• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

merisik dan tunang dibatalkan


Selepas membuat entry semalam, saya asyik berfikir. Macam bersalah and berdosa pulak rasanya. Tak tahulah, mungkin sebab tak pernah diajar untuk menipu atau berbohong sebab tahu benda tu berdosa but still nak try konon macam bagus sangat. Okeh. Disebabkan tak nak memberikan satu prasangka yang kurang baik, saya akan berterus terang secara terang terangan mengenai perkara merisik serta bertunang yang digembar-gemburkan semalam. Sesiapa yang belum baca entry tersebut, sila baca terlebih dahulu di sini, baru anda akan terasa adventure sedikit. Kalau anda tak mau baca, terpulang la. Tapi kalau ingin turut merasakan getarnya (eceh, macam lagu Slam pulak) sila lah baca terlebih dahulu.

Sebelum itu, kepada semua yang telah meng'wish' SELAMAT BERTUNANG kepada saya, iaitu Kak Yanie, Tuan Jinggo, Ronnie, Suzy and x[o]x[o], terima kasih banyak-banyak kerana keprihatinan kalian. Yang belum wish, takpa saya tak salahkan kalian. Ha Ha Ha. Okeh, sempat lagi aku gelak macam syaiton tak sedar diri. Astarghfirullah. Tapi rasanya boleh simpan wish itu di masa akan datang. Kenapa masa akan datang? Anda akan tahu selepas ini.

Majlis merisik dan bertunang itu telah dibatalkan ke? Tak lah. Majlis tetap akan berlangsung dan diharapkan dapat berjalan seperti yang dirancang, dan kami sekeluarga juga telah menetapkan tarikh pernikahan dan majlis perkahwinan. Macam tergempar sangat pulak kan? Nasib bukan artis, kalau tak mesti dah heboh satu dunia, artis tu nak kawin bulan sekian sekian dengan sekian sekian. Manusia ni memang tak boleh berhenti-henti bergosip. Banyak-banyakkan beristighfar.

Saya nak tarik nafas dalam-dalam sebelum menyampaikan perkara ini. Dan sebelum itu, saya minta maaf banyak-banyak kerana telah membuat kalian salah sangka. Saya hanya sekadar membuat gimik dan kerana terlalu excited. Baik. Did i mention my name in the last entry? Did i? Did i?(ceh, tanya macam nak marah). Tidak kan, makanya, sebenarnya majlis merisik dan pertunangan itu adalah bukan untuk saya. Diulangi BUKAN UNTUK SAYA. Tetapi untuk Nuraini Binti Abd Karim serta bakal tunangnya. NURAINI ya, bukan NURUL AIN. Kakak saya. See. Jangan salahkan saya sebab saya tak ada mention nama saya pun. Saya cuma cakap rombongan pihak lelaki akan datang merisik pada 8 Mac. Saya tak cakap risik siapa. He he he. Janganlah marah saya okeh. Lagi sekali saya ulangi, saya hanya membuat gimik.

Takkan korang takda rasa tak logik langsung tiba-tiba saya cakap saya nak bertunang? Ayyoh, mesti takda baca blog saya. Saya ada mention yang saya ni 82% single, dan masi belum bersedia untuk menjalinkan hubungan serius. (Suzy, kau boleh kata aku gay balik. Ha Ha Ha). Kalau ya pun saya nak tunang, pasti saya akan berkongsi kegembiraan dengan semua kawan-kawan. Maaf lagi sekali. I'm soooooo sorryyyyy.

Serba salah ni sebenarnya sebab dah buat orang salah sangka. Maaf ya. Aduh, memang tanggung dosa menggunung la lepas ni.

Jadi, lepas ni, mungkin akan busy membuat barang hantaran dan macam-macam lagi kerana saya ni seakan wedding planner pulak yang tidak dilantik secara langsung (dan yang penting berkhidmat secara percuma). Tolong mengemas rumah kerana hari Khamis baru kakak saya akan pulang dari Shah Alam semuanya akan dilakukan secara express. Mungkin tidak akan cukup kaki tangan. Hari Jumaat pun saya akan bercuti dan membantu sikit-sikit untuk persediaan majlis.

Jangan worry, kerana saya masih belum lagi nak bertunang. HAHAHAHA. Jodoh saya masih jauh lagi dan yang pasti, saya tak nak langkah bendul. Saya ada seorang lagi abang yang belum berkahwin. And again, je suis desole. I am sorry. Saya minta maaf. Choe song ham ni da. Bahasa cina dan tamil saya tak tahu. Sekian.

*aku rasa pun macam nak tunang sekali. kah kah kah.


tajuk malu nak letak

Erm..

Assalamualaikum..
(jawab eh)

Ada berita tergempar sedikit. Ceh, tergempar la sangat ni. Sampai nak kecoh satu dunia. Insya-Allaah, 8 Mac rombongan pihak lelaki akan datang merisik. Majlis tu mungkin akan diadakan pada siang hari. Sesiapa yang berkesempatan dan dekat, kalau nak datang silakan.


Majlis merisik akan diikuti majlis pertunangan sekali. Pasti ramai (ramai ke?) yang terkejut sebab takda ribut takda angin tiba-tiba pokok bergoyang. Okeh, pokok tu goyang sebab ada monyet kat atas. He He He.

Serius. Majlis akan berlangsung pada tarikh yang diwar-warkan. Nak minta tolong doakan supaya majlis berlangsung dengan lancar dan yang penting tak tersalah pengantin. He He.

Gempak tak buat pengumuman tiba-tiba je..
Nak g gosip pegi la..Silakan.
Ha Ha Ha.
Best la buat orang suspicious.. Huuuu~


perlu ke menjadi hipokrit?


Geli pulak baca tajuk entry semalam. Eeuugh~ Semacam meremang. Dah la kena gelak, kutuk pun ada. Yang rasa nak muntah tak yah cakap. Tak caya, baca komen untuk previous entry. Ha Ha Ha. Dah malu sendiri tak pandai nak cover. Padan muka aku. Okeh, gambar memang takda kaitan langsung dengan entry hari ni. Saja suka-suka. Itu adalah aktiviti gotong royong bersama sepupu-sepapat di rumah nenek.

So, kesimpulan lepas ni, jangan berangan or mengada-ngada nak tulis entry pasal cintan cintun ni. Pengalaman cetek takat paras buku lali je baik tak payah. Huuuu~. Di gelak dek orang je nanti. Ha Ha Ha.

Syukur Alhamdulillah, sakit gigi + gusi + tekak dan hampir pulih. Berkat doa semua (ceh, konon!)dan berkat sendiri yang usaha nak makan ubat. Kalau tak, mungkin tak bik-baik lagi kot. Ada jugak yang sarankan cabut je gigi tu macam yang Kak Tiha cakap, tapi rasanya tak sanggup kot nak cabut. Dah la gigi saya ni sedia ada kurang, kalau cabut makin kurang lah. *siapa yang pernah pakai braces dia akan tahu kenapa gigi saya kurang* Bercakap mengenai braces, bulan depan saya ada appoinment bersama dentist saya di JB. Ada sesiapa mahu ikut? He He He. Kalau nak ikut pun, mungkin akan jadi orang ketiga la sebab saya dah ada orang kedua untuk dibawa. (Nama dia Yusrina, single lagi)


Pernah tak korang rasa yang diri korang ni hipokrit? Erm, saya pernah je. Selalu rasa diri hipokrit. Terutama sekali bila nak tulis blog. Saya akan jadi diri saya yang lagi satu, sebab utamanya nak please semua orang dan tak nak ada yang terasa. Sometimes rasa macam tu. Salah tak jadi hipokrit ni. Sebab kadang-kadang, rasanya perlu untuk menjadi seorang yang hipokrit mengikut situasi. So, apa pandangan kalian? Perlu ke hipokrit ni atau tak?

Nak tahu lebih lanjut tentang hipokrit, di sini

*setiap manusia ada kelemahan yang perlu ditutup dari pengetahuan orang lain. Tapi apakah dia perlu menjadi hipokrit untuk menutup kelemahan tersebut?
**try search image for 'hipokrit' di google. Macam-macam keluar. hahaha


Cinta Untuk Ain

Hari ni nak bercerita pasal CINTA pula. Kita sering melafazkan cinta, tapi hakikatnya tahukah kita erti cinta yang sebenar-benarnya? Apa makna cinta? Dah jadi doktor cinta pulak aku ni. Sebenarnya terbaca satu artikel di surat khabar, dan rasanya artikel tu cukup menarik untuk dikongsikan. Kalau sesiapa yang dah terbaca kat surat khabar tu, tak palah. Saya cuma nak berkongsi sikit.

  • Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
  • Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan menggenggam erat tangannya.
  • 'Suka' adalah saat dia menangis , kau akan berkata : " Sudahlah sayang, jangan menangis."
  • 'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata : "Marilah kita selesaikan masalah ini bersama-sama."
  • 'Suka' adalah saat kau melihatnya kau akan berkata : "Ia sangat tampan dan menawan." walaupun hakikatnya rupa kau buruk
  • 'Sayang' adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
  • 'Cinta' adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata : "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku."
  • Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
  • Di saat orang yang kau sayangi menyakitimu, kau akan berkata : "Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan."
  • Di saat kau suka padanya, kau akan 'memaksanya' untuk menyukaimu.
  • Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.
  • Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
  • 'Suka' adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
  • 'Sayang' adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
  • 'Suka' adalah hal yang menuntut. 'Sayang' adalah hal memberi dan menerima.
  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
Credit to : Harian Metro

Sebenarnya,ada beberapa perkara yang saya nak perbetulkan mengikut 'cara' saya. Saya klasifikasikan perkara di atas kepada 3 bahagia. Bahagian pertama adalah tulisan berwarna hitam iaitu mungkin itu perkara yang saya akan lakukan. Bahagian pertama yang berwarna biru, iaitu kenyataan tu macam tak berapa kena dengan saya. Dan yang terakhir bahagian ketiga iaitu tulisan yang berwarna merah yang pada saya macam tak logik sikit. Pada sayalah.

Okeh, disebabkan tulisan yang berwarna hitam tu adalah perkara yang akan saya lakukan, maka saya takkan ulas balik sebab ia adalah dalam satu bentuk penyataan. Nak cerita sikit mengenai tulisan yang berwarna biru.

'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata : "Marilah kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

Ehem ehem. Sayang macam mana pun, kalau seorang lelaki menangis kelihatan sedikit tidak cool lah bukan. Lepas tu nak menangis atas pangkuan saya. Oh! Tidak sama sekali. Nanti akan kelihatan saya yang terlebih cool, dan kekasih hati saya seorang yang tidak cool dalam erti kata lain lembik. Ayoyo, jangan jadi sayur la.Jatuh martabat. Sedih macam mana pun, tolong cover eh? Ha Ha Ha.

'Suka' adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

Boleh tolong terangkan tak apa maksud ayat di atas. Saya sedikit keliru. Adakah ayat itu bermaksud, saya akan suka padanya kalau saya teman dia lepas tu dia bawa saya pergi shopping segala dan memberikan keuntungan kepada saya? Okeh, kalau itu ayat yang dimaksudkan, saya memang tidak setuju. Walaupun lelaki suka dan selalu melabel perempuan suka bershopping bila keluar bersama dan menghabiskan duit mereka, tapi saya tidak. Pengalaman ber'boyfriend' sebelum ni tak pernah membuatkan saya terfikir untuk menjadi pisau cukur atau apa saja demi memuaskan nafsu shopping saya. Maksudnya, saya tak suka memaksa orang lain untuk memenuhi keperluan saya dengan menggunakan duit selain duit saya. Serius, tak tipu. Saya tak pernah minta itu dan ini, sebaliknya saya hanya terima apa saja pemberian orang. Lagipun, setakat boyfriend-girlfriend, perlu ke buat semua tu kalau setakat nak ambil hati? Lepas tu, nanti dok merungut sana sini, "Awek aku asik pow duet aku je. Sengkek beb!". Saya cukup kesian kepada lelaki yang mendapat masalah seperti ini. Maaf la ye, kalau sesiapa yang terasa. Saya hanya memberi pandangan menurut perspektif saya.

  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan menggenggam erat tangannya.
  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
3 kenyataan ini, saya rasa ada sikit bercanggah dengan personaliti saya. Huuuu~. Walaupun saya cintakan seseorang, tapi kalau sampai perlu mengorbankan jiwa rasanya baik tak payah bercinta kot. Korban jiwa, diri sendiri yang merana. Kalau sampai bunuh diri? Astarghfirullah. Tak diterima Allah dan Nabi sebagai umat. Yang nombor dua tu, erm.. saya tak pernah pegang-pegang tangan. Ehem ehem. Malu la pulak. Bukan muhrim harap faham. Dan yang last tu. Apa ayat dia, cinta adalah hal yang memberi dengan rela.Bukan semua benda boleh diberi dengan rela. Tapi sekarang ni, lihat je kat berita, surat khabar semua. Macam-macam perkara berlaku melibatkan pasangan bercinta ni. Minta-minta dijauhkan.
Tapi, apapun bagi saya, penulis mempunyai motif sendiri yang ingin disampaikan dan saya sekadar berkongsi dan menghuraikannya mengikut pandangan dan perspektif saya. Jika anda pun, mungkin mempunyai pandangan berbeza bukan? Heeee..

p/s : Sakit gigi masih belum baik dan gusi semakin membengkak. Tapi masih pergi kerja, tak mau amek mc.
*malam ni ada cerita Cinta Untuk Ain di TV3. Ha Ha Ha. Promote nama sendiri*




-----------------------------

Sakit gigi..

Sakit gusi..

Sakit tekak..

*sila lah gambarkan bagaimana kesakitan yang saya alami..*

Sekian..


UTM, JB

Malam ni saya akan bertolak ke JB kerana esok saya perlu hadir ke UTM untuk menjalani satu peperiksaan. Doakan saya. Harap-harap semua berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.


**pengalaman kena tikam dengan keris adalah pengalaman paling pahit buat masa ni**

terima kasih kerana feed back yang menarik..
hehhe..



blog peribadi bukan informasi

Assalamualaikum..
(jawab jangan tak jawab)

Hari ni kan hari Jumaat. Penghulu segala hari. Bukan Hari Raya je kita kena sambut dengan meriah, apatah lagi hari jadi. Hari Jumaat pun kena sambut dengan meriah apa. Meriah tu takdalah maksudnya kena pakai baju baru, buat kuih raya. Takdalah. Maksudnya, pakai pakaian yang sopan bagi perempuan, sebagai tanda menghormati hari Jumaat yang penuh mulia ni. Bagi yang berkesempatan, lakukan mandi sunat hari Jumaat. Pakai wangi-wangian. Barulah 'cun' kata orang. Yang lelaki pulak, jangan lupa tunaikan solat Jumaat. Sehari ditinggalkan tanpa sebab yang boleh diterima, setitik noda hitam terlekat di hati. Kalau dah tiap-tiap kali pun tak pergi, berapa banyak noda hitam dah terlekat kat hati, ye tak?

Blog ni rasanya terlalu peribadi. Tiada apa yang boleh dirujuk untuk dijadikan panduan. Tiada perkara berfaedah pun yang akan anda terima setelah selesai membaca blog ini. Kerana blog ini hanyalah sebuah blog yang menceritakan kisah kehidupan seorang perempuan iaitu saya dan keadaan disekelilingnya.
Pagi-pagi tadi, sebelum bergegas ke bawah untuk pergi kerja, kaki saya telah tersepit di bawah pintu bilik. Sakitnya, tak terkata. Tapi kesakitan tu hanyalah sebahagian daripada kesakitan yang akan diterima pabila kita di akhirat kelak. Cerita pasal sakit ni, saya teringat beberapa peristiwa sakit semasa saya kecil yang tak dapat saya lupakan. Sepanjang hidup saya.

Masa umur saya dalam lingkungan 4-6 tahun macam tu, saya tak ingat exactly berapa umur saya masa peristiwa ni berlaku tapi rasanya dalam lingkungan itu. Saya pernah di tikam dengan keris di leher oleh sepupu saya. Ini bukan kisah tipu-tipu. Ini kisah benar. Saya masih ingat lagi, macam mana sakitnya ditikam di leher yang pada masa itu saya hanyalah seorang budak kecil. Kemudian dihantar ke klinik berhampiran dan di jahit di tempat luka tersebut. Nasib umur saya panjang, saya dapat sembuh seperti sedia kala. Dan parut kesan jahitan tu pun semakin hilang.


Kemudian, masa umur saya 9 tahun. Saya terjatuh masa sedang bermain di playground. Main sengayut-sengayut kemudian tangan terlepas. Dan saya jatuh terduduk di atas tanah. Rasa tinggi juga jarak tanah dan benda tu. Saya sukar bernafas dan rasa macam nyawa dah nak kena cabut. Bernafas guna mulut pun sukar. Muka saya hampir2 pucat. Mujur mak cik saya cepat bawa saya ke klinik. Lepas dari kejadian ni, saya dah serik nak main di playground lagi. Kesannya sampai sekarang, tulang belakang saya sedikit bengkok akibat jatuh terhentak.


Mengalami kemalangan motorsikal yang ditunggang oleh kakak saya yang baru belajar bawa motor. Saya jadi penunggang di belakang. Tiba-tiba perkara nak berlaku, motor tersebut bergerak dengan laju dan meluru ke arah pagar rumah. Dan kami berdua sama-sama jatuh. Nasib tak teruk sangat. Kakak saya tak apa-apa, tapi saya yang teruk. Kaki saya bengkak dihempap motor, dan seminggu saya tak boleh berjalan seperti biasa. Mujur tak retak. Tapi seksa juga rupanya kalau tiada kaki.

Banyak lagilah peristiwa pahit yang saya dah alami. Seperti gergaji terjatuh di atas kaki kanan dan mata gergaji tersebut terkena ibu jari kaki. Memang sakit. Kalau nak cerita mungkin akan jadi 1 novel. Ha Ha Ha.

Bila ingat balik, nakal juga saya masa kecik. Selalu kena marah dengan emak. Kena pukul, tapi masih menjadi kesayangan masa kecil sebab saya manja dengan semua orang. Masa kecik je la. Dah besar ni, tak kuasa nak manja-manja lagi dah.

Kaki yang tersepit tadi masih lagi sakit. Jalan pun terhinjut-hinjut sikit. Moga-moga dengan kesakitan yang dialami dapat mengurangkan sedikit dsa-dosa kecil yang telah saya lakukan.

See, kan aku dah cakap. Blog ni terlalu peribadi. Semuanya kisah peribadi. Apa yang korang dapat dengan membaca blog aku ni? Nothing kan? Cuma harap-harap korang terhibur saja sudaa....





farid kamil nak pinjam duit..(lagi mamat ni)

Nak mintak tolong kat semua orang yang baca blog saya ni boleh tak? Bukan mintak apa pun, mintak bagikan pandangan dan nasihat. Please.

Okeh. Macam ni. Tadi pagi saya dapat mesej di NAMA-DI-RAHSIAKAN punya laman sosial (skema tak). Dari seorang rakan lama, yang memang rakan saya yang juga namanya terpaksa dirahsiakan. Saya gantikan nama beliau dengan Farid Kamil (bukan nama sebenar) sebab semalam saya dah mimpi dia. Ni cerita betul tau, bukan tipu-tipu. Sebelum itu, jantina bagi Farid Kamil dalam situasi yang sebenar adalah perempuan, bukan seperti yang disangkakan mengikut nama yang diberi.

Di dalam mesej tersebut mengandungi permintaan yang membuatkan saya rasa saya perlu memenuhi permintaan tersebut. Farid Kamil mengalami masalah kewangan, dan ketiadaan duit. Sekarang beliau masih lagi dalam pengajian semester terakhir di salah sebuah IPTA yang terkemuka di ibukota (macam wartawan pulak).

haiwan di dalam gambar ini takda kaitan dengan cerita ini. Terim kasih.

Dia cakap lagi, dia mintak sangat saya dapat tolong dia. Sebab dia perlukan sangat-sangat duit itu. Untuk tujuan apa dia tak beritahu walaupun saya dah tanya. Tapi saya rasa pasti untuk tujuan belajar kan? Mungkin biasiswa belum dapat lagi. Jumlah yang diperlukan tu agak banyak juga pada saya sebab dalam RM 200-RM 300. Saya cakap, kalau sebanyak itu, saya tak boleh bantu sebab saya pun ada tuntutan lain juga. Kalau RM 100 tu insya-Allah la.

Dia juga berjanji akan bayar dalam tahun ini juga tapi tak tahu bila. Saya nak pastikan macam mana yang dia betul-betul akan tunaikan janji tersebut, tak sempat saya bertanya, dia dah offline. So, soal selidik saya hanya sekejap, dan rasa tiba-tiba jadi curiga.

Persoalan saya :
  1. Kenapa dia minta pada saya bukan pada ahli keluarga?
  2. Kenapa saya tanya masalah dia, dia tak nak kongsi?
  3. Kenapa tak nak tanya rakan-rakan terdekat?
  4. Saya pelik. Perlukah saya tolong?
Minta tolong kawan-kawan. Bagi pandangan. Adakah saya perlu bantu dia kerana dia kesempitan wang dan sedang dalam semester akhir. Takut nanti efek study dia pulak. Tapi, perlukan saya tolong dia, takut dia tipu saya pulak. Walaupun tak banyak, tapi dengan duit tu, macam-macam saya boleh manfaatkan. Contohnya, bayar advance untuk life insurance policy saya. So, tolong ye kawan-kawan? Saya perlukan pandangan ramai.

Ni kisah benar tau, tapi takda kena mengena dengan Farid Kamil yang sebenar. Maaf ya Farid Kamil (macam dia baca je blog aku) tumpang populariti sekejap.

aku benci benda ni

Rules:

It's harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

Tagged by : Ruzanna


1. What is your name : Nurul Ain

2. A four Letter Word : None.

3. A boy's Name : Norman Hakim (tetibe keluar kat kepala otak)

4. A girl's Name : Nora Danish

5. An occupation : Nurse

6. A colour : Navy Blue

7. Something you'll wear : Navy blue jeans

9. A food : Nasi ayam.. yum yum..

10. Something found in the bathroom: Nutritional Body Shampoo

11. A place : Negeri Sembilan

12. A reason for being late: Not in the mood to be early

13. Something you'd shout : Nak tido!!!!

14. A movie title : Norbit (cerita bangang)

15. Something you drink : Neslo (actually tak pun..tapi takda idea nak letak air apa lagi)

16. A musical group : NItrus

17. An animal : Nemo

18. A street name : Nagasari 36/3C, Selangor

19. A type of car : Nissan Latio

20. The title of a song : Name of The Game (When The Night is Over) by Little Louie & Marc Anthony

**aku benci betul tag ni. Disebabkan aku dah kena, so aku nak mengenakan semua orang. Kamu! Kamu! Dan kamu! Sila jawab tag ni. Semua. Hehehe. Dengki. **


Farid Kamil


9.27 malam.

Tengok TV3 dan 8TV serta TCS5 secara berselang seli. Ku Milikmu episod akhir, Betty Season 3 episod ke 2 dan CSI Miami. Semua menarik lebih-lebih lagi Betty. Rasa macam perlu ada 3 buah TV di rumah. Kotak empat segi yang kaku serta tak berapa berguna itu kalau takda elektrik. Tapi, memang kotak itu juga yang aku tatap tiap-tiap hari. Hingga lewat malam. Leka menonton sampaikan hampir terlelap. Tapi, gagahkan juga mata. Macam Mr. Bean, letak mancis di kelopak mata. Gila terbakar biji mata aku.

Tiba-tiba lagu Pink : So What berbunyi. Handphone aku lah apa lagi. Siapa pulak yang berani kacau aku malam-malam ni. Selalunya kalau bukan emak kesayangan atau ehem ehem, takda orang lain yang akan call ataupun mesej. Ye lah, orang tak penting. Cuba kalau aku adalah YB Elizabet Wong. Pasti handphone aku takkan berhenti berbunyi. Opppsss, no komen.Full stop.

+601*3*****4. Siapa pulak ni? Takda dalam list phone book aku pun. Mesti salah seorang stalker aku. Ha Ha Ha. Aku angkat. Bagi salam dengan penuh kemerduan. Kot-kot buah hati pengarang jantung ke, manalah tahu. Tapi, suara memang lain gila. Macho lebih sikit. Bergetar tangan aku.

Wa'alaikummussalam w.b.t
Boleh saya bercakap dengan Cik Ain?
Erm..Ya, saya Ain. Siapa tu eh? (tak formal lak)
Saya? Saya Farid Kamil.
Farid Kamil? Farid Kamil mana? (dalam hati aku, takkan Farid Kamil pelakon tu nak telefon aku pulak. Nanti jealous lak awek dia)
Saya Farid Kamil yang pelakon tu, awak tak kenal saya ke?
(jantung aku dah dup dap dup dap tak yah cakap)
Ermm..yang mane ek? Tak ingat lah. (bangang betul aku ni, pi cakap tak kenal ape pasal)
Ala, yang berlakon cerita Remp-it tu..
Ooooo.. Baru saya ingat. Eh, macam mana awak dapat no telefon saya ni?
Saya dapat dari kawan awak. Dia yang recommend kan pada saya sebab dia cakap awak baik.
teeeeeet....Tetiba kembang sekejap.
Boleh tak kita kenal?
bla bla bla .....
Panjang lagi la conversation tu, tak payah cakap. Sekali tiba-tiba dia cakap dia nak kawen dengan aku. Terkejut berok aku. Haa.. time ni memang betul aku terkejut berok. Tetibe je ajak aku kawen. Dah la aku pun dia tak pernah jumpa, pastu leh lak tetiba ajak kawen. Gila apa. Dia cakap takpa, kita bercinta lepas kawen. Ohh, sweet betul. Terkejut pun ya. Shock kata orang jawa.

Pastu kitorang pun plan la. Kawen atas keretapi. Lepas je Tok Kadi genggam tangan dia, tiba-tiba aku dengar telefon aku bunyi lagi sekali. Tapi kali mesej yang masuk.
Nite dear..
Aku tengok sender : ehem ehem. Aku celik mata aku. Laaaa. Mimpi rupanya. Baru je best-best nak kawen ngan Farid Kamil. Kalau ye pun, bagilah can kat aku nak honeymoon kat Venice ke Paris ke. Hooohooo. And, aku pun memang tengah pegang phone time tu. And memang ada mesej masuk. Dari ehem ehem jugak lah.
Nite..
Aku pun reply la..
Nite.. =D
Pastu bermulalah sesi balas membalas mesej sehingga pukul 2 pagi.

Ohh.. Indah sungguh mimpi malam tadi. Tapi yang peliknya, kenapa mesti Farid Kamil? Pelik. Sampai sekarang aku wonder.



hari ini

Hari ni, saya nak buat siri meluahkan perasaan yang terlintas kat pikiran. Silalah baca kalau nak.

Blog.

Saya bosannnn. Betul-betul bosan. Sampaikan nak update blog pun macam malas. Rasa nak delete blog ni pun ada. Macam dah ketandusan idea dah. Tak tau nak tulis apa lagi.

Cuaca.
Panas. Mendung. Panas. Berangin.
Hidung pun dah mengelurkan mukus. Nasib tak banyak. Cuma semalam, sakit perut melampau-lampau sampaikan 5 kali buat temu janji. Gila kentang.

Kerja.
Hari ni bosan. Free. Takda kerja. Goyang kaki. Hentak tangan di keyboard. Taip-taip. Senyum-senyum. Dengar lagu. Tengok movie. Cuba korang bayangkan. Hari-hari aku buat macam ni, tapi gaji still dapat. Best kan?

Sabtu.
Cuak. Satu benda tak baca lagi. Pensel pun takda. Pen ada sebatang. Liquid paper and pemadam entah mane dicampaknya. Semua kena cari or beli baru. Pegi UTM Skudai. Sorang-sorang. Takda kawan, takda member. Satu hari dari pagi sampai petang kat sana. Bosan betul. Kenapalah tak dapat kat Melaka sama dengan Yus. Kalau tak, mesti senang.

Perasaan.
Tetiba blues. Tapi rock tu tetap ada. Cumanya hari ni pakai baju kurung je. Tetiba rajin. Iron baju lah. Kalau tak, memang shirt n jeans je lah jawabnya.

Handphone.
Rasa macam nak kena buang. Joystick dia dah bengong. Gila. Nak beli yang baru? Duet tadak. Lagi pun, asalkan boleh sms or call, kira okeh la. 3G ke, video call ke tak penting. Kau tak caya? Handphone aku tu dah 4 tahun aku pakai tak pernah tukar. Takda 3G pun. Yang boleh MMS, internet.

Kasut.
Bila la aku ni nak belajar pakai heels pergi kerja. Asyiknya pakai kasut flat je. Senang kot. Bila datang angin malas aku, aku kaki ayam je dalam office. Suka hati mak aku je. Tapi, aku rasa best apa kaki ayam. Macam Elyana. Kaki ayam atas stage. Selesa. Tapi bayangkan kalau aku jalan-jalan pegi shopping berkaki ayam? Mesti orang cakap : "Sian budak ni, muka dah lawa tapi gila pulak. Kalau tak boleh jadi calon menantu aku". Kan, dah start angkat bakul. Okeh,kecantikan luaran tak penting, yang penting hati mau baik.

Februari.
Tinggal berapa hari je. Pastu dah masuk bulan March. Sekejap betul. Pastu April pastu Mei. Maka tualah aku pada bulan tersebut. Takut wei, semakin dekat kepada kematian.

Kereta.
Dah buat kira-kira. Complete calculation. Erm, tak tau bilalah mampu nak beli kereta idaman. Baca kat sini. Erm..Kumpullah duit cepat-cepat. Sekarang masih belum mampu lagi. Paling-paling pun kena tunggu lagi setahun dua. Aih, lama betul. Mak, belikan orang kereta sebijik! ..........Mau kena pelempang.

Aku.
Konpius memanjang. Takda benda yang aku tak konpius. Pastu nak angin tak pasal-pasal. Rilek lah. Kalut betul.Buat tu kalut. Buat ni kalut. Sampaikan perut pun boleh jadi lapar. *ada kaitan ke?* Semalam punya lah aku gelabah semacam bila dokumen tak boleh print, padahal boss aku rilek je. Cool kata orang puteh. Benda simple macam tu pun aku tak boleh nak handle. Apalah. Padan muka aku sendiri.

KWSP.
Aku still keliru dengan penyata KWSP aku. Takda caruman untuk bulan Jun. Pelik betul. Entah la, susah betul nak paham.

UBS.
Bila la bos aku nak ajar benda ni. Excited betul. Daripada aku duduk goyang kaki, hentak jari kat keyboard, baik aku dok key in account. Dapat gak aku belajar. Ambil pengalaman. Daripada buat benda tak tentu hala.

Hidung/ gigi.
Baru aku perasan. Hidung aku senget sebelah. Pastu kembang semacam. Tapi aku bersyukur dan takkan buat plastic surgery. Membazir je. Dan berdosa besar. Haram hukumnya merubah ciptaan Allah. Tapi dulu aku pakai braces, pun merubah jugak ciptaan Nya. Dosa besar tak? Sebab aku buat bukan untuk kecantikan, tapi untuk meningkatkan lagi keyakinan aku. Sebelum ni aku asyik jadi mangsa ejek je kat sekolah. Sekarang ni, barulah diorang nak dok ngorat aku. Boleh bla la.

Ni bukan gigi aku. Gambar hiasan je.

Tamat.
Dah la. Tamat dah. Aku takda idea lagi nak direpekkan. Mukus ni asyik nak keluar je.


Majlis Perkahwinan Saya


Jangan terkejut berok mahupun terkejut badak. Ini hanyalah tag semata-mata. Bukannya majlis perkahwinan saya betul-betul pun. Saja timbulkan kontroversi. Huuuuu. Gotcha!!
Nak melangsaikan hutang tag (again!) dari Suzy.. Oh, mekasih bebanyak ye bagi aku tag. Hohoho.

*saya prefer jawab dalam Malay, senang sikit nak describe*


1. How old are you?
22 tahun 9 bulan 3 hari

2. Are you single?
82% single. Tapi hakikatnya saya adalah 100% taken by God and my family.

3. At what age do you think you'll get married?
Mungkin 22 tahun 9 bulan 5 hari. HA HA HA. Gila. Erm, susah nak cakap, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kalau saya cakap nak kawen umur 25 tapi kalau Allah tetapkan saya kawen umur 45 pun tak boleh cakap juga kan? So, saya serahkan semua pada jodoh dan Qada' dan Qadar.

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
The person i'm with now? Who? Saya belum mendapat petunjuk dari Allah lagi maka saya tak tahu adakah dia diciptakan untuk saya. Saya ambil langkah: Kenal hati budi masing-masing dulu baru decide kemudian.

5. If not, who do you want to marry?

Dengan lelaki yang telah membuatkan saya dan keluarga jatuh hati pada dia. Pucuk pangkalnya, seorang lelaki yang mempunyai budi bahasa serta pegangan agama yang teguh supaya dapat membimbing saya ke jalan yang di rahmati-Nya.


6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Erm, akan decide bila saya dah buat keputusan untuk berkahwin. Mungkin boleh jadi teman rapat atau ahli keluarga. Atau sesiapa yang nak jadi? Sila angkat tangan. HE HE.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Dulu saya pernah ber-angan-angan nak membuat majlis perkahwinan di tepi pantai. Macam romantik gitu. Tapi disebabkan rumah saya jauh dari pantai, so saya rasa baik buat majlis yang simple, sederhana tapi cukup meriah. Yang penting budget.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Saya sangat chentakan Paris dan Venice. Paris adalah kota cinta. Saya teringin ke Venice sebab nak naik gondola. Pastu diiringi dengan gesekan violin. Huuuu. Romantik betul. Tapi kalau destinasi di Malaysia, saya sukakan pulau-pulau peranginan. Tak kisah la mana pun, asalkan dapat berdua. HE HE.

9. How many guests do you think you'll invite?
Sangat ramai. kawan-kawan sekolah. Kawan-kawan di kolej, kawan-kawan di universiti, kawan-kawan di blog serta saudara mara tidak dilupakan. Saya datang dari keluarga besar, maka jemputannya pasti ramai.

10.Will that include your exes?
Erm, mungkin ya mungkin tidak. Saya akan katakan 'ya' kalau saya rasa nak tunjuk pada dia yang saya boleh hidup bahagia walaupun tanpa dia. Dan saya akan katakan 'tidak' kalau saya rasa saya takkan dapat lupakan dia kalau dia datang. Nanti akan membuatkan saya derhaka kepada suami kerana masih menyimpan perasaan pada orang lain.

11.How many layers of cake do you want?
Perlu banyak-banyak tingkat ke? Apa yang penting, kek tu mestilah sedap barulah nanti tak membazir betul tak?

12.When do you want to get married, morning or evening?
Kalau nikah, saya prefer malam. Sebab kebiasaannya keluarga saya akan membuat kenduri sekali selepas nikah.

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding.
Walaupun saya ni kelihatan sedikit brutal, tapi dalaman saya sebenarnya sedikit romantik (ahaks!). Saya nak lagu-lagu tradisional yang tidak memekakkan telinga macam ghazal ke, keroncong ke. Lagu yang sesuai untuk majlis perkahwinan la. Takkan nak lagu rock pulak kan.

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Saya suka majlis yang lebih kepada budaya kita. Untuk tetamu mungkin akan disediakan sedikit sudu dan garfu untuk mereka yang ingin guna sudu dan garfu. Sebenarnya digalakkan pakai tangan. Tapi, pengantin mesti, wajib pakai sudu dan garfu. Takkan pengantin nak jilat jari pulak nanti kan? Hilang pulak seri.

15.Champagne or red wine?
Dua-dua tak nak. Air kencing syaiton. Saya lebih suka air sarsi or barli. Sebenarnya, apa-apa pun boleh. Nak jimat air putih je. Huuu. Kedekut betul.

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Erm, let the husband decide. Sebagai isteri, saya akan menurut kata suami. Tak boleh lawan kata, nanti derhaka. HA HA HA.

17.Money or household items?
Tak kisah asalkan ikhlas dan tak membebankan.

18.How many kids would you like to have?
Erm, cukuplah 3 atau 4. Tak mau banyak-banyak sebab saya bukan kilang produce anak. HA HA HA. Tapi kalau dah rezeki Allah beri, saya terima.

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Erm, mesti. Tapi yang pastinya gambar mesti ada. Banyak-banyak. Nanti bila anak-anak dah besar boleh tunjuk pada mereka semua. HE HE HE. Tinggi betul angan-angan.

20. Whose wedding plan would you like to know next?
Erm, malas la nak tag orang. Tapi sesiapa yang nak buat, dipersilakan.


*okeh, tetiba aku rasa nak kawin sekarang. HAHAHA.

-takda tajuk-

Alhamdulillah, PC dah elok..Lega rasanya sebab takkan ada kerja yang tertangguh lagi lepas ni. Erm, excited sangat sebab bos cakap nak ajar saya key in account. Padahal itu bukan kerja saya pun. Tapi dia bagi saya peluang belajar benda baru. Sekurang-kurangnya nanti bila saya dapat tawaran kerja yang lebih baik, saya ada pengalaman walaupun sikit dalam bidang akaun ni.

Pagi tadi, pergi pejabat sumpah nak sahkan segala dokumen. Sekali rupa-rupanya setiap dokumen dia cas RM2. Cuba kau bayangkan kalau aku ada 17 keping? Gila banyak dia cas. Pastu mami aku cakap pegi sahkan dekat pejabat lawyer je. Nak tau, berapa dia cas? FREE je. Sebelum ni memang selalu sahkan dokumen dekat YB or ketua kampung. Tapi sebab nak cepat, try la pegi pejabat sumpah tu. Huh! Lepas ni tak de la aku pegi sah dokumen kat sana. Orang yang lebih profesional tak mintak cas pon.

Nak rehat kejap lah. Sakit perot sangat-sangat ni. Bila ada mood nanti update lagi la.

my PC broke down yesterday..

To all my dear friends and my beloved readers..

Sorry sesangat kepada sesiapa yang memberi komen pada previous post sebab saya tak dapat balas segara. My pc broke down semalam,and sesiapa yang ada add saya di ym pasti perasan yang saya out awal dalam pukul 3 lebih macam tu.

PC tersebut telah rosak and tak boleh start langsung.So, perlu dihantar servis mungkin makan masa beberapa hari. Ni saya curi-curi online. HAHAHAHA. Selamba badak bawak laptop sendiri pergi office pastu online sesuka hati.

Terima kasih la bagi feed back yang menarik mengenai cerita hantu tersebut. Pastinya akan ada cerita hantu yang lebih menarik lagi lepas ni sebab mak cik saya dah bagi tahu saya.HAHAHAHAHAHA. *gelak syaiton* Saya tak tipu,akan ada episod ke-2.

Sebenarnya saya ni bukanlah berani sangat pun, suam-suam kuku je. Sekarang ni boleh la dok gelak cam syaiton,kalau dah terserempak nanti mau bisu 80 hari 80 malam pulak.Doa-doa la PC saya cepat elok ya.

*perasan macam ramai sangat reader je*

Once bos saya bagi green light guna laptop,saya akan reply all your comment as soon as possible.Okeh.Thanx all.




Hantu kat bumi ni ada kategori Islam ngan Kapir ke? Jawab sikit..


Korang pernah nampak in real? Aku? Tak pernah. Takot. Kalau boleh mintak dijauhkan. Tak nampak pun takpa. Takda rugi pun rasanya.

Mak cik aku cakap, rumah dia kat Singapore ada banyak. Ini semua sebab kerja jahat manusia yang tak senang tengok orang lain senang. Percaya sangat pada benda-benda karut macam tu. Motifnya, tak boleh orang lain lebih bahagia or lebih senang dari individu itu. Biar keluarga yang terkena porak peranda. Ada juga manusia macam ni pada zaman yang serba moden sekarang ni kan?

Mak cik aku cakap, bila dia lalu kat satu tempat tu, automatik bulu roma dia akan naik secara tiba-tiba terutama kat bahagian tengkok. Maknanya ada benda la kat situ. Huuuu. Seram gak aku dengar. Kalau sekor dua Cik Pon takpe gak. Ni dah banyak ekor dah orang tu hantar kat rumah mak cik aku nih. Manusia. Manusia.

Hari tu, abang aku pun ada tunjuk jugak, gambar Cik Pon yang dah ditangkap dan dimasukkan di dalam botol oleh kawan dia. Cik Pon tu menetap kat rumah nenek aku sebenarnya. Patutla, kalau malam kan, rasa semacam je kalau duduk sorang-sorang. Tapi nasib la dia tak pernah kacau. Abang aku cakap, ada 6 ekor semuanya. Tu pun sebab asalnya Cik Pon tu dari pokok besar kat seberang jalan depan rumah nenek kitorang. Dia terbang sana sini, cari port baek punya. Agak-agak best dia menginap la lama sikit. Huuuuu. Tu yang pokok pelam depan rumah nenek aku jadi mangsa. Tapi diorang cakap dah bersih. Aku tak tahu lah.

Gambar dia ada, tapi aku lupa nak masukkan dalam pendrive. Lain kali aku update la kasik korang tengok.

Aku curious jugak. Macam mana Cik Pon ni boleh wujud? Memang la ada makhluk lain selain manusia dan haiwan kat dunia ni. Tapi yang kategori macam Cik Pon, Toing Toing, Tuan Jemb, tu yang aku musykil sikit. Roh siapalah kan? Kesian betul. Minta-minta lah Allah ampun kan segala dosa diorang dan terima jasad mereka. Kalau tak sampai bila diorang nak berkeliaran kat atas bumi ni. Seram...

**kuang ajar betul bunyi telefon ni, buat aku terkejut tetibe**

Lgi satu yang aku pelik, hantu kat dunia ni ada dibahagikan ikut kategori ke? Islam dan kapir? Ye ke? Sebab tak pernah dengar pulak hantu Pon kacau orang kapir atau Vampire kacau orang Islam. Curious. Curious.

Sesiapa ada pengalaman real terserempak secara live, boleh la kongsi. Tapi tak nak yang mengarut punya. Nak real. Kalau boleh siap bukti. Hahahaha. Merepek je.

Sudah.



gatal

Sejak balik dari KL, aku rasa aku semakin gatal. Sana sini gatal. Gatal tangan, gatal kaki. Orang cakap kalau tangan gatal, ada mangsa nak kena sepak bin penampau. Betul ke? Tapi, lately ni pun memang aku rasa macam berbulu je tengok orang yang buat hal dengan aku. Sesiapa je lah, tak kisah. Sindrom dah datang. Bulan kat langit pun dah mengambang. PMS la katakan.

Pastu yang kaki gatal ni, pun aku pening jugak nak pikir. Orang tua-tua pun selalu cakap, kalau kaki gatal, maknanya nak berjalan. Erm?? Sebelum ni, aku berjalan sakan kaki tak gatal pun. Pesal ek orang tua-tua suka cakap macam tu? Pelik bin Ajaib. Anok sapolah nie.

Aku rasa alergik aku ni dah datang balik. Hari tu dok melantak sotong dengan udang, ha.. padan ngan muko den. Naseb tak bengkak muka, kalau tak nanti orang ingat dah jadi mangsa dera pulak. Huuuu..

Ahad lepas dapat berborak dengan mak lepas sekian lama tak borak. Tetiba mak cakap 1 rahsia kat aku. Dup dap dup dap. Bila mak cakap rahsia je, aku rasa jantung dah nak terkeluar dah. Tapi nak gelak pun ada gak lepas mak aku cakap rahsia tu. Serius, sampai sekarang pun aku masih curious apa yang orang tu pandang pada aku? Mungkin dia tersalah orang kot. Ha Ha Ha. Kalau korang joyah sangat nak tau, ha ha ha. Buzz aku kat ym.

Saje je nak bagi gempak kononnya. Ntah pape ntah aku ni. Jangan korang hentam aku tetiba dengan tak bagi salam sudah. Aku tengah PMS ni, silap-silap ada yang jadi mangsa penampau sulong aku.

Nanti tulis balik la. Bosan pulak tetiba.


p/s: mak aku cakap, bagus jugak kalau aku jadi pilihan dia. Tapi aku tanak sebab... ntah la.


jangan pegi Batu Caves hari ni..paham?

Jangan sesekali pergi Batu Caves kalau tak berapa gagah nak tengok aksi ngeri tahap berani mati.

Jangan gagahkan diri kalau penapis di hidung belum cukup tebal nak menghidu segala bau-bauan yang sungguh pelik.

Jangan berani membawa duet banyak-banyak ketika menaiki komuter kalau takut di seluk sakunya.

Kesmipulannya: Jangan berumah di tepi pandai kalau takut dilambung ombak.
*jangan tengok ong bak kalau iman tak kental nak saksikan aksi ganas*

Hari ni public holiday di Johor dan juga negeri-negeri lain yang terlibat. So, aku dah bercadang nak menonton wayang bersama kawan. Kawan-kawan. Kawan-kawan-kawan. Berapa banyak kawan daaa.



*terdengar orang gelak macam syaiton, terkejut aku*

Nak cari handphone baru, sebab handphone lama ni macam hidup segan mati tak mahu. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi sayang. Dah 4 tahun pakai, still elok lagi. Jangan haraplah nak datang pada hari pengkebumiannya kelak sebab aku memang takkan tanam handphone kesayangan aku ni. Huuuuu.

Tengok, tak pasal-pasal aku cerita pasal nak beli handphone. Padahal tadi nak cakap pasal hari cuti am ni.

Kesimpulannya, kepada ibu-ibu, bapak-bapak, jangan sesekali membawa anak-anak anda berdekatan Batu Caves, kelak nanti akan diserang fobia selama beberapa hari, mungkin bulan dan mungkin juga tahun.

Kepada boyfriend-boyfriend di luar sana, jangan sesekali menggatal nak bawak awek dating kat kawasan Batu Caves kalau tak nak ditinggalkan dalam keadaan mengejutkan. Tapi kalau korang nak test apa salahnya. Kan?

Jangan suka sangat dengan hari ni. Sebab banyak hantu berkeliaran kat luar sana. Tak takut ke?

apa beza perempuan dan coklat?



Kinder Bueno. Kinder Bueno. Kinder Bueno.

Kan lebih elok kalau berselawat sebanyak 3x daripada menyebut Kinder Bueno tersebut. Ahh.. Manusia.

Semenjak dua menjak ni, terlalu kerap rasa ketagih pada choholate. Tak kisah la chocolate apa, janji sedap dan menagihkan. See. That's why aku ketagih pada coklat sebab makan coklat yang menagihkan. Salah satunya yang kat atas tu lah. Dok sebut 3x. Tak payah pun takpa sebenarnya. Tapi nak menunjukkan betapa ketagihnya aku pada coklat tersebut.

Kenapa perempuan suka sangat makan coklat? Perempuan dan coklat macam tak boleh dipisahkan. Ibarat aur dan tebing. Isi dan kuku. Mata dan hidung. Langit dan bumi. Okeh, melebih-lebih pulak.

Tolong paham, entry ni bukan bertujuan untuk memberi tahu kebaikan coklat. Tapi cukup sekadar memberi pengetahuan kepada reader kesayangan semua bahawa penulis sangat-sangat menginginkan coklat. Tolong paham sikit. Heeeh. Siapa yang baik hati, tolonglah belikan 1 lori untuk perempuan yang ketagih coklat ini okeh? Segala jasa baik didahului dengan ucapan terima kasih. *macam surat rasmi* Tak dapat belikan 1 lori, dapat 1 kotak pun jadilah. Huuuuu. Betapa ketagihnya aku pada coklat.

Mak cik saya cakap saya tension. Takdalah, saya ok je. O.K. Bukan K.O. Tak perlu tunggu tension baru nak cari coklat. Tak tension pun boleh jugak apa. Kan? kan?

Kejap! Kinder Bueno bukan produk Israel kan? Tolong bagi tau adakah ya atau tidak. Huuu. Kalau ya, mungkin ini adalah salah 1 produk yang saya tak boleh boikot selain MILO. Ohhh tidak. Tolong eh? Terima kasih.

Nak tahu khasiat coklat, kat sini

tag..

Dengan penuh kasih sayang, mereka ini iaitu Kak Rina dan Cik Jannah telah memberi saya tag untuk dilunaskan. Kerana sayangkan reader, saya turutkan jua walaupun sebenarnya malas nak buat. Tengoklah, mana aku ada pernah tag orang sangat kan? HEHEHE.

Disebabkan nak menghilangkan rasa mengantuk yang melampau ni, maka aku dah buat keputusan muktamad. Tak boleh ubah-ubah lagi. Aku akan buat tag tu hari ni jugak supaya kalau mati esok, takdalah aku hutang dengan mereka 2 orang tu kan? Hu Hu Hu.

Erm. Tengoklah kalau nak tengok. Bacalah kalau nak baca. Cuma jangan buat perkara tak senonoh je kat sini. Contohnya: kentut merata-rata, atau korek hidung sambil tekan keyboard. Eii, pengotor. Okeh, dah melalut melebih-lebih.

Baca peraturannye dulu yer..
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people." ---> aku tak nak pilih 1, xpuas ati. so aku break rules, aku pilih 2.huhu


I'm

I really want to go to

My favorite place

My favorite colour

My favorite food

My favorite drink

My school/college

My favorite story

I was born in

My hobby

I live in

I wish

6 people that i want to tag is:
  1. Suzy
  2. Wai
  3. Ijie
  4. Queen Rara
  5. Honey Bee
  6. XoXo

lama tak nyanyi lagu Negaraku..

Tadi pagi punya lah macam-macam saya fikir nak tulis apa kat blog. Tapi bila dah sampai office, terus blurr.

Niat di hati, sampai office nak cari bahan bacaan mengenai Malaysia, Tanah Airku. Huuuu. Takda kerja betul, sampai kena search kat internet. Semalan cari di Popular, tapi satu pun takda. Mungkin habis stock atau memang takda langsung. Erm, perlu melakukan sesuatu, di sebabkan itu perlu memenuhi ilmu di dada mengenai Malaysia. Takut-takut pulak nanti ditanya siapakah Menteri Kerja Raya, saya jawab Dato' Samy Velu pulak. Har har har. Nampak sangat tak mengikuti perkembangan politik semasa. Apakah..

Mood bengang semalam dengan sistem harpak itu, masih berbaki dalam hati tapi telah dikuasai dan dimonopoli oleh mood bunga-bunga. Maklumlah, musim bunga telah kembali ditambah lagi kat Johor ni tengah mendung sakan tapi hujan macam segan nak turun. Tak tau la kenapa. Makanya, mood saya sedikit baik lah hari ni. Erm, mungkin juga bermurah hati. Ha Ha. Murah dengan senyuman. Okeh, senyum itu sedekah, tolong paham sikit. Takda makna lain.

Masa lapang akan digunakan sepenuhnya mulai hari ini, dengan membaca bahan-bahan ilmiah serta pengetahuan am mengenail Malaysia. Kejap. Siapa nama Yang Di-Pertuan Agong yang ke-8? Cepat-cepat siapa dapat jawab. Saya bagi hadiah. Huuuu. Hadiah kasih sayang. Kah Kah Kah.

Cepat fikir. Pergi rujuk pak cik google yang kononnya hebat sangat tu. Cepat jangan lepaskan peluang. Ilmu di dada perlu diperbanyakkan baru dipandang mulia. Kan?

Okeh. Pagi-pagi dah merepek macam ni. Nampak sangat patriotik. Okeh, saya bangga jadi anak Malaysia sebenarnya. Kah Kah Kah. Patriotik lagi. Okeh la, mungkin dipenghujung entry, semua reader kena bangun berdiri tegak bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku. Fuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Diikuti dengan lagu negeri Johor. Owh, lama sudah tak menyanyi lagu-lagu kenegerian dan kenegaraan ni. * jangan berani kutuk lagu negeri Johor, nanti Sultan Johor murka baru tahu. Gerun woo* Ha Ha Ha.

Sebenarnya cucu Sultan Johor adalah sangat handsome. Yang mana satu saya takda boleh bagi tahu. Pergh. Okeh. Jangan merepek lebih-lebih nanti kena buang negeri baru tahu. Padan dengan muka sendiri.

Jelas sudah engkau telah jatuh hati
Masih jua engkau cuba nak sembuyi
Jangan begitu seksa dirimu
.
.
Selalunya peluang anda hanya sekali
Jangan biar kan ia berlalu pergi
Runtuhkan saja segala halang
Di sekelilingmu…
.
.


Saya merepek sangat sebab semalam overdose gembira sampai tidur pukul 4.30 pagi. Pastu bangun pagi pun terlewat pukul 7.15 pagi. Tapi, walaupun bangun lambat, saya still overdose happy. Kah Kah Kah.

La La La ~~


Jawapan: Yang Di-Pertuan Agong malaysia yang ke-8 adalah Sultan Iskandar, Sultan Johor. So, xyah cari kat google, aku dah jawabkan. Sekian

sistem haprak yg menjatuhkan kredibiliti aku sbg pekerja cemerlang..



Kerja? Hari ni? Okeh. Sangat mentensionkan. Rasa macam nak baling PC ni atau sepak laju-laju biar pecah berkecai. Sebenarnya bukan marah pada PC tapi marah pada sistem baru yang terpaksa digunakan untuk policy renewal. Pergh. Sangat tension. Kebiasaannya untuk renewal policy, saya hanya ambil masa kurang 5 minit tapi sekarang 30 minit masa diperuntukan untuk 1 renewal. Fuuuuuh. Jatuh saham saya sebagai pekerja yang berkaliber.

Okeh, sambung baca.

Disamping akaun yang selalu kena barred, sistem tersebut sangat menyusahkan kerana setiap kali membuat renewal, perlu memasukkan data pelanggan dengan lengkap. Apa kejadahnya? Okeh, mintak maaf sebab terlalu marah pada sistem tersebut. Tapi saya sayang pada reader blog saya. HUHUHU. Takda database ka? Apa ka? Takkan setiap kali nak renew kena buat 5 step yang complicated tersebut?

Ohhhhh. Sangat marah tolong kipas saya sebelum terbakar kepala sambil mengeluarkan asap di hidung dan telinga.

Memang marah dan setiap kali saya mengeluh, bos yang prihatin akan bertanya. Kenapa Nurul? Problem lagi ke? Saya dengan muka tension hanya angguk kepala dan tersengih bak kerang busuk. Pergh, memang buruk sengih macam kerang. Lidah terjelir. Eeeeii.

Rasa nak boikot sistem tersebut, tapi apakan daya, terpaksa menggunakan juga. Terpaksa menahan sabar, tapi tahap sabar gua ada hadnya beb. Masalahnya, sistem ni melambatkan kerja aku. Dah la loading lembab macam sipot, nak kena bukak kat IE pulak tu. Tak leh bukak kat Mozilla. Gila ketinggalan da. Tension-tension. Tak payah cakap.

So, disebabkan dah marah secara berleluasa, mintak sori mintak maaf. Bahasa kesat lagi kasar telah terkeluar. Maaf lagi sekali. Nak lelapkan mata sekejap, bagi reda rasa marah tersebut. Astarghfirullah. Marah adalah sifat syaiton. Huuuuu. Istighfar banyak-banyak.

Korang pernah tak rasa macam nak pecahkan PC bila korang marah sebab tak dapat buat kerja on time? Itu yang aku rasa sekarang. Sekian.


Bosan kan blog ni?

Ada 2 hutang tag yang belum dilangsaikan. Dari Cik Jannah and Kak Rina. Erm, nantilah erk? Saya belum ada mood nak buat tag. Nak pikir cara yang gila untuk menjawab tag tersebut supaya kelak tidak akan kelihatan membosankan. Bukankah blog ini membosankan? Tolong anda jawab sikit. Sebab kadang-kadang saya rasa blog saya amat membosankan.

Sebabnya?

  1. Menggunakan ejaan yang penuh serta lengkap pada hampir kesemua perkataan yang ditulis. Sebenarnya, saya tidak berapa gemar menulis secara short form sangat. Kalau sms pun sama. Tapi kadang2 sebab nak jimat kredit, barulah saya tulis secara singkat. HUHU.
  2. Menulis entry secara berjela-jela macam orang syok sendiri padahal takda orang yang teringin sangat nak baca pun. Ye lah, kata pun syok sendiri kan? Saya kalau idea datang bertimbun-timbun, jawabnya 80 muka surat pun saya boleh taip. Tapi bila idea tu tak muncul-muncul, jangankan 80 muka surat, 8 patah pun susah nak pikir ayat apa.
  3. Tak banyak sangat gambar yang diupload di blog ini melainkan kena jawab tag yang memerlukan gambar. Lain orang lain pendapat kan? Saya sebenarnya agak malu nak letak gambar sendiri sebab bukan cun macam Jessica Alba pun. Tapi kadang-kadang kalau letak, dah jadi macam album perkahwinan pulak. Berlambak-lambak gambar. HUHU.
  4. Ada masa saya macam perasan bagus sangat sedangkan tak pun. HAHA. Pada saya lah dalam blog ni kita tak boleh serius sangat, nanti jadi bosan. Tu yang kadang-kadang membuat lawak yang tak berapa jadi sampaikan macam masuk bakul angkat sendiri pun ada. Paham tak? Erm..
  5. Erm..korang tolong bagikan point seterusnya. Supaya aku boleh improvekan sikit blog ni supaya tak jadi bosan sangat. HUHUHU.
Huhuhu, cadangan biarlah ikhlas. Dan penggunaan bahasa mestilah proper. Supaya kelak angin aku tak naik secara tiba-tiba. HAHAHA. Awal-awal lagi dah bagi warning.


'yes' ATAU 'no'.. 'ya' OR 'tidak'

Saya blurrrr. Saya tak tahu macam mana nak cakap 'No' sebab setiap kali orang akan desak saya sehingga saya berkata 'Yes'. Susah betol.

kes 1
Sepanjang 1 minggu bercuti, aku dapat merasakan satu perasaan yang boleh dikatakan bahagia dan boleh dikatakan pelik. Betul ke, orang cakap kalau kita benci or tak suka pada seseorang, at the end kita akan suka jugak pada dia. Betul ke? Betul ke?


kes 2
Adakah berhubung semula dangan ex merupakan satu kesilapan? Sedangkan kita tak minta benda ni berlaku, tapi bila terjadi, seolah-olah kita lupa apa yang dia pernah buat pada kita. Oh please. Kenapa manusia ni sukar nak paham bahasa yang mudah. 'Aku tak nak ada apa-apa lagi dengan kau.' Susah sangat ke nak paham? Atau memang ye susah gila baca ulang 1juta kali pun takkan paham punya.

kes 3
Aku rasa ada masa aku ni sikit hipokrit. Memang. Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu jujur dan ada perkara yang perlu dirahsiakan. Luar aku kata 'okeh, tak kisah' tapi pada hakikatnya dalam hati 'pergh, menyusahkan betol'. Owh, hipokrit sunggoh.

kes 4
Macam magik. Cepat sangat berlaku. Tiba-tiba dah jadi macam ni. Aku pun tak tau la kenapa denga aku ni. Hakikatnya aku takdelah suka atau benci terus pada orang ni, tapi dalam seminggu ni kami seolah-olah macam.... macam ape ek nak cakap? Rapat. Rapat sangat sampai boleh kata serius. Gila. Memang magik. Adakah?

kes 5
Tiba-tiba aku rasa nak ada anak sendiri. Kah Kah Kah. Kat atas punya lah serius tapi bila kat sini ,tetibe gelak syaiton pulak. Aku tengok perempuan pregnant adalah sangat comel ketika menyusung perot yang memboyot. Kalau lelaki adalah sangat hodoh. Tu yang tiba-tiba datang perasaan, macam mana agaknya mengandung? Mesti comel. Pakai baju comel2, muka comel (pembawakan baby), badan 'comel'.. ah..semua comellah..

Persoalannya: Macam mana nak mengandung? Kah kah kah kah.
Tiba-tiba otak aku jadi macam ni.
Sewel dan biol.
Abaikan lah.
Full-stop.



keyword entah apa-apa

Marilah kita bergelak ketawa serba sedikit sebab rasanya dah lama sangat tak gelak sampai guling-guling. Okeh, habit yang sangat terok dan tak senonoh. Nak buat macam mana, saya memang suka gelak. Tapi sebelom itu, sesiapa yang baca previous entry dan perasan badan saya macam belon yang ditiup..erm.. tu sebenarnya efek angin ditepi pantai..huhu..masih taknak mengaku yang diri ini dah gemok..okeh, gemok-gemok sangat sensitip. Apa kata kita panggil comel..huhu..Kan comel je bunyi nya..

Dah berapa minggu sebenarnya aku dok buat benda ni. Tak de kerja sangat. Sebenarnya bukan takda kerja, tapi aku yang pandai curi masa. HUHU. Bos pun perasan yang aku ni sebok je memanjang. 24jam sehari, 7hari seminggu menaip je. Aku pun tak tau apa yang aku taipkan, tapi yang pastinya..HAHHAHA. Tangan aku sakit setiap kali balik kerja. Lengoh.

Okeh, nak kongsi hasil kajian yang kononnya aku buat selama beberapa minggu sejak kebelakangannya. Dan aku pastinya, hasil tersebut betul-betul buat aku rasa geli hati, gatal buah pinggang, pedih hempedu segala bagailah. Dan aku pun perasan, ramai dah orang buat entry yang macam ni. Aku pun taknak ketinggalan, nak juga buat. Tapi bukannya niat meniru, tapi nak bagi korang sume gelak sikit. Banyak pun takpe. Tak kena bayar.

Aku perhatikan, banyak betul keyword yang pelik-pelik makhluk mana entah cari kat google, pastu tersesat masuk kat blog yang penuh suci dan meriangkan ni. Tak paham betol. Okeh, mari aku kongsikan dengan korang. Tak nak baca pun takpe sebab tak efek mental pun.

  • telefon sakit umum kaupang
Why? When? Where? Who? What? How? Aku pun takda berapa paham sangat dengan ayat ini. Adakah kerana telefon dia telah jatuh sakit selepas itu telah dilempang oleh pemiliknya? Entah la, aku still tak paham. Sesiapa yang paham, tolong jelaskan. Anyone?
  • erti hijrah
Memang ada membuat entry ni tapi bukan hijrah yang betul-betul hijrah. Kau jangan cari balik sebab aku macam malu je bila baca balik entry ni. Kah kah kah. Emosional betol.
  • ayat romantik
Ini memang betol. Memang takda salah masuk blog ni. HAHAHA. Nak belajar cara ngurat awek guna ayat-ayat romantik, carilah pakar iaitu saya. Pergh, terkejut betul aku. Nak cari ayat romantik pun kena google ke? Kau berangan je la, pastu mesti datangnye ayat tangkap lentok. Try. Aku dah cuba, ramai cair. HAHAHA. Jangan percaya sangat.
  • mata sakit bila terkena cahaya terang
Mata sakit pun nak tanya kat aku ke? HUHU. Carilah doktor pakar mata. Mentang-mentanglah nama aku ni maksudnya cahaya mata, tup tup leh plak tersesat kat blog ni. HUHU. So, dah dapat jawapan belom? Pakai spec itam setiap masa. Konfem takda sakit lagi.
  • diary seorang playgirl azyan
Ini yang aku paling tak paham. Nak kata nama aku azyan, jauh sekali. Playgirl tu yang aku tak boleh tahan. Nak gelak pun tak leh gak. Tapi... gelak juga lah. Pergi la cari blog orang yang namanya azyan. Pemilik blog ni namanya adalah Nurul Ain. Bukan Azyan mahupun playgirl. huuuu
  • gambaran rupa bentuk kandang arnab
Aiyooo.. Kau duduk planet mana ni sampai kandang arnab pun tak boleh nak imagine. Okeh, mari aku bagi sikit gambaran. Kandang arnab ni biasanya diperbuat daripada batu bata sebanyak 99 ketul, 1 guni simen, zink 8 kaki, sedikit pasir dan batu. Nak buat 2 tingkat pun boleh, sebab nnati bila arnab tu dah beranak pinak takda lah sempit sangat.
  • nak jadi pilot
Pilot?? Ehem.. Aku takda pernah cerita pun pasal pilot terlampau atau sebagainya. Cuma aku pernah bercita-cita nak jadi pilot dulu masa kecik2. Har har har.
  • undang-undang kanun keseksaan
???? no explaination.
  • harga buang tahi lalat hospital
hospital mempunyai tahi lalat kah? Apakah? Ada aku kesah kau nak buang tahi lalat? HAHAHAHA.
  • nurul ain + facebook
Tak payah susah-susah cari kat google, kat blog aku ni ada link terus ke face book aku. Tak tau la Nurul Ain mana yang di maksudkan. Tapi kalau anak pak Karim, ya.. Link nya ada di atas sinun.

So..amacam? Ada lagi tapi malas nak letak sebab yang lucah sikit pun ada. Tak senonoh betol. Blog ni suci dan bersih tau. Tak da biru. Kuning je. HEHE.

memblog semula

Perasaan sangat indah pada pagi ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab dah lama tak bukak blog. Pastu bila bukak, terus bunga-bunga. Hilang rindu. Macam orang sedang mabuk bercinta pulak. HAHA. Okeh, jangan start cerita pasal mabuk bercinta nanti saya merepek dan merapu. Rahsia rahsia.

Sepanjang cuti 1 minggu, saya langsung takda ingat pada blog sebabnya saya sangat enjoy cuti dan erm..ingat ingat benda lain la. Ada la. 1 minggu adalah sangat panjang dan masa tersebut saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berjalan dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang. Dari atas ke bawah. Semua arah saya berjalan. HUHU.

Hari Sabtu, saya telah pergi menghabiskan duet dalam sekelip mata, sampai sekarang dah rasa jatuh bankrup. Lepas tu sangat menyesal tak sudah. Okeh, abaikan.Kalau cerita pasal duet, menangis 7 tempayan atau 7 kolam swimming pool pun takkan dapat balik duet tersebut.

Hari Ahad saya bersenang lenang di rumah. Makan tido. Makan tido. Makan tido. Sampaikan mak saya cakap saya GEMOK. Sangat sensitip dengan perkataan tersebut, saya memasang azam taknak makan keesokan harinya. Tapi, azam tak kesampaian sebab azam tersebut telah tertinggal kat mana ntah. Tak ingat. Esoknya pun, saya makan juga macam orang tek pernah jumpa makanan. Pastu menyesal tak sudah.

Isnin. Saya ke Melaka. HUUUUUUU. Sangat best sebab pegi pantai. Tapi takda mandi-mandi sebab hari sangat panas yang diterik-terik. Apakah? Sangat menyeksa kulit saya yang memang sedia ada gelap ini. Kalau memandi di pantai, pasti akan naik seperti manusia yang telah dibakar hidup-hidup. Kalau pergi Melaka pasti takkan tinggalkan peluang pegi Tesco. Erm..takda apa pun yang dibeli. Sebab takda 1 atau 2 pun yang berjaya memikat hati. Huhuhu. Hari Selasa saya pulang semula ke Johor negeriku.


Khamis. Memang hari berendam sedunia. Pergi memandi manda di air terjun di Segamat. Pergh, wa cakap sama lu. Memang best. Saya berendam selama 2 jam lebih non-stop. Tak da naik2. Mandi sampai semua pun kecut. ** Hehehe. Rasa macam tak nak balik masa tu, sebab dapat berendam dalam air yang sejuk pada cuaca yang sangat panas. Berkelah memang aktiviti yang saya suka sangat2 lebih-lebih lagi di kawasan pergunungan. Okeh, tiba-tiba jadi romantik sekejap.


Jumaat saya pergi ke Kluang. Pergi cari jodoh di sana tapi takda jumpa. engkau jangan percaya sangat cakap aku yang tak berapa boleh pakai sangat ni. Jalan-jalan waktu malam sampai ke tengah malam. Nasib hantu segala takda tegur bila mau pulang. Kalau tak, maunya saya takda keluar malam-malam lagi. Huhuhu.

Sabtu. Takda kemana-mana. Sepanjang hari di rumah. Seperti biasa makan tido. Tido makan. Sampai takda tau nak buat apa lagi. Owh, ada aktiviti yang menggembirakan. Menyiapkan hantaran. Jeng jeng jeng. Jangan tanya siapa punya. Huhuhu. Tapi macam tidak berapa puas hati dengan hasilnya kerana kombinasinya warnanya tidak mengikut taste saya. Perlukah diikutkan sangat dengan taste saya yang sangat entah pape ni? Rasanya perlu kot. Hantaran, hampir siap. Hebat tak hebat dalam 1 hari boleh buat. Dan mendapat surat yang menggembirakan hati. HAHAHAHA. Gelak jin.


Ahad. Fuuuuuuu. Jumpa sanak saudara di rumah dua pupu. Dua pupu saya berkahwin bersama individu yang mempunyai nama yang sama macam saya. HAHAHA. Mohamad Hanafi Abdol Karim bersama Nurul Ain Mat Pah. Cuba bayangkan kalau pengantin perempuan tersebut adalah saya. HAHAHA. Nama bapa kami adalah sama. Kah Kah Kah Kah. Tetiba saya jadi merepek. Tolong skip perenggan ini. Merepek je lebih.


Terubat rindu saya pada blog kesayangan ini. Rindu lain masih belum terubat. Belum jumpa penawar. Exah ewah. Macam-macam la aku nih. Tak abis-abis merepek. Yang pasti, hari pertama bekerja dipenuhi dengan riang ria. Macam nama blog saya. Tapi hari ni saya riang ria versi Cina sebab tadi dapat ang pow. Yeeeeha!

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards