• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Lesson #003

More Basic Greetings in French

Usually used to say Good Bye.

  • au revoir [ o-voir ] : Good bye
  • à plus tard [ a-plu-ta ] : See you later
  • à tout à l'heure [ a-tu-ta-ley ] : See you soon , See you in a while
  • à tout de suite [ a-tu-de-sui ] : See you in a second, See you in a little while
  • à demain [ a-de-ma ] : See you tomorrow
  • à plus [ a-plu ] : Laters (informal)
Maaf, sepanjang ketiadaan saya, saya hanya akan membuat entry auto publish berkaitan mempelajari bahasa perancis ni. Cerita-cerita gila sepanjang cuti akan dikongsi selepas tamat cuti. Bagi sesiapa yang tertunggu-tunggu tu (ada ke?), harap sabar menunggu.

Lesson #002

Lesson seterusnya, mengajar perkataan mudah.

Basic Greetings

  • S'il vous plait [ sil-vu-play ] : Please
  • Pardon [ par-don ] : Excuse-me, sorry
  • Merci [ meh-si ] : Thank you
  • De rien [ the-ghia ] : You're welcome , Not at all, No problem , Sure (informal)
  • Je vous en prie [ jhe-vu-zhon-prie ] : You're welcome (formal)
  • Excusez-moi [ex-qu-sez-mwa ] : Excuse me, can i get past
That's all for now.

dengan penuh kasih dan sayang .....


Saya nak jadi pemurah hari ni kerana nak memberi kasih sayang kepada semua reader blog saya. Terima kasih sebab sudi baca blog yang gila bosan ni. Dengan riang rianya, saya nak ucapkan selamat bercuti kepada yang bekerja. Yang masih belajar pun selamat bercuti. Yang tak bekerja pun selamat bercuti. Kesimpulannya, kepada semualah. Selamat bercuti. Berhati-hati di jalan raya. Yeah.


Peristiwa Berdarah

Bukan setakat di Palestin saja telah berlaku tumpahan bergelen-gelen darah. Tetapi semalam di rumah NO. 2 Jalan dot dot dot, juga telah berlaku pertumpahan darah secara tidak sengaja. Tumpahan secara tidak sengaja yang dilakukan tanpa sengaja juga. Semuanya tidak sengaja. Cuma sengaja diheboh-hebohkan padahal tak perlu.

Peristiwa pertumpahan darah berlaku pada jam 7 malam macam tu, masa sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak. Okeh, sebenarnya semalam, saya empunya diri dan mami agak tebiat sedikit nak masak nasi ayam. Tiba-tiba terkeluar mentol yang terang di atas kepala yang bijaksana ini untuk melakukan agenda memasak nasi ayam yang sangat special di mata kami.


Disebabkan empunya diri cuti umum, waktu maghrib digunakan sebaik-baiknya untuk menyediakan juadah tersebut supaya kami tidak kebulur kelak. Perut memang dah tak boleh tahan lapar. Macam -macam lagu keluar, tapi yang paling kerap lagu keroncong. Tak tau kenapa. So, saya mengambil tugas tanpa disuruh-suruh untuk menyediakan segala bahan supaya senang nanti mami tinggal masak sahaja. Aku dah cakap aku akan masak bila aku terlebih rajin je. Sampaikan orang nak tolong pun aku takda bagi. Tapi disebabkan aku budak baru belajar,ambil galah tolong bla, aku tak nak tunjuk pandai sangat, nanti mami rasa tercabar pulak. HAHAHAHA.

Aku ambil ayam mentah yang belom dipotong, lalu diletakkan di atas chopping board untuk ditetak 18 umpama Mona Fendi. Tapi ayam tu macam sedikit kecil, jadi aku tak sampai hati nak tetak sampai 18 dikhuatiri akan kelihatan seperti ayam cincang pula. Aku ambil pisau, lalu sambil menyanyi lagu Gary Moore aku hiris ayam tersebut untuk dibuat rencah sayur chap-chai. Seronok dan leka menyanyi sambil menghiris, aku terlepas pandang lalu aku menghiris satu daging yang aku rasa macam keras. Banyak betul tulang ayam ni, aku cakap dalam hati. Sekali bila aku tengok, alamak. Tangan empunya menjadi mangsa pisau yang baru saja di asah.

Cepat-cepat tarik tangan, sorok belakang apron. Takut nak melihat keadaan tangan, terus rendam tangan dalam air. Syok juga rasa terhiris pisau kat tangan ni. Sekurang-kurangnya kurang sikit dosa aku. Bila perhatikan balik, jari telunjuk hampir terkulai, luka sedalam 0.5 m diikuti darah yang memancut-mancut keluar. Nasib bukan jenis mabuk darah, kalau tak mesti dah passed out kat situ juga tanpa ragu-ragu. Passed out kira okeh la lagi, buatnya pass away terus, kahwen dengan bidadara la jawabnya aku. Bestu jugak tu. Okeh, dah start merepek.

Sebenarnya luka sedikit saja, tapi hanya tuhan saja yang tahu betapa nyilu rasa tangan dihiris. Luka pun takdalah sampai sedalam 0.5 m, kau gila apa. Tangan aku besar mana dalam sampai macam tu sekali. Sikit je. Mujur aku tak potong ayam pakai gergaji, kalau tak maunya putus jari telunjuk. Dah mengalami kesukaran untuk mengorek hidung pulak. Okeh, sangat pengotor. Abaikan.

Yang pastinya, nasi ayam semalam memang sangat marvellous sampaikan aku takda sanggup lagi nak makan nasi ayam kat restoran luar sebab supnya yang cair, sos nya yang juga cair, takda salad, timun pun sekeping dan ayam goreng yang hanya seketul. Kalau buat sendiri, kau akan dapat hirup sup sampai kembung perut, sos pun pekat dan lazat takda masam, salad dapat makan dalam kuantiti yang banyak, timun kau boleh telan sebatang terus, dan pastinya ayam goreng kau boleh makan bape banyak ketul tak kesah. Tu yang pastinya. Tak da yang tak pasti. So, lepas ni aku akan jadi lebih rajin duduk di dapur. Bukan bermakna aku akan belajar cara memasak tapi aku akan memerhatikan bagaimana cara memasak atau menyuruh orang memasak untuk aku. HAHAHA. Sangat berciri diktator. Tak apalah.

Aku dah malas nak merepek. Kata ganti pun sekejap aku, sekejap saya. Dah bengong pulak. Tamatlah sekejap.

Gary oh Gary. Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi ...

.....lagumu tetap menjadi kegemaranku..(ubahsuai sikit skrip)

Rasa sedikit tak puas hati kalau tak letak kat dalam blog nih. HAHA. Nak juga suruh semua orang dengar lagu ni walaupun lagu ni selalu je keluar kat radio. Dengar dan hayati lirik lagu dia. Baru anda akan paham. Saya betul-betul maksudkan lirik lagu tersebut. So touching kan? Sesiapa yang tak tahu pucuk pangkal cerita lagu ni, sila baca previous entry. Kenapa saya letak. HAHAHA.


So, enjoy. Nak dengar, sila klik. Tak nak dengar, tak payah klik. HIHI.


07 Still Got The Blues.wma - Gary Moore

saya belajar utk menjadi sedikit jiwang

Sejak akhir-akhir ni saya macam terlebih suka pada lagu-lagu zaman tok adam. Maksudnya lagu-lagu lama la lebih-lebih lagi lagu Inggeris yang sentimental. Sikit jiwang la. Sikit je takda banyak mana pon. Every night sebelum tido bertemankan bantal peluk kesayangan saya, pasti saya akan mendengar radio melalui handphone (paham tak?) kemudian tidur dengan lenanya. HAHAHA. Bukankah lagu sentimental tu boleh membuatkan orang terlena. Sebab itulah saya cakap saya suka mendengar lagu sentimental sejak akhir-akhir ni sebabnya sejak akhir-akhir ni saya macam sedikit sukar untuk tidur.

Selalunya pukul 10 malam saya dah mengantuk kemudian disorongkan bantal. Aik? Sekarang ni, mata saya kalau tak pukul 12 memang takda boleh tidur. Lagi layan TV adalah. Mungkin sebab pengaruh TV musin raya cina ni. Banyak sangat cerita menarik, tertarik semua. Sampai nak tidur pun takda sampai hati. Kesian betul pada mata sendiri sebab terpaksa menahan sengsara.


Used to be so easy
to give my heart away
But I've found out the hard way
there's a price you have to pay
I found that love
was no friend of mine
I should have known
time after time


Lagu Gary Moore ni memang betul-betul mendayu. Sampai terleleh air liur saya dengar. Petikan guitar dia memang mantap. Rasa macam nak menangis pun ada. Kalau Santana pun hebat juga. Ah, kesimpulannya saya suka semua lagu yang ada bunyi-bunyi guitar solo. Siapa nak mengorat saya, pastikan pandai bermain guitar kemudian baling batu di tingkap bilik saya sambil menyanyikan lagu Gary Moore ni. Pasti saya takkan menolak punya. HAHAHAHA. Lepas ni kalau ramai orang baling batu mesti pecah pulak tingkap bilik.

Sampai sekarang pun masih terngiang-ngiang lagu ni dalam kepala. Betapa kuatnya penangan Gary Moore dalam hidup saya nih. Yeah, lagu 2 hari je kerja. Hari ni dan esok. Lepas tu saya akan menyepikan diri, pergi dating sana sini, cari pasal dengan orang dan yang penting cari jodoh. HAHAHA. Kau ingat cari jodoh macam cari kain ke? Abaikan. Rasa-rasanya nak pergi makan angin sampai perut kembung. Lepas tu pergi lepaskan angin merata-rata. HAHAHA. Kerja gila. Okeh, otak aku memang gila cuma aku tak gila. Masih siuman.

Hari ni mungkin akan meluangkan masa yang lebih kepada blog supaya minggu depan takkan ada rasa rindu yang melampau. Seminggu saya cuti, nak penuhkan perut dengan angin. Lepas tu akan balik semula ke pejabat, memulakan hari-hari kerja seperti biasa. Mungkin akan lebih menarik. Mungkin. Tapi tak pasti.

Tapi semalam, tetiba-tiba saya rasa macam... macam sesuatu lah. Kawan lama saya ajak keluar. Sebab dia ada kerja di Johor. Nak pergi tapi saya malu. Wei, aku ni nampak je brutal tapi pemalu jugak tau. Tapi saya pandai bagi alasan. Mungkin lain kali boleh jumpa. Dia macam sikit hampa, tapi nak buat macam mana. Kereta lembu yang saya order belum dapat lagi. Takkan nak pergi jumpa dia naik bas. Okeh, tak nak cerita pasal bas. Nanti merepek tak tentu pasal. Saya tak ready mental dan fizikal lagi kalau keluar bab-bab nak jumpa orang ni. Nak-nak lagi orang tu memang tak pernah jumpa. (????)

Nak makan limau lagi. Sebab semalam bos dah cakap suruh saya makan banyak-banyak. Nanti tak abes sampai lepas raya cina pun ada. Boleh kempiskan perut secara tak langsung. Trylah kalau tak percaya. Saya makan 2 biji sehari, perut saya kempis sebanyak 2 inci. Kalau 4 biji, turun 4 inci. Kalau lagi banyak, mungkin ukur lilit pinggang akan jadi negatif. HAHAHA. Percayalah cakap aku yang tak berapa boleh percaya ni.

Dah-dah, melalut banyak sangat. Nanti orang bosan nak baca. Bukan best pun blog ni. Banyak lagi blog yang best kat list sebelah kanan sana. Pergilah tengok.

GORGEOUS KAH AKU

Dapat tag lagi dari Wai. Thanx banyak-banyak sebab sukeee sangat suruh aku wat tag ye? HEHE. Sebenarnya malu gak nak buat tag ni. Macam tag yg sebelum ni (klik sini). Tu kira membunuh, kalau yang ni tak tau la kes mana. Tak berapa suka sangat tampal muka dekat blog sendiri. Sebabnya, pemalu kot. HAHAHA. Tapi, disebabkan kau Wai, bersusah-payah suruh aku buat, aku buat juga walaupun tag ni macam memalukan aku sikit. HEHE.

Tatap la muka aku kat bawah ni ye. Jangan komen lebih-lebih. Kalau nak komen pun, senyap-senyap dalam hati tak payah cakap kuat-kuat.

this tag require u to choose 10 most gorgeous picture u have in ur life

Okeh, sebelum ni aku tak pernah tahu pun yang aku ni gorgeous. Bila dapat tag ni baru aku tahu. KehKehKeh. Gila kentang! Malas dah nak membebel, tengok je lah pic kat bawah ni (yang kononnya gorgeous). Jangan suka-suka nak save nanti daulat. (aku ada keturunan pahlawan jangan main-main) Kalau tak nampak, pakai kanta pembesar. Tak nampak juga pegi jumpa doktor betulakn tayar motor. Mesti boleh nampak dengan jelas dan nyata tanpa dengung.
















Kalau tak silap masa ni umur 8 bulan kot. Agaknya lah. Cube perhatikan tang dagu tu, aku pelik sampai sekarang, kenapa dagu tu tak maintain sampai besar. Kalau tak mesti boleh lawan dengan dagu Siti Nurhaliza.





















Ni dekat PICC, meeting for annual dinner untuk course kitorg. Ada tahi lalat besar kat pipi. Actually tu bukannya tahi lalat Syarifah Aini yang aku curi, tapi tu adalah bekas chicken pox. Sengsara betul kena masa besar ni. Bekas sana bekas sini. Nasib sekarang dah hilang. Kena masa 2nd year. Tapi ok gak, merasa la ada tahi lalat kat muka macam Syarifah Aini. (pesal nama pompuan ni asyik keluar je?)

One more thing, masa tu still pakai braces. *ting*

saya rasa gorgeous masa pakai jubah besar itu sambil memegang degree. Gorgeous gila apa. HAHA.





Bertambah gorgeous kalau dapat bergambar dengan lecturer yang pandai. Ni one of my favourite lecturer. Lemah lembut, ayu dan SINGLE lagi. Nak no phone dia, saya ada. HAHAHA. Berani la mintak kalau tak malu.

*rasa gorgeous sebab slim je time ni*
hukhukhuk
































Hari yang sama dengan gambar di atas. Saya rasa gorgeous bila bergambar sambil pegang bunga. Anda tak rasa begitu kah? Sebab lain...ermm..tak boleh cakap.

ngee~





















aku rasa gorgeous semacam bila dapat bergambar dengan teddy bear besar dekat dalam shopping complex. Jangan tanya shopping complex mana, siapa pernah pergi mesti tahu. HAHAHA.





















Lagi satu yang membuatkan aku rasa gorgeous bila muka aku keluar kat newspaper walaupun tak nampak muka sebenarnya. Konon malu nak tengok kemera sebab reporter tu suruh buat macam biasa. Aku yang baju merah.





















I think i'm gorgeous when i'm in red. Merah kan hot. So kira hot lah ni. HAHAHA.

Serius, aku suka gambar ni. Tapi tempat dia cam tak sesuai sebenarnya. Sesiapa yang tahu, jangan mention okeh. Nanti beta murka.





















Gambar ni diambil masa dinner kolej. Final year. Aku tak sangka pulak aku boleh pakai macam ni. Macam sedikit over. Tapi aku rasa macam gorgeous juga. Whateverlah. Yang sebelah tu Muna, my housemate selama 2 tahun.





















Last but not least. Aku akan rasa gorgeous bila bergambar dengan orang yang tak berapa gorgeous. HAHAHA. Acik, jangan marah. Kau balik pegi siap kasi gorgeous. Mesti lagi hot dari aku. KAHKAHKAHKAH

Dah, berhentilah meminta aku menempelkan gambar sendiri di blog sendiri sebab aku rasa macam tak best. Nanti orang kata aku syok sendiri pulak. Tapi yang pastinya, syok sendiri adalah satu pekerjaan yang bahagia apa. Kau syokkkk je, takda nak susah hati. Dah la, adios.

BUDAK-BUDAK SEKOLAH ZAMAN SEKARANG SUKA BER'COUPLE'. SETUJU TAK?

Hari ni rasa macam gila kuasa sikit. Sebab tiba-tiba mood terlebih. Mood terlebih baik. Overdose makan limau. Sampai tajuk blog pun dah tukar. Sebenarnya kan, macam nak bagi pendapat sendiri dekat blog sendiri. Boleh tak? HAHAHA. Macam bagus je. Tadi dok lompat-lompat kat blog orang, tetibe termasuk blog budak-budak sekolah yang umur baru 14 tahun kot. Form 2 lah kan. Peliklah dengan budak-budak sekolah zaman sekarang ni.

Nak tau kenapa aku kata pelik? Try la masuk blog budak-budak sekolah, kau akan rasa kepelikannya. Bukan aku nak kata blog diorang tak cantik ke apa, malah kadang-kadang blog diorang lagi cantik dari blog aku nih. Huh! Takda rasa tercabar pun. HAHA. Buruk macam mana pun, aku tetap cakap blog aku cantik. Takda peduli. Ada yang siap beli domain tu. See. Kaya tak budak-budak zaman sekarang.

Okeh. Aku bukan nak cakap pasal ada domain atau apa. Aku cuma nak cakap pasal semangat budak-budak sekolah zaman sekarang. Aku bukan tujukan pada semua lah, mungkin segelintir je yang terlibat. Tak semua. Diulang TAK SEMUA. Lepas ni jangan salahkan aku pulak. Rata-rata aku baca blog budak-budak sekolah ni (see, free gila aku sampai blog bdak sekolah pun aku baca), kebanyakan diorang akan cerita pasal minat kat budak tulah, minat kat budak nilah. Macam-macam. Mungkin diorang pegi sekolah sebab nak tengok muka budak yang diorang minat. Kalau yang lelaki akan cerita pasal budak perempuan yang dia minat, yang budak perempuan akan cerita pasal budak lelaki yang dia minat. Kalau tak percaya, kau try terjah mana-mana blog budak sekolah ni.

Kenapa diorang nak pikir sampai macam tu ek? Diorang ni taknak belajar betul-betul ke? Umur pun baru setahun jagung. Mak suruh tumbuk sambal belacan pun ntah-ntah tak pandai lagi. Tapi dah sibuk pikir pasal boyfriend/ girlfriend. Takda rasa benda tu tak penting ke? Okeh, mungkin sebab aku dulu sekolah menengah girl school, jadi takda nak minat-minat or berboyfriend-girlfriend ni. Tapi, aku tak pikir macam tu. Sebab aku pikir, pergi sekolah mahu belajar, bukan cari jodoh.

Baru sekolah beb. Entah-entah mamat yang kau minat tu, bila besar tak tau lagi jadi apa. Harap muka je handsome. Perangai tak tahu lagi kan? Banyak lagi masa ya adik-adik. Masuk matriks nanti lagi ramai yang ganteng-ganteng. Yang handsome. Siap pakej. Handsome + bijak bistari. Kan bagus dapat macam tu. Ni, kecik-kecik lagi dah dok pikir nak kawen dengan siapa. Kamonlah. Belum masuk U lagi. Lagi banyak pilihan. Percayalah cakap 'akak' yang berpengalaman ni. Eceh. Poyo betul akak ni.

Belajar dulu dik. Tu yang penting. Yang menjamin masa depan. Soal jodoh tu semua ketentuan tuhan. Tak payah la pening-pening pikir, dia suka aku ke tak? Tapi dia asyik tengok aku je. Ish, cubalah pikir, macam mana nak jadi top student? Sejuk perut ibu mengandung. Aku yang umur dah nak masuk 23 tahun ni pun, tak pernah pikir sampai ke situ. Ehem. Tipulah tu.

Korang setuju tak dengan aku? Kan? Kan? Budak sekarang ni lebih pentingkan ber'couple' dari pelajaran. Tapi bukan semua macam tu. Segelintir je. Jangan tembak aku pulak lepas ni. Maaflah kepada adik-adik yang ada baca N3 ni lepas tu saket ati and tak puas ati. Boleh perang mulut kat comment box ya. HEHEHE.

**banyak lagi point nak tulis, tapi takut orang bosan nak baca**

LAI LAI.. LIMAU FREE.. LAI LAI..

Limau limau.. Mulah mulah..Mali beli limau mulah.. Lai lai..

Kat office sekarang ni dah macam gudang penyimpanan limau pula. Berpuluh kotak, beratus biji. Sampai dah pening dah tengok kotak limau ni. Baru tengok kotak dah pening, belum makan lagi.

Last week, mami bawak balik 2 kotak sederhana besar buah limau. Bos dia bagi. Semalam pulak aku bawak balik 1 kotak besar buah limau. Muka pun aku rasa dah macam limau dah. Hari-hari makan sampai naik sebu perut. Semalam je kat office aku bantai 2 biji limau, actually 1 1/2. Tak larat nak habiskan sebab perut dah rasa lain macam.

Malam tadi, memang betul jangkaan aku. Mesti perut aku meragam. Pukul 12 memang sakit gila. Sakit macam nak beranak je rasanya. Betul ke sakit nak beranak macam tu? Entah la. Maybe lagi sakit kot. Guling sana, guling sini, tak boleh nak tido. Masuk bilik termenung tak payah cakap la berapa kali. Tapi tak reda-reda jugak. Sampai pak cik aku pun dah naik pelik aku berlari turun tangga masuk tandas. Macam lari je tandas tu aku kejar.

Termenung 10-15 minit. Usaha sia-sia. Aku naik fed up sampai aku rasa macam nak pakai lampin pakai buang untuk orang dewasa pulak. HAHAHA. Lepas aku sapu Vicks kat perut, dah ok sikit ( Vicks bukan produk amerika kan? kalau ye bagitau eh? sekarang juga aku buang). Macam ni rupanya penangan makan buah limau overdose. Aku cam serik dah nak makan. Tapi bila tengok buah limau tu, macam comel je dia panggil aku suruh makan. Nak-nak lagi yang rasa dia manis. Tercabar betul rasa. Baru je nak boikot buah limau sebab dah mendaruratkan perut aku.

Serius, aku ada tips ni kepada sesiapa yang nak kempiskan perut bagi yang mempunyai masalah perut TERbuncit. Sengaja buncit bukan dengan rela hati la ni. Sedar-sedar perut dah buncit pastu tak tau nak buat macam mana nak bagi dia kempis balik. Ambil kesempatan makan buah limau atau oren free yang bos korang bagi atau kawan-kawan bagi. Makan dalam kuantiti yang banyak, pasti anda akan dapat perhatikan perubahan perut dalam masa kurang dari 24 jam. Aku dah alami semalam. Dan aku rasa perut aku dah terlebih kempis. Eceh. Cuma kena tahan ulang alik masuk bilik termenung la. Kalau sesiapa yang masuk bilik termenung yang kena bayar, kena sediakan syiling secukupnya. Takut-takut tak sempat pula nanti.

Apa da aku merepek. Tapi perenggan yang atas ni aku tak tipu. Pinggang aku dah jadi 23 inci daripada 33 inci (nampak sangat penipu). HUHU. Baju semua dah longgar dah (tipu lagi). Apa tunggu lagi, teruskan memakan buah oren untuk mendapatkan pinggang yang ramping serta perut yang leper. Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Persatuan Oren Mengkempiskan Perut Sedunia.

Hari Memperingati ...

Mari bermuhasabah diri.

Semalam seawal pukul 7 pagi, saya bersama Mami dan pak cik pergi melawat nenek dan atok. Arwah nenek dan arwah atok. Di Bukit Cermai. Melihatakn pusara mereka, saya tersentuh. Manitis air mata. Terkenangkan masa lalu.

Masa kecil, saya memang manja dengan arwah nenek. Kalau emak marah saya, pasti saya akan pergi mengadu pada arwah nenek. Kemudian arwah nenek akan baking saya. Masa kecil saya sangat suka menangis. Emak saya cukup fed-up dengar budak menangis. Saya akan di marah. Pernah sampai emak ambil bawang merah dan gosok di mata saya sebab tak mahu berhenti menangis. Bayangkan. Mak saya memang garang. Sampai sekarang pun dia garang juga. Kemudian, nenek saya yang akan jadi penyelamat keadaan. Owh tuhan, saya rindu nenek saya. Sekarang pun saya rindu sangat pada dia. Saya takda tempat lagi nak mengadu.

Saya ingat lagi masa mula-mula saya menjejakkan kaki ke sekolah berasrama. Nenek saya ikut hantar saya ke sekolah tersebut. Sebab cucu pertama yang dapat masuk sekolah asrama penuh. Masa saya dapat 5A pun dia gembira sangat. Saya salam dia sebelum dia balik dan saya menangis. Menangis teresak-esak sebab saya tak pernah berpisah dengan keluarga. Lagi-lagi jauh. Minggu pertama di sekolah, saya demam panas sampai jadi penghuni tetap di Sickbay di sekolah. Sampaikan Pengetua pun melawat saya. Masa tu, nama pengetua saya Puan Morni binti Karto.

Nenek saya mempunyai daya tahan badan yang sangat kuat. Gigi dia masih gigi yang asal, takda pakai gigi palsu. Badan dia tidak bongkok dan dia berjalan tanpa menggunakan tongkat. Satu hari masa saya tingkatan 4, saya telefon ke rumah. Orang lain yang jawab. Bak saya. Dia cakap nenek saya sakit, dekat hospital sekarang. Saya tanya emak, kenapa tak cakap? Emak cakap, taknak saya sedih. Saya akan jadi lebih sedih kalau saya tak dapat jumpa nenek saya kalau dia ditakdirkan pergi. Saya merayu pada pihak sekolah, mahu pulang sebab nenek saya sakit kuat. Masuk ICU. Mula-mula pihak sekolah tak benarkan sebab secara kebetulan, masa tu Sports day dah nak mula. Dan saya pun ada terlibat dengan acara sukan. Tapi saya terpaksa tarik diri. Saya merayu dan akhirnya saya dibenarkan pulang.

Masa pulang, saya doa supaya saya dapat jumpa arah nenek. Malam tu juga saya pergi melawat nenek di hospital. Nenek tak sedarkan diri langsung. Mulut dia penuh dengan segala alatan bantuan pernafasan. Saya betul-betul sedih lihat nenek macam tu. Mesti sakit. Esoknya, saya pergi jaga nenek di hospital dengan mak cik saya yang bongsu. Kami jaga dari pagi sampai malam. Masa maghrib tu, nenek saya buang air besar. Nurse tolong cucikan najis. Tapi, lepas je siap, nurse cakap nenek saya sudah takda lagi. Saya terdiam dan tak tahu nak cakap apa. Saya telefon emak di rumah, tapi saya tak mampu berkata-kata. Saya hanya menangis dalam telefon.

Nenek kesayangan saya sudah pergi menghadap Ilahi. Walaupun saya terkilan tak dapat minta maaf dengan nenek, tapi saya bersyukur sebab saya dapat bersama-sama nenek sebelum nenek menghembuskan nafas terakhir. Saya tolong mandikan nenek, dan saya lihat dia dikafankan. Wajah nenek memang cukup berseri dan tersenyum sepanjang masa. Nenek pergi dalam keadaan tenang. Tapi, saya cukup sedih. 1 minggu saya menangis sebab saya rasa betul-betul kehilangan.

Seminggu lepas tu, saya pulang semula ke sekolah. Pun saya masih tak dapat lupakan arwah nenek saya. Bila saya berseorangan, saya akan menangis dan menangis kerana rindukan nenek saya. Tapi Allah lebih menyayangi nenek saya. Dia cabut nyawa nenek saya pada usia 83 tahun. Kini, dah hampir 7 tahun nenek saya disemadikan bersebelahan suami tersayang. Pusara arwah atok terletak disebelah pusara nenek. Moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah kepada Allahyarhammah Zawiyah bte Piee dan Allahyarham Ismail bin Abu Bakar.

SAINS AKUARIum

Soalan : 1 karat = __ gram?

Tolong jawab sikit. Tadi seorang manusia telah bertanya dan aku kaku tak dapat jawab. Err err. Tergagap-gagap aku nak menjawab sebabnya tak pernah tahu. Bukan kaki emas pun. Harga emas 1 kilo pun takda tahu berapa. Aku jawab : Entah tak tahu. Nak tahu dia cakap apa: Lu kan blaja matematik dekat U, kenapa talak tahu?

Ish, apa dia ingat matematik tu semua benda ke aku belajar. Ada juga pengkhususannya. Okeh, 1st of all, kalau orang tanya aku ambil kursus apa dulu, aku akan jawab sambil membuat pilihan. Sama ada nak menjawab secara benar atau separa benar. Maksudnya macam ni, aku akan menjawab separa benar jika aku tengok orang tu macam ada potensi tak tahu apakah itu Sains Aktuari. Sebenarnya, dengan semua orang pun aku akan cakap aku ambil matematik. Tapi kalau orang tu tanya secara spesifik, baru aku akan jawab Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Aktuari). Poyo tak? HAHAHA. Takdalah. Separa benar lagi.

Sebenarnya, aku pun agak konpius dengan bidang yang aku ambil masa dekat U dulu ni. Aku masuk UKM sebab ditawarkan kursus Statistik, tapi tengok-tengok aku grad dengan Ijazah lain pulak. Pe kenama nya tadi? Sains akuari? Nak tergelak terbahak-bahak aku bila ada orang cakap yang kursus aku ni macam ternak ikan. Amboi-amboi sesedap mulut je kau cakap kursus aku ni kursus ternak ikan. Aku bukan anak ikan tau. Emak ikan jauh la sekali. Sains Aktuari bukannya sains akuarium.

Nak tahu lebih lanjut lagi, kau try la apply kursus ni. Baru ka tahu langit tu tinggi ke rendah. Ada senior aku yang tak grad-grad lagi. Dok extend je. Bukan senang tau. Actually, bukan semua pun benda yang kita belajar tu senang. Semua susah. Lebih-lebih lagi melibatkan angka, nombor atau lebih dikenali dengan nama Matematik. Siapa je yang suka matematikkan? Tapi , aku memang suka matematik. Suka sangat, sampai mimpi pun kadang-kadang melibatkan nombor.

Sesiapa yang tetiba rasa terpanggil nak pelajari kursus ni, silalah merujuk kepada pensyarah dahulu sebelum anda nanti membuat keputusan untuk commit suicide. Menyesal tak sudah nanti.

Berikut merupakan serba sedikit subjek yang aku pernah belajar dulu masa kat kampus. Nak recall abalik ni.
  • Statistik 1
  • Statistik 2
  • Kalkulus 1
  • Kalkulus 2
  • Pengaturcaraan Komputer
  • Asas Ekonomi 1 : Makroekonomi
  • Asas Ekonomi 2: Mikroekonomi
  • Aljabar Linear
  • Matematik Kewangan
  • Kaedah Berangka
  • Pengenalan Insurans dan Takaful
  • Kaedah Statistik
  • Asas Perakaunan dan Kewangan
  • Matematik Aktuari 1
  • Matematik Aktuari 2
  • Analisis Pelaburan & Pengurusan Portfolio 1
  • Analisis Pelaburan & Pengurusan Portfolio 2
  • Penyelidikan Operasi
  • Model Kemandirian
  • Teori Risiko
  • Perancangan dan Pengawalan Aktuari
  • Insurans Hayat dan Kesihatan
Ini subjek yang wajib. Tak termasuk yang tak berapa wajib. Tengok, ada kaitan tak dengan ikan? Satu perkataan ikan pun takda. Apatah lagi perkataan akuarium. Aku memang tak paham betul seiapa yang cakap kursus aku ni macam ikan gitu. Kau tengoklah senarai nama ikan kat atas tu. Masak asam pedas pun sedap jugak. Teori Risiko masak pedas. Kau ameklah risiko sendiri. Aku takda tanggung. HAHAHAHA.

MINTA MAAF

Entry semalam ada unsur repekan sedikit. Dan berlaku sedikit teguran daripada seorang rakan. Okeh, saya nak minta maaf. Point no 16, previous entry: saya takda niat nak malukan beliau. Minta sorry. Kalau beliau terbaca blog ini kemudian berasa malu lalu ingin menyaman saya, maaf. Saya takda duet, tolong jangan saman saya. HUHUHU. Cover ni cover. Maaf okeh. Sesiapa yang dah baca previous entry, jangan la pulak korang pegi bagi tau pada itu DK yang saya terkutuk beliau di blog suci ni. Takda niat mengutuk. Minta sorry again.

Sokong dan boikot...


Okeh. Rasanya masih belum terlambat untuk menyeru seluruh umat Islam supaya memboikot produk keluaran Israel. Tapi kat sini saya bukan nak suruh kalian boikot, tapi sebaliknya. Marilah sama-sama kita menyokong produk di bawah:
  1. Kola-kola buatan Malaysia
  2. Norkiah, handphone terbaru masih belum terdapat di pasaran
  3. Pasaraya Kepoh
  4. McD a.k.a Mak Cik Dona Kafeteria
  5. Setar Bak Kopi
  6. Mak & Spender
  7. Razlan , produk kosmetik yang setaraf dengan Revlon. Tapi masih tak terkenal lagi di Malaysia.
  8. Spirit , minuman berkabonat ( rasa macam Sprite)
  9. Maybe-Linne , pengasas bernama Linne.
  10. Moonkiss , minuman berperisa oren yang lagi sedap daripada Sunkist
  11. Jack Fruit Territory ( Banana Republic)
  12. Rahsia Victor Chen ( Victoria's Secret)
  13. Razlipah Lauran
  14. Cik Kiah ( CK)
  15. Klinik ( swasta boleh kerajaan pun boleh)
  16. DKNY (Daud Kilau Not Young - keluaran baju Dato' M.Daud Kilau)
  17. Bob Black Essentials
  18. Dollah yogurt
  19. Gaban ni
Banyak lagi sebenarnya produk yang kita boleh beli selain daripada produk keluaran Israel. Kan? Contohnya macam yang saya listkan kat atas ni. Tapi jangan pulak korang cari, sebab memang takda dipasaran. HAHAHA.

Matlamatnya :
Hanya Suka-suka.

Motifnya :
Boikot Produk Israel.

Kesimpulannya:
Memang bukan mudah nak boikot, tapi kalau kita mula dari sekarang takda salahnya kan, sedangkan saudara seIslam kita sedang bergelumang dengan maut di Palestin sana.


Fakta terbaru, saya ada kembar..

Cuba perhatikan gambar di bawah ni. Adakan rupa kami serupa sampai dah ramai sangat orang cakap yang kami ni kembar. Yang peliknya, kembar tapi dalam kandungan emak lain-lain. Tahun kelahiran pun lain. Beza 5 tahun. Kembar ke tu? Even orang yang duduk satu kampung dengan aku, dah kenal lebih 10 tahun boleh cakap aku ada kembar. Aik? Takkan lah selama ni aku nak sorok kembar aku kot? HAHAHA.


Saya yang berbaju merah (nampak berisi) dan kembar saya (sepupu) berbaju hijau tersebut. Nama kami pun sangat berbeza ; saya : Nurul Ain , sepupu saya : Siti Aisyah. Kalau kami kembar mungkin nama dia akan bertukar kepada Nurul Aisyah atau nama saya jadi Siti Ain. Aik? Pelik-pelik. Tak best betul nama Siti Ain itu.


Sepupu saya ni sedang tunggu result SPM, jadi buat masa ni dia buat kerja part-time kat kedai kek. Bos dia pun cakap muka kami serupa. Siap describe senyum kitorang lagi. Cara senyum sama. Lain je aku senyum ngan sepupu aku senyum. Kan? Kan?


Yang membezakan kami adalah, dia pakai cermin mata tapi saya tidak. Kalau saya masih pakai cermin mata mesti lagilah ramai orang cakap kami ni kembar.


Imej dikaburkan sebab tidak menutup aurat. HAHAHA. Yang baju hijau tu pun sepupu saya juga. Adik kepada kembar saya, Siti Aminah namanya.


Okeh. Sangat lain dan tiada yang lain melainkan yang lain-lain belaka. Takda samalah. Kalau sama pun, saya tak payah cari 7 manusia yang rupa seiras dengan saya sebab saya dah jumpa 1. HAHAHA. My own cousin. Tapi, kalaulah kami ni kembar, senang je nak bezakan kami berdua. Saya slim sikit tapi kembar saya berisi sikit. HEHEHE. Angah, jangan marah ek? Takpe aku kutuk kau, sebab aku tau kau dah lama tak baca blog aku.

Luar & Dalam

Luar saya okeh.
.
Hari-hari pun saya senyum.
.
.
.
.
.
Buat lagak macam biasa.
.
.
.
.
Tapi dalam saya sangat sakit.
.
.
.
Jiwa sering memberontak.
Tap tak mampu melepaskan.

Tag Membunuh Diri

Ini namanya tag membunuh diri. Lepas baca nanti baru tahu kenapa namanya tag membunuh diri. Okeh, di tag oleh Cik Suzi yang suka sangat mengenakan orang. Marilah proceed kepada tag tersebut.

7 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN ANDA

Sebelum aku dedahkan (ceh!) ciri-ciri lelaki idaman aku, nak pesan sikit ni. Jangan dok gelak senyap-senyap depan PC tu sebab tuhan nampak. 

  1. Yang paling utama, lelaki tersebut mesti mempunyai iman yang kuat. Maksudnya kalau nampak perempuan yang lagi cantik dari aku, jangan gatal-gatal nak pandang-pandang. Iman kena kuat! Dan solat mesti cukup. Baru boleh jadi imam aku nanti kalau ada jodoh . Semua jenis solat sunat kena tahu, jangan tahu solat sunat Jumaat je.
  2. No smoking please. Merokok membahayakan kesihatan. Nanti kalau saya mengandung (amboi, over pikir sampai situ), akan efek kepada bayi dalam kandungan. Pastu kalau dapat anak yang kurang sempurna anggota, dok salahkan ibu mengandung. Pada hal, baka dia pun ada juga. Kulit muka saya pun akan lekuk-lekuk kalau selalu kena asap rokok. So, no smoking!
  3. Saya suka lelaki yang lebih tinggi dari saya sebab nanti kawen boleh pakai heels. HEHEHE. Punya tinggi imaginasi. Selain tinggi, dia mesti berbadan yang tough, tak lembik, tak nak lah macam Hulk Hogan atau Sazali ahli bina badan negara tu. Cukup biasa-biasa je. Tapi kalau dapat Jason Statham pun best jugak. ( pergilah cari kat google siapa dia ni) HAHAHA. Lagi satu, dia mesti sanggup kuruskan badan kalau nak jadi suami aku. 
  4. Gigi dia mesti bersih dan teratur. Selalunya orang yang smoking nih gigi dia kuning and ada banyak plak. Secara tak langsung, memang dah reject awal-awal. Mulut tak berbau, dan nafas akan segar. 
  5. Dia mesti cool sebab aku ni hot. HEHEHE. Maksudnya, dia mesti pandai kawal segala situasi melibatkan emosi ataupun mental dan juga fizikal. Kata ketua keluarga, mesti kena pandai handle segala situasikan? Lebih-lebih lagi , aku ni suka melenting kalau tak kena gaya. So, kenalah terima aku seadanya.
  6. Penting juga ni, dia mesti berpelajaran. Jadi takdalah nanti dia rasa inferior pulak kan? Aku ni takdalah pandai sangat, setakat cerdik je (ehem, jgn marah). Kalau boleh nak lah dia tu seorang yang lebih cerdik dari aku, jadi takdalah nanti aku perlekehkan dia nanti bila kitorang gaduh. Faham tak? Tak faham takpe lah.
  7. Haaaa, ni pun penting juga. Kedudukan kewangan yang stabil baru boleh ajak aku kawen. Kalau tak stabil jangan harap nak kawen dengan aku, nanti aku nak makan ape? Kalau dulu boleh la, barang tak berapa mahal. Sekarang ni, tak payah cakaplah.Nak masuk toilet KLCC pun kena bayar RM2.00 . Dan mesti pandai handle kewangan keluarga supaya takdalah menimbulkan masalah pada masa depan. Nak kata aku materialistik katalah. Ada aku kesah. Tapi aku rasa sekarang, duit adalah satu keperluan.

7 CIRI-CIRI LELAKI YANG ANDA TAK SUKA

  1. Berlagak macam bagus. Sangat benci dan sangat tak suka. Maksudnya macam ni, contoh la. Dia tak tahupun macam mana nak pasang tayar kereta, tapi cakap macam pandai sangat. Over, kalah mekanik kat bengkel kereta yang hebat tu. Tak tahu, tunjuk cara tak tahu. Jangan berlagak pandai sebab konon-konon nak berlagak depan awek. Sori. Not my type.
  2. Hisap rokok tanpa rasa prihatin depan orang ramai terutama perempuan mengandung. Sangat selfish okeh lelaki yang macam ni. Smoking dah la satu, pastu tak hormat orang sekeliling langsung. Pentingkan diri sendiri je. 
  3. Mempunyai badan yang berbau kurang enak. Engkau takda mandi satu tahun ke apa? Ataupun takda orang tegur yang badan dia berbau. Tolong cermin ketiak dan badan di depan cermin besar, pastu pergi beli deodorant Rexona ke ape. Tak kesah la brand apa, asalkan tidak menimbulkan ketidaksenangan orang sekeliling.
  4. Tidak mempunyai kesedaran sivik. Contoh, meludah keluar kenderaan. Sangat pengotor okeh. Lagi, berebut-rebut especially masa nak masuk komuter or LRT. Tak hormat perempuan atau orang yang lebih tua langsung. Kalau nampak orang tua berdiri pun buat-buat tak nampak. Pastu biarkan orang perempuan yang bagi tempat duduk. Orang macam ni patut duduk dalam hutan, pergi berebut dengan monyet sana.
  5. Perasan handsome sedangkan hand-some. Tangan-sebahagian. Faham tak? Buat-buat pahamlah okeh. Lelaki macam ni, dia akan over dressing. Pakai macam nak buat konsert cina mati.Pastu sembur perfume yang bau dia entah bau ape. Agaknya masa dia beli tu tak test dulu. Kalau dalam KTM or LRT boleh lak nak ngorat or usha-usha konon dah bajet hand-some gila. Sori, memang aku tak layan orang yang ngorat-ngorat tepi jalan nih. Sebab aku bukan perempuan yang kau boleh ambil kat tepi jalan, pastu ajak keluar.
  6. Rokok + minum + dadah. Out of my list.Takda ciri seorang ketua atau pemimpin keluarga langsung. Kau paham sendiri jadi aku malas nak terangkan.
  7. Ego. Sanggup tahan ego demi diri sendiri dan tak sanggup tumbangkan tembok ego dia yang mahal sangat tu. Kalau kau pasang tembok ego kau kat Palestin sana bagis. At least diorang dapat berlindung walaupun sekejap.

7 ORANG YANG ANDA PERNAH MINATI SEPANJANG HIDUP

  1. David Beckham : masa mula-mula dia glamour. Lepas dia kawen dengan Victoria, terus tak minat dah. HEHEHE. Sampai pernah pasang cita-cita nak kawen ngan dia dulu. Apa punya cita-citalah bagi kanak-kanak yang berusia 8 tahun.
  2. Azman : saya jumpa dia di KLCC. Pertama kali jumpa, macam ada satu tembakan kena di mata. Memukau gitu. Tapi saya diam je. Macam mana saya tahu nam dia jangan tanya. Kira macam love at the first sight la. HAHAHA. Kelakar la, cinta monyet pun ye kot.
  3. Abang sedara saya : HAHAHAHA. Pengakuan berani mati. Tapi saya taknak sebut nama dia. Sangat memalukan diri sendiri. Dan dia pun ada ciri-ciri macam yang saya mention tadi. Ermmm...
  4. Cikgu saya semasa di sekolah rndh Tak ingat dah nama dia. Tapi dia sangat bergaya dengan bawak motor besar pergi mengajar. Siapa tak mahu. HAHA. Masa tu darjah 6. Gatal betul, ada hati nak minat cikgu sendiri.
  5. Sekarang saya minat Jason Statham dan saya rasa macam nak kawen dengan dia. Semua movie dia saya ada DVD. Transporter 1 ,2 ,3 , Death Race banyak lagi lah. Siapalah saya nak Islamkan dia. Entah-entah jumpa saya pun dia buat tak pandang je. HUHU. Sedih dan poyo okeh.
  6. Saya takda minat siapa-siapa in real sebab saya rasa komitmen saya sekarang adalah pada diri sendiri dan kerjaya. Saya perlu majukan diri sendiri dulu baru boleh nak minat orang. Pastu barulah minat kita akan dibalas. Ye tak?
  7. - - - - - -

7 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI

  1. Nervous, menggeletar seluruh badan.
  2. Happy happy happy. Hip hip hooray.
  3. Bangga. Mana tak bangga dapat keluar dengan orang yang saya minat lebih-lebih lagi Jason Statham. Ehem.
  4. Tak lalu makan. Saya pernah alami. HEHEHE.
  5. Speachless. Sepatah dia tanya, setengah patah saya jawab. 
  6. Tangan kaki semua berpeluh (tak termasuk armpit). Saya adalah seorang manusia yang akan berpeluh bila nervous.
  7. Tujuh haru tujuh malam saya takkan dapat tidur lena kalau saya dapat keluar dengan nombor 5.

7 TEMPAT ISTIMEWA YANG INGIN DILAWATI BERSAMA PASANGAN

  1. Paris : Destinasi honeymoon yang saya impikan. Sebab itulah saya belajar bahasa perancis semasa di sekolah.
  2. Italy : saya teringin nak naik gondola tersebut sambil mendengar gesekan violin yang mendayu-dayu. Sangat romantik.
  3. Korea : mahu jumpa dengan hero kegemaran saya dan menunjukkan kepada pasangan betapa handsomenya hero tersebut. Biar dia jealous.
  4. Cameron Highland : sebab ada ladang daisy kat sini. Saya takkan lepaskan peluang pergi sana. 
  5. Rumah mak dan ayah saya dan dia : bila kami sudah bersedia untuk mendirikan masjid. Kira istimewa juga apa.
  6. Taj Mahal :kalau boleh saya nak suruh pasangan buat satu untuk saya. Tapi siapalah saya untuk diagongkan sebegitu rupa. Cukuplah sekadar buatkan saya satu kandang arnab sebab saya rasa nak bela arnab. Comel.
  7. Ka'abah : berdua berdiri di depan ka'abah sambil berdoa semoga jodoh kami dipanjangkan hingga ke akhir nyawa dan digolongkan dalam orang-orang yang sentiasa beriman denganNya.

7 BARANG ISTIMEWA YANG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN

  1. Kena cakap juga ke?
  2. Sebab saya tak tahu pasangan (pasangan?) saya mahukan apa. Cukuplah dia menerima seadanya pemberian saya.
  3. Mana ada pasangan, so tak tahulah nak bagi apa.
  4. Yang saya tahu, setiap kali dapat gaji, saya akan belikan something untuk mak saya. Itu aje. Takda orang lain.
  5. Kan saya cakap, komitmen saya hanya pada diri dan kerjaya buat masa ni. Tak nak peningkan kepala. 
  6. --
  7. --

Dah tahukan? Tunggu apa lagi. Cepatlah persiapkan diri (ceh, macam bagus). HAHAHA. Borang akan dikeluarkan sehingga diberitahu kelak. Harap anda bersedia. HOHOHO. Gelak santa klaus. Aku suka buat-buat salah sebut nama santa clause nih. 

Takda Tajuk

Sila perhatikan persamaan matematik di bawah. Dan apa yang perlu anda lakukan adalah selidik dengan teliti.


Berikan pandangan anda. Serta cadangkan tajuk yang sesuai untuk entry ini. Harap mendapat feed back yang memberansangkan. Merci !

Lesson #001

Bonjuor! Selamat pagi. Good day. Niat hari ni sungguh murni. Nak tunaikan janji semalam. Ada permintaan dari Chika, mahu belajar cara marah orang dalam bahasa perancis. HEHEHE. Itu memerlukan homework yang lebih. Takpa, nanti saya usahakan ye. Harap Chika bersabar.

Lesson pertama hari ini amat mudah. Saya nak perkenalkan beberapa perkataan ataupun ayat yang kerap digunakan setiap hari . Saya akan perkenalkan perkataan yang mudah dahulu. Actually, belajar French ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi sebab banyak perkara yang perlu dihafal. Setiap objek tidak kira yang bernyawa atau yang tidak bernyawa mempunyai jantina. Contohnya seperti bola sepak ; dalam French bola sepak ni berjantina lelaki atau dipanggil masculine. Tidak mahu lebih pening, saya tinggalkan setakat ini sahaja. Mari proceed lesson pertama kita.

Perkataan pertama adalah ;
Bonjour = [ bon-jhoue]
Bermaksud : Good day
Selalunya digunakan pada waktu pagi. Kira macam good morning juga lah.
Cth ayat : Bonjour mademoiselle. [ bon-jhoue ma-mwo-zelle ]
Maksud ayat : Selamat pagi cik.
Kedua ;
Bon soir = [ bon-swa ]
Maksud : Selamat petang
Digunakan dari petang hingga malam.
Cth ayat : Bon soir monsieur. [ bon-swa me-sieu ]
Maksud ayat : Selamat petang encik.
Ketiga ;
Bonne nuit = [ bonn-nuie ]
Maksud : Selamat malam
Digunakan untuk mengucapkan selamat malam ( pukul 9 bukan dikira malam. Melainkan kita tahu individu tersebut sudah ingin tidur, baru boleh ucapkan bonne nuit. Selalunya guna bon soir )
Cth ayat : Bonne nuit Nathalie. ( diucapkan ketika menghantar pulang selepas keluar bersama.. lebih kuranglah)
Maksud ayat : Selamat malam Nathalie.
Lepas ni, bolehla try guna dengan kawan-kawan. Saya akan cuba berkongsi setakat mana yang saya mampu. Nantikan Lesson seterusnya (kalau minatlah). HEHEHE. Kalau ada request saya akan cuba usahakan.

credit to : http://www.french-linguistics.co.uk/dictionary/

Bahasa Paling Romantik = ?

Adakah kamu tahu bahawa bahasa Perancis adalah salah satu bahasa romantik dalam dunia. Masa sekolah dulu, cikgu selalu cakap yang orang Perancis ni semua romantik. Tak tahulah betul ke tidak sebab saya belum pernah lagi alami.

Since nama yang saya guna untuk blog ni adalah Mademoiselle Ain, pasti ramai yang tertanya-tanya, saya ni pandai cakap bahasa Perancis ke? Mademoiselle tu bermaksud Cik atau Miss. Nak kata pandai tu tidaklah sampai ke tahap expert, cuma tahu sikit-sikit yang simple je.

Tiba-tiba keluar satu mentol atas kepala. Mungkin boleh share beberapa perkataan simple dengan kawan-kawan di blog. Esok saya akan post kan satu entry khas untuk belajar bahasa perancis. Atau nak belajar sendiri secara online boleh kat sini.

Badan + Gigi + Kepala = ?

Selepas berbuka semalam, badan terasa sangat lemah terutama di bahagian lutut iaitu sendi. Takut-takut terkena penyakit chikungunya, cepat-cepat pergi solat (kalau tak nak kena wabak ni, solat kena on time. Ceh..). Sebenarnya takda kaitan pun chikungunya dengan solat. Terlepas taip.

Soalan :

Sakit badan + sakit gigi (gigi bongsu ni tak abis-abis nak tumbuh) + sakit kepala (bahagian mata ) = sakit fizikal + sakit mental .

Sila faktorkan persamaan di atas. (dalam kurungan tidak perlu dimasukkan)


Jawapan :

Sakit [badan + gigi + kepala] = sakit [fizikal + mental]

Hapuskan sakit;

Sakit [badan + gigi + kepala] = sakit [fizikal + mental]

Jadi ;

badan + gigi + kepala = fizikal + mental#.
Okeh. Fizikal dan mental memang ada kaitan dengan badan, gigi dan kepala. Telah membuat persamaan ini secara tiba-tiba.

Tidur seawal pukul 9.30 malam semalam, dengan harapan pada waktu pagi akan bangun tanpa kepala yang sakit itu. Tapi, harapan tinggal harapan. Sakit tersebut masih tidak mahu keluar daripada kepala sampai sekarang. Walaupun kepala sakit tapi otak masih ligat berfikir, so masih boleh merapu meraban dalam blog sendiri.

Rasanya saya perlu install lagi sepasang mata di kepala. Sakit kepala terutama di bahagian mata semakin menjadi-jadi. Terutama sekali bila cahaya terang terpancar ke dalam mata. Hendak batuk pun takut sebab otak macam bergegar. Mata macam nak tersembul keluar.

Mata yang saya kagumkan sangat selama ni rupa-rupanya sudah tidak berapa sihat. Walaupun sebelum ini saya pernah memakai cermin mata, tapi berkat memakan sayur terutama carrot (kononlah), ia sudah kembali normal. Tapi penyakit abnormal ni datang balik. Sebab kerja hari-hari memerlukan saya menghadap komputer selama 8 jam setengah di office tidak termasuk di rumah. Mana mata tersebut tidak meragam.

Sabtu ini, saya akan mengambil kesempatan hari cuti untuk memeriksa mata. Manalah tahu, perlu install mata baru tersebut. Harap-harap tidaklah. Sebab nanti sudah cacat satu anggota. Nak jadi pilot pun jangan harap (pernah pasang cita-cita nak jadi pilot dulu).

Bagi saya masa untuk rehat. Bos telah memberikan 3 keping DVD lagi kepada saya. Padahal DVD hari tu sebanyak 2 pun belum saya tonton. Kan saya dah cakap, saya dah jatuh chenta dengan TV di rumah. Macam dah tak boleh pisah dah.
Jangan pisahkan,
Aku dan dia,

Phyne Ballerz
Sukaaa sangat lagu ni. Ala jiwang-jiwang karat. Saya perlu rest. I need rehat.


Anger and Love

Hari Rabu, 7 Januari 2009 saya dimulakan dengan penuh keceriaan. Seperti biasa, setiap pagi sebelum pergi kerja saya akan memberi sedekah kepada jiran di sebelah rumah. Setiap hari tahu. Bukan sedekah apa pun, setakat sedekah senyuman saja. Hanya itu yang saya mampu berikan setiap hari.

Sebenarnya semalam saya telah mendapat satu mesej yang boleh menyebabkan emosi saya berubah, membuak-buak seperti lahar gunung berapi atau lebih mudah lagi memang menimbulkan kemarahan. F.Y.I, saya memang seorang yang cepat naik angin tapi, hanya akan naik angin apabila kena pada tempatnya. Maksudnya takdalah tak pasal-pasal tiba-tiba saya naik angin. Nanti orang kata saya gila pula.

Saya tidak mahu mengulas (amboi bukan main lagi bahasa) tentang apa yang ditulis oleh Si Penghantar mesej tersebut. Tapi apa yang saya nak katakan di sini, anak Melayu, anak Islam sekarang sudah jauh terpesong pegangan agamanya. Bukanlah saya nak cakap yang saya ni terlalu arif berkaitan agama, terlalu kuat pegangan agama, tidak. Mungkin belum sampai ke tahap itu. Saya hanya manusia , hamba Allah yang tidak leka melakukan kesilapan.Tapi saya cukup tahu tentang hukum agama dan batas-batas dalam segala hal.

Rasa macam nak bagi syarahan free pun ada, tapi disebabkan terlalu mengantuk, saya terus tarik bantal dan sambung tidur. Cukup saya kongsikan sampai sini. Ada cerita yang lebih menarik yang boleh dikongsi.

Jom, sambung baca.

Saya rasa saya telah jatuh cinta. Ya, jatuh cinta. Falling in love orang Jawa kata. Jatuh cinta buat kesekian kalinya.
Jatuh cinta lagi
Lagi-lagi ku jatuh cinta
Aku jatuh cinta
Kepada setiap ......
song by Matta
Okeh, jangan salah anggap. Sebenarnya saya telah jatuh cinta dengan televisyen di rumah. Penangan tahun baru memang sangat dahsyat. Mak cik saya ajak keluar pun saya tak mahu ikut sebaliknya saya hanya mahu tinggal di rumah KESEORANGAN menonton TV. Tak ke jatuh cinta namanya tu. Untuk pengetahuan, rumah saya memang tidak ada Astro, tapi kami dapat menonton siaran dari Singapura. Maklumlah Batu Pahat kan terletak bersebelahan Paris. Tak percaya pergi cari di Google Map. Engkau tahu nanti. HAHAHA.

Cerita-cerita di Channel 5 memang best. Memang menjadi kegilaan saya. Tidur lambat pun saya sanggup. Habit saya dah mula balik. Masa di kampus pun saya memang seorang yang berkaki TV. So, habit tersebut dah datang balik. Memang naya. Every night saya akan duduk depan TV sambil peluk bantal besar saya. Heaven tahu. Dengan coklat dekat sebelah, pastu ada secawan air Milo. Memang dahsyat. Nasiblah saya perlu bangun awal keesokan hari sebab perlu bekerja, kalau tak mesti saya akan tidur jam4 - 5 pagi. Bil elektrik siapa nak bayar nanti? HEHEHE.

Dah la, nanti saya melalut pula. Nama pelakon lelaki kacak yang menjadi kegilaan pun nanti akan dihebohkan. Okeh, mari letak tanda noktah sama-sama.

Diary Seorang Playgirl Azyan?

Mari bercumbu cemburu dengan saya. Wau! Hari ni bos bagi saya relax, siap bagi pinjam DVD. Tapi saya takda lah over sampai nak menonton di office. Saya tak sampai hati nak buat begitu. Nanti dikatakan ambil kesempatan. Tahu tak apa itu ambil kesempatan? Mengambil kesempatan yang ada. HAHAHA. Macam ni eh maksud dia?

Selain diberi pinjam DVD sebanyak dua keping, saya juga diberi masa yang lebih untuk bersenang lenang. Kalau Puteri kata "Kita enjoy dulu!", tapi saya bukan puteri, putera apatah lagi. HAHA.

Okeh. Ada satu benda yang mencuit hati saya. Mahu hati dicuit juga? Mari lihat gambar di bawah.

klik untuk tatapan lebih besar

Gelak mari. Jom jom jom jom, jom gelak gelak. Dah macam iklan Jom Heboh yang membosankan pula. Siapalah yang mencari "Diari seorang palygirl azyan" nih? Hanya kerana saya ada membuat entri bertajuk Dairi, dan beberapa perkataan seperti seorang. Maka keluarlah Diari Seorang Playgirl Azyan. Amboi, sangat over tau. Saya takda membuat entri berkaitan playgirl langsung, malah saya bukan seorang playgirl juga. Sedap hati je keluar blog yang penuh suci ni. Salah siapa ni? Google kaa? HAHAHA. Sampai sekarang hanya mampu ketawa. Gelak sampai puas okeh.

Lagi satu. Kalau sesiapa yang ada ym saya or buzz whatever, sorry la. Saya memang takda mood hendak melayan ym sekarang. Apa yang saya tahu, saya sedang ketagih. Sila bantu saya. Jangan pula anggap saya sombong. Tengok muka ada rupa sombong ke? Sikit punya manis tersenyum boleh pulak main tuduh-tuduh. Tak baik tau serkap jarang. Sebenarnya saya takda lah free sangat, sambil menyelam minum air boleh dikatakan. Sambil taip minum air pun boleh juga. Minum pakai straw.

Saya tidak suka diganggu bila saya sedang tekun melakukan sesuatu. Lagi-lagi tengah tulis enty blog. Boleh saket jiwa. Kacau jiwa. Dah terang lagi bersuluh status saya di YM adalah busy, harap janganlah bertanya macam-macam kepada saya. Saya bukanlah kaunter pertanyaan. Bukankah encik Google ada, mahupun puan Cari ataupun adik Yahoo search. Lainlah saya menulis status di YM "Kaunter Pertanyaan, Sila Tanya" mungkin masa tu saudari mahupun saudara boleh bertanya.
"Awak dah makan belom?"
"Bila nak kawen ni?"
"Dah ada boyfriend?"
"Pagi tadi mandi tak?"
Pasti saya akan jawab tanpa ragu-ragu. Harap faham setiap manusia memerlukan privasi. Takkan semua nak dihebohkan betul tak? Okeh, jangan mula buat saya panas hati, panas kaki, panas tangan segala. Cepat simbah ais sebelum membara. Okeh, serius sekejap saja.

FeedJit telah melakukan satu kesilapan besar. Apa dia takda belajar Geografi Asia kah? Okeh, sebenarnya lokasi saya bukanlah di Johor Bahru seperti yang tertulis di FeedJit. Lokasi saya di Batu Pahat. Tahukan di mana Batu Pahat? Batu Pahat terletak disebelah Paris. Sekian.

En. Jinggo cakap saya dah matang sikit. HEHEHE. Ye ke? Mungkin sebab tahun ni tahun lembu. Ada kaitan tak? Takda? Abaikan.

Tamat untuk kesekian kalinya.



BUATLAH MACAM RUMAH SENDIRI.

Okeh, kata-kata pertama. Jangan terkejut, anda tidak salah masuk blog orang lain kerana ini memang blog saya. Wajah yang telah ditukar sebab persekitaran yang tak user friendly sangat. So, telah mengambil keputusan untuk menukar rupa (bukan rupa saya, rupa blog lah) kepada rupa sekarang. Sebenarnya tak berapa suka sebab background dia kaler kuning dan hitam. Saya lagi prefer putih sebab putih itu suci. Sekarang dah tak owner friendly pulak. HAHAHA.


Pelangi-pelangi cinta sudah tidak ada lagi. Begitu juga dengan gambar pemilik blog. Pun sudah dihilangkan. Yang ada hanyalah gambar perempuan berambut perang yang mulutnya telah di plaster atau dalam erti kata lain banned. Tapi mulut saya tidak macam itu harap maklum. Saya tidak akan melaser tak tentu pasal tapi akan melaser bila tentu pasal. Ayat apakah? Mari proceed.

Erm, selepas ini anda tidak akan lagi dapat melihat blog yang warna-warni tersebut. Huuu. Saya dah mula rindu. Ku merinduimu. Ting tong (Iklan Follow Me sekejap). Tiada love-love yang berwarna warni sebaliknya ada gambar kertas yang macam pembalut nasi lemak ni. Tak tau kenapa saya memilih layout ini. Takpa, mari bagi peluang kepada dia menapak di sini. Agak-agak bila owner rasa tak owner friendly, terus akan menukar kepada wajah lama. Amboi, asyik tukar je. Takda pendirian tetap langsung. HEHEHE.

Saya terasa malu sekejap. Mak cik saya di Singapura rupa-rupanya membaca blog saya. Alamak, kena beware sikitlah selepas ini. HEHEHE (Gurau je Cik Mahani). Kata-kata kena sopan, peribahasa kena betul (apa kaita dengan peribahasa?), imbuhan awalan, akhiran semua kena perfect. Okeh, sebenarnya mak cik saya bukan seorang guru Bahasa Melayu pun.

Tiada lagi kata-kata "poket saya penuh dengan kegembiraan" di akhir setiap entry. Sebab poket saya dah bocor. Waaa. Tetiba dah terasa rindu yang amat. Kawan-kawan pun tolonglah suka (atau pura-pura suka) dengan wajah baru blog saya ni. Tak suka pun takpa. (Beranilah kata kamu tidak suka, saya akan baham kamu macam harimau di zoo Singapura nanti) HEHEHE.

Bencilah dengan background berwarna kuning nih. Saya dah tak boleh menukar kaler font saya. Tak berapa nampak dengan jelas sangat. Benci betul. Ehh, sila-silap. Suka betul. Suka suka. Mari suka sama-sama okeh? Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Dah la. Merepek panjang sangat. Takda hala tujuan. Tamat.

Sebelum tu, nak tunjuk wajah pemilik blog sebab ada orang konpius mana satu saya. Alamak, malu lah nak letak gambar sendiri.

Saya adalah yang memakai skirt pendek itu.
Silap-silap.
Saya adalah yang dibelakang, memakai shirt warna putih.
Berdiri tegak siap dengan bow sekali.
.
.
.
.
.
Tipulah.
Saya adalah minah bunga tersebut.
Kan dah malu sendiri nih.

Mintak tolong

Ditegur kerana berbau wangi dengan ditegur kerana berbau busok, mana lebih memalukan? Tolong bagi pandangan sikit? Muka dah merah-merah, dah kemaluan malu sangat-sangat nih.


User Friendly

Saya dah buat keputusan untuk menukar wajah blog ini supaya kelihatan lebih friendly. Mesra alam gitu. Saya suka blog saya sekarang, tapi saya rasa macam over sikit lah. Jadi nak yang simple-simple saja. Tak nak crowded sangat. Jadi jangan terkejut bila anda mahu berkujung ke blog saya tiba-tiba blog di-private-kan. Sayang juga rasa nak make over blog nih. Tapi saya memerlukan sesuatu yang lebih user friendly. HAHAHA. Ape sebelom nih tak friendly ke? Adoi, ape-ape je lah.

HUMMING

Hari ni saya mencuri tulang di office. Ketidakhadiran bos di office digunakan dengan sebaik mungkin oleh saya dengan menonton filem Korea. Amboi2, naseb baik la tak kena block. Okeh, mari cemburu pada saya. Jangan anda sangka saya tidak melakukan kerjaan. Setelah mensiapkan segala tugas baru la saya bersenang lenang menggoyang kaki. Mari lihat.


Di kesempatan tadi menonton sebuah filem yang bertajuk Humming. Release tahun 2007 (ketinggalan betul). Kisah pasangan kekasih yang telah bercinta hampir 2000 hari tapi malangnya sebelum mencapai hari tersebut, kekasih perempuan telah mengalami kemalangan yang menyebabkan si kekasih tersebut koma. Sebelum berlakunya kemalangan tersebut, mereka ada merancang untuk meraikan hari ke-2000 sepanjang mereka berkenalan. Tetapi si kekasih lelaki seakan-akan mula bosan dengan kekasihnya. Saya malas nak bercerita panjang nanti boleh jadi sinopsis cerita pulak sebab saya rasa anda perlu tonton.

Duration yang tidak terlalu panjang hanya 1 jam 35 minit sahaja. Kalau anda menggunakan internet yang berkeupayaan laju, pasti tidak perlu buffer terlalu lama. Saya sarankan kepada pasangan yang sedang bercinta supaya menonton filem ni. Anda akan lebih menghargai orang disekeliling. Boleh tonton DI SINI. Tapi saya tonton DI SINI.


## sesekali nak jugak tulis secara serius kan..
##nak kurangkan gelaklah kalau boleh sebab ada orang dah tegur..
Malu tak? Malu tak malu sangat la.
It's just the way i am.
Tadi ada org search blog saya guna "PENJAGAAN POKOK bunga daisi"
try anda search..jumpa tak?
HAHAHAHA

Tag From Ujie

1. Do you think you are HOT?
Hot and Spicy boleh? Gile 'bagus' kalau aku perasan hot. HAHA

2. Upload your fav pic














3. Why do you like this picture?
Sebab suka. Like ceria-ceria only. Dengan background pokok kelapa sawit. Macam cerita-cerita hindustan pun ada. With happy face.

4. When was the last time u ate pizza?
Dah lama tak makan, tak ingat bila last time makan. Tak berapa minat pizza.

5. The last song u listen to?
Lagu rock dari Lefthanded, tajuk-lagu-tak-ingat masa kat dalam kereta on the way to office.

6. What are you doing right now besides this?
Buat request form for E-Daftar. Sambil menyelam minum air. HEHE

7. What name u prefer besides yours?
Saya suka nama diberi. Nurul Ain binti Abd Karim. Emak saya pernah nak namakan saya Intan Suhana. Pergh, geli gila. Nasib nenek saya bangkang. Kalau tak nama saya Intan Suhana binti Abd Karim. Macam geli.

8. People I tag:-
-Abu
-Syarifah
-Azhari
-Zarina
-Nash

9. Who is No.1?
Tak kenal siapa, tak tau pun dia ada blog ke tak. Tetiba nama ni terlintas kat kepala. So tulis je.

10. No.3 is having a relationship with?
Azhari? Entah. Tak ambil tahu. Semacam di atas, nama yang tiba-tiba terlintas difikiran.

11. Say something about No.5
Penyanyi asal kumpulan Lefthanded. Kawen dengan pengasas produk kosmetik yang ada hidung yang sangat pelik. HIHI.

12. How about No.4?
Zarina Af. Semalam tgk dia berlakon dalam PUaka NIyang Rapik..cerita hantu kelakar itu. HAHA

**kesimpulannya, aku tak nak tag sesape pun.. Saje je letak nama merepek-repek sebab dah terpengaruh dengan cerita Puaka Niyang Rapik itu.

PERGINYA 2008, HADIRNYA 2009

Tahun 2009 telah pun bermula. Selamat tinggal 2008. Kenangan manis dan pahit telah pun dilalui. Tapi kehidupan mesti diteruskan. Tiada guna menoleh kebelakang. So, Jangan Pandang Belakang okeh? Sedikit bingkisan mengenai tahun 2008.

---------------------------------

JANUARY
  • Masih lagi belajar di UKM. Semester terakhir yang dinantikan sudahpun tiba. Belajar macam nak gila sebab nak score lah kononnya.
  • Clash dengan bekas kekasih hati tapi rasa bahagia setelah putus. Aku pun tak tau macam mana aku boleh berani minta putus dengan dia. *orang ketiga, keempat takda masuk campur okeh*

FEBRUARY
  • Pergi Career Talk dengan Great Eastern, tetibe rasa semangat nak kerja kat sini tapi expectation diorang sangat tinggi. Nak minta jadi cleaner pun aku rasa kena ada degree juga kot. Entah la.
  • Dapat anak buah lagi satu. Nurul Husna nama dia.
MARCH
  • Buat kerja part-time kat UKM. Best pulak kerja dgn mak-cik tak-ingat-nama-tu. Dia baik hati sangat. Pengalaman nih. Tapi dia suka cerita pasal politik which is aku tak suka.
APRIL
  • Sibuk dengan thesis and final exam. Bulan yang disaster.
MAY
  • 13 May- present thesis. Nasib baik okay tak kena banyak soal. Last day di UKM. Sedih-sedih bersama kawan-kawan lepas present thesis.
  • 15 May- gigi saya sudah bebas. Buka braces dan menjadi seseorang yang baru iaitu manusia tanpa bergigi besi lagi. *saya rindu mau pakai braces*
  • Wait2, saya jadi seorang wanita berumur 22 tahun pada bulan ni. HEHE
JUNE
  • Heaven gila, sudah tamat belajar. Tak payah nak pikir lagi macam mana nak study segala.
  • 9 June- saya mula kerja. Timba pengalaman walaupun kerja sementara.
JULY
  • Masa dapat gaji pertama sangat seronok rasa. Duit hasil titik peluh sendiri. Sebelum ni tak payah berpeluh-peluh pun boleh dapat duit, tapi sekarang tak lagi.
AUGUST
  • 9 August- kawan saya, ketua pelajar STF 2003 , Norhidayah Jaris kawen. Tapi saya tak dapat datang sebab sibuk.
  • 10 August- akhirnya konvo juga. Sudah jadi manusia yang mempunyai Degree.
  • 13 August- dormate saya masa di sekolah berkahwin, Nurul Ashikin Ahmad, rakan baik kepada Norhidayah Jaris. *kawan baik kena kawin serentak ek?*
  • Mula berblog. HUHU
  • Saya berkawan dengan 'seseorang'.
SEPTEMBER
  • Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik supaya dapat berpuasa dalam bulan puasa.
OCTOBER
  • Hari raya, seronok balik kampung.
  • 12 Oct- Mak Long saya meninggal pada hari raya ke -12.
NOVEMBER
  • Hubungan saya dengan 'seseorang' tersebut putus. Habis cerita.
  • U-mobile yang jahat suruh saya bayar bil sebanyak RM30.15 . Kedekut sungguh, apa kata halalkan saje. Dapat nombor cantik, 0182070602 tapi kat tempat saya coverage 3G tak berapa kuat. Jadi saya cancelkan line tersebut.
DECEMBER
  • Bulan paling disaster buat saya.
  • Saya korbankan rambut yang panjang menjadi pendek sempena Hari Raya Korban.
  • Saya hijrah, tak mau cerita lagi.
  • Saya buat azam baru. Saya dapat hidup baru.
----------------------------------

Sedikit sebanyak perkara yang berlaku sekitar 2008. Mak cik saya cakap pagi tadi;
"Sebelum beri kebahagiaan dan kesenangan kepada umatNya, Allah akan uji dahulu dengan kesusahan,"
Saya tahu Allah Maha Adil. Saya nak mulakan 2009 dengan sesuatu yang lebih bermakna. Ingat, Jangan Pandang Belakang congkak. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan di blog yang banyak support saya, beri saya semangat dan kata-kata nasihat. Selamat Tahun Baru dan semoga dengan kedatangan tahun ini memberikan seribu kebaikan dan rahmat kepada semua.




Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards