• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

farid kamil nak pinjam duit..(lagi mamat ni)

Nak mintak tolong kat semua orang yang baca blog saya ni boleh tak? Bukan mintak apa pun, mintak bagikan pandangan dan nasihat. Please.

Okeh. Macam ni. Tadi pagi saya dapat mesej di NAMA-DI-RAHSIAKAN punya laman sosial (skema tak). Dari seorang rakan lama, yang memang rakan saya yang juga namanya terpaksa dirahsiakan. Saya gantikan nama beliau dengan Farid Kamil (bukan nama sebenar) sebab semalam saya dah mimpi dia. Ni cerita betul tau, bukan tipu-tipu. Sebelum itu, jantina bagi Farid Kamil dalam situasi yang sebenar adalah perempuan, bukan seperti yang disangkakan mengikut nama yang diberi.

Di dalam mesej tersebut mengandungi permintaan yang membuatkan saya rasa saya perlu memenuhi permintaan tersebut. Farid Kamil mengalami masalah kewangan, dan ketiadaan duit. Sekarang beliau masih lagi dalam pengajian semester terakhir di salah sebuah IPTA yang terkemuka di ibukota (macam wartawan pulak).

haiwan di dalam gambar ini takda kaitan dengan cerita ini. Terim kasih.

Dia cakap lagi, dia mintak sangat saya dapat tolong dia. Sebab dia perlukan sangat-sangat duit itu. Untuk tujuan apa dia tak beritahu walaupun saya dah tanya. Tapi saya rasa pasti untuk tujuan belajar kan? Mungkin biasiswa belum dapat lagi. Jumlah yang diperlukan tu agak banyak juga pada saya sebab dalam RM 200-RM 300. Saya cakap, kalau sebanyak itu, saya tak boleh bantu sebab saya pun ada tuntutan lain juga. Kalau RM 100 tu insya-Allah la.

Dia juga berjanji akan bayar dalam tahun ini juga tapi tak tahu bila. Saya nak pastikan macam mana yang dia betul-betul akan tunaikan janji tersebut, tak sempat saya bertanya, dia dah offline. So, soal selidik saya hanya sekejap, dan rasa tiba-tiba jadi curiga.

Persoalan saya :
  1. Kenapa dia minta pada saya bukan pada ahli keluarga?
  2. Kenapa saya tanya masalah dia, dia tak nak kongsi?
  3. Kenapa tak nak tanya rakan-rakan terdekat?
  4. Saya pelik. Perlukah saya tolong?
Minta tolong kawan-kawan. Bagi pandangan. Adakah saya perlu bantu dia kerana dia kesempitan wang dan sedang dalam semester akhir. Takut nanti efek study dia pulak. Tapi, perlukan saya tolong dia, takut dia tipu saya pulak. Walaupun tak banyak, tapi dengan duit tu, macam-macam saya boleh manfaatkan. Contohnya, bayar advance untuk life insurance policy saya. So, tolong ye kawan-kawan? Saya perlukan pandangan ramai.

Ni kisah benar tau, tapi takda kena mengena dengan Farid Kamil yang sebenar. Maaf ya Farid Kamil (macam dia baca je blog aku) tumpang populariti sekejap.

0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards