• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Gigi besi buat aku bertambah yakin

Sesiapa ada terbaca entry semalam, sila abaikan ayat yang terakhir ya. Malu betul buat pengakuan semacam tu. Huh. Tak payah cakap pun tak pa sebenarnya, tapi tulah perempuan. Semua benda pun nak cakap jugak.

Sebenarnya seingat aku, semenjak aku kecil tidak pernah aku dapat pujian macam tu. Adik ni comel lah, siapa nama adik? Adik comel adik comel, nak ice cream tak. Pewit pewit, adik nak jadi adik angkat abang tak? Adik itu adik ini ....

Tak pernah sama sekali. Tapi,'pujian' yang aku selalu dapat sejak aku bertukar sekolah ke kampung semasa darjah 5 adalah seperti, "Anak keling dah sampai weh" " kalau kau nak parut kelapa, kau tak payah hantar kat kedai, kau bagi kat dia, dia boleh tolong parutkan apa. Tengok gigi dia, tajam siot"

Setiap hari pun macam tu. Sedih tu memang la sedih. Bukan aku minta dilahirkn macam ni. Bukan aku minta dilahirkan tidak sempurna. Semua tu kurniaan Allah. Bila balik rumah, aku cerita pada emak, sambil nangis-nangis. Apa boleh aku buat. Kehidupan kami pada waktu itu memang susah. Semua masih kecil dan bersekolah.

Sejak dari tu, aku pasang azam. Aku takda peduli apa yang diorang nak ejek aku, aku takda kisah. Yang aku tahu aku mesti belajar. Dan hasilnya aku jadi pelajar cemerlang UPSR di sekolah aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang punya rupa paras yang cantik tapi akal takda dan sering mengejek aku. Maaf aku cakap macam ni. Tapi itu yang aku rasa pada masa tu. Aku bangga. Dengan kulit yang hitam ni, dengan gigi jongang ke depan ni aku mampu melangkah ke sekolah elit seperti Sekolah Tun Fatimah.

Kehidupan kami bertambah baik selepas itu. Dan emak menyarankan aku supaya membuat rawatan ortodontik di klinik pakar bagi mengelakkan aku diejek lagi. Niatnya cuma satu : Bukan untuk melawa atau merubah kejadian Allah, tapi bagi mengelakkan rasa rendah diri pada diri aku dan membuatkan aku bertambah yakin utuk menjalani kehidupan seharian. Rawatan dimulakan sewaktu aku di tingakatan 2. Dan aku mula memakai pendakap selepas mendapat keputusan SPM, bulan Februari 2004. Dan pendakap itu dibuka pada 15 May 2008, betul-betul selepas aku menamatkan pelajaran di UKM. Kira macam hadiah birthday dan graduation gift juga.

Melakukan rawatan ortodontik bukan semudah yang disangka. Aku perlu mengorbankan 4 batang gigi geraham bagi membolehkan kedudukan gigi aku kembali tersusun. Selain itu, semasa memakai pendakap a.k.a braces, banyak makanan yang terpaksa aku hindari seperti ice cream, makanan yang keras-keras seperti buah jambu batu dan yang masam-masam macam jeruk. Memang aku berpantang habis kerana mendengar saranan doktor.


Nyata, keputusan itu betul-betul membuatkan aku bertambah yakin. Aku semakin berani senyum menunjukkan barisan gigi, aku semakin berani berdiri di hadapan khalayak ramai, dan aku semakin berani untuk membuat sesuatu yang aku mahukan. Tanpa rasa rendah diri ataupun sangsi. Tengok aje lah kat gambar atas ni, bukan main lebar senyum sampai nak terkeluar aku tengok braces tu. Bila aku pulang ke kampung, aku hanya memandang sinis kepada mereka yang suatu masa dulu pernah mengejek aku. Tahu pulak nak malu sekarang, tapi dah terlambat. Dulu, aku sudah cukup terseksa dihina, diejek depan orang ramai. Kini, hanya kau yang tahu macam mana perasaannya bila kau berada disituasi aku, diejek dan diperkatankan orang.

Sebab itu aku rasa, pujian dari boss aku tu merupakan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku kerana sebelum ini aku sudah puas dicaci dihina. Bukan membangga diri atau apa. Tapi itulah hadiah hasil dari kesabaran aku selama ini. Dan aku lebih memahami erti kecantikan itu bukan hanya sekadar luaran, tapi dalaman juga amat penting.


*kisah ni aku tak reka macam surat dari Ucuk kepada Abg Joned. Ini sebuah kisah yang betul-betul aku alami.
**Jangan puji lagi, nanti aku malu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHHAHA

Nak tengok gambar aku sebelum pakai braces? Takda. Tapi boleh try kat sini

Credit to: Dr. Akhmar, Unit Pakar Perunding Orthodontik, Klinik Pergigian Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, Johor.

Dah macam duta Braces pulak aku nih. Ok, boleh lantik kemudian.

14 comments:

Adreena Garden said...

bestnya.. nnt kiter pun nak wat.. sakit tak?

my name is Ain said...

Nurul
kalo nk dgr jwpn tipu : Tak saket langsung..malah best sgt..

jwpn betol: takda lah saket mana pun..sengal2 je nak2 time baru lepas ketatkn..

a.b geldofg said...

aku tutup mata bca ayat akhir tu

my name is Ain said...

a.b
huhu..xpe2..paham..
hahaha

said...

alallalla..cian nyer orang panggil dia mcm tu.....

tak per dik...janji HATI KITA BAIK kan....

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

sif said...

gigi aku lawa lg kut..
haha.tips?
aku gosok gigi 10-20minit sehari..
tkr berus gigi seminggu skali..
hahahahahahahaha
famly & kwn2 aku sgt memahami..even mule2 tuh diorg rs gler dan xlogika..hahaseb bek colgate xtaw rahsie aku..kalo x..mau aku jd model gigi..haha!

*BUT,ko mmg bkeyakinan tinggi even gigi besi*
nant dh bukak besi sure lg cun.gay r!ahaks

Cikgu Ije said...

ehem2~

Adry said...

ish ish ish... ada kawan cakap memang sakit sangat sangat.. ntah la.. huhu


Adry @ http://www.adrysabry.com

Unknown said...

anak keling......??

kita senasib la ain.......

my name is Ain said...

Kak Yanie
alah bisa tegal biasa kak. So skrg ni kalo org ejek pn sy xde heran punye..hehe..tp siap la kena fire blk..kah3..
erm..hati sy baik ke? ntah la, yg sy tau sy KEJAM!! haha

Suzy
kah3..xpe, nnt aku tlg promote kn kau jd model ubat gigi..tp bkn colgate la, sbb diorg ckp colgate nye tanda halal tu xsahih pun..aku kenal manager ubat gigi Mukmin..nak?ngeh3..

weh mak cik, aku dh hampir setaun da bukak braces nih..so, skrg aku dh cun la..lalalal~

ije
uhuk2..

Andry
secara jujurnya, ada masa sakit sangat smpai boleh demam 1week, ada masa enjoy sgt sbb menjadi tarikan kepada org ramai..asik kena pandang jek..**blushing**

nak tau saket ke tak, try la..ada beran?

wai
kau ada rupe keling ke wai? aku tgk xde pn..aku ni lain la, mmg ada keturunan Shah Ruck Khan..kah3..kulit je ikut hero tamil..kah3

my name is Ain said...

ape daa..eja Shah Rukh Khan pun salah..nmpk sgt xde keturunan..

it's Shah Rukh Khan not Shah Ruck Khan..marah die kalo tau sedare baek die salah eja nama ..kah3

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

gigi x cantik..org dengki...gigi cantik pun org dengki...x de gigi pun org dengki....ntah le..pakcik pun tak paham...

anyway utk kesihatan..elok juga guna braces tu... sakit tu sikit je...

tapi kalu dah cun melecun....jgn lak lupa diri dan lupa kan pakcik..ehh...apa kene ngene dgn pakcik?..ntah..x tau....huhuhuhuhu

my name is Ain said...

pakcikdot
xpe la pakcik, xpyh pahamkn pn xpe..nnt penin kepala jek..hoho

hahaha..jgn lupe pakcik? insya-allah sy xkn lupekn semua kwn2 blogger sy di sini..hoho..dan masih berpijak di bumi yang nyata lagi skrg ni..

nurul said...

hye ain..awak wat gg tu ..kos berape yek?
kita pun nak tau le

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards