• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tag again..

Thanx to Cik Jannah..

01. i love..

My mom very very much.

02. right now i want…
to sleep..sakit kepala dan gusi.

03. i feel like…
i'm a loser..

04. i hate it when..
people hurting my feelings..

05. i fear…
of losing my beloved mom.

06. i’m lonely without…
my mom. my only mom.

07. i need…
my mom right now.

08. today i...
i'm not really happy.

09. tomorrow i…
i still thinking about my mom.

10. i just…
want to be free and to be with my mom.

11. i want to meet…
my mom at this time.

12. i love it when…
my mom says that she loves me.

13. I like playing…
computer games.

14. i’m afraid of…
Allah of course.

15. i’m listening to…
nothing. (Kata hati)

16. i love listening to…
right now..xtahu..

17. i wish i was in…
heaven..

18. i want to get…
i want to be free.

19. i can…
cook.

20. i can’t…
swim.

21. i have…
nothing except my mom.

24. i haven’t…
--

25. i’m nervous to…
--

26. my parents think i’m…
parents? dunno..

27. i think…
i'm useless.

28. i’m happy when…
i'm happy.

29. i’m sad when…
people hurting me.

30. i like eating…
chocolate.

31. i hate eating…
dunno.

32. i love watching…
C.S.I

33. TAG WHO?
tak nak boleh?

ERTI HIJRAH YANG SEBENAR-BENARNYA..

Warning:
Entri ini terlalu panjang. Kalau tidak berminat untuk membaca, baik tinggalkan sahaja. Kerana inilah peristiwa hijrah yang terbesar dalam hidup aku yang aku ingin kongsikan bersama. And it's too personal actually. Tapi aku tak kisah untuk berkongsi. Apa korang nak kata, aku tak peduli.
"Salam Maal Hijrah, ku doakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin. " message received from Mr. X
Aku benar-benar bersyukur dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana tapi cukup kaya dengan kasih sayang. Selagi kecil lagi aku sedar diri aku siapa, yang aku hanyalah seorang anak angkat. Ya, anak angkat. Memang aku tidak pernah menceritakan kisah ini kepada sesiapa, kerana keluarga aku sudah berpesan, jangan mengungkitkan lagi perkara tersebut kerana mereka menerima aku seadanya. Aku bukanlah insan yang lahir atas paksaan, tapi aku dilahirkan dengan satu ikatan yang sah. Tapi, kenapa aku diambil sebagai anak angkat aku tidak tahu. Dan aku tidak berani untuk mengambil tahu kerana aku takut emak akan berkecil hati. Aku pernah juga beberapa kali bertemu ibu kandungku tapi kami seakan tiada chemistry. Aku diambil sebagai anak angkat sejak aku berumur 2 bulan lagi.

Aku dibesarkan dengan satu suasana yang sangat sederhana. Emak membesarkan aku dengan wang hasil menghantar nasi lemak di warung, mengambil upah membuat kuih dan pelbagai lagi. Cakap saja apa pekerjaan yang emak tak pernah buat, semua dia pernah buat semata-mata untuk melihat aku dibesarkan dengan suasana yang cukup sempurna. Aku tidak pernah mengeluh, tapi aku cukup syukur dibesarkan begitu, sekurang-kurangnya aku dapat menghargai pengorbanan yang telah emak lakukan. Semasa emak mengambil aku sebagai anak angkat, emak belum lagi berkahwin dan pada masa itu emak berumur 29 tahun.

Aku turut dibesarkan oleh seorang ibu susu yang menumpangkan aku meyusu badannya ketika itu. Ibu susu aku merupakan kakak kepada emak aku. Hubungan keluarga susu dan aku memang cukup rapat dan mereka juga telah menganggap aku seperti keluarga mereka sendiri. Ketika aku berumur 10 tahun, emak berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai anak seramai 8 orang. Pada mulanya aku tidak setuju, tapi aku kasihankan emak. Selepas emak berkahwin, aku pun turut berpindah mengikut emak sebab emak cakap kalau nak kahwin dengan emak, kena terima aku juga. Abah setuju malah abah turut menganggap aku seperti anaknya sendiri. Anak-anak abah yang lain pun sama.

12 tahun dah berlalu, masing-masing sudah dewasa dan timbul pelbagai perasaan. Aku amat beruntung kerana aku dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti sedangkan anak-anak abah tidak ada seorang pun yang dapat berbuat demikian. Abah pun turut menumpang bangga kerana dia telah melihat aku mengambil ijazah pada bulan Ogos lalu. Tapi kebahagiaan yang aku perolehi cuma sementara.

Anak-anak abah rupanya cukup cemburu dengan kehadiran aku di rumah mereka. Terutama sekali anak abah yang perempuan. Anak abah yang perempuan cuma ada dua, yang sulong berumur 29 tahun, telah berkahwin dan yang kedua bungsu berumur 20 tahun, masih belajar. Mereka kata abah berat sebelah kerana asyik menangkan aku sahaja sedangkan anak sendiri tidak pernah dibuat sebegitu. Perbalahan ini bermula pada hari Sabtu lepas, 27 Disember 2008, satu tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Anak buah aku yang berumur 4 tahun boleh mengatakan yang aku ni bukan sedaranya. Bagaimana dia boleh tahu sedangkan dia masih kecil. Kenapa mesti dia nak cakap macam tu? Aku cukup sedih dan mengadu kepada emak. Emak cakap, tak pa, sabarlah nanti mak cakap dengan abah. Tapi tak sempat emak cakap dengan abah, petang tu aku dengar bunyi bising dalam rumah sebab masa tu aku dekat luar sedang sapu sampah. Tiba-tiba emak panggil aku, suruh aku masuk dalam. Dan aku nampak emak dengan kakak (anak abah yang sulong) sedang bertekak. Bila aku masuk, emak suruh aku ceritakan apa yang anak dia dah cakap pada aku.

Pada masa tu, hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku. Menggeletar seluruh badan aku. Bila aku mula bercakap, aku terus menangis. Aku tak dapat menahan sebak. Aku cakap yang anak dia cakap aku bukan sedara. Macam mana budak kecil boleh tahu kalau tidak ada orang besar yang beritahu. Aku keluarkan semua yang terbuku kat kepala aku. Semua yang dia kata pada aku, semua aku keluarkan. Aku tekad, apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak peduli sebab selama ni memang aku sabar dengan kerenah dia.

Hari raya 2 tahun lepas, masa sesi meminta maaf, kakak ada cakap pada aku dan aku takkan lupa sampai bila-bila. " Lepas habis belajar ni, jangan kawin dulu. Bayar hutang mak bapak. Dah habis bayar hutang baru fikir pasal kawin," Kalau korang jadi aku, apa korang rasa? Siapa dia nak tentukan hidup aku? Aku diam, dan mengadu pada emak. Emak suruh aku sabar. Hari Raya yang lepas pun berlaku juga perkara yang sama semasa sesi meminta maaf. Dia cakap macam ni, tapi aku tak berapa ingatlah. Lebih kurangla, " Walaupun kita ni bukan sedara, tapi akak buat ni semua untuk keluarga kita ........." Hello, sangat annoying okeh. Tak payah mention perkataan "bukan sedara" tu boleh tak? Kau tak berada kat tempat aku, memang kau tak tau apa yang aku rasa.

Semua aku ungkit, sebab hati aku dah sakit sangat. Rupa-rupanya dia cemburu sebab abah selalu layan aku dengan baik. Abah macam dah tak anggap dia macam anak abah dia kata. Sampaikan duit aku ambil lesen kereta pun dia nak persoalkan. What the F**k? Aku ambil lesen kereta hasil duit aku buat part-time masa aku belajar dekat UKM dulu. Aku tak pernah cakap kat dia, takkan aku nak kecoh-kecoh. Aku tahu, kami bukan keluarga yang kaya, sebab tu aku usaha sendiri untuk ambil lesen. Aku tak minta duit mak abah. Aku tahu diorang pun ada tanggungan lain. Dia ingat, aku ambil lesen pakai duit bapak dia. Eh, sori la, aku bukan orang macam tu. Aku kalau anak kan sesuatu, aku akan usaha sendiri. Aku takkan guna duit mak bapak aku okeh. Kau salah orang, lainlah adik kau tu. Aku dah geram sangat, sampaikan aku rasa aku jadi orang kurang ajar petang tu. Aku jerit kat dia ;
"Kau ingat, aku nak sangat ke duduk sini? Aku duduk sini pun sebab mak ada kat sini. Kalau mak dah tak da, tak hinginlah aku nak duduk kat rumah ni. Kau tunggu lah satu hari nanti, bila aku dah kaya hasil titik peluh aku sendiri, aku dah ada kereta , aku dah ada rumah, time tu kalau kau susah, jangan kau terhegeh-hegeh datang dekat aku. BOLEH BLAH!"
Sampai macam tu aku cakap sebab aku dah tak tahan dengan perangai dia yang suka control hidup orang lain. Aku terus kemas beg aku, dan aku call Mummy suruh amek aku kat rumah. Aku cakap aku dah tak nak duduk sini lagi sebab diorang semua dah tak anggap aku keluarga diorang. Aku lebih rela duduk rumah anak yatim daripada bersemuka dengan manusia yang berhati busok macam dia. Aku tahu dia cemburu sejak aku masuk universiti lagi. Sebab dia belajar setakat tingkatan 5 je.

Ya Allah, kuat sungguh dugaan yang kau beri pada aku. 2 hari berturut-turut aku nangis, sebab aku sedih sangat. Even mak aku pun tak pernah nak aturkan apa yang aku perlu buat. Mak aku didik aku dengan sempurna, aku tahu apa yang aku perlu buat. Sampaikan duit gaji aku pun dia persoalkan. Aku ada bagi abah atau tak semua dia nak tahu. Memang s***.

Aku bukan nak buruk kan sesiapa dalam hal ni. Masing-masing lakukan kesilapan. Aku dah minta maaf semua, tapi keputusan aku untuk keluar dari rumah tu memang tetap dan takkan berubah. Sebab hati aku cukup-cukup terluka. Biarlah ke mana pun aku pergi, asalkan hati aku tak dilukai lagi. Cukuplah.

Apa yang aku nak minta kat sini, janganlah pandang hina pada manusia macam aku. Aku tak pernah minta dilahirkan macam ni. Begitu juga pada anak luar nikah yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Janganlah memandang serong pada mereka. Bukan salah mereka. Aku tak pernah pasang niat nak merampas kasih sayang sesiapa, apa yang aku minta cuma mahu menumpang kasih sayang. Tapi keikhlasan aku disalah ertikan. Sebelum ni aku kelihatan gembira sentiasa, tapi itu hanya luaran, di dalam tak ada siapa yang tahu derita yang aku tanggung. Yang mereka tahu, sakitkan hati aku, lukakan hati aku.

Sekali lagi. Aku tak minta simpati sesiapa, cuma aku minta rasa hormat sesama manusia. Jangan pandang hina pada manusia lain. Kita semua ada perasaan, ada akal fikiran. Bagaimana pula kalau anda yang berada di situasi aku? Mesti korang sakit hati. Tak payah nak simpati pada aku, sebab aku tau tak semua manusia boleh terima manusia macam aku. Pikirlah dulu sebelum sakitkan hati orang, kelak Allah sentiasa di sisi manusia yang derita.
Segala yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk juga datangnya daripada Allah tapi atas kelemahan diri aku sendiri. Aku minta maaf di atas segala salah dan silap yang ada aku lakukan pada semua, dan aku mengharapkan satu kehidupan yang tenang dan aman sahaja.
Inilah pengorbanan dan hijrah yang terbesar yang pernah aku lakukan. Aku terpaksa meninggalkan insan yang paling aku sayang, membawa diri demi kebahagiaan manusia yang sakit hati melihat kejayaan aku. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu.


Maal Hijrah Wishes..


Thanx to Cacen86..

PERISTIWA DI ANTARA 1429H & 1430H

Akhir tahun 1429H berakhir dengan satu peristiwa yang sangat-sangat menyakitkan hati. Awal tahun 1430H pula bermula dengan satu peristiwa yang amat menyedihkan hati. Bukan cerita yang direka-reka tetapi inilah lumrah hidup. Memang aku tak percaya perkara macam ni boleh berlaku tapi itulah kehendakNya. Aku terima semua ni sebab aku pasti Allah hanya ingin menguji sejauh mana kekuatan aku. Sekerinyanya hari esok aku telah mendapat kekuatan, akan aku kongsikan cerita tersebut. Bukan untuk meminta simpati tetapi sekadar meluahkan yang terbuku dihati. Tapi yang pastinya, keputusan yang aku ambil adalah tetap. There's no turning back. Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata? Badan binasa. Walaupun aku manusia biasa, tetapi aku juga punya perasaan. Tidak guna meminta maaf sekiranya kesilapan yang sama kerap diulang.
"Buat apa ada polis sekiranya minta maaf itu berguna?"
Bulan Disember 2008 adalah bulan yg paling mencabar dalam hidup aku.
Pelbagai dugaan telah aku lalui.
Dan pd bulan ini juga aku telah membawa diri.
p/s: no bitter no sweet

2X Azam

Hari ni sudah 29 Zulhijjah 1429H. Tak lama lagi 1 Muharram 1430H.
Hari ni 27 Disember 2008. Tak lama lagi 1 Januari 2009.
(tak lama lagi jugak Tahun Baru Cina. ada kaitan ke?)

So, ada dua azam. Pertama untuk tahun Baru Islam 1430 H dan kedua untuk tahun baru 2009.



Azam Tahun Baru Islam 1430 H
  1. Menjadi hamba Allah yang bertakwa yang berguna kepada agama dan bangsa.
  2. Menjadi anak yang solehah dan patuh kepada orang tua.
  3. Nak Khatam Quran lagi tahun ni.
  4. Kalau diberi kesihatan yang baik, nak perbanyakkan ibadat puasa.
  5. Elakkan sifat mazmumah seperti boros, penipu, dll (kawan syaitan oo..tanak aku jadi kawan syaitan).

Azam Tahun Baru 2009
  1. Menjadi manusia yang berguna kepada negara (tanak jadi sampah masyarakat).
  2. Dengar kata mak bapak and ubah perangai (aku ni suka melawan sikit n suka loyar buruk ngan diorang).
  3. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (komik Shin Chan, Naruto, Doremon) sebaliknya banyakkan membaca bahan yang berfaedah (cth: Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga dll).
  4. Nak pergi exercise class. Tapi rasanya better buat sendiri kat rumah .Tak payah membazir duit nak bayar fee.
  5. Kena rajin simpan duit jangan tau buang duit je.
  6. Tingkatkan usaha supaya apa yang dirancang dapat dicapai.
  7. Semua azam di atas dilaksanakan (jangan main cakap je..)
Kepada semua umat Islam, jangan lupa membaca doa akhir dan awal tahun pada hari Ahad nanti sebab Isnin kita dah menyambut 1 Muharram 1430H (aku pun kena buat juga jgn ingatkan org je..ngee). Marilah sama-sama mengimarahkan kedatangan tahun baru. Jangan tahu nak celebrate new year je. Maal Hijrah tanak sambut. Sepatutnya masa ni lah kita kena sambut sebab masa inilah Nabi dan sekalian umat Islam telah berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aku bukannya nak kata aku baik atau nak tunjuk aku ni baik. Semua manusia pun ada kelemahan masing-masing. Tapi kalau kita tak berusaha nak perbaiki kelemahan kita, sampai bila-bila pun kita berada di takuk yang sama. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru.


Serius gila aku tulis.
Macam tak percaya pulak.
HEHEHEHE
Comel kan Linie ni..

Aku Nak Tangkap Polis

Aku cukup benci dengan perkataan rasuah. Tak kira la rasuah politik ke, tak politik ke, semua aku benci (ops, aku pun tak suka bincang pasal politik sebab nanti kepala aku pening lalat. Aku lagi suka bincang pasal rasuah). So, aku tanak cerita pasal politik tapi aku nak cerita pasal rasuah ni. Sebelum ni pun aku ada buat entri pasal rasuah ni. Tapi aku masih tak puas hati . Aku memang benci betullah pada orang meminta dan menerima rasuah ni. Yang memberi tu aku akan benci mengikut faktor mengapa dia memberi rasuah. (Tahu tak, memberi lebih baik dari menerima..tapi pepatah ni tak boleh guna pakai dalam konsep rasuah).

Orang yang memberi rasuah ni terdiri daripada 2 kategori:
  1. Memberi rasuah dalam keadaan terpaksa.
  2. Memberi rasuah secara suka-suka untuk mendapat kepentingan peribadi.
Tahu tak? Gejala rasuah ni telah berlaku sejak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi dan memang tidak dapat dibendung oleh baginda. Malah, gejala ni semakin menular pulak pada zaman sekarang, sejenis penyakit yang rasanya sukar untuk dibendung dan diubati. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri."
Orang yang menerima rasuah ni boleh dikatakan manusia yang tamak, yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku kepada keadaan sekeliling. Bukankah akan memalukan bangsanya sendiri, agamanya sendiri serta negaranya sendiri. Tak paham betul. Selalunya orang yang menerima rasuah ni adalah dari golongan atasan yang mempunyai pendapatan tetap yang terlebih mampu menampung kehidupan seharian. Tak lupa juga kepada golongan bawahan yang mempunyai pendapatan sederhana tetapi menjalani kehidupan seharian yang sederhana (pun nak juga minta rasuah). Kau orang nak ke bagi anak bini makan hasil duit haram. Habis keturunan pun tak hilang dalam darah daging tau tak. Rasulullah pernah berpesan kepada sahabatNya Muaz:
"Wahai Muaz, jauhilah hidup kamu daripada keadaan serba mewah kerana hamba Allah yang setia bukanlah begitu sifatnya."
Undang-undang. Macam-macam undang-undang aku tengok digubal semata-mata nak membanteras gejala sindrom nih. Tapi masih juga tak serik-serik. Malah makin ligat ada.

Sekarang ni, kalaulah aku diberi peluang berkerja dengan Badan Pencegah Rasuah, memang aku nak hapuskan gejala nih habis-habisan. Mana-mana pol*s yang minta rasuah pun aku nak tangkap, tak kiralah siapa kau. Pangkat tinggi ke, rendah ke semua aku nak cekup. Especially yang aku pernah cerita dalam entry ni. So, sesiapa yang pernah main rasuah, beware lah kalau satu hari nanti aku jadi Pegawai Pencegah Rasuah. HAHAHAHAHAHAHA.
"Aku sudah mengangkat seorang pegawai untuk satu pekerjaan. Sesudah dia bertugas, ada pula hak untuk negara dan hak untuk dirinya. Andainya dia duduk di rumah ibu bapanya dia akan mendapat hadiahkah sekiranya dia jujur? Janganlah kamu mengambil sesuatu yang bukan hak kamu supaya kamu tidak diseksa kerana wang atau pemberian itu di hari akhirat kelak."



**Aku tak pernah pasang cita-cita pun nak jadi pegawai BPR.
Ntah mcm mana boleh teringin nak jadi one of them.
Best kot tangkap2 orang yang gila duit nih.
Aku punya label for this entry is geram.
Tak bleh bla..
HAHA
credit to BH utk semua hadis & pesanan di atas.

cuti umum

..HARI INI CUTI UMUM..
..SO AKU PUN CUTI JUGAK BUAT BLOG..
..UMUM LAH KATAKAN..
..ADA KENDURI KAWEN HARI NI..
..JIRAN LAMA..
..NAK PEGI MAKAN FREE..
..KEJAP LAGI..
..KEPADA YG BERAGAMA KRISTIAN..
..PERCAYALAH SGT DGN SANTA PENIPU TU..
..SAMBUT AIDILFITRI LG BEST..HEHE
..SLMT HARI NATAL LAH KPD YG MENYAMBUT..
..DAN SLMT TAHUN BARU..

Kalaulah....

Align CenterSebenarnya aku teringin menjadi seperti bos aku
(bukan menjadi diri bos tetapi berpangkat bos).
Tapi kenapa?
Sebab kerja dia sangatlah senang aku rasa.
Tiap-tiap bulan pun boleh dapat duit riban-riban.
Aku suka bila dengar pasal duit.
Duit dengan aku memang tak dapat dipisahkan.
Kerja bos aku kat opis senang je.
Kejap.. Kat meja dia hanya ada sekeping laptop dan seekor mouse.
Tapi sangat bersepah.
Okeh.
Kerja dia macam ni.
Setiap hari ikut suka hati dia nak datang opis pukul berapa.
Selalunya pukul 10 ke atas.
Sesampai di opis, dia akan membuka laptop dia yang sekeping, sambil memegang seekor tikus.
Kemudian, kedengaran bunyi tikus tersebut berbunyi secara laju-laju dari meja aku yang tak berapa jauh.
Main game FEEDING FRENZY dan yang seangkatan dengannya.
Hari-hari macam tu.
Dan aku jadi supplier game beliau.
Hari-hari.
Memang macam tu.
Sangat senang.
Bila lapar, keluar dengan client.
Pergi minum. Pergi makan.
Sangat senang lagi.
Cukup bulan duit masuk.
Memang masyuk.
Tak payah buntangkan mata besar-besar nak baca segala benda dekat dokumen segala.
Memeningkan.
Dan dapat gaji ciput.
Kalaulah aku boleh jadi seperti bos aku.
Dah, tamatkan angan-angan sekarang.

SAKIT LUTUT

Segala sendi yang terdapat dibadan terasa sakit.
Terutama di bahagian lutut.
Padahal air cond berada pada suhu bilik yang tak berapa bilik sangat la.
Sejuk juga.
Siap pakai sweater semua.
Semalam keluar makan.
Lepas tu shopping sekejap.
Pun terasa macam berjalan lama sangat.
Kaki semua sakit, dengan mulut sekali.
(aik? jalan pakai mulut ke?)
Padahal sebelum ni takda pernah kesah pun kalau berjalan dari pagi sampai malam.
Malah bole buat part-time tolong buka dan tutup Mid Valley dan segala SC di KL.
Tapi tu dulu.
Sekarang dah kurangkan aktiviti menghabiskan duit.
Sebab dah tahu, betapa susahnya nak mencari duit sendiri.
Sebelum ni menghabiskan duit mak bapak sahaja.
Naseb sempat merasai keinsafan.
Sendi di tangan pun sakit juga.
Sebab banyak main game.
(kat rumah bukan kat opis)
Mata pun sakit.
Tapi hati takda sakit.
Bunga-bunga malah.
Sekian.
Nak sambung buat kerja.
Sebab nak jadi pekerja contoh.
Sekian buat kali kedua.

CHA-YA-NUN-ALIF

SAKIT HATI!

Perkataan yang berlegar-legar kat kepala otak sekarang. Hangin satu badan aku bila minta payment dekat customer, dia boleh kata macam ni,
" I did not received any invoice or insurance cover note. Please take note. Please co all the necessary before chasing payment. Thank you."
Amboi-amboi, sesedap mulut je kau cakap aku tak de faks cover note. Yang aku faks sampai tiga empat puloh kali tu ape? Tu yang aku benci betul bila berurusan dengan manusia yang banyak kerenah macam cha-ya-nun-alif ni.. Dah la, duduk kat ceruk Selangor sana, nak faks punyalah mahal. Nak suruh buat payment pun susah. Nak suruh issue CV bukan main paksa-paksa lagi. Benci betul aku dengan manusia macam ni. Setiap kali salesman dia datang office, memang aku buat muka tempe kat depan dia sebab aku menyampah, dan dia suka menyusahkan aku. Even bos aku pun xde suruh macam-macam. Bukan kau yang bayar gaji aku, so jangan nak perintah aku macam aku ni kuli batak kau.

Argh!!!! Bencilah, pagi-pagi dah suka merosakkan mood kerja aku.. Dah la jerawat banyak naik kat muka (ada kaitan kah?).


#Angin dah masuk dalam perut sampai rasa macam nak muntah.

MENGINTAI DARI TIRAI...

Hari ni aku tak online. Sekarang mungkin aku tengah buat kerja-kerja tak berfaedah kat rumah. Contohnya, aku sangat suka menyumbangkan suara yang tak sedap ni dengan menyanyikan lagu-lagu rock kapak yang tak sesuai sungguh dengan suara aku yang lemak cili api ni. Kata jiwa rock, jadi kenalah nyanyi lagu rock.

Sebenarnya bukan tu tujuan aku nak buat post kali ni. Lagi-lagi yang auto publish. Tak de kejenye melainkan kat opis yang selalu je tak banyak kerja. Jangan tanya aku kerja buat apa, nanti korang jealous. Okeh, sebenarnya aku nak bagitahu yang ini merupakan entri merepek aku yang ke-100. Yeah! Terimas-terimas kepada kawan-kawan sekalian yang telah menyokong aku samada dari depan mahupun belakang (entah pape).

Segala komen dari korang, pandangan atau kata-kata menusuk kalbu akan tetap aku kenang sampai bila-bila. Tanpa kalian siapalah aku. *Tetibe teringat lagu Exist tajuk dia Mengintai Dari Tirai Kamar.* Aku akan tetap tulis blog selagi hayat internet masih ada. Aku akan tetap tulis blog walaupun ada orang benci dengan blog aku. Aku akan tulis blog walaupun tak ada orang nak baca. Kesimpulannya, aku akan tetap tulis blog walau apa keadaan sekali pun. HAHAHAHA.

Tak lupa juga kepada follower aku, terima kasih la sebab sudi ikut ajaran merepek ni walaupun ada 6 orang je. Ingat nak bagi hadiah la, tapi paham-paham la dah akhir bulan. Tengok nanti kalau tetibe aku buang tebiat minta alamat kat korang, maknanya adalah benda aku nak bagi tu. HAHA. SO, doalah aku buang tebiat yek. Last, but not least....



AT-10-TION

Perhatian ye, sila ambil perhatian..

Sesiapa dpat capture nombor 1111 kat counter bawah side kanan, sila kasi tahu sama saya beserta dengan bukti ya. Mungkin ada sesuatu menanti anda.. HAHAHA (gelak orang kaya).

PANGGILAN LUCAH

Kegiatan penuh excited makin rancak dilakukan. Dan aku pun turut rasa seperti tidak sabar mahu berkahwin. Eceh. Pigirah mabuk, masak pun tak pandai ada hati nak kawen. Esok laki kau makan batu rebus je la. Mak aku suka cakap macam tu. Walaupun kedengaran agak 'laser' tapi aku tau, dia sekadar mengingatkan aku.

Bila sibuk buat persediaan orang lain kawen ni, tetiba aku teringat pulak dulu masa kenduri kawen kat rumah nenek aku. Masa tu aku darjah 4. Budak-budak lagi kan, seronok abes la jumpa sepupu-sepapat. Dah la adik beradik mak aku ramai, 13 orang tau, semua balik time tu. Memang penuh macam rumah pelarian ada keadaan rumah nenek aku time tu. Naseblah rumah nenek aku tu dua tingkat, and ada 8 bilik. Tak termasuk bilik air la, kalau masuk bilik air dengan bilik termenung ada 12 buah bilik semuanya. Time-time mcm ni, kitorang tak payah sibuk-sibuk mintak tolong orang uruskan majlis, kalau kat johor panggil orang rewang. Tak payah! Sebab semuanya ahli keluarga kitorang yang buat sendiri. Kata ramai kan?

Tapi, part yang aku paling tak boleh lupa masa tu adalah panggilan misteri yang kitorang terima beberapa hari sebelum kenduri dilangsungkan. Boleh dikatakan hampir semua ahli keluarga aku terkena panggilan misteri tu kecuali aku sorang. Pergh, memang nasib aku baik. Aku tak tahula, apa yang pemanggil misteri tu dapat dengan membuat panggilan sebegitu lucah, tapi family kitorg memang cukup bengang. Setiap kali telefon bunyi, semua fobia nak angkat. Tak silap masa tu no telefon rumah nenek aku adalah 07-455415 (try la telefon mana tau dapat awek sekilo) kot. Konfem sekarang dah tak wujud no ni. Korang nak tau, apa yang pemanggil misteri tu cakap? HAHAHAHA. Dia cakap dalam nada berbisik tau, macam berbisik dlam kelambu gitu.
"Hello, jom kita r*m*n"
Gila pe, tak kiralah yang angkat telefon tu lelaki ke perempuan ke, semua kena. Sengal betul, kalau dah desperate sangat bukan mcm ni caranya. Ntah apa-apalah manusia ni. And satu masa tu, pak cik aku pulak yang terkena, pastu pak cik aku siap menyamar jadi polis. Bila angkat telefon je dia jawab:
"Hello, balai polis batu pahat, boleh saya bantu?"
HAHAHA. Klaka pun ada aku rasa. Boleh pulak rumah nenek aku jadi balai polis. HAHAHAHA. Sampai sekarang kalau kitorang cerita balik pasal benda ni, mesti kitorang tergelak sebab semua terkena kecuali aku sorang. Bangga, tak dicabul lagi kehormatan walaupun melalui telefon. Ngee, sengal.

Dah la, tamat.

Warkah untuk Diary #04

Rabu, 17 Disember 2008


Dairy sayang.
Saya penat sangat.
Pergi shopping dengan 'bakal tunang'.
*saya tipu seorang manusia yang saya pergi membeli hantaran tunang bersama bakal tunang*
Jahat tak saya.
I need some time.
Yeah.
So right now i don't need some-one.
Kamu fahamkan diary.
Baru saja sampai rumah ni, tapi saya tak sabar nak cerita dengan kamu diary.
Saya excited membeli barang hantaran macam saya pulak yang hendak kawen.
Seronok sampai tak tahu nak cakap macam mana.
2 jam lebih kami shopping tapi rasa sekejap je.
Tu pun sebab kedai dah hampir tutup.
So dairy, saya nak tidurlah.
Saya penat.
Tomorrow i tell you some other stories okay.
Muaxx, love u.





10.56 pm
On my bed
saya rindu bolster saya.

ADAKAH MASIH?

Rasanya macam dah lama tak menulis semacam poyo-poyo. Ye la, asyik tulis dairy je. Pagi ni saya sungguh ceria. Ya, mulakan hari dengan sebuah keceriaan. Macam memulakan hidup baru. Tapi a bit sedih la, sebab terpandangkan beberapa 'mayat' yang bergelimpangan.

Yes, mayat. Mayat tersebut adalah mayat haiwan yang telah dilanggar oleh sebentuk benda ciptaan manusia yang keras, diperbuat daripada besi dan boleh bergerak. Kereta dan lorilah. Walaupun saya mengaku, saya bukanlah seorang manusia yang menggemari haiwan seperti kucing, tapi saya cukup kasihan apabila melihat makhluk tuhan paling seksi tersebut dilanggar dan dilenyek di atas jalan raya. Sangat sadis sehingga menitiskan air mata. Sebelum pergi breakfast tadi saya terpandang seekor anak kucing yang sangat comel berbulu putih bersih telah dilanggar. Kesian sangat. Dan lepas breakfast pula, saya terlihat bangkai seekor anjing yang mungkin telah dilanggar oleh sebuah trailer barangkali. Pun sangat sadis. Terburai segala isi perut dan saat tu saya rasa seperti ingin termuntah. Ya, kalau kereta memang tidak akan melanggar anjing tersebut sebab anjing adalah besar untuk dilanggar oleh sebuah kereta. Kalau langgar pun mesti boleh terbabas saya rasa.

Kemudian, semalam saya telah melompat ke satu blog ni. Saya lihat blog tersebut sudah lama tidak di update. Last post mungkin bulan Oktober kalau tak silap. Bila saya baca mesej-mesej di cbox beliau, rupa-rupanya pemilik blog tersebut telah pergi menghadap Ilahi pada bulan Oktober iaitu pada 20 hb. Saya baca blog kawan-kawan arwah, sangat sedih. Pun saya menitiskan air mata secara tidak sedar. Arwah adalah seorang remaja yang berusia 20 tahun, dan meninggal kerana menghidap penyakit lung cancer kalau tak silap saya.

Tiba-tiba saya terfikir. Macam mana pula kalau satu hari nanti saya pula yang pergi menghadap Ilahi. Adakah kawan-kawan diblog saya masih akan melawat blog saya? Sanggupkah keluarga saya membaca blog saya sedangkan pada masa tersebut saya sudah tiada lagi. Oh Tuhan, Kau tolonglah panjangkan umurku supaya aku dapat menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Siapa yang akan men'delete' blog saya kalau tiada seorang pun yang tahu password saya? Tidak, tidak. Saya tidak bersedia untuk menghadapi semua itu. Tapi, itu semua ketentuan Allah. Mungkin kita dilihat mempunyai kesihatan yang baik, tapi siapa tahu esok atau lusa mungkin kita didapati tidak lagi wujud di dunia ini. Oh, sungguh menginsafkan saya. Saya dah tak tahan nak nangis kalau cakap pasal mati ni, sebab saya sangat takut kehilangan orang yang saya sayang terutama emak saya.

Okay, tamat dah.



semalam saya telah menipu kepada seorang manusia yg mmg saya tak kenal
dari mana dia dapat no. phone saya pun saya tak tahu
tapi yg pasti dia sangat mencurigai setiap kejujuran yang saya lakukan
semuanya tak kena
kenapa dia nak persoalkan sedangkan kami tidak kenal pun
saya memang tak suka orang mcm tu terutama sekali pabila dia seorg lelaki
so saya tipu dia smlm sy shopping
and the worst part is
saya shopping bersama bakal tunang saya
padahal sy shopping bersama mummy
beli brg utk kakak sy kawen
tipu utk kebaikan diri sndiri
saya rs tak mengapa
apa pndapat anda?

TERIMAS...

Received this from Tera..Thanx a lot!


Warkah untuk Diary #03

Selasa, 16 Disember 2008

No pain no gain.
That's what i'm thinking.

Dairy kesayangan.
Hari ni aku overdose happy dan overdose excited juga.
My sis akan kawen next year.
Huuuuuuu.
Gembira tak terkata macam saya yang akan kawen pula.
I'm happy for her.
At last, kawen juga setelah berkawan hampir 5 tahun i think.
She asked me and mummy to list down few things yang penting untuk hantaran.
Wow! Sangat excited.
Sampaikan during office hour tadi pun saya dan mummy have some chit-chat about the preparations.
Overkan.
Seriusly, saya sangat tak sabar.
And kami akan pergi ke kedai yang menyediakan barang-barang keperluan perkahwinan esok hari.
Yeah (dalam nada excited).


Till then.

9.16 pm
Ruang udara bilik yang penuh dengan udara gembira

Warkah untuk Diary #02

Isnin, 15 Disember 2008

Am i that bad?
Saya moody tak tentu pasal, tapi saya tetap happy.
Saya layan dia dengan teruk sebab saya rasa, he deserves that.
What u give, u get back.
Yeah, saya seorang pendendam.
Biar apa orang nak kata.
Tapi dendam saya hanya sekejap.
Sebab saya mudah memaafkan orang.
Saya bangga dengan diri saya.
Saya mampu pertahankan hak saya.
Itu sudah memadai.
Dairy, saya sayang kamu.
Kamulah teman saya.
Sekarang, saya percaya, masa depan yang cerah sedang menanti saya.
Yeah, saya akan mencuba kearah itu.
To be a better person for the person that i love.
My family lah of course.
Saya tahu mereka tidak akan mensia-siakan saya sepertimana yang dilakukan oleh insan itu.
Jangan persia-siakan family, ingatan pada diri saya.


9.20 pm

Lepas makan pisang

TAK SUKA SUDAH

Nak mintak tolong sikit kepada insan-insan tertentu. Janganlah nak kutuk-kutuk blog orang. Tak baik. Biarlah aku nak tulis apa pun kat blog aku. Blog aku, aku punya sukalah. Nak tulis itu ke ini ke. Kau tak suka baca blog aku tak payah la baca. Aku tak paksa pun orang baca blog aku. And takkan pernah memaksa. Terpulang, nak baca, kau bacalah. Tak nak baca kau takda rugi apa and aku pun takda untung apa-apa. So, please. Stop being annoying. Kebencian kau takkan pernah membuat aku berhenti menulis blog.

Okeh, sekian.

Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Tag..Tig..Tug..Tog..Teg..

Does he or she have a boyfriend/girlfriend?
Mestilah, senang cakap life partner.

How old is the person?
I think, it's 53. Quite old rite?

Has he/she ever cooked for you?
Always when i asked him/her to cook.

Is this person older than you?
Mestilah, takkan lah saya yang lebih tua.

Have you ever kissed this person?
Selalu juga, dipipi. Saya suka buat orang lain cemburu.

Are you really close to him/her?
Sangat close. Tiada apa yang dapat memisahkan kami melainkan maut.

How many times do you talk to this person in a week?
Kalau saya rajin saya call selalu or sms. Tapi, every weekend saya akan jumpa dia.

Do you think that person will repost this?
Tidak barangkali, sebab dia tiada blog. Baca pun jauh sekali.

Could you live with this person?
Yes. I'm all his/hers.

Why did you choose this person?
Because i can't live without him/her.

How long have you known this person?
Seumur hidup saya senang cakap.

Have you ever been to the mall with this person?
Yup, tapi dia sangat tidak suka bersosial di mana-mana mall melainkan ada keperluan untuk dibeli. Maklumlah usia dah meningkat. Tapi, kami selalu ke pasar bersama.

Have you ever had a sleepover with this person?
Sleepover? Yes. Over sleep pun pernah. Ops.

If you ever moved away would you miss this person?
Sure! Saya boleh mati kalau dia lupakan saya.

Have you ever done something really stupid or illegal with this person?
Saya pernah lukakan hati dia. Tapi saya akan minta maaf balik.

Do you know everything about this person?
Of coure i do, kami berkongsi suka dan duka bersama.

Would you date this person's siblings?
HAHA. Tidak sama sekali. Gila ape?

Have you ever made something with this person?
Yup, kami ........

Have you ever worn this person’s clothes?
Pernah, bila saya rasa rindu sangat sampai tak terkata.

Have you and your person made up a hand shake?
Sangat selalu especially bila kami bertemu. Bukan setakat shake, saya akan cium tangan dia.

If it was “freaky friday” would you switch bodies with this person?
Em, saya bangga menjadi diri saya dan saya bangga mempunyai dia. So?

Have you ever heard this person sing?
Kami selalu menyanyi bersama.

Do you and this person have a saying?
Emm...

Do you know this persons f'ster password?
Tiada f'ster. Umur sudah meningkat dewasa, untuk apa?

Have you and this person ever gotten into a fight?
Gaduh secara emosi barangkali ada.

Have you and this person gone clubbing?
Tak payah ke club untuk clubbing, hanya boleh dilakukan dirumah apabila orang dewasa tiada.

Do you know how to make this person feel happy?
Yeah, of course i do.

Do you and this person talk a lot?
Yup. Especially when we cook together.

Do you like this person?
Like a lot. Sampai tak terkata.

Do you want to go out with this person?
Yeah, beli barang-barang keperluan. Yang lain, tidak tahu lagi.

Do you want to be friends with he or she forever?
Sampai mati.

Who is this person?
Of course lah, she's my mom. Kau ingat aku ni ape?


*Tiada orang lain yang bermain difikiran saya sekarang ini melainkan emak saya sebab saya sayang dia infiniti.

Warkah untuk Diary #01

Ahad, 14 Disember 2008

Saya sangat buntu.
Saya tak tahu macam mana nak explain kat dia yang saya dah tak ada rasa apa-apa lagi pada dia.
Bukan saya yang minta.
Dia yang paksa supaya saya buat mcm ni.
Dia juga yang cakap yang dia hanya anggap saya sebagai kawan.
Tapi masa tu saya rasa saya sebenarnya dah mula suka pada dia.
Tapi bila dia cakap macam tu, saya terima seadanya.
Tapi bila saya dah redha yang hubungan kami ni hanyalah kawan, dia datang lagi dan lagi.
Dan merayu seolah-olah saya ni bukan manusia.
Dia ingat saya ni apa?
Bola ke, senang-senang nak tendang saya ke sana ke mari.
Simpan saya bila diperlukan, bila rasa tak perlu, tendang saya jauh-jauh.
Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan.
Dan saya juga mempunyai perasaan.
Saya dah buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.
Hakikatnya saya tak suka bila dipaksa itu dan ini.
Dan saya cukup tak suka manusia yang tak paham-paham apa yang saya makdsudkan.
Saya rasa macam nak benci dia, tapi saya tahu itu perkara tak baik.
Sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya apatah lagi saya yang hanya manusia yang hina.
Maaflah, saya memang tidak boleh terima dia lagi dalam hidup saya.
Sorry to say, i have to do what i have to do.
Dia pun pernah cakap, carilah someone yang lebih memahami diri saya.

Sekarang, saya pula nak cakap, awak carilah someone yang boleh penuhi segala kemahuan dan kehendak awak.
Yang betul-betul memahami awak.
Saya bukan perempuan seperti yang awak sangkakan.
Saya ada maruah, saya ada keluarga dan saya ada iman.
Saya tak mahu lagi dengar semua pujuk rayu awak, sebab saya rasa semua tu dah basi.
So, please, i'm begging you. Tolong faham prinsip saya.

Kalaulah saya ada kekuatan untuk berkata-kata seperti itu kepada dia.
Hakikatnya, dia takkan pernah faham apa yang saya kata kerana dia suka mendesak saya.
Dairy, hanya pada kamu saya mampu berkata-kata.



8.43 malam
Kamar tidur yang dingin

Yup, Another Tag!

Di tag oleh Wai. Thanx la sebab tag gue (tak ikhlas, huu). So, bacalah. Iqra'. Ngee~ Tanak baca pun takpa.

1. Sesiapa yang kena tag, 10 sesuatu berkenaan orang yang men'tag' dia.

  • nama dia Wai
  • tak kenal sangat
  • tau nama dia wai je
  • wai lah
  • rambut dia kaler itam
  • blogger
  • bukan perempuan
  • bukan budak sekolah
  • suka makan dia cakap (ntah la)
  • tak tahu nak tulis apa lg
2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.
  • nama bapak Abd Karim
  • no ic 860512-23-****
  • dah besar tapi suka kawan ngan budak2 pastu cari pasal
  • quite choosy
  • sangat takut menjadi gemuk
  • keras kepala (kepala saya mmg keras lah)
  • suka makan coklat sbb tu warna kulit terlebih coklat
  • independent, boleh survive sendiri
  • suka sgt pakai braces, smpai skrg rasa nak pakai lg..
  • ehem, saya SINGLE lagi..ngee~ (tp sgt playgirl)
At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
  • kamu yg sedang baca blog saya
  • kamulah siapa lagi
  • sesiapa nak buat pn dipersilakan
  • saya tak suka tag orang
  • _
  • _
  • _
  • _
  • _
  • _
Sekian. Terima kasih.

JIWA RASA GELORA...KASIH PADA....(lagu Saloma)

Kegelisahan hati serta keresahan jiwa semalam terjawab apabila mummy menelefon aku tepat pukul 5.25 ptg yang kebiasaannya dia sudahpun berada di perkarangan office aku pada waktu itu. Rupa-rupanya mummy ditimpa kemalangan, dan keadaan kereta sangat teruk. Mummt tidak apa-apa cuma a bit shock and saya pun perasan masa dia balik rumah muka dia pucat dan semacam nak menangis. Mananya tak terkejut kalau dah accident dengan lori. Nasiblah tak apa-apa. Kereta diseret oleh lori besar itu. Side mirror tak payah cakap, sebab macam dah tak wujud dah. Tersepit di bawah tangki minyak. Tayar depan pun pecah. Bumper depan pun, tak payah tanyalah keadaannya. Kalau bawa kereta kebal maybe tak apa-apa kot. Tu lah nasibnya kalau bawa kereta buatan Malaysia. Lori baru nak main senggol-senggol dah kemek sana, rabak sini. Macam-macam. HAHAHA (bukan niat nak kutuk kereta nasional, cuma bagi pandangan sahaja).

Apa? Number plate kete ape? Nak wat ape? Nak hentam nombor kot-kot kena lah tu. Sorilah beb, gua tak main hentam-hentam nombor ni. HARAM!. Nasiblah aku tak ada masa tu, kalau tak mau aku demam seminggu. Huh, trauma dan fobia. Bandar tempat aku tinggal ni bukanlah bandar yang besar sangat pun macam KL atau JB, tapi kesesakan tu pun kadang-kadang boleh dikatakan hampir serupa especially time-time puncak, orang balik kerja. Memang jam, rugi kalau tak beli roti. So, pengajarannya, berhati-hati dijalan raya. Tamat dah.


Timbul satu perasaan.
Malas nak ngadap blog sendiri.
Malas nak buat entry.

BAHAGIA YANG SEMENTARA

Jiwa saya sangat sibuk hari ni. Kesibukan di office pun tiada bandingnya. Serius memang sangat sibuk (jiwalah, kalau aku sibuk sangat dekat office mesti tak update blog kan?). 2008 hanya tinggal beberapa hari saja and aku pun dah start fikir macam-macam plan for next year. Bila tahun baru tiba, maka umur pun akan meningkat. Bila umur meningkat, usia semakin singkat (pe belit sangat ni).

Spastik up your life. Tu yang aku nak cakap sebenarnya. Sampai bila aku nak jadi kanak-kanak separa dewasa (sebenarnya orang dewasa yang keanak-anakan) yang kelihatan sedikit spatik apabila berada di dalam kelompoknya tersendiri. Spastik yang aku maksudkan bukanlah spastik yang cacat atau ang seangkatan dengannya. Spastik aku adalah lain, susah nak klasifikasikan macam mana. Sampai bila la aku nak macam ni. Jiwa memang tak matang langsung. Asyik pikir nak main je. Tak pernahnye serius.

Sebab tu lah aku cakap jiwa aku sibuk. Sibuk memikirkan masa depan. Ehem, masa depanlah. Mempunyai karier yang dapat menjamin kehidupan, mempunyai life and family yang bahagia, ehem lagi. Berjumpa dengan Mr. Right, lagilah ehem. Tu yang sibuk sangat jiwa nih. Pikiran masih tak matang, boleh pulak nak pikir macam-macam. Tapikan, tanpa angan-angan setiap impian dan cita-cita tu takkan dapat jadi kenyataan. Tapi kenalah disertakan dengan usaha. Kalau setakat berangan je tapi tak usaha, jawabnya sampai bilalah angan-angan tu takkan jadi kenyataan.

Sibuk betullah jiwa sejak kebelakangan nih. Sibuk sangat. Tapi semalam terasa bahagia sekejap. Tiba-tiba Mr. X telefon. Walaupun kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi, tapi tiba-tiba dapat rasa bahagia sekejap. Ehem, no hidden meanings okay! Ahhh, abaikan cerita ni.

Sebenarnya hari tu aku mengalami satu mimpi yang sangat pelik yang sungguh menakutkan aku. Sebelum masuk waktu Zohor, aku tidur sekejap sementara nak tunggu masuk waktu. Tapi aku tertidur lama samapi pukul 2 lebih pulak. Masa aku tidur tu tiba-tiba aku rasa macam susah sangat nak bernafas tapi otak aku masih lagi dapat berfungsi. Dalam erti kata lain aku sedar yang aku tengah mimpi time tu. Dah la susah bernafas, lepas tu satu badan aku tak boleh nak gerak and aku rasa badan aku jadi sejuk. Masa tu tak payah cakaplah, aku punya takut kalau-kalau aku mati masa tu sebab aku tak solat Zohor lagi. Dalam pada kejam tu, aku sempat mengucap dua kalimah syahadah, takut-takut aku betul-betul nak mati. Tapi, aku try jugak nak gerakkan badan aku, and still tak boleh. Yang boleh digerakkan cumalah jari kaki kanan sahaja. Aku pun cuba la gerakkan kaki tu, and at last aku dapat jugak bagun daripada mimpi yang aku rasa macam bukan mimpi tu. Nak kata aku kena tindih, so far kat rumah aku memang tak ada benda-benda macam tu. Tak pernah. Aku jadi cuak, cepat-cepat aku bangun, pergi mandi lepas tu aku terus solat Zohor. Cuak gila aku time tu. Cuak tau, amalan pun ciput je, kalau mati jawabnya lambatlah aku masuk syurga. HUHUHU.

Sampai sekarang aku rasa takut nak tidur kalau tak solat lagi. HUHU, tak nak pisang berbuah dua kali (aik?). Serius lah, bukan tipu punya. Tak de main-main kali ni.


pengalaman ngeri kena guna font kaler merah..
HUHU

ANGIN KENCANG DI WAKTU PAGI

Salam perpaduan dan salam ukhwah.
(hari ni nak bincang topik yang agak panas sikit, tu yang macam serius)

Serious Morning Conversation With My Aunt During Breakfast Just Now
(nak jugak try speaking London sesekali kan?)

Seekor polis MELAYU (anda akan faham kenapa saya menggelarkan manusia tersebut seekor setelah membaca sampai habis) semalam telah datang ke sebuah kedai pajak emas, dengan membawa seekor pemuda (pun anda akan faham kemudian) MELAYU kerana didakwa pemuda tersebut telah mempajak atau dalam erti kata lain menjual barang kemas yang telah dicuri dari individu malang. Peristiwa ini patut dijadikan teladan dan sempadan supaya gelaja kurang sehat dapat dikurangkan.

Aku bercakap dari sudut seorang manusia yang menginginkan kesempurnaan dan ketelusan dalam hidup tanpa mendatangkan masalah kepada manusia lain. Dan aku pun amat berharap, readers kat blog ni pun setuju dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Kalau tak setuju, terpulanglah. Tepuk dada, sakit tak? ( jangan tepuk kuat sangat) ---> TEPUK DADA, TANYA IMAN.

Okeh, berbalik kepada cerita seekor polis MELAYU dan seekor pemuda MELAYU tadi. Diharap anda semua dapat menahan perasaan marah dan cuba bersabar dengan apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini. Aku bukan nak menuding jari pada sesiapa, tetapi inilah hakikatnya yang perlu kita rakyat MALAYSIA hadapi.

Polis MELAYU tersebut telah membawa pemuda MELAYU yang didakwa mencuri, ke kedai pajak gadai untuk mencari bukti bahawa pemuda tersebut benar-benar telah menggadaikan barang kemas yang telah dicuri di kedai itu. Hakikatnya, pemuda MELAYU tersebut memang pernah menjual barang kemas yang telah dicuri di kedai tersebut tetapi tidak pada hari yang dinyatakan oleh pemuda itu. ( Dia cakap semalam, tapi sebenarnya kelmarin)

Polis MELAYU tersebut telah meminta izin untuk melihat rakaman CCTV yang terdapat di kedai emas tersebut bagi mengukuhkan bukti yan sedia ada supaya pemuda MELAYU itu boleh ditangkap. Setelah perbincangan serius di antara pemilik premis (kedai emas) dengan pihak polis (polis MELAYU tersebut), maka satu keputusan yang memihak kepada sebelah pihak telah pun diputuskan.

(Sebenarnya pemilik premis itu merupakan seorang Along tetapi bukan Along yang suka simbah cat kat rumah orang, kira Along yang baik sikit la)

Bagi menutup kes, mengelakkan pihak premis daripada turut disaman atau boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana membeli barang kemas yang telah dicuri, pihak polis tersebut telah bersetuju supaya tidak akan melibatkan pemilik premis tersebut dengan SYARAT. Ni yang tidak berapa sedap nak dengar.

(Sebenarnya, dekat kedai emas tu ada 2 LCD yang salah satunya baru saja dibeli dengan harga RM30ribu ++)

Syaratnya, pemilik premis tersebut dikehendaki memberikan LCD yang baru tersebut kepada pihak polis bagi menutup kes supaya tidak melibatkan pemilik premis. Aku geram betul kalau tiba bab rasuah merasuah ni. Cakap je " CEKAP, TELUS DAN AMANAH" tapi hampeh. Masalahnya yang buat tu adalah yang berpangkat rendah je (dalam erti kata lain gaji kecik). Tak payah la nak buat kerja macam ni, memalukan polis, memalukan bangsa. Aku cukup malu nak mengaku sebangsa. Apa punya perangai la macam b***. Sori, aku memang emo sikit kalau cakap pasal rasuah ni. Patutlah ramai polis yang perut buncit. Aku tak cakap semua, tapi majoriti yang suka main rasuah ni perut boncit.

Bila la diorang ni nak sedar. Sampai bila la nak buat kerja-kerja kotor. Yang mencuri tu pun satu. Pergilah cari kerja. Taunya mencuri je, tak de kerja lain. Fed up aku dengar cerita macam ni. Pagi-pagi lagi dah buat angin aku kencang. Baik-baik tadi sepoi-sepoi bahasa je. Cuba korang kabar sikit, cam ne nak buang sikap main rasuah di kalangan rakyat Malaysia ni kalau polis sendiri pun main rasuah?



Aku tadak niat nak memalukan POLIS.
Aku juga tadak niat nak malukan MELAYU.
Tapi aku cukup MALU nak mengaku orang seperti di atas sebagai manusia yang sebangsa dengan aku.
Sampai bila bangsa dan negara nak maju?
Kalau masih tak nak ubah tingkah dan laku.

CEMBURU TANDANYA....??

Ada manusia telah berperasaan iri hati dengan saya. Tidak pasal-pasal lah perasaan cemburu tersebut timbul. Apa yang hendak dicemburukan pun tidak tahu. Nak kata empunya diri ini mempunyai wang berjuta-juta...JAUH SEKALI.. Hendak kata empunya diri cantik...ehem, DEKAT SIKIT. Nak kata empunya diri ni tersangatlah pandai, MEMANG PANDAI PUN. Nak kata empunya diri bahagia, MEMANG BAHAGIA BERSAMA ANAK CUCU (dalam mimpi), nak kata empunya diri mempunyai teman lelaki yang hensem lagi kacak serta pandai dan kaya (over tau), MEMANG IBARAT LANGIT DAN BUMI LAH (saya single lagi kenapa nak cemburu). Ha, ape je yang ada pada aku yang membuatkan individu tersebut terasa TERcemburu, TERganggu. Sebab apa? Sebab blog saya OVER ke? Blog aku, aku punya sukalah kan?

Susah betul nak predict manusia ni. Jadi baik salah, jadi jahat lagilah salah. Tadak buat salah pun nak cemburu tak tentu pasal. Tak apalah, empunya diri di sini sedar dirinya siapa. (Blog aku comel sangat ke sampai ada orang nak cemburu buta macam aku rampas laki dia?) Nanti saya akan membuat supaya blog ini kelihatan buruk ya, sampai tak ada yang sudi nak menapak lagi (berani la nak suruh aku buat blog aku kelihatan buruk, sapa berani mai sini. HAHAHA).

Biarlah individu tersebut nak buat apa, yang penting aku bahagia je kat sini dengan kehadiran readers yang setia..(setia ke korang tunggu entry aku?) --->Tersangat perasan. Okeh, biarkan perasaan terperasan tu membelengu diri sekejap. DAA.

Yang cemburu biarkan pergi.
Yang sudi silalah nantikan entry.

ENTRY KORBAN

First of all (ceh, speaking london) aku nak ucap Selamat Hari Raya Korban. Em, aku balik gak kampung. Sana sini aku tengok masing-masing buat korban. Kat kampung aku je ada 4 ekor lembu yang dikorbankan.

Em, sempena musim korban ni, nak tanya sikit. Apa yang korang dah korbankan (cakap macam bagus je). Yela, sesiapa yang berkemampuan dah pun menunaikan tanggungjawab dengan melaksanakan ibadah korban tersebut. Bagi sesiapa yang belum mampu untuk berkorban ni, apa pengorbanan yang sebenarnya yang kita dah buat?

Aku sendiri pun dah melakukan pengorbanan pada musim korban nih. Korban yang pertama, aku korbankan masa aku tolong mak aku potong daging lembu yang sebanyak 4kg tu untuk membuat satay. Semalam kitorang satu family bakar satay. Sedap tol. Siang-siang aku dah sound mak aku, tahun depan tak yah susah-susah nak pikir masak apa kalau dapat daging lembu, buat satay je senang. Sedap pun ye jugak.

Selain mengorbankan masa aku memotong daging, aku juga mengorbankan masa aku membuat kek coklat yang ditempah oleh manusia yang dah ketagih dengan kek coklat buatan tangan aku nih. HAHAHA. Penat gila, balik-balik kerja je dah kena buat kek. Tak yah cakap la dia punya letih.

Dan, pada aku, pengorbanan yang paling besar yang aku dah buat tahun ni adalah mengorbankan mahkota kesayangan aku yang aku dah jaga sejak sekian lama. Haaaa, jangan pikir lain lak. Mahkota yang aku maksudkan adalah rambut kesayangan aku lah. Sebelum ni, aku memang tak pernah berambut pendek, tapi disebabkan aku telah membuat niat untuk mengorbankan rambut aku yang dah panjang gila sampai jejak tanah tu (tipu sangat), maka aku pun telah memotong rambut tersebut dan kelihatan muka aku seperti budak-budak sekolah gitu (mak aku yang cakap, aku tak buat cerita). Sedih tu sedih la jugak, tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku mampu jugak korbankan rambut aku setelah ramai sangat orang yang dengki nak potong rambut aku kasik pendek (dengki n jealous dengan rambut aku).

Sekarang ni pun aku tengah buat pengorbanan jugak nih. Korban masa rehat aku, sebab nak update blog yang dah terbiar berapa hari nih. Korban jugak tuh. Lepas tu, aku kena korbankan pulak niat aku nak online sebab bos dah pesan, lepas siap kerja hari nih, dia suruh tutup internet atas sebab-sebab tertentu. Sebab tu aku boleh terima la sebab munasabah. WAAAAAA.

Em, apa pulak pengorbanan yang korang dah buat? (pesal aku cakap macam bagus sangat hari nih?? HAHA. Abaikan je lah)


#Sori, aku tak dapat nak merayap-rayap kat blog korang.
Aku sangat bz hari ni dan semalam.
Bila free aku skodeng bloh korang.


PENGUMUMAN SILA MINTA PERHATIAN..

Disebabkan aku telah merasakan kegilaan kuasa yang teramat, maka dengan ini, cbox kepunyaan aku telah pun dihapuskan..Oleh yang demikian, anda hanya boleh menjerit terpekik-pekik di ruangan shoutbox sahaja.
Shoutlah, jangan tidak shout!

JATUH CINTA PANDANG ..........

Sejak kali pertama aku terpandang wajah dia, jantungku berdegup dengan pantas sekali. Berdebar-debar rasanya. Aku tertanya-tanya adakah ini dinamakan cinta. Memang serius, laju nak mati jantung aku berdegup. Naik takut jugak aku. Pandang sekali, aku tak puas, aku pandang dua kali. Dah pandang dua kali pun tak puas-puas jugak. Aku pandang tiga kali. Gatal jugak aku nih. Nasib dia tak perasan.

Hari itu telah pn berlalu. Tapi aku masih lagi mengharap pada dia dengan harapan dia datang pada aku. Siapalah aku untuk pergi kepada dia. Duit aku pun tak lah sebanyak duit Mawi yang berkepuk-kepuk tu. Petik jari, 10 yang datang. Kalau aku petik jari, tak de siapa yang datang. Yang datang cuma abang kat gerai makan yang nak bagi bil. Cam siot je, ingat aku tadak duit ke?

Siang malam pagi petang, aku masih terbayang-bayang wajah dia. Serius, memang aku dah jatuh cinta pandang keberapa ntah. Aku sendiri pun tak ingat sebab aku dah banyak kali pandang dia. Nak usha mesti dia tak layan punya. So, aku pun simpan hajat, setiap bulan akan aku simpan duit dalam bank untuk pastikan yang satu hari nanti dia akan jadi milik aku. Aku tak peduli la orang nak cakap aku apa. Perigi cari timba ke, cari jodoh ke, aku dah tak peduli semua tu. Sebab yang aku tahu, aku hanya mahukan dia dan tak ada yang lain.

Aku bertambah cemburu bila lihat orang lain dampingi dia. Satu hari nanti, aku pasti, aku pun akan dapat dampingi dia setelah aku sunting dia jadi milik aku. Aku dh tak peduli apa orang nak kata. Mulut manusia memang susah nak tutup, baik aku tutup mulut tempayan. Lantaklah, janji aku layan. Tak sabar betul aku nak tunggu hari yang mana aku dapat dampingi dia ke hulu- ke hilir tanpa hiraukan perasaan orang lain sebab masa tu dia dah jadi milik aku. Nantikanlah saat dan ketika itu apabila aku dapat mendampingi ..........DIA. <---- KLIK KALAU NAK TENGOK MUKA DIA YANG AKU CANDID. HEHE. Aku lagi suka kalau dia pakai baju kaler hitam. NgeE~.

PERBUALAN ANTARA AKU DAN DIA

Selepas pulang dari kerja semalam, seperti biasa aku dan mummy akan terus memasak untuk makan malam kami. Actually mummy je yang masak, bukan aku. Aku menyebok je. HEHEHE. Disebabkan Hari Raya Aidil Adha bakal tiba tidak lama lagi (asal ayat aku skema semacam nih), mummy menyuruh aku membuatkan beliau 3 biji kek (gila kentang!) iaitu 2 biji kek coklat yang sedap lagi lemak berkrim dan satu biji (sebijilah) kek batik. Well, memang kepakaran aku membuat kek tak dapat disangkal lagi. HAHAHA. (angkat bakul nampak, pergi keluar sekarang!). HOHOHO. So, aku pun buatlah kek coklat petang semalam sebab kelmarin aku dah buat kek batik. Ikutilah dialog antara aku dan juga mummy.

[Watak utama : Ain atau *]
[Watak sampingan : Mummy atau -]
Ehem, nak jugak jadi watak utama. HAHA

- Timbang kalau kau nak ada dalam almari tepi sana.
* Kek ni tak yang pakai timbang, dia sukat pakai cawan.
- Ooo, senang la kalau cam tu.
* Ha'ah, memang senang pun. Sambil ketawa je.
- HAHAHA. (gelak besar nampak)
* Hari tu mak cakap, Kak Sima (my sister in law) buat kek ni tak berapa jadi. Tak naik.
- Tak naik? Abes dia pakai tepung apa?
* Dia cakap dia pakai tepung gandum la macam kat resipi, tapi tak jadi jugak. Orang cakap tepung kat kedai runcit tu kadang-kadang tepung lama. Tu yang tak berapa jadi kek tu.
- Abes kau buat kek pakai tepung apa?
* Tepung gandum jugak, tapi beli dekat kedai kek.
- Agaknya dia kena pakai teponggeng baru naik.
* HAHAHAHAHAHA.
- HAHAHAHAHAAHA.

Teponggeng? Mesti korang tak berapa nak paham la kan ape maksud perkataan tu. Family aku ni memang suka mereka-reka word baru yang memang orang susah nak paham kalau tak tahu perangai kitorang yang gila dan poyo nih. Perkataan teponggeng tu sebenarnya berasal daripada perkataan tertonggeng, tapi kitorang dah modified sket, so jadi cam best sikit bila dengar.

Pastu teringat lak masa zaman-zaman kat sekolah menengah dulu. Duduk ngan kawan-kawan. Pun banyak jugak istilah-istilah masa duduk kat asrama.
  • haruman serkop = harkop
  • lambat pikap = lampi
  • gempak namampos = gempos
Banyak lagi la sebenarnya, tapi tak berapa nak ingat la. Kalau korang ada jugak, share-share la. Kan sharing is caring. Ngee~



SAHABAT BAIK MIGRAIN

Sebelum saya merepek dengan lebih panjang, nak tanya sikit niih..*sok sek sok sek*. HAHAHA. Siapa yang ada pengalaman dengan penyakit migrain? Sila angkat tangan. Saya memerlukan perghtua dari anda sekalian kerana sejak akhir-akhir ni migrain telah menyerang saya secara berleluasa. Saya mula bersahabat baik dengan migrain ni sejak sekolah rendah lagi. Kalau tak silap darjah 5 kot ataupun darjah 6. Macam tu la lebih kurang. Masa tu kami baru kenal gitu-gitu je, takda la mesra sangat pun yang macam Bob AF selalu cakap tu *Mesra~~*. Geli jap. Okeh, abaikan. Proceed.

Start masuk sekolah menengah, saya dah mula jumpa kawan baru iaitu gastrik. Jadi migrain saya tinggalkan dan saya lupakan. Tak tau la dia merajuk ke, nak marah ke dengan saya, saya takda peduli sebab saya rasa macam ada chemistry pulak dengan gastrik. Tapi lama-lama saya rasa bosan dengan gastrik, so saya cari balik migrain. Masa jumpa migrain tu, punyalah hangin satu badan migrain. Sampai tak tahan saya dibuatnya. Maklumlah, lama tak jumpa kan. Lepas tu kami berkawan baik semula, tapi jarang jumpa la. Masing-masing ada tanggung jawab sendiri.

Sekarang nih, saya dah keep in touch balik dengan migrain dan juga gastrik Tapi gastrik tak pernah berkecil hati dengan saya sebabnya dia tak pernah mengganas secara tiba-tiba. Yang masalahnya sekarang ni adalah migrain. Dia cepat sangat cemburu lepas tu serang saya secara bertubi-tubi sampai saya tak tahu nak buat apa. And the problem is, migrain ni suka sangat serang hendap saya semasa saya di office sedang buat kerja. Sekarang pun dia tengah serang saya, tapi saya masih cool.

Untuk pengetahuan, saya memang tak pernah ambil pain killer or parasetamol segala bagai. Kalau sakit saya selalu tidur. Sekarang dia serang saya di office, takkan saya nak tidur. So, sesiapa yang ada tips and tricks.. Please do help me. Cuma jangan la memaksa dan mensuruh saya memakan parasetamol or segala ubat. Saya tak suka telah dadah tersebut.


*Point yang kaler biru sebenarnya tidak penting.
Kalau tak baca pun takpa.
Anda nak sakit hati sebab sudah terbaca, silakan.
HEHEHE

KESIAN ABANG SAYA

Hari ini adalah hari lahir abang saya yang ke-30. Saya nak amek kesempatan ni nak ucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Bila nak kawin nih? HAHAHA. Saya tahu dia tak baca blog saya sebab dia sangat sebok dengan bowling dia. Dia sangat hebat bermain bowling tau disamping pandai mengajar silat. Ehem. Promote abang sendiri nampak. HAHA. Takdak lah.

Saya nak berkongsi gambar ni dengan readers sekalian . This picture was taken last month if i'm not mistaken. Masa tu sesi membersihkan rumah arwah nenek saya, sebab banyak sangat harta karun zaman tok adam yang masih lagi tersimpan kat rumah. So, kami pun selongkarlah sekalian apa yang ada, dan terjumpa barang kemas yang tak berapa kemas peninggalan orang zaman dahulu kala. Ehem. Dan modelnya juga kami sediakan. Seorang lelaki yang 'keras' tetapi telah di make over menjadi ala-ala lembut gitu. Masa nak snap this picture pun saya tergelak sampai menitis air mata tak tahan melihat wajah sang model. Perut saya pun terasa seperti nak pecah cuma tak boleh guling-guling je.

Ditangan kiri model adalah cincin yang pernah dipakai oleh Firaun semasa pemerintahan beliau. Sesiapa yang nak membeli boleh didapati dengan harga yang murah. Rantai yang dipakai oleh model adalah rantai keluaran habibah jewels pada tahun 1876. Boleh juga diperolehi jika anda menginginkannya. Gelak lah kalau nak. Tapi jangan gelak suka sangat sebab takut nanti anda menangis pulak.

Saya tak da niat nak malukan abang saya.
Saya rasa gambar ini sangat comel sebab itu saya upload di blog saya.
Identiti model terpaksa saya rahsiakan dan wajah model terpaksa dikaburkan demi menjaga maruh model.
HEHE.. seriusly, saya rasa gambar ini sangat comel.
Anda bagaimana?

Tag

Disebabkan tidak mahu menghampakan seorang kenalan baru di blog ini, maka saya pun menjawablah tag yang telah diberikan oleh individu tersebut iaitu Tiha. Baca Tiha, jangan tak baca. Yang lain nak baca pun tak kesah. Lagi saya suka.. Saya suka kepada perkara yang membuatkan saya suka dan membuatkan orang lain suka. Belit-belit dah.


1) Pernahkah anda melihat pemandangan yang paling menarik sekali dan di manakah lokasinya?
Pernah, pertama sekali semasa di Paris iaitu pada tahun 2001 selepas saya PMR. Cantik sekali pemandangan di Eiffel Tower tersebut. Ngee~.

Yang kedua di Italy. Saya rindu sangat nak naik gondola tersebut. Sangat romantik i tell you. Nak pergi honeymoon kat sana lah. HAHA

Ada satu tempat tu, saya tak tahu di mana sebab ia muncul hanya dalam mimpi. Memang sangat cantik. Rasa macam dekat wonderland je (Alice in Wonderland).


Saya snap picture ini semalam semasa makan. Kami makan di gerai yang lokasinya terletak di seberang sungai. Di seberang yang lagi satu adalah kawasan kediaman nelayan. Nice. Sangat suka. Pemandangan matahari terbenam.


(klik gambar untuk pembesaran)


2) Pernahkah anda menikmati hidangan paling lazat sekali. Sebutkan dua sahaja?
Kueh Teow KungFu Free (orang belanja sebab tu sedap)

Makanan yang saya masak sebab saya takkan mengaku saya masak tak sedap walaupun memang tak sedap.

3) Pernahkah anda merasa terlalu sedih. sebutkan kenapa?
1. Semasa arwah nenek saya meninggal. Saya sangat sayang sama dia dan dia pun sangat sayang pada saya. Dia meninggal masa saya di asrama. Nasib saya sempat tatap wajah dia buat kali terakhir, cuma saya terkilan tak dapat minta ampun dan maaf daripada dia. Sampai sekarang, kalau saya teringatkan dia, saya akan menangis.

2. Rumah saya dilanda banjir yang sangat teruk sebanyak 2 kali pada tahun 2006 kalau tak silap. Saya sangat sedih sebab banyak barang saya yang musnah tapi saya redha sebab itu ujian Allah.
4) Pernahkah anda menyelam di dalam laut? sebutkan di mana?
Pernah, pada hari Jumaat bertarikh 30 Februari 1999. Lokasi di atas katil. Destinasi dalam mimpi di Pulau Pangkor.
5) Pernahkah anda mengalami situasi yang agak menyeramkan? ceritakan..
Yes, semasa menonton filem seram. Semua cerita hantu tak termasuk Puaka Niyang Rapik yang membuatkan saya tergelak.

Pernah mengalami kejadian misteri semasa di asrama tapi saya tetap cool.
6) Pernahkah anda meniru dalam peperiksaan?
Pernah memberi orang tiru semasa peperiksaan UPSR. Sangat baik hati kan saya? Dan individu yang meniru saya tu mendapat 3A 2B. HAHAHA.
7) Pernahkah anda menonton TV sehari suntuk?
Owh... kegemaran saya semasa di kampus. Sangat malas belajar dan sangat suka menonton TV sehingga lewat malam. Cerita apa yang saya tonton pun tidak tahu sebab kebanyakannya saya tonton sambil menutup mata.
8) Pernahkah anda window shopping dari 10 pagi hingga ke 10 malam? Bila dan di mana.
Sangat selalu buat semasa di kampus dulu apabila keluar dengan rakan-rakan. Sangat bersuka ria sampai terlupa tengok jam dah lewat malam.
9) Pernahkah anda menerima hadiah paling berharga? sebutkan tidak lebih dari 10.
  • Gelang emas pemberian emak kerana mendapat no. 1 dalam periksa (saya tetap rasa mahal walaupun orang nak cakap murah).
  • Kalkulator saintifik sebab dapat 8A dalam PMR and masa tu orang tak pakai lagi kalkulator tersebut tapi saya dah pakai (saya tetap rasa mahal sebab pak cik saya yang beri pada saya)
  • Jam tangan Quartz pemberian my-ex (saya tetap rasa mahal walaupun ada orang yang dapat jam Rolex dari bf dia)
  • Bunga ros 12 kuntum semasa konvokesyen saya daripada emak dan mak cik-mak cik kesayangan saya (walaupun harga dia murah tapi saya tetap rasa mahal sebab mereka yang beri)
  • dah la, malas nak tulis dah...
10) Pernahkan anda rasa diri dihargai? oleh siapa dan sebab apa.
Always. Keluarga saya membuatkan saya rasa diri saya dihargai kerana mereka menghargai saya seperti mana saya menghargai mereka. Hagrailah keluarga anda sementara mereka masih ada.
11) Pernahkah anda minum teh herba? sodap tak..sebutkan jenis herba..
Owh.. i do not like herbal tea. Bau dia kadang-kadang buat saya loya.



##Yang berwarna merah, situasi tersebut tidak pernah berlaku..
HEHEHEHE..
Jangan marah.


Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards