• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Apa Rahsia Hubungan Aku Dengan Josh Duhamel Sentiasa Kekal


Bukan senang sebenarnya nak berbicara mengenai cinta. Lebih-lebih lagi mendedahkan kekasih hati kepada orang ramai. Kalau jenis yang tak berapapandai nak malu mungkin mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan. Tapi bagaimana pula dengan aku? Lebih-lebih lagi mempunyai hubungan dengan jejaka kacak rebutan ramai malah terkenal di seluruh dunia. Siapa yang tak kenal dengan Josh Duhamel, memegang watak seorang kapten yang berkaliber di dalam filem hebat seperti Transformers. Ke masih tak kenal jugak? Kalau tak kenal takpa. Nasib aku lepas ni boleh simpan dia kat rumah. Kalau tak nanti orang kejar aku susah pulak.

Berapa lama kami telah berkasih-kasihan? Agak lama juga sebenarnya. Tak payah la digembar gemburkan kepada orang ramai. Cukuplah sekadar kami berdua sahaja yang tahu. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah ; bagaimana kami mengekalkan hubungan kami supaya kekal lama dan diharapkan ia berkekalan hingga ke akhir hayat. Terdapat 11 cara, yang mana cara ini kami ambil dari majalah Remaja. Jangan tak tahu, Josh Duhamel pun baca Remaja jugak.

Mari kita lihat kepada langkah-langkah yang telah dan sering kami lakukan sehingga sekarang.

  1. Jaga penampilan diri

  2. Penampilan diri adalah sangat penting dalam setiapperkara yang kita lakukan. Ini melambangkan keperibadian seseorang individu itu dan menunjukkan kasih sayang kepada diri sendiri. Sebelum menyayangi orang lain, adalah lebih baik kita menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

  3. Ikhlas dalam memulakan perhubungan

  4. Dalam menjalin hubungan, keikhlasan itu adalah sangat penting. Bila kita ikhlas, barulah sesebuah hubungan itu akan kekal lama. Tak percaya? Pergi tengok mak bapak kita yang dah lama kahwin. Hubungan mereka kekal sampai sekarang sebab mereka ikhlas. Dan mereka berkahwin bukan atas dasar pangkat atau harta benda.

  5. Sentiasa berfikiran positif

  6. Positif terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan. Jangan cemburu secara melulu. Contohnya seperti si kekasih tidak membalas mesej atau mengangkat panggilan telefon kamu. Mungkin ada alasannya yang tersendiri. Jangan melulu tuduh si kekasih mempunyai kekasih gelapku kerana sesiapa pun tidak suka apabila kesetiaan mereka diragui. Betul tak?

  7. Berikan pujian dengan ikhlas

  8. Perempuan sering kali dikaitan sebagai individu yang suka dipuji. Dan pagi tadi pun saya telah dipuji oleh seorang rakan lelaki yang mengatakan saya kelihatan cantik hari ini. Alamak. Nasib dia dah ada kekasih hati, kalau tak mau saya sambar. HAHA. Gurau. Tapi part puji tu memang betul. Sebab apa kami suka dipuji? Sebab kami kaum perempuan akan rasa lebih dihargai. Janganlah puji muka aku putih walaupun tau kulit aku hitam sebenarnya. Itu perli namanya. Dan pujian tu biarlah ikhlas. Jangan harapkan balasan seperti ciuman ataupun wang ringgit. Nak cium? Aku bagi sepak. HAHA.

  9. Tunjukkan sikap mengambil berat tentang pasangan

  10. Ambil berat sangat penting. Walaupun sekadar bertanya, " Syg da makan hari ni?" , cukup membuatkan kita rasa disayangi dan dihargai. Bukanlah bermakna korang kena ambil berat badan pasangan, tidak. Ambil berat adalah mengambil tahu, mengambil kisah pasangan,apa yang telah dia lakukan hari ini, makan ke tidak, mandi dah ke dan sebagainya.

  11. jangan bersikap sombong

  12. Sombong? Saya benci orang sombong sebab tu orang sombong kawan dia tak ramai. Buang jauh-jauh sikap sombong tu dan ambil sikap yang baik. Insya-Allah hubungan akan berjalan lancar. Tak caya? Try kau berlakon sombong, mesti lepas ni pasangan kau lari setempat sebab tak percaya perangai kau yang gila-gila tu tiba-tiba boleh bertukar jadi sombong sebab aku suruh. Sebabnya, macam tak logik.

  13. Memberi peluang untuk membetulkan keadaan

  14. Selalunya perempuan sukar untuk memberi kemaafan kepada lelaki sekiranya mereka melakukan kesilapan. Ini bukan cara yang betul. Cara yang betul untuk mengekalkan sesuatu hubungan adalah dengan memberi pasangan kita peluang untuk membetulkan kesilapan / keadaan supaya masalah dapat diatasi.

  15. Hormati ego pasangan

  16. Lelaki dan ego, memang tak dapat dipisahkan. Oleh yang demikian, jangan sesekali memaksa lelaki untuk meruntuhkan ego mereka kerana iaseolah-olah menjatuhkan martabat mereka. Bukan lelaki saja, perempuan pun ada egojugak. So, masing-masing perlu jaga ego masing-masing. Barulah aman harmoni.

  17. Berbincang setiap masalah dengan fikiran terbuka

  18. Berfikiran terbuka juga amat penting dalam segala hal. Sebab apa ia penting? Sebab ia dapat membawa kita kepada jalan penyelesaian yang terbaik.

  19. Gunakan daya pujuk untuk menangani pasangan untuk memujuk

  20. Bila pasangan merajuk, jangan lupa pujuk.Kalau tak pujuk, silap-silap engkau sendiriyang makan hati. Orang kalau tengah merajuk macam-macam dia boleh lakukan. Dan kebanyakkannya perkara-perkara yang tak baik. So, elakkan pasangan anda dari merajuk. Kalau merajuk pun takpa, tapi kena pandai pujuk lah.

  21. Lakukan aktiviti beriadah bersama untuk eratkan hubungan

  22. Jangan lupa untuk beriadah atau bersukan bersama pasangan. Secara tak langsung, hubungan kasih sayang tu dapat di kekalkan dengan cara yang sihat daripada duduk berdua-duaan dekat tempat sunyi. Riadah apa yang korang buat? HEHE. Lu pikirlah sendiri.



Kami dah praktikkan 11 cara ni dan hubungan kami kekal sampai sekarang. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah dengan pasangan tu, cepat-cepatlah praktikkan ye. Mudah-mudahan hubungan berkekalan hingga ke tahap yang kalian impikan.


* hubungan saya dengan Josh Duhamel baru saja tamat 5 minit yang lalu. Sebab dia merajuk dan saya tak nak pujuk. So sekarang saya single and available. KAHKAHKAH


5 comments:

chokilala said...

bagus.. abg josh, sudikah u jadi boipren i?

my name is Ain said...

chokilala,

err,updated 1 minit yg lepas..
dia dakawen dgn froggie --->fergie..

Nasir said...

Kenali En.Azizan4444 dari sini....

http://www.akubetul.com/2009/08/aku-jadi-mangsa-plagiarism-lagi.html

my name is Ain said...

nasir,

xyah nk canang kesilapan orang lain..

fndrocka said...

Ain..jom exchange link..sennag nak baca

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards