• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

8 Mac 2009 sudah berlalu...

Siapa rasa rindu pada saya tolong angkat tangan dan tinggalkan komen di ruang komen. HA HA HA. Rasanya takda dan hanya aku yang syok sendiri tak sudah-sudah. Tak apalah. Sebab saya tahu ada orang yang rindu pada saya. Ehem ehem.

Majlis tunang kakak saya berjalan dengan lancar sampaikan kami sekeluarga beratur menunggu giliran di hadapan tandas. Tersakit-sakit perut dibuatnya kerana penangan ayam masak lemak cili padi mak cik saya yang pedas sangat tu berserta sambal tumis sotong yang tak kalah juga pedasnya. Okeh, tak tipu. Saya dan mami sampai berebut-rebut nak masuk tandas. Bergilir-gilir tanpa henti. Pedas yang maha dahsyat sampaikan saya tengok abang saya makan sambil meleleh air mata, hingus segala(okeh, sangat tipu ayat ni). Peluh tak payah cakap.

Maka, dengan itu telah sah kakak saya menjadi tunangan orang. Ada orang siap sound kat saya, lepas ni turn saya. Adoi, soal jodoh ni mana boleh ikut turn. Dah sampai jodoh adalah. Kalau takda tunggu jelah bak pungguk rindukan bulan. Bermadah pulak aku hari ni.

Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada awal bulan 6 dan persiapan semua macam pos laju. Segalanya perlu laju dan pantas. Saya selaku adik juga tidak ketinggalan untuk mensibukkan diri bagi pihak kakak saya, sehinggakan saya rasa macam saya yang naik pelamin. Tak tipu, aku rasa macam nak naik pelamin je. Tapi bukan kawin la ayyoh, naik pelamin tolong betul-betulkan pelamin segala and pasang apa-apa yang patut. HEHEHE.

Kek coklat yang dibuat oleh saya telah kelihatan seperi tidak menjadi. Senget sana sini dengan kedudukan strawberry yang lintang pukang plus badam hiris yang tak berapa nak nampak. Termalu sendiri dibuatnya.


Hari ni aku nak bebel panjang sikit, so bersedialah untuk membaca entry yang panjang.


Sepanjang majlis saya hanya berkepit dengan kakak saya di dalam bilik kerana saya adalah photographer tak bertauliah beliau. Masa cincin disarungkan ke jari manis, saya lihat kakak saya sayu sambil menitiskan air mata. Sampaikan saya rasa pun macam nak nangis meraung-raung tak tentu pasal. Okeh, tak logik.

Kenapa mesti nak sayu ek? Erm, tak paham sikit. Kena alami sendiri baru paham kot. Masa kakak nak pulang pun dia peluk saya pastu nangis lagi. Dia ni memang kuat nangis sikit. Heee. Nak balik KL pun akan nangis sambil peluk mak macam takkan pernah jumpa lagi. Dia pun ada cakap, sejak dua menjak nak kawen ni, kerap sangat rasa sedih. Ayyoo. Kenapa nak sedih, patutnya gembiralah. Dapat sehidup semati dengan orang yang kita sayang, ye tak. Dah saya kata dia memang kuat nangis. Nak buat macam mana lagi tapi dia seorang yang penyayang.

Gambar segala saya akan update kemudian sebab rasa macam takda mood nak upload gambar banyak-banyak. Nak membeel je hari ni.

Perjumpaan keluarga memang seronok dan membahagiakan. Lebih-lebih lagi keluarga saya adalah jenis keluarga yang riuh rendah. Tak kering gusi dibuatnya. Lebih-lebih lagi abang saya. Suka sangat buat ntah pape pastu orang akan gelak. Boleh pulak dia pakai tudung mak cik saya pastu berposing macam perempuan padahal kat muka ada misai dan janggut segala. Adoi, naik pecah perut dibuatnya. Seronok lah pendek kata. Panjang tak kata apa-apa lah. Dia senyap je.

Dah panjang sangat kot melalut, takot nanti membosankan pulak. So, update mengenai majlis temmpoh hari akan dilakukan secara berkala. Saya perlukan rehat sedikit sebab semalam tidur lewat. Bertemu janji dengan tandas yang menyeksakan.



4 comments:

Anonymous said...

semuga apa yg kakak dan tunangannya rancang membuahkan hasil.....
selamat bertunang.
dan empunya blog bila lagi....

Anonymous said...

huhu..ehem..
saya? insya-allah ada jodoh x ke mane..
huuu~ :-[

Anonymous said...

empunya den da ikat. kan ain kan. ahah. ;)

Anonymous said...

erm... :*
uhuhu

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards