Bila masuk tahun baru, semu orang tak akan ketinggalan buat azam baru. Saya pun sibuk jugak nak buat azam. Tapi azam saya tetap sama. Saya tak mahu cerita azam baru untuk tahun baru. Saya nak cerita azam lama untuk tahun baru. Iaitu azam yang tak terlaksana.
Tapi sebelum tu, kenapa perlu ada azam bila masuk tahun baru. Kenapa mesti tahun baru? Bukan ke tiap-tiap hari pun kena pasang azam? Maka, azam tahun lepas saya di bawah ni akan saya jadikan azam setiap hari sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang.
Ini azam saya untuk tahun lepas.
Azam Tahun Baru Islam 1430 H
1. Menjadi hamba Allah yang bertakwa yang berguna kepada agama dan bangsa.
2. Menjadi anak yang solehah dan patuh kepada orang tua.
3. Nak Khatam Quran lagi tahun ni.
4. Kalau diberi kesihatan yang baik, nak perbanyakkan ibadat puasa.
5. Elakkan sifat mazmumah seperti boros, penipu, dll (kawan syaitan oo..tanak aku jadi kawan syaitan).
Azam Tahun Baru 2009Jadi, untuk tahun ni pun samalah. Sebab semua yang kat atas tu belum terlaksana sepenuhnya. Nak khatam Qur'an pun tak khatam-khatam lagi. Cuma nak tambah lagi satu, nak bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh, boleh simpan duit untuk kahwin. Kahwin?? Emm.. K.I.V dulu.
1. Menjadi manusia yang berguna kepada negara (tanak jadi sampah masyarakat).
2. Dengar kata mak bapak and ubah perangai (aku ni suka melawan sikit n suka loyar buruk ngan diorang).
3. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (komik Shin Chan, Naruto, Doremon) sebaliknya banyakkan membaca bahan yang berfaedah (Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga dll).
4. Nak pergi exercise class. Tapi rasanya better buat sendiri kat rumah .Tak payah membazir duit nak bayar fee.
5. Kena rajin simpan duit jangan tau buang duit je.
6. Tingkatkan usaha supaya apa yang dirancang dapat dicapai.
7. Semua azam di atas dilaksanakan (jangan main cakap je..)
Saya dah tulis besar-besar tampal dalam diari dan dinding bilik dekat rumah nanti. Barulah semangat nak laksanakan azam baru.
Selamat Tahun Baru. Selamat Berhijrah Ke Arah Kebaikan. Babai.
p/s: tiba-tiba rasa sentap semacam. Ada orang suka-suka nak kongkong pergerakan I and semua perbuatan I padahal dia adalah NOBODY pun. Sejak bila aku jadi awek dia? Huh~
14 comments:
sape sape yg menyentap kau!! hooho..ain, its also happen to me..but, skang da over!!!
hui..azam penting dowh..laksana ker tak blakang citer!!itu impian namanya..haha
azam tahun baru saya ialah menjadi seorang guru tetap. hoho.
salam. Setiap orang mesti mempunyai impian dan harapan. Sebab tu kita buat azam. Huhuhu... Saya pulak baru tahun ni ada azam/impian. Tahun-tahun lepas tak pernah target apa-apa pun. Hehehe...
salam...
betul gak erk...naper kalau tahun baru citer bab azam.....patutnya sentiasa dengan azam sepanjang idup kita...
aper kata ostad...."ISTIQAMAH"
moga azam cik yg no 2 tu berterusan...
yang baik antara yang terbaik...
amin..semoga terlaksana azam2 tu ye dik...
semua org mesti ada azam baru ada matlamat hidup..kalo tak mcm kosong dan ke hadapan je
pok cik x de azam pun sepanjang idup, azam nak idup aman jerk..
Mye
u already knew who's that person.. aku mls nk layan da..huhu
Sarah
yup..btol tu..tanpa angan2 impian xkn jd kenyataan..
Lady Nass
ye, moga2 impian terlaksana..amin~
ayisy
bagus la mcm tu..at least ada perubahan.. jdkn impian tu satu kenyataan ye? hehe..
Pak long
terima kasih.. syukran jazilan..amin~
asha
thanx sis..amin....
Mr Asian
at least kena ada.. bru nampak hidup tu ada matlamat..
Post a Comment