• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Demam rindu pada blog sendiri

Assalamualaikum semua..

Sihat tak? Pergh,rindu betul dengan blog sendiri. Hari ni baru dapat lepaskan rindu. Semua berjalan dengan lancar.Baik-baik aje. Cuma dalam masa seminggu ni, macam-macam dah berlaku pada diri sendiri. Salah satu nya demam dan batuk yang boleh dikatakan agak teruk jugak la. Lepastu, jumaat lepas buat akrobatik depan pintu toilet, jatuh dengan ayu sekali meninggalkan love bite di bahagian lutut dan sedikit kesan gigitan di ibu jari kaki. KAHKAHKAH. Gelak la gelak. Serius memang sakit gila masa jatuh tu. Nasib dah nak balik time tu. Kalau tak, tak tau nak cakap apa.

Maaf lah, saya masih belum sempat menjenguk blog semua.Ni pun ambil masa sikit nak update blog.Tak dalah readers lari terus kan. Tunggu berita dari ain yang tak muncul-muncul, yang keluar berita Micheal Jackson meninggal pulak. HUHU. Lepas ni,mungkin saya ada sedikit masa untuk update blog seperti biasa. Dan juga ber'ym'. Apasal akuonline takdeorang buzz pun. Takda orang rindu eh? HAHA.

Dah lama tak mengarang-ngarang cerita ni,otak jadi sedikit tumpul. Ambil masa juga nak kasi tajam. Maklumlah kat sini cakap english memanjang. HAHA. Err, seriously, i'm very confident right now to talk in front of a lot of people. HAHA. (Jangan percaya sangat)

Cukup setakat ni dulu buat masa ni,banyak benda nak buat. Will update later. Err,terubatlah sikit rindu. Babai semua.







Farewell

Mula-mula nak letak gambar kasi kontroversi sikit. HEHE. Wanirani, silalah save gambar ni. Pastu rename : adik ipar dan suami. KAHKAHKAH. Lawak lah kau, tapi seriusly, kalau kau nak jadi kakak ipar aku, aku pergi cakap kat abang aku. Kot-kot dia nak beristerikan seorang dokter. HEHE. (Ini hanya komen-komen di Facebook .)

Back to the main point.
People.
Seriously this is my last, very last entry for now.
Tapi, janjilah, pasti akan ada update di masa terluang. Mungkin akan cuba mencuri line kat sana nanti. Pandai-pandailah nak hidup kan. HAHA. Hari ni cuba tunjuk gembira sikit walaupun dalam hati sebenarnya sedih la jugak. Jadi, janganlah cuba cakap, " Ain, jangan sedih." Nanti tak pasal-pasal aku nangis. HUHU.

Luckily, boss akan membuat farewell party untuk saya. Ceh, jangan jealous. Free mcD for lunch. Happy sangat. Sampaikan terlupa nak belikan gift untuk bos. Tapi takpa, boss tetap di hati. HAHAHA.

Di sini ada sedikit penjelasan mengenai pemergian saya.

  • Saya bukannya mahu mendelete blog ke apa, cuma perlu pergi untuk sementara waktu sahaja. Bukan selama-lamanya. Mungkin 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan. Siapa tahu. Tapi dalam tempoh tertentu, ada masa, saya pasti akan update blog ni dengan cerita-cerita terkini. Ceh! Macam ada orang nak amek tahu jek.
  • Tempoh saya berkursus adalah selama 2 bulan setengah dan dalam tempoh itu, jadual adalah sangat padat dari pagi hingga malam. Cula hari Sabtu dan Ahad sahaja yang free. Itu pun tengok jadual, kadang-kadang ada aktiviti.
  • Selepas tempoh 2 bulan setengah tu, saya akan pergi job training. Dan dalam tempoh itu, mungkin saya mempunyai lebih masa terluang. Broadband dah dalam tangan sekarang nih. Insya-Allah tak lama lagi dapatlah. Tunggu duit jatuh ke riba. HUHU
  • Dalam tempoh itu, saya akan berada di sekitar kawasan Johor Bahru, secara spesifik di Senai. Kerjanya amat mudah : Mengira berapakah kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Senai setiap 5 jam sehari.
Harap-harap readers saya janganlah lari. Tak kiralah yang setia mengikuti, yang membaca secara senyap, yang membaca secara terpekik terlolong sebab gembira sangat baca blog ni. Dan tak lupa juga yang membaca sambil baring-baring lepas tu senyum-seyum depan pc sorang-sorang. HEHE. Tanpa anda semua, blog ni tak jadi apa pun.

Saya harap, anda sabar menanti (ceh, korang tunggu ke?) entry di masa akan datang. Dan insya-Allah saya janji akan update blog ini di masa terluang, siap dengan gambar pakwe baru sekali. HAHAHA. Berani la sangat aku nak buat macam tu.

Dan yang pastinya, saya tidak pergi seorang. Ada jugak kawan blogger yang juga merupakan kawan sekolah yang akan turut sama pergi. Siapa dia? Ini budaknya. HEHEHE.

And, last but not least.
Good bye to all my dearest and beloved followers and readers.



Season in the sun - Westlife.mp3 -


It's Hard For Me To Say Goodbye

When people share experiences together, and then they must part, there is a feeling of sadness. Saying goodbye to people that we feel connected to is an occasion of somber reflection. It is hard to imagine our lives without them, and yet we have no choice but to go on. It is comforting to know that for however long you will be separated that you will always be in each other's hearts. It is also an opportunity to be more present to others in your life and to look for opportunities to form new friendships.
Terimalah kenyataan bahawa saya akan pergi. Hell yeah and it's true. It's really hard for me to say good bye. But i have to.

Pengganti saya telah pun datang pagi tadi. Dan perasaan sedih tu datang secara tiba-tiba walaupun secara zahirnya senyuman terukir manis dibibir. Mulai esok tugas saya akan diambil alih oleh dia walaupun tarikh terakhir saya berkhidmat adalah pada 18 Jun. I have no choice but i have to. Detik ni pasti amat sukar bagi saya. Setahun bersama keluarga, duduk di bawah ketiak emak (jangan gelak), rasanya sudah cukup dari segalanya.

Mungkin. I said "mungkin" ini adalah entry terakhir dari saya buat masa ini. Jika mungkin itu dihapuskan, "mungkin" akan ada lagi entry dihari akan datang. Who knows. Doakan sahaja supaya kemungkinan itu dihapuskan supaya blog ini sentiasa terisi dengan entry yang ___________________. Anda isilah tempat kosong tersebut sebab saya tak tahu apa kelebihan blog ini. Hanya anda sebagai pembaca setia saja yang tahu. Pada saya blog ni macam blog syok sendiri je. HAHA (Aku tengah sedih boleh pulak konon nak melawak).

T_____________________T
Sedih. Tak tau nak cakap apa.
Good bye to all my dear friends and readers.
And i love all of you.


Edisi Selamat Tinggal Sayang




Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui apakah kisah disebalik Edisi Selamat Tinggal Sayang.

p/s: sedang sibuk menjalani hari-hari terakhir di pejabat. Maaf sangat-sangat tak sempat lagi nak singgah blog semua orang. Insya-Allah ada masa, pasti akan terjah.


Tindak Balas Kimia dlm Perasaan


The meeting of two personalities is like the contact of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed.

Carl Jung
Swiss psychologist (1875 - 1961)
Tertarik dengan quote kat atas ni. Pertemuan di antara dua personaliti adalah seperti pertembungan di antara dua bahan kimia, jika terdapat sebarang reaksi, maka ia akan berubah menjadi sesuatu sebatian yang baru. Err, dah lama tidak belajar kimia, sudah lupa bagaimana mahu membuat ayat-ayat kimia.

Tiba-tiba tergerak hati nak buat entry berkaitan quote kat atas nun. Ada benarnya di situ. Jika mahu mencari pasangan yang serasi, banyak eksperimen perlu dilakukan. Bukan eksperimen bukan-bukan eh. Cubit nanti baru tau. Dalam hubungan perlu ada tindak balas dari segi perasaan. Kalau takda tindak balas tu yang jadi kes bertepuk sebelah tangan. Macam mana nak bunyi kalau tepuk sebelah tangan lainlah kau tepuk dahi ke, tepuk dada tanya selera ke lainlah.

Hari ni takda isu peribadi yang akan dihebahkan. Sesekali kena jugak buat entry yang lain kan? Takkan semalam masak asam pedas ayam dengan sayur kangkung goreng pun nak bagitahu sampai cukup satu entry panjang berjela kan? Sesekali kena ubah selera jugak. Tak salah.

Bagi saya, nak menjalinkan hubungan yang serius bukanlah sesuatu yang mudah. Macam dalam quote tu, perlu ada tindak balas secara kimia. Secara kimia yang dimaksudkan adalah dari segi persefahaman, kematangan, pergaulan, macam-macam lagi lah. Bagi situasi saya pula berbeza. Saya memerlukan pasangan saya tu cukup memahami siapa saya, macam mana keadaan saya, dan tidak akan mengungkitkan perkara yang membuatkan saya sedih. Katanya hari ni nak sehidup semati, tapi bila timbul masalah, semua isu akan dibangkit, diungkit sehingga menguuris perasaan. Ya, saya juga seorang wanita yang bukan mudah untuk memaafkan sesebuah kesilapan yang dilakukan secara sengaja tanpa kewarasan yang dikuasai oleh minda dan nafsu yang diluar kawal.

Jadi tidak hairan lah sekiranya sehingga sekarang saya masih seperti ini. Mencari bahan kimia yang sesuai supaya kelak pabila berlaku reaksi atau tindak balas kimia, tidak akan mencederakan sesiapa malah sebatian tersebut amat berguna dan boleh dimanfaatkan. Eceh, no double meaning kat sini eh. Straight je tau, jangan fikir lain.

Nak mencari kehiduapan bersama pasangan yang menjanjikan sesuatu yang boleh membuatkan jiwa seorang wanita di awang-awangan bukannya mudah. Mungkin secara lisannya memang senang. Lihat saja disekeliling. Masa bercinta bukan main lagi. Lautan api pun sanggup direnangi, kentut busuk pun boleh kata wangi kalah DKNY. Tapi bila masalah timbul? Kentut tak bau pun cakapnya macam busuk sangat. Pakai baju kurung pun katanya selekeh. Bagaimanapula dengan tindakan? Ada pepatah inggeris mengatakan "Action speaks louder than words". Tapi boleh pakai lagi ke? Sekarang ni lebih ramai yang kaki temberang, kuat kelentong, apa lagi. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Semua sama saja.

Makanya, janganlah dipaksa perasaan tu untuk menyukai seseorang yang anda rasakan anda tidak layak atau tidak mampu untuk membalas perasaannya semula. Berterus terang adalah jalan yang paling selamat. Dan ambil langkah berkawan terlebih dahulu, kenali hati budi masing-masing. Bila dah dapat rasakan ada tindakan kimia, barulah proceed step yang seterusnya. Ye dak?

Panjang dah bebel soal tindak balas dalam perasaan. So, lepas ni janganlah pulak ada yang saja-saja tanya "Ain bila lagi?" Memang ada yang nak kena cubitan free. Jawapannya amat mudah, dan hanya saya saja yang tahu apakah jawapan dan jalan penyelesaiannya. Ada faham? HAHA.

Kalau tak paham, silalah ulang entry ni sampai 10 kali kasi faham.

Soalan saya kepada yang bertanya kepada saya, "Ain bila lagi?" tu, haaa. Korang bila pulak? Sibuk tanya aku.


Cerita kawen 060609

Genap seminggu blog ni tidak disuap dengan entry-entry panjang berjela berciri syok sendiri. Dan genap seminggu jugalah blog ini akan ditinggalkan untuk julung-julung kalinya. Tak nak cerita pasal meninggalkan blog lagi. Sekarang ni nak cerita pasal wedding tempoh hari tetapi secara rawak saja. Before that, ada orang wish Selamat Pengantin Baru kepada saya. Err, maaflah anda tersalah orang. Yang berkahwin adalah orang lain iaitu kakak saya, bukan saya. Saya masih single and err available. Kot! T_________T

Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Dan saya tidak mahu bercerita panjang. Marilah sama-sama menatap gambar disepanjang majlis berlangsung.


Majlis pernikahan dan perkahwinan ni adalah antara Nuraini Abd Karim dan Maznan Mat Zin bukannya Nurul Ain ya. Harap maklum. Janganlah mengucapkan selamat pengantin baru kepada saya pulak. Terasa hati. Makan hati. Minum hati. Apatah lagi muka. Malu betul. HUHU. Mari kita memulakan cerita. Ready, on your mark, get set....GO!

Barang hantaran ini telah dibuat sendiri oleh mami. Takda tempah kat mana-mana. Semuanya hasil tangan Mami. Dari gubahan bunga, gubahan segala-galanyalah adalah hasil tangan mami sendiri dan emak. So, boleh jimat kos disitu. Cuma bayar untuk upah sajalah kan? HUHU. Saya paling suka sirih junjung. Cantik sangat.

Ada iras Siti Nurhaliza ke? Dia asyik sangat perasan. Bila orang dah mula puji mulalah kembang semangkuk. HAHA. Senyum sampai ke telinga dia punya lebar. By the way kak, you look so fabulous lah pakai baju kaler gold itu. Cantik sangatttt. Disolek oleh kakak ipar abang sulung saya sendiri. Dan package dia sangat berbaloi dan paling dikehendaki di sekitar Batu Pahat. Glamer lah senang cakap.

Romantik sungguh pengantin lelaki. Naik-naik pelamin je terus melutut bagi bunga pada kakak. So sweet. Yang kakak dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Sama cantik sama padan. Anak buah saya, Haikal dah sibuk tanya. Mak Lang bila nak dapat baby? HAHA. Budak-budak ni ingat lepas kawen boleh terus dapat baby ke? Adoi..Nak tegelak aku.

Sesi memotong kek. Sebenarnya takdalah gold pun, kuning yang semacam gold. Kakak saya ni nak sangat warna gold. Serba serbi pun dia nak warna tu. Dan kek itu memang sedap. Lauk pengantin juga sedap sampaikan pihak lelaki mintak tambah lauk. wth?? HAHA. Manada orang masak lauk pengantin banyak-banyak. KahKahKah. Demand aa mereka ni.

Ini pula sesi bergambar kami sekeluarga. Kami adik beradik sepakat memakai baju berwarna seakan-akan keemasan juga. Mengikut temalah katakan atas hajat si pengantin perempuan. Nampak tak aku kat mana? Carilah sendiri.

Secara keseluruhannya, majlis memang sangat meriah dan syukur sangat semua berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang sungguh baik. Beberapa fakta mengenai majlis perkahwinan:

  • Pihak pengantin lelaki menghantar 11 dulang berbalas 13 dari pihak perempuan yang mana barang hantaran lelaki dibuat sendiri oleh kakak saya, si pengantin perempuan.
  • Cenderamata kepada para tetamu adalah berupa jug kecil kepada kaum perempuan dan cawan kepada kaum lelaki. Manakala kanak-kanak mendapat sebungkus 'jajan' fully sponsored by my brother and me. Idea memberi jug kecil dan cawan kepada tetamu itu datang dari mami dan cu.
  • Sesi kemas-mengemas dilakukan oleh kami sekeluarga pada malam majlis itu juga menyebabkan kami keletihan sehingga terlajak subuh pada esok harinya. Malu sungguh. Nasib saya cuti-cuti Malaysia.
  • Sesi karaoke dimonopoli oleh bapa pengantin lelaki dengan menyanyikan 4 lagu in a row bersama adik pengantin lelaki yang menyanyikan 2 lagu in a a row. Bapak pengantin macam tak nak balik asyik sangat menyanyi.
Sekian saja berita dilaporkan oleh Nurul Ain dari Johor.

Ni nak bagi warning manja sikit lah. Korang jangan pandai-pandai pulak nak cakap lepas ni turn aku pulak yang kawen eh? Siapa yang cakap, aku gigit nanti. HAHA. Garang ni. Dan cerita yang lagi satu tu.

Meninggalkan blog? Yup, blog ini akan ditinggalkan oleh saya. Tapi kenapa pulak? Nantilah cerita. Tungguuu.

*dah macam joyah Melodi pulak*

060609


Badan terasa lesu dan kepenatan. Hanya beberapa coret patah perkataan je yang mampu dipaparkan di blog. Insya-Allah, saya akan update cerita mengenai majlis perkahwinan setelah mood untuk memblog kembali datang. INSYA-ALLAH. Dan untuk hari ini, saya hanya mampu membuat sebuah perenggan bersama sekeping gambar.


5 in 1 : Gambar aku pakai baju cantik, baju tidur dan dot dot dot

Hari ini punya entry adalah bersamaan dengan 5 hari akan datang punya entry. Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. 5 hari digabungkan menjadi satu. 5 in 1. Macam Super Power perisa coklat pulak. HEHE. Jadi, korang boleh baca ikut perenggan. Perenggan pertama baca untuk hari ini. Perenggan berikutnya untuk hari-hari seterunya. Takdalah terasa panjang sangat nanti kan? Habit memblog dengan panjang telah datang kembali. Untuk entry hari ini Entry 5 dalam 1. Seperti sedia maklum, Sabtu ini adalah majlis kahwin kakak saya yang akan dilangsungkan di Johor tanah airku. Err, rakan-rakan yang berkesempatan mahu hadir, silalah datang anda dijemput. Sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu dan alamat rumah akan diberikan kemudian. Atas sebab-sebab keselamatan, alamat rumah tidak boleh diletakkan di sini. Err, baca entry lepas berkaitan fobia. Pasti akan tahu kenapa.Harap maklum.

SELASA

Semalam merupakan sesi memasang pelamin. Pelamin tersebut sangat berciri di raja kerana berwarna kuning keemasan. Macam oren pun ada jugak. Kami hanya memerhatikan saja abang-abang separuh lembut tu memasang tirai dan menukul paku. Takdalah lembut sangat. Masih nampak gagah lagi, cuma kalau tengok gayanya adalah sedikit. Seronok sangat sampai rasa macam nak kawin jugak. HAHA. Kan dah gatal dah. Tak nak komen banyak bab ni. Mari kita sambung bercerita.

Tersebutlah kisahhhhh....

Suasana majlis sudah semakin hangat dan membara orang kata. Tapi saya tak kata, sebab bagi saya suasana sangat meriah. Takda panas dan hangat pun. Mulai esok, sanak saudara yang jauh di perantauan akan mula pulang ke tanah air terutama mak cik dan kakak saya yang menetap di Singapura. Saudara yang di Melaka akan pulang pada hari Jumaat. Yang di Kuala Lumpur (pengantin sendiri) akan pulang hari ini. Dan yang selebihnya memang menetap di sekitar kawasan Johor. Keluarga kami memang besar, jadi kalau ada apa-apa majlis memang sangat meriah. Seronok sangat i tell you. Tak terkata.

Ni sesi bergambar selepas semua tugas diselelsaikan. Mak cik aku dua orang ni sebok nak bergambar macam budak-budak zaman sekarang. Aku layankan ajek. HAHA. Saket perot layan kerenah diorang dua nih.
Selepas sesi memasang pelamin adalah sesi membungkus buah tangan untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Err, buah tangan lah. Sumpah seronok sangat sambil nyanyi lagu apa entah yang mami dan cu je yang tahu. Kami generasi yang muda hanya terpinga-pinga tak tahu macam masuk program Jangan Lupa Lirik Versi Lagu Kanak-kanak. Terpinga-pinga, nak guna talian hayat, suma sudah habis digunakan ketika menyanyikan lagu Anank Itik Tok Wi. Tau tak macam mana lagu ni? Haa, pergi cari sendiri. Aku hafal lirik buatan sendiri jek. HAHA.

Ni aktiviti membeli belah barang-barang untuk jadikan buah tangan beberapa hari sebelumnya. Sangat mentensionkan. Tapi proses membungkus siap dalam masa 1 jam sahaja. Seronok sangat sampai buat kerja pun laju. Serta merta hilang tension.

Ni saya bersama sepupu, Aisyah. Kami konon bergambar macam pasangan pengantin baru la. Geli plak aku tengok. Dah la pakai baju tidur. Gelak sampai tertutup mata. Ketawa tak ingat dunia. HAHA. Kami bukan lesbo ok. Kami kamceng.

RABU

Dalam pada seronok tu, hari ini saya akan menyampaikan berita buruk lagi sedih kepada bos. Dari semalam nak cakap, tapi macam sangat scary lah pulak. Habis ketar lutut kaki, siku, mulut semua. Saya akan memberitahu kepada beliau bahawa saya akan meletakkan jawatan. Err, mungkin akan menamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya 18 Jun. Sedih tu adalah jugak. Tapi hidup mesti diteruskan dan peluang yang ada perlu di GRAB. Peluang dalam hidup hanya datang sekali. Kalau tidak GRAB awal-awal nanti menyesal. Kan? Kan?

Hari ni punya kerja pun tak banyak macam semalam dan kelmarin. Serius memang sibuk betul dua hari lepas. Sampai macam takda masa nak rehat tapi saya ambil juga masa untuk rehat. Invoice bertimbun perlu disusun bagi memudahkan membuat akaun nanti. Pening kepala aku rasa macam nak pegi Penang jek nak hilangkan pening. HUHU. Merepek dah macam biasa.

UPDATED: Saya telah memberitahu bos yang saya akan berhenti kerja untuk pergi kahwin. Eh, gatal lagi. HAHA. Serius plis. Dah bagi tahu tadi dan tiba-tiba menjadi sangat terharu macam tak nak berhenti kerja. Kenapa saya terharu. Mari kita baca, apa yang bos telah puji pada saya sampaikan saya begitu terharu sekali.

  • Bos cakap saya seorang yang quick learner. Ye, cepat belajar. Sebab saya dapat membuat setiap arahan dia dari bentuk percakapan kepada bentuk perbuatan. Dia arah, saya buat. Tanpa sebarang kompromi. Ceh, padahal dalam hati aku memberontak time dia banyak songeh. Mana dia tau.
  • Dia cakap, kalau nak bandingkan saya dengan worker lama dia sangat jauh beza. Saya boleh membuat kerja dengan sendiri tanpa bimbingan dia tetapi budak itu..err, saya tak tahu nak sambung macam mana. Tolonglah isikan tempat kosong ye.
  • Dia cakap lagi, sejak saya bekerja di sini, dia tidak susah hati untuk meninggalkan dunia ofis untuk ke outstation atau makan angin sebab saya pandai handle situasi dan pandai ambil note. Padahal, time dia takda saya berlagak macam sayalah bos di sini. HAHA.
Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis. Sebab nanti orang cakap aku ni masuk bakul angkat sendiri. HUHU. Kalau tak percaya, pergi tanya Miss Yap atau Mr Aw. KAHKAHKAH.

Kembang sekejap aku. Kembang semangkuk.

KHAMIS

Saya masih akan bekerja. Tapi mood untuk blog mungkin telah ditewaskan oleh mood untuk berkahwin. Eh eh silap. Mood kenduri kahwin. Fikiran pun pasti sudah menerawang entah ke mana, hanya jasad saja yang berada di pejabat. Tapi minda, fikiran semua sudah dicampakkan di kampung bersama-sama beg-beg baju semua. HAHA. Gila lah minah ni, teruja sungguh. Mana tak teruja, kakak nak kawen. Kena ambil berkat. Mudah-mudahan lepas ni saya pulak. KAHKAHKAHGATALKAHKAH.

Kakak pun dah dok mesej je ni, bila mahu pulang. Dia tengah risau tu takot nak naik pelamin. HAHA. Takda geng nak gosip-gosip atau mintak tips. Nak mintak pandangan dari sudut seorang yang tak berapa profesional tapi tetap ada taste. HEHEHE.

JUMAAT

Saya cuti. OFF. Takda kerja. Tak masuk office. Majlis bercukur jambul akan diadakan pada hari ini untuk anak kakak saya yang lagi seorang. Aih, biasalah orang ramai kakak kan. Nak buat macam mana. Majlis akan diadakan secara sederhana, takdalah meriah sangat pun. Diikuti dengan majlis berzanzi dan bacaan yassin.

Malam berinai tidak akan dibuat kerana kakak saya tidak mahu. Dan kami akan berinai secara sendiri. Kami-kami saja.

SABTU

Majlis akad nikah akan dilakukan pada pagi Sabtu. Sekitar 9 pagi. Dan majlis makan untuk tetamu akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 5 petang. Itu sahaja serba sedikit mengenai perjalanan majlis.

Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Entry hari Ahad malas nak buat. Seperti biasa, ditamatkan dalam keadaan tergantung. Penat sudah menaip.

Pelamin Anganku Musnah - Azie.

Kan aku dah kata, entry 5 dlm 1. Panjang berjela. Kau yang degil tak nak dengar. Kan dah pinar-pinar mata. KAHKAHKAH. PADANMUKE

**banyak gila gambar untuk entry kali nih. Siap letak gambar pakai baju tidur lagi. Memang tak boleh blah. HAHA.

Ah Keng dan Handphonenya

Sila ambil perhatian. Entry ini merupakan entry yang dibuat dalam masa tak sampai 1 jam. Jika anda mudah berasa bosan, saya nasihatkan supaya skip dari membaca entry ini kerana ia hanyalah karutan dari tukang karut yang tak pandai mengarut sebenarnya tapi nak tunjuk terror kat dalam blog. Dulu nak jadi tukang karut dikir barat tak lepas sebab tak pandai cakap ikut dialek kelantan. HAHA. Comel betul kena rejek macam tu.

Hari ini saya ingin membawa anda semua ke satu dunia yang membuatkan anda boleh berfantasi secara hebat bukan seperti akademi fantasia yang membuat transformasi tak jadi. Err, kena sue padan muka aku. Sori, aku memang takda minat AF. Sesiapa yang kipas-susah-mati AF tu, banyak sori lah ye. HEHE.



Mula-mula sekali, saya ingin membawa anda ke dunia yang melibatkan gambar di atas ini. Anda perhatikan dengan betul, apa yang peliknya di situ. Tidak payah menjulingkan mata, kerana ia amatlah jelas melainkan anda memakai spec hitam di dalam bilik yang gelap. Erk?! Kau gila apa. Apa yang korang rasa? Rasa nak pukul? Nak makan? Nak nangis? Nak belasah? Nak kentut? Semua perasaan bercampur baur bukan? Begitu juga aku. 1st time nampak sign board ni, memang seriesli aku gelak sampai nak pecah perut. Mak cik aku siap boleh buat dialog lagi.

Ah Keng, sini sekejap. Ni,wa punya handphone mau cakap sama lu. Dia mau angkat wang.
Sambil menunjukkan handphone ke arah muka Ah Keng.

HAHAHA. Handphone boleh meminjam wang. Adoi, saket perot aku. Cubalah buat ayat yang proper sikit ataupun tanya sesiapa yang tahu menggunakan bahasa melayu dengan betul. Menjahanamkan bahasa betullah. Pandai-pandailah kau orang komen, aku dah tak tau nak kata apa. Nak pengsan kat situ pun ada jugak.

Cuba korang berfantasi. Macam mana agaknya kalau handphone boleh meminjam wang? Silalah bayangkan. Indah sungguh dunia.

Fantasia Bulan Madu.


Hero Remaja tua

Sesi ber'diet' makan roti pada waktu tengah hari untuk hari ini secara automatiknya gagal 100%. Ya, GAGAL. Sebab apa, sebab gerai depan office tu tutup sempena cuti sekolah meraikan anak dia takda sekolah selama 2 minggu. Hampa gila sangat down sebab hasrat di hati hanya mahu minum sekotak susu HL Plain bersama-sama roti Gardenia Butterscotch. Tapi takda dapat sebab kedai tu tutuplah. Tak pasal-pasal pergi keluar makan membeli nasi putih bersama lauk asam pedas yang nyum nyum bersama-sama Ah Huat yang kebetulan mahu ke Affin Bank untuk mengambil dokumen. Tak pasal-pasal Ah Huat jadi hero dalam blog aku hari ni sebab berjaya menyelamatkan perut aku yang tiba-tiba lapar nak mati macam tak makan 30 hari 29 malam. Err, Ah Huat itu adalah abang kepada bos. Single lagi. Siapa mahu? Tapi sudah tua. HAHA. Haipp!!! Tak baik gelak-gelakkan orang. Cubit baru tau.

Hari memang seriesli sibuk. Tak sempat nak tayang muka kat blog orang. YM pun macam takda layan sangat. jawab pun nak tak nak je, sebab mak dah pesan. Tak baik menjawab cakap orang. HEHE. Situasi tak kena eh? Huu, takpalah.

Saya terlampau penat hari ni, kerja sangat bertimbun. Insya-Allah esok saya free, saya lepak-lepak sikit, kita borak macam biasa. Cehh. Siapa je yang selalu borak dengan saya, haha. Adalah sorang tuh. Dia je yang tahu. HAHA.

Nak smbung buat kerja. Take care everyone. Bye.





Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards