• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

blog peribadi bukan informasi

Assalamualaikum..
(jawab jangan tak jawab)

Hari ni kan hari Jumaat. Penghulu segala hari. Bukan Hari Raya je kita kena sambut dengan meriah, apatah lagi hari jadi. Hari Jumaat pun kena sambut dengan meriah apa. Meriah tu takdalah maksudnya kena pakai baju baru, buat kuih raya. Takdalah. Maksudnya, pakai pakaian yang sopan bagi perempuan, sebagai tanda menghormati hari Jumaat yang penuh mulia ni. Bagi yang berkesempatan, lakukan mandi sunat hari Jumaat. Pakai wangi-wangian. Barulah 'cun' kata orang. Yang lelaki pulak, jangan lupa tunaikan solat Jumaat. Sehari ditinggalkan tanpa sebab yang boleh diterima, setitik noda hitam terlekat di hati. Kalau dah tiap-tiap kali pun tak pergi, berapa banyak noda hitam dah terlekat kat hati, ye tak?

Blog ni rasanya terlalu peribadi. Tiada apa yang boleh dirujuk untuk dijadikan panduan. Tiada perkara berfaedah pun yang akan anda terima setelah selesai membaca blog ini. Kerana blog ini hanyalah sebuah blog yang menceritakan kisah kehidupan seorang perempuan iaitu saya dan keadaan disekelilingnya.
Pagi-pagi tadi, sebelum bergegas ke bawah untuk pergi kerja, kaki saya telah tersepit di bawah pintu bilik. Sakitnya, tak terkata. Tapi kesakitan tu hanyalah sebahagian daripada kesakitan yang akan diterima pabila kita di akhirat kelak. Cerita pasal sakit ni, saya teringat beberapa peristiwa sakit semasa saya kecil yang tak dapat saya lupakan. Sepanjang hidup saya.

Masa umur saya dalam lingkungan 4-6 tahun macam tu, saya tak ingat exactly berapa umur saya masa peristiwa ni berlaku tapi rasanya dalam lingkungan itu. Saya pernah di tikam dengan keris di leher oleh sepupu saya. Ini bukan kisah tipu-tipu. Ini kisah benar. Saya masih ingat lagi, macam mana sakitnya ditikam di leher yang pada masa itu saya hanyalah seorang budak kecil. Kemudian dihantar ke klinik berhampiran dan di jahit di tempat luka tersebut. Nasib umur saya panjang, saya dapat sembuh seperti sedia kala. Dan parut kesan jahitan tu pun semakin hilang.


Kemudian, masa umur saya 9 tahun. Saya terjatuh masa sedang bermain di playground. Main sengayut-sengayut kemudian tangan terlepas. Dan saya jatuh terduduk di atas tanah. Rasa tinggi juga jarak tanah dan benda tu. Saya sukar bernafas dan rasa macam nyawa dah nak kena cabut. Bernafas guna mulut pun sukar. Muka saya hampir2 pucat. Mujur mak cik saya cepat bawa saya ke klinik. Lepas dari kejadian ni, saya dah serik nak main di playground lagi. Kesannya sampai sekarang, tulang belakang saya sedikit bengkok akibat jatuh terhentak.


Mengalami kemalangan motorsikal yang ditunggang oleh kakak saya yang baru belajar bawa motor. Saya jadi penunggang di belakang. Tiba-tiba perkara nak berlaku, motor tersebut bergerak dengan laju dan meluru ke arah pagar rumah. Dan kami berdua sama-sama jatuh. Nasib tak teruk sangat. Kakak saya tak apa-apa, tapi saya yang teruk. Kaki saya bengkak dihempap motor, dan seminggu saya tak boleh berjalan seperti biasa. Mujur tak retak. Tapi seksa juga rupanya kalau tiada kaki.

Banyak lagilah peristiwa pahit yang saya dah alami. Seperti gergaji terjatuh di atas kaki kanan dan mata gergaji tersebut terkena ibu jari kaki. Memang sakit. Kalau nak cerita mungkin akan jadi 1 novel. Ha Ha Ha.

Bila ingat balik, nakal juga saya masa kecik. Selalu kena marah dengan emak. Kena pukul, tapi masih menjadi kesayangan masa kecil sebab saya manja dengan semua orang. Masa kecik je la. Dah besar ni, tak kuasa nak manja-manja lagi dah.

Kaki yang tersepit tadi masih lagi sakit. Jalan pun terhinjut-hinjut sikit. Moga-moga dengan kesakitan yang dialami dapat mengurangkan sedikit dsa-dosa kecil yang telah saya lakukan.

See, kan aku dah cakap. Blog ni terlalu peribadi. Semuanya kisah peribadi. Apa yang korang dapat dengan membaca blog aku ni? Nothing kan? Cuma harap-harap korang terhibur saja sudaa....





0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards