• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Cara orang pokai macam aku pegi shopping

Setelah penat keluar bergembira pada Sabtu lepas, aku dapati walaupun kita keluar tanpa duet yang banyak di dalam dompet, kegembiraan itu boleh juga dicapai pada tahap maksimum asalkan kita keluar secara ikhlas dan mendapat keizinan daripada ibu bapa ataupun penjaga. Izin bf tak payah. Buang masa, bukan suami pun. Tapi bagi yang dah bersuami tu, perlu la minta izin.

Kenapa aku cakap boleh capai kegembiraan tahap maksimum walaupun duet dalam dompet hanya ada RM50 sebagai contoh.

  1. Kita boleh keluar dengan senang hati, tanpa perlu rasa risau atau bimbang terserempak dengan ibu bapa atu penjaga kerana keluar secara sorok-sorok lebih-lebih lagi kalau keluar pergi dating.
  2. Walupun sedar dalam dompet hanya ada beberapa keping duet RM1 sebagai contoh, kegembiraan itu anda akan perolehi apabila banyak cerita yang ingin dikongsi bersama rakan yang sudah lama tidak ketemu, kerana anda akan sentiasa sibuk berbual sehingga terlupa yang anda tiada duet di dalam dompet.
  3. Menyedari duet tiada, anda akan tabah melihat sales di pasaraya dan berfikir serta membuat catatan apa yang anda perlu beli apabila duet gaji anda atau biasiswa anda keluar. Ini dapat mengelakkan daripada anda terbelanja secara tidak sengaja kerana tidak berfikir apakah kepentingan membeli barangan tersebut.


Ini yang aku rasakan semasa hari Sabtu, walaupun duet tidaklah banyak kerana sudah akhir bulan, aku masih boleh enjoy berwindow shopping kerana aku keluar dengan izin emak dan di bawah pengetahuan mak cik-mak cik aku. Walaupun keluar dengan kawan perempuan sahaja. Dan aku boleh membuat pertimbangan barang apa yang aku perlu beli sekiranya duet gaji telah diperoleh. Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas memang aku dah jatuh cinta pandang pertama dah ni, memang dah rasa nak sambar je benda tu. Tapi aku fikir secara rasional. Adakah benda itu sangat penting sampai aku perlu beli atau sekadar memuaskan salah satu nafsu daripada 9 itu saja. Thank God,syukur sangat-sangat, selamat duet aku, benda tu pun tinggal kenangan. Tapi tunggu, mungkin 1 May nanti aku pergi sambar satu. HAHAHA.

Tapi, perkara yang paling menyeronokkan adalah, aku tonton wayang hanya berdua sahaja di dalam sebuah bilik tayangan. Cuba kau bayangkan, kalaulah yang menonton berdua tu adalah pasangan kekasih, pasti mereka boleh melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sana. Astarghfirullah. Nasib aku keluar dengan kawan perempuan, kalau tak sumpah aku pergi jual balik tiket wayang tu. Kenapa kami berdua saja? Sebab cerita tu dah lama sangat tayang kat panggung, tapi aku dengan member ni baru nak pegi tengok. Tapi tengok dua orang je memang syok sebab kau boleh gelak tak ingat dunia dalam panggung sekuat hati, tak payah cover-cover gelak perlahan-lahan sebab ada mamat handsome dekat sebelah dok offer popcorn dekat kau. Serius aku cakap. Kitorang siap boleh duduk letak kaki dekat kerusi depan lagi. Ni kalau bakal mak mentua nampak, konfem dia reject on the spot.

Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan aku, ingin keluar bergembira bersama? 1 May, jom kita pergi serang shopping complex segala. Aku akan membuat satu lawatan bersama sepupu ke shopping complex berdekatan untuk menjalani terapi dalam bentuk window shopping. Sesiapa mau join? Marilah kita berkenalan dengan lebih dekat secara face to face. Ceh!!!! Kau ingat kau ni galmer sangat ke Ain?
  • By the way, thanx kepada JRY kerana telah memberikan aku hadiah saguhati sempena hari lahir beliau pada 20 April lepas. Tak sia-sia aku masuk contest tu. Erm, birthday aku dah dekat, kena buat contest jugak ke? HAHAHAHAHA. Ada yang kena booo kejap lagi.
  • Thanx jugak yang tak terhingga kepada Kak Iena, kerana memberikan award kepada saya. Thanx a lot ya Kak! Really appreciate that.

Kepada follower-follower baru dan lama blog saya, terima kasih kerana sudi mengikuti blog ini, walaupun ia hanya sebuah kisah dari seorang gadis yang sedang menghitung hari menjadi wanita berusia 23 tahun. Tanpa anda, siapalah saya, mungkin seorang wanita 22 tahun yang syok sendiri, berblog tapi takda orang baca. Ceh, dah macam orang terima Anugerah Blogger Popular pulak.

Aku nak pegi lepak kat blog orang lain, buat macam sendiri pastu nak tumpang tidur kejap. Plus, nak belajar buat header sendiri sebab ada orang dah bisng-bising layout aku sama dengan layout dia. HOHOHO. Jangan marah ye pakcik.

Bersurai dah.




14 comments:

zelo55 said...

wahahahaha...
xde gunenye shopping...
ak duit pun tarak...
nk window shopping lagila x smg...
tggu duit jtuh dr langit dlu kot...hahahah..

ape2 pon...save la...time ni tgh kgawatan ekonomi...kang susah...huuuuu

DilOt said...

mmg pon,..kalo dilot asalkan dpt jalan,.,tu pun dh kire okla walupun x shopping...kaki jalan..hihihi...

Tihara said...

best nye..tengok wayang takde org lain..tu kalu zaman couple best tuh..haha,kepala hantu tol..

LaDy NaS said...

kesian..pakcik tu perlu tuko layout ler..ekekek! memang best pon kuar kemana2 dengan izin ibu bapa..saya dating dgn KV pon bersama my parent and his parent sekali.. Mak sy ngan mak dia shopping kain, ayah sy ngan ayah dia lak shoping minyak gamat. sy dan dia lak, pi kedai emas tgk cincin! ekekek! lagi syok! walaupun takde duit..

أكرم حسني said...

window shoppin..yup..window shopping

my name is Ain said...

zelo
tiap2 bulan memang ada save duet..tp ada jugak duet yg di asingkan khas utk shopping. kasi terapi sikit, baru seronok nk kerja..

Dilot
hehe..ye ke? samalah kita..mungkin kalau ada masa kita boleh jalan sama-sama. mesti fun!!

Kak Tiha
akak ni, ada ada je tau..huhu, kalau kita berdua je kat situ mesti lagi best..

Nas
waa..lg seronok keluar dengan parents skali. baru betol2 berkat..patut dicontohi nih..

Aqram
hehe, jom2..

cik amy said...

bulan ni amy tak shopping sbb bulam lepas amy dh berabis RM600 untuk shopping sj... haha...

Anna R. said...

uhukkk.betulll betull.memang kene tabah gile ah kalau tengok sales dan dalam masa yg same, duit dlm purse cam cukup2 untuk makan semingguu.uhhuhukk.

*daku mengerti perasaanmu.ecewah!

wah 1 may dah dapat gaji ekk?
nak mintk belanja boleh?? :PP

my name is Ain said...

emmy
waaa..bnyknye..sy xpenah shopping smpai abes RM600..setakat ni masih boleh dikawal lg..

Anna
hehe,tau xpe..

eh eh, ada org mintak belanje ek? singgit boleh? haha

Admin said...

hoho. cube teka aku nak minta pe?

my name is Ain said...

Ubey
aku rs mesti kau nk mintak duet..eh?hoho

Umi Nazrah said...

klau duit tak dak, trus tak rasa nak shopping ^_^

Liyana Lunia said...

haha petua yg bagus ni :P slalunya mst kene ade jgk rm50 dlm purse, tp jln² tgk benda cute,lpstu dh tgk mst x beli, sbb dh siap pegang rasa semua dh :D

*slalu gk xda wet,tp slambe je jln² ws dgn member²

mizie said...

huh..duit 50 aku x brani la nak kaur..t baut jeles jek tngok brng2..hehehe

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards