• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

memblog semula

Perasaan sangat indah pada pagi ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab dah lama tak bukak blog. Pastu bila bukak, terus bunga-bunga. Hilang rindu. Macam orang sedang mabuk bercinta pulak. HAHA. Okeh, jangan start cerita pasal mabuk bercinta nanti saya merepek dan merapu. Rahsia rahsia.

Sepanjang cuti 1 minggu, saya langsung takda ingat pada blog sebabnya saya sangat enjoy cuti dan erm..ingat ingat benda lain la. Ada la. 1 minggu adalah sangat panjang dan masa tersebut saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya berjalan dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang. Dari atas ke bawah. Semua arah saya berjalan. HUHU.

Hari Sabtu, saya telah pergi menghabiskan duet dalam sekelip mata, sampai sekarang dah rasa jatuh bankrup. Lepas tu sangat menyesal tak sudah. Okeh, abaikan.Kalau cerita pasal duet, menangis 7 tempayan atau 7 kolam swimming pool pun takkan dapat balik duet tersebut.

Hari Ahad saya bersenang lenang di rumah. Makan tido. Makan tido. Makan tido. Sampaikan mak saya cakap saya GEMOK. Sangat sensitip dengan perkataan tersebut, saya memasang azam taknak makan keesokan harinya. Tapi, azam tak kesampaian sebab azam tersebut telah tertinggal kat mana ntah. Tak ingat. Esoknya pun, saya makan juga macam orang tek pernah jumpa makanan. Pastu menyesal tak sudah.

Isnin. Saya ke Melaka. HUUUUUUU. Sangat best sebab pegi pantai. Tapi takda mandi-mandi sebab hari sangat panas yang diterik-terik. Apakah? Sangat menyeksa kulit saya yang memang sedia ada gelap ini. Kalau memandi di pantai, pasti akan naik seperti manusia yang telah dibakar hidup-hidup. Kalau pergi Melaka pasti takkan tinggalkan peluang pegi Tesco. Erm..takda apa pun yang dibeli. Sebab takda 1 atau 2 pun yang berjaya memikat hati. Huhuhu. Hari Selasa saya pulang semula ke Johor negeriku.


Khamis. Memang hari berendam sedunia. Pergi memandi manda di air terjun di Segamat. Pergh, wa cakap sama lu. Memang best. Saya berendam selama 2 jam lebih non-stop. Tak da naik2. Mandi sampai semua pun kecut. ** Hehehe. Rasa macam tak nak balik masa tu, sebab dapat berendam dalam air yang sejuk pada cuaca yang sangat panas. Berkelah memang aktiviti yang saya suka sangat2 lebih-lebih lagi di kawasan pergunungan. Okeh, tiba-tiba jadi romantik sekejap.


Jumaat saya pergi ke Kluang. Pergi cari jodoh di sana tapi takda jumpa. engkau jangan percaya sangat cakap aku yang tak berapa boleh pakai sangat ni. Jalan-jalan waktu malam sampai ke tengah malam. Nasib hantu segala takda tegur bila mau pulang. Kalau tak, maunya saya takda keluar malam-malam lagi. Huhuhu.

Sabtu. Takda kemana-mana. Sepanjang hari di rumah. Seperti biasa makan tido. Tido makan. Sampai takda tau nak buat apa lagi. Owh, ada aktiviti yang menggembirakan. Menyiapkan hantaran. Jeng jeng jeng. Jangan tanya siapa punya. Huhuhu. Tapi macam tidak berapa puas hati dengan hasilnya kerana kombinasinya warnanya tidak mengikut taste saya. Perlukah diikutkan sangat dengan taste saya yang sangat entah pape ni? Rasanya perlu kot. Hantaran, hampir siap. Hebat tak hebat dalam 1 hari boleh buat. Dan mendapat surat yang menggembirakan hati. HAHAHAHA. Gelak jin.


Ahad. Fuuuuuuu. Jumpa sanak saudara di rumah dua pupu. Dua pupu saya berkahwin bersama individu yang mempunyai nama yang sama macam saya. HAHAHA. Mohamad Hanafi Abdol Karim bersama Nurul Ain Mat Pah. Cuba bayangkan kalau pengantin perempuan tersebut adalah saya. HAHAHA. Nama bapa kami adalah sama. Kah Kah Kah Kah. Tetiba saya jadi merepek. Tolong skip perenggan ini. Merepek je lebih.


Terubat rindu saya pada blog kesayangan ini. Rindu lain masih belum terubat. Belum jumpa penawar. Exah ewah. Macam-macam la aku nih. Tak abis-abis merepek. Yang pasti, hari pertama bekerja dipenuhi dengan riang ria. Macam nama blog saya. Tapi hari ni saya riang ria versi Cina sebab tadi dapat ang pow. Yeeeeha!

0 comments:

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards