• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

hari ini Selasa 31 Mac

Suasana pagi memang sangat indah. Kabus-kabus di ruangan udara memberikan sedikit kedinginan pada hati. Ceh. Tiba-tiba dihati terdetik perasaan rindu. Rindu yang sudah sekian lama tersemat di hati. Rindu pada kemesraan dulu. Kasih sayang yang tak pernah pudar. Tiba-tiba perasaan rindu bertukar kepada sayu. Sayu yang membawa kepada tangisan. Tangisan rindu. Rindu kepada manusia yang bernama Zawiyah, allahyarhamah nenek tersayang.

Jangan pikir bukan-bukan aa.

Hari ini memang sungguh indah. Seindah ciptaan Yang Maha Pencipta. Tapi terdetik dihati, sampai bilakah bumi ini mampu bertahan? Bilakah riwayat bumi ini akan tamat? Apa akallah jika bumi ini musnah sebelum aku sempat memohon keampunan kepada Yang Maha Esa, memanjatkan jutaan doa kepada Nabi dan para sahabat, dan meminta simpati kepada Yang Maha Esa supaya hambaNya yang hina ini diberikan ruang di syurgaMu bersama ahli keluarga serta sahabat handai, juga tidak dilupakan sekalian umat Islam dimuka bumi.

Baca lagi kat bawah ni.


--------------------

I have nothing to say, not much to share. But thank you very much for those who read my blog. And search for all those craps. Huh.. =p

--------------------

kisah lucah (2) : Lucah betul ke penulis blog ni, sampai pencari kisah lucah boleh termasuk ke blog penuh suci lagi murni ni?

MY (10) : apakah ini? MY blog? MY car? MyTeam or MYkad? Atau sebenarnya Malaysia? Tak tahu tak tahu.

Mona Fendi (7) : PeMbunuh kejam yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Puas hati? Ke kau nak tengok muka dia macam mana? Aku takda gambar dia tapi gambar ini adalah. Oops.

Ada lagilah. Tapi as usual, takda mood nak habiskan. Nanti jadi panjang berjela-jela.

The day i baked cake..

Semalam merupakan hari bercuti. Bercuti dari kerja dan segala-galanya. Bila bercuti, macam-macam perkara yang hendak dilakukan. Termasuklah bercucuk tanam, memasak, mengemas, membasuh dan bermacam-macam lagi. Bila cuti, saya tidak berapa gemar keluar berjalan-jalan lebih-lebih lagi bila mood tak ada (mood dipengaruhi oleh duit juga). Maka, saya mengambil keputusan untuk lepak-lepak di rumah pada hari semalam. Ahad lah. Takkan hari raya pulak.

Seperti minggu-minggu yang sebelumnya, bila tiba hari Ahad, saya akan bangun sedikit lewat. Kalau saya kata sedikit tu, memang maksudnya betul-betul sedikit lah. Selepas subuh, saya lelapkan mata sekejap, dan bangun pada jam 8. Takda lebih dari itu. Kerana, saya mempunyai sejenis sindrom yang bila tidur terlalu lama, kepala akan menjadi sakit. Kebiasaannya, saya memang bangun awal. ( Kat kampus tak payah cerita, itu lain sikit situasinya).

Dari minggu lepas saya semacam mengidam nak makan home-baked-cakes. Nak buat sikit punya malas, tapi disebabkan perasaan mengidam tu membuak-buak, saya gagahkan juga membuat cake yang diidamkan. Kek Marble , resipi pemberian mak cik saya dari singapura. I really really love baking cakes. Saya sangat-sangat cinta membakar kek. Ceh. Dan disebabkan telah mengguna margerin yang kandungan garamnya tinggi, maka kek tersebut pun menjadi sedikit masin. Nasib saya tidak mengikut arahan mak cik saya supaya meletakkan sedikit garam kerana saya yakin dengan neluri saya bahawa margerin tersebut sebenarnya telah pun masin mengikut warnanya. (ini hanya naluri saja, bukan fakta tahu)



Dan hasilnya sangat marvelous, hingga menjilat jari kaki (kucing kat luar rumah yang suka jilat jari kaki lah). Tapi tak boleh dimakan secara banyak kerana akan berasa sedikit muak. Masinlah katakan. Tapi, next time saya akan cuba membuat kek menggunakan margerin yang rendah sedikit kandungan lemaknya. Kesihatan harus dijaga beb. Diet itu penting. heh~

Tamat cerita membuat kek. Dan seperti biasa, saya tidak pula meng'capture' waktu-waktu membuat kek tersebut. Sebab saya memakai baju tidur pada waktu itu. HAHAHA. (baru nak gelak sekarang, tadi sikit punya serius).

Dah, nak belajar buat kek lain pulak.


**wondering** bilalah nak pro memasak ni?
Huh~



lend me your shoulder please

Saya sedih sangat-sangat sekarang nih.
Sebab apa saya sedih.
Sebab saya terpaksa tolak tawaran kerja yang sepatutnya dimulakan pada hari Isnin depan.
Saya memang mahukan kerja tersebut.
Tapi saya tak boleh terima.
Kerana saya perlu beri notis kepada majikan saya at least 1 minggu.

Tuhan, adakah ini dugaan yang Kau berikan pada aku?
Saya betul-betul sedih sekarang ni.
Serius.
I am really sad. Really really sad.
Tapi, saya terima dengan redha.


*i really really need a shoulder to cry on right now*


sblm ni aku buntu, now i know why..

Hari ni macam lapang sikit. Sampaikan naik buntu tak tau nak buat apa. Lompat-lompat blog orang, terlompat kat blog Boonto ni. Nak try la masuk contest dia, kot-kot idea buntu ni boleh menang contest tu. Marilah baca entry penuh kebuntuan aku yang dilalui setiap hari.

Tajuk dia : Buntu dan aku memang tidak dapat dipisahkan


Setiap pagi, jam loceng akan mengejutkan aku untuk bangun menunaikan solat subuh serta bangkit untuk pergi ke kerja yang sentiasa menanti di office. Selepas itu, aku akan kebuntuan. Tipulah kalau semua perempuan tak rasa macam yang aku rasa. Buka almari, kepala otak aku akan ligat berfikir "Buntu betul nak pilih baju apa hari ni. Rasa-rasanya semua baju pun dah pakai. Baju apa je yang belum pakai ye?" Last-last aku pilih baju kurung. Senang. Kalau nak pakai blouse, nanti bertambah la buntu, nak pilih seluar dengan tudung. Susah betul jadi perempuan yang semua benda mesti dimulai dengan kebuntuan.

Then, aku akan gerak keluar dari rumah seawal jam 7.50 pagi. Batu Pahat takdalah sesak macam KL. Keluar pukul 6.30 pagi pun belum tentu kau sampai before time. Lepas tu pergi breakfast. Aku memang tak breakfast kat rumah, melainkan kalau aku kat rumah family aku je aku akan breakfast kat rumah. Sebab, memang buntu betullah kalau nak pikir breakfast apa yang nak disediakan setiap pagi ni. Asyik-asyik nasi goreng, roti canai, mee goreng, roti bakar. Takda benda lain. Tapi, balik-balik pikir, memang benda tu pun yang hari-hari aku dok makan time breakfast. Sebab dah buntu tak tau nak makan apa.

Sampai je office, selalunye before pukul 9 aku dah sampai. Tapi, kadang-kadang aku masuk lambat juga. But, aku make sure yang boss aku tau aku masuk lambat. Kalau tak mesti dia buntu tak tau nak buat macam mana tanpa aku. Semua password dia aku yang pegang. Baru aku perasan. penting jugak aku kat office. HAHAHA. Gelak lah sikit, jangan serius sangat. Bosan pulak nanti. Kalau aku bagitau dia aku nak mita cuti even 1 hari, dia akan pastikan aku dah siapkan semua kerja yang aku perlu buat pada tarikh aku cuti dan juga tarikh selepas aku cuti. Kire kerja in advance lah. Bukan gaji je boleh buat advance.

Perkara pertama yang aku akan buat setiap kali aku masuk office ialah menyapu. Walaupun tu bukan kerja aku, tapi aku buat jugak sebab aku tak suka bekerja dalam suasana yang kotor. Nanti boleh menimbulkan kebuntuan serta keserabutan. Lagi-lagi time kerja tengah banyak. Memang buntu betul tengok office tunggang-langgang. Then, aku bukak pc, check email. Email ada banyak, so setiap email kena lah buka. Satu persatu aku buka. Aku buntu betul kalau bab-bab email spam ni. Banyak betul, menyemakkan aku punya inbox. Last-last aku delete, tak payah menambahkan kebuntuan dan kepeningan kepala baca email bukan-bukan.

Untung-untung rezeki aku, boss datang lambat aku bukak blog. Time rajin aku bace lah blog orang. Kalau sebuk, jawabnya memang berkurun lah aku tak lawat. Aku tau pasal contest buntu ni pun dah terlambat. Nasib belum close lagi. Tu yang aku cepat-cepat buat entry pasal buntu walaupun aku memang tengah buntu gile tak tau nak tulis pasal apa.

Bila aku tengok hadiah dia kan.. Lagilah aku buntu. Laptop aku bukan pakai ram DDR2, tapi DDR1. Buntu buntu buntu (macam Ipin pulak). Nak buat apa kat ram tu kalaulah aku yang ditakdirkan menang nanti? Last-last 1 mentol bercahaya keluar atas kepala aku menyumbang buah fikiran tatkala aku kebuntuan. Apa susah, aku bagi kakak aku, buat hantaran dia kawen. Bulan 6 ni dia nak kawen. Dia pun tengah buntu sebab pihak lelaki tambah lagi dulang hantaran. So, kakak aku kena balas 13 dulang. Dia dah ada 12, tinggal 1 je lagi tak tau nak bagi apa. Maybe aku boleh hadiahkan ram tu kat dia. Kot-kot dia perlukan nanti. So, harap-harap hilanglah kebuntuan kakak aku yang tengah pening memikirkan lagi 1 benda yang dia nak letak pada hantaran nanti.

Hidup ni memang hari-hari pun buntu. Jangan tipu kalau tak pernah rasa buntu. Sebab aku pun selalu je buntu. Apa yang aku buat bila aku buntu ialah, aku lawat blog boonto.blogspot.com ni, terus hilang kebuntuan aku (kasi bodek sikit). Dah nama pun tempat lepak makhluk yang buntu kan.

Aku tamatkan entry buntu ni kat sini. Kang bertambah buntu kepala otak aku memikirkan ayat-ayat buntu.

Entry ni di dedikasikan khas kepada JRY sempena hari jadi yang bakal tiba pada 20 April ini. Semoga kau panjang umur, murah rezeki, buatlah contest banyak-banyak lagi.

So, JRY, amacam?

**tolong kira berapa banyak perkataan buntu yang aku guna..


Tangan Sotong

Disebabkan tangan ni macam sotong, tekan sana, tekan sini. Haa, ambek kau. Hilang semua benda. Padan muka sendiri. Sesiapa yang ada cuba masuk blog saya tadi mungkin ada sedikit masalah sebab saya private sebentar. Kena betulkan semua benda alah ni lah. Kan, apa dah jadi?

Janggal betul rasa, tapi nak buat cam ne. Komen-komen pun dah jadi pelik betul.. Lain kali sebelum buat apa-apa, make sure buat back-up. HAHAHA. Mari semua jerit pada aku," serve you right!"

OOiii,ooii agak-agak lah..
Dah dah, nak memberi konsentrasi kepada perkara lain.
Sesiapa yang link nya sudah hilang, tolong ingatkan saya. Saya ni dah jadi macam Dowry dah. Short-term-memory-lost.




Hujung minggu saya pergi ke kebun.. HAHA

Salam. Mulakan hari anda dengan penuh keceriaan. Dah lama tak update blog, bukan malas tapi ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Ada satu projek yang perlu diselesaikan, itu pun sebab saya yang volunteer sendiri. Tak apalah, perkara macam ni memang perlu ada pengorbanan dan saling bantu-membantu untuk kebaikan masa depan. Bukan besar sangat pun projek itu, masih lagi dalam proses. Projek apa? Nantilah, tak siap lagi, malu nak cakap.

Semenjak tarikh pernikahan kakak saya telah ditetapkan, kehidupan seharian menjadi semakin sebok macam saya yang akan menjadi pengantin. Maklumlah, tanggungjawab mencari barang-barang telah diletakkan di atas bahu saya, walaupun sedikit. Saya diminta untuk mencari beberapa persalinan untuk kami sekeluarga untuk dipakai pada hari langsung nanti. Yang pastinya, saya memang agak sibuk sikit lately ni sebab emak meminta membuatkan paperwork untuk beliau dan urusan kerja juga boleh tahan banyak. Walaupun kadang-kadang tidak berapa banyak, tapi saya sengaja membuat ia kelihatan banyak supaya Encik dan Puan boss cepat menaikkan gaji saya. Ehem, ehem. Sounds like bodeklah kan? Aku peduli apa. HAHAHA.

Jumaat yang lalu, saya telah pulang ke kampung bertemu emak. Rasa rindu terubat apatah lagi rindu kepada masakan emak yang sedap itu. Malam-malam pun rindu terubat juga, sebab dapat peluk bantal busuk. HAHAHA. Jangan tipu la kalau korang takda bantal busok. Mesti ada punya. Stop pasal bantal busok. Nak cerita pasal kampung saya.

Emak saya seorang suri rumah manakala abah adalah seorang bekerja sendiri. Ikut suka apa dia nak kerja apa, nak jadi polis untuk 1 hari, no hal. Doktor pun boleh. Abah saya ada bakat menjadi doktor tahu. Doktor lembu. HAHAHA. Abah saya ada menguruskan sebidang tanah, dan menanam pokok cili padi serta beberapa jenis sayur sayuran. Hobi abah saya adalah menanam. Boleh dikatakan hampir setipa masa dihabiskan di kebun untuk menguruskan tanaman tersebut. Saya bukan nak cerita pasala abah saya peregi kebun pukul berapa. Tapi saya nak cerita pengalaman saya dikebun.

Sabtu dan Ahad, saya membantu emak dan abah pegi menuai cili. Bukan padi saja boleh dituai tau, cili pun boleh. Engkau jangan percaya sangat apa yang aku cakap sebab tak boleh pakai sangat pun. Saya tolong memetik cili pada kedua-dua hari tersebut, dan nasiblah cuaca mendung dan tidak pans terik. Kalau tidak pasti muka dah jadi macam udang bakar. Rentung. Saya tak kisahlah semua tu, yang penting saya dapat tolong emak dan abah saya.

Orang kata, kalau kita berbudi pada tanah, rezeki kita akan murah. Syukur alhamdulillah, kami dapat menuai sebanyak 5kg cili padi, ada lebih sikit lah. Itu pun kami stop sebab pinggang saya rasa macam nak patah. Bongkok bangun bongkok bangun. Sakit wooo. Saya dan emak je yang memetik cili yang sebanyak lebih 300 pokok. Tak caya? Siapa nak try, boleh apply jadi one of my mom's worker. HAHAHA. Tapi, lepas lihat hasil, rasa penat terus hilang. Seronok sangat rasa.

Saya tak sempat mengambil gambar untuk ditunjuk kepada reader sekalian. Almaklumlah, takkan bekerja pun nak bawa camera ya tak? Lagi pun saya terlupa charge bateri camera. But, no worries. Mak saya suruh saya balik lagi next week. Insya-Allah saya akan pulang, itu pun kalau tak ada tugas lain yang perlu saya lakukan. Jadual saya memang sangat pack. Tinggal sebulan lebih je nak sampai tarikh langsung pernikahan kakak saya. Penat sungguh.

Jadi, dalam kesibukan ini, mungkin blog ini juga akan sedikit terabai. Maklumlah, banyak perkara dalam waiting list. HUHUHU. So, harap bersabarlah kepada yang sudi mengikuti blog yang tak berapa best ni. Jangan worry, ada kelapangan saya pasti pegi merempat di blog anda. Cuma saya minta, doakan segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih.

*plain gle entry, takda gambar langsung*


untuk orang putus cinta : sentiasa lengkapkan diri untuk terima cinta baru.

Mintak sorry mintak ampun la sebab previous entry tu macam sedikit kasar bunyinya. Maaf, bukan sedikit, tetapi banyak. Menaip ketika emosi menguasai diri adalah sebegitu. Apa kata anda cuba. Cari pasal dengan orang yang boleh membuatkan anda marah, selepas itu anda cuba buat satu entry. Pasti macam mengamuk sakan like Bandi Amuk, yeah yeah. Tak pasal-pasal dah.

Sebenarnya saya buakn suka sangat marah-marah, saya takkan marah kalau orang tak buat saya marah. Ada orang yang suka-suka ke nak marah. Penat tau marah nih. Menggunakan ratusan urat di muka yang boleh menyebabkan muka berkedut dengan cepat. (ini bukan fakta sangat, auta je lebih).

Di sebabkan hari ni emosi tak berapa swing, baik je, maka entry pun ditulis dalam keadaan yang baik-baik belaka. Indah sungguh budi bahasa pekerti segala. (ooii oooii) Nak tanya sikit. Siapa pernah putus cinta? Betul-betul putus punya sampai rasa nak nangis satu lautan Asia Pasifik. Saya mengaku pernah tapi takda lah sampai nak nangis 1 lautan Asia Pasifik. Satu baldi pun tak sampai rasanya sebab nangis pun tak banyak sangat, banyak tidur je. Lepas putus cinta mesti ada yang rasa tak nak bercinta lagi sebab pengalaman lalu yang menghantui diri. Mesti ada kan?

Tapi rasa-rasanya, pada sayalah. Tak perlu dikenang perkara lalu. Saya cakap macam ni mungkin sebab saya yang minta putus. Tapi, so what? It's not the end of the world lah kan? Bina hidup baru, carilah kekasih baru. Tapi, bukan senang nak cari kekasih baru sebenarnya. Betul, lepas apa yang kita lalui kadang-kadang buat kita terfikir, 'Adakah kita akan lalui perkara yang sama bila kita menjalin hubungan dengan orang lain?'.

Tapi, sebelum nak menerima cinta baru tu, apa yang perlu kita lakukan? Kita kenalah lengkapkan diri kita dan minta petunjuk dari Allah adakah dia yang terbaik untuk kita. Kenapa kena lengkapkan diri? Sebab yang paling utama adalah, supaya kesilapan lampau tidak berulang kembali. Perbaiki kelemahan diri terlebih dahulu.

Tapi, sebelum ambil keputusan untuk terima cinta seseorang, beberapa perkara perlu kita ambil perhatian.


1. Dia sahabat terbaik anda.
2. Punya banyak persamaan.
3. Kepentingan anda adalah segalanya.
4. Cinta tanpa syarat.
5. Sentiasa bersedia menjadi pendengar setia.
6. Sering menepati masa.
7. Gerak batin atau naluri

  1. Kalau anda rasa dia memang sahabat terbaik, apa salahnya menerima dia sekiranya dia ingin menjadi kekasih anda. Bila susah mahupun senang, dia adalah orang pertama yang bermain difikiran anda.
  2. Ada yang membuat pemerhatian, kebanyakan pasangan yang mempunyai persamaan, mempunyai ikatan yang stabil. Tapi tidak termasuk artis kot. Tapi terpulang la kepada individu masing-masing.
  3. "cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri" Harry Stack. Bila sayang pada seseorang, pasti kita pentingkan dia dalam kehidupan kita. Nak pilih baju, minta pandangan dia. Nak selesaikan masalah, minta pandangan dia. Ada kepentingan kat situ.
  4. Menjalinkan hubungan tanpa sebarang syarat. Contohnya seperti, bial anda potong rambut pendek, dia tarik muka masam kerana dia lebih suka anda berambut panjang atau botak barangkali. Kalau kita cintakan seseorang itu, kita akan terima apa keadaan sekalipun. Tak kisahlah botak ke, pendek ke, bertudung ke.
  5. Susah senang bersama. Setiap kali berbicara, dia tidak pernah mengalihkan perhatian atau cuba membuka topik lain.
  6. Jika ada temu janji atau date, selalu datang tepat pada waktunya atau before time. Ini dapat menunjukkan kesungguhan dia dalam membina hubungan ini.
  7. Tanya hati dan naluri anda. Selalu orang cakap, kalau kita jatuh hati, hati akan berdebar-debar dan tidak keruan. Sering membuatkan anda gelisah dan tak senang duduk. Dan saling dapat membaca fikiran masing-masing serta menduga reaksi serta perasaan pasangan pada apa situasi sekalipun.

Wah, aku dah jadi Dr Love sekarang ni. Entry ni nak ditujukan kepada orang yang baru lepas putus cinta (adalah nama dirahsiakan). Dan kepada diri sendiri juga, sentiasa melengkapkan diri sebelum menerima cinta baru.

Haah~ Bangga sekejap dengan diri sendiri sebab dapat buat entry macam nih.

credit to: Harian Metro



pelanggan selalunya betol..

Aku baru nak mogok tak nak update blog hari ni. Tapi tiba-tiba tangan aku jadi gatal nak menaip sebab aku marah betul dengan orang yang berlagak. Baru je jadi tadi. 5 minit yang lepas.

Aku buat call ke Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), Johor Bahru punya branch. Biar aku nak letak nama company siap bold sekali. Kasi sedar sikit. Jawatan kau besar mana pun tolong hormat sikit orang lain. Takda luaknya duit kau. Okeh, tolong paham aku tengah marah, jadi bahasa kasar sikit.

Aku call, cakap baik-baik siap bagi salam semua, dia jawab macam endah tak endah. Okay, 1 yang aku paham, kau banyak kerja. Jadi kau tension. Abis, yang aku ni? Kerja tak banyak ke? Kau ingat aku saje-saje nak call kau tanya khabar dah makan belum? Baik aku call Osama Bin Laden sana pastu tanya dia macam mana perkembangan terkini dia. Sehat ke tidak. Huuuh~

Itu aku tak kesah, terpulanglah kau nak jawab salam ke tak sebab aku dah bagi salam, tu tanggung jawab kau nak jawab atau tak. Dan kalau kau tak jawab kau yang tanggung dosa sendiri. Aku takda efek apa-apa. Yang buat aku rasa cam nak marah tapi aku sabar je adalah bila aku tanya dia baik-baik minta dia tolong fax kan quotation for my customer yang nak tahu berapa harga premium insurans yang dia nak beli tu, dia jawab, "You boleh kira sendiri tak sebab saya takda masa nak fax-fax ni semua. Banyak kerja lagi saya nak buat," (cuba kau baca dalam 1 nafas, mesti tercungap-cungap.Aku yang menaip ni pun rasa macam tercungap jugak).Amboi, baik sungguh bahasa engkau, aku tanya baik-baik kau jawab macam taik. Tolong paham, aku memang tengah marah dengan senyuman.

Sebenarnya aku memang tak berapa paham dengan rules yang company insurans dah buat. Sebab semuanya diorang dah tukar especially bahagian underwriting. Banyak sangat accident kat Malaysia ni, sampai company insurans pun tak sanggup nak cover untuk diorang punya insurans. So, kenalah cari initiative lain sebab permintaan customer kan? Naseb aku masih boleh sabar, kalau tak mesti aku dah nangis. Haha, cuba kau bayangkan, aku tengah marah, pastu tiba-tiba aku nangis. Pelikkan? Erm..Tu kenyataan lah. Aku tak reka. Bila aku hilang sabar, aku nak marah pun tak jadi. Secara automatik aku akan menangis tanpa sebab. Mungkin sebab marah sangat kot. Dulu aku kuat nangis la, sekarang tak lagi. Sekarang aku kuat makan. Melalut dah topik lain.

Sambung cerita yang buatkan aku marah tadi. Aku cukup tak puas hati la dengan orang yang jenis macam tu. Baru berpangkat sikit, berlagak macam orang No. 1 negara. Tak kisahlah negara mana, Indonesia ke, Pakistan ke, Bangladesh ke. Waimah besar sangat pun jawatan kau, tolong hormat orang lain, baru orang akan hormat engkau. Ni orang tanya sikit, nak jawab tengking-tengking. Kalau aku tau, takdelah aku telepon kau. Adoi..Kan tak pasal-pasal aku emosi dah sekarang nih.

Satu je harapan aku, tolonglah. Mana budi bahasa nya dengan sesama manusia. Bukan ke kalau kita ber'bisnes' ni CUSTOMER ALWAYS RIGHT walaupun memang salah customer pun. Tapi dalam kes ni aku tak salah, sebab aku nak tanya. Kalau tak tanya sesat jalan. Dah sesat jalan, kau jawab lah sendiri. Kawal sikit emosi, orang lain pun kerja juga, penat jugak.

Sekarang aku nak istighfar banyak-banyak sebab tak pasal-pasal aku marah-marah dalam hati. Banyak noda hitam dalam hati nanti kalau simpan marah lama-lama. Kalau aku nak merajuk pun, bukannya guna. Haha. Tak pasal-pasal nak merajuk.

Aku dah tak marah dah sekarang. Sebab aku tengah happy. Okay. Bye. Hahah.



hari penoh bosan..upload gambar tunang di FB

Sepatutnya pagi tadi aku macam nak bengang and emo-emo sikit. Tapi aku malas nak amek pusing. Buat tak tau je la. Biaselah, perempuan ni ada masa dia akan naik angin tak tentu pasal.

Bukak facebook, upload gambar tunang. Bukan aku yang tunang, kakak aku lah. Tiba-tiba ada org menyampok..

X: Selamat bertunang.
Aku: Thanx.
X: Bila mau nikah.
Aku: Bulan 6.
X: Di mana?
Aku: Johor, Malaysia (aku ckp malaysia sbb aku rs dia mamat endon)
X: kok jauh (slang endon)
Aku: coz i'm malaysian, buat kat malaysia lah.
X : knp xnikah bulan 5 sama dgn tarikh lahir (amboi, stalker aku ke ape smpai besday pn amek kira sume)
Aku : bukan sy yg mau nikah, my sis..
X : laaa..*&^$%#^&)(*)
Aku : malas nak layan, (jwb sambil lewa.. nnt dia ingat aku dah syok kat dia.)

Sekali, tiba-tiba dia hantar mesej kat inbox. "kok marah2". Adoi, malas dah aku nak layan, terus aku spam je mamat tadi. Aku cakap elok2 dia kata aku marah2..Kan aku dah marah betol..Amek kau.

