• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Al-Fatihah...

Setelah sekian lama aku menyepi, kini aku kembali..haha..

Sebelum tu, apa kata kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyaramah Fatimah binti Muhiyyidin iaitu mak long aku yang telah pulang ke rahmatullah pada hari raya ke 12 tanggal 12 Oktober 2008..Al-fatihah....

Mak long meninggal kerana dikatakan doktor di hospital swasta telah membuat pembedahan walaupun tekanan darah beliau dan kandungan gula serta garam tidak stabil..itu aku tidak berapa pasti, tapi itulah yang telah diberitahu oleh anak-anak beliau kepada kami sekalian.. kematian beliau sangat mengejutkan kami sekeluarga.. mana tidak nya, beliau lah yang telah mencadangkan supaya kami mengadakan hari terbuka keluarga kami.. rupa-rupanya itu merupakan satu petanda pada kami semua bahawa beliau akan pergi meninggalkan kami..

Beliau telah disahkan menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama, tetapi 3 hari sebelum raya, anak belian telah menyedari terdapat luka di tapak kaki beliau, yang telah berlubang.. maka beliau telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa kaki beliau sebelah kanan perlu dipotong bagi mengelakkan kuman tersebut merebak..actually bukan kaki, tapi jari kaki kanan.. iaitu bermula dari jari telunjuk sampai jari manis.. pada hari raya ke-5, ketiga-tiga jari tersebut telah dipotong, dan beliau dibenarkan pulang. tetapi, pada 11 Oktober, pak long membawa mak long ke hospital swasta untuk pemeriksaan lanjutan, dan sekali lagi doktor mengesahkan bahawa kaki beliau sebelah kanan perlu dipotong hingga ke paras betis.. Bagi memastikan kuman tersebut tidak merebak, pihak keluarga pak long telah bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut.. Tetapi, dikatakan pihak hospital telah melakukan pemotongan kaki walaupun sebenarnya kendungan gula, garam dan keadaan darah mak long tidak stabil.. berikutan itu, selepas pembedahan, mak long hanya mampu bertahan hanya beberapa ketika, dan telah menghembuskan nafas pada waktu subuh ketika azan subuh berkumandang walaupun pada ketika itu keadaan beliau kelihatan stabil..

Sebenarnya, ajal beliau sudah tiba, dan beliau pergi meninggalkan kami kerana seruan ilahi.. Selain sebab itu, mak long juga dikatakan menghidap penyakit luekimia serta tekanan darah rendah..yang telah pergi usahlah ditangisi, yang masih ada...lakukanlah amal kebaikan supaya lebih bersedia menghadapi saat-saat begini.. moga roh mak long dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orang beriman...

0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards