• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

sblm ni aku buntu, now i know why..

Hari ni macam lapang sikit. Sampaikan naik buntu tak tau nak buat apa. Lompat-lompat blog orang, terlompat kat blog Boonto ni. Nak try la masuk contest dia, kot-kot idea buntu ni boleh menang contest tu. Marilah baca entry penuh kebuntuan aku yang dilalui setiap hari.

Tajuk dia : Buntu dan aku memang tidak dapat dipisahkan


Setiap pagi, jam loceng akan mengejutkan aku untuk bangun menunaikan solat subuh serta bangkit untuk pergi ke kerja yang sentiasa menanti di office. Selepas itu, aku akan kebuntuan. Tipulah kalau semua perempuan tak rasa macam yang aku rasa. Buka almari, kepala otak aku akan ligat berfikir "Buntu betul nak pilih baju apa hari ni. Rasa-rasanya semua baju pun dah pakai. Baju apa je yang belum pakai ye?" Last-last aku pilih baju kurung. Senang. Kalau nak pakai blouse, nanti bertambah la buntu, nak pilih seluar dengan tudung. Susah betul jadi perempuan yang semua benda mesti dimulai dengan kebuntuan.

Then, aku akan gerak keluar dari rumah seawal jam 7.50 pagi. Batu Pahat takdalah sesak macam KL. Keluar pukul 6.30 pagi pun belum tentu kau sampai before time. Lepas tu pergi breakfast. Aku memang tak breakfast kat rumah, melainkan kalau aku kat rumah family aku je aku akan breakfast kat rumah. Sebab, memang buntu betullah kalau nak pikir breakfast apa yang nak disediakan setiap pagi ni. Asyik-asyik nasi goreng, roti canai, mee goreng, roti bakar. Takda benda lain. Tapi, balik-balik pikir, memang benda tu pun yang hari-hari aku dok makan time breakfast. Sebab dah buntu tak tau nak makan apa.

Sampai je office, selalunye before pukul 9 aku dah sampai. Tapi, kadang-kadang aku masuk lambat juga. But, aku make sure yang boss aku tau aku masuk lambat. Kalau tak mesti dia buntu tak tau nak buat macam mana tanpa aku. Semua password dia aku yang pegang. Baru aku perasan. penting jugak aku kat office. HAHAHA. Gelak lah sikit, jangan serius sangat. Bosan pulak nanti. Kalau aku bagitau dia aku nak mita cuti even 1 hari, dia akan pastikan aku dah siapkan semua kerja yang aku perlu buat pada tarikh aku cuti dan juga tarikh selepas aku cuti. Kire kerja in advance lah. Bukan gaji je boleh buat advance.

Perkara pertama yang aku akan buat setiap kali aku masuk office ialah menyapu. Walaupun tu bukan kerja aku, tapi aku buat jugak sebab aku tak suka bekerja dalam suasana yang kotor. Nanti boleh menimbulkan kebuntuan serta keserabutan. Lagi-lagi time kerja tengah banyak. Memang buntu betul tengok office tunggang-langgang. Then, aku bukak pc, check email. Email ada banyak, so setiap email kena lah buka. Satu persatu aku buka. Aku buntu betul kalau bab-bab email spam ni. Banyak betul, menyemakkan aku punya inbox. Last-last aku delete, tak payah menambahkan kebuntuan dan kepeningan kepala baca email bukan-bukan.

Untung-untung rezeki aku, boss datang lambat aku bukak blog. Time rajin aku bace lah blog orang. Kalau sebuk, jawabnya memang berkurun lah aku tak lawat. Aku tau pasal contest buntu ni pun dah terlambat. Nasib belum close lagi. Tu yang aku cepat-cepat buat entry pasal buntu walaupun aku memang tengah buntu gile tak tau nak tulis pasal apa.

Bila aku tengok hadiah dia kan.. Lagilah aku buntu. Laptop aku bukan pakai ram DDR2, tapi DDR1. Buntu buntu buntu (macam Ipin pulak). Nak buat apa kat ram tu kalaulah aku yang ditakdirkan menang nanti? Last-last 1 mentol bercahaya keluar atas kepala aku menyumbang buah fikiran tatkala aku kebuntuan. Apa susah, aku bagi kakak aku, buat hantaran dia kawen. Bulan 6 ni dia nak kawen. Dia pun tengah buntu sebab pihak lelaki tambah lagi dulang hantaran. So, kakak aku kena balas 13 dulang. Dia dah ada 12, tinggal 1 je lagi tak tau nak bagi apa. Maybe aku boleh hadiahkan ram tu kat dia. Kot-kot dia perlukan nanti. So, harap-harap hilanglah kebuntuan kakak aku yang tengah pening memikirkan lagi 1 benda yang dia nak letak pada hantaran nanti.

Hidup ni memang hari-hari pun buntu. Jangan tipu kalau tak pernah rasa buntu. Sebab aku pun selalu je buntu. Apa yang aku buat bila aku buntu ialah, aku lawat blog boonto.blogspot.com ni, terus hilang kebuntuan aku (kasi bodek sikit). Dah nama pun tempat lepak makhluk yang buntu kan.

Aku tamatkan entry buntu ni kat sini. Kang bertambah buntu kepala otak aku memikirkan ayat-ayat buntu.

Entry ni di dedikasikan khas kepada JRY sempena hari jadi yang bakal tiba pada 20 April ini. Semoga kau panjang umur, murah rezeki, buatlah contest banyak-banyak lagi.

So, JRY, amacam?

**tolong kira berapa banyak perkataan buntu yang aku guna..


8 comments:

Anonymous said...

bleh lawan aku punye ke ni?

hahahahahah.... :-P

Anonymous said...

haha..entah la wey..
suke2 je..untung nasib menang..
haha

Anonymous said...

ram jadi hantaran? hahaha
pihak laki yg buntu nti~

chayo2! bole thn buntu nih...
;)

Anonymous said...

haha..
thanx..

Anonymous said...

buntu gak la..mgu ni mgu buntutt..nyampahh..suke tgk mr.padayappa..

Anonymous said...

holaaa dear~
im back
;)

wah bnyk buntu nieh;
pai cik jannah pon buntu ble baca
ahax~

Anonymous said...

haha..
total sume sekali ada 33 perkataan buntu..
masuk contest pnye pasal..hah

Anonymous said...

haha..
buntu yg membuntutkn..
haha..
padayapa rocks!!
hah

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards