Match-maker a.k.a kakak aku semalam beria-ia telefon aku suruh aku kenal dengan seorang lelaki ni which is her friend. Dia cakap lelaki ni baik. Aku tak kesah la nak kawan dengan sesiapa pun, sebab hakikatnya aku ni friendly. Ini aku yang cakap, orang lain tak pernah cakap. So, korang faham-faham sendiri la.
Mesti ada yang hairan, kenapa kakak aku tu sebok nak jadi match maker. Sebenarnya, social life aku diperuntukkan kepada 100% kaum perempuan, 0% lelaki. Aku bukan lesbo! Aku memang macam ni, senang nak kawan dengan lelaki, tapi susah nak keluar dengan lelaki. Aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan perempuan, sepupu-sepupu, adik beradik dan ahli keluarga aku sendiri. Social life aku memang pelik. Aku tak pernah pergi date sejak clash dengan ex boyfriend aku dulu. Masa kitorang couple dulu pun berapa kali je pergi date. Tu pun sorang jalan depan, sorang jalan belakang. Ada kawan pun, sekejap je, tak kekal lama hanya mampu bertahan 2-4 bulan. Tak tahu apa silapnya, tapi aku rasa semua salah aku, silap aku. Sebab aku keras kepala.
Tapi, aku ada seorang best friend lelaki. Kami memang rapat, kamceng tapi tak pernah jumpa. Hairan? Memang hairan. Pelik? Memang pelik. Tapi, tulah hakikatnya. Bagi aku, sesuatu hubungan itu tidak memerlukan kita untuk berjumpa selalu untuk menunjukkan kita care atau sayang pada seseorang. Cukup sekadar dengan sebuah mesej berbunyi, " Awak sihat hari ni? " Full stop. Tak payah panjang berjela. Kalau aku bertanyakan khabar, bermakna aku care. Tak perlu nak jumpa dia untuk menunjukkan betapa aku care pada dia. Cukup sekadar secara tersirat. Kalau yang faham tu faham lah, yang tak faham-faham tu, nasiblah Labu.
Sambung balik cerita match maker. Lelaki tu aku kenal dengan nama S. Cukup setakat tu. Nak cerita lagi tunggu minggu depan, sebab aku malu nak cerita sekarang. Pergh, macam dah tebal gila kulit muka aku sekarang ni. Kalau boleh ukur berapa tebal, mesti sama tebal dengan buku Harry Potter.
Tinggal lagi 12 hari je lagi nak jadi wanita muda berusia 23 tahun (muda tu kena letak supaya tak nampak tua sangat). Banyak yang aku belajar sepanjang menjadi wanita muda berusia 22 tahun. Impian yang aku target untuk capai pada usia 22 tahun tak tercapai, aku harap sangat boleh dilaksanakan pada usia 23 tahun. Dan aku akui, perjalanan menjadi seorang manusia berumur 22 tahun takkan aku lupakan, banyak pahit manis yang terpaksa aku lalui. Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai anak angkat. Banyak asam garamnya.
Mungkin perkara pertama yang akan aku lalui apabila menjadi wanita muda berusia 23 tahun adalah mengenali lelaki bernama S. KAHKAHKAHKAH. Kalau korang jadi aku, korang nak buat apa dengan lelaki tu? Cuba cakap sikit. Buat pekasam ke, buat bodoh ke, apa-apa lah.
HEHEHEHEHEHE
*blushing*
Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. Yea...Esok boleh shopping. Sabtu boleh dating.. Ahad boleh tunang. HAHAHAHA. Kontroversi betul.
Match maker
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
15 comments:
dgn aku msti ko nak keluarkan?
minggu depan leh kawin.. samb ayat
huhuhu..
gud luck. berkawan biar seribu
tak sabo nak tunggu kisah selanjutnyer...auntie dot! jeng..jeng..jeng....!!!!!
a.b.
haha, kau misteri sgt..takot aku.
ateh
ish ish..ke situ pulak..
org laen la yg tunang..
bkn sy
cinta TAK datang kalau kita tak mencari..hidup akan alone sampai bila2..take a risk..biarlah jadi perempuan yang normal.fitrah manusia lelaki memerlukan perempuan sebagai teman hidup dan perempuan perlukan lelaki sebagai pembimbing hidup..itulah kuasa ciptaan yang maha Esa..
LadyNas
haha..aunty dot..mcm perempuan isteri dan dot dot dot pulak..
ni pun lg sorg match maker ni..
raptor
huhu..ye ye, thanx..
buat2 minat udah ler..menambahkan kenalan.. moga berjaya ain! berusaha!!
dh jd auntie dot eh skang..haha...
so auntie dot..bile lg nak pak pom pak pom..hehe..
jgn lupe hebahkan kat blog tau cite terbr auntie dot tau..=)...
Kak Iena
huhuhu..buat2 minat tu yg susah..
kalau hati x rela..
Dilot
huhu..ni nas pnye keje la..anty dot lak jdnye..
aish, lmbt lagi lasyg oii..duit pn xckup lg nk kawen ni..haha..
tp kalau kawen, mesti jmput kwn2 sume..dunt worry..cehhhh!
"sok boleh shopping. Sabtu boleh dating.. Ahad boleh tunang."
suka ayat neh. happy sajo!
tade tensi2 kan?
ngee~
CINTA PERTAMA separuh mati...
CINTA KEDUA berbelah bagi..
CINTA KETIGA dah tak bererti...
TAK BERCINTA terasa rugi....
ntah la labu...huhuhuhu
cik Ian
hehe..kena paham betul2 ayat tu..tersirat tu..
mmg xpyh tensi2..
enjoy sudaa..
pakcik dot
bermadah pulak pakcik ni..
tp mmg betol la, tak bercinta mmg terasa rugi..
jom bercinta ramai2..
try je la... xsalah pun.. mungkin dari sinie boleh memperbaiki kesilapan diri ek...
eh tempalte nie same la dgn http://darimejakaunselor.blogspot.com/
hoho. ko try je kapel jap ngn die. phtu ko dump die. aaa. kasi die rase skettt
Framestone
huhu..tau dah..da ade org bgtau..
ubey
haha, kejam sunggoh..xnk la aku mainkn perasaan org..nnt aku lak yg kena, susah. org skrg suka pakai ilmu hitam..bahaya..
Post a Comment