• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tak Tahu Tajuk Apa

Salam.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.40 malam tapi perut saya masih belum diisi dengan makanan. Bukanlah sengaja mahu makan lewat. Bukan kegemaran saya pun kerana ditakuti perut buncit akan menghantui saya.

Kan elok makan beramai-ramai baru datang nikmat dn barakah. Betul tak?

Bercerita pasal makan, sejak dua menjak ni saya semakin jinak dengan dapur. Bukanlah tak jinak sebelum ni. Jinak jugak, tapi lebih banyak habiskan masa di meja di kantor. Sekarang tidak lagi. Saya mempunyai masa yang banyak untuk betapa di dapur.

Sebenarnya saya mencuba aplikasi yang dimuat turun dari Apple Store untuk mengupdate blog. Lebih-lebih lagi laptop saya sedang ada masalah, jadi memang mustahil untuk saya update. So, bila dah jumpa aplikasi ni, mungkin akan memudahkn saya. Tidak akan timbul alasan untuk tidak update blog lagi.

Cuma beza nya saya tidak boleh attach gambar di sini. Hanya akan ada tulisan yang membosankan. Arrgh.

Cubaan pertama saya sampai di sini sahaja. Jumpa di update yang seterusnya.

Sekarang baru boleh makan. Bye

Holiday Yang Seronok

Salam AidilFitri yang masih berbaki beberapa hari saja lagi. Saya nak ambil kesempatan yang ada untuk memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap kata-kata yang mengguris perasaan, menyinggung sensitiviti sesiapa dan apa saja kesilapan yang telah dilakukan. Maaf zahir dan batin.

Minggu lepas berkesempatan untuk makan angin selama 3 hari sempena cuti Hari Malaysia. Saya ke mana? Ke Kelantan dan Terengganu dari Khamis malam hingga ke Ahad malam dan selepas itu ke Kuala Lumpur untuk menjalani kursus selama hampir dua minggu.

3 hari berjalan betul-betul membuka minda saya. Sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan sedikit bebanan di tempat kerja dengan menikmati alam ciptaan Allah yang Maha Pencipta. Saya berkesempatan ke tempat-tempat membeli-belah seperti Rantau Panjang dan Wakaf Che Yeh di Kelantan. Kemudian ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan pandai pada malam hari sambil menikmati makanan yang agak mahal di sana.

Keesokkannya pula saya ke Terengganu dan menikmati sata yang tersedap saya pernah rasa sambil menikmati pandangan laut yang amat cantik.

Gambar as attached below:

Terlalu banyak pilihan sampai tak terpilih and end up tak beli apa-apa.

Satu perkara menarik yang saya jumpa, pak cik ini menjual aiskrim menggunakan basikal. Dan aiskrimnya sangat warna warni, siap letak chocolate chip dengan kacang lagi. Kelas kau Jah!

Sata yang tersedap yang pernah saya rasa. (Sebenarnya ini yang pertama kali makan tu yang cakap tersedap.HAHA)

Abang hensem ni sangat pandai menekat kain batik. Cepat pulak tu dia buat.

Yang ini Masjid Terapung, Terengganu.

Masjid Kristal, Terengganu.


Perjalanan yang seronok dan menarik sekali. Saya pasti akan datang lagi ke Terengganu dan menikmati sata percuma di sana. HAHA.

Salam sayang untuk semua.

Salam Ramadhan

Di malam Sabtu. 6 Ogos 2011.

Saya sukar melelapkan mata. Sejak semalam. Maka malam ini saya ingin bercerita.

Kisah seorang gadis ini sangat simple. Kerana dia juga merupakan seorang yang simple. Berpakaian simple ke tempat kerja, dengan tatarias turut simple. Senang kata semua yang simple datang dari si gadis ini.

Berpewatakan yang ramah membuatkan si gadis mudah mesra dengan orang di sekelilingnya walaupun di tempat baru. Siapa yang lalu pasti di sapa dengan senyuman yang ikhlas. Tiada yang plasik dari senyuman itu.

Kerana keramahan dan senyuman yang tidak pernah lekang, dalam diam ada yang menaruh hati pada si gadis. Si gadis tidak pernah ambil tahu sehinggalah insan tersebut meluahkan hati dan perasaan. Tapi si gadis sedar, siapalah dirinya dan dia tidak boleh menaruh perasaan pada insan tersebut walaupun sebenarnya si gadis sudah terjatuh hati juga pada pandangan yang bukan pertama.

Maka, di pendekkan cerita. Mereka pun berkawan. Berkawan, berkawan dan sampai bila-bila pun tetap berkawan. Hati dan perasaan hanya mampu di simpan tanpa meluahkan. Sehinggalah ke saat ini.

=============================

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan telah hadir kembali. Syukur sangat sebab masih bernyawa dipanjangkan umur untuk mengerjakan ibadah puasa. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Sepanjang 8 hari berpuasa, apakah juadah berbuka yang masih belum anda rasa? Jangan keliru. Soalan saya, apakah juadah yang masih belum anda sentuh sepanjang 8 hari puasa. Pasti panjang senarainya kan?

Bagi saya, ramadhan kali ini tidak terlalu memikirkan juadah untuk berbuka. Sebaliknya redha dengan apa saja masakan dan hidangan yang telah disediakan. Sesekali teringin baru bagi cadangan untuk dijadikan juadah berbuka.

Saya tidak ada niat nak celoteh panjang. Cukup setakat ini untuk kali ini. Ada masa kita borak lagi.

Selamat berpuasa hari ke-9.

Impian turun 10kg

Boleh tak awak bagi tahu saya macam mana saya nak lunaskan impian untuk turun berat badan sebanyak 10kg ni? Dengan harapan dapat kelihatan lansing sepanjang Ramadhan.. Senang skit nak buat ibadat terutama solat tarawikh..

Sekarang ni bila dah berisi, makan sikit je dah mengantuk. Lepas makan bila disorongkan bantal pasti terlelap. Takda bantal pun boleh lelap jugak. Lebih-lebih lagi setiap hari mesti balik kerja lewat senja. Penat dah badan ni. Macam bekerja 12 jam sehari. Tu yang lepas makan, rehat dalam 1 jam 2 jam, pastu mesti tido. Nak tengok saya online sampai pukul 2-3 pagi memang tak lah. Baik aku tido. HAHA

Apa yang saya dah praktikkan untuk merealisasikan impian saya ini ialah dengan makan pada kuantiti yang sedikit pada waktu tengah hari. Ingat, kala orang offer makanan banyak-banyak waktu lunch jangan amek. Nanti kau yang termenguap-nguap waktu kerja. Malu je dengan customer yang datang masa tengah berurusan. Tu baru satu.. Belum tentu dapat turun 1 kg pun. Macam mana nak turunkan 10 kg ni?

Tolonglah saya. Baju saya dah semakin sempit..WAAAAA

Ni kucing yang paling educated dalam dunia..

Babai..

It was long time ago..

Long Time Ago...

1. Saya tersangat rajin update blog sehinggakan sehari boleh ada dua tiga entri.
2. Saya terlebih rajin sehinggakan template blog ini boleh berubah setiap minggu.
3. Saya tersangat ramah melawat blog kawan-kawan sehinggakan ada yang kenal macam dah 10 tahun tapi hakikatnya jumpa pun tak pernah..
4. Saya belajar macam mana nak edit template sampai explore setiap coding di template yang buat aku pening.

Itu long time ago. Hakikatnya sekarang

1. Nak tunggu 1 entri setiap bulan oun ibarat mennggu bulan jatuh ke riba.
2. Rajin sangat sehinggakan template blog pakai yang basic punya malas nak edit-edit.
3. Nak jenguh blog sendiri pun susah, apatah lagi nak datan jenguk blog orang. Kesian.
4. Blog saya dah jadi warna putih. Suci sangat. Dah takda masa nak edit coding2 bagai.

So, inilah entry saya untuk kali ini. Rindu saya? Saya tahu akak Tihara mesti rindu saya. Sebab dia je yang rajin datang blog saya. hahaha..

NO Updates

Salam semua.

untuk masa tertentu, memang tidak akan ada update di blog ini . Sekian

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards