• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

wow!! 5 days to go..

Emosi di waktu pagi..

Wow! Wow, wow, wow dan WWWOOOOWWWW!

Okeh, terover sekejap. Hari ni takkan menjadi malas macam semalam, sebab telah dimotivasikan oleh diri sendiri. Takkan malas update blog lagi. Sebaliknya akan menjadi lebih rajin. Ya, rajin mengarang, merepek. Mungkin suatu hari nanti boleh jadi penglipur lara kepada anak-anak serta cucu cicit. Di masa akan datanglah.


5 days to go. Saya pulak yang over tolong countdown bagi pihak kakak, padahal empunya badan punyalah cool macam takda perasaan. Mana tak cool, semua benda pun ada orang tolong settle kan. Hantaran : nearly done. Menu : hampir confirm. Baju : kau pikir lah sendiri nak pakai baju apa. Tukang andam : Dah ada, si Amanda itu. Amboi, over tau. Dia punya goyang kaki kat sana. Hari Khamis baru nak pulang ke pangkal jalan. Aik? Pulang ke Johor lah. Nasib lah mempunyai adik yang cerewet ni, kalau boleh semua nak buat sendiri.

Mak cik saya kata, " Kat hantaran tu nak bagi telur tak?"
Dengan slambe saya jawab, "Telur tu boleh buat sendiri ke?"

Telur adalah sangat dilarang. Saya tak suka membagi telur rebus sebab ia adalah sangat biasa. Cuba bagi buah kelapa ke, durian ke. Sabun basuh ke. Sangat rare dan tidak dibuat orang. Hasilnya, saya kena gelak dan kena lepuk. Padan muka aku, nak sangat kelainan konon.

Hari ni kerja bertimbun-timbun, sampaikan jam 2 petang baru pergi lunch. Tu pun semacam tak berapa lapar. Cuma disebabkan perut dah macam dikunjungi angin, aku sumbat jugak makanan dalam perut. Cuma 5 sudu je. Kenyang dah lepas tu.

Emosi di waktu petang..

Sedih sikit. Sebabnya.. adalah.. Takkan semua masalah nak bagi tau kat semua orang kan? Tapi yang penting, ia melibatkan emosi saya juga sebagai seorang anak. Apakan daya, kalaulah saya mempunyai super power yang maha super, pasti saya akan membantu semua ahli keluarga saya terutama sekali mak bapak saya. Itu pun , KALAU saya ada super power. Tapi saya bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Okeh, emosi tiba-tiba berubah. Air mata ni macam tak tau malu nak turun depan bos. Naseb ada wiper, jadi tak berapa obvious. Ha Ha Ha. Kasi gelak sikit, jadi tak nampak sangat yang aku ni suka nangis tak pasal-pasal.

Tiba-tiba saya rasa macam saya perlu lakukan sesuatu supaya keadaan tersebut....arghh..Tak tau nak abeskan ayat ni macam mana. Yang pasti, otak tengah serabut sangat ni. Campur dengan sedih bagi pihak emak saya. Tapi saya tak tahu persepsi orang lain. Haaaaaaaaaaaa. Okeh, stop sampai sini. Kalau tak nanti akan menyebabkan saya menagis tak pasal-pasal smpai banjir lumpur satu negeri Johor.

Kerja semua sudah selesai, sekarang adalah masa untuk saya berehat. Sebab tadi telah menggunakan masa rehat untuk menyiapkan kerja. Perut pulak dah berangin. Kepala aku ni pun tak pasal-pasal berangin jugak. Tak puas hati. Dari pagi tadi, kalau orang dok kata perkara buruk pasal mak saya, saya akan tunjuk muka empat-ploh-pat, siap dengan muncung yang boleh buat gantung baju. Tadi pun sama. Tiba-tiba nak mengamuk. Saya marah betul. Kalau yang bercakap tu baik sangat takpa. Ini..entahlah...

Geram..Geram..Geram..Okeh, kali ni saya betul-betul rasa nak nangis sebab tiba-tiba rindu pada emak. Disebabkan insiden 27 Disember itu, saya sudah jarang sekali pulang ke rumah bertemu emak saya. Jarang sangat. Disebabkan orang lain, saya dan emak saya seakan-akan dipisahkan.


Gambar ni diambil semasa menghadiri wedding kawan saya iaitu Nurul Haizum. Tekalah yang mana satu mak saya, yang pastinya bukan yang baju hijau tu, sebab itu emak pengantin. Mungkin yang tengah tu kot mak saya. Okeh, sekian. Nak pegi nangis 7 dulang. Eh, silap-silap. 7 tempayan.


3 comments:

Anonymous said...

huhuu.. >:o :'(

Anonymous said...

relaks2 k..hubungan ngan mak kena lah baik2 k....

Recent blog post: ::award & tag dr Cik Allin::

Anonymous said...

hehe..
sy xde mslh dgn mak sy..
tp ngan org lain..
huhu.. :*

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards