• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Kisah Rumah Sewa Bilik 401

Bilik 401. Bukan Blok 707. Kisah benar. Bukan cerita buat-buat. Tuan rumah perangai macam haram. Boleh mamp** la kalau macam nih. Heh. Tak baik mencarut. Astarghfirullah.

Ada dua kisah. Satu kisah tuan rumah dan satu lagi kisah orang serumah. Agak-agak mana yang baik mana yang buruk. Cuba teka. Pastu nak dengar yang buruk dulu atau yang baik dulu? Okeh. Sebenarnya dua-dua pun buruk. Takda yang baik.

Tuan Rumah Kedaung.
Mula-mula mulut manis macam gula-gula lah konon. Pijak gajah pun tak mati(memang la sebab pijak patung gajah). Siap tinggalkan pesanan penaja kalau ada apa-apa masalah boleh telefon anytime. Sepantas kilat dia akan sampai walaupun jarak antara Johor Bahru dan Segamat agak jauh jugak. Itu mula-mula masa hari pertama kami menetap dalam rumah flat usang ni. USANG diulangi.

Sekarang.
Siap nak compare harga rumah usang ni dengan rumah baru dekat Shah Alam sana. Ewah-ewah (tiru gaya Azwan Ali). Ingat kitorang ni bodoh tak tau pasal rumah sewa. Dah la tandas tak payah cerita. Nak gosok gigi kena tutup mata. Pintu pun jenis nak tutup, kena angkat. Singki adalah untuk ditengok sahaja bukan tempat untuk mencuci pinggan atau tangan sebelum makan. Sebab kalau basuh tangan atau pinggan di situ akan melimpahlah air keluar dari saluran manatah sehingga membanjiri kawasan ruang yang tak berapa tamu tu. Ni ayat banyak bersabar ni, kalau tak sabar tak tau macam mana.

Aku nak ambil gambar pun takda sanggup. Berkulat kot nanti kamera aku. Sayang pulak.


Kami. Setiap orang. Tujuh semuanya. Berpakat gila-gila. Kalau tuan rumah kedaung taknak betulkan sistem perpaipan dalam rumah kami, kami akan mogok takda mau bayar sewa rumah. Bukan setakat itu saja, kami serumah akan membuat onar di rumah ini sebelum kami bla cari rumah baru. Kunci yang ada pada kami, kami akan buang sebelum itu kami kunci kesemua pagar dan pintu. Biar padan muka tuan rumah siapa suruh kerek dengan orang yang bijak tapi telah dajar menjadi kurang ajar oleh dia, si tuan rumah.

Asalnya kami hanya mahu membuat laporan yang saluran paip di rumah telah bocor an sudah menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk settlekan masalah itu. Walau dia tidak mahu setelkan pun tidak apa, kami boleh panggil irang betulkan tapi segala bayaran perlu ditanggung oleh si tuan rumah. Tapi si tuan rumah enggan berbuat demikian. Maka terimalah padahnya dan pengajaran yang dia akan terima dari kami.

Sekarang cerita orang serumah. Err, tak baiklah bukan mencerita hal tak baik mengenai kawan di dalam blog. HAHAHA. Tiba-tiba aku jadi orang baik. Dah dah tak baik mengumpat.Nanti suami soleh lari. Erp!

Tadi aku masak sup kentang yang gila kentang punya sedap dengan sambal kicap. Pergh, sehingga menjilat jari aku cakap. Macam biasa lah, masuk bakul angkat sendiri. Abes takda orang puji, aku puji diri sendiri la.

Sedih. Sekarang kami ber-8 kena berusaha mencari rumah baru yang dipunyai oleh tuan rumah yang baik hati serta tidak kerek yang menetap di Karak. Apa aku cakap ni? Dan selesa serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diyakini oleh Jakim. Cerita mengenai keselamatan ni, Sabtu lepas ada orang kena samun. Betul-betul di blok bawah. Kitorang dengar ada orang jerit, tapi aku siap cakap, entah-entah diorang saja main jerit-jerit. Sebab budak-budak kat sini boleh tahan nakal jugak main jerit-jerit entah apa-apa entah. Tapi sekali bila kami turun, ramai gila orang kat bawah, masing-masing nak jadi reporter. Dari majalah 8, TV5, Radio Merah, macam-macam lagi. Masing-masing nak tunjuk bakat. Sekali ada sorang bro tu cakap, ada perempuan kena samun time dia sapu depan rumah dia. Tu yang kitorang dengar orang terjerit-jerit dari atas tu. Ingatkan orang main-main rupa-rupanya betul.

Moral of the story : Berhati-hati. Double punya hati-hati. AND Kena ajar sikit tuan rumah yang tak tau hormat tu, kitorang cakap elok-elok dia boleh nak tengking-tengking. Aku sumpah jadi kala jengking baru tau. Belajar hidup berdikari. Melayan kerenah orang-orang yang pelbagai ragam memang banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan kesabaran. Fuh~




Hari ini dan esok

Esok. Adalah hari bercuti. Cuti kerja. Macam biasa, orang bujang macam aku akan menghabiskan masa secara membazir. Berjalan-jalan tanpa arah tuju. Membazir wang, duit, pulus dan juga ongkos. Masa apatah lagi. Lebih-lebih lagi orang bujang yang betul-betul bujang. Nak ajak sang kekasih bercanda di tepi pantai Lido memang jauh sekali. Almaklumlah, hari -hari pantai Lido dah menjadi tatapan. Belum kira Berapa kali lalu lalang dekat depan pantai Lido tu. Rasanya dah bosan kot. Ok. Kita stop cerita pasal pantai Lido. Nanti orang cakap aku jakun gila macam tak pernah mandi dekat pantai Lido. (memang aku tak pernah mandi pun sebab air dia kotor, lagi satu aku takot kena tangkap dengan askar Singapore pastu kena tuduh penceroboh. HAHA).

Hari ini mood aku nak update blog tiba-tiba datang. Macam biasalah. Kalau dah ada mood pastu modal pun ada, apa lagi. Cepat-cepat on PC member, terus online. Malas nak on lappy sendiri sebab member dah bagi kebenaran guna PC dia. Lagi senang kot. Lappy aku da season, paham-paham aje lah, hang sesaje. Kadang-kadang rasa nak hempas pun ada, tapi nasib bersabar. Kalau tak dah jadi besi buruk gaknya. HAHA. Aku main-main jangan korang ingat aku serius pulak nak main hempas-hempas laptop. Takda maknanya. Silap-silap kang kepala aku sendiri aku hempas. HAHA.


Tadi. Makan kenyang gila. Perut pun dah naik gila dibuatnya sebab sumbat makanan tak henti-henti. Dinner di Grand Paragon Hotel, JB memang sedap dan lazat. FREE. Tu yang best. Tengok je muka kat atas tu berseri-seri. Orang belanja memang sedap. Cuba kalau kena keluar duit sendiri. Menyumpah seranah kot. Makanan tak sedap la. Ayam mentah tak masak. Ice cream sikit gila flavor dia takda choice. Pastu air pun bagi sky juice jek? Apa barang?!! Itu kalau keluar duit sendiri la. Nasib tak payah keluarkan duit. Sebab tu mulut ni manis je memuji-mujij cakap terima kasih daun keladi. HAHA. Pandai kan?

Berbalik kepada tajuk asal. Esok. Mau pergi beraya. Ke mana? Ke rumah kawan-kawan. Sekitar Johor la yang pasti. Erk. Kalau duit dalam poket ni banyak tak payah cakap. Keliling Malaysia aku pergi. Tinggalkan je alamat. Konfem sampai punya. Syaratnya sediakan makanan saje lah. Kan? Tapi itu kalau poket tebal. So, lain kali je lah kita jumpa ye. Ada rezeki insya-allah. Tak pun jumpa time makan nasi minyak nanti. HAHA

Semalam hati bunga-bunga. Hari ni bertambah bunga-bunga dia. Macam para-para sakura pulak. Bunga pasal apa aku pun tak berapa pasti. Sebab aku tau hati aku tiba-tiba berbunga jek. Korang figure out sendiri la kalau nak tau. Ngeh3.

Okeh. Aku nak stop sampai sini. Sebab nak upload gambar dekat facebook. LAma dah tak mengupload. Kesian kat member-member yang sekian lama mintak gambar tapi tak dapat-dapat. babai all. TATA




Teruja dek Penantian

Aidilfitri sudah empat hari berlalu. Cepat sungguh. Pantas. Tak yah la bilang berapa hari lagi raya sebab walaupun baru empat hari raya, dah rasa macam hari yang biasa-biasa saja, takda raya-raya lagi. Bosan kan?

Tadi. Baru sekejap. Mood yang kononnya swing tiba-tiba berubah dalam sekelip mata. Siapa cakap hati aku keras. Takda punya. Lembut juga tapi tengok masa. Selembut sutera kadang-kadang bila ada time-time tertentu. Boleh jadi se'fragile' kaca jugak. Tengok situasi.

Hati. Bunga-bunga. Tak tau kenapa. AHAHA. Tersengih-sengih macam kerang busok. Kalau boleh ukur mungkin sampai 7 inci kelebarannya. Barangkali kalau di tarik boleh sampai ke telinga. Kalau ditarik. Macam orang gila@angau housemate aku kata. Erk. Lantaklah. Janji aku bahagia. Kan aku dah kata, berkat kesabaran, pasti Allah kurniakan ganjaran. Eceh. Penantian tu kadangkala menyeronokkan. Betol. Lebih-lebih lagi bila diakhiri dengan kejutan. HAHAHA

Sebelum mengakhiri posting kali ini yang tak masuk dek akal, Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini sebuah kisah terutama sekali kepada followers dan silent readers. Erk. Macam perasan. Maaf Zahir Batin. Segala keterlanjuran kata harap diampunkan. Salam Lebaran.


Mood Raya Yang Semakin Hilang.. Mood Puasa Pulak Yang Tak Mahu Hilang-hilang..


Bulan puasa hanya tinggal lagi seminggu saja lagi. Pantas betul masa berlalu. Macam baru semalam puasa. Huu. Nak puasa lagi sebulan boleh tak? Sebab tak rasa nak raya pun. Kenapa rasa macam tak nak raya? Mari lihat apa sebab-sebabnya..

  1. Arwah nenek dah takda. Dah 7 tahun arwah nenek pergi meninggalkan kami. Jadi hari raya memang dah tak meriah macam dulu. Kalau dulu bila raya mesti pergi jumpa nenek. Salam nenek, dapat duit raya. Walaupun masa tu dapat 50 sen je, tapi rasa dah cukup besar dah. Sebab nenek sangat baik. Huuu.Rindu sangat pada nenek.
  2. Bila umur semakin meningkat, perasaan nak raya tu tak berapa sangat. Sebab tak dapat duit raya lagi dah. Malah kena bagi pulak tu. Tu yang sakit tu. Mungkin tahun ni aku takda bagi duit raya sebab baru je pindah rumah. Macam-macam persediaan nak kena beli. Dengan nak cari rumah lain lagi. Tu yang parah tu. Kalau bagi pun 20sen. Boleh?
  3. Tahun ni punya raya macam lain sikit. Mungkin sebab ada konflik kot sebelum ni. Tu yang buat aku rasa tak best nak raya. Kalau aku balik kampung pun sebab aku nak jumpa mak dengan abah aku. Orang lain aku dah tak pandang. Korang nak kata aku lantaklah korang. Asal korang bahagia, aku lagi bahagia.
  4. Sebab paling mempengaruhi mood raya aku adalah aku punya cuti raya adalah 3 hari je. Tambah dengan 1 hari aku apply, dapatlah 4 hari. Tahun lepas punyalah lama aku cuti raya sebab bos aku sendiri yang bagi. 2 minggu kalau tak silap aku. Sampai terbosan-bosan raya kat rumah. Adoi, mood raya pun tak sempat semai lagi dah kena balik kerja. =(
Korang pulak macam mana? Masih ada mood lagi ke nak beraya? Kalau yang masih student tu ada kot, sebab korang still dapat duit raya. Tapi orang yang dah bekerja ni kena keluarkan duit pulak time raya. HEHE. Tu yang takda perasaan sangat kot nak beraya. HEHE.

Sempena dengan hari lebaran yang bakal tiba ni, aku nak minta ampun minta maaf banyak-banyak pada reader semua. Kawan-kawan. Yang baru kenal, yang dah lama kenal, yang baru-baru nak kenal. Feel free la borak-borak dengan aku. Aku tak makan orang. HEHE. Salah silap dalam berbicara harap maafkan. Aku manusia biasa adatlah buat salah kan? Tapi aku bukan sengaja nak buat orang lain sakit hati. Mungkin terpaksa atau keadaan memaksa. So, 0-0.

p/s : Kepada you, i miss you. HAHAHA.

Kontroversi sikit.


Penantian Menyeksakan


gambar kredit kepada : http://hatiwanita.files.wordpress.com

Orang cakap penantian tu satu penyeksaan. Betul ke? Kalau tak rasa memang tak tau betapa seksanya menanti. HAHA. Aku cakap sebab aku dah rasa betapa seksanya menanti. Ye, menanti idea bilalah nak datang kat kepala yang bijak ni supaya dapat dikongsi dekat blog ni.

Sebelum tu nak cerita pengalaman duduk di rumah sewa sepanjang bulan puasa ni. Huh. Sedih. Terkeluar air hidung masa mula-mula masuk rumah tu. Kondisi sangat teruk. No wonderlah bayar sewa bulan-bulan murah. Yang penting sekali, safety dia sangat rendah. Banyak sangat kes yang berlaku kat sini. Lebih-lebih lagi kes pecah rumah. Adoi. Dugaan betul.

Selain tu, persekitaran rumah saya ni sangat kotor. Sebab rumah flat. Sampah merata-rata. Macam tak kutip. Pastu blok memang bau hancing. Pergh, pakai minyak wangi sebotol pun tak hilang kot bau dia. Seksa btol la.. Tapi orang cakap ni semua dugaan, so aku terima la seadanya.

Tapi, part yang aku paling tak boleh terima adalah part toilet dia. Toilet dia kotor and agak tak selesa la. Nak menangis tengok. Gosok gigi pun aku pejam mata sebab tak nak tengok betapa kotornya toilet tu. Sedih kan?

What to do. Terima dulu. Nanti bila dah jumpa rumah yang selesa sikit, aku pindah la. Sebab mak aku sendiri dah bising,dia tak sanggup tengok aku duduk kat rumah macam tu yang safety dia tak terjamin langsung. Safety tu penting sebab banyak la pulak harta karun aku bawak. Laptop aku salah satunya. Kalau hilang nak buat macam mana? Nangis tak berlagu la jawabnya.

KOrang doakan lah supaya aku dapat cari rumah sewa secepat mungkin. Yang penting keselamatan dan kebersihan. Keselesaan tu penting jugak tp yang paling penting sekarang yang dua tu. Nak compare dengan duet memang la susah kan. Nak selesa mesti la kena mahal, ye tak?

Ni salah satu penyeksaan jugak. Penantian mencari rumah sewa baru yang memberikan satu penyeksaan kepada jiwa. Eceh. Ok la, sejak kerja ni pukul 10 lebih da tido. Penat. Gud Night. Selamat malam. Bonne Nuit. Muahxxx


Ada Apa Dengan Minggu Depan

Minggu depan aku akan memulakan hidup baru. Kenapa aku pilih minggu depan? Sebab minggu depan macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Salah satunya kerjaya. Aku akan mula menjalani kehidupan sebagai pekerja semula pada minggu depan di Johor Bahru. Jauh dari keluarga. Sedih. Kena masak sendiri. Semua kena lakukan sendiri. Bukan tak biasa buat, cuma saja mengada-ngada nak manja-manja. HEHE.

Selain perubahan dari segi kerjaya, minggu depan aku akan duduk serumah dengan kawan-kawan baru. Takdalah baru sangat sebenarnya. Dah kenal cuma tak rapat sangat. So, masa nilah kitorang akan gunakan untuk merapatkan hubungan yang tak rapat. Kan? Dan, terpaksa berjauhan dengan kawan-kawan baik satu company masa kat Senai dulu. Macam Mar, Diba, Najib, Azni dan sesiapa yang namanya yang tak disebutkan jangan amek hati. AKu ingat korang jugak, cuma diorang ni yang kena hantar jauh kat KL sana. Termasuk juga roomate aku masa kat Senai dulu, Mye. Sedih jangan tanya lah bape banyak sedih. Kalau tadah agak-agak ada 1 tong kot air mata.
*1 tong = 2ml je.

Perubahan yang lain tak perlu la aku beritahu kat sini.Cukuplah aku sorang je yang tau sebab ia terlalu peribadi. Kan? Ada benda yang boleh dikongsi dan ada benda yang kita akan fikir, perlu ke kongsi atau cukup sekadar simpan dan berkongsi dengan orang-orang tertentu yang betul-betul rapat dengan kita je.

Mulai minggu depan juga, aku akan melupakan perkara-perkara yang tak perlu aku ingat, termasuk orang-orang yang tak perlu aku ambil tahu apa yang dia buat. Tak perlu aku mention kat sini sebab dia bukan baca blog ni pun (rasanyalah). Perkara yang menyakitkan hati terutama sekali perlu dilupakan supaya perasaan hasad dengki tu boleh dibuang jauh-jauh. Buat apa nak sakit-sakit hati kan? Aku doakan orang yang dengki dengan aku, yang jealous dengan aku tu sentiasa bahagia dan Allah kurniakan dia kebahagiaan. Asal kau jangan kacau hidup aku sudah.

Aku doakan benda baik-baik untuk kau, kau doakan lah juga benda baik-baik untuk aku. Ditemukan jodoh dengan insan yang berhati mulia ke, supaya dia boleh bimbing aku nanti. Takdalah kau jealous dengan aku memanjang nanti kan? Ceh, macam entry ni khas untuk dia jek. HOHO

Aku nak pegi sambung baca artikel online. Lately ni aku rasa malas betul nak update blog sebab idea aku dah semakin hilang. Dan takda yang menarik pun dengan blog sendiri. Huuu. Takda daya tarikan. =(

**aku rindu abang Josh aku.. haha, dah cukup. Iklan sekejap je.

Sebelum aku habiskan entry kali ni, aku nak tolong promote blog kawan aku. Dia baru bukak online shopping blog. Korang yang ada masa tolong la jengah-jengah ye. Murah-murah kat situ dan cantik-cantik. Tuan nye pun cantik jugak. Tapi dah berpunya. HEHE.
http://kupu-kupuboutique.blogspot.com/

Till then. Salam.


Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards