• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Cinta Untuk Ain

Hari ni nak bercerita pasal CINTA pula. Kita sering melafazkan cinta, tapi hakikatnya tahukah kita erti cinta yang sebenar-benarnya? Apa makna cinta? Dah jadi doktor cinta pulak aku ni. Sebenarnya terbaca satu artikel di surat khabar, dan rasanya artikel tu cukup menarik untuk dikongsikan. Kalau sesiapa yang dah terbaca kat surat khabar tu, tak palah. Saya cuma nak berkongsi sikit.

  • Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
  • Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan menggenggam erat tangannya.
  • 'Suka' adalah saat dia menangis , kau akan berkata : " Sudahlah sayang, jangan menangis."
  • 'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata : "Marilah kita selesaikan masalah ini bersama-sama."
  • 'Suka' adalah saat kau melihatnya kau akan berkata : "Ia sangat tampan dan menawan." walaupun hakikatnya rupa kau buruk
  • 'Sayang' adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
  • 'Cinta' adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata : "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku."
  • Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
  • Di saat orang yang kau sayangi menyakitimu, kau akan berkata : "Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan."
  • Di saat kau suka padanya, kau akan 'memaksanya' untuk menyukaimu.
  • Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.
  • Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
  • 'Suka' adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
  • 'Sayang' adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
  • 'Suka' adalah hal yang menuntut. 'Sayang' adalah hal memberi dan menerima.
  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
Credit to : Harian Metro

Sebenarnya,ada beberapa perkara yang saya nak perbetulkan mengikut 'cara' saya. Saya klasifikasikan perkara di atas kepada 3 bahagia. Bahagian pertama adalah tulisan berwarna hitam iaitu mungkin itu perkara yang saya akan lakukan. Bahagian pertama yang berwarna biru, iaitu kenyataan tu macam tak berapa kena dengan saya. Dan yang terakhir bahagian ketiga iaitu tulisan yang berwarna merah yang pada saya macam tak logik sikit. Pada sayalah.

Okeh, disebabkan tulisan yang berwarna hitam tu adalah perkara yang akan saya lakukan, maka saya takkan ulas balik sebab ia adalah dalam satu bentuk penyataan. Nak cerita sikit mengenai tulisan yang berwarna biru.

'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata : "Marilah kita selesaikan masalah ini bersama-sama."

Ehem ehem. Sayang macam mana pun, kalau seorang lelaki menangis kelihatan sedikit tidak cool lah bukan. Lepas tu nak menangis atas pangkuan saya. Oh! Tidak sama sekali. Nanti akan kelihatan saya yang terlebih cool, dan kekasih hati saya seorang yang tidak cool dalam erti kata lain lembik. Ayoyo, jangan jadi sayur la.Jatuh martabat. Sedih macam mana pun, tolong cover eh? Ha Ha Ha.

'Suka' adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

Boleh tolong terangkan tak apa maksud ayat di atas. Saya sedikit keliru. Adakah ayat itu bermaksud, saya akan suka padanya kalau saya teman dia lepas tu dia bawa saya pergi shopping segala dan memberikan keuntungan kepada saya? Okeh, kalau itu ayat yang dimaksudkan, saya memang tidak setuju. Walaupun lelaki suka dan selalu melabel perempuan suka bershopping bila keluar bersama dan menghabiskan duit mereka, tapi saya tidak. Pengalaman ber'boyfriend' sebelum ni tak pernah membuatkan saya terfikir untuk menjadi pisau cukur atau apa saja demi memuaskan nafsu shopping saya. Maksudnya, saya tak suka memaksa orang lain untuk memenuhi keperluan saya dengan menggunakan duit selain duit saya. Serius, tak tipu. Saya tak pernah minta itu dan ini, sebaliknya saya hanya terima apa saja pemberian orang. Lagipun, setakat boyfriend-girlfriend, perlu ke buat semua tu kalau setakat nak ambil hati? Lepas tu, nanti dok merungut sana sini, "Awek aku asik pow duet aku je. Sengkek beb!". Saya cukup kesian kepada lelaki yang mendapat masalah seperti ini. Maaf la ye, kalau sesiapa yang terasa. Saya hanya memberi pandangan menurut perspektif saya.

  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya, maka kau akan menggenggam erat tangannya.
  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
3 kenyataan ini, saya rasa ada sikit bercanggah dengan personaliti saya. Huuuu~. Walaupun saya cintakan seseorang, tapi kalau sampai perlu mengorbankan jiwa rasanya baik tak payah bercinta kot. Korban jiwa, diri sendiri yang merana. Kalau sampai bunuh diri? Astarghfirullah. Tak diterima Allah dan Nabi sebagai umat. Yang nombor dua tu, erm.. saya tak pernah pegang-pegang tangan. Ehem ehem. Malu la pulak. Bukan muhrim harap faham. Dan yang last tu. Apa ayat dia, cinta adalah hal yang memberi dengan rela.Bukan semua benda boleh diberi dengan rela. Tapi sekarang ni, lihat je kat berita, surat khabar semua. Macam-macam perkara berlaku melibatkan pasangan bercinta ni. Minta-minta dijauhkan.
Tapi, apapun bagi saya, penulis mempunyai motif sendiri yang ingin disampaikan dan saya sekadar berkongsi dan menghuraikannya mengikut pandangan dan perspektif saya. Jika anda pun, mungkin mempunyai pandangan berbeza bukan? Heeee..

p/s : Sakit gigi masih belum baik dan gusi semakin membengkak. Tapi masih pergi kerja, tak mau amek mc.
*malam ni ada cerita Cinta Untuk Ain di TV3. Ha Ha Ha. Promote nama sendiri*




0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards