• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

tolong fikirkan tajuk utk saya, boleh?

Hari ni nak cakap pasal mimpi. Bukan mimpi basah tahu. Takda kaitan dengan air lansung. Huuuh. Saya bermimpi mengenai perkara yang saya fikirkan pada siang hari dan memerlukan jawapan untuk mengambil tindakan sebelum membuat keputusan. Itu pun bermimpi sebelum saya melakukan solat istikharah.

Dalam mimpi tersebut, saya kelihatan seperti berada di sekolah iaitu di dalam kelas, sedang tekun menelaah pelajaran. Rakan-rakan disekeliling semuanya saya tidak kenal, dan rupa-rupa baru belaka. Persoalan yang timbul difikiran saya. Adakah itu merupakan salah satu petunjuk kepada saya samada menjadi seorang pendidik (dalam erti kata lain cikgu) atau saya sendiri yang memerlukan orang untuk mendidik saya. Haaah. Complicated bukan? Maksud saya, saya perlu melanjutkan pelajaran. Orang kata mimpi adalah mainan tidur. Tapi kenapa Allah memberi petunjuk melalui mimpi. Kan? Maknanya, ada sesetengah mimpi yang betul-betul boleh memberi kita petunjuk sama ada kita sedar atau tidak. Yang selainnya adalah mainan tidur atau gangguan syaitan.

Saya tidak tahulah sekarang ini. Bila dah dapat job offer yang lebih baik, saya menolak. Bila tak dapat, saya dok sibuk apply sana sini. Semalam pak cik saya cakap, dia suruh saya buat solat istikharah minta petunjuk. Dan keputusan saya itu pun telah mendapat restu dari mak abah saya, malah mereka menggalakkan lagi. Saya sebenarnya takut nak tahu apa keputusan yang saya perlu buat nanti. Haaaah. Syaitan ni tak habis-habis nak menghasut aku. Zikir kejap.

Saya sudah 8 bulan bekerja, dan tinggal tidak sampai 4 bulan akan mencecah 1 tahun. Nak berhenti kerja? Memang sayang nak tinggalkan kerja. Sebabnya, kerja di sini seronok, di samping bos yang baik hati. Dia tak kisah kalau saya cerita masalah kerja pada dia. Malah dia akan bantu, begitu juga sebaliknya. Walaupun dia seorang bos, dia tidak segan silu bertanya perkara yang dia tidak tahu pada saya. TAPI.. Pada masa yang sama, saya rasa saya perlu melanjutkan pelajaran lagi kerana saya rasa saya perlu dan saya mahu tebus segala kegagalan saya dahulu. Saya takdalah gagal degree. Lulus tapi tidak cemerlang seperti rakan saya yang sering mendapat Dean. Jealous tahu.

Aiiih~. Pening tahu tak. Lagi-lagi sindrom PMS (perempuan memang sensitip) ni tiba-tiba je muncul. Tak pasal-pasal nak emo. Sepupu saya bagi tahu keputusan SPM dia, saya yang sedih tolong nangiskan macam saya yang ambil keputusan. Pastu bila orang cari pasal, mula aku nak melenting-lenting lompat kijang tak tentu pasal. Jadi perempuan memang complicated. Aih.. Tak baik mengeluh. Tapi, perempuan adalah makhluk tuhan paling seksi ape. Tak payah pakai seksi-seksi pun dah seksi. (merapu dah, baik skip)

Maka, di sini saya MAKHLUK TUHAN PALING SEKSIbernama Nurul Ain dengan rasa rendah dirinya ingin meminta pandangan kawan-kawan, sedara mara sekalian, cikgu-cikgu, bapak-bapak, abang-abang, adik-kakak sekalian, tolonglah doakan perjalanan hidup saya berjalan dengan lancar. Aminnn~. T____T


2 comments:

Anonymous said...

den punya cam kamo gak. degree ade tp bkn la warna2 terbang. den da lama apply nk smbg master, tp lectrr jelez asek rejek je. grrrr. den pun kije tp buhsan plak. aihhh. pening. laki kalo camnie lambat la nk kawen kan ain. ain kamo nk kawen bila? aihhh (da stat merepek gak). maklum la makhluk laki paling kacak. hahaha!

Recent blog post: Otak Crack

Anonymous said...

huhu..senasib la kte ek?
tp harap2 xde la kene rejek..
huhu..
ble sy mau kawen? erm..ntah..tggu org minang..esok lusa kot..
makhluk tuhan paling kacak kena jodohkan dgn makhluk tuhan paling seksi..hahah =-X

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards