tapi awek takda. Boleh bagi no phone?
Amboi-amboi. Nak syiling pergi tukar dekat bank sana. Orang dah tak pakai public phone dah. Semua pakai handphone. Paling tak tahan mintak tukar syiling tu. Apa barang tukar syiling. Baik kau minta transfer kredit ke apa, baru macho sikit. HUHU. Atau nak aku nyanyikan lagu Cari Jodoh tu?

  • Awak ni orang Terengganu eh? Sebab orang Terengganu cantik-cantik.
Perlu ke mention orang Terengganu semua cantik-cantik? Kecik hati orang negeri Sembilan, Melaka, Johor, Penang, Kelantan, KL, Sabah,Sarawak semua negerilah senang cakap. Dah la salah teka boleh kata orang Terengganu padahal kawan saya tu orang Johor. Kan dah malu. Awal-awal kau kena reject.

Kalau perempuan nak mengorat laki-laki pulak macam mana? Macam cerita ni ke? HAHA. Aku? Tak kuasa nak tegur. Diam je la wei, tak payah nak tunjuk berani nak tolong tegurkan.

Okay lah. Cukup buat masa ni. I rasa I nak berehat panjang. Sebab asik tak sehat je kebelakangan ni. Kedepan sehat, belakang je tak. Sampaikan berat badan merosot 3 kilo dalam masa 2 hari. Gila kentang. Sakit sangat kan namanya tu? Babai.



Ingat Senang ke Jadi Perempuan

Siapa cakap senang kalau jadi perempuan? Tolong angkat kening sikit. Kening siapa tak terangkat tu maknanya dia tau la betapa susahnya jadi perempuan. Kenapa saya cakap jadi perempuan ni susah. Dah 23 tahun 6 bulan 6 hari saya jadi perempuan. Bukan bermakna sebelum ni saya pernah jadi laki-laki ke apa. Tak pernah. Saya memang dilahirkan sejak azali adalah perempuan. So, pahamlah kan? Tak payah terang detail sangat. Nanti bosan.

Menurut akal cerdik saya, ada beberapa sebab yang boleh diguna pakai. Tapi sebab ni semua saya reka sendiri menurut akal cerdik lagi sekali. So, anda jangan pulak buat rujukan bila anda tiba-tiba rasa nak tukar jantina ke apa (akak, ingat ni.. hehe). Saya ada beberapa point lah dekat sini.

  • Ingat senang ke nak jadi perempuan ni kalau tak tau erti perempuan tu sebenarnya apa.
Anda tahu ke apa maksud perempuan tu? Haa, pergi rujuk sana Kamus Dewan. Lepas tu tolong bagitau saya. Apa maksud perempuan sebenarnya.

  • Ingat senang ke nak jadi perempuan kalau muka tak cantik.
Betol. Laki-laki sekarang pandang perempuan yang muka cantik je. Yang tak cantik ni kesian betul. Muka tak cantik satu hal. Lagi kalau kulit gelap macam k**ling. Masa kecik selalu kena ejek anak k**ling sebab kulit saya memang tak cerah. Dah la gigi terabur. Memang sabar dan tabah. Bila dah besar, pandai-pandailah kau pakai braces ke apa kan. Tapi niat asal saya pakai braces waktu tu bukan sebab nak cantik ke apa. Niat cuma satu : Nak built up saya punya comfidence level. Sebab dah selalu sangat kena ejek, nak jumpa orang pun takot. Apatah lagi senyum, jangan harap nak nampak walau secebis.Cett. Sekarang? Tak payah orang suruh senyum, free-free je I sedekah senyuman. Cantik? Yang tu tak dapat ubah. Allah dah cipta wajah yang cukup sempurna, nak kata tak cantik macam tak bersyukur pulak. So, cakaplahh cantik. Tap bukan bermakna I perasan. Ahhhh.
  • Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau tiap-tiap bulan ada waktu sensitip yang mana hormon waktu tu tak stabil.
Orang cari pasal memang siap. Habis kena. Kena apa saya tak tahu la. Lain orang lain dia punya efek. Kalau saya? Saya diam takda mood. Nak marah orang? Takda, tapi kalau kat rumah adik jadi mangsa. Muka ketat segala bagai. Lepastu malas nak gerak, perut meragam. Seksa. Makan pun tak berapa lalu, kadang-kadang mengidam benda-benda yang tak patut macam orang mengandung padahal bukan pun. Ces.
  • Ingat senang ke jadi perempuan kalau ditakdirkan jadi perempuan cantik pandai.
Kalau belajar tinggi sangat pun nanti orang tua-tua kat kampung akan cakap. Takda orang nak masuk meminang sebab belajar tinggi sangat. Erk? Tapi kalau dah jodoh nak kata apa kan? Ada yang lecturer kawen dengan driver lori lagi. So, ada apa pada level? Kalau main game level memang penting la. Okay, aku dah start merapu sejak adicted dengan game ni.
  • Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau ditakdirkan kerja merantau di negeri orang.
Yelah, serba serbi kena jaga. Jaga diri, jaga aurat, jaga penampilan, jaga peribadi. Nak cakap pasal aurat? Saya sendiri pun banyak buat salah. Ye, saya mengaku kesalahan saya yang kadang-kadang saya lakukan dengan sengaja. Tapi Allah masih bagi peluang kan untuk kita bertaubat dan berdoa kan? Tu lah gunanya doa. Walaupun ada orang sakitkan hati saya ke apa, saya tetap doakan mereka sekali. Seluruh ahli keluarga, sahabat handai, kawan-kawan, orang yang saya sayang, ibu bapa paling penting semua tak terkecuali. Apa yang saya minta? Itu hanya di antara saya dengan yang Di Atas nun. Peribadi pula? Panjang cerita. Kita skip terus pergi next point.
  • Ingat senang ke jadi perempuan ni kalau ditakdirkan jodoh datang lambat.
Ye, bukan senang. Sebab keluarga saya ada beberapa mak cik saya yang jodoh mereka lambat. Tapi saya gembira sebab saya tengok mereka bahagia. Orang akan mengata itu ini. Susah tau jadi perempuan. Kawen cepat orang cakap gatal,kawen lambat orang kata tak laku.So, macam mana kalau nak kawen umur pertengahan tapi jodoh tak jumpa lagi kan? Itu semua kuasa yang Di Atas.
  • Ingat senang ke nak jadi perempuan ni kalau tak pandai masak.
Erk. Hobi saya, salah satunya memasak. Tapi saya takdalah pandai masak sangat. Tapi saya suka masak. Orang cakap, perempuan kalau tak pandai masak jangan harap nak kawen. Tapi saya rasa falsampah tu tak boleh pakai lagi. Sekarang banyak buku resipi ada jual. Kita boleh belajar dari situ. Yang penting kemahuan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan? Bila dah kawen,automatik perasaan ingin belajar memasak mesti ada punya. Takkan sanggup nak tengok tiap-tiap hari suami makan biskut kering cecah kopi tongkat Ali, malam-malam tapau mee goreng mamak. Kan kan? Kalau macam tu baik suruh suami kawen dengan anak mamak tu je. Habis cerita.
  • Ingat senang ke nak jadi perempuan kalau tak dapat nak kawal nafsu 9 tu dengan 1 akal.
Nasib semua perempuan dikurniakan akal yang cerdik. At least dengan satu akal dapat kawal 9 nafsu. Kan? Kan? Cuma kadang-kadang je susah sikit dikawal nak-nak masa mega sale ke apa. Susah nak cakap. Saya suka jugak shopping. Tapi window shoppinglah. Akan beli bila rasa teringin nak beli atau perlu beli. Lagi satu kalau dah terbayang-bayang sampai masuk mimpi tu memang sah kena beli. Kalau tak memang akan menyesal sepanjang bulan.
  • Ingat senang ke jadi perempuan kalau dah kawen dan mengandung lepas tu kena bawa perut memboyot ke hulu ke hilir tak boleh tidur meniarap.

Seksa. Walaupun I belum lagi ada pengalaman tu, tapi I tengok kakak-kakak I macam seksa je. Lagi lepas bersalin. Pergh. Macam-macamkena jaga. Silap-silap hari bulan kalau tak jaga, semua lari. Nak buat alignment pun susah lepas tu. HAHA.
  • Ingat senang ke jadi perempuan kalau customer datang asyik mintak no telefon je.
Erk. Rimas la. Sikit-sikit mintak no telefon. Paling koman pun tanya nama lepas tu dah kawen ke belum. Ingat aku jaga kaunter pertanyaan untuk agen cari jodoh ke? Adoi.
Kalau yang berani tu macam-macamla dia tanya kan. Aku dengan muka terpaksa senyum manis pun jawablah walaupun sebenarnya malas nak jawab. Nama pun customer service. Kena marah pun aku kena senyum je. Tak ke pekerjaan bodoh namanya. HAHA. Apa-apa pun kena ingat dalam kepala, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.

Susahkan jadi perempuan ni.Ingat senang ke. So,kepada laki-laki yang nak jadi perempuan tu. Tak payah la. Bukan senang. Walaupun sebenarnya senang nak jadi ahli syurga tapi sebenarnya senang jugak nak menanggung dosa. So, masih lagi ke nak tukar jantina.

Yang perempuan, walaupun susah jadi perempuan ni,kita kena bersyukur jugak. Sebab banyak kelebihan perempuan di sisi agama. Kan? Anda paham lah kan. Tak payah la saya cerita satu persatu. Kang jadi ustazah pulak. Ustazah Nurul Ain. ERk. Sejuk perut emak i mengandungkan I. HAHA.

footnote1: Emak, emak sihat ke? Sejuk ke perut emak sekarang? Mungkin sebab sekarang musim hujan ataupun emak sapu balm dekat perut sebab tu sejuk.
footnote2: Jangan ingat I buat entry baru, I dah tak merajuk okeh. Rajuk I masih ada lagi.

Sekian

Minggu ni memang minggu meletihkan. Hari Rabu pulang ke Batu Pahat, Khamis pergi ke KL. Jumaat Pergi Selangor, Sabtu pulang ke Batu Pahat. Ahad, balik semula ke JB. Penat. Memang penat. Dah la dalam bus sejuk gila. Peluk tubuh je la tahan sejuk. Tu tak kira naik turun komuter, LRT, Putra semua. Balik rumah habis satu badan I sakit. Sape nak jawab?

Saya perlukan MC dan MC perlukan saya. Saya perlukan emak saya macam emak saya perlukan saya. Sebab kalau emak ada dia boleh tolong picit-picitkan badan dan saya pun boleh tolong-tolong picitkan kaki emak. Sambil-sambil tu mengampu la.

So, better saya ambil MC. MC secara besar-besaran. Sebab sekarang I dah lantik diri sendiri jadi duta braces. Dah ramai orang PM trough Facebook I tanya pasal braces. Dan saya dengan baik hati menjawab dengan penuh sopan santun dan ramah.

Dekat bawah saya lampirkan (betul ke? HAHA) sekali gambar sebelum dan selepas saya membuka braces. Ini bukan sesi tayang muka, tapi sesi tayang gigi. Tolong paham. Duta bekerja sampai lewat malam. Dulu pernah juga ada cita-cita nak jadi dentist tapi tak kesampaian.

Jangan komen pasal gambar sebab I tau I tak comel.

Sekian. MC bermula. Uhuh uhuk

footnote1: I need SOMETIME to talk to SOMEONE who has gone to SOMEWHERE which i called that person as SOMEBODY where i am NOBODY
footnote2: teringat lagu Wonder Girls-Nobody.


Bangg, Merahnya Celana...

Tadi. Saya nangis di opis. Saja tunjuk kononnya gembeng. Mengada-ngada nak nangis. Manja lah katakan. HAHA.

Cerita asal dia. Saya dengan niat yang suci lagi murni, pergi telefon seorang customer kerana ada dokumen dia yang tak sign. Saya call dia cakap baik-baik, suara sikit punya manja. HAHA. Tiba-tiba dia marah saya, maki saya. (&^%$#$^&*&^%$. Kau ingat aku tak pandai maki? Aku maki guna bahasa isyarat je. Buat penat aku buat isyarat kalau kau tak nampak dalam telefon. Malas ah cerita. Kesimpulannya memang saya nangis la tadi. Ngada-ngada.

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar mahu pergi kerja pagi tadi, sambil nyanyi lagu bunga-bunga matahari, saya pakai baju kurung warna merah. Sikit punya menyala merah dia. HAHA. Peduli apa aku orang nak kutuk. Janji aku pakai baju. Kalau tak pakai tu dah lain cerita. Bila perasan diri sendiri pakai baju merah, teringat pulak kisah celana merah. Nak dengar? Meh-meh.

Saya tak ingat kisah ni diceritakan oleh siapa kepada saya. Tapi saya memang ingat jalan cerita dia. Cerita dia macam ni....

Ada seorang pemandu lori roti yang kerja dia menghantar stok roti dari kedai ke kedai. Saya gelarkan dia sebagai Abang Berjanggut Macho (ABM). Rupa boleh tahan, tinggi pun ada. Kira pakej lengkap sebagai lelaki maskulin.

ABM selalu hantar roti disebuah kedai yang lokasinya terpaksa saya rahsiakan. Katakanlah saya namakan tempat tu sebagai X. ABM memang akan hantar roti setiap 2 hari dekat kawasan X. Dipendekkan cerita, di kawasan X ada sebuah kedai yang pembantu kedainya cukup cun melecun. Meleleh air liur si ABM ni. Pantang lepa, ditenung si gadis cun tu. Tapi tak pula dia minta no telefon. Takut agaknya. Bertegur sapa jauh sekali.

Dipendekkan lagi sekali, satu hari sebelum ABM hantar roti di kedai si gadis cun tu, ABM tak tahan nak terkencing. So, dia berlari anak menuju ke tandas yang terletak berdekatan dengan gadis sun tu. Selepas hajat ditunaikan, si Abang Berjanggut Macho ni pun terus hantar roti di kedai gadis cun tu. Kali ni gadis cun tu bagi senyuman sikit punya manis. Yang Abang Janggut ni pun dah perasan habis. Konon dah syok gila la.

Sekali, sebelum Abang Janggut masuk lori dia, gadis cun tu tegur dia, " Abang, merahnya celana.." Abang Janggut pun konpius. Baru dia teringat.Yang hari ni dia pakai seluar dalam warna merah. Punya la malu gila. Dia terlupa zip seluar lepas buang hajat tadi. Cepat-cepat dia lari masuk lori, terus tak datang-datang lagi kat kedai gadis cun tu.HAHA.

Pesanan Penaja : Tu la padahnya. Lain kali lepas buang hajat, jangan lupa zip seluar. Kalau tak selamat ada yang terbang nanti. Malu I.

Gosip-gosip :Kalau yang tanya tu adalah I, you all malu tak? I rasa I yang malu nak tegur. Apsal mata I gatal nak tengok situ kan? Erk. *blush*

footnote yg tak payah baca pun takpa
1 :Hari ni ramai pulak orang nak belanja I makan luar. Ada yang nak belanja makan pizza lagi. Tapi I tak nak. HAHA. Biasalah, I kan sombong, kerek pulak tu. Tapi ada colleague cakap suara I manja. KAHKAHKAH. Tak boleh blah betol. Chow.


2: nasi goreng I buat tadi macam sedap gila. I makan tambah dua kali tapi masih tak kenyang. Lazat sekali. HAHA




Sekarang Musim Main Tembak-tembak

Ini cerita peribadi sikit.

Hari ni hari Ahad. Seperti biasa, sebagai seorang anak perempuan, saya menjalankan tugas seperti seorang perempuan seperti biasa. Maksud saya kat sini adalah memasak, mengemas dan membasuh sebagai orang bujang. Kalau dah kawin, kerja memasak, membasuh dan mengemas lain sikit. Kena teliti lebih. Tapi bila bujang, semua sempoi.

Santapan untuk tengahari saya masak Italiano Spaghetti. Resipi? Saya hentam. Campak bawang. Campak tomato puri, campak lada hitam. Tengok-tengok dah siap. Silap-silap, tomato puri tak boleh campak. Terpercik masuk mata nanti pedih lepas tu buta. Di sebabkan spaghetti saya terlalu lazat agaknya, habis licin semuanya tak sempat sampai malam. AHA. Saya suka bila saya masak, makanan habis. Sedih bila penat-penat masak, makanan tak habis, lepas tu kena buang masuk tong sampah. Membazir betul.

Malam pulak saya masak sambal ikan bilis bersama petai (saya tak makan petai dia, saya makan ikan bilis je) dan sayur kacang buncis goreng bersama cendawan cina. Sekarang perut dah kenyang, siap solat semua baru boleh update blog.

Bukan mudah sebenarnya kalau nak jadi suri rumah ni. Dengar macam senang. Bila dah duduk sendiri baru paham la macam mana susahnya mak kita menguruskan rumah tangga. Dah la tangga rumah saya ni ada empat tingkat. Tak tahu ada berapa anak tangga. Tak pernah kira. Memang penat betul kalau nak urus semua.

Hari ni, aktiviti kami serumah sebagai anak dara adalah bergosip. Silap-silap. Bukan bergosip mengutuk orang ke apa, tapi menonton Gossip Girl. Masing-masing dah jatuh hati sampai tak sabar nak habiskan semua. Sambil menonton saya gosok baju. Sedar-sedar tergosok tangan sendiri. Leka betul. Terpaku sebab pelakon perempuan dan lelaki dia semuanya cantik, handsome, hot,seksi apa lagi. Boleh tergugat iman orang single macam I.HAHA.

Malam ni I nak main perang-perang dengan semua orang cuma pistol I dah habis peluru. Nak pergi beli dekat pasar malam, dekat sini xda pasar malam. So, i tembak pakai lada hitam dekat nuff korang. Babai.

footnote: I penat dah main kejar-kejar walaupun pada hakikatnya I tak berlari pun. Jangan sampai tenaga untuk berlari I dah habis, lepas tu i collapse terus takda kejar-kejar lagi.


Hujung Minggu

Sebenarnya saya tak berniat nak update. Tapi tiba-tiba tangan gatal pergi klik dekat new post punya button. Maka terhasil lah entry ni.

Baru pulang setelah berpusu-pusu berebut perfume Paris Hilton tadi. Takdalah berebut sebenarnya tapi part yang berpusu-pusu tu betul sekali. Tapi malang, SOLD OUT again and again.Hampa. Yang for men punya adalah. Tapi saya tak beli. Saya hush-hush rush sebab kalau boleh mau pulang cepat. Sebab saya tak suka dengan keadaan yang terlalu crowd. Ramai orang kena himpit sana himpit sini. Pastu nanti ada orang ambil kesempatan raba sana raba sini. Seluk sana seluk sini. Seluk bag lah ok.

Minggu lepas wasn't that bad seperti yang saya sangka. Segalanya berjalan lancar dan saya rasa tahap keyakinan saya telah meningkat kepada tahap yang seterusnya. Naik satu tangga sajalah. Dan satu lagi harapan saya, mudah-mudahan doa saya dimakbulkan.

Dan saya amat berharap,satu keajaiban akan berlaku dalam masa terdekat ni. Tak kiralah dalam aspek apa. Kalau boleh dari segala segi. Sebab saya dapat merasakan ada satu perubahan yang telah berlaku dalam diri saya which is i do not know apakah dia. Tapi dapat rasa.

Kaki penat. Otak pun penat. Tapi hati gembira sebab dapat beli apa yang dihajati. Cuma terkilan tak dapat jumpa Azni yang ada dekat KL sekarang. Tak palah, KL wait for me next month. Tinggalkan anda terapung-apung di sini dengan persoalan di bawah.

Kaum lelaki seharusnya menghormati kaum wanita seperti mana kaum wanita menghormati lelaki. Keadaan sekarang sukar nak diperkatakan. Banyak sangat kes-kes yang tak berapa sedap didengar. Macam bapak cabul anak sendiri. Macam-macam lagi lah. Ini salah satu tanda lelaki tidak menghormati wanita. Pandangan anda bagaimana?




Sorry lah Kuala Lumpur

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pembaca baru blog ni. Err, untuk pengetahuan anda, penulis blog ni bukanlah seorang celebrity blogger ataupun mana-mana celebrity. Penulis hanya manusia biasa, yang kurang pengetahuan, serba kekurangan, dan yang pastinya blog ni sebenarnya tak berfaedah pun. Popular jauh sekali. Best? Tak tercapai akalku.

Tapi apa-apa pun, saya nak ucap terima kasih lagi sekalilah sebab sudi luang masa kat sini. Dah macam sesi terima award pulak kan.

Sebenarnya sejak bulan lepas saya sudah berniat untuk pergi ke KL pada hujung minggu ni. Antara sebabnya adalah untuk bertemu kakak saya yang baru pindah rumah dan bertemu kawan semasa di Senai yang dah rindu-rinduan dah lama tak jumpa. Awak, kita pun rindu jugak kat awak. Malam-malam telefon ngadu-ngadu sambil nyanyi-nyanyi kat telefon. Kesian betul dia. Nasib dia perempuan. Kalau lelaki, saya cakap dekat dia suruh cari awek sorang.

Malangnya, saya terpaksa batalkan hasrat tersebut. Sebab sesuatu yang menarik menanti saya iaitu Jualan Gudang Metrojaya. HAHA. Sanggup tu lupakan niat semata-mata nak cari office attire. So sorry babe, kita janji raya haji nanti kita pergi rumah awak. Janji awak masak sedap-sedap la. Kalau awak tak nak masak, kita boleh tolong masakkan. Heee.

So, sesiapa yang berada di JB, jom pakat ramai-ramai pergi Persada Johor Bahru mulai esok, 5 Nov sampai 8 Nov ni. Dan jangan lupa bawak duet yang mencukupi. Kalau tak nanti anda akan menggigit jari.

footnote1 : Nak bincang pasal apa pulak lepas ni? Tolong bagi cadangan sikit nak buat enrty pasal apa. Time kasih.
footnote2 : 30 hari mencari cinta



Salahkah Bercinta

Seingat saya, cinta monyet saya adalah seawal enam tahun. Masa tu masih di sekolah tadika. Gatal betul kecik-kecik dah tahu bercinta. Tapi biasalah budak-budak. Mana tahu sangat pasal cinta.

Kemudian saya melangkah ke sekolah rendah. Saya digosipkan dengan seorang budak lelaki yang namanya saya masih ingat lagi sampai sekarang, Syawal namanya. Dia adalah ketua kelas dan saya adalah penolongnya. Kami digosipkan sebab kononnya dulu-dulu ketua dengan penolong adalah ibarat uda dan dara. Cet. Apa la budak-budak sekolah punya tanggapan. Nasib namanya pun gosip.

Alam remaja adalah alam paling seronok. Dan saya pula dihantar ke sekolah yang semuanya perempuan. So, untuk merasa cinta monyet sewaktu alam remaja memang tak dapat. Nasib saya tak terjerumus dalam hubungan songsang. Erk! Minta dijauhkanlah.

Sambung pula pelajaran ke matrikulasi. Di sini budak-budak laki-laki panggil saya minah kerek. Sebab saya tak pernah nak senyum atau berbaik-baik dengan budak laki-laki. Jangan kata nak bercakap, nak dapat nombor telefon pun sikit punya susah. Bukan tak nak bagi,sebab diorang tak mintak. Takkan tiba-tiba nak bagi pulak kan?

Tamat matrikulasi, saya masuk universiti. Saya pernah couple beberapa tahun kemudian cinta tak kesampaian putus ditengah jalan. Frust-frust menonggeng? Erm, tak sangat kot. Sebab saya yang buat keputusan tu. So, takdalah sedih gila sebab saya rasa tu pun cinta monyet jugak. Macam takda hala tuju.

Sekarang? Malas nak cerita.

Persoalan saya. Salahkah bercinta? Mak saya selalu pesan, masa belajar jangan sibuk nak bercinta nanti pelajaran terganggu. Saya langgar jugak arahan tu. Tu pun bercinta senyap-senyap. Lepas tu putus. Padan muka aku. Degil lagi tak dengar kata.

Tapi, lagi sekali saya nak tanya. Salah ke bercinta? Lepas saya putus tu, tak silap masa tahun pertama, saya memang dengar nasihat mak saya. Jangan bercinta masa belajar. Dan lihat, sampai sekarang pun saya masih dengar cakap mak saya. Jangan bercita. HAHA. Tapi masalahnya dah habis belajar dan dah kerja pun. So, salahkah bercinta?

Sekarang, dia pulak sibuk tanya-tanya. Takda buah hati ke? HAHA. Aku gelak je.

Jawab sikit. Salah ke bercinta?

footnote: entry ditulis dalam masa 7 minit 13 saat sambil menonton Gosiip Girl. Dan Humphrey, i love you.


Mencabul dan Dicabul. Mana Lebih Seronok?


Esok hari Sabtu. Bermakna hujung munggu sudah bermula. Seperti biasa, sebelum hujung minggu saya akan tinggalkan anda sekalian dengan beberapa persoalan yang boleh difikirkan. Sambil-sambil pergi date tu boleh la tanya pendapat awek atau pakwe anda. HAHA.

Saya nak mulakan dengan pertanyaan secara umum. Anda pernah tak dicabul? Tak kiralah lelaki atau perempua. Pasti yang lelaki rasa nak tergelak. Ada ke perempuan yang berani nak cabul laki2. Entah, saya tak tahu. Tapi manalah tau kan? Terasa seperti dicabul.

Kalau anda menjadi mangsa cabul, apa yang anda rasa. Pasti anda rasa macam nak maki saja si pencabul tersebut dan lempang dia on the spot. Kan? Okeh, saya nak cerita sedikit pengalaman saya. Ini kisah benar saya tak reka. Saya pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Memalukan sungguh sebenarnya. Tapi saya rasa perkara macam ni tak boleh dipandang remeh. Nanti yang mencabul tu makin seronok pulak mencabul.

Masa saya menjadi mangsa, umur saya pada masa tu baru 18 tahun. Muda sungguh. Anak dara sunti lagi. Aww. HAHA. Abaikan. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan pulang ke matrikulasi masa tu saya balik rumah pada hujung minggu. Di dalam bas terlalu ramai orang sehingga saya terpaksa berdiri dan berhimpit. Anda bayangkan saya berasa seperti di dalam tin sardin. Dalam pada keadaan yang berhimpit-himpit tu, ada orang mengambil kesempatan ke atas saya. Yang pastinya bukan kaum sejenis la. Semakin lama dia semakin dekat dengan saya. Semakin menghimpit saya. Dan saya terasa ada 'benda' yang mengenai punggung saya. Dalam hati, saya dah menyumpah seranah. Dia boleh gelak-gelak dengan kawan dia cakap bahasa Vietnam. Aku rasa nak lempang. Tapi saya masih budak lagi waktu tu, saya macam orang bodoh diam je. Dan air mata mengalir.

Apa yang saya rasa masa tu sebagai mangsa cabul. Saya rasa nak menjerit. Tapi bila saya pandang sekeliling, semua adalah kaum yang sebangsa dengan pencabul tersebut. Dan beberapa kaum lain yang asalnya bukan dari Malaysia. Anda paham maksud saya bukan. Saya pasti, mereka takkan tolong saya. Kawan saya yang pada masa tu pandang saya hanya dengan titisan air mata. Okeh, aku ngaku aku nangis tak pasal-pasal masa tu. Tapi tu je yang saya mampu buat. Saya rasa fobia nak naik bas lepas tu, lama saya tak balik rumah. Sebab takut nak naik bas.

Jangan tanya lagi lah. Saya dah malas nak ingat balik.

Sekarang saya nak tanya. Apa sebenarnya yang pencabul tu dapat dengan mencabul orang? BOLD & RED. Maknanya dalam nada marah. Klimaks kah dia? Bodoh la kalau boleh sampai ke tahap tu. Ke setakat stim je? Baik tak payah. Dan aku sarankan supaya dia pergi tempah mana-mana GRO then korang paham-paham sendirilah kan. Kenapa mesti nak jadikan orang yang tak bersalah ni sebagai mangsa. Nak kata saya berpakaian seksi, pergh. Jauh sekali. Pakai baju kurung beb time tu. Siap tudung semua. Heh, memanglah aku pakai tudung. Kenapa mesti aku? Bukan yang memang sedia menunggu kat tepi-tepi jalan kau nak raba lebih pun tak pa. Tak nak pulak kau cabul dia. Ok, tak baik marah-marah.

Sekarang saya nak tanya anda semua. Anda rasa, apa yang pencabul tu rasa sampai dia syok sangat nak cabul-cabul orang ni? Jawab-jawab. Aku curious nak tahu ni.


Selamat hujung minggu.

Alasan Oh Alasan..


Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap hujan sekejap panas terik. Tiba-tiba salji turun. Ha, yang ni tak mungkin berlaku. Tapi kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Nasihat saya, banyakkan minum air putih. Putih mungkin boleh jadi susu, atau juga sky juice. Susu bagus untuk tulang dan sky juice adalah bagus untuk mencuci buah pinggang. Betul ke? Agaknya lah. HAHA. Tamat iklan.

Dua tiga hari ni keadaan kesihatan saya agak menurun. Mungkin toksin dalam badan dah terlalu banyak. Kena beli Kinohimitsu ni. HAHA. Tapi saya rasa salah satunya adalah faktor cuaca. Sebab tu saya sarankan semua orang minum air putih. Nanti dah sakit macam saya , siapa yang susah? Sendiri jugaklah.

Pertama. Kenapa saya cakap saya tak sihat?

Saya tak tahu sebabnya apa sebab kalau anda paksa saya pergi klinik bagi gula-gula lolipop pun takkan berjaya. Saya bukan nak salahkan cuaca, tapi salah satu faktornya adalah cuaca. Kerana cuaca yang panas di selatan semenanjung ni (apa nama negeri yang kat selatan semenanjung?) saya kerap mengalami sakit kepala. Jadi jangan berani nak tuduh saya minum Nescafe. Sebab dah lama saya tak minum lepas kena sakit kepala teruk kelmarin. Jadi saya doa hari-hari, janganlah bagi bumi selatan semenanjung ni panas sangat. Nanti saya tak sihat, automatik meter badan saya akan turun semua benda pun tak jadi. Lepas tu nak homesick macam budak umur 13 tahun padahal dah 23.
Kedua. Kenapa saya cakap saya tak sihat?
Sebab tangan saya bengkak. Tangan kanan. Masya-Allah susah sungguh nak membuat kerja.Dah la bukan left-handed. Jadi, kalau tiba-tiba kena buat kerja guna tangan kiri memang pelik. Sebab apa tangan kanan saya bengkak? Tiba-tiba tadi baru saya teringat masa balik rumah hari Jumaat lepas saya ada tolong mak bersihkan depan rumah lepas tu siap ambil cangkul semua. Habis bersih rumput tepi rumah tu saya kerjakan. Alasan utama saya bersihkan adalah nak bagi peluh keluar sebab dah lama tak bersenam. Jadi ambil alternatif bercangkul. But at the end, saya terlupa nak stretching dulu. HAHA. Tu yang otot terkejut, tangan kanan tak berfungsi dengan normal. Lepas tu, anggota badan yang lain pun gatal nak sakit jugak. Konon cubit peha kiri peha kanan pun terasalah.
Ketiga. Kenapa saya cakap saya tak sihat?
Sebab saya kena makan panadol 2 biji tiap-tiap hari sebelum tidur baru saya dapat tidur lena. Teringat iklan "Kenapa dia tak tidur lena". HAHA. Saya telan paracetamol untuk hilangkan kesakitan di bahagian kepala sebelah kanan terutamanya. Kalau tak makan, jangan cakap nak tidur. Lagi-lagi kalau mata terpandang cahaya atau cahaya direct masuk dalam mata. Denyutan dia tak payah cakap. Rasa macam nak rendam kepala dalam air sejuk jangan kasi dia berdenyut-denyut. Tapi hari ni da janji dengan diri sendiri tak nak makan. Takut addicted.
Keempat. Kenapa saya cakap saya tak sihat?
Sebab saya malas nak pergi kerja lah! HAHA. Bulan depan saya kena jaga counter depan, kena berhadapan dengan customer yang macam-macam ragam. Tapi kalau hari-hari datang customer yang puji-puji kerja saya bagus lepas tu hensem-hensem belaka, jangan cakap sebulan, setahun pun saya sanggup. Tapi masalahnya benda ni takkan berlaku. Sebab apa yang saya akan hadapi lepas ni adalah belajar menerima cacian daripada customer dan belajar bagaimana nak menghadapi situasi sulit ketika berhadapan dengan mereka. Adoiii.
So, untuk sebulan yang akan datang. Setiap hari pun saya akan menjadi tidak sihat selalu.

footnote1 : tangan saya bengkak menjadi warna kebiru-biruan. Kalau bagi pirana makan mesti dia nak.
footnote2 : Kakak saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Oktober lepas. Yeay! Saya sedah menjadi aunty pangkat 5 sebab dah ada 5 anak buah. HUHUHU


Di Mana Kesudahannya Hari Jumaat?

Selamat hujung minggu. Apa aktiviti anda semua di hujung minggu kali ni? Adakah bertemu keluarga bagi mereka yang duduk jauh dari keluarga macam saya? Oh, lupa nak beritahu. Saya sudah pun selamat berada di samping keluarga sekarang. Bagi yang berpacaran pasti keluar date bersama. Bagi yang takda pacar? Jangan bertindak seperti seorang loser. Keluarlah menghiburkan diri bersama rakan-rakan tidak kira sejantina, berlainan jantina ataupun yang dot dot dot. Anda jawablah sendiri.

Tugas saya hari ni bukan mahu bercerita mengenai apa aktiviti hujung minggu saya pada kali ni. Tapi hari ini saya mahu membebel panjang mengenai solat Jumaat. Siapa yang tak tahan bebelan harap tutuplah telinga. Tapi harap maklum, saya membebel bukan secara lisan tetapi melalui penulisan. Penulisan ajaib. HAHA.

Saya tertarik dan tergerak hati mahu menulis mengenai hari Jumaat ni pun setelah beberapa minggu membuat pemerhatian di sekitar tempat saya bertugas. Malah bukan sekadar tertumpu di sini sahaja, tetapi saya rasa situasinya hampir serupa di tempat-tempat lain. Jika anda tidak percaya, teruskan membaca.

Apakah yang perlu dilakukan oleh kaum lelaki bila tiba hari Jumaat? Perkara WAJIB ya maksud saya di sini. Bukannya pagi-pagi mandi wajib. Itu dah lari tajuk namanya. Betul! Siapa yang jawab solat Jumaat saya bagi anda 10 kucupan di udara secara ansuran. Terima kasih.


Gambar kredit tu obeyone.com
Tapi, anda percaya tak. Tak semua lelaki yang beragama Islam memperuntukkan masa yang diberikan untuk melakukan solat Jumaat itu untuk duduk di masjid mendengar khutbah dan bersolat Jumaat berjemaah, bagi yang bekerja. Sebenarnya apa tujuan pihak majikan beri kaum lelaki masa rehat yang lebih pada hari Jumaat? Adakah untuk melepak di kedai makan sambil minum kopi dan menghisap rokok kemudian ketawa terbahak-bahak macam orang takda pedoman sedangkan di sebelah gerai makan tersebut adalah sebuah masjid yang di dalamnya terdapat ramai lelaki Islam lain sedang mendengar khutbah Jumaat kemudian berdoa untuk ahli keluarga serta sahabat handai sekalian (panjang gila ayat ni baru aku perasan). Lelaki yang bekerja sendiri atau yang belum bekerja, anda pun tidak terkecuali. Semua terlibat sekali.

Niat saya cuma satu. Bukan untuk membebel untuk perasan bagus, tetapi untuk mengingatkan sesama umat Islam. Kepentingan solat Jumaat itu. Dan kenapa ia harus ditinggalkan sedangkan Allah dah beri kemudahan hanya pada hari Jumaat yang solat Zuhurnya cuma 2 rakaat sahaja. Banyak sangat ke 2 tu? Kalau kahwin sampai dua tiga nak pulak.

Ke mana hala tuju kaum lelaki pada hari Jumaat? Adakah kedai kopi atau masjid? Kaum perempuan tak payah tanya la. 57% menuju ke shopping complex. Tapi nasib company tempat saya bekerja tak bagi perempuan rehat sama dengan lelaki. Kami diberi masa rehat 45 minit saja. Kalau tak konfem waktu rehat tu aku habiskan masa tidur. Syok ape. Kaki tak penat. Duit tak habis. Jimat.

Sedarlah wahai laki-laki yang suka melepak di kedai kopi waktu solat Jumaat, segeralah kamu menuju ke masjid daripada membazirkan masa tak berfaedah berbual kosong di situ. Mana ciri-ciri anda sebagai pemimpin keluarga suatu hari nanti? Takkan isteri pulak yang nak kena bimbing suami? Dan bersegeralah kamu menunaikan solat sebelum kamu di solatkan.

Sama-sama kita mengingatkan.

p/s: saya suka tengok laki-laki pakai baju melayu pergi solat Jumaat. Muka tenang dengan wuduk semua. Jiwa kental pun boleh cair. HAHA.



Sekarang dan Enam Tahun Lepas

Hujung minggu lepas. Sempena hari deepavali, kawan sekolah saya melangsungkan majlis perkahwinan di Pasir Gudang. Saya mestilah tidak melepaskan peluang. Bila lagi mahu makan nasi minyak kawan-kawan bukan? Sambil-sambil tu boleh la jumpa kawan-kawan lama yang dah enam tahun terpisah. Lama tu enam tahun.

Enam tahun lepas? Nanti kejap lagi cerita. Sekarang nak cerita enam tahun selepas tu.Iaitu tahun 2009. Ceh, masing-masing dah transform. Cuma belum ada yang jadi transformers jek.

Lepas kenduri kawen,kami sepakat berkonvoi melawat sekolah. Kira macam Back-to-School punya program la. Banyak betul dah berubah pada sekolah. Terutama sekali yang kat gambar bawah ni. Masa kami semua ada, benda ni belum ada lagi. Gila jakun kami dibuatnya. Pak Guard dok pandang pandang jeling jeling jek. Sebok aah, kitorang cakap dalam hati je la.



Kemudian, macam biasa orang perempuan kan pantang nampak kamera. Pasti ada je pose tak sengaja yang terjadi. HAHA. Tengok gambar kat bawah ni pun memang macam orang jakun. Malu pulak aku tengok. Huuu.


Kami pusing-pusing kemudian singgah surau sekolah. Semua masih sama cuma sekarang dah pasang langsir. Dah ada air cond. Pastu telekung boleh simply tinggal dekat surau tak macam kitorang dulu. Tertinggal telekung, jawabnya tak jumpa la bangkai telekung tu.

6 tahun sebelumnya....

Cukup kalau aku describe dalam beberapa baris ayat sebab aku pun tak berani nak ingat balik. Serius. HAHA

Kulit gelap, mata dan pipi cekung, gigi terabur, muka selebet.....cukup sampai situ. Aku tak sanggup nak kutuk diri sendiri. Nanti habis album lama aku korek nanti.

HAHA.

Dear 9903 babes,

Miss all of u damn much. Agak-agak bila la kita boleh jumpa lagi kan? Miss all those good and bad days that we've spent together. Kena lecture dengan senior, meeting block sampai malam-malam buta, nasi lemak dining hall, nyanyi-nyanyi time prep malam, tiru homework add maths, skip surau, sports day, banyak lagi lah. SUMBANGSIH!! Paling tak boleh lupa. If only i could turn back time.
Dah la. Aku tiba-tiba rindu kat kawan-kawan sekolah tu yang keluar entry ni. Rindu kat emak aku? Tak payah buat blog. Dail 013-7******* terus gayut la. HAHA.

Babai. Tamat lagi satu entry tak berfaedah. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa. Heh~




Kisah Menakutkan di Malam Deepavali

Mungkin korang akan gelak bila baca tajuk dekat atas ni. api sebenarnya benda ni bukan tipu-tipu atau aku saje nak buat cerita. Hakikatnya apa yang aku nak cerita ni adalah kisah benar, apa yang kami berempat terpaksa lalui bersama seorang lelaki yang bernama kekasih. Ceh. Bukan kekasih aku la yang pastinya. Kekasih aku nun jauh kat oversea sana. Bermadu asmara dengan bola. HAHAHAK.

Abaikan, aku memang macam ni. Suka buat lawak tak kena tempat.

Malam tadi dalam pukul 1 macam tu. Aku tak tidur lagi. Tengah syok layan mid night movie sambil layan ym. Adatlah malam minggu. Enjoy sikit. Tiba-tiba kawan aku yang namanya dirahsiakan balik. Aku gelar dia S. Dia memang suka balik lewat malam, dan kitorang malas nak tegur tu hak dia nak keluar malam-malam. Masing-masing dah besar. Macam biasa dia ada kunci spare dan dia tak menyusahkan orang ketuk-ketuk pintu minta dibuka. So, aku pun sambung layan mid night movie aku. Layan beb tengah fantasi bersama hero korea. AHAH.

Tiba-tiba....

Roomate kepada S, aku gelarkan I ketuk pintu bilik aku. Bilik kitorang sebelah menyebelah je. Aku dah pelik. Kenapa budak ni nak ketuk bilik aku pulak. Bila aku bukak pintu, I cakap kawan kitorang S tu ada benda masuk dalam badan dia. And benda tu dah menguasai dia. AKu tengok serius aku takut. Muka dia pucat. Kaki tangan dia sejuk. Tapi aku maintain cool. Takut jugak, tapi aku tau kuasa Allah lagi kuat. Jadi buat apa aku nak takut kan? So, aku dengan I pujuk S masuk bilik sebab dia dah nangis-nangis depan pintu rumah tak bagi kekasih dia balik sebab kekasih dia tu ada ambil barang dia. Kitorng pujuk sekali jek, nasib dia dengar kata, terus dia masuk bilik.
Masa tu badan aku dah mula ketar. Tak payah tanyalah berapa frekuensi dia sebab memang serius aku tak pernah handle benda-benda macam ni sendiri. I mean tanpa orang yang kuat pengetahuan agama dia. Ustazlah. Kitorng start tanya dia, slow talk dengan dia and suddenly dia cakap dia nak kunci rumah sebab dia nak jumpa kawan dekat bawah. Kitorang dah pelik dan kawan dia I tu tak nak bagi. Aku pun tak nak bagi kot. Gila apa. Dah malam macam ni semua orang dah tidur pastu kat bawah tu dah la bahaya. Buatnya apa-apa hal berlaku tak ke kitorang jugak yang bertanggungjawab.

Nak jadikan cerita , dia paksa I bagi kunci. Kalau I tak bagi, dia nak bunuh I. Jahat betul benda tu. Aku tau tu bukan dia. Benda tu dah kuasai badan dia. Aku dah start takut and terbayang-bayang macam dalam cerita hantu. Ada bunuh-bunuh. Sempat lagi aku berfantasi. Aku mula ambil tindakan. Aku pergi dapur, aku cari pisau, aku sorokkan. Takut benda tu mengamuk tak pasal-pasal nanti. S tanya I, dia suruh I bagi 10 alasan kenapa I tak nak bagi dia kunci rumah. I bagi 5 alasan, dan aku tambah lagi 5. Sekali benda tu memberontak. Dia cakap, aku tanya I bukan kau! Pergh, aku memang dah makin takut.

So, aku pergi tandas ambil wuduk. Konon nak buat apa yang patut. Tapi memang tak boleh nak buat apa. Sebab dah gigil sangat. Sekali kekasih S telefon, dia dah ada depan pintu. Pastu S bangun, pergi jumpa kekasih dia, minta kekasih dia pulangkan gelang dia. Gelang apa aku pun tak tau. Tapi menurut I, S memang tak pernah pakai gelang. Dia cakap gelang tu ada orang bagi dan aku rasa yang bagi tu orang Sabah sebab masa borak-borak tu tiba-tiba dia cakap Sabah sedangkan S orang Perak. Sebelum tu kekasih dia ada pesan, ambil air masak, selawat 3 kali lepas tu sapu kat muka dia. Aku dah bacakan tapi bab sapu tu aku tak berani. Bila kekasih dia datang, aku nak je suruh kekasih dia buat.

S tiba-tiba tendang pintu bilik aku. Kuat betul kaki dia. Kalau aku mesti dah jerit sakit kot. Sebab seboleh-boleh dia nak kunci rumah, nak keluar. Kekasih dia, aku gelarkan E suruh aku sapu air tadi kat muka dia. Bila kena renjis je dia jerit bagai nak rak sampai kawan kitorang lagi 2 orang terjaga dari tidur. Time tu tahap getaran kepala lutut aku jangan tanyalah. Macam orang parkinson dah. Bila dah habis air dalam cawan tu aku baca lagi selawat dalam tong besar. Aku bawak air masak isi dalam tong besar. Senang. Kalau dia degil, simbah je air tu satu badan dia biar dia rasa panas.

Berlakulah sesi tolak menolak antara S dan E. Tak sangka aku S kuat gila boleh tolak E macam tu je. Dah la badan dia kurus. Aku dah panik. Kitorang sume pakat ambil wuduk baca yasin malam-malam. Tajwid sume tak yah tanyalah. Tunggang terbalik. Dengan nada yang terketar-ketar sambil menahan nangis. Serius, aku rasa ni pengalaman yang sungguh luar biasa bagi aku. Bila S nampak aku dia gelakkan aku. Sambil senyum sinis. Yang aku pasti, benda tu tak suka aku.

Dah pukul 3, masih tak setel. Habis surah Yaasin, Ma'thsurat pulak kitoang baca. Lepas tu baca pulak surah-surah lain. Benda tu masih meronta-ronta. E pun aku rasa dah penat dah. Kena bergelut dengan benda tu. Dah la kuat gila. Nasib E datang dan kitorang terpaksa bagi E masuk walaupun sebenarnya tak pernah dalam sejarah kitorang bagi lelaki masuk rumah tengah-tengah malam. Perasaan aku masa tu, tak tau nak cakap apa. Nasib aku hari-hari baca doa mengatasi makhluk halus. Sebab benda-benda macam ni kita tak boleh jangka.

Salah satu faktornya adalah solat. Kalau kita tak jaga solat, benda-benda macam ni memang senang nak masuk. Lagi satu kebersihan diri dan rumah jugak. Dalm pukul 3 lebih baru semua setel. Tu pun S dah tidur. Aku pun dah letih sangat, sebab esok aku nak travel. Tambah lagi dengan perut aku dah mula masuk angin. Aku tidur dalam keadaan yang serba ketakutan sambil buka bacaan ayat Al-Quran dekat PC. Aku tak nak benda tu masuk dalam badan aku dan aku mesti kuatkan semangat aku. Kalau aku lemah semangat, mesti aku pun dah jadi sama macam dia.

Hari ni macam mana? Aku tak sanggup pulak tengok muka dia tu tiba-tiba berubah jadi ganas dan buas. Gila macam lelaki dia punya kuat. Siap smack down dengan pakwa dia semalam. Berapa kali kepala dia terhantuk dekat lantai pun aku tak tau. Yang pasti, aku kesian kat dia tapi pada masa yang sama, aku tak suka benda tu kacau-kacau dan buat huru-hara dalam rumah kitorang. Serius. Kami takut.


p/s: aku tuang air dalam botol pun tumpah-tumpah semalam. berdiri pun tak stabil

Aku cerita pun dah tunggang terbalik ni. Kepala sakit sangat dan badan masih ketar-ketar lagi. Terkejut.



Abah, Selamat Hari Ulangtahun


Hari ni birthday Abah. Selamat Hari Jadi Abah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Amin.
So, entry hari ni adalah khas untuk abah seorang saja. Yang lain nak baca tak jadi masalah.

Sempena hari lahir abah untuk tahun ni, orang doakan semoga abah sihat-sihat selalu. Terima kasih sudi jaga emak, kalau abah takda tak tau nasib kami (saya dan emak) macam mana. Terima kasih jugak sebab abah sudi terima orang dan anggap orang macam anak abah sendiri. Dan orang pun dah anggap abah macam abah kandung orang.

Saya tak boleh cerita lebih lanjut. Nanti saya sendiri yang sedih. *sobsobsob* Situasi saya sangat complicated dan orang-orang tertentu je yang tahu kisah hidup saya.

Abah, bagi orang, walaupun kita hidup dalam serba kekurangan, tapi orang rasa abah dah bagi kami semua segalanya. Kita tidaklah sesusah mana kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita. Kita masih ada tempat berlindung, ada kenderaan sendiri dan macam-macam. Semua atas usaha abah.

Abah, orang tak tau nak cakap macam mana lagi. Orang malu sebenarnya nak wish direct. Tapi tadi orang dah hantar MMS comel dekat abah, tak tau abah dapat ke tak. Orang harap abah suka MMS tu. Sebab selalunya kalau apa-apa orang mesti smpaikan dekat emak pastu emak yang akan sampaikan kat abah.

Abah, terima kasih banyak sebab membesarkan orang dengan bersusah payah. Hantar orang pergi sekolah asrama penuh, lepas tu hantar orang masuk matrikulasi. Walaupun sekolah dan matrikulasi dekat negeri Johor je, tapi orang rasa pengorbanan tu cukup besar. Tambah lagi masa orang belaja dekat UKM. Susah paya emak dan abah hantar. Adoi, sedih la pulak.

Akhir sekali, orang doakan abah sihat-sihat selalu supaya abah boleh jaga emak. Orang jauh, orang tak dapat tengok emak selalu. Orang cuma boleh telefon je. Dan semoga abah dilindungi Allah selalu dari segala malapetaka. Dan kita sekeluarga sentiasa di redhai Allah selalu dan berada dalam lindungan-Nya. Amin.

Selamat Hari Lahir Abah.

dah cukup lah.Entri peribadi tak boleh panjang sangat. Nanti emosi.


Perempuan & Bola Sepak

Hari ni dalam sejarah. Sebab saya tiba-tiba pulak bercerita pasal bola sepak dalam blog. Okeh, jangan under estimate perempuan. Ada jugak perempuan yang kaki bola. Tak ramai la, sebab yang kaki bangku lagi ramai. Mesti yang lelaki wondering, apahal la minah sorang ni sebok nak cakap pasal bola padahal satu benda pun tak tau.

Cerita asal dia macam ni. Hari tu ada terbaca artikel yang Astro menang bidaan sebanyak RM800j semata-mata untuk menayang EPL kat siaran televisyen berbayar tersebut. Betul ke? Tapi kan, saya rasa, rata-rata pelanggan astro lepas ni terutama sekali kaum-kaum ibu pasti akan menamatkan penggunaan astro tersebut. Tau tak kenapa? Sebab nanti kena berebut remote control dengan bapaknya dengan anak-anak lelakinya. Yang emaknya nak tonton siaran Astro Awani, yang bapaknya nak tengok bola. Huh. Rebutlah, rebut silakan.

Untuk pengetahuan kalian (ceh), situasi rebut merebut ni rasanya takkan berlaku di rumah saya. Sebab apa? Sebab rumah saya takda pasang Astro. HAHAHA. Kami sayang pada siaran TV Singapore. Nanti tak dapat tengok cerita terbaru dekat situ. Tapi kalau ada pun kami sekeluarga takkan berebut kot. Sebab apa, sebab emak saya suka tonton bola. Anak dia yang tengah tulis blog ni pun boleh tahan minat jugak la. Tapi sekadar minat pada pemain bola yang hensem-hensem belaka. Yang tak hensem kesian betul sebab saya tak minat, tapi kalau bakat besar mungkin wajah tu boleh di asah menjadi hensem. HUUUU.

Korang rasa, yang pakai jersi merah tu hensem tak kalau kita tengok raut wajah dia dari sudut atas? HAHA. Aksi cukup menarik. Saya bagi 7 markah daripada 10.


Kenapa saya cakap emak saya suka tonton bola. Bola sepak okeh, korang jangan ingat aku maksudkan bola lain pulak. Emak saya gemar tonton bola terutama sekali bila tiba musim piala dunia. Masa tu, kau jangan harap nak tengok dia tidur malam lebih-lebih lagi kalau Argentina atau Brazil punya game. Sanggup kot dia tak tidur. Selain tu, emak saya jugak jadi jam loceng kepada abah saya. Tukang kejutlah. Game start pukul 3 pagi, pukul 230 mak saya dah kejut. Siap dengan kopi-O dengan biskut. Yang anak dia ni pulak, siap pesan dekat emak. Tolong kejut sebab nak tolong sorak jugak. Tapi at the end, bila emak dia kejut, dia terus tarik selimut. Lepas tu esok pagi mengamuk dekat emak kenapa tak kejut dia, tak dapat tengok pemain hensem tu gelecek bola sambil peluh merecik-recik kat muka. Awww, seksi. HAHA.

Bola yang paling saya suka adalah bola-bola ikan. Sedap wooo. Boleh makan lagi. HAHAHA. Erk, saya suka main bola tampar. Suka sangat sampai kadang-kadang main sampai tangan terseliuh bengkak-bengkak warna biru. Masa dekat Senai dulu rajin turun tiap-tiap petang main bola tampar dengan kawan-kawan. Tapi bila dah dekat sini, kurang bersukan. Sukan dekat mata je. Pejam celik pejam celik, tidur. Heh.

Berbalik cerita pasal perempuan dan bola sepak. Berapa ramai perempuan kat bumi yang permai ni minat pada bola sepak. Betul-betul minat. Saya akui, dulu masa kecik-kecik saya minat tengok bola sebab ada David Beckham. Masa tu dia single lagi. Hah. Fantasi lagi. Setiap sudut dia gelecek tak lepas pandang dibuatnya. Sampai perut lapar pun sanggup tahan sampai waktu 1st half. Dahsyat betol penangan David Beckham. Tapi bila dia dah kawin dengan Posh Spice Girl, saya dengan rela hati melepaskan dia pergi sebab mak dulu pesan, tak baik kacau suami orang. Apakah. HAHA. Tu belom termasuk penangan __________ lagi. HAHA. Teka-teka saya minat sapa pulak.

Pada asalnya saya macam nak tinggalkan blog ni selama 20 hari. Tapi tiba-tiba lepas berfantasi tiba-tiba dapat idea nak tulis pasal perempuan dan bola. Kesimpulannya, saya minat semua sukan yang berunsurkan bola terutama sekali bola tampar. Bola sepak pun saya layan jugak. Kool bukan. Heh.

Anda yang perempuan bagaimana? Adakah anda kaki bola juga seperti emak saya dan saya (yang konon-konon je ni)? Yang lelaki, kool tak saya? HAHAHAHA. Tak payah la jawab kalau tak ikhlas. =)


Mari Berfantasi Seperti Saya


Pernah tak anda terfikir. Lelaki yang anda jumpa 3 tahun lepas secara terserempak rupa-rupanya adalah calon suami anda? Err, ini bukan kisah cinta sayalah yang pastinya. Sebab 3 tahun lepas saya masih belajar di UKM, walaupun terserempak dengan pelbagai jenis lelaki tapi rasanya belum jumpa satu pun. Erk. Tak tau. Tak nak cakap banyak.

Saya sebenarnya suka menonton cerita yang berunsur fantasi. Bukan fantasi sex ye kawan-kawan. Fantasi ni ada banyak jenis. Salah satu fantasi yang menarik adalah macam dalam cerita korea. Kebanyakan la. Tapi fantasi di dalam cerita korea kadang-kadang terlalu melampau sampai tak masuk dek akal. Kadang-kadang la. Saya suka membina fantasi sendiri. Akademi fantasia saya tak minat, jangan tanya.


Nak tau fantasi saya bagaimana? Saya selalu berfantasi menjadi seperti Cinderella. Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, rupa paras yang sederhana tapi menjadi sungguh penyabar dalam segala hal. Penyabar adalah kata kunci yang penting. Tapi sebenarnya secara tidak langsung kehidupan saya ada jugak bersangkut paut seperti Cinderella. Bab jadi tukang gaji tu bukanlah. Yang lain mungkin ada sikit. HAHA. Yang part prince charming tu tak tau.

Dapat tinggal di kawasan pergunungan yang cantik adalah impian saya. Lepas tu ada bela kuda berwarna putih. Bila masa free pergi tunggang kuda. Lepas tu jumpa jejaka idaman. Ceh! Fantasi sungguh. Saya suka rumah yang ada halaman rumah yang luas. Jadi boleh bercucuk tanam. Nanti sambil bercucuk tanam boleh nyanyi-nyanyi macam cerita kartun dulu-dulu. Bukan hindustan ye.

Selain berfantasi, kegemaran saya adalah berangan. Err bukan ke fantasi tu adik beradik dengan berangan? Boleh juga kata adik beradik. Bergantung kepada cara kita berfantasi dan berangan juga. Berangan ni ada kebaikannya kerana ada orang mengatakan " Tanpa angan-angan impian takkan menjadi kenyataan". Betul tak? Betul kan? Kalau kita tak berangan nak beli kereta Suzuki Swift contohnya, impian nak beli kereta tu mungkin tak kesampaian. Tapi syaratnya kena ada usaha la. Jangan tau berangan tapi tak reti-reti usaha. Kau berangan nak beli baju sehelai pun kalau kau tak usaha nak pergi kedai, kau takkan dapat jugak kan baju tu?

Bagi saya, fantasi ni kebaikannya adalah membantu perkembangan otak. Ceh. Cakap tak leh blah. Tapi kebaikannya datang bila kita berfantasi perkara yang baik-baik lah.

Oklah. Cukup syarat sudah. Kalau cerita panjang sangat nanti pening nak baca. Kalau fantasi saya menjadi, saya akan update lagi kemudian hari. So, marilah berfantasi!


p/s : Fantasi fantasi jugak. Jangan sampai tertinggal solat sudah.
(bila nak berFantasi Bulan Madu - Search)


Menjadi Hamba Allah yang Terpilih

Hari ini. Ingin melakukan sesi luahan hati. Betul. Sebab macam tak tahan lagi nak simpan dalam hati sorang-sorang. Serius ni bukan tipu. Dugaan datang bertimpa-timpa dari Allah masih lagi boleh bertahan, bersabar sebab percaya dan yakin Allah takkan menguji umatnya melainkan Dia sayang kepada umatnya itu. Okeh. Sabar lagi nih. Tabah lagi nih.

Tapi yang tak boleh tahan sangat bila ada orang yang terlampau sakit hati dan busuk hati dengan diri yang serba kekurangan ni. Nak kata cantik gila macam ratu cantik ke apa,takda la pulak. Tinggi, body solid macam diorang memang jauh sekali. Tapi rupa tu adalah. Cukuplah ada dua pasang mata, sebatang hidung, satu mulut yang masih boleh mampu dibayar insuransnya dan beberapa anggota lagi yang menjadikan rupa ni jauh dari kecacatan. Sempurnalah senang cakap, sempurna ciptaanNya.

Pandai? Syukur Alhamdulillah dikurniakan otak yang cerdik, ligat dan bijak terutamanya dalam bidang matematik. Erk? Cemburu mengenai kebijaksanaan seseorang tu bagus tapi kalau cemburu bab lain mamcam mana pulak ye? Nak kata saya terlalu bertuah, takda la bertuah sangat. Tapi saya bertuah sangat ada emak yang ramai. Dan mereka sangat menyayangi diri ni walaupun serba kekurangan dari segala segi.

Serius nih. Berapa kali dah ulang perkataan ni. Maknanya betul-betul serius. Tak boleh tahan rasanya. Bangun tidur secara tak langsung terfikir. Nak tidur pun terfikir. Tak tau lagi macam mana nak menghadapi semua ni. Hari-hari berserah pada Allah. Dan andai kiranya Allah mahu ambil nyawa ni pun sanggup rasanya. Sebab tak tahan dengan tohmahan-tohmahan dari mulut yang berbau longkang tu. Biar kurang sikit dosa dia, dan cerah sikit hati dia dari segala noda-noda hitam.

Masya-Allah, besar sungguh dugaan yang kau beri padaku ya Allah.

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Sesungguhnya bersabar tu pasti ada banyak hikmahnya. Tapi,sampai bila harus diri ni bersabar kalau sering saja di salah ertikan. Betul tak? Tahap kesabaran manusia ada batas dan hadnya. Kan? Kan?

Okeh.Sekarang dah boleh rasa lega sikit walaupun sebenarnya masih sakit kepala. Sakit kepala semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Dan boleh cuba paksa diri sendiri supaya menangis air mata darah sampai tertidur. Paksa. Paksa menangis air mata darah. Sambil menangis tu cucuk mata dengan garfu. Konfem kuar darah.

T____________T;

Sekian, sesi meluahkan perasaan yang berbuku di hati. Tapi tak habis luah lagi ni. Ada lagi 3/4 yang belum. Susah betul hidup menjadi manusia yang sering dicemburui oleh manusia yang berhati busuk. Takpalah, ni semua kerja tuhan, kerja Allah. Kita tak boleh nak persoalkan sangat. Kan? Tapi aku cukup bersyukur sebab menjadi hambaNya yang terpilih untuk menerima segala dugaan ni sebab aku percaya pasti ada balasan yang setimpal yang bakal menanti walau tidak di sini pasti di akhirat kelak. Amin~

Kali ni betul-betul sekian. Sekian terima kasih.

(dah macam surat rasmi pulak)


Today i'm not happy.



Hari ni takda niat nak post panjang-panjang. Sebab .......
Orang cakap kalau emosi tak berapa stabil jangan update blog dan tulis apa-apa. Tapi aku degil, nak jugak tulis sikit. Sikit pun jadilah.

Ok. Sikit. Paham kan sikit. So, full stop.


Kisah Rumah Sewa Bilik 401

Bilik 401. Bukan Blok 707. Kisah benar. Bukan cerita buat-buat. Tuan rumah perangai macam haram. Boleh mamp** la kalau macam nih. Heh. Tak baik mencarut. Astarghfirullah.

Ada dua kisah. Satu kisah tuan rumah dan satu lagi kisah orang serumah. Agak-agak mana yang baik mana yang buruk. Cuba teka. Pastu nak dengar yang buruk dulu atau yang baik dulu? Okeh. Sebenarnya dua-dua pun buruk. Takda yang baik.

Tuan Rumah Kedaung.
Mula-mula mulut manis macam gula-gula lah konon. Pijak gajah pun tak mati(memang la sebab pijak patung gajah). Siap tinggalkan pesanan penaja kalau ada apa-apa masalah boleh telefon anytime. Sepantas kilat dia akan sampai walaupun jarak antara Johor Bahru dan Segamat agak jauh jugak. Itu mula-mula masa hari pertama kami menetap dalam rumah flat usang ni. USANG diulangi.

Sekarang.
Siap nak compare harga rumah usang ni dengan rumah baru dekat Shah Alam sana. Ewah-ewah (tiru gaya Azwan Ali). Ingat kitorang ni bodoh tak tau pasal rumah sewa. Dah la tandas tak payah cerita. Nak gosok gigi kena tutup mata. Pintu pun jenis nak tutup, kena angkat. Singki adalah untuk ditengok sahaja bukan tempat untuk mencuci pinggan atau tangan sebelum makan. Sebab kalau basuh tangan atau pinggan di situ akan melimpahlah air keluar dari saluran manatah sehingga membanjiri kawasan ruang yang tak berapa tamu tu. Ni ayat banyak bersabar ni, kalau tak sabar tak tau macam mana.

Aku nak ambil gambar pun takda sanggup. Berkulat kot nanti kamera aku. Sayang pulak.


Kami. Setiap orang. Tujuh semuanya. Berpakat gila-gila. Kalau tuan rumah kedaung taknak betulkan sistem perpaipan dalam rumah kami, kami akan mogok takda mau bayar sewa rumah. Bukan setakat itu saja, kami serumah akan membuat onar di rumah ini sebelum kami bla cari rumah baru. Kunci yang ada pada kami, kami akan buang sebelum itu kami kunci kesemua pagar dan pintu. Biar padan muka tuan rumah siapa suruh kerek dengan orang yang bijak tapi telah dajar menjadi kurang ajar oleh dia, si tuan rumah.

Asalnya kami hanya mahu membuat laporan yang saluran paip di rumah telah bocor an sudah menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk settlekan masalah itu. Walau dia tidak mahu setelkan pun tidak apa, kami boleh panggil irang betulkan tapi segala bayaran perlu ditanggung oleh si tuan rumah. Tapi si tuan rumah enggan berbuat demikian. Maka terimalah padahnya dan pengajaran yang dia akan terima dari kami.

Sekarang cerita orang serumah. Err, tak baiklah bukan mencerita hal tak baik mengenai kawan di dalam blog. HAHAHA. Tiba-tiba aku jadi orang baik. Dah dah tak baik mengumpat.Nanti suami soleh lari. Erp!

Tadi aku masak sup kentang yang gila kentang punya sedap dengan sambal kicap. Pergh, sehingga menjilat jari aku cakap. Macam biasa lah, masuk bakul angkat sendiri. Abes takda orang puji, aku puji diri sendiri la.

Sedih. Sekarang kami ber-8 kena berusaha mencari rumah baru yang dipunyai oleh tuan rumah yang baik hati serta tidak kerek yang menetap di Karak. Apa aku cakap ni? Dan selesa serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diyakini oleh Jakim. Cerita mengenai keselamatan ni, Sabtu lepas ada orang kena samun. Betul-betul di blok bawah. Kitorang dengar ada orang jerit, tapi aku siap cakap, entah-entah diorang saja main jerit-jerit. Sebab budak-budak kat sini boleh tahan nakal jugak main jerit-jerit entah apa-apa entah. Tapi sekali bila kami turun, ramai gila orang kat bawah, masing-masing nak jadi reporter. Dari majalah 8, TV5, Radio Merah, macam-macam lagi. Masing-masing nak tunjuk bakat. Sekali ada sorang bro tu cakap, ada perempuan kena samun time dia sapu depan rumah dia. Tu yang kitorang dengar orang terjerit-jerit dari atas tu. Ingatkan orang main-main rupa-rupanya betul.

Moral of the story : Berhati-hati. Double punya hati-hati. AND Kena ajar sikit tuan rumah yang tak tau hormat tu, kitorang cakap elok-elok dia boleh nak tengking-tengking. Aku sumpah jadi kala jengking baru tau. Belajar hidup berdikari. Melayan kerenah orang-orang yang pelbagai ragam memang banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan kesabaran. Fuh~




Hari ini dan esok

Esok. Adalah hari bercuti. Cuti kerja. Macam biasa, orang bujang macam aku akan menghabiskan masa secara membazir. Berjalan-jalan tanpa arah tuju. Membazir wang, duit, pulus dan juga ongkos. Masa apatah lagi. Lebih-lebih lagi orang bujang yang betul-betul bujang. Nak ajak sang kekasih bercanda di tepi pantai Lido memang jauh sekali. Almaklumlah, hari -hari pantai Lido dah menjadi tatapan. Belum kira Berapa kali lalu lalang dekat depan pantai Lido tu. Rasanya dah bosan kot. Ok. Kita stop cerita pasal pantai Lido. Nanti orang cakap aku jakun gila macam tak pernah mandi dekat pantai Lido. (memang aku tak pernah mandi pun sebab air dia kotor, lagi satu aku takot kena tangkap dengan askar Singapore pastu kena tuduh penceroboh. HAHA).

Hari ini mood aku nak update blog tiba-tiba datang. Macam biasalah. Kalau dah ada mood pastu modal pun ada, apa lagi. Cepat-cepat on PC member, terus online. Malas nak on lappy sendiri sebab member dah bagi kebenaran guna PC dia. Lagi senang kot. Lappy aku da season, paham-paham aje lah, hang sesaje. Kadang-kadang rasa nak hempas pun ada, tapi nasib bersabar. Kalau tak dah jadi besi buruk gaknya. HAHA. Aku main-main jangan korang ingat aku serius pulak nak main hempas-hempas laptop. Takda maknanya. Silap-silap kang kepala aku sendiri aku hempas. HAHA.


Tadi. Makan kenyang gila. Perut pun dah naik gila dibuatnya sebab sumbat makanan tak henti-henti. Dinner di Grand Paragon Hotel, JB memang sedap dan lazat. FREE. Tu yang best. Tengok je muka kat atas tu berseri-seri. Orang belanja memang sedap. Cuba kalau kena keluar duit sendiri. Menyumpah seranah kot. Makanan tak sedap la. Ayam mentah tak masak. Ice cream sikit gila flavor dia takda choice. Pastu air pun bagi sky juice jek? Apa barang?!! Itu kalau keluar duit sendiri la. Nasib tak payah keluarkan duit. Sebab tu mulut ni manis je memuji-mujij cakap terima kasih daun keladi. HAHA. Pandai kan?

Berbalik kepada tajuk asal. Esok. Mau pergi beraya. Ke mana? Ke rumah kawan-kawan. Sekitar Johor la yang pasti. Erk. Kalau duit dalam poket ni banyak tak payah cakap. Keliling Malaysia aku pergi. Tinggalkan je alamat. Konfem sampai punya. Syaratnya sediakan makanan saje lah. Kan? Tapi itu kalau poket tebal. So, lain kali je lah kita jumpa ye. Ada rezeki insya-allah. Tak pun jumpa time makan nasi minyak nanti. HAHA

Semalam hati bunga-bunga. Hari ni bertambah bunga-bunga dia. Macam para-para sakura pulak. Bunga pasal apa aku pun tak berapa pasti. Sebab aku tau hati aku tiba-tiba berbunga jek. Korang figure out sendiri la kalau nak tau. Ngeh3.

Okeh. Aku nak stop sampai sini. Sebab nak upload gambar dekat facebook. LAma dah tak mengupload. Kesian kat member-member yang sekian lama mintak gambar tapi tak dapat-dapat. babai all. TATA




Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards