Hujung minggu lepas. Sempena hari deepavali, kawan sekolah saya melangsungkan majlis perkahwinan di Pasir Gudang. Saya mestilah tidak melepaskan peluang. Bila lagi mahu makan nasi minyak kawan-kawan bukan? Sambil-sambil tu boleh la jumpa kawan-kawan lama yang dah enam tahun terpisah. Lama tu enam tahun.
Enam tahun lepas? Nanti kejap lagi cerita. Sekarang nak cerita enam tahun selepas tu.Iaitu tahun 2009. Ceh, masing-masing dah transform. Cuma belum ada yang jadi transformers jek.
Lepas kenduri kawen,kami sepakat berkonvoi melawat sekolah. Kira macam Back-to-School punya program la. Banyak betul dah berubah pada sekolah. Terutama sekali yang kat gambar bawah ni. Masa kami semua ada, benda ni belum ada lagi. Gila jakun kami dibuatnya. Pak Guard dok pandang pandang jeling jeling jek. Sebok aah, kitorang cakap dalam hati je la.
Kemudian, macam biasa orang perempuan kan pantang nampak kamera. Pasti ada je pose tak sengaja yang terjadi. HAHA. Tengok gambar kat bawah ni pun memang macam orang jakun. Malu pulak aku tengok. Huuu.
Kami pusing-pusing kemudian singgah surau sekolah. Semua masih sama cuma sekarang dah pasang langsir. Dah ada air cond. Pastu telekung boleh simply tinggal dekat surau tak macam kitorang dulu. Tertinggal telekung, jawabnya tak jumpa la bangkai telekung tu.
6 tahun sebelumnya....
Cukup kalau aku describe dalam beberapa baris ayat sebab aku pun tak berani nak ingat balik. Serius. HAHA
Kulit gelap, mata dan pipi cekung, gigi terabur, muka selebet.....cukup sampai situ. Aku tak sanggup nak kutuk diri sendiri. Nanti habis album lama aku korek nanti.
HAHA.Dear 9903 babes,
Dah la. Aku tiba-tiba rindu kat kawan-kawan sekolah tu yang keluar entry ni. Rindu kat emak aku? Tak payah buat blog. Dail 013-7******* terus gayut la. HAHA.
Miss all of u damn much. Agak-agak bila la kita boleh jumpa lagi kan? Miss all those good and bad days that we've spent together. Kena lecture dengan senior, meeting block sampai malam-malam buta, nasi lemak dining hall, nyanyi-nyanyi time prep malam, tiru homework add maths, skip surau, sports day, banyak lagi lah. SUMBANGSIH!! Paling tak boleh lupa. If only i could turn back time.
Babai. Tamat lagi satu entry tak berfaedah. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa. Heh~
Sekarang dan Enam Tahun Lepas
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
7 comments:
bunyi mcm cerita stephen chow soon chee..'fight back to school'.
mcm mane plk ek skran dan 6 thn akan dtg?hahaha
mmg bez dpt jmpa kekwn lame..
seronokkn kalo dpt jmp kawan lama...then imbau blk kenangan skola...
tak sgker,jadi manusia jgk semuanya...hihih
RINDU JUGA!!!!!
ainnnn!! kita dah 6 tahun x jumpa!!
akak
haha. akak ni kn, ada-ada jek.. tak penah la tgk cite tu..best ke?
Azizan
skrg? erm, boleh tgk sendiri kot mcm mana.. 6 tahun akan dtg tu wallahu a'lam.. kalau umur pnjg hidup lagi..huhu.. mgkn dah ada karier yg stabil kot.. ada anak comel.. suami comel.. hahaha..
Cacen86
hehe..best best...
Hazimah
kan? kan? miss all those good days.. tu la.. lame dah tak jumpa.. bila blk m'sia bg tau la.. ain kt jb skrg ni..
ooo... ain xSTF eh...tp skang STF dah turun eh...dah kurang top mcm dulu...
Dilot
aah yang..ain xSTF.. betol2.. skrg STF da drop da.. ramai cekgu ngaku kat ktorg bdk2 skrg degil..huhu..
Post a Comment