Ini cerita peribadi sikit.
Hari ni hari Ahad. Seperti biasa, sebagai seorang anak perempuan, saya menjalankan tugas seperti seorang perempuan seperti biasa. Maksud saya kat sini adalah memasak, mengemas dan membasuh sebagai orang bujang. Kalau dah kawin, kerja memasak, membasuh dan mengemas lain sikit. Kena teliti lebih. Tapi bila bujang, semua sempoi.
Santapan untuk tengahari saya masak Italiano Spaghetti. Resipi? Saya hentam. Campak bawang. Campak tomato puri, campak lada hitam. Tengok-tengok dah siap. Silap-silap, tomato puri tak boleh campak. Terpercik masuk mata nanti pedih lepas tu buta. Di sebabkan spaghetti saya terlalu lazat agaknya, habis licin semuanya tak sempat sampai malam. AHA. Saya suka bila saya masak, makanan habis. Sedih bila penat-penat masak, makanan tak habis, lepas tu kena buang masuk tong sampah. Membazir betul.
Malam pulak saya masak sambal ikan bilis bersama petai (saya tak makan petai dia, saya makan ikan bilis je) dan sayur kacang buncis goreng bersama cendawan cina. Sekarang perut dah kenyang, siap solat semua baru boleh update blog.
Bukan mudah sebenarnya kalau nak jadi suri rumah ni. Dengar macam senang. Bila dah duduk sendiri baru paham la macam mana susahnya mak kita menguruskan rumah tangga. Dah la tangga rumah saya ni ada empat tingkat. Tak tahu ada berapa anak tangga. Tak pernah kira. Memang penat betul kalau nak urus semua.
Hari ni, aktiviti kami serumah sebagai anak dara adalah bergosip. Silap-silap. Bukan bergosip mengutuk orang ke apa, tapi menonton Gossip Girl. Masing-masing dah jatuh hati sampai tak sabar nak habiskan semua. Sambil menonton saya gosok baju. Sedar-sedar tergosok tangan sendiri. Leka betul. Terpaku sebab pelakon perempuan dan lelaki dia semuanya cantik, handsome, hot,seksi apa lagi. Boleh tergugat iman orang single macam I.HAHA.
Malam ni I nak main perang-perang dengan semua orang cuma pistol I dah habis peluru. Nak pergi beli dekat pasar malam, dekat sini xda pasar malam. So, i tembak pakai lada hitam dekat nuff korang. Babai.
footnote: I penat dah main kejar-kejar walaupun pada hakikatnya I tak berlari pun. Jangan sampai tenaga untuk berlari I dah habis, lepas tu i collapse terus takda kejar-kejar lagi.
Sekarang Musim Main Tembak-tembak
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
10 comments:
1. bagi sket resepi italiano spageti tu..
mak cik dah try sheperd pie..haha
2. Jadi suri rumah mudah sgt kalu dpt laki
yg sempoi, tak payah nak kena
tumbuk sambal..(promote org phg..haha)
3. Best ke cite Gossip girl tu..makcik nak
tengok gak..hensem ek..
4. Best gak main tembak2 ni..makcik pown suke.
5. tak payah kejar2..duk diam2 jer..
perang dunia ke 10.haha
Suka Gossip Girl jugak!!!
xoxo
:)
Akak Tihara@ Siti Maizura
huhu..siap mention nama betul tu..banyaknya soklan kak.. nape xsmpai 10.. haha.. kalau nk, sy bg time ym nnt eh?xpn sy msge kt fb..
2. sy xde kenal org pahang..erk, budak tu solo lg ke? haha
3. best kak.. cite die bukan lah bergosip jek.. bnyk pasal friendship la..tp bnyk gle adegan senset.. hahaahahaha..
4. peluru sy da abes la kak..
5. tu la kak, penat dah nak men kejar2.. men skipping lg best..
hehe...muah3..luv you lah kak!!!
pandai Ain masak..Nine suka ikan bilis ngan petal sambal..sedap..
Yup setuju, gossip girl mmg best..tapi sayang censored kat tv..hehe..
Azizan
huhu..peluru dah abes.. baju kalis peluru pn dah jahanam.. xtau selamat lg ke x nk pegi perang...
Mimie
kan? kan? can't wait for the next season..
xoxo
woih..name tu rahsia laa..aduss,tak leh nk menyamar jadi bujang..
alhamdulillah.. kenyang perut mata cerah..
tak dapat kakak adik pun bolehlah.. hehehehe.. lari sambil tembak nuff...
Akak
alamak, terpecah rahsia.. hehehe..sori ya kak..muaxxx
ajie
xdpt kakak adik pn jadi? erk.. adik mane ni?
dah habis perang tak ain...
tula..bukan senang nak jadi surirumah..baru bab2 kemas...belum lagi kena jage anak..suami ..dan lain2...
Post a Comment