Angin satu badan dah ni. Nasib aku boleh tahan sabar. Photoshop aku dah ok, so boleh la ber'fotoshop' balik. Sebelum ni asik bengong je sampai aku rasa nak korek je idong. Merepek dah.

Aku usha-usha gambar kat facebook. Tetiba tak pepasal aku nak jealous orang g makan angin sume jalan-jalan ngan family, ngan bff kononnya..Lama dah wei aku tak g makan angin, buang angin je adalah. Huuuh~ pengotor betol. Kuar jalan-jalan ngan kawan-kawan, tengok wayang semua. Last aku tgk wayang cerita Geng Pengembaraan Bermula. Tu pun ngan mami.

Aku rasa, aku bosan gila hari ni. Sebab aku rasa hari ni aku takda hala tuju. Ada sesiapa nak mendorong aku membuat perkara berfaedah? Atau nak menunjukkan aku ke jalan yang tidak membosankan? Sebab poket penuh riang ria dah hilang dari hidup aku. Hahaha. Silakanlah.




the three words day

Happy 1.4.3 day.

i love u
i hate u
i like u
i need u
i want u

aih~~ macam-macam la.
Masa sekolah dulu, suka sangat celebrate 1.4.3 day. Boleh ber'love-love' dengan kawan-kawan. Aku sekolah pompuan semua eh, tak main cintan cintun monyet masa sekolah. Less adalah dilarang sama sekali.

So, happy 1.4.3 day lah kepada semua. I like you day. Yang lagi 4 kat atas tu tak boleh pakai.


*date posting pun 1.43 am*

Meh kiss atas angin skit..huhu..


Timeless (Abadi)

Lagu ni, telah ditranslate oleh saya menggunakan sebuah laman web secara direct translate (nmpk sgt takda kerja nk buat). Korang tekalah lagu yang sebenarnya macam mana sebelum baca terus sampai ke bawah. Gelaklah kalau nak. Tajuk lagu ni dalam BM adalah Abadi.

Abadi

Bayi datang kesimpulan membiarkan saya memberitahu anda ini
Dalam satu bisikan jantung saya kata anda tahu ia terlalu
Bayi kita kedua-dua berkongsi satu hasrat rahsia
Dan anda rasa cinta saya mencapai untuk anda

Abadi
Jangan biarkan ia berakhir (tidak)
Kini bahawa anda adalah di sini dalam lengan-lengan saya di mana anda patut tinggal
Mengadakan bayi yang ketat
Abadi
Jangan biarkan ia memudarkan daripada melihat
Membiarkan sahaja saat-saat menyapu kami kedua keluar
Mencabut kami ke mana
Kita kedua-dua bersetuju
Ia adalah hanya cinta abadi

Saya melihat ia bayi semua dalam mata anda
Apabila anda melihat pada saya saya tahu saya rasa ia terlalu (ya saya buat)
Begitu mari layar keluar dan menjadi selama-lamanya bayi
Di mana lautan hablur mencairkan kepada langit
Kita tidak sepatutnya membiarkan hantaran masa
Membuat saya menggigil mari rekaan ia berakhir
Mengapa kita hilang ia tidak pernah membiarkan saya pergi

Abadi
Bayi nya abadi
Oh bayi nya abadi

Abadi
Jangan biarkan ia memudarkan daripada melihat
Membiarkan sahaja saat-saat menyapu kami kedua keluar
Mencabut kami ke mana
Kita kedua-dua bersetuju
Ia adalah hanya abadi
Ia adalah hanya abadi

Hahaha. Kelakar nak mati dia punya translation. Nak pecah perut aku dibuatnya. Ini yang real punya. Bandingkan lah.



Timeless - Justin and Kelly
Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you feel my love reaching out to you

Timeless
Don’t let it end (no)
Now that you’re right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless love

I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too (yes I do)
So let's sail away and be forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn’t let the moment pass
Making me shiver let’s make it last
Why should we lose it don’t ever let me go

Timeless
Baby its timeless
Oh baby its timeless

Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless
It’s just timeless

tolong fikirkan tajuk utk saya, boleh?

Hari ni nak cakap pasal mimpi. Bukan mimpi basah tahu. Takda kaitan dengan air lansung. Huuuh. Saya bermimpi mengenai perkara yang saya fikirkan pada siang hari dan memerlukan jawapan untuk mengambil tindakan sebelum membuat keputusan. Itu pun bermimpi sebelum saya melakukan solat istikharah.

Dalam mimpi tersebut, saya kelihatan seperti berada di sekolah iaitu di dalam kelas, sedang tekun menelaah pelajaran. Rakan-rakan disekeliling semuanya saya tidak kenal, dan rupa-rupa baru belaka. Persoalan yang timbul difikiran saya. Adakah itu merupakan salah satu petunjuk kepada saya samada menjadi seorang pendidik (dalam erti kata lain cikgu) atau saya sendiri yang memerlukan orang untuk mendidik saya. Haaah. Complicated bukan? Maksud saya, saya perlu melanjutkan pelajaran. Orang kata mimpi adalah mainan tidur. Tapi kenapa Allah memberi petunjuk melalui mimpi. Kan? Maknanya, ada sesetengah mimpi yang betul-betul boleh memberi kita petunjuk sama ada kita sedar atau tidak. Yang selainnya adalah mainan tidur atau gangguan syaitan.

Saya tidak tahulah sekarang ini. Bila dah dapat job offer yang lebih baik, saya menolak. Bila tak dapat, saya dok sibuk apply sana sini. Semalam pak cik saya cakap, dia suruh saya buat solat istikharah minta petunjuk. Dan keputusan saya itu pun telah mendapat restu dari mak abah saya, malah mereka menggalakkan lagi. Saya sebenarnya takut nak tahu apa keputusan yang saya perlu buat nanti. Haaaah. Syaitan ni tak habis-habis nak menghasut aku. Zikir kejap.

Saya sudah 8 bulan bekerja, dan tinggal tidak sampai 4 bulan akan mencecah 1 tahun. Nak berhenti kerja? Memang sayang nak tinggalkan kerja. Sebabnya, kerja di sini seronok, di samping bos yang baik hati. Dia tak kisah kalau saya cerita masalah kerja pada dia. Malah dia akan bantu, begitu juga sebaliknya. Walaupun dia seorang bos, dia tidak segan silu bertanya perkara yang dia tidak tahu pada saya. TAPI.. Pada masa yang sama, saya rasa saya perlu melanjutkan pelajaran lagi kerana saya rasa saya perlu dan saya mahu tebus segala kegagalan saya dahulu. Saya takdalah gagal degree. Lulus tapi tidak cemerlang seperti rakan saya yang sering mendapat Dean. Jealous tahu.

Aiiih~. Pening tahu tak. Lagi-lagi sindrom PMS (perempuan memang sensitip) ni tiba-tiba je muncul. Tak pasal-pasal nak emo. Sepupu saya bagi tahu keputusan SPM dia, saya yang sedih tolong nangiskan macam saya yang ambil keputusan. Pastu bila orang cari pasal, mula aku nak melenting-lenting lompat kijang tak tentu pasal. Jadi perempuan memang complicated. Aih.. Tak baik mengeluh. Tapi, perempuan adalah makhluk tuhan paling seksi ape. Tak payah pakai seksi-seksi pun dah seksi. (merapu dah, baik skip)

Maka, di sini saya MAKHLUK TUHAN PALING SEKSIbernama Nurul Ain dengan rasa rendah dirinya ingin meminta pandangan kawan-kawan, sedara mara sekalian, cikgu-cikgu, bapak-bapak, abang-abang, adik-kakak sekalian, tolonglah doakan perjalanan hidup saya berjalan dengan lancar. Aminnn~. T____T


semalam entry panjang sangat, hari ni panjang sikit je..

Saya perhati punya perhati punya perhati, apa pasal keywords yang membuat seseorang tu tersesat ke blog saya adalah kisah Mona Fendi yang sebenar. Kenapakah? Mengapakah? Siapakah? Apakah? Pening kepala dibuatnya. Saya memang takda kena mengena dengan manusia bernama Mona Fendi tersebut, bersaudara adalah jauh sekali. Cuma saudara seagama mungkin. Mona Fendi asal kat mana, makanan kegemaran dia pun saya takda tahu. Yang saya tahu, dia ini adalah manusia yang kejam kerana sanggup menetak manusia lepas tu dimasak dan dihidangkan kepada orang. Itu cerita yang saya tahu, cerita sebenar saya memang takda tahu. Sebab masa itu saya masih kecil, suci murni. Apa akallah nak amek tahu pasal kes bunuh-bunuh ni. Pasti yang bermain kat fikiran adalah teddy bear, cartoon Tom & Jerry (sampai sekarang saya suka cartoon neh) dan lain-lain la.

Sudah baca entry semalam? Panjang sangat kan? Saya pun ambil masa dua hari nak baca sampai habis. Baca sekejap, stop. Baca sikit, stop lagi lama. Huu. Mana lah tak abes-abes dibuatnya. Sebab itulah saya takda ambil subjek yang banyak membaca sebab saya kurang minat membaca. Saya hanya suka pada nombor serta gambarajah sahaja. Haaa. Jangan jadi macam saya sudah. Jadi diri sendiri saja senang.

Semalam saya telah membuat hal, dan telah menyebabkan seseorang telah terkecil hati dengan saya. Rasanya lah. Sebab saya hantar sms tak dibalas, call pun tak dijawab. Tak apalah. People make mistakes. Belajarlah dari kesilapan ye dak? Kalau tak nanti akan rasa diri perfect je, sebab tu aku tak suka jadi prefect. Ha Ha Ha. Takda kaitan lansung. Okeh, perempuan syok sendiri ni dah mula melalut. Skip je lah perenggan tak penting ni.

Kerja? So far so good. Saya mula sayang pada kerja saya. Meja saya. Kerusi saya yang boleh pusing-pusing sambil membuat bising ni. Dan yang paling penting, pc saya ni yang telah menyimpan macam-macam khazanah alam. Saya punya khazanah la. Tapi, pagi tadi, tiba-tiba saya rasa macam berat hati pulak kalau sekiranya saya terpaksa meninggalkan tempat kerja ini. Ye lah, mana tak nya, saya boleh online sepanjang office hours. Bila takda kerja, saya boleh lompat-lompat blog. Saya takda suka membuat online shopping, so takda pernah menshopping online. Tengok-tengok facebook orang, sebok-sebokkan diri wat keje lain, macam-macam lah. Lagi, saya dapat tinggal bersama keluarga, which is jimat duet sewa rumah dan transport semua. Saya pergi kerja mami saya ambil dan hantar okeh. Malu je. Huuu. Tapi takpa la, as long as saya dapat jimatkan duet. Kan? Kan? TAPI!!! Kalau saya diberi peluang bekerja dan berhijrah ke tempat lain, means lebih jauh.. Macam mana? Mesti emak saya takda bagi punya. Even saya nak mintak kerja di KL dan duduk dengan kakak saya pun dia takda bagi. Okeh, saya faham 1 benda. Keselamatan diri saya yang emak saya pentingkan. Itu saya faham, tapi sampai bila. Kan?

Saya percaya peluang ada di mana-mana. Semua berserah pada usaha sepenuhnya. Kan? Lepas berborak dengan rakan, mintak pandangan sekali, akhirnya saya rasa lega dan tak pyah pening-pening pasal job offer tersebut. Dan yang pasti sepasti-pastinya : BELIEVE IN YOURSELF. Itu sebaik-baiknya. Dan saya ras, saya dah ada 1 keputusan muktamad, which is ______. Ha Ha Ha.

Tunggu dan lihat sajalah.
Siapa ada adik atau saudara mara yang ambil keputusan SPM hari ni? Good Luck, semoga mendapat keputusan terbaik. Tidak lupa juga kepada 3 orang sepupu saya iaitu Siti Aisyah, Muhamad Rafiqi dan Hairry. Semoga mendapat keputusan yang terbaik untuk kalian. Percaya pada keupayaan diri sendiri.





Email forward

Pagi tadi saya menerima email ini. Jadi nak kongsikan dengan semua reader supaya saling ingat mengingati. Buang yang keruh, ambil yang jernih daripada cerita yang ingin disampaikan. Saya memang kurang gemar main forward forward email ni, jadi paste kat sini lagi mudah rasanya. Marilah baca.

**************
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Has him Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon
bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
Butir asal permohonan.. ...

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam C ina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi..... . semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hart ina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hart ina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hart ina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga..

Apa Hart ina buat masa tu? Hart ina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hart ina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah mengh ina bapanya dengan menukar nama Hart ina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul b ina tang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan h ina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan..

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si m ina ci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya..

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si m ina chi ni. Heran sungguh. Bila si m ina chi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si m ina chi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. . Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtadini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London .. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu..
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. D ina mik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati... "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati..

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
*******************

MArilah sama-sama renung-renungkan..


8 Mac 2009 sudah berlalu...

Siapa rasa rindu pada saya tolong angkat tangan dan tinggalkan komen di ruang komen. HA HA HA. Rasanya takda dan hanya aku yang syok sendiri tak sudah-sudah. Tak apalah. Sebab saya tahu ada orang yang rindu pada saya. Ehem ehem.

Majlis tunang kakak saya berjalan dengan lancar sampaikan kami sekeluarga beratur menunggu giliran di hadapan tandas. Tersakit-sakit perut dibuatnya kerana penangan ayam masak lemak cili padi mak cik saya yang pedas sangat tu berserta sambal tumis sotong yang tak kalah juga pedasnya. Okeh, tak tipu. Saya dan mami sampai berebut-rebut nak masuk tandas. Bergilir-gilir tanpa henti. Pedas yang maha dahsyat sampaikan saya tengok abang saya makan sambil meleleh air mata, hingus segala(okeh, sangat tipu ayat ni). Peluh tak payah cakap.

Maka, dengan itu telah sah kakak saya menjadi tunangan orang. Ada orang siap sound kat saya, lepas ni turn saya. Adoi, soal jodoh ni mana boleh ikut turn. Dah sampai jodoh adalah. Kalau takda tunggu jelah bak pungguk rindukan bulan. Bermadah pulak aku hari ni.

Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada awal bulan 6 dan persiapan semua macam pos laju. Segalanya perlu laju dan pantas. Saya selaku adik juga tidak ketinggalan untuk mensibukkan diri bagi pihak kakak saya, sehinggakan saya rasa macam saya yang naik pelamin. Tak tipu, aku rasa macam nak naik pelamin je. Tapi bukan kawin la ayyoh, naik pelamin tolong betul-betulkan pelamin segala and pasang apa-apa yang patut. HEHEHE.

Kek coklat yang dibuat oleh saya telah kelihatan seperi tidak menjadi. Senget sana sini dengan kedudukan strawberry yang lintang pukang plus badam hiris yang tak berapa nak nampak. Termalu sendiri dibuatnya.


Hari ni aku nak bebel panjang sikit, so bersedialah untuk membaca entry yang panjang.


Sepanjang majlis saya hanya berkepit dengan kakak saya di dalam bilik kerana saya adalah photographer tak bertauliah beliau. Masa cincin disarungkan ke jari manis, saya lihat kakak saya sayu sambil menitiskan air mata. Sampaikan saya rasa pun macam nak nangis meraung-raung tak tentu pasal. Okeh, tak logik.

Kenapa mesti nak sayu ek? Erm, tak paham sikit. Kena alami sendiri baru paham kot. Masa kakak nak pulang pun dia peluk saya pastu nangis lagi. Dia ni memang kuat nangis sikit. Heee. Nak balik KL pun akan nangis sambil peluk mak macam takkan pernah jumpa lagi. Dia pun ada cakap, sejak dua menjak nak kawen ni, kerap sangat rasa sedih. Ayyoo. Kenapa nak sedih, patutnya gembiralah. Dapat sehidup semati dengan orang yang kita sayang, ye tak. Dah saya kata dia memang kuat nangis. Nak buat macam mana lagi tapi dia seorang yang penyayang.

Gambar segala saya akan update kemudian sebab rasa macam takda mood nak upload gambar banyak-banyak. Nak membeel je hari ni.

Perjumpaan keluarga memang seronok dan membahagiakan. Lebih-lebih lagi keluarga saya adalah jenis keluarga yang riuh rendah. Tak kering gusi dibuatnya. Lebih-lebih lagi abang saya. Suka sangat buat ntah pape pastu orang akan gelak. Boleh pulak dia pakai tudung mak cik saya pastu berposing macam perempuan padahal kat muka ada misai dan janggut segala. Adoi, naik pecah perut dibuatnya. Seronok lah pendek kata. Panjang tak kata apa-apa lah. Dia senyap je.

Dah panjang sangat kot melalut, takot nanti membosankan pulak. So, update mengenai majlis temmpoh hari akan dilakukan secara berkala. Saya perlukan rehat sedikit sebab semalam tidur lewat. Bertemu janji dengan tandas yang menyeksakan.



counting days

3 days to go.. Malam ni kakak saya akan pulang dari Shah Alam.

Esok. Saya on leave. Akan pergi bertemu doktor gigi kesayangan. Lepas baca di paper mengenai seorang patient yang dicabul oleh doktor gigi sendiri, saya menjadi takut pulak. Sebenarnya takdalah takut sangat. Cuma seram je. Lagi pun dentist saya adalah seorang perempuan. Apa nak ditakutkan. Takkan dia nak mencabul. Aih? Dah dah stop.

Saya pergi berdua esok. Bersama kawan rapat. Best friend. Lepas tu nak jalan-jalan. Makan angin. Shopping-shopping sikit. Makan-makan sikit. Macam-macam lagi lah. Mungkin lepas tu akan pergi mencari pasal.

Saya dah ketandusan idea sebenarnya. Tak tau apa nak dituliskan lagi. Sense of humor saya pun seakan-akan sudah luput dek usia. Sekarang dah bulan March, 2 months to go. Lepas tu saya takkan lagi menjadi manusia bernama Nurul Ain anak kepada encik Karim yang berumur 22. Nama still sma lah, cuma umur je takda sama lagi. Aiyoo, bila usia makin meningkat ni, saya semakin risau. Tanggungjawab akan menjadi lebih banyak beserta cabaran yang maha dasyat. Ilmu di dada (kenapa di dada bukan di otak?) perlu diperbanyakkan lagi supaya akidah dan iman tidak terpesong.

Lately ni, saya ada berfikir. Adakah wajar saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Bagaimanakah pula nanti? Aih.. macam-macam. Saya tak nak end up carier saya sebagai seorang pensyarah sebab saya rasa saya tak layak untuk bergelar pensyarah atau berada dalam kelompok pendidik ni. Bukan kutuk golongan pendidik lah, ayyo. Saya cakap sebab saya tak cukup gagah nak jadi pendidik. Tak cukup sabar. Bukankah mendidik tu memerlukan kesabaran. Sesungguhnya minta petunjuk dari Allah itu adalah yang sebaik-baiknya.

Hari Sabtu saya akan sibuk, begitu juga Ahad. Isnin cuti bersempena sambutan Maulud Nabi. Mari pergi berarak beramai-ramai. Huuuuu~

Will update about the engagement ceremony later with a lot of pictures(maybe) and some interesting story.
Till then.


wow!! 5 days to go..

Emosi di waktu pagi..

Wow! Wow, wow, wow dan WWWOOOOWWWW!

Okeh, terover sekejap. Hari ni takkan menjadi malas macam semalam, sebab telah dimotivasikan oleh diri sendiri. Takkan malas update blog lagi. Sebaliknya akan menjadi lebih rajin. Ya, rajin mengarang, merepek. Mungkin suatu hari nanti boleh jadi penglipur lara kepada anak-anak serta cucu cicit. Di masa akan datanglah.


5 days to go. Saya pulak yang over tolong countdown bagi pihak kakak, padahal empunya badan punyalah cool macam takda perasaan. Mana tak cool, semua benda pun ada orang tolong settle kan. Hantaran : nearly done. Menu : hampir confirm. Baju : kau pikir lah sendiri nak pakai baju apa. Tukang andam : Dah ada, si Amanda itu. Amboi, over tau. Dia punya goyang kaki kat sana. Hari Khamis baru nak pulang ke pangkal jalan. Aik? Pulang ke Johor lah. Nasib lah mempunyai adik yang cerewet ni, kalau boleh semua nak buat sendiri.

Mak cik saya kata, " Kat hantaran tu nak bagi telur tak?"
Dengan slambe saya jawab, "Telur tu boleh buat sendiri ke?"

Telur adalah sangat dilarang. Saya tak suka membagi telur rebus sebab ia adalah sangat biasa. Cuba bagi buah kelapa ke, durian ke. Sabun basuh ke. Sangat rare dan tidak dibuat orang. Hasilnya, saya kena gelak dan kena lepuk. Padan muka aku, nak sangat kelainan konon.

Hari ni kerja bertimbun-timbun, sampaikan jam 2 petang baru pergi lunch. Tu pun semacam tak berapa lapar. Cuma disebabkan perut dah macam dikunjungi angin, aku sumbat jugak makanan dalam perut. Cuma 5 sudu je. Kenyang dah lepas tu.

Emosi di waktu petang..

Sedih sikit. Sebabnya.. adalah.. Takkan semua masalah nak bagi tau kat semua orang kan? Tapi yang penting, ia melibatkan emosi saya juga sebagai seorang anak. Apakan daya, kalaulah saya mempunyai super power yang maha super, pasti saya akan membantu semua ahli keluarga saya terutama sekali mak bapak saya. Itu pun , KALAU saya ada super power. Tapi saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Okeh, emosi tiba-tiba berubah. Air mata ni macam tak tau malu nak turun depan bos. Naseb ada wiper, jadi tak berapa obvious. Ha Ha Ha. Kasi gelak sikit, jadi tak nampak sangat yang aku ni suka nangis tak pasal-pasal.

Tiba-tiba saya rasa macam saya perlu lakukan sesuatu supaya keadaan tersebut....arghh..Tak tau nak abeskan ayat ni macam mana. Yang pasti, otak tengah serabut sangat ni. Campur dengan sedih bagi pihak emak saya. Tapi saya tak tahu persepsi orang lain. Haaaaaaaaaaaa. Okeh, stop sampai sini. Kalau tak nanti akan menyebabkan saya menagis tak pasal-pasal smpai banjir lumpur satu negeri Johor.

Kerja semua sudah selesai, sekarang adalah masa untuk saya berehat. Sebab tadi telah menggunakan masa rehat untuk menyiapkan kerja. Perut pulak dah berangin. Kepala aku ni pun tak pasal-pasal berangin jugak. Tak puas hati. Dari pagi tadi, kalau orang dok kata perkara buruk pasal mak saya, saya akan tunjuk muka empat-ploh-pat, siap dengan muncung yang boleh buat gantung baju. Tadi pun sama. Tiba-tiba nak mengamuk. Saya marah betul. Kalau yang bercakap tu baik sangat takpa. Ini..entahlah...

Geram..Geram..Geram..Okeh, kali ni saya betul-betul rasa nak nangis sebab tiba-tiba rindu pada emak. Disebabkan insiden 27 Disember itu, saya sudah jarang sekali pulang ke rumah bertemu emak saya. Jarang sangat. Disebabkan orang lain, saya dan emak saya seakan-akan dipisahkan.


Gambar ni diambil semasa menghadiri wedding kawan saya iaitu Nurul Haizum. Tekalah yang mana satu mak saya, yang pastinya bukan yang baju hijau tu, sebab itu emak pengantin. Mungkin yang tengah tu kot mak saya. Okeh, sekian. Nak pegi nangis 7 dulang. Eh, silap-silap. 7 tempayan.


tersebutlah kisahhhh...

Saya malas nak update blog. Sebab saya rasa takda cerita yang nak diceritakan. Mungkin kalau saya jadi penglipur lara, pasti banyak cerita serta kisah-kisah tauladan yang akan disampaikan diblog ini. Malangnya tidak. Tersebutlah kisahhhhh......

Saya mengantuk dan menjadi malas pada hari ini. Itu pun setelah siap membuat akaun untuk tahun lepas baru tergerak hati nak jenguk blog merepek ni. Perasaan rindu memenuhi ruang hati. Amboi, sentimental kejap. Bukan rindu apa pun, rindu pada masakan emak saya. Yang sentiasa mengikuti kehendak anak tekak saya yang tak henti-henti laparkan masakan beliau. Mak saya akan masakkan apa saja kemahuan saya dan kehendak saya. Sebab tu saya boleh jadi ikan buntal kalau duduk kat rumah tanpa berbuat apa-apa. Sekarang, sejak berjauhan dengan mak, saya dah tak jadi ikan buntal lagi. Saya semakin hampir ditransform kepada ikan bilis. Ayoyo.

Barang hantaran untuk majlis pertunangan kakak saya hampir siap. Tinggal tunggu dia pulang dari Shah Alam saja. Saya pulak yang risau. Sebab takut semua persiapan tak sempat. Kek untuk hantaran saya akan sponsor which is home made cake. Tak kuasa aku nak beli kek yang belum tentu sahih kesedapannya. Tapi Secret Recipe memang sedap. Rasanya lebih berbaloi kalau kek itu dibuat sendiri. Untung-untung sedap, haha. Boleh buat bisnes time raya. Market tu penting ya.

Aku ni cakap putar belit. Tadi kata malas nak update blog. Tapi bila dah update, berjela-jela pulak panjangnya. Pastu merepek tak tentu pasal. No wonder la tak ramai reader blog aku sebab aku sendiri pun jarang lompat-lompat parti blog orang nih. Tapi, itu pun disebabkan aku sibuk membuat kerja. Lainla kalau aku duduk di rumah. Pasti siang malam pagi petang aku akan mengadap blog korang tunggu di update. Tanpa jemu-jemu.

12 hari terputus hubungan. Bukan terputus apa, disebabkan handphone rosak maka handphone saya menjadi bisu untuk kesekian lama. Nasib baik 6 hingga 9 Mac ni ada mobile fair di shopping complex berdekatan. Boleh pergi sambar dalam sedozen dua buat koleksi.

*yawn*
Mengantuk punya pasal. Nak ambil masa dalam 5 minit untuk lelapkan mata since masa rehat tadi dah sebok siapkan akaun. Manguap lagi. Astarghfirullah...

zzZZZzzzzZZZZzzzzZZZZZzzz



Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards