• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Tindak Balas Kimia dlm Perasaan


The meeting of two personalities is like the contact of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed.

Carl Jung
Swiss psychologist (1875 - 1961)
Tertarik dengan quote kat atas ni. Pertemuan di antara dua personaliti adalah seperti pertembungan di antara dua bahan kimia, jika terdapat sebarang reaksi, maka ia akan berubah menjadi sesuatu sebatian yang baru. Err, dah lama tidak belajar kimia, sudah lupa bagaimana mahu membuat ayat-ayat kimia.

Tiba-tiba tergerak hati nak buat entry berkaitan quote kat atas nun. Ada benarnya di situ. Jika mahu mencari pasangan yang serasi, banyak eksperimen perlu dilakukan. Bukan eksperimen bukan-bukan eh. Cubit nanti baru tau. Dalam hubungan perlu ada tindak balas dari segi perasaan. Kalau takda tindak balas tu yang jadi kes bertepuk sebelah tangan. Macam mana nak bunyi kalau tepuk sebelah tangan lainlah kau tepuk dahi ke, tepuk dada tanya selera ke lainlah.

Hari ni takda isu peribadi yang akan dihebahkan. Sesekali kena jugak buat entry yang lain kan? Takkan semalam masak asam pedas ayam dengan sayur kangkung goreng pun nak bagitahu sampai cukup satu entry panjang berjela kan? Sesekali kena ubah selera jugak. Tak salah.

Bagi saya, nak menjalinkan hubungan yang serius bukanlah sesuatu yang mudah. Macam dalam quote tu, perlu ada tindak balas secara kimia. Secara kimia yang dimaksudkan adalah dari segi persefahaman, kematangan, pergaulan, macam-macam lagi lah. Bagi situasi saya pula berbeza. Saya memerlukan pasangan saya tu cukup memahami siapa saya, macam mana keadaan saya, dan tidak akan mengungkitkan perkara yang membuatkan saya sedih. Katanya hari ni nak sehidup semati, tapi bila timbul masalah, semua isu akan dibangkit, diungkit sehingga menguuris perasaan. Ya, saya juga seorang wanita yang bukan mudah untuk memaafkan sesebuah kesilapan yang dilakukan secara sengaja tanpa kewarasan yang dikuasai oleh minda dan nafsu yang diluar kawal.

Jadi tidak hairan lah sekiranya sehingga sekarang saya masih seperti ini. Mencari bahan kimia yang sesuai supaya kelak pabila berlaku reaksi atau tindak balas kimia, tidak akan mencederakan sesiapa malah sebatian tersebut amat berguna dan boleh dimanfaatkan. Eceh, no double meaning kat sini eh. Straight je tau, jangan fikir lain.

Nak mencari kehiduapan bersama pasangan yang menjanjikan sesuatu yang boleh membuatkan jiwa seorang wanita di awang-awangan bukannya mudah. Mungkin secara lisannya memang senang. Lihat saja disekeliling. Masa bercinta bukan main lagi. Lautan api pun sanggup direnangi, kentut busuk pun boleh kata wangi kalah DKNY. Tapi bila masalah timbul? Kentut tak bau pun cakapnya macam busuk sangat. Pakai baju kurung pun katanya selekeh. Bagaimanapula dengan tindakan? Ada pepatah inggeris mengatakan "Action speaks louder than words". Tapi boleh pakai lagi ke? Sekarang ni lebih ramai yang kaki temberang, kuat kelentong, apa lagi. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Semua sama saja.

Makanya, janganlah dipaksa perasaan tu untuk menyukai seseorang yang anda rasakan anda tidak layak atau tidak mampu untuk membalas perasaannya semula. Berterus terang adalah jalan yang paling selamat. Dan ambil langkah berkawan terlebih dahulu, kenali hati budi masing-masing. Bila dah dapat rasakan ada tindakan kimia, barulah proceed step yang seterusnya. Ye dak?

Panjang dah bebel soal tindak balas dalam perasaan. So, lepas ni janganlah pulak ada yang saja-saja tanya "Ain bila lagi?" Memang ada yang nak kena cubitan free. Jawapannya amat mudah, dan hanya saya saja yang tahu apakah jawapan dan jalan penyelesaiannya. Ada faham? HAHA.

Kalau tak paham, silalah ulang entry ni sampai 10 kali kasi faham.

Soalan saya kepada yang bertanya kepada saya, "Ain bila lagi?" tu, haaa. Korang bila pulak? Sibuk tanya aku.


10 comments:

ubey said...

hahaha. aku sanggup dicubit manje ko. huu. soal cinta dan perasaan. totally unexpected

DilOt said...

bab2 cinte...ni dilot tak geti sgt...

tp kalau dilot nak terime seseorg tu..bukan stakat terus terime je...asal bg ayat manis je kite dh cair..

kene periksa dl..cube kawan dgn die...tgk sejauh mane keserasian tu ada...

dotblogspotdotkom said...

ain bila lagi....emm tunggu pakcik yee...huhuhuhu memang tak menahan

kalau lepas kene cubit...boleh kapel dgn ain ke?....huhuhuhu lalalalalalal

pn-iena said...

selagi tak sehidup sebumbung selagi tu lah tercari2 keserasian.. nati dah berumahtangga baru tahu ertinya..

my name is Ain said...

Ubey

huu..gatal eh, nk cubit2 manje..akukalo cubit mmg bebekas..nk ke rasa?cubit manja blum try lg..lalala~

yup, love is unpredictable..

Dilot

erk? dia tu sape? haha..mana de..

pakcikdot

hoho..ni lg sorg gatal..dah la nk cubit, pastu mntk kapel lak..haha..

Kak Iena

huuu..tu la..so, kena test ddk sebumbung ke?
kah3..
ade yg nk kena rotan nih.. bek cabut dlu..

wanirani said...

ni entry yg mbuatkan aku kene berfikir ni. huhu~

ain aku nak kawen..hehehe

azizan4444 said...

ad gak ek tindak balas kimia dlm perasaan?huuu
ngatkn dalam iktan kimia je..mase skolah dulu bnyk blaja bnda nih..hik3

my name is Ain said...

wanirani

wanirani!!!
is it for real???
wow, kalo betol, i'm soooo happy for u..congratulations!!!

Azizan

erk..ada..tu yg Encik Carl Jung ckp tuh..haha
ada blaja gak, tp seriesly sume dh lupe..yg ingt h2o..haha

~Insan Biasa~ said...

nice entry la Ain....

my name is Ain said...

Insan Biasa

thanx..
=)

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards