• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Antu dalam botol

Bismillah...

Sila ambil perhatian.

Entry kali ini mungkin berunsur seram sedikit. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai penyakit lemah semangat, lemah batin, kencing manis, darah tinggi, kencing masam, kentut busuk, dan sebagainya silalah beware kerana mungkin penyakit anda akan menjadi bertambah parah apabila melihat gambar-gambar dan video porno ini.

Tempoh hari saya ada bagitahu berkaitan makhluk yang kerap mengganggu mami ketika waktu tidur. Rabu lepas, makhluk tersebut telah berjaya ditangkap dan telah dimasukkan ke dalam lokap, eh eh silap.. ke dalam botol untuk dibuang ke tempat pelupusan sampah. HAHA. Yang ini kau jangan percaya sebab aku tipu.

Sesi penangkapan makhluk tersebut telah dilakukan oleh dua jejaka hensem. Pewit pewit dan abang saya. Mula-mula ingatkan abang-abang seekers ni pakai kopiah ke ketayap ke, sebab kerja mereka ni memang menangkap makhluk halus dan memerlukan iman yang kuat serta ayat-ayat bacaan semua. Tapi rupa-rupanya tidak. Mereka cukup sempoi, macam abang saya jugak lah. Dan juga pemalu. HAHAHA. Yang ini aku reka. Tidak dilupakan hensem. Pewit pewit lagi sekali. KAH KAH KAH. Abaikan.

Mereka tiba di rumah lebih kurang pukul 9.54 malam dan memulakan sesi mentera pada jam 10.06 mlm. Mentera semerah padi, kemenyan semua takda pakai. Dia pakai ayat-ayat suci Al-Qur'an, garam dan lada hitam. Satu pesanan, DON'T TRY THIS AT HOME. Pada mulanya saya nak turut serta melihat bagaimana sesi penangkapan berlaku. Tapi macam tak berapa berani takut kena histeria, jadi saya duduk di tingkat bawah bersama mami menonton American Idol musim terbaru di TCS5. Channel ni orang Johor je dapat, Melaka, Terengganu, Selangor suma takda dapat. Lebih-lebih lagi yang pasang Astro. Jangan harap nak dapat channel 5 tu. Ni dah masuk topik lain, baik kita teruskan ke agenda asal.

Saya ada juga jenguk-jenguk ke atas tapi seperti biasalah, ciri-ciri pengecut tu masih ada walaupun takdalah pengecut sangat pun. Sesi tangkapan berjalan lancar, dan selesai lebih kurang pada jam 10.30 malam. Kau pernah tengok Supernatural tak? Ala, yang Jensen Ackles berlakon tu. Yang hensem tu. HAHA. Ha, diorang tangkap makhluk lebih kurang macam dalam cerita tu lah. Pakai garam dan lada hitam. Cuma yang membezakan abang-abang seekers ni dia simpan makhluk tu dalam botol buat pekasam.

Sekarang sesi gambar dan video. Siapa yang takda berani, jangan berani-berani tonton okeh. Kang tak pasal-pasal histeria sebab baca blog berantu aku nih.



Ini botol kosong. Digunakan untuk 'menyimpan' makhluk tersebut. Dan ini, botol berisi makhluk tersebut, yang telah diselubungi dengan kain hitam.



Sebelum gambar diambil, botol yang telah diisi dengan makhluk yang telah ditangkap diselubung dengan kain hitam bagi memudahkan figura makhluk itu dikenal pasti. Itu petuanya la, saya memang tak tahu. Ini gambar makhluk tersebut, setelah diperhatikan dengan betul-betul sebenarnya ia berwarna hitam. Menurut abang 'Dean' tersebut (watak dalam Supernatural), makhluk itu sebenarnya berwarna hitam. Tetapi di dalam video ia kelihatan seperti berwarna putih. Mau tonton videonya? Saya ada letak di facebook. Tapi bagi memudahkan anda yang belum add saya di Facebook (eceh, konon mintak add lah ni), saya akan upload juga video tersebut di sini.


Anda perhatikan video ini betul-betul dan anda akan dapat kenal pasti yang mana satu. Sila abaikan suara latar kerana itu merupakan suara saya dan mami yang tengah excited melihat gambar hantu lain yang telah ditangkap oleh abang seekers tersebut.

Selepas sesi tangkapan saya terlupa nak minta sign autograph daripada abang-abang seekers tu. HAHAHA. Tebiat apa budak ni, mungkin itu yang akan dikatakan.

Sekarang pun saya ada sedikit takut untuk tinggal keseorangan di rumah. Sebelum ni, aku lepak je, takda kesah kena tinggal. Sekarang mesti berteman. Kalau tak nanti, tiba-tiba ternaik bulu roma. Sekarang ni pun bulu roma ternaik sendiri.

Sebab aku bersin la. HAHAHAHAHAHA.

Sekian, Nurul Ain melaporkan untuk TV Seram.


10 comments:

Unknown said...

eh, ingatkan citer lawak2..nyesal bace..huuu~

мyΞ'™ said...

hahahha..serius gila psl antu ni?
haishh..

dun worri psl transport..
driver aku de.
hehe..
papehal aku msg ko la, ok?

:)

my name is Ain said...

Zana
la, menantikn cerita lawak ke? xpe2..nnt sy buat cite hantu lawak..

tenaek bulu roma tak? ngeh3

my name is Ain said...

myeserius nih..xde tipu2..
kau sndri dgr sore aku kt blkg tu kn?

hehe..ye ke?
ok la kalo cm tu..
xsaba nk kuar2 ngan member, da lame x hang out jln2 tgk movie..

rmh mak cik aku dkt ngan shopping complex..haha

sif said...

mcm ko je dlm tuh..bukan ey??
hahahahaha~

my name is Ain said...

suzy
huhu..keji betol..
laen gle la..aku cun gila..
benda alah tu, xcun lnsg..malah buruk sunggoh..
itu pun kau xleh bezakn ke?
ngeh3

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

saya@ateh said...

memula igt makhluk halus 2 mcm tikus ke, apa ke, rupanye bebetul.
dahla bru tgk citer jgn tegur.. aiyaaa..

Akmad Toshiro said...

wehh..tipu jer kamu nie...hahaha..bukti tak cukup kukuh!

my name is Ain said...

anak pendang sekeluarga
terima kasih sudi lawat dn meninggalkan komen..ok insya-Allah..

ateh
ye ke? best x cite jgn tegur tuh? tgk trailer cm gempak la kononnye..

akey87
nak caye ke tanak caye ke terpulang..sbb gambar dan video tu mmg diambil oleh abang gue di rumah aunt gue..lu xmo pecaya tepulang la..

lg pun kat bumi bukan ke mmg ada makhluk lain selain dari kita, haiwan dan sebagainya...

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards