• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Kesilapan Teknikal Lelaki Ketika Mengorat

Saya pernah buat status di Facebook suatu masa dahulu. Saya ingin mengkaji kesilapan teknikal yang dilakukan oleh lelaki ketika mengorat. Dan bercita-cinta untuk menghasilkan sebuah artikel. Nak buat artikel memang susah. Dapat buat entri kat blog pun kira okeh la.

Fakta yang akan saya berikan dibawah adalah bukan 100% dari pengalam sendiri, tapi berdasarkan pemerhatian, survey daripada kawan-kawan dan bacaan daripada majalah dan sumber laman web yang boleh dipercayai. Tapi ingat, ini hanyalah fakta secara suka-suka dan bukannya serius. Saya takut pulak nanti ada orang serang saya lagi dekat shoutbox sedangkan saya tak pernah serang siapa-sipaa dekat shoutbox. Meninggalkan jejak pun susah. Lagi mau maki-maki orang.

  • Fakta 1: Suka "judge a book by it's cover"
Saya rasa semua perempuan memang tak suka dinilai dari luaran. Tak tahulah kalau ada yang suka. Tapi bukan saya. Kesilapan ini memang besar dan sememangnya tidak patut dilakukan jika ingin mengorat buat kali pertama. Kalau anda lelaki buat juga, jawabnya hye hye bye bye lah. Tak sempat nak tahu nama penuh dah kena reject. Contohnya tak semestinya perempuan tidak bertudung berhati busuk dan perempuan bertudung berhati baik. Dan tak semestinya perempuan yang tegas, keras kepala dan perempuan yang lemah lembut berhati murni.
  • Fakta 2: Bertanya soalan sensitif berulang kali walaupun dah bagi WARNING
Yang ini memang biasa berlaku. Tanya kenapa putus kasih dengan kekasih lama. Err, berapa kali dah penah ber'couple'. Gulp. Majistret ka nak tanya soalan dengan detail? Kalau boleh tanya soalan yang bijak walaupun sebenarnya takdalah bijak mana pun. Tapi cuba kelihatan bijak sedikit sebab perempuan suka lelaki yang bijak.
  • Fakta 3: Baru kenal 3 hari, mengongkong mengalahkan dah jadi bini 3 tahun ; OVERPROTECTED
Ni salah satu fakta yang mempengaruhi kadar peninggalan perempuan terhadap lelaki pada peringkat mengorat. HAHA. Cuba angkat tangan siapa yang suka dikongkong. Kongkong dah la satu, lepas tu tak ada apa-apa ikatan pun cuma kawan 3 hari perangai mengalahkan dah jadi laki 3 tahun. Tanya itu, ini, sana, sini, situ, atas, bawah, depan, belakang. Semua nak ambil tahu. Perempuan rimas dia akan blah je.
  • Fakta 4: Flirt di depan mata ketika dating buat kali pertama
Ini amaran. Bila keluar dating buat kali pertama, jangan sesekali cuba main-main mata depan perempuan. Nampak sangat yang kamu tidak serius dan hanya main-main dan membuang masa saja. Dah nama pun nak mengorat, try buat the best untuk pertama kali tu. Kalau awal-awal perangai dah macam tut, ermm.. perempuan sekalian..mari kita blah. HUHU
  • Fakta 5: Memakai selipar jepun dan berpakaian selekeh
Nak mengorat, kena kemas sikit. Pakai smart-smart. Takda lah sampai kena iron lengan baju sampai tajam terkena jari boleh luka. Biar simple asalkan kemas. Jeans dan t-shirt sudah memadai tapi pastikan ia kemas dan tanpa selipar keluaran jepun. Tapi jangan pulak masa nak mengorat pakai bukan main kemas, bila dah couple kau bantai pakai selekeh bagai. Err, tindakan lanjutan akan disusuli.
Cukup la saya bagi 5 fakta dulu. Ni pun dah berapa kali save dekat draft. Malas betul nak menaip.

Bagi kaum lelaki, haaa..terutamanya kepada yang masih single. Fikir-fikirkanlah. Kenapa perempuan lari di seawal peringkat mengorat. Mesti ada sebab yang kukuh.

Cukup untuk setakat ni. Kalau korang ada idea nak tambah lagi, tinggalkan di ruang komen ye.. Err, ada sesiapa nak buat kesilapan teknikal yang dilakukan perempuan ketika dingorat? Anyone? HEHE.

Babai. Selamat malam.



16 comments:

Honey Bee said...

suka fakta no 2,3 dn 4 sbb mmg ada pengalaman...sungguh meluat...huhuhuhu

cIk JanNah said...

kesian jd lelaki. nak ngorat kene ade step tahu?
ahhaha

sape suh jd lelaki?
;P

Tihara said...

wahai lelaki2 semua..bacalah fakta2 ini sebelum memulakan xtvt mengurat anak org..huhu

ade lelaki ni die tanye..selipar keluaran thailand takpe kan.. ?

my name is Ain said...

HoneyBee

huhu..xsuka kan?

my name is Ain said...

CikJannah

huhu..mestilah..

tp jadi perempuan pun susah jugak sebenarnya

my name is Ain said...

Akak Tihara

hahaha..

selipar keluaran thailand? emm, kalau rupa dia adik beradik mcm selipar jepun bek xyah..haha

Honey Bee said...

but fakta no 2 paling meluat among 5 of it...sbb i really dont like org tnya soalan sensitif berulang kali...tapak kaki nanti sy bg..hahahah

Asyraf KTN said...

fakta2 tu btul blake....simple fact to be tackle hati perempuan...

dilot said...

kalau yg tak pki smart2 tu..alahai...

my name is Ain said...

HoneyBee

kan? samalah..padahal dah mention, masih lagi nk tanya.. merasa kaki busuk la jawabnya nnt..

my name is Ain said...

Asyraf KTN

hehe..ambil dan jadikan panduan..huhu

my name is Ain said...

dilot

selebet kan?

Best Of Me 321 said...

awek aku tinggalkan aku sebab ikutkan laki macam penagih dadah, entah apa yang dia kena pukau dengan laki tu aku pun tak tau, tapi aku masih memerhatikan gerakgeri dorang, sebab risaukan sidia, aku takut laki tu mempergunakan ex aku tu.

my name is Ain said...

Best Of Me 321

la ye ke? xpe2..sabar.. ada yg lebih baik menanti..

Sunny day said...

i put a great effort to get to know this gurl. sweet and nice person. Successfully to lock a dates wit her 2 times.

later i found out that she is try to break free from her bf.her bf is: drug addict, blacklisted, jobless and etc.

i`m so in luv and try to help her. i`m willing to accept her.

to be continued..

Anonymous said...

thx for the tips... hehehehe... myb i leh gune kt awex yg i dh dambakan 10 thn x ketemu.... huhuhuhu...

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards