• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Janji Hari Khamis

Sebelum saya meneruskan entry yang dijanjikan, nak cakap something kat readers semua. HUHU. Terharu sebenarnya. Walaupun blog ni dah la tak best, kebanyakannya cerita merapu dan berunsur peribadi, pastu owner dia pun macam syok sendiri tapi still ada gak readers yang masih sudi menunggu entry baru daripada saya walaupun tahu sebenarnya menunggu entry baru adalah bersamaan dengan menunggu hujan emas di Malaysia. HAHA. Dan kepada followers baru, terima kasih banyak-banyak sudi follow blog tak berilmiah ni. Thanx ya.

Okeh. Marilah kita mulakan sesi menaip entry secara pukal kerana sekian lama tidak mengupdate blog. Sampaikan macam terlupa ada blog. HAHA. Dahsyat kan kawan-kawan? Sebelum tu nak ingatkan sedikit. Ceh seperti biasalah pesanan penaja lah katakan. Entry ni mungkin akan menjadi sedikit panjang. Boleh jadi juga lebih panjang. Sebab mengupdate secara pukal memang macam ni. Semua cerita mahu di masukkan di dalam satu entry. Orait, cukup sampai situ pesanan penaja tak boleh panjang-panjang. Anda semua dah ready, baik! Mari mula sekarang.

Edisi pertama adalah edisi bermain futsal.


Sepanjang berada di sini, baru saya tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai sedikit skill bermain futsal. HAHA. Sedikit ye kawan-kawan bukan banyak. Mungkin skill saya bukan terletak di kaki tapi di tangan. Erk? Saya telah melantik diri sendiri dan kawan-kawan untuk bermian futsal bagi mewakili company kami iaitu company 5. Hebat tak hebat tu tapi takda satu gol pun yang berjaya disumbat. Agak hampeh jugaklah sebenarnya. Tak tau la nak salahkan bola ke, padang ke atau orang tu sendiri. Hehe. Macam biasalah, salah sendiri tak mau ngaku. Tapi tengok gaya kat atas ni macam ada bakat ye tak? Erk,korang nilailah sendiri.

Edisi kedua iaitu bermain bola jaring selama 1 minit setengah sebagai pengganti.

Secara jujurnya, saya sudah lupa secara total bagaimana cara bermain bola jaring. Sebab dulu pun belajar main masa darjah 5.Tu pun jadi Goal Shooter. Manalah ade gerak sangat kan? Setakat duduk dalam kawasan D jek boleh la. Tiba-tiba duduk kat Senai ni kena pulak main jadi Goal Defend. Erk? Memang tak tau lah sebab bidan terjun. Yang pandai main dah injured, tinggal yang tak pandai main. So, terpaksalah main walaupun sebenarnya tak nak sebab nanti sendiri yang malu. HAHA. Jatuh la saham gua beb, nama je perempuan tapi tak tau main netball. Dah la ramai penonton tak kira jantina. HAHA.

At the end, walaupun tidak menyumbangkan apa-apa sebab dapat pengang bola sekali jek time game tu, rasa bangga tetap ada. Sebab group kami berjaya ke separuh peringkat akhir yang baru je berlangsung petang tadi. Dan esok akan berlangsung peringkat akhir.

Edisi ketiga iaitu sesi Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli di Gelang Patah


Untuk sesi khidmat masyarakat ini, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Antaranya ialah acara sukan. Percaya atau tidak, saya mewakili pihak GEMS untuk bermain tarik tali bagi kaum perempuan untuk bertanding bersama warga orang asli. HUHU. Payah memang payah sebab kumpulan kami diwakili oleh yang berbadan sekeping tapi mereka semua yang gagah-gagah belaka. At the end memang kami kalah. Tapi itu memang niat asal kami sebab kami mahu berikah hadiah tersebut kepada mereka. Seronok jugak sesekali buat kerja-kerja amal macam ni. Tolong bersihkan kawasan kampung mereka, kemaskan surau mereka dan macam-macam lagi kami buat. Dan yang pastinya kami seronok. Tengok aje gambar kat atas nun, siap boleh pose lagi. Apadaaa.

Edisi keempat iaitu team building di Desaru Golden Beach Hotel.


Untuk sesi team building, kali ini kami tidak disatukan dalam kumpulan yang sama sealiknya kami dicampurkan antara company. Maknanya dalam satu kumpulan, terdiri ahli dari company 1 hingga 8. Mula-mula memang rasa macam tak best tapi at the end, sebenarnya group kami agak best jugak apa. Sebab dapat anugerah tempat kedua kumpulan terbaik secara keseluruhan. Dan apa yang paling menarik adalah aktiviti lasak yang terpaksa kami buat. Memang seronok walaupun terpaksa berendam dala lumpur. Syok jugak sesekali mandi lumpur. Tapi serius lepas tu badan bau macam lembu. HAHA.

Semua halangan berjaya saya lalui, macam monkey rank, panjant tembok setinggi 12m, titi gantung, berenang merentasi tasik dan berkayak kecuali 1 je iaitu tarzan jump. Cuba banyak kali pun masih tak lepas. Dan setiap kali tak lepas akan masuk ke dalam lumpur. Apa yang seronoknya kami belajar betapa pentingnya teamwork dalam sesebuah kumpulan. Itu yang paling penting.

Rasanya setakat ni dulu. Khamis tetap Khamis walaupun dah malam. Biasalah kehidupan kat sini memang sibuk sikit. Jadi yang penting tu terpaksalah didulukan. Erm, tunggulah update lagi berkaitan Desaru lepas ni. Insya-Allah. Nak beransur dulu, mau mandi dan pergi dengar ceramah agama. Hari ni kan malam Jumaat. Ada aktiviti surau.

Till then, salam.

6 comments:

azizan4444 said...

lamenye men bola jaring tu..sempat ke peluh nk kua?hehe...

my name is Ain said...

Azizan


hehehe..lame gle kn? haha..
tp ptg td dapat la men utk full game pnye masa..sesak nafas, rasa mcmlubang idong xckup besar nk bernafas..huhu

pn-iena said...

wahh byknya aktiviti dia...dlm bertarik tali sempat posing gambr nya...ekekeke... meriah meriah

Atikah Hakita said...

wah byknyer aktiviti dia...seronok lah...dh lama sgt xbuat aktiviti mcm ni...

DilOt said...

dilot kalu bola jaring ke bola baling ke xgeti main..hehe...tp futsal slalu main ngan membe2 mase zaman degree dl..=)

my name is Ain said...

Kak Iena

heheh..tarik tali tu tarik la jugak..tp pose tetap pose..kekeke


Honey Bee

huhu..aah, best gle..


Dilot

huhu ye ke? ain x terrer sgt men futsal.. volleyball ok la.. hehe

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards