• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Traffic hijau dan biru


Saya perhatikan traffic ke blog saya semakin hari semakin menurun. Mungkin kerana lampu isyarat yang kerap sangat rosak, asyik warna merah saja, taknak warna hijau atau biru. Atau pun terlalu banyak sangat traffic light sampaikan takda orang dah yang sanggup menunggu lampu merah yang takmau tukar-tukar warna ke hijau tu.

Tapi takpa. Saya akan menukar traffic light tersebut kepada warna hijau saja. Atau biru. Lebih indah. Bercerita pasal hijau dan biru ni. KOmbinasi hijau dan biru sangatlah menarik dan comel. Maka tidak hairanlah saya suka kedua-dua warna tersebut. Errr, menyimpang dari topik asal dah ni. Sebenarnya ada cerita disebalik hijau dan biru. Tau tak? Tak tau? Nak cerita lah ni.

Ok. Macam ni. Disebabkan dalam tempoh tidak sampai satu bulan saja lagi saya akan menghilangkan diri pergi ke selatan tanah air, duduk di tepi pantai sambil menghirup udara kentut segar dan bersih tanpa internet yang free ataupun murah, saya telah mengambil keputusan untuk melanggan internet sama ada melalui GRO cyber atau apa-apa sajalah. HAHA. Merepek lebih saja aku nih. Nak diringkaskan cerita, tempat saya akan berkursus nanti mempunyai wifi tetapi perlu dilanggan pada harga RM10 bagi setiap 2 jam. Gila mahal. Masa dulu belajar kat UKM, 1 jam cuma dikenakan RM1.00 saja. Murah betul. Itu zaman wifi tidak meluas ke kawasan kediaman di setiap kolej. Sekarang ni, tak payah cakap. Kat ceruk mana pun, dapat jugak sikit-sikit tempiasnya.

Dipendekkan cerita, mana lebih baik; maxis atau celcom broadband? Sesiapa yang ada pengalaman menggunakan salah satu, sila bagi pandangan dan cadangan. Dalam usaha membeli ni supaya nanti bila berkursus kelak, masih sempat dan berpeluang mengupdate blog kesayangan ni. Tolong ye. Memerlukan pandangan dari segala segi. Tahap kelajuan, kewangan, semua lah. Service. Apa-apa yang berkaitan.

Semakin lama, belog ni semakin membosankan lah. Kan? Kan? Blah la jom, pegi belog lain yang lagi best. Jom jom.


Pelangi Cinta

Gambar ni saya ambil pada hari Selasa pagi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat tempoh hari. Pelangi itu sangat cantik dan mengasyikkan sungguh. Sangat SUBHANALLAH dalam hati dan dibibir. Err, cantik lah bukan pelangi. Macam-macam warna ada. Saya memang gemarkan pelangi kerana warnanya yang ceria itu. Dan blog ini pun pernah menggunakan tema pelangi suatu ketika dahulu.

Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan amat lancar pada hari semalam. Kesakitan perut yang dialami sejak beberapa hari lalu pun sudah semakin baik kerana hari rabu telah pun berlalu. Huuu. Sebenar-benarnya hari rabu lepas saya telah menjalani satu interview dan segalanya ok tanpa sebarang masalah. Ketakutan saya untuk bercakap akhirnya dapat diatasi malah saya diberi pujian pula. Eh eh, nasib yang puji tu perempuan, kalau lelaki mau aku kenyit mata minta no telefon semua. HAAHA. Jangan tuduh aku gatal, sebab naluri perempuan yang single memang macam tu. HAHAHA. Erk, tapi berani ke? Cakap boleh la. Nak suruh buat? Bagi 1juta pun takda berani punya nak buat.

Dalam pada gembira, saya juga merasa sedih. Sebabnya selepas ini, masa saya untuk blog adalah sangat terhad. Mahu bermain-main Facebook pun mungkin sudah tidak boleh. Apatah lagi berchatting dengan mami yang hari-hari jumpa kat rumah tapi kat office pun masih nak borak. HAHAHA. Cutelah perbuatan tu. Saya harap sangat, tempat saya berkursus nanti mempunyai wireless supaya senang untuk saya berchatting dengan keluarga dan rakan-rakan. Atau saya akan modal sendiri untuk membeli broadband. Err, tapi itu kemudian. Kena tengok bajet. Masa untuk bermesra-mesra dengan kawan-kawan di blog pun akan semakin berkurang. Banyak betul pengorbanan yang saya perlu lakukan tapi saya redha. Pengorbanan yang boleh menjamin masa depan.

Minggu ini memang banyak betul kejutan yang berlaku. Mungkin berkat kesabaran dan kesungguhan saya berusaha. Ada lagi satu kejutan yang saya belum terima. Sangat berasa teruja dan melompat-lompat. Melompat lebih tinggi. Err, belum boleh bagi tahu apa kejutan tu atas sebab-sebab tertentu. HAHA. Kejutanlah bukan? Jadi biarlah ia menjadi sesuatu yang mengejutkan. Ariba ariba andre. Tiba-tiba pulak.

Hanya tinggal seminggu lebih saja lagi majlis perkahwinan kakak saya akan berlangsung. Maka segalanya akan kelihatan sibuk dan kelam kabut. Baju saya pun masih belum siap lagi dan harap-harap akan siap dalam masa terdekat. Err, sendiri yang jahit tu yang buat-buat malas. Tak siap nanti padan dengan muka sendiri. Memang padanlah bukan.

Baik. Mahu membuat kerja dengan lebih tekun lagi sebelum menamatkan perkhidmatan di sini. Bunyi macam sadis lah bukan. HAHAHA. Err, bos pun semakin gelisah nampak. Tapi nak buat macam mana, peluang yang ada di depan mata tidak harus dilepaskan. Perlu terkam dan grab jangan bagi lepas. Jangan kau berani-berani pulak nak grab pastu peluk anak dara orang atau anak teruna orang kalau ada peluang. Memang nak kena. Kena pelempang percuma. HAHA



Mari Meneka..

Hari ini, mari kita bergembira sedikit menghilangkan kegusaran di hati. Janganlah tanya kenapa, sebab perasaan takut ni macam perasaan ingin berjumpa bakal mak mentua buat kali pertama. Aik? Cakap macam penah jek. HAHA.

Untuk hari ini saja, blog ini telah mendapat hit berkaitan kisah lucah sebanyak lima (5) kali. Lima kali bukan satu kali atau dua kali. Err. Lucah sangat ke blog ni? Nak kata saya letak gambar sendiri memakai baju jarang berwarna merah macam hantu kebaya merah ke apa, takdalah pulak. Bertudung litup lagi. HAHA. Ni mesti gara-gara entry panggilan lucah yang saya penah buat dulu.. Scary woo..scary..Tak yah cite ahh, nak muntah. Nak tau gak, pegi la explore blog ni. Mesti jumpa punya. Kalau nak lah.

Em, saya rasa saya sudah membuat keputusan untuk meletakkan iklan diruang tepi untuk gay boy yang ingin mengiklankan dirinya. KAHKAHKAH. Ok, tak sopan sungguh anak dara ni. Takda, diorang ni memang gila la. Cari entah apa-apa ntah. Balik-balik cerita lucah, cerita gay. Ingat aku ni emak ayam ke nak provide cerita-cerita porn, jual anak ayam kat blog? Jual gay, jual ayam. Jual ayam goreng boleh la. Sape nak ayam goreng black pepper? Ah, silalah tinggalkan pesanan. HAHA. Mak ayam cyber. Wooo..Hebat tu. Takda maknanya aku nak buat benda-benda macam tu. Tak pasal-pasal kena tangkap. Sia-sia je belajar tinggi-tinggi sampai dapat degree tapi menghabiskan masa dalam lokap. Erk!

Lately ni saya memang sibuk sikit dengan hal-hal peribadi, hal-hal kerja, hal-hal duniawi, hal-hal akhirat. Jadi, memang tidak berkesempatan menjenguk blog kawan-kawan. HEHE. Lepas update pun, saya akan tutup blog. Esoknya baru buka semula. Aktiviti membalas komen pun sekali sehari. Huuu. Sibuk bebenar la kononnya. Jangan bimbang, jangan gusar, bila saya free, blog semua orang akan saya terkam. HAHAHA.

Esok lagilah sibuk. Saya tidak akan meng'online'kan diri. Tidak akan blog. Tidak akan main game di Facebook, tidak akan main kenyit-kenyit mata, semua benda tidak akan dibuat melainkan pergi mengembara ke Johor Bahru. Best? Banyak la best. Perot rasa macam nak pecah dah ni. Tapi takpa, tunggu dan lihat apa kesudahannya. Yang pasti, saya tidak pergi secara seorang pada esok hari. Pergi bertiga. Bersama emak dan... dan. Ah, tekalah sendiri. HAHA


Saspen kan? Saspen la sangat. HAHAHA. Alamak, gambar cartoon tu seksi la pulak. Sori eh. HEHE

Sapa dapat teka dengan betul, dapat hadiah. So, apa tunggu lagi.


Rabu. knp pnggl dia R.A.B.U?

Hari ini adalah hari Isnin. Hari esok pula adalah Selasa. Kemudian Rabu. Ok. Rabu. Mari kita bercerita pasal hari Rabu. Apa yang specialnya hari Rabu ni sampai nak masuk blog semua. Takda special mana pun. Cuma istimewa sedikit. Special dan istimewa tu tak sama ke? Sama, tapi tak serupa. Tak serupa dari segi ejaan, sebutan, dan penggunaan. Apa yang membuatkan aku rasa istimewa sangat dengan hari Rabu ni? Adakan sebab ia bersamaan dengan 2 Jamadilakhir? Atau sebab ia adalah 27 Mei? Atau.. atau apa?

Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kepada hari Rabu sebab telah membuatkan perut saya terasa kempis yang luar biasa. Debaran hari Rabu tu telah membuat saya tak lalu makan, tidur pun tak berapa lena, tapi mandi tetap basah. Wet orang putih cakap. Penangan hari Rabu ni memang mantop. Tip top.

Sekarang ni apa yang bermain di kepala adalah, bagaimana hendak menangani hari Rabu yang bakal dilalui dalam masa tak sampai 48 jam. Apa persediaan yang perlu saya lakukan dan apa kelengkapan yang perlu dibawa. Segala apa semua bermain, berputar, berpusing di dalam kepala sampaikan setiap detik dihantui oleh RABU. RABUUUUU. RABUUU. Ok, tak horror pun.

Malangnya, saya akan menghadapi hari Rabu tersebut secara berseorangan. Sedih. Amat memerlukan seseorang di sisi supaya menjadi teman berkongsi penderitaan. Err. Emak?? Tak tau dia boleh ikut atau tidak. Tapi rasanya memang tidak boleh. Terpaksa menempuhi hantu RABU secara : Seorang. Ya, seorang. Apa boleh buat. Gagahkan saja badan, kuatkan saja minda, cekalkan saja iman di dada. Top-up sikit ilmu, insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Tapi, ahhhh. Let it be.

Jom sama-sama doa supaya hari Rabu berjalan dengan lancar. Amin~

Singgah Pekan Rabu lah lepas tu sempena hari Rabu. Mesti banyak offer. Kan?

Kucing laparkan tikus membaiki labu.


Petang-petang yang sungguh syahdu ni memang sedap layan pisang goreng dengan teh 'o' panas. Sambil-sambil tu duduk dekat ambin depan rumah cari kutu. KAHKAH. Suasana kampung memang best. Petik buah ceri yang masak ranum. Lompat-lompat sampai melurut. Ape? Ape kau pikir? Kau pikir aku pakai seluar longgar sampai melurut ke bawah ke? Ish. Manade. Getah ikat rambut laa yang melurut. Pakai shampoo Rejoice, guna jari pun boleh. HAHA. Takde-takde. Rejoice takda kena mengena. Yang ada kena mengena sekarang ni adalah pisang goreng.

Jom! Pekena pisang goreng.

Seperti sedia maklum, hari ni hari Jumaat. Kalau Jumaat macam biasa dekat office memang takda kerja. Walaupun selalunya takda kerja, aku rajin-rajin gak cari kerja. Lap tingkap. Lap meja. Lap cermin. Lap segala benda la. Dalam hati jek ni. Amali nya belum lagi.

Sabtu dan Ahad macam biasa. Tak kerja, pergi cari pasal. Carilah pasal kat mana-mana jangan tanya. Kau mesti tau punya. Ni lagi satu, nak cakap pasal mamat kurang siuman semalam. Erk? Dia da takda call lagi, tapi suka sangat hantar sms kosong. Rugi kredit jek. Membazir. Tuhan marah kalau kita membazir. Tu aku tak sempat bagitau dia. Malas la. Harap lepas ni dia tak ganggu lagi. Sebab aku da rasa macam tikus da ni, kena menyorok takut kena terkam dengan kucing jantan. Huuu.

Emm. Satu lagi pasal blind date. Haa, jangan worry. Aku takkan merisikokan diri untuk ke blind date. Bahaya lagi membahayakan. Tak payah terhegeh-hegeh lah bukan? Cool and steady saja. Semacam tak berapa perlulah benda tu. Ada perkara yang lebihhhhhh penting. Penting sangatlah tu sampai h bertimbun. Err. Biasalah, modal cuma RM1, jadi merepek la lebih.

Sekarang dalam proses mengupdate blog. Bagi sesiapa yang telah meninggalkan link, tapi aku tak letak lagi, tolong ingatkan dan beritahu. Maklum la, umur 23 ni macam-macam nak fikir. Belum lagi 32. Kalau da 32 tak tau la macam mana gayanya. Lagi banyak benda yang lupa dari ingat. So, tinggalkan link anda diruang komen. Kalau tinggal kat shoutbox sana, aku selalu terlepas pandang. Bukan selalu sangat melayan shoutbox. Kadang-kadang jek. Tu pun spam bertimbun. Benci betol.

Lagi sekali diulang. Sesiapa yang nak meninggalkan link di sini, sila beritahu saya. Err. Kejap saya kejap aku. Mana satu pun tak tau. Ye, tinggalkan link anda di ruang komen. Insya-Allah saya akan update seberapa yang mampu.

Selamat berhujung minggu lah ye. Rajin-rajin kemas rumah. Nanti bertikus pulak. Huuu.


**macam mak cik-mak cik lak style aku tulis hari ni. Konon santai abes la. Pooodahhh cittttt!!


Tajuk?? Memang takda kena mengena dengan cerita asal. Harap maklum.



Tolong bantu saya hilangkan fobia..


Saya menulis entry ni dalam keadaan ketakutan. Sila faham sedikit.

Sekarang ni saya mengalami sedikit sindrom ketakutan pada bunyi sms masuk ataupun panggilan masuk. Bukan apa, sejak semalam, saya sering mendapat panggilan dan sms dari seorang individu yang saya kenali dan menghantar kata-kata yang semacam lucah. Erk. Betul. Tak tipu.

Dulu kami memang ber"kawan". Tapi setelah dia memutuskan untuk berkawan macam biasa, saya terima seadanya. Redha lah orang kata. Lepas tu memang kami lama tidak berhubung. Sejak minggu lepas, dia mula menghantar mesej yang bukan-bukan dan sering menelefon saya pada lewat malam. Pada mulanya, saya layan macam biasa, takut dikatakan sombong. Tapi, lama-lama semakin menjadi-jadi.

Semalam sahaja dekat pejabat, dia telah call saya sebanyak tiga kali. Kali yang pertama saya angkat dan saya beritahu dia saya tak boleh bercakap lama sebab kebetulan semalam memang kerja banyak sikit. Dia tak peduli dan memaksa saya untuk melayan panggilan dia sedangkan memang saya sudah bagitau yang saya sibuk. Dia mendesak dan makin mendesak, membuatkan saya mengambil keputusan untuk meletak telefon. Saya memang tidak suka bercakap di telefon sewaktu waktu bekerja. Sebab saya amat menghormati majikan saya. Kalau setakat sms tu saya masih boleh balas lagi. Kalau nak bercakap pun, setakat 5 minit tu kira ok la. Ni kalau sampai 30 minit, apa nak jawab pada boss nanti.

Lepas saya letak telefon, dia mula menghantar mesej yang bukan-bukan sampaikan saya terasa meremang dan seram. Err. Berbaur lucah lah yang pastinya. Saya silentkan telefon dan sambung balik kerja saya. Tapi semakin kerap dia menghantar sms walaupun saya sudah tidak larat membalasnya.

Bila saya sudah balik dari pejabat pun dia semakin galak menelefon saya. Menghantar mesej seberapa banyak yang dia rasa boleh mencairkan saya. Tapi hakikatnya, dengan perlakuan dia sebegitu, semakin membuatkan hati saya semakin keras. Saya semakin takot. Dan saya matikan telefon atas nasihat seorang kawan. Err. Betollah, matikan sebab dah takut sangat. Bila saya on balik handphone, puluhan miss calls dan mesej yang masuk. Bukan setakat 1 handphone, handphone yang lagi satu pun turut di'kerjakan' oleh dia. Penuh inbox saya dan saya rasakan dia semakin gila.

Salah satu mesej yang dia hantar, dia kata dia geram pada saya. Kalau awak jadi saya, apa yang awak nak buat? Saya takut sangat dan tak berani nak beritahu pada ahli keluarga. Saya hanya memberitahu kepada beberapa orang rakan rapat. Dan salah seorang rakan telah memberikan cadangan, sekiranya lelaki itu semakin berani dan ingin berjumpa dengan saya, dia dan kawan-kawan dia ingin memasang perangkap kepada budak itu, dan memberikan sedikit pengajaran. Err. Saya harap sangat tidak jadi apa-apa yang boleh memudaratkan dialah.

Sebagai seorang perempuan, apa je yang saya boleh buat selain menangis ketakutan. Saya menangis semalam sehingga tertidur. Dalam keadaan ketakutan. Bukan saya nak kata yang saya ni lemah, hanya mampu menangis. Tidak. Macam-macam saya dah lalui dalam hidup, tapi ini kali pertama yang membuatkan saya terasa fobia. Mungkin fobia dengan lelaki. Err. Tolong. Saya takut sangat. Saya buntu dan tak tahu apa yang perlu saya lakukan.

Kalau awak jadi saya, apa yang awak nak buat? Takkan nak selamanya fobia dengan lelaki. Ehh. Tak bolehlah. HAHAHA. Sempat lagi bergelak ketawa di saat-saat genting macam ni. Tolong?!





setia

Gila kalut semalam sebab handphone boleh pulak tertinggal dekat office. Nasib takda orang curi ke apa, kalau tak mau gila meroyan aku dibuatnya. Dah la tu satu-satunya handphone yang aku setia sangat sampai 4 tahun lebih dah pakai. Tak pernah curang. Cuma menduakan aje. Nak buat macam mana kan? Kasih berubah. Err, pada handphone saje lah. Pada yang lain, tak pernah berubah. Setia sungguh. Betooll.

Contohnya. Dari dulu iaitu sejak akil baligh (jgn tanya bila), saiz kasut tak pernah berubah. Sampai sekarang setia dengan nombor 5. Cuma kadang-kadang boleh jadi 4, 4 setengah, 6 pun boleh jadi jugak. Itu pun kalau ikut saiz kaki orang kerdil. Err. Maaf.

Selain itu, dari dulu iaitu sejak kali pertama menggunakan handphone, itupun selepas SPM, saya tak pernah menukar nombor telefon. Masih setia sehingga sekarang cuma menduakan aje. Di duakan oleh celcom. Tertarik dengan plan celcom U.O.X yang gila murah, borak gayut-gayut dengan mak masa kat kampus sampai satu jam pun kredit tak abes-abes. Dengan 4 angka terakhir yang seakan-akan nombor matriks, 6957. Gila sayang. Nostalgia. Abah mintak pun aku takda bagi. Sori beb. Eh eh, sorry abah.

Lagi. Dari kecil sampai sekarang, tak pernah curang dengan bantal busuk. Cuma bantal busuk je menduakan saya, sanggup pergi ke orang lain sedangkan bantal tu memang dah busuk dengan segala bau saya. Err. Tak payah imaginelah. Malu. Sampai sekarang, bantal tu masih ada, dan menjadi peneman diwaktu tidur. Bantal lain, sorry. Aku sepak sampai jatuh ke bawah.

Lagi? Cukuplah kot. Ikhlasnya sampai situ aje. Cerita lebih-lebih kalau tak ikhlas pun takda guna. Lagipun break dah nak abes. Manfaatkan masa yang ada degan perkara berfaedah. Contohnya, emm.. tak payah contoh kot. Nak layan ym kejap. Ada orang buzz.

*BUZZ*


mlm ni ada lg 1 entry..entry menakutkan..
maaf terpaksa batalkan niat atas sebab-sebab tertentu..

Hari ni nak bagi tips secara ikhlas.

Ini gambar kami selepas keluar makan-makan. Nampak tak budak lelaki yang kat tengah-tengah tu? Haa, yang itu. Itu budak perasan ensem. Nak muntah bila dia cakap aku jeles die ensem. Hooi, buat apa aku nak jeles kalau kau ensem pun, sebab aku tak nak jadi ensem. Aku nak cantik jek. HAHAAHA. Poyolah budak tu. Mari sama-sama boooo pada dia.

Dah dah. Cukuplah.

Enam belas hari saja tinggal. Enam belas. Bukan satu belas (err, sebelas lah) atau dua belas. 16. Cuba cakap lagi sekali. Enam belas. Ok. Baik-baik. Paham dah. Kakak yang nak kawen, engkau yang eksaited. Biarkan budak nih.

Apa cerita hari ni? Macam biasalah. Cerita tu lah. Takda lain. Director kat atas nun dah cakap macam tu, maka jadinya macam tu. Tak leh nak 'cut-cut' tukar scene. Kejap kat Paris, kejap kat Venice. Nyanyi golek-golek kat ladang bunga. Pastu salin-salin baju. Ceh, mula dah dia merepek. Aura bollywood lah konon.

Err. Sedang blaja nih. Blaja menulis entry dalam keadaan pendek. Tapi rasa macam tidak boleh. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Bagaikan idea mencurah-curah disorongkan keybord. Mana boleh disekat-sekat idea yang datang mencurah. Macam ada orang cakap " macam ladang gandum disimbahi coklat - Coco Crunch lah" correct me if i'm wrong. Betulkan saya jika saya salah.

Kalau kat kepala dah terkeluar mentol kuning tu, cepat-cepatlah sambar bantal. Silap. Sambar keyboard. Lepas tu baru syok menaip. Macam tak ingat dunia. Sedar-sedar dah cecah 10 page untuk 1 entry. Bayangkan kalau hari-hari mentol kuning keluar, mau loya baca entry sampai 10 page satu hari. Itu kalau publish satu entry per day. Kalau sampai dua tiga kucing berlari, mau juling membaca.

Ni nak bagi sikit tips lah. Tips dari orang yang bukan pakar. Saya budak baru belajar. Ambil galah tolong jolokkan. Kalau idea tidak kunjung tiba, tapi niat di hati mahu update blog, apa salahnya biarkan saja blog untuk sehari dua. Kasi dia rehat sikit. Dalam masa yang sama, jangan lupa pergi pujuk idea tu supaya dia keluar. Ni bila rehat, 24/7 kau rehat takda buat apa. Cuba bagi otak tu senaman sikit. Omputih kata exercise. Lihat sekeliling. Perhatikan setiap apa yang berlaku. Nak jadi blogger memang macam tu. Konon reporter tapi tak bertauliah la. Macam aku. Blog blog juga. Tapi cuti tetap cuti.

Dan yang paling penting, hati kena ikhlas. Baru sedap hati membaca dan memandang. Gaya serta teknik penceritaan pun kenalah pandai olah sikit-sikit. Err, yang ini aku tak berapa pandai nak cakap, sebab aku tulis apa yang terkeluar kat kepala. Ya, berjuta-juta perkataan keluar dalam satu masa sampaikan tak tau nak taip yang mana satu.

Dan yang terakhir, sebelum publish, pastikan sudah menapis beberapa perkataan atau ayat yang tidak berapa sesuai supaya ia kelihatan lebih menarik dan teratur. Emm.. Seriously, step yang ini aku jarang-jarang buat. HAHA.

9 perenggan sudah. Emm. Amalkan tips kat atas tu, insya-Allah idea mesti datang selalu. Yang penting, keikhlasan kita berkongsi cerita dengan pembaca. Itu sangat penting. Jangan ada niat terselindung sudah. Err. Tamatlah sesi untuk kali ini.


Perlu ke tips ni? Rasanya tak kot. Mari boo pada aku pulak. HAHA. Sape berani, meh sini potong lidah dia.





6 perenggan pendek sahaja..

Dua hari pulang ke pangkuan emak. Sabtu dan Ahad. Isnin telah pulang semula ke pangkuan mami. Selasa, duduk di atas pangku sendiri.

Err. Merepek. Biasalah.

Niat yang suci lagi murni pada hari ini adalah untuk meng'update' blog yang amat disayangi. Kalau anda mahu disayangi, rajin-rajinlah menginap di sini, pasti mendapat secebis kasih sayang. Ingat, secebis saja. Takda lebih. Kasih sayang dan kecintaan saya buat masa ini adalah khas untuk emak. Sikit tu adalah untuk yang lain.

Jangan worry, jangan risau. Hari ini anda tidak akan berasa pening dan loya pabila membaca entry di blog ini. Kerana niat kedua adalah, membuat entry dalam beberapa perenggan yang singkat dan ringkas. Cerita-cerita yang tidak berapa penting, baiklah dilupakan saja untuk menayang muka di sini.

Sabtu malam pergi menyambut hari lahir emak yang ke 54. Abah membelanja makan besar dan saya pun makan besar juga. Nasib perut pada saat tu sangat kosong, meronta-ronta minta di isi. Jangan terkejut kalau saya cakap saya makan sebanyak 3 pinggan nasi tapi setiap satunya dalam kuantiti yang sedikit. Sebab emak cakap, anak dia ni macam sudah kurus sedikit. Tu yang berani makan secara banyak.

Isi ketiga untuk hari ini adalah untuk membagitahu anda semua yang saya mampu makan sebanyak tiga pinggan in a arow but in a small quantity lah of course. Bunyi macam sangat bangga. Memang bangga apa. HAHA.

Ok. Cukup untuk entry hari ni. Sebab tadi dah berjanji tanak merepek-repek panjang berjela macam orang syok sendiri ke apa. Padahal dulu masa sekolah sangat tak suka membuat karangan.

Janji tetap janji. Maaf kalau terasa hampa (erk? padahal dalam hati sangat gumbira..) Hidup mesti berpegang pada agama dan janji. Mungkir janji, BERDOSA. Tak takut ke? huuuu






'Biol'data @ buku biodata

Atas request seorang akak comel yang mempunyai anak-anak yang cute, isu atau subjek utama entry pada hari ini adalah Nurul Ain. Erk. Nurul Ain anak pak cik Karim. Anak orang lain saya takda kenal la pulak. Tapi kat sekolah dulu, memang ramai kawan yang nama Ain. Sampaikan setiap Ain mempunyai nama gelaran tersendiri. Mau tau apa nama gelaran saya? HAHA. Sungguh comel lagi cute. AinK atau Ain Cool. KAh Kah. Gila cool la, sebab nama ni Mai yang bagi.

Kak Iena,
2) Yang ingin sgt di ketahuai siapakah Nurul Ain di sebalik blog? penulisan yg sngat2 terbest diantara blog2 lain..

Kejap kak. HUHU. Saya akui saya ni masih setahun dua tahun jagung dalam dunia blog ni. Jadi takdalah best apa pun blog saya ni sebab banyak lagi blog femes kat luar sana yang lebih menarik gaya penceritaannya. Dengan domain sendiri yang gah. Huh. http://ainkay.com . Gila cutelah nama tuh. HAHA.

Secara rambang, mari kita lihat biodata di bawah. Kalau semua pakai ayat, nanti ada yang jemu pulak nak membaca. Dah la font kecik sungguh. Buat entry berjela-jela macam syok sendiri. Ok. Mari mula membaca.

Nama diberi : Nurul Ain binti Abd Karim
Umur : sweet 23
Jantina : 100% perempuan
Tarikh lahir : 12 Mei 1986
Tempat lahir : Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu = (Bugis + Pelikat + Jawa sikit)
Status : Bujang, masih anak dara. Ewah ewah
Adik-beradik : ke-6 dari 8 orang
Alamat rumah : ______________________ (sila isi tempat kosong)
No. i/c : 860512-23-***8
Hobi : Memasak, mem'baking'
Makanan kegemaran : Lauk masakan kampung, western tak berapa layan
Minumam kegemaran : Milo milo milo milo
Saiz : M
Ukur pinggang : 1 pemeluk
Tinggi : 5 kaki 4 inci (mmg rendah)
Berat : Ideal yang pasti
Warna kulit : hitam hitam si tampuk manggis (hitam manis)
Arahan : Sila buat satu karangan berdasarkan isi-isi penting di atas.

Nurul Ain seorang anak yang berjantina 100% perempuan adalah anak kepada En. Abd Karim. Dia telah berumur 23 tahun pada 12 Mei yang lepas kerana dia telah dilahirkan pada 12 Mei 1986. Kiralah kalau tak puas hati. Kelahirannya telah disambut di Johor walaupun sebenarnya semasa di dalam perut, si bayi itu beria-ia mahu dilahirkan di Venice, Italy. Tapi tak kesampaian kerana keluarga tidak mempunyai wang yang banyak untuk melahirkan si bayi di sana. Si bayi memang sungguh comel sejak kecil dan putih. Tetapi warna kulitnya telah bertukar pabila dia semakin membesar. Dari putih, kulit telah bertukar ke hitam manis. Rambut dari ikal mayang telah menjadi lurus. Dagu yang dulunya lentik dan terbelah kini sudah tidaklagi.

Ini adalah gambar ketika kecil sewaktu berumur beberapa bulan takda ingat. Cute tak? Ewah ewah. Pewwwitt.

Dilahirkan dengan agama Islam, dan berketurunan bugis pada sebelah bapa serta melayu jawa sikit dan india muslim pada sebelah emak. Sebab itu, wajah kelihatan saling tak tumpah macam Aishwarya Rai (jgn ckp pape). Jauh panggang dari api. Darah pahlawan Laksamana Bentan telah mengalir dalam tubuh sejak kecil kerana keturunan bapa mempunyai krisis dengan Sultan Mahmud mangkat dijulang. Tengok filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? Haaa, itulah sejarah keturunan bapa saya. Jangan ditanya bahasa jawa dengan saya, kerana yang saya tahu hanyalah siji loro telu papat ( satu dua tiga empat). Itu saja.

Rumah terletak di muka bumi kawasan Asia Tenggara di negara Malaysia. Di dalam negara Malaysia, terdapat sebuah negeri dinamakan Johor Darul Takzim yang mana dia dilahirkan di situ. Dilahirkan dan dibesarkan di sana, menjadikan dia seorang anak jati Johor yang tak sekeras kayu jati. Cakap saja mana Asam Pedas terbaik, Mee Rebus, Mee Bandung, Soto, Laksa Johor. Semua dihujung jari. Nyum nyum.

Masih bujang dan sudah berpunya, dipunyai oleh Allah s.w.t secara mutlak. Hati masih kosong belum terisi. Pernah dua kali gagal dalam menjalinkan hubungan, dan hampir serik untuk bercinta. Apakah? Tapi, hidup mesti diteruskan dan pencarian untuk mengisi kekosongan sudah bermula. Ewah ewah. Malu betul. Berminat? Sila isi borang. KAH KAH KAH. Perenggan ni tak penting sangat tolong skip lah.

Sangat gemar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Ada kelapangan, pasti seluruh rumah akan di kemas. Tak kira pada musim perayaan atau tidak. Sangat mencintai dunia pembikinan kek dan biskut, dan mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri. Mempunyai sedikit ilmu dalam bidang jahitan, dan akan akan dipraktikkan ketika tiba musim perayaan kerana pada masa itu, tempahan baju akan membuak-buak. Majikannya adalah emak. Emak membagi upah dengan sangat banyak. Siapa yang tak nak.

Kerana dilahirkan sebagai anak melayu, lebih menggemari masakan melayu jika dibandingkan dengan western. Sangat kebaratan dan mentah tidak akan disumbat di dalam tekak. Setakat pizza, spagetti, bla bla tu masih boleh terima. Sushi? Ops, sorry. Tak layan. Tidak cerewet dalam pemilihan makanan tetapi mempunyai alahan kepada seafood terutamanya sotong. Semua jenis sotong. Sotong kering, sotong katak, sotong kurita, named it. Allergik. Milo adalah minuman kegemaran. Dari kecil hingga dewasa. Minum milo anda jadi sihat dan kuat. Sebab itu masih sihat dan kuat sampai sekarang. Sekuat manakah meminum milo? Buktinya, Nurul Ain adalah satu-satunya peserta lontar peluru yang berbadan kecil semasa pertandingan peringkat daerah. Tak percaya? Pergi minum milo sekarang.

Mempunyai susuk tubuh yang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. M size. Medium. Sederhana. Tapi, kadang-kala boleh diklasifikasikan sebagai L juga. Jangan tanya kenapa, lu fikirlah sendiri. Tinggi tu kiralah sendiri dalam meter ke cm ke, suka hati. Saiz pinggang sebesar satu pemeluk. Nak tau besar mana, try la peluk. HUHU. Oii Oii, apa peluk-peluk nih. Kurang pedoman betul. Berat adalah ideal untuk ketinggian 5 kaki 4 inci itu. Kiralah dalam lingkungan mana. Sebelum ni pernah mengalami kekurangan berat badan, tapi hasil membina otot telah meningkat dan menjadi ideal. Percayalah kalau nak.

Semasa sekolah, merupakan seorang yang sangat lasak dan aktif dalam aktiviti sukan. Bola jaring, bola tampar, lontar peluru, rejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh, lumba jalan kaki, aerobik (err), cakap saja. Semua telah dicuba. Tapi tidak sesekali akan mencuba sepak takraw atau ragbi kerana sebab-sebab tertentu.

Mempunyai warna kulit yang seakan-akan warna belakang kuali sejak kecil, menjadikan Nurul Ain seorang yang rendah diri. Tidak berani melawan dan tidak pandai membuli. Sangat patuh kepada undang-undang dan peraturan sekolah menjadikan dia berkelayakan untuk memegang jawatan Presiden Blok. Berkakilebar Berkaliber kata cikgu.

Tidak menggemari asap yang datangnya dari rokok. Bukan setakat asap, rokok pun dibenci juga. Penghisap rokok pun boleh menjadi mangsa kebencian.

Sukakan ketenangan dan muzik yang berirama slow. Hanya sesetengah lagu rock je yang masuk ke dalam jiwa. Tapi jiwanya tetap rock and roll (batu dan guling). Walaubagaimanapun, hatinya agak keras, sekeras kerikil. Diakui oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah di dalam ucapan motivasinya berkaitan rahsia disebalik tarikh lahir. Walaupun begitu, hati mudah tersentuh pabila mendengar kisah sedih terutama berkiatan ibu dan keluarga. Tounching woo. Malah diakui sangat manja dengan emak.

Paris dan Venice adalah antara dua destinasi impian sejak dari dulu lagi. Tapi apakan daya, belum ada rezeki. Simpan saja dalam hati dan di bawa ketika mimpi. Je t'aime Paris. I love Paris. Boleh bertutur bahasa perancis secara sikit kerana ilmu tersebut sudah semakin luput dari dalam kepala.

Emak cakap, Nurul Ain seorang anak yang baik kerana pandai menjaga hati emak dan membuat emak gembira ketika sedih. Itu kena tanya emak betul ke salah, sebab dia cakap macam tu. Kalau tak percaya jugak, pergi tanya polis kat kaunter 8 di IPD Batu Pahat.

Kesimpulannya, ________________________________________________________
_______________________________________________________

Sila isikan tempat kosong.

Kepada Kak Iena, cukupkah maklumat tersebut? Ke mahu lagi? Err, mungkin boleh dibuat dalam bentuk sequel.

Bila sudah mula membebel memang akan menghasilkan entry yang sangat panjang. Maaflah kalau terbosan-bosan membaca. Tapi saya hanya menurut permintaan dari seorang pembaca dan saya amat-amat hargai. Terima kasih daun keladi. Lain kali tanyalah lagi.

Err. Sudah lah. Sambung lain kali.




kenapa suka tanya pasal kawen???


Kononnya hari ni mogok tak mahu update blog. Tapi macam tak sampai hati pulak. Mentang-mentanglah dah makin dewasa blog cakap, lupa pada dia. Huuu. Bukan lupa ke apa, yang sebenarnya hari ni saya macam kehilangan kata-kata keramat untuk ditulis. Takda idea datang mencurah-curah macam volcano mengamuk ke apa. Sebab mood saya hari, masih lagi sama macam mood malam tadi. Mood semalam. Pendek kata, mood dah basi lah.

Semalam potong-potong kek, mami dan daddy man bagi surprise beli ice cream cake. Tu yang kat atas tu lah. Memang sedap wa cakap sama lu, tapi perut dah kenyang kan, makan satu slice je lah. Lepas tu emak pun datang bersama abah dan adik bagi turut memeriahkan sesi potong ribbon. Eh, salah..potong kek. Sangat-sangat terharu sebab seingat saya kali terakhir menyambut hari jadi adalah pada umur 12 tahun ke apa. Lepas tu, memang takda potong kek dapat hadiah semua. Takda. Sebabnya, merantau, pergi belajar, menimba ilmu di negeri orang. Cehhh. Padahal dari form 1 sampai form 5 kat Johor jugak. Matriks pun kat Johor jugak. Cuma sambung degree je kat Selangor. Punyalah sayang pada negeri Johor sampai takda sanggup nak berpisah. Itu pun apa nasib dapat sambung belajar kat Selangor sebab memang 1st choice kat situ.

Cukup-cukuplah cerita pasal negeri Johor, nanti orang Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu semua naik meluat dengan saya. Yang negeri tidak disebutkan janganlah kecik hati. Bukan tak mahu sebut. Kalau sebut satu persatu macam nak mengajar kajian tempatan pulak. Padahal boleh je cakap seluruh Malaysia.

Mengenai entry semalam. Hari ini, saya akan jawab kesemua soalan yang ditujukan dengan berhemah. Ceh, berhemah tu. Ye la. Semenjak jadi dewasa ni, rasa memang patut melakukan semua perkara dengan berhemah. Bukan nak kata sebelum ni tak berhemah, berhemah jugak cuma kurang sikit.


Ynn.
ehh, nak tanya, awk bila nk kawin? :DDD

Ok, Ynn. Terima kasih kerana bertanyakan soalan yang sebegitu comel macam orangnya juga. Sebagai seorang perempuan, mestilah mempunyai perasaan ingin berkahwin. Bukan wanita je, saya pasti lelaki pun begitu. Tetapi itu semua terserah pada ketentuan Allah. Cepat jodoh, cepatlah kawen. Lambat jodoh, lambatlah kawen. Tapi, kalau ikutkan hati, esok juga saya mahu kawen. Apa macam? Puas hati dengan jawapan? HEHEHE


Mari proceed soalan seterusnya.

pn-iena
soalan hehe:
1) Bila nak add followers kat blog kak iena ni...kuikui boleh gitu..ngengenge

2) Yang ingin sgt di ketahuai siapakah Nurul Ain di sebalik blog? penulisan yg sngat2 terbest diantara blog2 lain..

Kak Iena,
1) Soalan ni agak sukar sikit bagi saya. Tapi saya akan cuba jawab dengan sebaik mungkin. Bagi saya, tak semestinya blog yang saya follow tu saya akan baca, atau blog yang saya tak follow tu saya tak baca. Setiap blog mempunyai keistimewaan tersendiri. Nanti saya follow ye kak. HUHU. I follow.
2) Soalan ni kalau nak dijawab memerlukan beberapa muka surat. Kalau dah perlukan beberapa muka surat, maknanya akan menjadi panjang. Oleh yang demikian, saya akan membuat satu entry khas atas request Kak Iena. Erk..Perlukah? HAHA


cacen86
dan mcm biaserla..bile umo cmnih,org mst akan tyer bile mau kwen...ehehe...sabar jerla eh..:)


Kawen lagi. HAHAHA. Macam duta perkahwinan pulak aku ni. Mesti la nak kawen cepat kan? Tapi siapa je yang nak. HAHA. Calon pun belom ada nih. Erk.. Tak mau cakap banyak. Proceed next question.


-- [r][4][p][t][o][R] --
erm rap nak tanya kamu ni..soklan maut lagi sensitip nih...
soalanya ialah.... berapa no hp kamu..
jawab jangan tak jawab...kalau malu hantar jer kat blog rap ...wakakakaka.
.

Rap,
Woo woo woo. Sensitip dan maut betul sampai terasa panahan peluru kat kepala. Tembus. Pergh. Dramatik betul. No telefon eh? HAHA. Nanti tanya pak cik Karim. Dia bagi ke tak. *&*^&*( Pak cik Karim cakap, dia bagi no telefon IPD Batu Pahat je. Pastu tanya dekat Inspektor Sahab. Mintak pada dia, nanti dia bagi no telefon saya. HAHA. Amacam? Mengancam tak?


cIk JanNah
soklan cepu cemas
bila nak kawen?
cemas ke??
soklan mnyampah ade la..
kih3


Terima kasih banyak-banyak kepada cik Jannah kerana bertanyakan soalan yang berbaur mesra nih. HAHA. Soalan ni memang berciri cepuk lemas. Naik lemas nak menjawabnya. Rasa-rasanya dah terjawab kot soalan ni sebab dah ada beberapa orang yang tanya. HEHE..


Hemah tak hemah la aku jawab. Sebab dah petang ni, otak macam slow sikit. Makan kek banyak sangat semalam. Pastu telefon ni asyik la berbunyi, mengacau konsentrasi aku betul. Tadi idea memang mencurah-curah keluar. Bila diganggu dengan panggilan misteri terus black out.

Ministry of Human Resource. HAHAHA.
Pening kepala aku dibuatnya.




I know, it's my birthday. HAHA

Bismillah.

22 ----> 23. Fuu. Dalam masa sehari jek umur dah bertukar. Bertukar! Macam cerita apa ntah yang adik saya selalu tengok kat Tv tuh. Yang pakai serabut-serabut macam power rangers konon. Okeh. Jangan cakap banyak nanti malu sebab tak tahu.

Emak sangat comel semalam sebab menghantar mesej birthday kepada anak dia yang comel ni. Tepat jam 00.00H . Huu. Terharu sangat sebab emak adalah orang pertama yang wish. Selalunya mesti orang yang berapa belas entah. Lepas tu siap bagi hadiah top-up lagi. Comel betul. Emak siapalah ni. Mesti anak dia comel jugak. Ok. Sudah-sudah la angkat bakul sendiri. Cuba bawak-bawak beristighfar. Dah tua woi. Buat cara dah tua. HAHA. Peduli apa aku dengan nombor 23 tu. Tak pernah tahu pun wujud no 23 tu. HAHA. Walaupun umur 23, jiwa aku tetap sweet 17. OMG. Dasar pandang ke belakang betul.

Orang kedua yang comel adalah abah. Ceh. Emak dan abah ni nak lawan ke siapa paling comel antara mereka. Dua-dua tak mau kalah bagi hadiah top-up. Dah la maxis bagi free calls. Saya dapat free top-up lagi. Gila cutelah mereka berdua. Mesej pun asing-asing. Emak siap doakan saya dapat jodoh cepat lagi. Amboi, hari tu dia jugak yang cakap, " Sebelum kawen ni duduklah bawah ketiak mak puas-puas. Bila dah kawen nanti dah tak boleh duduk bawah ketiak mak, kena duduk bawah ketiak suami." KAH KAH KAH. Sumpah lawak. Saya sampai tersedak time tu. Emak siapalah ni. Cute betullah. Ayat mak tu nasib bertapis, kalau tak senset.

Sempena menyambut kelahiran yang ke 23 ni (maaf lah takda cuti umum), saya nak buka peluang kepada anda semua pembaca setia. Tak kiralah setia gila ke, separa setia ke, tak setia langsung ke, tiba-tiba masuk blog ni, terus baca entry minta soalan nih. Haa. Ada apa-apa yang anda mahu tanya secara umumnya mengenai saya, boleh tinggalkan diruang komen. Ye la, sebab ramai sangat orang konpius dengan saya nih. Ada yang ingat saya budak sekolah (apa muda sangat ke aku nih), ada yang ingat saya masih belajar. Nasib takda yang ingat saya dah ada anak 5 ke apa. Kalau tak, mau kena fire. HAHA.

Sebarang soalan. Silalah tanya. Tapi kalau boleh, janganlah terlalu sensitif. Contoh macam ni, "Bila kau putus dengan bf kau no 5 tu? Sebab apa? Kat mana?" Ni contoh jek. Yang terlalu peribadi tu janganlah tanya. Mungkin dengan cara ni, anda akan lebih mengenali siapa Nurul Ain sebenarnya.

Kepada followers baru yang nak kenal dengan saya, apa lagi? Rebutlah peluang keemasan ni untuk bertanyakan soalah. Cehhh! Macam bagus betul besday girl nih.

HAHA. Weh, malu betul aku buat entry macam ni. Macam takda moral pulak. Sekarang ni moral belakang kiralah. Apa salahnya buat entry tak tau malu sesekali sekala sempena hari yang mulia ni, ye tak?

Sekarang dah betul-betul malu.

Come on everybody clap your hands
Now you're looking good
I'm gonna sing my song and you won't take long
We gotta do the twist and it goes like this

Come on let's twist again like we did last summer
Yea, let's twist again like we did last year
Do you remember when things were really hummin'
Yea, let's twist again, twistin' time is here

Jom twist hilangkan malu.



hip hip hooray!!

Wooo..Wooo..Apa ni buat entry sedih-sedih sampai meleleh air mata jantan? (air mata ada jantina kah?) Apa nak di malukan, ye tak? Semalam saya peluk cium peluk cium peluk cium peluk cium mak sampai dia rimas. HAHAHA. Tipulah. Tapi yang peluk cium tu memang adalah, takdalah sampai rimas. Saya happy sangat sebab saya orang pertama yang wish emak Selamat Hari Ibu. Terharu sangat sebab mak cakap " Terima kasih sebab selalu gembirakan emak masa emak sedih" Emak nak cakap yang anak dia ni berciri pelawak tahap antarabangsakah? Kalah Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak itu? Tidak. OMG!. Next year boleh apply Raja Lawak 4.

Tak mau la cerita sedih-sedih lagi, nanti seri muka hilang. Mari kita happy, gembira , hip hip hooray. Selawat banyak-banyak.


Nak merasai kenikmatan hidup sebagai wanita 22 tahun buat kali terakhir nih. Berdebar-debar dalam hati ni. Serius. Macam menunggu rombongan merisik ke rumah. Cehhh.

Fullstop.
Kan nak merasai kenikmatan terakhir sebagai wanita 22 tahun.
Stop blogging.


Selamat Hri Ibu buat Ibu-ibuku..

Bersempena dengan hari ibu pada 9 Mei ini,saya sebagai anak tidak sesekali akan melepaskan peluang untuk membuat entry khas kepada ibu-ibu saya. Dan,untuk pengetahuan semua, semasa entry ini ditulis, air mata dari seorang anak ini, tidak henti-henti turun kerana terlalu menghargai kurniaan dari Allah s.w.t kepada saya dengan ibu-ibu yang cukup menyayangi, memahami dan menerima saya seadanya.

Ibu,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu. Dari jauh, anakmu ini hanya mampu memberi ucapan, tanpa sebarang sambutan ataupun hadiah. Sejak lahir, saya tidak pernah berkesempatan menyambut Hari Ibu bersama ibu. Tapi apa pun, ketahuilah wahai ibu, ibu yang telah mengandungkan saya, melahirkan saya dengan susahnya, saya sayangi ibu selama-lamanya. Ibu, di manakah kamu wahai ibu? Anakmu ini dahagakan kasih sayang dari seorang ibu yang bergelar ibu kandung. Ibu tahu tak, walau apa pun kesalahan ibu, anakmu ini tetap menyayangi ibu. Tapi kenapa ibu? Kenapa ibu tidak pernah sekali pun mencari anakmu ini? Kenapa? Apasalah saya? Seingat saya,kali terakhir kita bertemu semasa saya dapat menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di JB. Itu pun pada tahun 1999. Kenapa ibu? Seandainya suatu masa nanti ibu mahu anakmu ini pulang ke pangkuanmu, adakah ibu mengharapkan saya akan pulang ke pangkuan ibu sedangkan waktu susah selama ini ibu tidak pernah pun menjenguk anakmu ini? Ibu, walau di mana pun ibu berada, dalam keadaan apa sekalipun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana telah melahirkan saya di muka bumi ini dan mempertemukan saya dengan seorang lagi ibu yang bernama Kalthom.

Kepada emak tersayang, Kalthom....



Emak,sungguh besar pengorbanan emak pada anakmu ini. Emak membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Masih segar lagi diingatan saya, bersusah payah emak mengambil tempahan membuat nasi lemak untuk dihantar ke gerai-gerai makan bagi mendapatkan saya sesuap nasi. Walaupun pada masa itu, emak masih lagi belum mendirikan rumah tangga, emak menjaga saya dan memainkan peranan sebagai emak dan bapa yang sangat sempurna.Walaupun saya tidak dihadiahkan dengan patung permainan Babbie,saya cukup seronok bermain patung mainan yang dibuat oleh arwah nenek daripada baki-baki kain perca. Itulah permainan yang paling menyeronokkan pada masa itu,tiada tolok bandingnya. Emak,walau macam mana keadaan sekalipun, emak adalah tetap emak saya sampai mati. Selagi nyawa dikandung badan,selagi itulah emak tetap dihati saya sampai bila-bila. Emak mendidik saya dengan sempurna sehingga saya kini memperoleh segulung ijazah hasil usaha gigih emak membesarkan saya dengan menjualkuih-muih,nasi lemak dan mengambil tempah menjahit baju. Bagaimana caranya supaya saya dapat membalas jasa emak? Walaupun dengan memberi wang sebanyak RM1juta sekali pun, jasa emak takkan dapat saya balas. Saya amat-amat berharap, Allah sentiasa memakbulkan doa saya supaya menjadikan emak antara ahli syurga yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya. Emak, saya tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya emak pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Mungkin jiwa saya akan mati pada saat itu.Kerana emaklah satu-satunya harta paling berharga yang saya ada di dunia. Emak, Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Lahir yang ke 54 pada 17 Mei ini. Saya akan doakan supaya emak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dipelihara dari api neraka dan menjadi hamba Allah yang paling mulia. Andai tiba masa memisahkan kita, saya lebih rela pergi dahulu dari melihat pemergian emak kerana saya tidak sanggup kehilangan emak. Selamat Hari Ibu kepada Pn.Kalthom binti Ismail.

Tidak lupa juga kepada Pn. Kalimah binti Ismail...
Maklus, terima kasih banyak-banyak kerana selama 7 bulan Maklus sudi menjadi ibu susuan saya. Tiap titis susu itu,tidak dapat saya balas.Tapi sekiranya tiap titis susu itu memerlukan balasan dengan titisan darah, saya sanggup berbuat demikian.Terima kasih yang tak terhingga.Tanpa Maklus, mungkin saya tidak akan dapat membesar dengan sihat sehingga sekarang. Dengan susu itu juga saya dikurniakan akal fikiran yang sempurna, kesihatan yang baik. Maklus, terima kasih banyak-banyak hanya itu yang mampu saya ucapkan sempena Hari Ibu yang sungguh mulia ini. Halalkan tiap titsan susu yang telah Maklus berikan.

Kepada Mami (Zahrah binti Ismail) dan Cu (Yasmin binti Ismail)..

Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada kalian. Walaupun tidak berpeluang menjadi ibu, tapi anggaplah saya sebagai anak kalian sendiri. Ini kerana sejak saya kecil pun, kalian turut menjaga saya. Kalian merupakan mak cik-mak cik yang terbaik sekali di dunia. Tanpa kalian berdua,siapalah saya kini. Kalian sering memberikan sokongan tatkala saya berada dalam kesusahan, dan sering menyokong saya dari belakang. Bukan wang ringgit atau harta yang saya perlukan, cukuplah sekadar secebis kasih sayang sebagai penguat semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Kepada Mami,terima kasih kerana sudi menumpangkan saya di masa saya susah. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa Mami dan Cik Man. Tidak dilupakan juga kepada Cu. Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dan nasihat.Cu dan Mami telah saya anggap seperti emak saya sendiri. Selamat Hari Ibu dan halalkan segala makan minum saya selama ini.

Mereka semua inilah yang telah membentuk saya menjadi seperti saya sekarang. Mereka memberikan sokongan tatkala saya disisih,dihina. Hanya hati saja yang tahu, bagaimana rasa pedih dan seksanya diperlakukan sebegitu. Tapi apakan daya, saya sebagai hamba Allah yang hina hanya menerima ia dengan redha kerana setiap ketentuan dari Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya air mata mengiringi setiap doa. Semangat dari kalian semua juga telah menjadikan saya lebih matang dan pandai berdikari. Ampunkan segala dosa yang telah saya lakukan, maafkan salah silap selama ini. Makan dan minum saya minta dihalalkan. Sesungguhnya, siapalah saya ini sekiranya tidak meminta ampun dan maaf kepada ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU DAN SEMUA KAUM IBU DI DUNIA.






Free call for Maxis and Celcom users on 12th May .

Semakin nak menjadi dewasa ni, semakin mencurah-curah rezeki jatuh ke riba. Salah satunya, bos bagi kepercayaan lebih dengan menambah imbuhan pada gaji bulanan walaupun belum setahun berkhidmat. Pergh! Sayanglah bos!! Macam ni kena rajin selalu. Rajin buat kerja, rajin buat blog. Eh eh, mana ada buat blog. Rajin buat kerja on time dan siap before time. Rajin dari segala segilah, barulah dikatakan perfecto.

4 hari je lagi korang. Ingat tu. 4 hari lagi. Siap-siaplah apa yang patut. HAHAHA. Sepupu-sepupu aku semua dah komplot awal-awal tak nak ingat 12 Mei. Konon nak sibukkan dirilah. Dah la keluar hari tu aku belanja, patutnya korang yang belanja aku. Tapi takpa, mudah-mudahan aku murah rezeki selalu. Tak berkira sangat pun. 12 Mei ada apa? 12 Mei cuti umum la sayang.. Cuti umum sempena Hari Kelahiran Yang Comel Cik Nurul Ain Abd Karim. HUHU.

Ingatkan hari nak cuti blog. Mungkin ambil mc sampai 2-3 hari. Tapi macam tak sampai hati pulak. Makin terasa malas, makin banyak pulak entry kat sini. Nak buat macam mana, idea kalau dah terkeluar tak boleh disekat-sekat. Kalau tak, jawabnya tersekat terus sampai takda idea. Mau bersawang blog yang spider woman nih. Aik? Pesal spider woman pulak.

Sempena 12 Mei ni, maxis dah bagi green light supaya menggunakan sehabis baik talian telefon secara percuma tanpa bayaran untuk panggilan maxis ke maxis . Free of charge. Agak-agak call Singapore free tak? Nak call kakak. HAHA. Tapi, hanya untuk satu hari. Bagaimana pula dengan celcom? 1 minggu beb. 1 minggu. Digi? U-Mobile? XOXO? Apa lagi, takda nak bagi free calls kepada birthday girl ini kah? Kah? Kah? Kah?

Ingat tadi nak letak or promote sikit diorang punya logo ke apa. Tapi macam malas sebab bukan diorg bayar pun. HEHE

Kan rezeki namanya ni. Kan? Rezeki telefon. Tuah telefon pada free calls, tuah tuan punya telefon? Hang Tuah kot. HUHU. Umur janganlah tanya berapa. Sebab kalau korang tanya aku akan jawab sweet 17. OK! Dah. Sensitip.



**Ingin mendapatkan panggilan hangit dari saya pada 12 Mei? Tinggalakn no telefon di ruangan komen. Insya-Allah anda akan dihubungi oleh saya. Boleh ke?? Boleh boleh. Boleh blahhhh!**

HAHAHAHAHAHA




Anugerah Blogger Popular (ABP)

Hari ni idea belum singgah lagi di kepala. Jadi, mutu keunggulan kualiti entry akan sedikit down, serta bahasa pasar akan bersepah-sepah secara berleluasa. Sejak dua menjak ni, memang ramai rakan blog yang sibuk memberikan award dan tag. Masing-masing dengan murah hatinya memberi tapi saya sekadar menerima sahaja. HUHU. Belum cukup kreatif la nak buat award sendiri. Kalau buka photoshop tu, mesti benda lain yang dibuat. Niat asal pasti takkan tercapai tanpa pelaksanaan.

Hari ni, membuat entri secara pukal dengan mengumpulkan segala award dari kawan-kawan yang sudi memberi. Sekali lagi diulangi, saya hanya menerima dengan hati terbuka. Terima kasih la banyak-banyak ya. Mungkin suatu masa dan tikanya nanti, saya akan pergi menempah medal ke apa, bikin gempak sikit. Post pada readers semua dengan rela hati. HAHAHA. NI contoh aja, jangan kau tuntut pulak.

Anugerah pertama iaitu Anugerah The Rockest Blog Ever, dengan mendapat undian sebanyak 0.00000006 juta telah dimenangi oleh....*drum roll please*


Cik Nurul Ain - Ini Sebuah Kisah

Terima kasih pada Kak Tiha sebab sudi memberi award ini kepada saya. Dah lama saya simpan, tak tampal-tampal lagi dalam blog. Orang memberi, kita kena hargai. Yang pasti, saya akan tetap menjadi blogger yang rock sampai bila-bila. Yeah yeah!!

Anugerah kedua ini akan disampaikan oleh SII, pemilik blog Sederhana Itu Indah. Anugerah Pengunjung Setia (Best Visitor) telah diberkan kepada ...*drum roll once again please*


Cik Nurul Ain - Ini Sebuah Kisah

Wau, saya memang betul-betul tak sangka akan mendapat award sebegini banyak dalam masa 1 tahun berblog. Mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi saya akan kalahkan award Siti Nurhaliza. Terima kasih semua. HUHU.

Dan, Anugerah Sama Tapi Tak Serupa yang akan disampaikan oleh pakcik dot pula, dimenangi oleh...*drum roll lagi la..*


Cik Nurul Ain - Ini Sebuah Kisah
Ya, tidak syak lagi. Blog kami serupa dari segi wajah, tapi kandungan serta isi emmang berlainan. Terima kasih banyak-banyak kepada pakcik dot sebab sudi memberikan award ini. Mungkin selepas ini, saya terpaksa memulangkan semual award ini kerana saya telah membina sebuah rumah baru yang pastinya tidak akan ada yang sama. HUHU.

Gedik binti mengada tak? Kau ingat ni Anugerah Blogger Popular (ABP) apa? Siap nak bagi ucapan dan kononnya dengan undian sekali. Orang berangan nak dapat award memang macam ni. Tak pernah merasa naik stage bagi award pada orang. Seingat saya dapat naik stage dapat anugerah pun masa kat matriks dulu, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang. Oppss!

Setakat ini sahaja majlis penyampaian anugerah kita pada hari ini. Sesiapa yang ada bagi award tapi saya belum tampal, tolong bagi tahu ya. Kadang-kadang saya ni ada sedikit short-term memory lost. Yang dah tampal tu, janganlah mintak tampal lagi ya. Nanti orang ingat saya gila award pulak.

Majlis bersurai. Semua dikehendaki bangun sebagai tanda hormat kepada para pemenang.
Sila lempang laju-laju. Aku dah gila glamour sekarang.

Bajet popular la aku ni? Tak langsung!! HAHAHAHAHAHAHA
Boleh gelak sekarang.


Erm..cerita blind date lagi ke?


Bawak-bawak la mengucap banyak-banyak. Takkan hari-hari nak jamu blog dengan cerita blind date dan match maker yang macam tak masuk dek akal langsung tu. Mungkin ramai yang tak percaya, wujud lagi ke weh match maker and blind date ni. Haaa, kalau tak nak percaya tak pa. Takda salah. Kita tukar sikit topik hari ni. Nak muntah rasa, hari-hari saji cerita blind date. Balik-balik blind date. Silap-silpa lepas balik date, kau jadi blind nanti baru tahu. Baru tahu apa tu blind date. Aik? Tadi kata tak mau story lagi pasal blind date, tapi masih lagi sebut perkataan tu. Blind date. Blind date. Haipp!! HEHEHE

Perasan tak keadaan cuaca bumi sekarang ni tak menentu. Sekejap sejuk, sekejap panas. Sejak akhir-akhir ni, cuaca memang panas memanjang, mengalahkan summer kat luar negara pulak. Tapi sekarang, di bumi Johor tercinta sedang dilimpahi hujan. Tak tahu la nak panggil hujan rahmat atau hujan salim. Terkeluar pulak nama penyanyi dulu-dulu. Rasa- rasanya sekarang ni boleh dikatakan hujan asid. Sebab dah lama takda hujan, maka air hujan yang turun tu memang membahayakan diri dan kesihatan. Maka, peluang untuk bermandi-manda dalam hujan memang sangat tipis. Teringat zaman kanak-kanak, suka main kejar-kejar dalam hujan pastu mandi kat bawah corong air dari atas atap. Seronok betul tapi lepas tu mesti kena rotan dengan emak sebab tak mahu dengar kata.

Menurut ramalan cuaca, musim 'summer' di Malaysia akan berakhir pada akhir bulan Mei. Itu tak tahulah kesahihannya, sebab Allah Maha Berkuasa. Ikut Dia lah nak hujan ke, sejuk ke, panas ke. Kalau Dia nak bagi Malaysia ni salji sikit pun takda peliknya. Sebab Dia ada kuasa. Ini semua ramalan dari manusia.

Sepanjang musim 'summer' di Malaysia ni, kena lah pandai jaga diri, jaga kesihatan supaya tidak terjejas aktiviti seharian. Musim summer ni pun dah menyebabkan salah seorang mak cik aku yang duduk kat Singapura tu terkena penyakit Tuberculosis atau lebih glamour dengan nama TB . Tak tau la TB berapa inci dan model apa, tapi yang pasti ia adalah lebih canggih dari yang sedia ada. Apa aku melalut ni, kecik hati mak cik aku kalau dia baca nanti.

Mak cik aku dia terkena batuk sejak 3 bulan yang lepas. Sekejap baik. Sekejap kena lagi. Baik. Kena. Macam tu la ceritanya. Macam biskut Chipsmore. Sekejap ada, sekejap takda. Kesian betul dia, dah la baru lepas pulih dari sakit barah payu dara, sekarang kena TB pulak. Nasib TB 14 inci jek. HEHE. Banyak la kau punya 14 inci. TB dia masih di peringkat permulaan. Dan sekarang, dia sedang menjalani rawatan sebagai pesakit luar di Singapore General Hospital. Mudah-mudahan cepatlah dia sembuh. Sebab bulan depan kakak aku kawen, mesti kitorang sibuk sangat. Nanti dia tak boleh attend pulak majlis tu.

So, kawan-kawan semua. Ceh!! Jagalah kesihatan. Banyakkan minum air dan kurangkan merokok. Dalam keadaan cuaca yang panas, badan kita memang amat memerlukan air yang banyak. Kalau tidak nanti, boleh dehidrasi pulak. Macam-macam penyakit timbul. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka.

p/s: Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. HUHU.

Sekarang boleh jadi duta kesihatan. Lepas tak laku jadi duta match maker.



Cerita Blind Date

Kami berjanji untuk bertemu. Tempat dan masa telah pun ditetapkan. Pakaian? Tak payah nak tetap-tetapkan warna. Ikut firasat dan kata hati.

Berbekalkan duit dan ilmu di dada, tempat yang ditetapkan dituju dengan rasa berat hati. Aku hanya mengenakan seluar jeans lusuh dan baju separas lutut menutup punggung dan bertudung krim. Cepat-cepat bayangkan macam mana keadaan aku masa tu. Dalam kepala ligat berfikir itu dan ini. Mak aih, apa pasal asyik nak pergi toilet je ni? Tangki asyiklah penuh. Minumnya tidak.

Bilik kecil tu dah lapan kali dituju. RM 1.60 terbang macam tu saja tanpa sebarang hasil. Penat je termenung. Perah otak, keringat semua.

Aku sengaja menyorokkan diri dari pandangan umum. Jadi invisible sesekali sekala apa salahnya. Nak tengok macam mana rupanya Encik S yang kononnya nak di match make kan dengan budak nama Nurul Ain tu. Sempurna kah rupanya? Tinggikan dia? Peminat rokok kah? Atau.....

Di tengah-tengah kelompok manusia, ternampak kelibat manusia yang sedang mencari-cari. Terjengah-jengah ke kiri dan kanan. Memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Mungkin ini dia Encik S. Erm, boleh tahan orangnya. Tinggi jugak. Pakai pun smart takdalah selekeh. Tengok muka pun macam orang baik-baik.

Dia menunggu di tempat yang dijanjikan. Sah, itulah Encik S. Tapi, perlu ke aku pergi berjumpa dengan dia sedangkan aku masih lagi belum bersedia? Dari malam semalam, hati ni memang tak tenteram. Berdegup kencang, macam ribut taufan. Dalam perut macam ada rama-rama berterbangan. Macam mana ni? Pergi, tak pergi, pergi, tak pergi, pergi, tak pergi. Aahhhhh. Keputusan muktamad. Baik aku pergi. Manalah tahu ada peluang. Ceh, sempat lagi.

Kaki yang yang dah penat berdiri macam patung sejak dari tadi dilangkahkan ke arah manusia yang disangkakan Encik S. Berat hati betul. Tapi, sepasang kaki ni memang sungguh gatal, menuju ke arah lelaki tersebut dengan pantas seolah-olah dikejar anjing gila. Tak sangka betul, kaki perempuan pun boleh tertarik pada kaki lelaki. HAHA. Apa aku mengarut ni.

Sampai di depan manusia yang disangka Encik S, senyuman secara paksa tapi cukup manis dan sempurna diberikan kepada manusia di hadapan. Dalam hati, confirm cair hati dia bila tengok aku senyum mak lipat macam ni. Aku dipersilakan duduk. Sah. Memang dia orangnya.

Apa pandangan aku buat kali pertama? Dia menarik. Nampak educated. Bibir dia merah, bermakna mungkin dia tidak merokok atau sengaja memakai lipstick kaler merah. Itu aku tak tahulah. Muka bersih, rajin solat ni. Kuku pun bersih dan pendek. Baju kemas dan bergosok. Kasut berkilat silap-silap, kilat pulak. Kasut bersih dan berstokin. Mungkin cukup sempurna dari luar. Dalaman? Takpa, sekejap lagi aku uji habis-habisan sampai kau merayu untuk talian hayat.


Kami bertentangan mata. Mak aih, redup sungguh pandangan matanya. Jantungku semakin berdegup kencang. Dia tersenyum. Aku pun tersenyum. Waiter datang untuk mengambil pesanan mematikan pandangan kami. Kacau betul, dalam hati aku berkata.

Abang nak pesan minumam apa?
Tanya waiter muda itu. Lelaki yang disangkakan Encik S itu menjawab dengan menunjukkan jari ke arah buku menu sambil berkata :

Shaya hahu hair khofi shatu. Hawak?

Terkejut beruk aku bila aku tengok gigi dia rongak, dengan gaya percakapan yang sengau yang membuatkan aku tak paham langsung apa yang diperkatakan tadi. Muka dah merah padam, malu pada waiter lelaki tu dan diri sendiri. Cepat-cepat aku cabut lari. HAHAHAHAHA


Di atas bukan cerita sebenar. Ini hanya tanggapan aku apabila perlu menghadiri blind date yang diaturkan oleh kawan atau ahli keluarga. Aku harap sangat Encik S bukan macam tu lah. Sebab so far dengar dia cakap kat phone takda sengau-sengau.

Blind date kami terpaksa dibatalkan kerana masing-masing mempunyai urusan. Encik S ada tanggungjawab terhadap kerjanya, dan aku sibuk bersama sanak-saudara di tanah perkuburan menguruskan jenazah dan bertahlil beramai-ramai kerana pemergian nenek saudara.


p/s: macam mana nak ubah template ni? Tengah pening. Hoho.

Jumaat shopping : DONE
Sabtu blind date : UNDONE
Ahad tunang : DONE. Tapi bukan aku yg tunang. Sepupu aku. HUHU

Lepas penat gila jalan-jalan, kami pergi solat Zohor. Ni dalam surau sempat lagi ambil-ambil gambar. Sebab dah letih sangat, tak banyak dapat capture good moments.

Duta KFC yang dibenci oleh mak cik-mak cik yang jeles kami bergelak ketawa. Padahal takda tulis pun DILARANG BISING kat situ. Hangin betul. Sebab nak sakitkan hati mak cik-mak cik tu, kami saja gedik-gedik ambil gambar. Sakit tak hati? HAHAHA

Gambar ni kat rumah orang bertunang. Jadi, spekulasi kononnya nak bertunang hanyalah tipu belaka. Pakai sikit punya sempai. Dengan muka bengkak macam baru bangun tido. Padahal tak tau kenapa.

Habis dah cerita. Cukuplah tepek gambar sendiri. Bawak-bawak la insaf.

Last Tag..

1 - nama yang dingini kalau diberi peluang untuk menukarkanya?
Takda pernah terfikir pun hendak menukar nama sebab Nurul Ain tu sudah cukup serasi dan sempurna dengan maksudnya Cahaya Mata.

2 - adakah kamu single?
Selagi belum diijab kabulkan, selagi itu akan mengaku bahawa diri ini masih lagi single. Ya, aku single. Ada masalah ke? Sila ke kaunter pertanyaan untuk soalan lanjut.

3 - kesenangan diri kamu apabila .......?

Diri di senangi dan disayangi oleh kaum keluarga. Memberi wang hasil titik peluh kepada emak dan bapa juga merupakan satu kesenangan dan kepuasan yang tak dapat ditandingi. Apa lagi yang boleh membuatkan kau merasa puas selain dapat membalas jasa ibu dan bapa?

4 - orang kesayangan kamu?

Sudah semestinya kedua ibu bapa dan kaum keluarga. Dalam apa keadaan sekalipun, mereka tetap di dahulukan. Rakan-rakan pun menjadi insan kesayangan juga. Tanpa kawan-kawan, siapalah kita di dunia ini jika hidup hanya keseorangan.

5 - siapakah kawan karibmu dan kenapa kamu senang bersamanya?
Emak saya sendiri. Kami berkongsi segala kisah suka duka bersama. Susah senang bersama.

6 - warna kegemaran kamu dan kenapa?
Terlalu banyak. Tanpa warna, hidup menjadi suram. Dengan warna juga hidup bertambah ceria.
Putih : Sebab ia melambangkan kesucian.
Hitam : Berani
Coklat: Erk. Tak tau.
Biru : Lembut.
Hijau : Sejuk mata memandang.
Dark purple: seksi

7 - filem terakhir kamu tonton?

The Uninvited. Sangat merugikan sebanyak RM45. Tak berbaloi. Dah la hampa tak dapat tengok X-Men diorang paksa tengok cerita yang kononnya seram nih, padahal takda seram pun. Sikit je.

8 - hero a.k.a watak kegemaran kamu dan kenapa?

Jason Statham dalam filem Dead Race. Gila macho dan kagum dengan cara dia drive. Padahal ntah betul ntah tak dia yang drive.

9 - heroin kegemaran kamu dan kenapa?
Kajol Hindustan dah keluar.

10 - muzik kegemaran kamu dan mengapa?

Stand By Me by Ben E. King. Dan lagu yang berentak slow. Tak kacau jiwa bila dengar dan menyakitkan telinga.

11 - pendapat kamu tentang saya?
Erk. Baru kenal diblog, takda tahu maklumat lain. Tapi, rasanya dia budak baik sebab dia sayang anak buah dia.

12 - apakah sifat yang membuatkan dirimu senang?

Rajin mungkin. Cuba tanya jiran sebelah atau direct pada pak cik Karim. Mungkin boleh dapat jawapan yang lebih tepat.

13 - sifat yang dibenci olehmu?
Mendesak dan memaksa. Sangat membencikan. Sangat benci dan membencikan. Benci!! Emo tak pasal-pasal. HAHA.

14 - angaran umur untuk kamu berkahwin?
Erk. Kalau dulu target 25 atau 26. Tapi sekarang takut mau target target sebab takut tersalah sasaran.

15 - adakah kamu pernah kecewa bercinta?
Yup. Mengecewakan orang dan dikecewakan. Tapi paling perit saat terpaksa mengecewakan orang yang disayangi. Only God knows why.

16 - cinta pertama pada umur?
Erk. Sejak lahir, cinta pada Allah, Nabi, Rasul, Ibu Bapa, Ahli keluarga, sahabat dan rakan. Kenapa nak sangat tahu ni? Cinta pertama pada umur 19 tahun.

17 - cinta sekarang?
Errrk. Alhamdulillah kenyang. Susah dimengertikan. Terlalu complicated dan misteri macam misteri nusantara.

18 - pendapat kamu tentang wang?
Satu keperluan yang wajib ada pada semua manusia. Tapi kalau terlebih pun susah kerana boleh membawa kepada pergaduhan dan kelalaian.

19 - henphone yang kamu gunakan?
Sony Ericcon W350 sejak Mac 2008 dan K700i sejak Febuari 2005. Tak berapa gemar sangat tukar-tukar handphone dan beli handphone yang canggih-canggih belaka. Cukup sekadar boleh send sms dan call.

20 - jika kamu seorang artis terkenal?
Mungkin macam Wardina. Memakai tudung dan menutup aurat. Tidak menggilai kehidupan yang glamour. Cukup menjadi insan biasa di kalangan masyarakat tetapi cukup istimewa di mata Allah.



Cukup.
No more tag please.
Terima kasih.




Sabtu 2 Mei 2009, 7 Jamadil Awal 1430




Sabtu. 10 pagi. Nenek saudara, Mariam binti Abu Bakar telah pulang ke rahmatullah. Rasa sedih tu memang sedih. Tapi itu semua ketentuan Allah. Yang hidup pasti akan mati. Jodoh pertemuan serta ajal maut semua di tangan tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

Mari sama-sama bacakan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Mariam binti Abu Bakar semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman. Amin.


*esok baru update cerita selanjutnya.


Temu Janji Buta

Sabtu Sabtu jugak. Blog tetap blog. Minggu ni memang enjoy betul sebab dapat keluar macam zaman muda-mudi dulu. Ceh, macam dah tua sangat je. Dapat keluar dengan sepupu-sepupu memang seronok betul lebih-lebih lagi kalau satu kepala. Memang kaw-kaw punya bestlah. Girls Day Out memang fun. Fun gila macam Home Funniest Video. Ok, tak kelakar. Jumaat dah cuti berblog, cukuplah sehari. Nak jugak update sikit kasi panas.

Bukan ke hari ni nak pergi blind date? Poyo betul la, kejap jadi kejap tak. Actually, memang jadi pun. Mungkin masa entry ni di publish, aku tengah enjoy gila dalam panggung wayang sambil gelak guling-guling tengok Jangan Tegur. Jangan Tegur tu cerita komidi eh? Pandai betul. Tak sabar nak tengok X-Men sebenarnya sampaikan rasa nak tidur je kat shopping complex tu. X-Men, wait for me!!!!! Here i come.

Jumaat shopping. DONE
Sabtu blind date. NEARLY DONE
Ahad tunang. Erk! UNDONE!
Tengah bayangkan ni, kalaulah pergi blind date macam dekat Korea tu, mesti best. Suruh pergi 10 juta kali pun sanggup. Tak sempat nak sangap, mesti pergi punya.

Kalaulah kan. Ini semua kalau.

Blind date oh blind date. Macam takda orang nak kat aku je sampai kena pergi blind date. Ish, ayat. Kontroversi betul. Memang kesian. Sedapkan hati orang, ikut je lah kata. Untung-untung dapat big shot. HAHAHAHA. Konfem aku minta kawen esok juga. Yang ni, memang bukan aku. Jadi tak payah percaya sangat.

Pengalaman blind date?

Entah yek. Tengah date ni, macam mana nak tau rasanya. Mungkin best. Mungkin tak. Tunggu lusa la, confirm update punya. Tu pun kalau nak cerita la. HUHUHU. Sesekali kedekut takda salah kan?

Nak jugak tahu? Erm...Kejap tengah loading ni.

Lambat sangat. Nantilah.

HAHAHAHAHAHA

Okeh, bersurai. Pergi kemas rumah sana. Kesian mak buat kerja sorang-sorang. Tak pun tolong kucing ni tangkap rama-rama. Kesian dia.



*sempena birthday aku yang tak lama lagi ni, ada tak yang nak nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang? @__@ *mata cute la konon*




Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards