• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Kenapa Perlu Ada Azam Bila Masuk Tahun Baru

Bila masuk tahun baru, semu orang tak akan ketinggalan buat azam baru. Saya pun sibuk jugak nak buat azam. Tapi azam saya tetap sama. Saya tak mahu cerita azam baru untuk tahun baru. Saya nak cerita azam lama untuk tahun baru. Iaitu azam yang tak terlaksana.

Tapi sebelum tu, kenapa perlu ada azam bila masuk tahun baru. Kenapa mesti tahun baru? Bukan ke tiap-tiap hari pun kena pasang azam? Maka, azam tahun lepas saya di bawah ni akan saya jadikan azam setiap hari sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang.

Ini azam saya untuk tahun lepas.

Azam Tahun Baru Islam 1430 H

1. Menjadi hamba Allah yang bertakwa yang berguna kepada agama dan bangsa.
2. Menjadi anak yang solehah dan patuh kepada orang tua.
3. Nak Khatam Quran lagi tahun ni.
4. Kalau diberi kesihatan yang baik, nak perbanyakkan ibadat puasa.
5. Elakkan sifat mazmumah seperti boros, penipu, dll (kawan syaitan oo..tanak aku jadi kawan syaitan).
Azam Tahun Baru 2009

1. Menjadi manusia yang berguna kepada negara (tanak jadi sampah masyarakat).
2. Dengar kata mak bapak and ubah perangai (aku ni suka melawan sikit n suka loyar buruk ngan diorang).
3. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (komik Shin Chan, Naruto, Doremon) sebaliknya banyakkan membaca bahan yang berfaedah ( Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga dll).
4. Nak pergi exercise class. Tapi rasanya better buat sendiri kat rumah .Tak payah membazir duit nak bayar fee.
5. Kena rajin simpan duit jangan tau buang duit je.
6. Tingkatkan usaha supaya apa yang dirancang dapat dicapai.
7. Semua azam di atas dilaksanakan (jangan main cakap je..)
Jadi, untuk tahun ni pun samalah. Sebab semua yang kat atas tu belum terlaksana sepenuhnya. Nak khatam Qur'an pun tak khatam-khatam lagi. Cuma nak tambah lagi satu, nak bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh, boleh simpan duit untuk kahwin. Kahwin?? Emm.. K.I.V dulu.

Saya dah tulis besar-besar tampal dalam diari dan dinding bilik dekat rumah nanti. Barulah semangat nak laksanakan azam baru.

Selamat Tahun Baru. Selamat Berhijrah Ke Arah Kebaikan. Babai.


p/s: tiba-tiba rasa sentap semacam. Ada orang suka-suka nak kongkong pergerakan I and semua perbuatan I padahal dia adalah NOBODY pun. Sejak bila aku jadi awek dia? Huh~


Luahan Rasa : Kosong





Bulan Disember tahun ni memang meriah dengan cuti bagi yang bekerja. Dua minggu berturut-turut cuti am jatuh pada hari Jumaat. Selangor pulak lagi best, 4 minggu berturut-turut.

Tiap kali cuti saya tak lepas peluang balik ke kampung halaman berjumpa kaum keluarga serta sanak saudara. Tadi saya singgah di majlis perkahwinan dua pupu. Meriah. Seronok. Borak-borak teringat zaman kanak-kanak. Tapi fikiran saya kosong.

Hari Sabtu, saya keluar berseronok bersama sepupu-sepupu terchenta. Enjoy sampai sakit tekak. Kami duduk bertapa di dalam K-Box, 25 buah lagu jadi santapan hingga suara segan nak keluar. Bergelek, berjoget, melompat(err, takda),gaya frust, kuak lentang semua keluar. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Saya belanja sepupu makan di KFC, sambil makan usha mamat handsome depan meja kami.Seronok juga main usha-usha ni tapi bukan serius pun. Muka comel, bak kata acik, " Cina tu muka dia Chinese look," Apakah punya penyataan. HUHU. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Y.E.S = Year End Sale. Seronok habiskan duit. Sekelip mata je. Mengalir macam air. Dapat beli barang yang dah lama diidamkan memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi duit tu atas usaha sendiri. Berbaloi-baloi. Saya seronok, saya enjoy tapi saya rasa kosong.

Dalam pada rasa kosong, ada kawan-kawan yang cuba mengubat kekosongan dengan memberikan cerita indah bak penglipur lara zaman dahulu kala. Seronok betul dengar kisah romantis Lela dan Majnun, Romeo dan Juliet, Adam dan Hawa, Mumtaz dan Shah Jehan. Terapung-apung saya di udara. Saya seronok, saya enjoy dan saya happy. Tapi saya rasa kosong.


Cukuplah entry kali ni lepas sekian lama tak update. Sedang mengusahakan sesuatu ni. Babai. Semoga terubat rindu. Ahaks.



S : 2kg to go

Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga perjalanan hidup untuk tahun ini dan akan datang berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan ditambah lagi dengan keberkatan dari Yang Maha Mencipta.

Bila tiba tahun baru, mesti masing-masing tak ketinggalan dengan azam tersendiri. Azam saya nak lunaskan azam tahun lepas yang tertunggak.Itu saja. Dan ada beberapa azam yang tak berapa perlu diheboh-hebohkan kepada orang ramai. HEHE.

Saya berada di rumah sepanjang hujung minggu. Detik pertama pertemuan saya dengan emak, perkara utama yang saya tanya, " Mak, orang kurus tak?" Dan jawapannya amat memberansangkan. Emak cakap saya kelihatan langsing err, kuruslah tapi tidak cekung dimuka. Okek, saya suka begini. Baju-baju yang ketat saya sudah boleh pakai. Dan sekarang saiz S bukan lagi menjadi sebarang masalah bagi saya. HAHA.


Abaikan ayat-ayat berunsur riak di atas. Saya bukan nak menunjuk saya mampu menjadi kurus atau apa. Tapi sebenarnya penyumbang utama kepada kekurusan saya adalah faktor kesihatan di samping beberapa faktor lain seperti emmm persekitaran (global warming), ekonomi dunia (inflasi yang mempengaruhi kadar pengangguran negara) dan beberapa lagi perkara peribadi. Nak percaya atau tidak it's up to you sebab i pun tak percaya i boleh kurus sebab benda-benda seperti yang tertulis di atas.

Tapi percayalah, kekurusan saya ni hanya mampu bertahan beberapa lama saja. Bila dekat rumah, melantak tak hengat dunia. Tak usah saiz S, silap-sila saiz L pun tak boleh masuk. But, lucky i tak duduk rumah, kalau tak mesti dah jadi ikan buntal. My next goal is untuk menjadi seseorang yang berada di dalam lingkungan bawah 50. Kira kalau masuk angkat berat dengan harapan i boleh menang kalau masuk group ni. HAHA.

2010 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dan saya tak berharap perkara yang berlaku pada akhir tahun lepas berulang lagi sebab saya penat dah membazir air mata pada jalan yang tak betul. Dan semoga tahun 2009 yang bakal berlalu ni dapat memberikan seribu pengajaran bagi diri sendiri supaya pada hari yang akan datang lebih berwaspada dan berhati-hati dalam segala hal.

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Salam Sayang dari saya, ainkarim.


psst: mungkin akan ada kejutan dalam masa terdekat. It's a 'MUNGKIN'. HEHE. Kejutan apa, tak boleh cakap. Kalau i bagitahu, bukan kejutan namanya.

Nota Buat Kekasih


Hari ni saya kerja separuh hari. Sebab saya tak berapa sehat. Sejak semalam mata saya pedih sangat dan mengeluarkan cecair. Bukan sebab saya menangis. Pagi tadi sebelum pergi kerja pun sama. Mata pedih sejak bangun tidur sedangkan saya tidur awal malam tadi kalau nak kata saya tak cukup tidur. Pandangan pun macam kabur-kabur sikit tapi saya gagahkan diri untuk pergi kerja.

Sampai office, saya tak boleh tahan. Tambah lagi dengan pancaran lampu kuning masuk ke mata memang buat kepala saya pusing. Hampir-hampir saya nak pitam. Nasib ada kerusi untuk dipegang. Saya nekad, minta cuti separuh hari supaya saya dapat pergi jumpa doktor. Tapi saya tak pergi pun, cuaca panas sangat saya takut pandangan saya jadi gelap. Maka saya cepat-cepat ambil bas menuju ke rumah. Sampai rumah saya tidur.

Awak masih nak terima saya lagi ke kalau hari-hari pun saya asyik sakit macam ni? Dalam masa sebulan kalau tak sakit memang tak sah. Penyakit M ni memang susah sangat nak pergi dari hidup saya. Awak masih nak dekat saya?

Kelmarin. Saya teringin nak makan lauk sardin. Saya masak lauk sardin tapi macam tak berapa jadi. Tak sama macam mak saya masak. Rasa agak pelik. Terlebih masam. Kurang rasa. Saya nak komplen pun tak tahu macam mana. Tadi, saya pergi dapur, saya tengok lauk sardin tu masih ada. Tapi sudah berkulat. Err, busuk jangan cakap. Kenapalah saya leka sampai macam ni sekali.

Awak masih nak terima saya ke kalau saya tak pandai masak dan leka dengan hal remeh-temeh sampai lauk dah basi dekat dapur pun saya tak perasan. Sanggup ke awak nak hidup dengan orang macam saya?

Ada orang cakap, saya cepat mesra tak kira saya kenal ataupun tidak orang tersebut. Err, itu orang cakap. Bagi awak saya macam mana? Awak kena faham kerja saya macam mana. Saya perlu berdepan dengan pelanggan setiap masa, maka saya perlu kelihatan mesra sentiasa supaya pelanggan tidak berasa hampa bila mendapatkan bantuan perkhidmatan. Kadang-kadang ada yang ambil kesempatan suka pegang sana sini, err tanganlah terutamanya. Saya tengok lepas tu sengih saja. Takkan nak lempang pulak kan. Dan ada yang lebih berani minta no telefon kemudian ajak keluar. Tapi saya pandai, saya bagi no orang lain.

Awak kena faham. Itu kerja saya. Tapi tak bermakna saya berlaku curang pada awak. Walaupun saya berhadapan dengan pelanggan yang 10 kali lebih kacak dari awak yang saya rasa sudah cukup kacak, kasih dan sayang saya masih pada awak. Saya setia tahu tak. HAHA. Kalau awak tak setia saya tak tahu pulak. Setiap apa yang saya buat saya selalu ingat pada awak. Awak tahu tak betapa sayangnya saya pada awak.

Awak masih nak terima saya ke kalau macam ni lah kerja saya hari-hari. Konon-konon kena mengurat, lepas tu setaip masa bermuka manis dengan pelanggan sedangkan bila bersama dengan awak saya selalu tunjuk muka masam dengan muncung tajam. Sanggup ke awak sehidup semati dengan saya?

Awak selalu cakap saya baik. Tapi awak tahu tak sebenarnya saya ni jahat sangat. Ada masa saya suka tipu diri sendiri. Saya buat dosa yang orang lain sendiri tak nampak tapi ada yang nampak. Saya sedar kesalahan saya. Setiap manusia pun buat silap jugak. Saya cuba jadi yang terbaik untuk awak. Setiap hari saya berdoa supaya diampunkan segala dosa saya.

Awak masih nak terima saya lagi ke dengan keadaan saya yang macam ni? Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya beri peluang pada awak. Kalau awak rasa awak boleh terima saya seadanya, saya rasa syukur sangat-sangat. Tapi kalau dengan penjelasan ni buat awak sedar betapa bodohnya awak menyayangi saya selama ni, saya relakan awak pergi. Sebab saya tahu, ada yang lebih baik dari saya di luar sana.

Kasih sayang sayang saya pada awak memang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Setiap udara yang saya sedut, setiap kali itulah juga saya ingat pada awak dan sayang pada awak.

Salam sayang..~



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Jangan tanya aku kenapa tiba-tiba aku boleh gelak. Kalaulah saya boleh tulis betul-betul macam ni pada 'kekasih' saya, huh. Tak tau la apa dia akan kata. Err, mesti lepas tu dia jawab, " Yang, kita putus je la. Saya rasa buang masa je kawan dengan awak. Lauk basi pun awak boleh tak perasan. Esok kalau saya ak mandi pun silap-silap awak tak perasan jugak."

Saya single okeh. Babai.




Saya Bukan Perempuan Tipikal

Berapa hari saya pergi lepaskan beruk ke hutan. Sesekali kena bagi dia bebas sikit. Macam menyesal pulak pergi bayar yuran jagaan dekat Celcom sedangkan servis macam dot dot.

Hari bukan nak cerita samada saya ada beli beruk jantan atau betina. Tapi nak cerita pasal lelaki yang suka serkap jarang pada perempuan.

Ini berdasarkan pengalaman selama seminggu. Ceh. Baru seminggu boleh suka-suka nak buat rumusan. Tapi tak apa. Ini rumusan awal. Atau boleh kata hipotesis. Dari hopitesis kita boleh lakukan eksperimen dan kemudian baru boleh buktikan samada hipotesis itu benar ataupun tidak.

Saya akan bagi beberapa hipotesis yang telah dilemparkan oleh golongan lelaki kepada saya dalam tempoh beberapa hari (7 hari kot). Siapa lelaki tu janganlah tanya. Boleh jadi abang rumah bawah yang suka lempar seluar dalam orang atau abang kedai makan depan yang selalu kena kacau dengan saya sebab lorat kelantan dia memang aku tak paham.

Hipotesis 1:
Awak duduk dekat rumah sewa dengan kawan-kawan perempuan mesti korang dok mengumpat masa tak ada kerja.

Anti-Hipotesis:
Awak ingat saya sama ke dengan perempuan tipikal lain yang suka mengumpat bercerita hal orang sedangkan banyak perkara berfaedah yang saya boleh buat. Dan kalau awak nak tahu, saya lebih banyak menghabiskan masa saya di hadapan laptop saya berbanding berborak kosong dengan kawan-kawan. Saya buat apa depan laptop tu lain cerita. Boleh kata online, main game, tengok movie, buat kerja, online, main game, tengok movie, bla bla bla.
Hipotesis 2:
Mesti awak selalu keluar malam dengan kawan-kawan terutama sekali kawan lelaki. Duduk kat Jb takkanlah tak keluar. Lagi pun parents bukan nampak.
Anti-Hipotesis:
Saya memang tak sama dengan perempuan tipikal yang awak selalu bayangkan. Awak nak cakap saya budak kampung ke apa sebab asyik terperap dekat rumah itu terpulang. Tapi keluar malam? Setakat ni belum tersenarai dalam list hobi saya lagi. Tak tahulah satu hari nanti. Tapi seboleh-bolehnya saya akan elak untuk keluar malam sebab akan mengundang pelbagai kemungkinan dan bahaya. Parents tak nampak. Tapi yang kat atas tu tak nampak ke? Full stop.
Hipotesis 3:
Awak mesti ramai boyfriend kan? Tengok muka macam ada potensi.
Anti-Hipotesis:
Tolong buktikan yang saya ada ramai boyfriend. Mana? Mana? HAHAHA. Pandai je nak serkap jarang. Cubit baru tahu. Ingat saya ni play girl ke apa suka-suka nak pasang banyak-banyak keliling pinggang. Err, pun belum tersenarai dalam hobi kegemaran lagi. Siap cakap muka berpotensi tu. Memang mulut takda insurans betul. Paksa beli insurans baru tau. Syaratnya kena AIA punya lah.
Hipotesis 4:
Saya rasa yang ni tak payah cakaplah. Cukup 3 je. Sebab yang no 4 ni macam rumit sikit. Nak tulis pun tak tahu macam mana.
Kesimpulannya:
Kesemua hipotesis di atas tidak dapat dibuktikan kebenarannya maka kesemuanya adalah palsu belaka. Maka boleh dikatakan saya bukan perempuan tipikal tapi perempuan bukan tipikal. Sebab saya ada kekuatan saya sendiri selain kuat makan dan kuat merajuk. Babai.


Serius beruk ni memang nak kena hantar pergi zoo. Sakit hati I tengok dia. Macam tak pernah di ajar apa itu 'connect' atau 'disconnect'. ARrRgghh..Kena bagi hadiah Oxford Dictionary ni.



Teruslah..Jangan Belok

Ini entry auto publish.

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Saya bukan sedang dilamun cinta.
Bukan juga jatuh cinta.
Kecewa pun bukan.
Sedang ingin bercinta? Errr.
Tapi saya sedang menghayati apa itu cinta.

Lirik lagu dan irama cukup mengusik jiwa. Sekarang aku bukan lagi gadis rock and roll, tapi sudah bertukar genre. Yang pastinya bukan genre dangdut la. Sebab aku bukan kaki kelab dangdut.

Agnes Monica suka buat aku nangis. Dengar lagu pun nangis. Nangis dalam hati.


Dengarlah kalau cuba ingin menangis. Nangis for no reason. Tapi again, lirik dia sangat meaningful. Aku takda modal. Sebab apa. Sebab blog bukan lagi kekasih hati.
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu
Mungkin perlu cakap begini. Teruskanlah jadi begitu. Okeh, terima kasih.

Blog Bukan Kekasih Hati Lagi

Hampir 10 hari saya tak menulis, menaip, mengarang. Dan hampir 10 hari juga blablablabla. Saya malas cakap panjang.

Ke mana saya menghilang? Saya tak hilangkan diri ke mana-mana pun sebenarnya. Saya hanya apply cuti tahunan pada blog. Bagi dia rehat dan saya sekali turut rehat. Sebenarnya nak minta jadi penduduk tetap di Dubai, tapi permohonan saya ditolak. Err, sila jangan percaya.

Ya, pada mulanya memang saya mahu membawa diri ke luar dari Malaysia. Tapi saya sedar, err, belum pandai jaga diri sangat. Kalau mahu pergi pun mesti kena ada orang tolong teman. Muhrim lah yang pastinya. Tapi, saya rasa tu semua tak perlu. Tapi kalau ada permintaan apa salahnya. Saya lagi suka. Tinggalkan segala-galanya di Malaysia dan duduk menetap di negara orang. Masa tu baru seronok nak rindu-rinduan. Selalunya kalau dah di depan mata memang perasaan untuk menghargai itu tak ada. Lebih baik jauh dari dekat.

Sepanjang 10 hari ini juga banyak benda yang saya dapat. Kawan baik, kawan tak berapa baik. Kawan susah senang, kawan senang. Banyak lah kalau nak tulis. Tapi saya pendekkan.

Jangan pikir saya turut menjadi mangsa korban dan turut dijadikan sup ke apa. Tak. Saya masih panjang umur lagi. Cuma blog bukan lagi kekasih hati saya. Saya kecik hati ke? Tak lah. Saya cuma perlu masa. Masa untuk bersendiri sebelum sampai masa untuk tidak menjadi sendiri lagi. Ayat macam biasa. Lintang pukang.

Blog tak best memang macam ni. Susun ayat pun macam ke***g. Tatabahasa jauh sekali. Banyak sangat error. Bahasa rojak tak payah cakap. Kalau buat karangan sekolah rendah pun fail.

Bosan. Buang masa kan baca.
Nak pergi jenguk blog satu lagi. Babai.




Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards