• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Bila sunyi, kita selalu buat.....


Salam sejahtera semua. Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Maklumlah sekarang ni musim sakit terutama sekali batuk, selsema dan demam. Kalau anda ada salah satu penyakit ni, cepat-cepatlah mara ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Tak takut ke dengan H1N1? Tak takut ke kehilangan ahli keluarga dan orang yang tersayang. Ehem..Ehem..

Dulu masa sekolah, ingat lagi ustazah pernah cakap. Bila dunia nak akhir zaman, salah satu petanda adalah penyakit tersebar melalui udara. Cuba kalian ingat balik. Berapa jenis penyakit yang dah tersebar memalui udara setakat ni? Yang paling saya ingat adalah SARS dan yang terbaru adalah H1N1. Takut kan kawan-kawan? Sebagai salah seorang umat Islam, rasanya tak salah kalau kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain kan? Dan mengingati kematian dan hari akhirat itu adalah perkara yang baik.

Okeh. Kita tinggalkan cerita berkaitan H1N1 tu dulu. Sebab saya ada topik hangat yang ingin dibincangkan. Nak kata hangat sampai menggelegak tu takdalah, tapi hangat-hangat tahi ayam ye lah kot. Macam biasa, ayat tak berapa boleh pakai.

Siapa yang pernah berasa sunyi? Sila angkat keyboard anda. Tak nak mengaku pun takpa. Itu hak anda. Tapi saya nak mengaku, saya pernah berasa sunyi. Dan boleh dikatakan kerap jugak. Sebelum berceloteh panjang, apa maksud sunyi sebenarnya? Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:
sunyi

Sunyi

1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan);

2.
sunyi bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;

3.
sunyi menyunyi � menjadi sunyi (senyap, sepi);

4.
sunyi kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan.
Bila anda berasa sunyi, apa yang anda lakukan? Boleh kongsi dengan saya. Kali ini, saya nak berkongsi, apakah yang saya akan lakukan apabila saya berasa sunyi. Ingat, entry ini hanya suka-suka tiada niat terselindung atau apa. Sekadar suka-suka sebab tengah sunyi. HAHAHA.

  • Perkara yang paling kerap saya lakukan bila saya sunyi ialah dengan menonton filem atau drama bersiri. Dengan cara ini, saya akan dapat melupakan sekejap dunia sunyi saya tu dengan menyebokkan diri dengan mengambil tahu hal orang lain melalui menonton filem/ drama. Secara tak langsung, ingatan saya tidak akan tertumpu pada perkataan S.U.N.Y.I itu sahaja.
  • Selain itu, saya juga akan mendengar lagu-lagu lama, kira macam layan jiwang/ blues la. Pastu nyanyi sambil baringpbaring sampai tertidur. Terus hilang sunyi. Kan?
  • Terapi paling hebat untuk mengubat kesunyian adalah dengan menyibukkan diri dengan pergi membeli belah. Tapi sebelum itu, pastikan anda mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan terapi tersebut. Jika tidak, bukan setakat tak dapat ubat kesunyian malah menambahkan kehampaan. Betol tak? Sebab tak dapat beli barang yang diharapkan.
  • Dalam waktu-waktu tertentu, saya boleh mencapai satu tahap yang boleh dikatakan tahap insafi diri sendiri atau motivasi diri. Dan pada masa tu juga, saya akan menitiskan air mata kerana mengingati bagaimana keadaan datuk dan nenek saya serta saudara mara yang telah kembali ke rahmatullah yang tinggal keseorangan di liang lahad. Tidakkah mereka berasa sunyi? Hakikatnya walaupun mereka bahagia di dunia masing-masing di sana, tapi saya tetap berfikir bahawa betapa sunyinya kita bila ditinggalkan keseorangan sebegitu. Bukan?

Ubat sunyi yang saya temui di internet adalah seperti ini.

Dan kalau boleh, saya akan cuba mengelak untuk berasa sunyi kerana bila sunyi macam-macam perkara saya akan fikir dan lakukan. Kalau yang positif tu baguslah. Tapi buatnya banyak yang negatif, lebih-lebih lagi makhluk bertanduk yang suka sangat menghasut hamba Allah tu ada disekeliling, tu yang timbulnya kes bunuh diri dan macam-macam lagi. Setuju tak?

Oleh itu, nasihat saya, jangan biarkan anda merasai apa itu kesunyian. Sebaliknya sibukkan diri anda dengan melakukan apa-apa saja perkara yang boleh membuat anda lupa kepada kesunyian. Macam belajar memasak ke, menjahit ke, mengemas ke, shopping ke. Okeh?

So, sekarang orang sunyi ni nak pergi tengok movie supaya dia takdalah rasa sunyi sangat sebab roomate dia cuti konvo selama 1week dan member bising dia dalam kelas pun cuti konvo seminggu jugak. Memang mati kutulah jawabnya. HUHUHU.


p/s: ada sesiapa mau jadi partner tidur gua dalam masa 1week ni? Perempuan saja, ok. HAHA


2 comments:

DilOt said...

yup mmg betul ain..kalu kite sunyi sgt..mcm2 benda kite fikir...kalu yg buruk tu lgla..

bahaya sgt2...kalu yg baik xpela....

my name is Ain said...

dilot,

huuu..tau xpe.. ngeh3

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards