• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

merisik dan tunang dibatalkan


Selepas membuat entry semalam, saya asyik berfikir. Macam bersalah and berdosa pulak rasanya. Tak tahulah, mungkin sebab tak pernah diajar untuk menipu atau berbohong sebab tahu benda tu berdosa but still nak try konon macam bagus sangat. Okeh. Disebabkan tak nak memberikan satu prasangka yang kurang baik, saya akan berterus terang secara terang terangan mengenai perkara merisik serta bertunang yang digembar-gemburkan semalam. Sesiapa yang belum baca entry tersebut, sila baca terlebih dahulu di sini, baru anda akan terasa adventure sedikit. Kalau anda tak mau baca, terpulang la. Tapi kalau ingin turut merasakan getarnya (eceh, macam lagu Slam pulak) sila lah baca terlebih dahulu.

Sebelum itu, kepada semua yang telah meng'wish' SELAMAT BERTUNANG kepada saya, iaitu Kak Yanie, Tuan Jinggo, Ronnie, Suzy and x[o]x[o], terima kasih banyak-banyak kerana keprihatinan kalian. Yang belum wish, takpa saya tak salahkan kalian. Ha Ha Ha. Okeh, sempat lagi aku gelak macam syaiton tak sedar diri. Astarghfirullah. Tapi rasanya boleh simpan wish itu di masa akan datang. Kenapa masa akan datang? Anda akan tahu selepas ini.

Majlis merisik dan bertunang itu telah dibatalkan ke? Tak lah. Majlis tetap akan berlangsung dan diharapkan dapat berjalan seperti yang dirancang, dan kami sekeluarga juga telah menetapkan tarikh pernikahan dan majlis perkahwinan. Macam tergempar sangat pulak kan? Nasib bukan artis, kalau tak mesti dah heboh satu dunia, artis tu nak kawin bulan sekian sekian dengan sekian sekian. Manusia ni memang tak boleh berhenti-henti bergosip. Banyak-banyakkan beristighfar.

Saya nak tarik nafas dalam-dalam sebelum menyampaikan perkara ini. Dan sebelum itu, saya minta maaf banyak-banyak kerana telah membuat kalian salah sangka. Saya hanya sekadar membuat gimik dan kerana terlalu excited. Baik. Did i mention my name in the last entry? Did i? Did i?(ceh, tanya macam nak marah). Tidak kan, makanya, sebenarnya majlis merisik dan pertunangan itu adalah bukan untuk saya. Diulangi BUKAN UNTUK SAYA. Tetapi untuk Nuraini Binti Abd Karim serta bakal tunangnya. NURAINI ya, bukan NURUL AIN. Kakak saya. See. Jangan salahkan saya sebab saya tak ada mention nama saya pun. Saya cuma cakap rombongan pihak lelaki akan datang merisik pada 8 Mac. Saya tak cakap risik siapa. He he he. Janganlah marah saya okeh. Lagi sekali saya ulangi, saya hanya membuat gimik.

Takkan korang takda rasa tak logik langsung tiba-tiba saya cakap saya nak bertunang? Ayyoh, mesti takda baca blog saya. Saya ada mention yang saya ni 82% single, dan masi belum bersedia untuk menjalinkan hubungan serius. (Suzy, kau boleh kata aku gay balik. Ha Ha Ha). Kalau ya pun saya nak tunang, pasti saya akan berkongsi kegembiraan dengan semua kawan-kawan. Maaf lagi sekali. I'm soooooo sorryyyyy.

Serba salah ni sebenarnya sebab dah buat orang salah sangka. Maaf ya. Aduh, memang tanggung dosa menggunung la lepas ni.

Jadi, lepas ni, mungkin akan busy membuat barang hantaran dan macam-macam lagi kerana saya ni seakan wedding planner pulak yang tidak dilantik secara langsung (dan yang penting berkhidmat secara percuma). Tolong mengemas rumah kerana hari Khamis baru kakak saya akan pulang dari Shah Alam semuanya akan dilakukan secara express. Mungkin tidak akan cukup kaki tangan. Hari Jumaat pun saya akan bercuti dan membantu sikit-sikit untuk persediaan majlis.

Jangan worry, kerana saya masih belum lagi nak bertunang. HAHAHAHA. Jodoh saya masih jauh lagi dan yang pasti, saya tak nak langkah bendul. Saya ada seorang lagi abang yang belum berkahwin. And again, je suis desole. I am sorry. Saya minta maaf. Choe song ham ni da. Bahasa cina dan tamil saya tak tahu. Sekian.

*aku rasa pun macam nak tunang sekali. kah kah kah.


2 comments:

Sweet Thinker said...

cuba baca nie di arkib beta.
http://blog.thinker.my/walimatul-urus-extremist-thinker

dan ini

http://blog.thinker.my/so-unsangkarable

lalllaaaa!

:-P

Recent blog post: On Verra Bein

ain said...

HAHAHAHA..

erm..cm lebih kurang je citenye.. :)

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards