• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Bos saya sangat prihatin

Semalam semasa ketiadaan bos iaitu Miss Yap, aku telah menjalinkan hubungan secara senyap dengan suami bos iaitu Mr Aw(tipu). Ha Ha Ha Ha. Gila nak mati ke? Semalam kami telah berborak dengan rancak, sehingga menyentuh beberapa perkara peribadi(tipu lagi). Kami berborak mengisi masa lapang, bukan masa lapang aku tetapi masa lapang Mr Aw kerana dia memang suka ajak aku berborak. Walaupun kerja sangat banyak, dan aku perlu selesaikan dengan cepat, aku tetap melayan borak Mr Aw kerana aku merupakan seorang pekerja yang sangat patuh, berdedikasi, cerdik, malah cantik juga(amboi overnye angkat bakul sendiri). Tak apa, blog aku, aku punya suka nak puji-memuji. Hu hu hu. Ada orang menangis kejap lagi.

"You tak keluar rehat ke?" tanya Mr Aw.
"Tak la Mr. Aw, saya puasa." jawab aku macam poyo.
"Kenapa you puasa? Ganti puasa ke?" tanya dia lagi.
"Hehe" Aku gelak macam kerang busok. "Ha'ah la Mr. Aw. Saya ganti puasa" sambung aku lagi.
"Berapa hari you kena ganti?" tanya lagi orang tua ni, tanya macam nak tolong gantikan je.
"7 hari, saya dah puasa 6 hari, tinggal 1 hari je" jawab aku dengan tak malunya.
"You tak payahla puasa-puasa lagi, saya tengok muka you dah cengkung. Nanti kurus sangat tak sui(cantik dalam bahasa cina)."kata Mr. Aw.

Tengok! Prihatin tak, siap perasan lagi muka aku dah cengkung. Bagus juga ada bos yang prihatin ni. Ni yang buat aku makin rajin nak kerja(eceh, penipu besar). Tak pe, puasa tu dapat pahala selain dapat diet and maintain body. Ha ha ha. Gelak dengan poyo lepas tu get out dari sini. Esok tak payah datang, sebab aku nak pergi bercuti. Ahad pun tak payah datang juga sebab aku nak burcuti juga. Babai.

Jerawat Sesat

Seperti hari-hari biasa, setelah penat bekerja akan pulang ke rumah dengan perasaan sangat happy. Kenapa sangat happy?? Sebab boleh nonton TV. Sampai di rumah, membuka gate luar rumah, lepas itu berjalan terkedek-kedek menuju ke pintu utama rumah untuk membuka pintu tersebut. Adoi, banyak betol pintu yang perlu dibuka. Nevermind. Untuk keselamatan, memang perlu membikin rumah yang mempunyai pintu yang sangat banyak supaya pencuri akan pening untuk membuka atau mengkopak(?) pintu. Huh..

Setelah masuk ke dalam rumah, membuka tudung di kepala(ada orang pakai tudung kat tangan ke?). terus menuju je tandas untuk mengambil wuduk untuk mengerjakan solat asar. Tapi sebelum itu pergi membelek muka dahulu. Solekan di muka harus dibersihkan terlebih dahulu. Bila terpandang kat cermin.. Masya-Allah. Muka siapa nih?? Bukan main banyak lagi jerawat. Rasa macam nak jerit pun ada. Ahhhhhhhhhhhh(tipu). Kalau tiba-tiba aku jerit mau Mami terkejut dog nanti. Huh. Apaplah naseb, tiba-tiba je jerawat sesat ni nak menetap pulak kat muka aku neyh? Sekian lama tak bermastautin kat muka aku, tiba-tiba sekali datang bawak sedara-mara sekali. Adoi ai, kacau jiwa aku.

Tau tak jerawat tu rupa dia macam mana? Sangat buruk kalau berada di muka yang jarang mempunyai jerawat (Eceh, macam nak bagitau muka tak pernah ada jerawat). Jangan percaya, semuanya tipu belaka. Jerawat ni merupakan benjolan yang tak cantik yang tumbuh di muka.

Jerawat (bahasa Inggris: acne) adalah kondisi abnormal kulit akibat gangguan berlebihan produksi kelenjar minyak (sebaceous gland) yang menyebabkan penyumbatan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit. Daerah yang mudah terkena jerawat ialah di muka, dada, punggung dan tubuh bagian atas lengan.

Peradangan pada kulit terjadi jika kelenjar minyak memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan sehingga terjadi penyumbatan pada saluran kelenjar minyak dan pembentukan komedo (whiteheads) dan seborhoea. Apabila sumbatan membesar, komedo terbuka (blackheads) muncul sehingga terjadi interaksi dengan bakteri jerawat.

Jerawat digolongkan ringan bila bentuknya masih komedo dengan jumlah lesi kurang dari 30. Apabila jumlah lesi berkisar antara 30-125 maka dinamakan jerawat sedang (papule). Jerawat besar yang disebut nodul atau kista timbul bila lesi di atas 125.

Munculnya jerawat sering terjadi pada masa pubertas antara usia 14-19 tahun yang disebabkan oleh perubahan hormon pada remaja. Deteksi jerawat sejak dini sangat sulit sebab sebelum masa pubertas kulit anak akan mengalami pengelupasan tiga minggu sekali. Sedangkan ketika remaja, kulit mengelupas empat minggu sekali.

Hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85% populasi mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15% populasi mengalaminya hingga usia 25 tahun. Jika tidak teratasi dengan baik, gangguan jerawat dapat menetap hingga usia 40 tahun.

Selain menimbulkan bekas jerawat, efek utamanya adalah pada jiwa seseorang, seperti krisis percaya diri atau minder dan depresi.

Komponen konsep diri yang sering terganggu pada remaja dengan munculnya jerawat yaitu gambaran diri (body image) dan harga diri, dimana pada masa remaja fokus individu terhadap fisik lebih menonjol dari periode kehidupan lain. Bentuk tubuh merupakan bagian dari gambaran diri, pada remaja yang berjerawat mengakibatkan perubahan bentuk tubuh dari remaja tersebut yang akan berdampak pada interaksi atau hubungan sosial dilingkungan, dimana remaja menjadi minder dan merasa tidak percaya diri yang akan mengakibatkan rendahnya harga diri.

Tetapi tidak semua remaja yang berjerawat dapat mengalami gangguan konsep diri, hal ini dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor diantaranya pendidikan, pekerjaan, pengetahuan/ informasi yang didapat dari media seperti televisi, majalah yang diterima oleh setiap remaja.

Dah tahu kan jerawat tu apa? Siapa yang tek pernah kena jerawat tu tipulah. Aku dulu masa baru-baru nak akil baligh( eceh) dah kena dah. That's why la muka aku sekarang dah tak banyak sangat jerawat. Dia dah jenuh menetap kat muka aku. Arwah nenek aku ada bagi petua macam mana nak elakkan jerawat daripada tumbuh secara meliar di muka. Tapi tak tahu la korang nak buat ke tak. Sebab ada orang yang geli, even adik aku pun dia cakap geli. Terpulang la, cuma petua orang dulu-dulu je.

Arwah nenek aku cakap, nak elakkan jerawat tumbuh senang je, lepas kita basuh undies(seluar dalam) kita (sendiri punya tau), basuh bersih-bersih, lap kat muka dengan diikuti selawat 3 kali. Huh. Terbukti jugak la, sebab mak aku, mak cik aku, diorang sampai sekarang tak ada jerawat. Tapi bukan sebab undies jerawat tak tumbuh, tapi disebabkan oleh selawat tu. Jangan tersilap pulak, nanti terpesong lak akidah. Pulak lepas ni, apa-apa penyakit je orang amek undies, dok sapu kat area mana yang sakit. Pulak. Jangan buat macam tu. Terpulang la, siapa yang sanggup buat, buat la. Yang tak sanggup banyak lagi petua lain kan?

Petua lain yang korang boleh amalkan bagi mengelakkan jerawat ni banyak sebenarnya .KLIK SINI. Ni antara petua yang boleh di amalkan. Tapi yang paling pentingkan, pemakanan kita. Makan kena jaga. Sebab ia juga mempengaruhi. Oleh itu, jagalah makan anda supaya dapat hidup dengan sihat. Kan aku dah jadi duta pemakanan sihat dah. Ha ha ha.

Aku harap, jerawat ni akan hilang la secepat mungkin. Kacau jiwa aku kalau ada jerawat. Tangan aku pun cukup pantang kalau ada jerawat, emsti nak picit punya. Walaupun belum masak dengan ranum, mesti akan dipicit tanpa rasa bersalah. Yang menderita muka aku lah, sakit sampai tak boleh blah. Ha Ha Ha. Padan dengan muka aku. Semalam aku cakap aku nak melalut panjang-panjang kan, kau tengok, berapa panjang aku dah melalut. Padan muka kau kena baca panjang-panjang. hahaha. Aku keluar sekarang, nak siapkan cover letter yang mak aku mintak. Blah sekarang!!

hari malas sedunia

Disebabkan hari ni tetibe keje berlambak telah dilambak kan kat meja aku, jadi aku tak boleh memblog panjang-panjang... Mungkin boleh berceloteh berjela-jela keesokan hari..haha..

Diam lagi bagus dari bersuara


Betol tak?? Diam lagi bagus daripada bersuara..Contohnya macam kes aku nih, daripada aku cakap sana, cakap sini, baik aku mendiamkan diri je.. Kalau cakap nanti orang kata, " Kau ni kecoh la Ain.." So what, memang aku kecoh, dah kau tanya, aku cakapla.. Aku tak nak cakap kau pakse.. Bila aku cakap kau kondem aku.. Hu hu hu.. Orang tengah kusut lagi nak buat lawak.. Orang serius lagi nak main-main..

Walaupun aku ni nampak jenis suka main-main, tapi bila aku serius aku serius..Bila main-main, aku main-main la.. Bila makan, aku makan. Bila tido aku tido.. Tu la..Jadi sekarang, aku nak online, tak nak memblog.. So, bila aku tak nak memblog, aku tak nak lah.. Nak buat benda lain yang mendatangkan keuntungan..huhuhu..

Pegi kau bace buku sekarang, atau baca surat khabar.. aku dah abes tulis..he he he

Kusut masai..

Kusut..Kusut..Kusut..Tu la yang aku boleh gambarkan macam mana fikiran aku sekarang nih.. Dengan keadaan diri yang semakin tidak berapa betol ni, aku rasa macam nak jadi orang gila.. Lagi best, tak payah pikirkan pasal masalah.. Hidop sentiasa happy.. Huh.. Memang betol-betol mencabar kesabaran diri aku yang semakin kusut nih..

Emosi semalam memang tidak berapa nak stabil sangat sampai air mata terkeluar sendiri tanpa dipaksa-paksa..Huh..Lama jugak sebenarnye diri aku yang rock ni tak nangis.. Nak buat macam mana lagi, Tu je yang aku mampu buat pada masa tu, tu pun lepas aku mengaji..

Orang cakap, kalau tuhan bagi kita dugaan bermakna Dia sayang pada kita kan?? Jadi aku meng' assume' yang cabaran dan dugaan yang tuhan bagi pada aku sekarang nih adalah sebagai tanda Dia sayang pada aku.. Memang jiwa aku bertambah kusut lately ni.. So, maybe tidak akan memblog secara galak..

Kalau sesiapa yang ada mem'buzz' aku melalui YM and aku buat dek je, sorry ye.. Memang aku tengah kusut sangat.. Musibah yang melanda betol-betol menguji keimanan dan kesabaran aku.. Korang doakan la aku ye?? Huhu..Rasa macam nak pergi jauh je.. Tapi tak boleh lari dari kenyataan.. Oh God...Aku bertambah kusut..

Korang pernah ke?

Semalam telah berborak secara flash back, iaitu mengingati kisah-kisah lama sewaktu hari raya. Ye la masa kecik-kecik.. Mase kicik-kecik dulu memang suka beraya.. Tak kiralah rumah sape, rumah orang tak kenal pun aku pegi jugak, yu pun sebab pegi beraya dengan abang dan kakak-kakak aku..Kalau diorang tak ada aku rasa aku tak beraya kot..Huhu..mana mak aku nak bagi beraya sorang-sorang, lagi-lagi masa tu kecik lagi..

Tapi, aku bukan nak bercerita pengalaman raya dari rumah ke rumah.. aku nak cerita pengalam raya aku masa aku kat Singapore.. Kalau tak silap masa tu aku baru darjah satu atau dua macam tu lah.. Tak de la besar mane pun, boleh dikira kecik juga la kan?? Pengalaman beraya kat Singapore masa tu memang seronok.. Sebab ape?? Sebab bila beraya diorang bagi duit raya banyak.. Lagi duit Singapore.. Convert duit Malaysia banyak jugak.. Masa tu kalau tak silap aku, $S1 = RM1.75.. huhu.. 

Kalau korang nak tahu, kitorang masa kat S'pore dulu beraya ramai-ramai tau.. Bukan naik kereta atau naek van atau bas.. tapi kitorang beraya naik lori..Ha Ha Ha.. Korang pernah ke pergi beraya naik lori?? Tak pernah kan?? Haaaa...best tau.. Berangin duduk belakang tuh.. huhu.. Kitorang gelak sakan semalam bila ingat balik cerita raya masa kat S'pore tu.. huhu.. Cuba korang bayangkan kat M'sia ni, ada ke orang nak beraya naik lori?? Tak de punya. Mentaliti orang M'sia dengan orang S'pore adalah sangat berbeza.. Betol.. Walaupun cara hidup diorang ni jauh berbeza dengan hidup orang M'sia, tapi kalau kat jalan raya diorang ni sangat menghormati antara satu sama lain. Lagi kalau diorang nampak ada orang nak lintas jalan, mesti diorang bagi lalaun.. Haa, dah terkeluar topik pulak..

Berbalik pada topik beraya naik lori tadi, bukan setakat pergi beraya je kitorang naik lori, kitorang siap pergi jalan-jalan pusing s'pore pun naik lori..Pergi Changi Airport pun naik lori.. cuba bayangkan, Changi Airport tu kan antara lapangan terbang yang terbaik di dunia, mesti la ramai pelancong kat situ kan?? Ha Ha Ha..Tapi, kitorang selambe bek je naik lori.. Pengalaman tuh.. Korang mane ade..

Sekarang ni, kalau aku pergi sana, diorang ajak naik lori, sumpah... Aku tak pegi lagi S'pore lagi sampai bila-bila..Ha ha ha..Malu siot, dah besar nak naik lori.. Pergi beraya pulak tu, jatuh saham..Hahaha..Tu la pengalaman beraya yang aku tak dapat lupa sampai bila-bila pun..Kalau korang ada pengalam yang lagi best, kongsi-kongsi la ek??

Walaupun musim raya dah pun berlalu, tapi aktiviti kunjung mengunjung tu janganlah di abaikan.. Jangan nak melawat sedara mara masa raya je, time tak raya tak pergi ziarah..Huhu..

Email yang menyedihkan..

Thank you for your interest in seeking employment with our company and for
giving us the opportunity to review your resume details.

Although your experience and qualifications are impressive, we have
identified a candidate who is more closely suited to our organisation's
current needs. Therefore, we will not be proceeding further with your
application at this stage.

However, we are keeping your details in our file and will refer to your
application again should a suitable job opportunity arise.

Once again, we thank you for your time and effort and we wish you every
success in your future career endeavors.


Sangat menyedihkan bukan?? Hahaha..(kate sedih tapi masih boleh gelak)..Tak pe, orang yang berjiwa rock memang akan macam nih..Tabah menghadapi dugaan..Banyak arr.. Bleh bla kau sekarang jugak!!

Ape kes??

Ini adalah merupakan satu sesi meluahkan perasaan ketidakpuasan hati aku terhadap seorang yang tua yang namanya dirahsiakan..Atas sebab-sebab tertentu la nama dia dirahsiakan, kang tak pasal-pasal aku kena gam pulak dengan dia. Huhu..

Nak dijadikan cerita, suatu hari seorang tua ni, okeh la aku gelar dia pak cik J atau lebih senang Uncle J..Dia ini memang customer aku la, selalu jugak menayang muka dia kat office ni walaupun muka memang tak hensem langsung n tak boleh blah. Tapi duet dia banyak..Beli produk bayar cash tu..huhu..Banyak betol duet dia. Ala, aku tak heran la dengan duet dia tu..Macam bagus sangat je orang tua tu..

Siap tanye aku lagi.."Eh, kau ni ble nak sambung blaja?" Excuse me, aku dah ade degree ek? Sori naik lori.. Dalam hati je la aku cakap cam tu.. Sebab dia orang tua kan, aku jawab la baik-baik.. " Saya dah abes belaja la pak cik. Tengah tunggu kerja je ni.." huh..menyampah lak aku.. Pe ingat, aku ni tak ada degree ke? B***h.. dah..pulak...Geram punya pasal, dah keluar bahasa yang tak sepatutnya..Dia sambung lagi, "Anak pak cik dulu abes amek ijazah dia terus sambung lagi. Terus dapat keje." huh, menyampah lagi aku, anak kau dah bape tahun abes balaj? Tahun bape pulah dia grad? Nk belagak dengan aku..Mcm bagus pulak orang tua ni..

Tau aku jawab ape, " Ala pak cik, saya tak kesah keje kat mane-mane, KL ke, Jb ke, BP ke sume same je. Yang penting sekarang ni saya nak cari pengalaman. Tak kisah la keje kat mana-mana pun, asalkan duit yang saya dapat tu HALAL." Mcm tu aku jawab, punya berapi aku dengan orang tua tu, kalau dia nak berlagak nak mampos mcm ade degree tak pe gak.. Ala, anak ko yang belaja bukan ko.. Jadi tak payah nak berlagak cam bagus dengan aku..

Hohoho..Gle marah aku, lepas tu aku nak tak nak je layan orang tua tu..Berlagak gile.. Naseb aku tak bahasa kan dia abes-abes. kalau tak, mahu die sujud syukur depan aku. Eh ko, orang tua, boleh bla.

Aku kalau dah marah memang macam ni. Tapi aku masih boleh control lagi marah aku kalau gurauan tu aku masih boleh terima. Kalau dah over, silap-silap Nabil pun boleh kena terajang kalau saketkan hati aku..Huhu..sampai ke hati aku nak terajang dia. Haha..Tak kot..

Upgrading

Aku akan melakukan sesuatu kepada blog aku ni sebab aku rasa macam ade yang tak berapa nak kena..Semua tu masih lagi dalam proses, and sebab tu aku tidak berapa galak nak menambah entry setiap hari..So, till then.

Doa menghilangkan kedukaan, kecemasan dan kesedihan

Tiada tuhan selain Allah
yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.
Tiada tuhan selain Allah,
tuhan pemilik 'Arasy yang agung.
Tiada tuhan selain Allah,
tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan
Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia.
Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri,
tiada tuhan selain Engkau;
dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan.

Ya Allah,
hanya rahmat-Mu yang kuharapkan,
maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu,
sekelip matapun dan perbaikilah selali keadaanku,
tiada tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah,
yang tiada tuhan selain Dia,
yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri,;
dan aku bertaubat kepadaNya.

Tiada tuhan selain Engkau,
Maha Suci Engkau.
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah hambaMu
dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu.
Hidup dan matiku ditanganMu.
Telah berlalu qada'Mu kepadaku dan
sungguh adil hukuman yang Kau putuskan kepadaku.
Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki,
yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri,
yang Engkau cantumkan dalam kitabMu,
yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu),
atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan
dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu,
agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku,
cahaya dadaku,
penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan,
kelemahan dan kelemasan,
kekikiran dan sifat penakut,
dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

Cukuplah Ya Allah,
bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

petikan dari buku Jangan Bersedih.

Moga kita sama-sama mendapat keredhaan dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Tanpa



Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukis kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benak hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendri
Tanpamu aku mati

Gemok?? No more

haha..alangkah bahagia rasa hati bila aku timbang, huhu.. berat aku kembali normal dan dapat beraya tanpa kelihatan gemok..huhu.. memag seronok.. Baju yang aku simpan sebab dah tak muat, dah boleh pakai balik.. haha.. bayangkan, aku berjaya menurunkan berat aku sebanyak 5 kg.. banyk tu.. sampai mak aku pun cakap, nampak sangat aku kurus.. n aku pun terasa kurus sebab seluar jeans aku yang low cut tu semuanya menjadi bertambah low cut..haha..happy..happy..


Masa pergi beraya, ramai orang yang tak cam aku..haha..ape lain sangat ke muka aku ni?? mungkin dulu diorang tengok aku pakai braces, but now not anymore..huhu..tu yang lain kot..abang ipar aku cakap ape?? haha..aku ni makin besar makin cantik..banyak la..kakak aku dia nk campak mane?? naseb kakak aku tak jealous..huhu.. die yang cakap ek, aku tak reka cerita..huhu..

Open house pun best, sebab jumpa semua sedara mara.. meriah sangat2..bingit jugak..haha..tahun ni raya memberi makna yang mendalam pada diri aku..tak tau la kenapa..tapi aku rasa macam tu.. n bisnes kecil-kecilan aku masa raya pun macam menjadi.. dah raya pun ada orang tempah kek..haha..nasebla aku rajin nak buat.. insya-allah tahun depan boleh buat bisnes lagi.. maybe kalau ada rezeki aku nak bukak company sendiri..haha.. angan-angan yang aku harap sangat dapat jadi kenyataan..huhu..

serba sedikit pic yang menggambarkan suasana masa open house hari tu.. tak banyak sangat pic yang dapat amek..

Al-Fatihah...

Setelah sekian lama aku menyepi, kini aku kembali..haha..

Sebelum tu, apa kata kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyaramah Fatimah binti Muhiyyidin iaitu mak long aku yang telah pulang ke rahmatullah pada hari raya ke 12 tanggal 12 Oktober 2008..Al-fatihah....

Mak long meninggal kerana dikatakan doktor di hospital swasta telah membuat pembedahan walaupun tekanan darah beliau dan kandungan gula serta garam tidak stabil..itu aku tidak berapa pasti, tapi itulah yang telah diberitahu oleh anak-anak beliau kepada kami sekalian.. kematian beliau sangat mengejutkan kami sekeluarga.. mana tidak nya, beliau lah yang telah mencadangkan supaya kami mengadakan hari terbuka keluarga kami.. rupa-rupanya itu merupakan satu petanda pada kami semua bahawa beliau akan pergi meninggalkan kami..

Beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama, tetapi 3 hari sebelum raya, anak belian telah menyedari terdapat luka di tapak kaki beliau, yang telah berlubang.. maka beliau telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa kaki beliau sebelah kanan perlu dipotong bagi mengelakkan kuman tersebut merebak..actually bukan kaki, tapi jari kaki kanan.. iaitu bermula dari jari telunjuk sampai jari manis.. pada hari raya ke-5, ketiga-tiga jari tersebut telah dipotong, dan beliau dibenarkan pulang. tetapi, pada 11 Oktober, pak long membawa mak long ke hospital swasta untuk pemeriksaan lanjutan, dan sekali lagi doktor mengesahkan bahawa kaki beliau sebelah kanan perlu dipotong hingga ke paras betis.. Bagi memastikan kuman tersebut tidak merebak, pihak keluarga pak long telah bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut.. Tetapi, dikatakan pihak hospital telah melakukan pemotongan kaki walaupun sebenarnya kendungan gula, garam dan keadaan darah mak long tidak stabil.. berikutan itu, selepas pembedahan, mak long hanya mampu bertahan hanya beberapa ketika, dan telah menghembuskan nafas pada waktu subuh ketika azan subuh berkumandang walaupun pada ketika itu keadaan beliau kelihatan stabil..

Sebenarnya, ajal beliau sudah tiba, dan beliau pergi meninggalkan kami kerana seruan ilahi.. Selain sebab itu, mak long juga dikatakan menghidap penyakit luekimia serta tekanan darah rendah..yang telah pergi usahlah ditangisi, yang masih ada...lakukanlah amal kebaikan supaya lebih bersedia menghadapi saat-saat begini.. moga roh mak long dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orang beriman...

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards