• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Cerita kawen 060609

Genap seminggu blog ni tidak disuap dengan entry-entry panjang berjela berciri syok sendiri. Dan genap seminggu jugalah blog ini akan ditinggalkan untuk julung-julung kalinya. Tak nak cerita pasal meninggalkan blog lagi. Sekarang ni nak cerita pasal wedding tempoh hari tetapi secara rawak saja. Before that, ada orang wish Selamat Pengantin Baru kepada saya. Err, maaflah anda tersalah orang. Yang berkahwin adalah orang lain iaitu kakak saya, bukan saya. Saya masih single and err available. Kot! T_________T

Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Dan saya tidak mahu bercerita panjang. Marilah sama-sama menatap gambar disepanjang majlis berlangsung.


Majlis pernikahan dan perkahwinan ni adalah antara Nuraini Abd Karim dan Maznan Mat Zin bukannya Nurul Ain ya. Harap maklum. Janganlah mengucapkan selamat pengantin baru kepada saya pulak. Terasa hati. Makan hati. Minum hati. Apatah lagi muka. Malu betul. HUHU. Mari kita memulakan cerita. Ready, on your mark, get set....GO!

Barang hantaran ini telah dibuat sendiri oleh mami. Takda tempah kat mana-mana. Semuanya hasil tangan Mami. Dari gubahan bunga, gubahan segala-galanyalah adalah hasil tangan mami sendiri dan emak. So, boleh jimat kos disitu. Cuma bayar untuk upah sajalah kan? HUHU. Saya paling suka sirih junjung. Cantik sangat.

Ada iras Siti Nurhaliza ke? Dia asyik sangat perasan. Bila orang dah mula puji mulalah kembang semangkuk. HAHA. Senyum sampai ke telinga dia punya lebar. By the way kak, you look so fabulous lah pakai baju kaler gold itu. Cantik sangatttt. Disolek oleh kakak ipar abang sulung saya sendiri. Dan package dia sangat berbaloi dan paling dikehendaki di sekitar Batu Pahat. Glamer lah senang cakap.

Romantik sungguh pengantin lelaki. Naik-naik pelamin je terus melutut bagi bunga pada kakak. So sweet. Yang kakak dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Sama cantik sama padan. Anak buah saya, Haikal dah sibuk tanya. Mak Lang bila nak dapat baby? HAHA. Budak-budak ni ingat lepas kawen boleh terus dapat baby ke? Adoi..Nak tegelak aku.

Sesi memotong kek. Sebenarnya takdalah gold pun, kuning yang semacam gold. Kakak saya ni nak sangat warna gold. Serba serbi pun dia nak warna tu. Dan kek itu memang sedap. Lauk pengantin juga sedap sampaikan pihak lelaki mintak tambah lauk. wth?? HAHA. Manada orang masak lauk pengantin banyak-banyak. KahKahKah. Demand aa mereka ni.

Ini pula sesi bergambar kami sekeluarga. Kami adik beradik sepakat memakai baju berwarna seakan-akan keemasan juga. Mengikut temalah katakan atas hajat si pengantin perempuan. Nampak tak aku kat mana? Carilah sendiri.

Secara keseluruhannya, majlis memang sangat meriah dan syukur sangat semua berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang sungguh baik. Beberapa fakta mengenai majlis perkahwinan:

  • Pihak pengantin lelaki menghantar 11 dulang berbalas 13 dari pihak perempuan yang mana barang hantaran lelaki dibuat sendiri oleh kakak saya, si pengantin perempuan.
  • Cenderamata kepada para tetamu adalah berupa jug kecil kepada kaum perempuan dan cawan kepada kaum lelaki. Manakala kanak-kanak mendapat sebungkus 'jajan' fully sponsored by my brother and me. Idea memberi jug kecil dan cawan kepada tetamu itu datang dari mami dan cu.
  • Sesi kemas-mengemas dilakukan oleh kami sekeluarga pada malam majlis itu juga menyebabkan kami keletihan sehingga terlajak subuh pada esok harinya. Malu sungguh. Nasib saya cuti-cuti Malaysia.
  • Sesi karaoke dimonopoli oleh bapa pengantin lelaki dengan menyanyikan 4 lagu in a row bersama adik pengantin lelaki yang menyanyikan 2 lagu in a a row. Bapak pengantin macam tak nak balik asyik sangat menyanyi.
Sekian saja berita dilaporkan oleh Nurul Ain dari Johor.

Ni nak bagi warning manja sikit lah. Korang jangan pandai-pandai pulak nak cakap lepas ni turn aku pulak yang kawen eh? Siapa yang cakap, aku gigit nanti. HAHA. Garang ni. Dan cerita yang lagi satu tu.

Meninggalkan blog? Yup, blog ini akan ditinggalkan oleh saya. Tapi kenapa pulak? Nantilah cerita. Tungguuu.

*dah macam joyah Melodi pulak*

15 comments:

ubey said...

haha. gle. ni ak x sbr nk kawen n. hahahha. xnk sanding xnk besar2 mjlis. nk honeymoon~

aduka said...

jom kawen!!!

hahahaha

=P

my name is Ain said...

Ubey

haha..gatal aa kau ni..

Aduka

err..ingt senang ke nak kawen?
haha..
boleh pakai jom2..
ingt jom heboh eh?
huhuhu

Misz_zana85 said...

Akak rasa gmbar y pengantin lelaki berlutut tu, mmg romantik..n muka ur sis mcm Ziana Zain plak..cantik nyer..:)

aFi said...

cantik...

pn-iena said...

berita padat dan sensasi!..muahha takot2 kena gigit ngan ain nanti... napa lak tinggal kan blog..huh sodih yer...

hanc said...

memang cantik... ^.^

dotblogspotdotkom said...

em ingat kan nurul ain.... ada peluang lagi la nih...a lalalalalalal

Adam said...

Selamat Pengatin Baru!

my name is Ain said...

Zana

huuu..Ziana Zain la pulak..haha..bertambah kembanglah die..

aFi

err..tenks --> kata kakak saya

Kak Iena

hehe..naseb tak tanye..kalau tak free jek kena gigit..huhu..erm..terpaksa meninggalkan dan ditinggalkan..huuu
saspens sket..

hanc

=)
macam adik die..
HAHAHA

pakcikdot

haha..selagi single selagi tu lah ade peluang..
tak single takde peluang lagi lah. huhu

adam

"time kasih!" kata kakak.
=)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

cantek nyer pengantin....
sampai dah tak boleh bukak mata ker?
hehehhehe....solekan kat mata nampak mcm berat jer....tp tetap lawa

Wai said...

wah kenduri kawin...... mesti meriah. pengantin cantik sgt... suka2... best2...
ain, ko x penat ke rewang?
cian ko kan....

ehem..... ko bila lak nih?

LaDy NaS said...

canteknya aunty dot!!!!!!! ops! akak aunty dot!!!!!!!!!!!!!!! nak jugak!

LaDy NaS said...

satu lagi. uncle dot mmg GATAI!

my name is Ain said...

Kak Yanie

solekan kt mata tu terlalu smokey..gelap tu yg nmpk mcm xbleh bukak..pd hal besar jek mata akak..hehe..

Wai

uhhh..penat gle aku rewang xyah ckp la..smpai skrg penat die masih ade lg..

ni ade yg nk kena cubit ni..nk kat mane? tgn aku kalo cubit org pedih tau..
hohoho

Nas

huuu..adik pengantin mmg xsecantik pengantin..huhu..

pak cik dot gatal? huuu..nk lari aa..nnt abes garu2 satu badan..hahaha

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards