• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Hujung minggu saya pergi ke kebun.. HAHA

Salam. Mulakan hari anda dengan penuh keceriaan. Dah lama tak update blog, bukan malas tapi ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Ada satu projek yang perlu diselesaikan, itu pun sebab saya yang volunteer sendiri. Tak apalah, perkara macam ni memang perlu ada pengorbanan dan saling bantu-membantu untuk kebaikan masa depan. Bukan besar sangat pun projek itu, masih lagi dalam proses. Projek apa? Nantilah, tak siap lagi, malu nak cakap.

Semenjak tarikh pernikahan kakak saya telah ditetapkan, kehidupan seharian menjadi semakin sebok macam saya yang akan menjadi pengantin. Maklumlah, tanggungjawab mencari barang-barang telah diletakkan di atas bahu saya, walaupun sedikit. Saya diminta untuk mencari beberapa persalinan untuk kami sekeluarga untuk dipakai pada hari langsung nanti. Yang pastinya, saya memang agak sibuk sikit lately ni sebab emak meminta membuatkan paperwork untuk beliau dan urusan kerja juga boleh tahan banyak. Walaupun kadang-kadang tidak berapa banyak, tapi saya sengaja membuat ia kelihatan banyak supaya Encik dan Puan boss cepat menaikkan gaji saya. Ehem, ehem. Sounds like bodeklah kan? Aku peduli apa. HAHAHA.

Jumaat yang lalu, saya telah pulang ke kampung bertemu emak. Rasa rindu terubat apatah lagi rindu kepada masakan emak yang sedap itu. Malam-malam pun rindu terubat juga, sebab dapat peluk bantal busuk. HAHAHA. Jangan tipu la kalau korang takda bantal busok. Mesti ada punya. Stop pasal bantal busok. Nak cerita pasal kampung saya.

Emak saya seorang suri rumah manakala abah adalah seorang bekerja sendiri. Ikut suka apa dia nak kerja apa, nak jadi polis untuk 1 hari, no hal. Doktor pun boleh. Abah saya ada bakat menjadi doktor tahu. Doktor lembu. HAHAHA. Abah saya ada menguruskan sebidang tanah, dan menanam pokok cili padi serta beberapa jenis sayur sayuran. Hobi abah saya adalah menanam. Boleh dikatakan hampir setipa masa dihabiskan di kebun untuk menguruskan tanaman tersebut. Saya bukan nak cerita pasala abah saya peregi kebun pukul berapa. Tapi saya nak cerita pengalaman saya dikebun.

Sabtu dan Ahad, saya membantu emak dan abah pegi menuai cili. Bukan padi saja boleh dituai tau, cili pun boleh. Engkau jangan percaya sangat apa yang aku cakap sebab tak boleh pakai sangat pun. Saya tolong memetik cili pada kedua-dua hari tersebut, dan nasiblah cuaca mendung dan tidak pans terik. Kalau tidak pasti muka dah jadi macam udang bakar. Rentung. Saya tak kisahlah semua tu, yang penting saya dapat tolong emak dan abah saya.

Orang kata, kalau kita berbudi pada tanah, rezeki kita akan murah. Syukur alhamdulillah, kami dapat menuai sebanyak 5kg cili padi, ada lebih sikit lah. Itu pun kami stop sebab pinggang saya rasa macam nak patah. Bongkok bangun bongkok bangun. Sakit wooo. Saya dan emak je yang memetik cili yang sebanyak lebih 300 pokok. Tak caya? Siapa nak try, boleh apply jadi one of my mom's worker. HAHAHA. Tapi, lepas lihat hasil, rasa penat terus hilang. Seronok sangat rasa.

Saya tak sempat mengambil gambar untuk ditunjuk kepada reader sekalian. Almaklumlah, takkan bekerja pun nak bawa camera ya tak? Lagi pun saya terlupa charge bateri camera. But, no worries. Mak saya suruh saya balik lagi next week. Insya-Allah saya akan pulang, itu pun kalau tak ada tugas lain yang perlu saya lakukan. Jadual saya memang sangat pack. Tinggal sebulan lebih je nak sampai tarikh langsung pernikahan kakak saya. Penat sungguh.

Jadi, dalam kesibukan ini, mungkin blog ini juga akan sedikit terabai. Maklumlah, banyak perkara dalam waiting list. HUHUHU. So, harap bersabarlah kepada yang sudi mengikuti blog yang tak berapa best ni. Jangan worry, ada kelapangan saya pasti pegi merempat di blog anda. Cuma saya minta, doakan segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih.

*plain gle entry, takda gambar langsung*


10 comments:

Anonymous said...

bul jd pengantin tp da busy gle..cube bygkan bila turn ain jd pengantin.. memang tak cukup tangan tak cukup kaki kan ;)

Recent blog post: happy birthday Izzah

Anonymous said...

huhu..
tu la pasal..
lg skrg dh prepare sok kawen cm ne..
kah kah kah..
b4 kawen sok nk make sure sukup kaki tgn semua..
kalau boleh install lg beberapa psg tgn n kaki pn ok jugak..
hahah..
*mengarut* =-X

Anonymous said...

waa.. best2. nk ikut gak g tuai cili!!

Recent blog post: dah berapa lama anda tak naik basikal?

Anonymous said...

huhu..
time dpt hasil mmg seronok..
tp time petik tu mmg penat gle xterkata..
haha, nk join? jom buat lwtn.. :*

Anonymous said...

:) berkebun bgus tuk kesihatan..
sy suke berkebun tp blom ada masa
sampai sekarang huhuhuh :(

Recent blog post: Soalan Wajib

Anonymous said...

huhu..
masa tu ada, cme kte manusia ni yg selalu ckp xcukup masa..
xpe, lain kali boleh curik masa..
hehe..

Anonymous said...

nak sekilo :-P

Recent blog post: Awek Social Site, Errr Beloger?

Anonymous said...

ayah adalah idola kita..... :)

Anonymous said...

hehe..
yup, always will..
:)

Anonymous said...

sekilo je ke ST?
rugi la kalau nk pos setakat sekilo je..
haha..

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards