Semalam mood swing semacam sepanjang hari tapi telah diceriakan kembali oleh Kak Tiha yang tak jemu-jemu nak borak dengan saya. Everyday kitorang akan borak dan bergosip sakan, bercerita itu ini, masalah negara, perkauman, calon suami erk dan macam-macam. Saya rasa kami macam ada chemistry fizik, biologi sebab itu setiap kali kami berborak pasti akan berlumba-lumba untuk menaip. Ada saja cerita yang ingin dikongsikan walaupun tidak pernah bersua muka tetapi rasa macam dah kamceng sangat. Ceh, akak saya tengah bodek akak ni. Still boleh view ke blog saya guna musang berapi tu? Kalau tak boleh, try download latest version punya.
Memang ramai orang cakap, muka saya macam tak friendly langsung. Come on lah, tak kenal maka tak cinta. Try usha, silap-silap jatuh cinta dibuatnya..HAHA. Ok, kali ni aku tipu. Perenggan tak penting sangat
Sebelum itu saya nak tanya. Blog ni nampak macam blog orang putus tunang ke? Sedih sedih. Hari hari mengenangkan tunang yang telah lama terpisah. Maka, untuk memuaskan hati individu tersebut, terimahlah surat karangan saya yang kononnya sudah berputus tunang.
Kepada bekas tunang tersayang,
Abang apa khabar? Ucuk kat sini sihat Alhamdulillah. Tapi ucuk rindu sangat pada abang. Abang, macam mana kehidupan abang sekarang? Abang tak rindu pada ucuk lagi ke? Ucuk nak sangat kita balik macam dulu. Ucuk nak kita sambung balik pertunangan kita.
Kenapa abang minta putus? Lagi berapa jam je kita nak kawin. Lebih kurang 1,876 jam. Abang tak rasa ke apa yang ucuk rasa? Ucuk dapat bayangkan macam mana nanti bila kita sudah mendirikan rumah tangga. Ucuk lahirkan anak-anak yang cukup comel untuk abang. Sebab ucuk kan comel. Abang yang selalu cakap.
Kenapa abang sanggup tinggalkan ucuk semata-mata kerana Milah Kongkreng tu? Apa kurangnya Ucuk. Ucuk pandai masak, masak air la. Pandai mengemas, membasuh, menyanyi, berlakon, membebel. Semua Ucuk pandai. Milah tu, apa je yang dia tahu. Balik-balik jemur kain kat luar rumah pakai baju kebaya ketat warna merah dengan kain tersingkap sampai atas peha. Itu ke yang abang pandang?
Sampai hati abang buat Ucuk macam ni. Tapi takpa. Ucuk pasrah. Sekarang Ucuk dah terima lamaran dari Abang Joned. Ucuk tak kenal Joned tu sapa, tapi nama dia macam nama ayah abang. Mak yang uruskan semua. TInggal lagi beberapa jam je kami akan bernikah. Lebih kurang 945 jam. Tapi kalau ucuk bernikah dengan ayah abang pun ucuk redha. Sebab ayah abang lagi hensem dari abang. Dan ucuk dapat jadi emak tiri abang.
Selamat tinggal Abang JonasBrothersku sayang.
Ikhlas dari,
Ucuk mu sayang
Harap-harap orang yang mencari blog orang putus tunang tu berpuas hati dengan surat yang direka khas, dari Ucuk kepada Abang Jonas. Saja kasi font warna pink. Baru nampak romantik. HUHU. Letak wangi-wangi sikit. Old school style.
Surat ini direka semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang namanya terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam surat di atas, tidak kiralah nama betul atau nama samaran, saya minta maaf banyak-banyak. Nama itu je yang terlintas dikepala saya ketika itu. Tau jika anda ada request nak tukar nama, bolehlah emailkan kepada saya atau ym je terus. HEHE.
Melalut terlebih pulak. Nak pegi buat kerja. ..
tut..tut..tutttttttttt..
chop..hari ni boss puji saya cantik. Ehem ehem..HAHAHA
15 comments:
watak kita dpt kita tgk pada luahan kita pada blog kita
a.b
so, watak sy ni mcm mana?
boleh tolong telek tak en. ab..huhu
hehehe.klaka gile oke surat tuh!
Patut uchuk cakap, ayah abang lagi hensem, lagi KAYA dari abang..
Materialistik lak!
Ada2 je..
hhaaa;
gosip jer cik ain nieh~
sape kah yg pts tunang tuh
ngege~~
p/s : u mmg chantek la dear;
kalo bos puji lg u ckp jer "i mmg chantek, terima kasih"
hahhaa
anna
klaka eh? haha..sila la gelak..
ateh
haha.mcm nk letak..tp nnt nmpk materialistik sgt..ngeh3..
Jannah
gosip positif, bkn buruk2kn org..hehe..
xde sape yg putus tunang pn..saje je buat surat konon lawak..padahal tak pon..
p/s: ish, thanx..malu da neyh..blushing
tengah gelak ni. sambung gelak semalam :PP
anna
aik..xabes gelak lg ke? hehe..xpe2 nnt sy buat cite klaka lg eh?hahaha
lawak sengal nyer surat...
ahahhaha...bagus dik...kamoo telah wat akak ketawa guling2 di opis...walaupun keje tgh banyak...
aahahhaha
(^_^)
♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣
lempang nak?
hahaha~
kelakar laa..hampes tol..yg tak tahan,panggilan ucuk tuh..hahah
Kak Yanie
hehe, ye ke? bosan2 dtg la blog ni, mesti akak gelak punya..ngeh3..ada tokoh masuk Raja Lawak 3 x? da da da
Suzy
lempang xnk, lemang ada x? xpn nk cium..kah3..Gay~~
Kak Tiha
ngeh3..bab mengarut, serahlah kat saya. cuma kt skolah dulu xsempat jadi tukang karut sebab dikir barat dikelolakn bdk2 kelantan, xnk amek budak Johor..ngeh3..
ok, buat cite je..xbetol pn..
hhaa. ni pengalaman ek. hahahha
aku berminat dengan cara penulisan surat cinta tue..guna blockquote ke ??
ubey
ye, pengalaman sndri..xkn pengalaman pak cik Rano Karno lak..hahaha
paan
ye encik paa..kenapa?
Post a Comment