• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

5 in 1 : Gambar aku pakai baju cantik, baju tidur dan dot dot dot

Hari ini punya entry adalah bersamaan dengan 5 hari akan datang punya entry. Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. 5 hari digabungkan menjadi satu. 5 in 1. Macam Super Power perisa coklat pulak. HEHE. Jadi, korang boleh baca ikut perenggan. Perenggan pertama baca untuk hari ini. Perenggan berikutnya untuk hari-hari seterunya. Takdalah terasa panjang sangat nanti kan? Habit memblog dengan panjang telah datang kembali. Untuk entry hari ini Entry 5 dalam 1. Seperti sedia maklum, Sabtu ini adalah majlis kahwin kakak saya yang akan dilangsungkan di Johor tanah airku. Err, rakan-rakan yang berkesempatan mahu hadir, silalah datang anda dijemput. Sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu dan alamat rumah akan diberikan kemudian. Atas sebab-sebab keselamatan, alamat rumah tidak boleh diletakkan di sini. Err, baca entry lepas berkaitan fobia. Pasti akan tahu kenapa.Harap maklum.

SELASA

Semalam merupakan sesi memasang pelamin. Pelamin tersebut sangat berciri di raja kerana berwarna kuning keemasan. Macam oren pun ada jugak. Kami hanya memerhatikan saja abang-abang separuh lembut tu memasang tirai dan menukul paku. Takdalah lembut sangat. Masih nampak gagah lagi, cuma kalau tengok gayanya adalah sedikit. Seronok sangat sampai rasa macam nak kawin jugak. HAHA. Kan dah gatal dah. Tak nak komen banyak bab ni. Mari kita sambung bercerita.

Tersebutlah kisahhhhh....

Suasana majlis sudah semakin hangat dan membara orang kata. Tapi saya tak kata, sebab bagi saya suasana sangat meriah. Takda panas dan hangat pun. Mulai esok, sanak saudara yang jauh di perantauan akan mula pulang ke tanah air terutama mak cik dan kakak saya yang menetap di Singapura. Saudara yang di Melaka akan pulang pada hari Jumaat. Yang di Kuala Lumpur (pengantin sendiri) akan pulang hari ini. Dan yang selebihnya memang menetap di sekitar kawasan Johor. Keluarga kami memang besar, jadi kalau ada apa-apa majlis memang sangat meriah. Seronok sangat i tell you. Tak terkata.

Ni sesi bergambar selepas semua tugas diselelsaikan. Mak cik aku dua orang ni sebok nak bergambar macam budak-budak zaman sekarang. Aku layankan ajek. HAHA. Saket perot layan kerenah diorang dua nih.
Selepas sesi memasang pelamin adalah sesi membungkus buah tangan untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Err, buah tangan lah. Sumpah seronok sangat sambil nyanyi lagu apa entah yang mami dan cu je yang tahu. Kami generasi yang muda hanya terpinga-pinga tak tahu macam masuk program Jangan Lupa Lirik Versi Lagu Kanak-kanak. Terpinga-pinga, nak guna talian hayat, suma sudah habis digunakan ketika menyanyikan lagu Anank Itik Tok Wi. Tau tak macam mana lagu ni? Haa, pergi cari sendiri. Aku hafal lirik buatan sendiri jek. HAHA.

Ni aktiviti membeli belah barang-barang untuk jadikan buah tangan beberapa hari sebelumnya. Sangat mentensionkan. Tapi proses membungkus siap dalam masa 1 jam sahaja. Seronok sangat sampai buat kerja pun laju. Serta merta hilang tension.

Ni saya bersama sepupu, Aisyah. Kami konon bergambar macam pasangan pengantin baru la. Geli plak aku tengok. Dah la pakai baju tidur. Gelak sampai tertutup mata. Ketawa tak ingat dunia. HAHA. Kami bukan lesbo ok. Kami kamceng.

RABU

Dalam pada seronok tu, hari ini saya akan menyampaikan berita buruk lagi sedih kepada bos. Dari semalam nak cakap, tapi macam sangat scary lah pulak. Habis ketar lutut kaki, siku, mulut semua. Saya akan memberitahu kepada beliau bahawa saya akan meletakkan jawatan. Err, mungkin akan menamatkan perkhidmatan selewat-lewatnya 18 Jun. Sedih tu adalah jugak. Tapi hidup mesti diteruskan dan peluang yang ada perlu di GRAB. Peluang dalam hidup hanya datang sekali. Kalau tidak GRAB awal-awal nanti menyesal. Kan? Kan?

Hari ni punya kerja pun tak banyak macam semalam dan kelmarin. Serius memang sibuk betul dua hari lepas. Sampai macam takda masa nak rehat tapi saya ambil juga masa untuk rehat. Invoice bertimbun perlu disusun bagi memudahkan membuat akaun nanti. Pening kepala aku rasa macam nak pegi Penang jek nak hilangkan pening. HUHU. Merepek dah macam biasa.

UPDATED: Saya telah memberitahu bos yang saya akan berhenti kerja untuk pergi kahwin. Eh, gatal lagi. HAHA. Serius plis. Dah bagi tahu tadi dan tiba-tiba menjadi sangat terharu macam tak nak berhenti kerja. Kenapa saya terharu. Mari kita baca, apa yang bos telah puji pada saya sampaikan saya begitu terharu sekali.

  • Bos cakap saya seorang yang quick learner. Ye, cepat belajar. Sebab saya dapat membuat setiap arahan dia dari bentuk percakapan kepada bentuk perbuatan. Dia arah, saya buat. Tanpa sebarang kompromi. Ceh, padahal dalam hati aku memberontak time dia banyak songeh. Mana dia tau.
  • Dia cakap, kalau nak bandingkan saya dengan worker lama dia sangat jauh beza. Saya boleh membuat kerja dengan sendiri tanpa bimbingan dia tetapi budak itu..err, saya tak tahu nak sambung macam mana. Tolonglah isikan tempat kosong ye.
  • Dia cakap lagi, sejak saya bekerja di sini, dia tidak susah hati untuk meninggalkan dunia ofis untuk ke outstation atau makan angin sebab saya pandai handle situasi dan pandai ambil note. Padahal, time dia takda saya berlagak macam sayalah bos di sini. HAHA.
Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis. Sebab nanti orang cakap aku ni masuk bakul angkat sendiri. HUHU. Kalau tak percaya, pergi tanya Miss Yap atau Mr Aw. KAHKAHKAH.

Kembang sekejap aku. Kembang semangkuk.

KHAMIS

Saya masih akan bekerja. Tapi mood untuk blog mungkin telah ditewaskan oleh mood untuk berkahwin. Eh eh silap. Mood kenduri kahwin. Fikiran pun pasti sudah menerawang entah ke mana, hanya jasad saja yang berada di pejabat. Tapi minda, fikiran semua sudah dicampakkan di kampung bersama-sama beg-beg baju semua. HAHA. Gila lah minah ni, teruja sungguh. Mana tak teruja, kakak nak kawen. Kena ambil berkat. Mudah-mudahan lepas ni saya pulak. KAHKAHKAHGATALKAHKAH.

Kakak pun dah dok mesej je ni, bila mahu pulang. Dia tengah risau tu takot nak naik pelamin. HAHA. Takda geng nak gosip-gosip atau mintak tips. Nak mintak pandangan dari sudut seorang yang tak berapa profesional tapi tetap ada taste. HEHEHE.

JUMAAT

Saya cuti. OFF. Takda kerja. Tak masuk office. Majlis bercukur jambul akan diadakan pada hari ini untuk anak kakak saya yang lagi seorang. Aih, biasalah orang ramai kakak kan. Nak buat macam mana. Majlis akan diadakan secara sederhana, takdalah meriah sangat pun. Diikuti dengan majlis berzanzi dan bacaan yassin.

Malam berinai tidak akan dibuat kerana kakak saya tidak mahu. Dan kami akan berinai secara sendiri. Kami-kami saja.

SABTU

Majlis akad nikah akan dilakukan pada pagi Sabtu. Sekitar 9 pagi. Dan majlis makan untuk tetamu akan bermula pada jam 11 pagi sehingga 5 petang. Itu sahaja serba sedikit mengenai perjalanan majlis.

Harap-harap segalanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Entry hari Ahad malas nak buat. Seperti biasa, ditamatkan dalam keadaan tergantung. Penat sudah menaip.

Pelamin Anganku Musnah - Azie.

Kan aku dah kata, entry 5 dlm 1. Panjang berjela. Kau yang degil tak nak dengar. Kan dah pinar-pinar mata. KAHKAHKAH. PADANMUKE

**banyak gila gambar untuk entry kali nih. Siap letak gambar pakai baju tidur lagi. Memang tak boleh blah. HAHA.

22 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ingat majlis kawen kamu.....rupanye kakak nye..

ada harapan lagi la nih...huhuhuuhuhuh

Liyana Lunia said...

haha ain panjang la, betul ni mcm kagum dgn ain ni tauu, cubit kang ha.

er soalan cepumas yang takkan benti di tanya, bila ain plk nk kawin? bhahahaha

er ain benti keje?

said...

time hari nak kenduri kawin paling best
semua nye cantek kan dik....

kim salam kat abang eh...hahah

my name is Ain said...

pakcikdot

huuu, peluang masih terbuka luas. KAKAKAh

Ynn

kalau boleh esok jugak nak kawen.. HAHAHAGATAL..

aah, nk kena pegi kursus..kursus kawen..kaka

Kak Yanie

aah, sume cantik..sy pun cantik gak.. haha..

hehe..insya-Allah..
=)

Tihara said...

ain..wat la en3 utk sebulan..30 n 1..wow

my name is Ain said...

Kak Tiha

huhu..melampau tuh..30 dlm 1..da mcm novel pulak..

perli ke kak? huuu

nurulshima said...

sexyla pakai baju tido :) bestnye kawen..

pn-iena said...

semua orang happy sakan dlm gambr2 ni..
moga Ain ikut jejak kakak tu menggapai pelamin bhgia... eheheh kim salam kakak yer 'selamat pengantin baru..'

my name is Ain said...

Ronnie

huhu..naseb bukan yg seksa pnye..
cm best je kn kawen..jom kawen! haha

Kak Iena

huuu..
kami mmg happy pun..
err, mudah2an..lambat laun akan tiba juga saat tu..

ye, insya-Allah..

Admin said...

huhu. terhibur bace entri ni. xtau nk komen part mane satu beb. cume nk tye adakah aisyah will be around?

my name is Ain said...

Ubey

hehe..
aiyah? ada2..kitorg akan berada bersama2 di majlis tu utk memeriahkan lg suasana..huhu..
dun worry, nnt update siap pic die skali..kah3

Cikgu Ije said...

bestnya kumpul ramai2 majlis kawin gini. kan?

my name is Ain said...

ije

aah..sonok je dpt kumpul sume orang..

DilOt said...

bestnye kawen..haha..mcm dh tak sabar lak..relaks2...

time kawen ni la kite dpt kumpul semue...kalau tak mmg payah gakla nak kumpul semua sdare mare...

pZah said...

waa best2!

mmg best.. mmg best..

cuba bygkn setiap detik2 dlm entri edisi

bumper ni..hehe

slamat pgantin baru ain !

erk slp! kakak ain la..=p

~sedey lak sbb aku xde kakak..uhhu

Cik Jannah said...

punya pjg n3 dia..da tahu dah~
hik3..
selamat pengantin br to ur sis dear..
afta nie ur turn lak.
hik3..

kamo benti keje da ke?
dpt kje lg best ya?

Anonymous said...

Maaf mencelah.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

View Profil: Rantong™

my name is Ain said...

Dilot

yup..betol3..
=)

pZah

huhu..xpe, bleh cr kakak angkat..kah3

Jannah

belum benti lagi..18/19 ni last..bkn dpt keje, dpt g training..

Rantong

err..takpa..
mencelah dgn cara baik tidak akan diambil tindakan..hehe

nway, thanx a lot!

nurulshima said...

ain, jom a kawen, geram a tgk brg2 kawen..hahah..

zulfitry.com said...

wah...akaknya kahwin?
adik bila lagi?
adakah esok,lusa ataupun tahun2 yang kan mendatang..nasi minyak ko akan menjadi santapan ku..hehehe...

my name is Ain said...

Ronnie

jom kawen?haha..nk kawen ngan sape..belom ade calon..

Zulfitry

hoo..adik lmbt lg..abg pn blom kawen..

Anonymous said...

hoi...pela...pnt aq amik gambo...
p x de pon gmbo aq....
bbon btol...
aum...
(acik kiut)

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards