Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.
Kejap, nak berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku. Sebab dah lama tak nyanyi. So, sempena Merdeka ke 52 ni nak bagi special sikit lah.
*2 minit*
Okeh. Berpeluh-peluh menyanyi. Cuma pitching tu tak sempat nak kejar la. Nasib takda orang dengar. Kalau tak mesti dia suruh masuk kelas vokal. HAHA. Gelak lah kalau nak.
Dah 52 tahun negara kita merdeka. Tapi sedar tak wahai rakyat Malaysia bahawa ramai lagi antara kita yang mindanya masih belum merdeka. Minda merdeka ni kita boleh bahagikan kepada beberapa cabang. Tapi aku tak nak cakap berapa cabang dia sebab takot nanti orang cakaplidah aku bercabang pulak. HEHE.
Sempena merdeka ni nak la bagi ucapan sikit. PM bagi ucapan kat TV, aku bagi ucapan kat blog la. Korang tak nak baca takpa,tolong skip perenggan berikutnya dan proceed kepada perenggan lagi satu. Sebab aku bet korang akan takot baca perenggan tu.
Sempena dengan Kemerdekaan yang ke 52 ni, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan diri dari dibelenggu jajahan luar. Eceh. Saya amat-amat berharap agar negara Malaysia akan terus aman dan makmur tanpa gelaja rasuah, rusuhan jalanan, pembunuhan berlueluasa, keganasan ah long, ah ngah, ah chik, dan sebagainya, dan bebas dari kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah. Sila sekat kedatangan mereka. HUHU. Dengan harapan, supaya jenayah di Malaysia dapat dikurangkan dan prestasi perkhidmatan di Malaysia semakin meningkat. Sekian. HEHE.
Okeh. Perenggan ni boleh baca. Sila jangan skip. Penting. Terpulang kepada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Tapi sebagai umat Islam, aku menganggap video ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam dengan tujuan untuk memesongkan akidah barangkali. Jadi sebagai umat Islam, ambil peluang bersempena bulan Ramadhan ni, perbanyakkan amal kebaikan, amal ibadah dan segala amal supaya boleh di bawa bekal di hari kemudian.
http://www.youtube.com/watch?v=XAtgPaggeTM&feature=related
link yang lain pun boleh tengok. Cari la dekat related videos ok.
p/s : buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana yang baik di ambil untuk dijadikan tauladan. Bukan bermaksud nak kata video ni semua betul. Tapi sebagai peringataan kepada kita umat Islam. Kalau Allah nak bagi kiamat tak payah tunggu sampai 21.12.2012. Esok pun boleh. Kan? So, pikir-pikirkan dan renung-renungkanlah. Sama-sama tingkatkan amal.
21 . 12 . 2012 .
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
5 comments:
saya dah baca buku NOSTRADAMUS tu...
ramalannya berdasarkan metafizik..
semuga kita bersedia dengan ancaman demi ancaman seterusnya kalau masih lupa.......
salam merdeka.
aku ingat tu ko nak britau tarikh kawen ko. hehe
cikgu jinggo,
huu.. betol.. kena sentiasa bersedia..
=)
wanirani,
erk.. tolong aku bg calon 1. lepas tu aku terus announce tarikh kawen.. HAHAH
ade juge ramalan mengatakan kiamat berlaku pada 40 tahun akan datang..kalau tengok politik kat negara kita ni mcm dah nak kiamat je..tuuuttttt..sensored
Post a Comment