• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Doktor Tak Kata Saya Mengandung


Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat pada Allah sebab memberikan saya peluang untuk menggunakan kepandaian akal fikiran ke jalan yang benar. Dan Insya-Allah saya akan menunaikan nazar seperti yang telah saya niat sebelum ini.

Semuanya erjalan sangat lancar seperti tanpa di duga. Ibarat buah durian yang tiba-tiba jatuhke rba. Apa jadinya?? Luka la kan.. Tapi kenapa orang selalu memberi perumpamaan kalau rezeki datang mencurah-curah adalah seperti durian runtuh.. Argh, abaikan.

Baru je lepas pulang dari membuat medical check up. Buat X-Ray, morphine test, blood test, periksa mata, blood pressure dan sebagainya lah. Saya rasa seronok sebab tak perlu tunggu lama. Tak sampai 40 minit semuanya dah siap walaupun perlu tunggu giliran yang ke-8. Cukup pantas tak?

Result segala test keluar pun tak sampai 10 minit, tak sempat nak bermesra dengan baby yang duduk sebelah seat saya tadi. Cute betol. Tangan lepas kena cucuk masih terasan sengal dia sampai sekarang. And doktor takda cakap macam, " Tahniah cik, tak lama lagi cik bakal jadi ibu," Takda. Takda. Dia cuma cakap, tahniah cik. Diterima bekerja di .......... dan cik boleh pulang sekarang.

Aku yang terbangak dekat situ terus tanya, "Ah?? Betul ke? Terima kasih."

See. Terlalu cepat servis dia sehinggakan tak berasa jemu menunggu giliran di situ.

Oklah, perut saya memang takda isi. Sebab belum kawen lagi. Mana boleh ada baby. Yang ada lemak tepu serta tidak tepu yang sukar untuk dihapuskan. Siapa ada formula tolong bantu saya.

Sekian.


Eceh.

'Kerja' Gila

Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru dan selamat membuka baru.

Perasaan saya sangat sebal hari ni sebab perlu bekerja pada hari sepatutnya tidak bekerja. Sebal tahu. Bukan sebak.

Bangun tidur pagi tadi pun macam nak tak nak. Tapi bangunkan juga sebab perlu solat Subuh menunaikan kewajipan. Dalam hati dah macam-macam rasa sebab perlu kerna. Nak maki hamun pun dalam hati saja. &^%&**^$£%$^%&*&££

Shift button kat keyboard saya ni memang gila. Abaikan.

Kita sambung cerita perlu kerja waktu cuti.

Ini bukan kali pertama saya perlu bekerja pada waktu cuti umum. Semasa sambutan Hari Malaysia pun saya perlu bekerja. Ini kan pula Maafl Hijrah yang tidak mendatangkan apa-apa makna pada kaum yang bukan beragama Islam. Sepatutnya pada hari ini boleh melakukan perkara-perkara seperti berpuasa dan berdoa banyak-banyak semoga perjalanan kita pada tahun ini berjalan dengan lancar dan diredhai Allah hendaknya.

Tapi apa nak buat. Kerja makan gaji. Bengang jugak rasa. Tapi what can i say. Boss is always do the right decision even though he sometimes makes silly mistakes like, what does it mean by PARENTS? Bo**h betul.

Saya rasa blog saya sekarang menjadi tempat luahan ketidakpuas hati saya terhadap kerja saya. Terima saja lah seadanya sehingga saya membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa perhaps. Ahahaha

Nak buat-buat demam dan sakit kepala boleh tak? Takda mood nak kerja. Dari pukul 9 saya masuk kerja sampai sekarang belum satu kerja pun saya sentuh. Pagi-pagi mengadap komputer buka FB, Email, Email, Email (berapa banyak email daa), blog dsbg. Tak da mood. Turn on radio semua lagi Christmas. Lagi lah malas aku nak kerja. Takda pulak lagu Maal Hijrah. Kalau tak boleh beraksi nasyid dalam office.

Emm. Nak pergi pusing-pusing belakang office sekejap. Melawat anjing sakit parkinson asyik ketar-ketar tu. Lepas tu agak-agak kat luar panas baru masuk office buat kerja.

TATA.


p/s: i love u

Cara Release Stress Di Pejabat

Lately ni saya memang berasa sangat stress dengan kerja. Bukan kerja pun sebenarnya. Sebab kerja saya sangat fun. Tapi saya berasa stress dengan bos. Biasalah, nama pun boss. Mestilah bossy kan?

Apa yang anda lakukan kalau anda stress dengan kerja? Saya nak berkongsi sedikit rahsia bagaimana saya release stress di tempat kerja. Caranya amat mudah.

1. Terdapat komputer di pejabat? Err, tak da? Pejabat alaf berapa ni? Cikai2 company kecil pun pasti ada sekurang-kurangnya satu. Pastikan bila sudah mempunyai komputer, ada mempunyai internet untuk berhubung. haha.

2. Mesti ada akaun FB. Siapa yang belum ada silalah buat. Emak saya pun ada Fb tahu. Mak cik-mak cik saya. Atok saya. Eh, atok takda dah lama meninggal.

3. Bila dah ada Fb, boleh main game. Game kegemaran saya adalah Sorority Life. Biasalah namapun perempuan. Pergi shopping. Beli baju beli kain beli seluar. Bela binatang peliharaan. Part yang paling best boleh pasang bf banyak2. Ada bf iras2 muka Price William, pelaakon Hong Kong. Macam-macamlah. Mengembara ke Paris, Tokyo dan terbaru di Milan. Syok woo. Siapa yang belum add saya silalah add ya. Join my house. Saya dah leve 151. Sikit baru. Tak cukup energy la nak boost laju-laju. Asyiklah kena hentam kena fight. Lemah eden.

4. Bagi yang bosan dengan kerenah boss dan merasakan seperti tidak tahan untuk bekerja lama di situ, bolehlah log in ke mana-mana web yang menyenaraikan jawatan kosong terkini seperti Jobstreet, Monster, JobsDB, CareerJet apa lagi. Banyak sangat. Pastu boleh cuba-cuba nasib mana tahu boleh kata sayonara pada boss yang banyak songeh.

Banyak lagi nak senarai. Saya dah nak cabut balik ni. Boss takda. Esok nak ke Klang. Hai Klang, wait for me.

babai.

**excited**

Disember

*Akhir tahun musim hujan. Musim banjir. Tapi alhamdulillah kejadian banjir tidak berulang di kediaman saya. Syukran.* Intro tidak bertindak secara langsung dengan entry.

Saya akan ke Klang Ahad ini. Yeay! Nak pergi makan nasi minyak kawan secara percuma. Ustaz pernah cakap, tak baik kalau orang dah jemput ke majlis dia tap kita tak datang. Nasib saya ada kelapangan. Poket pun ada isi sikit. So boleh la lebarkan sayap hujung minggu ini.

Orang tua-tua cakap pergi ambil berkat. Mana tahu bunga yang tak kembang-kembang ni boleh kembang bila pergi majlis orang. Ahaks. Kembang semangkuk pun jadilah.

Disember dah menjelma bermakna tirai 2010 akan dilabuhkan tidak lama lagi. Maka hadirlah 2011. Harapan saya untuk 2011 supaya segala urusan saya dipermudahkan dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya.

Berat badan saya meningkat secara mendadak tidak terkecuali bahagian perot. Ah, how sad. Harapan dapat mengembalikan berat badan ideal pada tahun hadapan. Hopefully.

got to go. babai.




12 Tahun Yang Lalu Umur Saya 12

How time flies.

12 tahun lepas, pada waktu ini, hati saya berdebar-debar menunggu keputusan UPSR. Kini giliran adik saya pulak untuk rasa berdebar. Err, rasanya dia takdalah seberdebar mana. Nampak relaks saja. Macam konfiden sangat.

Saya telefon emak. Emak tak dapat pergi sekolah sebab motor emak rosak. Kesian emak, tak dapat ambil keputusan periksa adik. Abah pulak kerja jauh di Labis nun. Jawabnya emak menunnggu saja di rumah. Saya telefon emak, minta nombor telefon sekolah.

Saya telefon sekolah. Engage. Lagi. Tak dapat dihubingi. Saya cuba lagi akhirnya dapat disambungkan. Dan keputusan UPSR pun dah diketahui.

Saya bagi tahu emak. Adik tak dapat keputusan seperti yang kami semua harapkan. Emak sedih. Hampa. Saya yang mula-mula cool konon tak nak nangis pun turut termenangis sebab dengar emak menangis. Kesian emak. Anak perempuan dah lepas. Tapi yang satu ni boleh tak lepas. Saya cakap dengan emak. Takpa lah, itu pun dah alhamdulillah dia lulus. Sekolah menengah boleh cuba lagi.

Saya letak telefon. Saya termenangis. Saya teringat masa saya ambil keputusan dulu. Emak menangis gembira bila saya dapat keputusan 5A. Abah pun gembira. Satu-satunya anak dia yang pernah dapat 5A. Err.

Abah bagi saya duit RM50. Masa tu dah kira banyak sangat. Saya simpan dalam akuan BSN. Bangga sangat dapat buat ibu bapa gembira dengan pencapaian akademik saya. Bertambah bangga bila dapat masuk sekolah asrama penuh.

Owh, how time flies. Cepat betul masa berlalu. Macam tak rasa sekarang dah berumur 24 tahun. Mak cakap dah boleh kawen. HAHAHAHAKUBELUMNAKKAWEN.

Adik, tahniah Aku tetap bangga dengan keputusan periksa kau. Tapi satu benda aku nak cakap dengan kau. Aku lagi pandai dari kau. Tak boleh lawan. AHHAHAAHAHAHAAHA

Keputusan dia : 1A 4B. Not bad. Kaki TV. Kaki game. No books. No study hard. Tak macam kakak dia rajin. hahaha *pengsan*

Bila Perempuan Dan Mula Perasan Lagi?

Hai. Selamat petang. Anda semua apa khabar? Saya alhamdulillah semakin siaht semakin montel dan semakin perasan. Eh eh, tak tak. Salah tu. Saya tak perasan pun.

Dah sebulan mempunyai kekasih hati pengarang jantung yang baru, tapi tabiat malas udate blog masih berleluasa. Tak tahu la kenapa. Mungkin terlalu syok main game dalam laptop sampai lupa pada blog sendiri. Mungkin juga. Atau mungkin memang sengaja tak nak update bagi orang rindu. HAHAHA. Anda pilih la nak yang mana satu.

Kepada peminat novel, saya ada berita baik menanti anda. Insya-Allah tahun depan (berapa hari je lagi, tak lama pun) saya akan menjual semua novel bukan kepunyaan saya yang saya rembat entah dari mana kepada sesiapa yang berminat dengan separuh harga. Adalah dalam 10 biji rasanya. Judul novel akan saya beritahu kelak sebab saya akan pastikan saya habis baca semua baru saya jual. Kalau nak menunggu saya habis baca jawabnya memang bertahun la nak tunggu. Tapi di harapkan anda dapat bersabar. Sebab kondisi novel sesetengahnya masih berada dalam keadaan yang cantik. Yang setengah lagi tu saya tak mahu beritahulah macam mana rupa dia. Nanti kamu tengok dan lihatlah sendiri.

Untuk makluman, novel tersebut bukan saya curi atau rompak di mana-mana kedai basikal dan yang sewaktu dengannya, sebaliknya novel tersebut telah jatuh ke riba saya secara tiba-tiba. Durian runtuh kata orang tua-tua. Seriously, jangan risau jangan khuatir, yang pastinya bukan hasil rompakan atau pecah rumah.

Seperkara lagi, ada sesiapa yang pandai dan 'terer' mereka design blog, boleh kontek saya tak? Saya memerlukan seseorang yang kreatif dan brilliant untuk diupah men'design' layout blog saya sebab saya dah malas nak lihat css coding segala bagai kerana saya bukan pandai sangat. Tolong. Boleh pm di akaun fb saya atau add saya di ym. Mestilah saya bagi upah takkan free of charge pulak kan. Tapi kita runding dulu la. Ye tak?

Oklah kawan-kawan, jangan jemu-jemu baca blog saya walaupun blog ni sangat bosan taklah sehebat blog-blog lain yang ada domain sendiri an follower beribu-riban. Err, tapi tak semestinya blog yang ramai follower tu blog dia best kan? Heheheakudengki.

Ok. Bila perempuan ni dah mula perasan lagi, dia mula melalut benda bukan-bukan sampai kau baca rasa takda faedah.

Till then.



tafsirlah sendiri



Kualiti gambar memang sangat rendah. Saya capture secara zoom melalui telefon bimbit kerana secara tiba-tiba terpandang bunting yang menulis ayat yang mengelikan hati.

Cuba anda bayangkan apabila di sebuah restoran terdapat sebuah bunting yang tertulis di atasnya "GERAI MAKANAN AYAM". Persoalannya, adakah ayam sahaja yang boleh makan di restoran tersebut atau manusia yang sedang mmakan itu sebenarnya adalah ayam. Atau lebih tepat, restoran tersebut adalah pembekal anak ayam??

Anda fikirkanlah bagi pihak saya. Waktu malam macam ni adalah waktu yang paling sesuai untuk saya bermain game dan merehatkan minda. Main-main game tiba-tiba tertidur. Memang berehat secara mengejut.

Salam dan selamat malam.

muaxxx

Update?

Dah sebulan leih tak update-update.

Rasanya, malam m=ni pun malas nak update jugak. Nak layan temu janji dengan designers.

Babai.


p/s: maaf, terpaksa memungkiri janji.

Bila Perempuan Dah Mula Perasan

Salam hujung Minggu.

Mood saya semakin baik. Idea pun macam dah rajin singgah di kepala. Almaklumlah, dah dapat semangat baru. Malam ni nak pergi survey laptop. Yeay!

Sebelum saya mula berceloteh panjang, saya nak tanya pada kaum perempuan. Siapa yang tak pernah perasan diri dia cantik? Sila angkat kain. Ok. Secara jujur, saya mengaku saya perasan cantik. Sebab masa kecik saya memang tak cantik. Gigi bersepah. Muka hitam macam anak india. Tapi nasib saya mempunyai otak cerdik. Bila orang ejek saya anak kel***, saya akan balas balik ejekan mereka. " Aku buruk tapi aku ada otak cerdik!". Bila dah besar, dah perasan cun, manada orang panggil saya anak kel*** lagi.

Dah-dah. Jangan cari gaduh atau cari pasal. Saya nak pergi cari jodoh je sekarang ni. Hah!

Bila perempuan dah perasan, kaum lelaki terfikir tak apa perempuan akan buat? Mai sini, saya nak habaq kat cheq suma no.

Yang pertama, bila perempuan dah perasan dia cantik, dia akan sentiasa bersolek dengan make-up yang tebal sehinggakan ada bisikan di telinga yang mengatakan solekan mereka saling tidak tumpah seperti artis wayang cina. Anda paham artis wayang cina kan? Tak perlulah saya terangkan lebih lanjut.

Yang kedua, bila perempuan dah mula perasan dirinya cantik, anda lihatlah di dalam henfon dia mesti ada banyak gambar persendirian. Bahagian yang diambil hanyalah wajah, dan kelihatan mata seperti dibesarkan, mulut dimuncungkan, hidung dikepitkan, pelbagai ragam lagilah. Anda boleh explore nanti.

Ketiga, bila perempuan dah mula perasan cantik, dia akan berlagak diva. Orang nak kenal-kenal dia tak layan. Tak usah layan, pandang sebelah mata pun tak nak. Konon diri dia deserve untuk mendapatkan lelaki yang lebih kacak sedangkan jodoh di tangan Tuhan.

Keempat, bila perempuan dah perasan diri dia bagus sangat, apa yang orang cakap dia tak mahu dengar. Tiap-tiap butir perkataan yang keluar dari mulut dia adalah benar belaka. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Anda tak percaya. Banyak manusia macam ni. Saya baru je berdepan dengan manusia seperti ni. Dia campak duit sebanyak RM7,300 ke atas meja saya atas satu urusan jual beli. Macam orang takda adab. Nasib kau bangsa makan bab*. Kalau tak dah lama aku bagi ceramah panjang. Takda adab sungguh la. Bagi elok-elok tak boleh ke. Bikin orang panas.

Kelima, bila perempuan dah malas dia akan buat entry tergantung macam aku. HAHAHA. Penat la weh. Lain kali sambung. Nak kemas-kemas, kejap lagi nak keluar. Beli laptop. Yeay!



xoxo

Pertanyaan Pada Hari Raya...


Mood raya masih ada. Jadi saya ucapkan Selamat Hari Raya.

Pengalaman raya saya tahun ni cuma biasa-biasa saja. Jualan kek pun menjadi. Dan tahun depan insya-allah akan buat perancangan dengan lebih awal. Orang cakap rezeki bulan puasa memang mencurah-curah. Masa tulah kita nak cari rezeki lebih dan halal pastinya.

Budak-budak kecil datang beraya bertanyakan duit raya kepada saya. Siapa yang bernasib baik memang dapat. Yang tak bernasib baik tu mungkin belum sampai rezeki saya pada dia. Atau boleh diklasifikasikan sebagai kurang comel di mata saya. HEHE.

Itu yang kecil Asyik mintak duit raya. Yang besar? Pun tak kurang juga. Ada juga yang minta. Tapi maaflah memang tak dapat. Ada jugak yang tanya soalan yang 'kureng' sikit. nak jawab pun macam nak tak nak je. Contohnya adalah seperti berikut, " Anak dara sorang ni bila nak makan nasi minyak?"

Amboi-amboi ewah-ewah, mulut macam takda insurans. Bukan aku tolak jodoh ke atau jual mahal. Cuma aku belum bersedia. Tapi jawapan saya kepada mereka yang bertanya memang cukup simbolik. " Nasinya dah ada, minyak je belum jumpa," Pandai-pandailah korang fikir sendiri apa maksudnya.

Bosanlah bila orang asyik tanya soalah tu. Saya nak bina kerjaya dulu. Kumpul duit untuk mak abah. Buatkan rumah yang selesa untuk mak abah. Aaahhh, banyak sangat perancangan. Tapi saya tidak menolak sekiranya jodoh sampai sebelum sempat saya melaksanakan semua perancangan saya. Kita hanya merancang kan? Yang nun di atas yang menentukan.

Falsafah saya, selagi mak dan abah hidup di dunia, selagi tu saya akan buat yang terbaik untuk mereka. Ahh, berhantilah bercerita pasal falsafah semua. Nanti tak semena-mena ada yang banjir di depan pc.

Perancangan saya, saya terfikir untuk melakukan sesuatu kepada blog saya. Tapi tak tahu apa. Semuanya masih dalam perancangan.

Di harapkan, kepada yang sudi baca blog saya, janganlah berhenti membaca walaupun jarang ber'update' ye. Insya-allah saya akan merajinkan diri lepas dapat laptop baru nanti. Yeeeeehaaa.

So, till then. Babai. Muaxx.

Selamat Raya in advance

Salam semua.

Disebabkan laptop saya mengalami masalah, jadi blog ni akan dibiarkan untuk jangka masa yang lama.

Dengan itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin in advance kepada semua pembaca, salah dan silap, tulisan yang menyakitkan hati harap dimaafkan. Saya hamba Allah yang serba kekurangan pasti tidak leka dengan kesilapan.

Saya pun dah tak tahu nak buat apa dengan blog ni. Macam dah takda perasaan. Tapi sayang tetap ada.

Maka dengan itu, ....

Selamat Tinggal Blog...

.
.
.
.
.
.
buat sementara waktu sahaja.

Salam Ramadhan

Salam buat semua.

Nothing else i can say. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.

Harapan saya, supaya tahun ini dapat puasa penuh. HAHAHA.



** saya sibuk, tak sempat nak update blog. Facebook pun jarang buka. Balik kerja ada kerja lain menanti di rumah. Bila free nanti saya update sampai lebam.

Babai.

Agak-agaklah kan ....

Sepanyol dah menang WC 2010. Belanda bila lagi? Jangan marah ye penyokong Belanda. Hah, walaupun pada asalnya aku penyokong Argentina dan Portugal, disebabkan kedua-duanya tak masuk final, bukan setakat final,semi final pun tak larat nak sampai. Akhirnya saya menukar haluan untuk menyokong Sepanyol. Al maklumlah stok pemain yang sedap mata memandang memang bayak. Paham-paham je lah.

Topik hari ni bukan pasal Piala Dunia 2010. Jadi teruskanlah membaca.

Agak-agaklah kan, kalau aku ni lelaki, siapa aku nak jadi.
Aku nak jadi adik aku. Nak belajar rajin-rajin dapatkan 18A+ untuk SPM. Sebab dulu aku tak dapat 18A.

Agak-agaklah, kalaulah aku ni menteri aku nak pegang portfolio apa.
Aku nak jadi menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat supaya nasib wanita, masyarakat kat kawasan pendalaman dapat aku tegakkan. Bukan setakat nak buat pembangunan dekat bandar je, tapi kawasan kampung pun aku nak bangunkan supaya orang kampung dapat merasa kemudahan yang sama yang dirasai oleh orang bandar.

Agak-agaklah, kalaulah aku diberi peluang untuk memilih kerjaya, apa yang aku nak jadi.
Aku nak jadi tukang masak profesional sebenarnya. Celebrity chef pun boleh jugak lah. Sebab aku suka masak. Pantang nampak resipi baru, mesti aku salin dalam buku koleksi resipi aku. Tapi tak pernahnya nak membuat. HAHA. Serius. Memasak adalah menyeronokkan lebih-lebih lagi bila apa yang kita masak tu orang suka dan makan sampai habis. Seronok sangat.

Agak-agaklah, kalau diberi peluang untuk belajar lagi sekali, bidang apa yang aku nak ambil.
Saya suka fizik, matematik dan seni. Jadi tolong pikirkan bidang apa yang sesuai. Yang ada gabungan ketiga-tiga skop ni.

Agak-agaklah, bila masa aku malas nak update blog apa aku buat.
Aku dengar lagu sambil nangis-nangis. HAHA. Banyaklah. Aku ska main komputer games. Sapai tangan naik lebam dah. Selain tu, aku suka buat exercise. Dumbbell seberat 3kg aku baling-baling lepas tu tangkap sebangak 20 kali untuk sebelah tangan setiap hari. Tipu ah. Jangan caya. Senaman biasa je. 20 kali sehari. Paling kurang la. Takpun aku tidur. Blog aku simpan lama-lama baru jenguk, sampai orang pun dah mals nak datang blog aku. Sebab aku tak datang blog orang. Hah.

Agak-agaklah kan, sekarang ni aku rasa apa.
Aku rasa sampai sini je. Lain kali aku update lagi. babai.

p/s: takda motif.

Seksyen Paling Dimnati


Sudah pastinya seksyen SUKAN.

Jika sebelum ini saya hanya membaca bahagian jawatan kosong, sekarang tidak lagi. Ehem, maklumla musim Piala Dunia. Saya tak mahu ketinggalan membaca bahagian sukan. Diakui dulu saya memang malas nak baca apatah lagi nak belek.Kalau lihat pun sekadar tengok gambar saje. At least saya mengaku kan?

Sekarang tidak lagi. Dah habis baca saya baca lagi. Lagi dan lagi dan lagi. Tidak pernah bercita-cita nak jadi pengulas suka, pembaca berita sukan atau model suka (erk), saya membaca hanya sekadar ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang sukan. Al-maklumlah, masa Piala Dunia ni lah semua orang nak mengaku suka tengok bola.


Piala Dunia. Ini bukan kali pertama saya tonton. Piala Dunia 2006 yang berlangsung di German pun saya ada tonton. Tapi itu tidak sefanatik yang kali ini. Sekadar melihat kehebatan Ronaldo (Brazil) dan England (David Beckham). Aku tak tahu kenapa aku minat sangat dengan Beckham padahal ramai lelaki yang tak suka dia. Yang paling menarik, kami sekeluarga akan tonton jika tayangan bukan pada larut malam sambil bersorak GOOOOOOOOOOOAAAAAALLLLLLLL! Ceh, jangan tak caya.

Seingat saya, dahulunya saya suka mengumpul pemain yang memakai jersey no 11 kerana saya gemarkan nombor tersebut. Pemain hebat seperti Miroslav Klose juga memakai jersey no 11. Hehe

Esok saya tak mahu ketinggalan menonton perlawanan di antara Sepanyol dan German. Mudah-mudahan Abang Villa dapat sumbat lagi gol dan melayakkan diri untuk mendapat anugerah Kasut Emas. Ewah.

Apapun, saya kecewa dengan Argentina kerana kalah kepada German dengan 4-0. Sangat memalukan. Hampa dan hampas.

Kalau saya akan sokong Sepanyol, anda bagaimana?

Saya Demam Piala Dunia

Tangan saya sudah sembuh. Jangan risau. Takda kena darah tinggi. Darah rendah pun takda.

Al maklumlah, duduk rumah macam-macam buat. Dari keje kanak-kanak seperti menonton tv hingga ke kerja seorang lelaki seperti menebang pokok saya dah buat. Tu yang sakit seluruh badan terutama tangan. Bila kena urut lebam macam kena belasah.

Betullah, ada orang cakap saya tertunjuk aurat. Saya mintak maaf. Tidak disengajakan. Teruja nak tunjuk lebam pada semua orang. Minta ampun banyak-banyak.

Saya mengaku saya memang ketandusan idea. Sebab itu, blog ini saya biarkan terlalu lama tidak berupdate. Aktiviti mengubahsuai blog pun dah lama saya tinggalkan. Entahlah, nak on laptop pun malas betul rasanya. Tapi kalau suruh on tv, bila-bila pun boleh. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim piala dunia. Satu family saya tonton bola. Tapi belum rasa lagi bahang dia sebab baru peringkat permulaan. Bila dah separuh akhir nanti, haaaaa, time tu barulah sibuk nak cari skrin besar tonton bola ramai-ramai.

Saya sokong mana? Emm, saya suka Argentina dan Portugal. Tapi tak nafi jugak Brazil memang kuat. Kita tengok lah nanti siapa yang dapat masuk final. Tekak belum berapa sakit ni. Tunggu nanti. Asyik sorak je, konfem suara pun boleh hilang.

Till then. Saya rindu nak berborak dengan kawan-kawan blogger yang lain. Tunggulah ye. Ada masa nanti, saya terjah kalian. Eceh. Babai.


Lebam Kena Picit

Setelah sekian lama tak update blog, tiba-tiba update dengan gambar yang tak semenggah ni. Erm, ni bukannya gambar separuh bogel atau apa. Ni gambar tangan yang lebam setelah diurut separuh mati.

Lokasi yang diurut adalah lengan sebelah kanan. Diurut kerana tangan kerap kebas, bila bangun tidur tangan tak dapat rasa apa-apa. Sekali bila kena urut, melalak menjerit-jerit kesakitan sampai meleleh air mata. Sakit gila wooo. Bukan sebarang sakit. Tak dapat nak gambarkan sakitnya macam mana.

Hari ni memang penat betul. Sebab baru lepas kenduri. Sepupu saya yang tunang. Bukan saya. Lepas penat berewang, kena urut sampai lebam. Anda tengoklah sendiri.

Dah la. Malas nak cerita panjang. Masalahnya tangan ni sakit. Nak pegang mouse main game pun susah. Sakit woo. Kena tahan.

So, till then. Babail.

Entry Seterusnya Adalah Pada ....

Salam buat semua.

Saya tahu. Menunggu entry di blog ini ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Tapi masalahnya ada ke yang tunggu? HAHA. Entahlah. Saya semakin malas mengjenguk blog apatah lagi melompat-lompata di blog orang lain.

Tapi apa yang pasti, saya akan berehat dari berblog buat masa yang agak panjang. Panjang berapa lama tu tak berapa pasti. Tapi yang pasti memang panjang.

Sambutan Ulangtahun yang ke-24 disambut biasa-biasa saja. Takda sesi meniup lilin sebanyak 24 batang atas sebagainya. Tapi cukup dengan sujud syukur kepada yang Maha Mencipta.

Jadi dengan ini, saya mengistiharkan cuti darurat ke atas blog ini buat masa yang tak dapat ditetapkan atas masalah-masalah tertentu. Harap bersabar. Ceh.

So, entry seterusnya adalah pada....
11 Jun sempena World Cup atau 10 Jun sempena Sukma? Entah..

Till then.

* terima kasih kepada sesiapa yang sudi datang walaupun takda update terbaru*

Bila Kekasihku Adalah Penipu

Al-kisahnyalah...
Seorang remaja perempuan berumur sekitar awal 20an. Masih single dan belum berpunya. Bukan tidak mahu ber'boyfriend' tapi takut katanya. Takut kecundang pelajarannya. Bukan tiada lelaki yang mahukan dia. Berdozen-dozen beratur, berkilo-kilo kata-kata manis ditaburkan. Tapi alasannya masih belum bersedia.

Berbekalkan muka yang ayu lagi comel, malah berpelajaran tinggi lagi, maka si gadis yang ayu itu membuat keputusan untuk mendaftarkan diri di salah sebuah laman web sosial yang popular untuk mencari kenalan. Lelaki terutama sekali. Sebab katanya lelaki di sekitar kawasan perumahannya semua tak boleh diharap. Muka pecah rumah. Suka ngorat-ngorat orang perempuan yang lalu lalang tak kesah mak orang atau nenek orang. Pada dia lelaki sebegitu seperti tidak mempunyai masa depan dan sering menganggap perempuan sama seperti tikus. Kerana mengorat menggunakan bunyi *suit-suit* tak tahu aku nak terangkan macam mana. Harap kau paham.

Gambar yang paling comel lote dia letak sebagai profile picture dengan harapan banyak lelaki jambu dan educated tertarik padanya. Baru saja berdaftar 5 minit, 3 kenalan telah add dia sebagai kenalan. Sukalah hati si gadis tadi. Bila dia refresh sekali lagi, makin bertambah kenalan. Hati si gadis makin gembira. Glamer juga aku katanya.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Kenalan si gadis tadi sudah tidak terkira bilangannya. Kalah bilangan fans Mawi. Opss.. Maaf ye peminat Mawi. Dan dia semakin lupa hasrat dia mendaftarkan diri di laman web sosial itu hanyalah untuk mencari kenalan suka-suka bukannya kenalan untuk dijadikan jodoh.

Dijadikan cerita, ada seorang lelaki yang wajahnya cukup jambu di mata si gadis tadi, serta berpelajaran juga telah menghantar private message di inbox si gadis. Katanya mahu berkenalan. Si gadis melonjak kegembiraan. Berbalas-balas mesej di situ sehinggalah bertukar-tukar nombor telefon bimbit. Telefon rumah tak canggih katanya.. Nak golek-golek atas katil susah. Nak bawa masuk tandas pun tak boleh.

Satu hari, mereka sepakat membuat keputusan untuk berjumpa kerana masing-masing sudah jatuh hati. Maka berjanjilah untuk memakai baju seperti yang telah ditetapkan.

Hari yang dinantikan telah tiba. Si gadis kelihatan berkobar-kobar untuk berjumpa jejaka idaman hatinya. Habis bedak nyonya kepunyaan emak dia sapu setebal-tebalnya di muka bagi mengelakkan jerawat yang baru tumbuh akibat datang bulan dilihat oleh jejaka idaman hati.

Selepas 5 minit, si gadis ternampak kelibat jejaka idaman hati. Berbaju kemeja kotak-kotak berwarna pink (erk) serta berseluar jeans warna hitam. Cap coklat dan kaca mata hitam sebagai aksesori pelengkap. Ceh. Dalam hati si gadis. Boleh tahan macho. Luruh jantung tak sempat nak sambut.

Beberapa meter lagi, sampailah si jejaka di riba si gadis. Silap-sila. Bukan riba, di depan si gadis. Tapi bila semakin dekat, degupan jantung si gadis semakin laju dan laju dan laju lagi. Si gadis semakin panik. Bila melihat jejaka idaman hati di depan mata, bertambah kencanglah degupan jantungnya.

Si gadis menundukkan muka. Malu katanya. Si jejaka dengan kacak dan bergaya membuka cap serta kaca mata hitamnya. Sambil berkata, "Hai cik adik manis. Lama ke tunggu abang handsem ni?" Perasan betul kata si gadis di dalam hati. Si gadis memberanikan diri untuk melihat serta memandang mata jejaka yang berjaya menambat hatinya. Bila dia pandang je, mak aihhhh!!! Cepat-cepat dia lari. Takkan toleh belakang lagi.

Si jejaka tadi pelik. Sambil menggaru-garu kepala. Kenapa, tak cukup hensem ke aku? Katanya. Mana nak hansem cik abang ooi, kalau gigi kau rongak depan lepas tu dengan warna kuningnya macam durian tembaga. Bau belum tahu lagi. Kepala botak. No wonder la dia pakai cap. Mata? alamak, sorry la bang. Tak berani nak cakap.

Dekat rumah, si gadis cepat-cepat batalkan akaun dari laman web sosial tersebut sebab tak mahu kejadia yang sama berulang lagi. Serik katanya.

Pengajarannya : Jangan cari jodoh dekat laman web sosial. Gambar-gambar tak boleh dipercayai melainkan anda kenal manusia-manusia tersebut. Kalau setakat orang add tanpa gambar lepas tu nak berkenalan, jangan kau beri expectation yang tinggi kerana dikhuatiri akan ditipu. HAHAHAHA.

Cerita di atas tak ada kaitan dengan sesiapa mahupun pemilik blog. Hanya sekadar suka-suka. Bosan. Tak tahu nak update apa. Babai.




I'm Back

Salam 1Malaysia.

Hari ni genap sebulan saya menyepikan diri dari blog. Bukan sengaja, tapi tak tahulah nak cakap macam mana. Banyak kali dah buat entry, tapi akan end up dengan save as draft. Berulang kali. Sampai hari ni saya gagahkan diri juga untuk mengupdate blog saya yang dulu menjadi kesayangan hati beta.

Dalam tempoh sebulan saya menyepi, bukan bermakna saya tidak melakukan perkara-perkara bermanfaat. Banyak yang saya dah lakukan. Antaranya memasak, menjahit, mengemas, membasuh, menyanyi persis seorang suri rumah tangga yang berjaya. Ehem, jangan ingat saya duduk rumah tidak mendatangkan faedah. Baru-baru ni saya berjaya membuat satu yang memberikan keuntungan kepada diri saya sendiri.

Emak saya risau, kenapa saya tidak mahu kerja. See, saya sudah menjadi penanam anggur yang berjaya. Bukan saya tidak mahu kerja, sebenarnya saya ingin merasa bagaimana perasaannya menjadi seorang pengganggur. Dulu habis belajar saya terus bekerja dan tak sempat tanam anggur. Jadi, sekarang saya nak jugak merasa macam mana perasaan bila takda kerja lepastu takda duit. HAHAHA. Takpa, bulan depan dapat habuan. Syok.

Sejak saya duduk rumah ni, perasaan seronok bukan kepalang. Dapat tengok tv dengan emak, cerita Korea lagi. Ni emak punya pasal lah sampai saya terikut-ikut. Dapat makan dengan family, dapat masak dengan emak, dapat tidur lambat, bangun tak lambat sangat, senang cakap jadual harian bila duduk rumah tu taklah terlalu ketat. Saya suka. Takda orang pantau.

Tapi satu maslaah besar yang timbul bila saya duduk rumah adalah perubahan ketara kepada berat badan serta bentuk badan saya. I look like a married woman now. Badan saya berisi dan kelihatan gempal sekali. Eh eh, mulai minggu depan saya mahu join aerobik tiap-tiap hujung minggu dan saya akan mula bermain tali skipping kembali seperti yang pernah saya lakukan dahulu semasa di universiti. Dan kalau perlu membeli dumbbell, saya tanpa ragu-ragu akan membeli peralatan tersebut.

Gambar? Tak payah la. Nak ambil gambar sendiri pun rasa macam malu, lagi nak letak dalam blog. Tengok je lah gambar-gambar lama tu. Slim. Kurus. HAHA.

Got to go. Ada benda nak buat. Biasalah, dah jadi suri rumah ni, mana boleh menatap laptop selama 24 jam. Nanti emak bising, bil elektrik melambung.

Babai. Love u all. Ceh, pandai aku tiba-tiba nak main love-love.


Expired



The blog you have entered has been expired.

Blog yang telah anda masuki telah tamat tempoh.

**

Harap maaf, saya ketandusan idea dan malas mengupdate. Walaupun kadang-kala idea tu datang, perasaan malas memang tak dapat dibendung. Maka dengan ini, saya melucutkan jawatan saya sendiri sebagai seorang blogger dan berjanji bila ada kelapangan masa saya akan update blog ini walaupun dalam kadar yang tidak konsisten.

Sokongan dan kerelaan anda menjadi follower serta pembaca amatlah dihargai selalu. Bukan bermakna saya ingin berhenti berblog, tetapi saya ingin berehat panjang sambil makan angin.

Tolong ingatkan password blog ini adalah : __________ .. Takot-takot nanti terlupa sebab selama ni tak pernah logout. Erm.



# Beb, bukan I nak quit blogging. I cuma nak mengaku yang sekarang I dah malas nak update blog ja. Harap maklum.


Yahooo! Lepas ni I cuti panjang. Sape nak jalan2 dengan I? Jom, kita buat date. HAHA


Artikel Ini Ditujukan Kepada Suami dan Isteri. Yang Single pun Digalakkan Baca.

Artikel ini saya peroleh daripada email yang di forward. Niat saya nak berkongsi. Segala susunan ayat bukan 100% hasil nukilan saya tapi sebaliknya saya salin daripada email tersebut. Mari sama-sama hayati dan nikmati.

Sang suami, adakah kamu menghargai isteri kamu? Okey, obviously soalan ini ditujukan khas kepada yang sudah berumah tangga.Yang bujang tu, anggaplah saya tujukan soalan ini pabila anda sudah berumah tangga kelak. Tapi kalau saya olah sedikit soalah itu menjadi seperti ini, Sang lelaki, adakah kamu menghargai bakal isteri kamu? Pun boleh juga.

Mari baca artikel di bawah.

Mulianya seorang isteri di sisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini kepada keluarga, suami, dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak tahu menghargai isteri mereka kerana isterilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim, dengan rahim inilah dia bekerja dengan tuhan. Lelaki yang bernama Rahim tak payah nak menyebok kat sini eh? Kau perempuan ke? HAHAHA. Perempuan jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak. Jangan takut 'kendur' atau menggelebeh pulak. Si suami,jangan la berebut dengan anak untuk menyusu. Adoi, aku malu sebenarnya nak taip perenggan ni.
Cuti yang Allah bagi bukan cuti suka hati tapi Allah bagi sebab dia bekerja dengan Allah.Tapi bila habis cuti tu, layanlah suami. 'offer' lah pada suami. Nabi bersabda; "Berjimak dengan isteri itu pahala." Jangan buat dek saja, alasan itu, alasan ini. Ingat tu si isteri ye.. Kata nak pahala lebih.

Budak-budak bawah umur, kalau tak paham jangan tanya mak bapak. Nanti malu sendiri. Aku pun tengah malu ni.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa ampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat yang Allah beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Macam mana pulak bagi wanita yang tak boleh melahirkan anak? Pasti lebih banyak keistimewaannya. Kan? Takpa, Allah itu Maha Adil.

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izainkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksaan kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami, si isteri tak tanggung.

Di akhirat nanti, seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahal extra yang banyak dia teriama di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari. Contohnya, bila dia redha suaminya pergi berjemaan di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..ganjaran Allah ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi sia pun beri pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu,tambah lagi di akhirat. Kalau isteri selalu merungut, muncung terhadap suami dia tak dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik akan ditanggung oleh suami ditambah lagi dengan dosa-dosa lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Kepada yang sudah berumah-tangga tu,renung-renungkanlah artikel ini. Dan yang masih single, jangan jadikan alasan kamu single untuk mengabaikan syariat Allah. Marilah kita bersiap sedia dari sekarang bagi merebutkan pahala extra yang akan diperolehi di akhirat kelak.

Selamat kepada semua.


6 February punya entry.

Entry ni saya dah buat seminggu yang lalu. Tapi apa yang telah berlaku, didapati ia telah tersimpan di dalam draft selama tempoh itu. Biasalah saya ni. Takkan kamu tak kenal. Kejap rajin update. Kejap malas. Bila malas, berjanggut lah jawabnya nak tunggu entry.

Tapi kali ni, saya nak buat entry khas untuk kawan saya yang bernama Dayah di atas majlis perkahwinannya bersama Alif yang selamat dilangsungkan pada 6 Feb lepas di Kuantan, Pahang. Jauh tu saya datang dari selatan ke Kuantan. Tidur dalam bas sampai sakit tengkuk. Nasib duduk single seat, kalau duduk couple seat confirm dah malu sendiri lebih-lebih lagi kalau yang duduk sebelah tu lelaki.

Kami berempat iaitu Aini, Yus, saya dan kawan Aini yang saya dah lupa nama dia (Sarah kot) sori sangat tak ingat, bertolak dari ibu kota seawal jam 8 pagi. Dan sampai kira-kira pukul 12 lebih. Saya ditugaskan menjadi penumpang sepanjang perjalanan, so memang tidur sajalah jawabnya. Tapi bila sampai area Genting, saya bangun. HAHA.

Saya berada di cloud 9 ketika ini, lihat awan di sekeliling. Sejuk menggigil dalam kereta.
Yang minah ni tak habis-habis touch up. Lepas touch up sambung tidur. Bangun tidur touch up balik. HAHA. Kesian Yus, saya buat cerita. Wiwit, compact powder tu macam kenal lah. Kuang3.

Sesampai di majlis perkahwinan, kami serbu bilik pengantin. Bukannya nak salam emak pengantin. Wah3.
Ini lah dia pengantinnya. Orangnya memang kecil molek. Kurus je. Aih, bilalah aku nak kurus macam tu. Cantik. Manis. Sopan. Ayu. Apa lagi. Ni pengantin tengah berdebar-debar menunggu kedatangan pengantin lelaki.
Yang ini, penyebuk terhebat. HAHA. Kenangan kita berempat masa semester 3 memang takkan saya lupa. Dayah dah lepas, sapa pulak lepas ni? HAHAHA. Biar yang kat atas sana jawab.

Tanpa segan silu, kami jadikan kawasan kenduri seperti kami yang punya dengan mengambil gambar tak hengat dunia tanpa memerhatikan orang sekeliling yang memandang ke arah kami. Lepas grad memang takda jumpa.Tu yang bila jumpa gosip tak hengat dunia. Bukan gosip mengumpat okeh, kami gosip perkara yang membina. Well. HAHAHA.

Dan sebelum pulang, kami sempat merakamkan kenangan bersama kedua mempelai di atas pelamin anganku musnah.

Ni sebelum kedatngan Midi dan Saiful. So, gambar korang takdalah ye. Banyak sori.

Sebelum saya chow, saya ada sedikit ucapan kepada pengantin. Eceh..

Saya doakan hubungan kalian kekal hingga ke akhir hayat. Jangan gaduh-gaduh, baling-baling pinggan, campak-campak handphone. Sayangilah harta benda anda. Apa yang penting, kena saling faham-memahami. Alif, jangan jealous tak menentu. Dayah tu baik orangnya. Kau buat hal, siap kau. Kah3. Siap bagi warning.

Saya harap pengantin baca entry ni. Sebab atas request pengantin perempuan.

p/s: Bila boleh dapat baby? HAHAHA.

Babai. Nak tidur. Update blog ditengah malam.

Kepergian Saya ke Daerah Seberang

Malam ni saya rajin nak update blog. Almaklumlah, esok nak pergi makan angin. HAHAHA. Angin yang tak berapa angin sangat sebenarnya.

Jumaat saya ponteng kerja, malam insya-Allah akan selamat berada di Kuala Lumpur. Haa, Kuala Lumpur, here i come again.

Diam tak diam, kontak saya bersama AIA hanya tinggal beberapa hari(sebulan lagi sebenanrnya). Uh, pantas betul masa berlalu. And, for sure I'm counting those days. Cepat lah cepat lah. I'm totally sick of staying in this house. Bengang beb. Tambah emosi PMS saya bulan ni melebih-lebih. Ahh, angin berpanjangan la gamaknya. Saya bengang atas alasan yang memang kukuh untuk dibengangkan.

Aish, tak baik mengeluh.
Saya rindu emak saya. Aih.. Skemanya gambar ni. HAHA

Berbalik pada cerita esok. Saya tak sabar. Sangat tak sabar. Sebab akan berpeluang berjumpa seseorang, dua orang, tiga orang, empat orang dan lebih lagi. Can't wait.



Anda jangan lah berasa pelik atau janggal. Sebab sejak akhir-akhir ni entry saya bercampur-baur (hahaha) bahasa melayu dan inggeris. Sebab saya rasa nak cakap omputeh pulak. HAHA. Kena praktis beb, lepas ni saya nak cebur bidang yang memerlukan saya berkomunikasi dalam bahasa melayu, inggeris; chineese and tamil would be an extra advantage. Tapi saya hanya tahu perancis saja. Bonjour! Je t'aime. Eceh.

Suasana dalam bilik sekarang memang macam kapal karam. Tunggang sana, langgang sini. Haih, apa punya bahasa. Kadang-kadang saya rasa bereksperimen dengan bahasa would be an extra fun. Sangat funlah. Serius funny.

See. See. Lama tak update panjang-panjang, tiba-tiba entry kali ni jadi panjang pulak. Selalu bukak blog, pastu main game. Game. Game. Game. Kalau dulu, blog. Blog. Blog. Coolblog lagi sedap. Chocolate milk tea with bubble satu!

Sebelum saya meninggalkan blog dan tanah air Johor tercinta, saya ada isu yang ingin diketengahkan di sini.

Kenapa remaja Melayu berlumba-lumba nak sambut Valentine's Day sedangkan penganut agama lain lebih ramai yang tak nak sambut. Diorang lagi cakap, kalau nak tunjuk perasaan cinta, hari-hari pun boleh tunjuk tak semestinya pada hari valentine. Korang tahu ke apa tu hari valentine? Sebok nak sambut valentine's day tapi tak tahu asal usul dia.

Istighfarlah banyak-banyak. Dan kepada perempuan jangan lupa pakai cawat besi pada hari tersebut bagi menjamin dara anda daripada diragut. Erk!

Selamat Hujung Minggu.

footnote: fisrt time aku buat entry yang ending menggunakan bahasa berbaur dot dot.





No Entry

Salam bulan Februari buat semua readers. Lama saya menyepi. Seperti biasa, tahap nafsu saya terhadap blog semakin berkurang. Saya tak mahu beri alasan sebab saya sibuk atau apa. Tapi ketahuilah hakikatnya bahawa saya semakin malas meng'update' blog.

So, faham-fahamlah. Kalau saya dah kata malas, maknanya entri kali ni hanya beberapa perenggan saja.

Hujung minggu ni saya kena attend satu wedding kawan. Pening kepala, tak tau nak pergi macam mana. Dah la jauh pulak tu. Ahhh..

Btw, Selamat Pengantin Baru kepada kawan saya, Dayah dan juga Alif. Semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia hendak-Nya.

babai.~






Aku Nak Mencabar Diri Sendiri Ni

Saya dan seluruh rakyat Johor berdukacita hari ni serta berkabung di atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar petang semalam. Al-Fatihah~.

Hari ini dengan rasa rendah dirinya, saya mengaku 'nafsu' saya pada blog sendiri semakin menurun. Macam-macam ubat saya ambil untuk naikkan 'nafsu' tapi tak berjaya. Kacip Kak Timah, Tongkat Pak Ali, Red Bull (erk??) semua tak menjadi. Erm, video 'lucah'? Belum cuba lagi. Saya rasa mungkin suatu hari nanti ia akan berkubur dengan sendirinya. MUNGKIN. Dan surprise yang saya janjikan sepatutnya pada awal tahun kelmarin pun terkubur begitu saja. Argh, apa nak jadi saya pun tak tahu.

Production semakin menurun. Idea semakin susut. Kebijaksanaan tetap tinggi. Cuma sekian lama tidak di asah dia menjadi sedikit tumpul. Tapi Newton's Law saya masih ingat lagi. What about 'Law of Attraction'? Erm, sedang belajar dan akan cuba mengaplikasikan hukum tersebut kelak. Serius. Untuk kegunaan peribadi mungkin.

Rutin harian semakin padat. Tiada lagi masa yang diluangkan untuk blog. Saya online, dan buka facebook. Main game yang buat saya addict. Argh! Aku benci facebook. Dia buat aku tidur lewat. Dia buat aku hilang kawalan dan beremosi ketika bermain game. Dan dia buat aku renggang dengan kawan-kawan. Balik kerja, bersihkan diri dan makan. On laptop and then online for about four to five hours spending time playing online games. Apesal lidah aku tiba-tiba nak speaking London pulak dalam blog ni. Bukan ke ni blog bahasa melayu. HAHA. Sesekali kena jugak tunjuk skill bercakap english ye tak walaupun sebenarnya bercakap bahasa pasar sekalipun. Actually, setiap hari saya belajar bercakap bahasa inggeris selama enam jam. Ermm, terpaksa.

Aku bukan korek hidung depan makanan, aku cuma nak tunjuk hidung aku mancung je. Ahaks.

Serius aku nak cakap kat sini, jadual hidup aku makin bosan. Ada 'die-hard-fan' aku ni asyik buat aku rimas. Aku tak reply mesej nak tengking-tengking dalam mesej. Apa kes. Aku bukan jenis suka nak marah orang tak tentu pasal, so kau jangan bangkitkan kemarahan aku. Kalau tak, kau memang nahas. HAHA. Ni amaran ni. Nampak je macam main-main tapi sesekali aku kena serius jugak. Kalau tak nanti orang pijak kepala aku. Dan aku paling tak suka lelaki anggap perempuan lemah. BENCI. Totally hates it.

Maaf. Ini bukan sesi luahan emosi. Aku cuma menyuarakan pendapat. Kalau kau rasa cara aku luahkan pendapat aku ni salah, tolonglah bagi cadangan lain. Sense of humor aku pun dah hilang. Aku jadi serius memanjang. Apa nak jadi dengan hidup aku pun aku sendiri tak tahu. Mungkin aku kena cari pacar. Supaya aku boleh spent time together-gether. Dan ubah aku jadi perempuan yang lemah dan lembut. Aww. Ngeh3.

So, sekarang aku nak cabar diri aku sendiri. Dalam tempoh enam bulan dari sekarang, boleh ke aku cari pacar (kahkahkah) yang boleh ubat hidup aku yang bosan ni. Pacar bukan sebarang pacar. Pacar untuk masa depan. Aku malas nak buang masa dengan menjalinkan hubungan yang takda masa depan. Penatlah kerja nak cari pacar je setiap kali broke-up. Dah la nak mencari kumbang yang betul-betul kumbang bukannya senang. Maksud aku lelaki yang paham diri aku yang complicated ni siapa dan terima aku seadanya.

Aku dah mula merepek, melalut tak tentu pasal. Abaikan perenggan di atas, sebab isi kandungan dia tak penting dan sengaja direka-reka sebenarnya. Awal-awal lagi aku dah cakap, hidup aku mulai bosan. Arrghh, bosannnnnnnnnn.

footnote 1: Aku tak pernah pun minum Kacip Kak Timah, Tongkat Pak Ali, Redbull dan yang seangkatan dengannya. Sebab aku rasa aku ada tenaga semula jadi. Kahkahkah.

footnote 2: Ingat nak pergi melawat makam baginda Sultan dekat Istana, tapi takut terserempak dengan kekasih gelap. Malu I. HAHA.

BABAI. akurasaakumacamdahjatuhbangunanditimpatangga.



Kesilapan Teknikal Lelaki Ketika Mengorat

Saya pernah buat status di Facebook suatu masa dahulu. Saya ingin mengkaji kesilapan teknikal yang dilakukan oleh lelaki ketika mengorat. Dan bercita-cinta untuk menghasilkan sebuah artikel. Nak buat artikel memang susah. Dapat buat entri kat blog pun kira okeh la.

Fakta yang akan saya berikan dibawah adalah bukan 100% dari pengalam sendiri, tapi berdasarkan pemerhatian, survey daripada kawan-kawan dan bacaan daripada majalah dan sumber laman web yang boleh dipercayai. Tapi ingat, ini hanyalah fakta secara suka-suka dan bukannya serius. Saya takut pulak nanti ada orang serang saya lagi dekat shoutbox sedangkan saya tak pernah serang siapa-sipaa dekat shoutbox. Meninggalkan jejak pun susah. Lagi mau maki-maki orang.

  • Fakta 1: Suka "judge a book by it's cover"
Saya rasa semua perempuan memang tak suka dinilai dari luaran. Tak tahulah kalau ada yang suka. Tapi bukan saya. Kesilapan ini memang besar dan sememangnya tidak patut dilakukan jika ingin mengorat buat kali pertama. Kalau anda lelaki buat juga, jawabnya hye hye bye bye lah. Tak sempat nak tahu nama penuh dah kena reject. Contohnya tak semestinya perempuan tidak bertudung berhati busuk dan perempuan bertudung berhati baik. Dan tak semestinya perempuan yang tegas, keras kepala dan perempuan yang lemah lembut berhati murni.
  • Fakta 2: Bertanya soalan sensitif berulang kali walaupun dah bagi WARNING
Yang ini memang biasa berlaku. Tanya kenapa putus kasih dengan kekasih lama. Err, berapa kali dah penah ber'couple'. Gulp. Majistret ka nak tanya soalan dengan detail? Kalau boleh tanya soalan yang bijak walaupun sebenarnya takdalah bijak mana pun. Tapi cuba kelihatan bijak sedikit sebab perempuan suka lelaki yang bijak.
  • Fakta 3: Baru kenal 3 hari, mengongkong mengalahkan dah jadi bini 3 tahun ; OVERPROTECTED
Ni salah satu fakta yang mempengaruhi kadar peninggalan perempuan terhadap lelaki pada peringkat mengorat. HAHA. Cuba angkat tangan siapa yang suka dikongkong. Kongkong dah la satu, lepas tu tak ada apa-apa ikatan pun cuma kawan 3 hari perangai mengalahkan dah jadi laki 3 tahun. Tanya itu, ini, sana, sini, situ, atas, bawah, depan, belakang. Semua nak ambil tahu. Perempuan rimas dia akan blah je.
  • Fakta 4: Flirt di depan mata ketika dating buat kali pertama
Ini amaran. Bila keluar dating buat kali pertama, jangan sesekali cuba main-main mata depan perempuan. Nampak sangat yang kamu tidak serius dan hanya main-main dan membuang masa saja. Dah nama pun nak mengorat, try buat the best untuk pertama kali tu. Kalau awal-awal perangai dah macam tut, ermm.. perempuan sekalian..mari kita blah. HUHU
  • Fakta 5: Memakai selipar jepun dan berpakaian selekeh
Nak mengorat, kena kemas sikit. Pakai smart-smart. Takda lah sampai kena iron lengan baju sampai tajam terkena jari boleh luka. Biar simple asalkan kemas. Jeans dan t-shirt sudah memadai tapi pastikan ia kemas dan tanpa selipar keluaran jepun. Tapi jangan pulak masa nak mengorat pakai bukan main kemas, bila dah couple kau bantai pakai selekeh bagai. Err, tindakan lanjutan akan disusuli.
Cukup la saya bagi 5 fakta dulu. Ni pun dah berapa kali save dekat draft. Malas betul nak menaip.

Bagi kaum lelaki, haaa..terutamanya kepada yang masih single. Fikir-fikirkanlah. Kenapa perempuan lari di seawal peringkat mengorat. Mesti ada sebab yang kukuh.

Cukup untuk setakat ni. Kalau korang ada idea nak tambah lagi, tinggalkan di ruang komen ye.. Err, ada sesiapa nak buat kesilapan teknikal yang dilakukan perempuan ketika dingorat? Anyone? HEHE.

Babai. Selamat malam.



Dilarang Maki Memaki

Ini entry pertama saya sempena tahun baru 2010. Saya ambil emergency leave hari ni, badan tak berapa sihat. Bagus juga, awal-awal tahun menghapuskan dosa-dosa kecil.

Kenapa saya diam menyepi, blog tak meriah lagi macam dulu. Seperti yang telah saya cakap sebelum ni, saya sibuk dengan hal peribadi. Kerjaya dan sebagainya. Ahaks. Percayalah kalau mahu.

Sebagai perempuan dan tak lama lagi boleh panggil wanita, banyak komitmen saya sekarang. Tu yang asyik tak sihat je. Badan tak boleh nak tanggung bebanan. HUHU.

Hari Selasa adalah penentu masa depan saya. Saya akan ke KL atas urusan penting. Harap-harap doa saya selama ini dimakbulkan dan lepas tu TATA lah kepada yang berkenaan. weeee

Kepada yang rajin drop komen dekat shoutbox saya, jangan kecil hati kalau saya tak balas. Saya malas online blog sekarang. Tapi facebook hari-hari saya buka. Dan nak bagi amaran sikit, kalau nak drop komen pun biar berbudi bahasa. Dilarang menggunakan bahasa kesat, bahasa lucah , maki memaki dan sebagainya dekat shoutbox saya. Silap-silap saya ban kamu punya IP. Saya tak pernah mengeluarkan bahsa kesat apatah lagi bahasa lucah dekat sini, dan harap-harap readers pun tak buat macam tu. Tolong hormat orang lain, baru anda akan dihormati.

Cukuplah dulu. Kepala berat sangat ni, nak rehat dan tidur. Deria bau dan deria rasa saya tidak bergiat aktif. Selera makan pun menurun. Babai.


p/s: takda modal



Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards