• Post Title 1

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede ...

  • Post Title 2

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 3

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla ...

  • Post Title 4

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem...

Jawapan teka-teki semalam

Kepada sesiapa yang masih lagi belum mencuba untuk menjawab soalan teka-teki semalam, silalah. Kerana pada entry hari ini, saya akan memberikan jawapannya . Pegi baca sana dulu, jangan nak tau jawapan terus. HEHEHE.

Kepada Ubey, Mai, Kak Tiha, Wai, Kak Iena, Kak Yanie, Esofagus, Mohamad, dan sesiapa saja yang menjawab dalam hati, terima kasih kerana mencuba. Hanya seorang saja yang dapat menjawab dengan 80% betul iaitu Kak Yanie. Ini jawapan yang diberian.

ikan paling kecil...ikan bilis...

paling beso..ikan paus...hahaha [watak ikan paus ada tak dalam citer nih...kalau tak ada...sila tambah watak nyer...kekkeke]

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣


Saya tidak kata ia 100% betul, tapi 80% betul. Kenapa saya kata ia 80% betul? Mari kita selidik sedikit demi sedikit.

Ikan yang paling kecil adalah ikan bilis. Tetapi tahukah kita bahawa terdapat ikan yang lebih kecil dari ikan bilis sebenarnya? Ianya lebih spesifik dan mungkin anda akan mempunyai perasaan ingin hantuk kepala saya ke dinding atau apa, itu saya tidak tahu. Cuba anda fikirkan kembali. Dah lama takda belajar, otak pun agak slow sedikit. Nak fikir pun punya lah susah, kena panaskan enjin dulu.

Okeh. Seperti yang kita semua sedia maklum, ikan paus adalah ikan yang terbesar di dunia. Tetapi ada sumber yang mengatakan, paus sebenarnya bukan tergolong dalam kumpulan ikan kerana paus adalah sejenis mamalia yang tinggal di dalam air. Tapi kenapa kita masih memanggil ia ikan paus bukan paus sahaja? Entah, yang itu saya belum membuat kajian lagi. Ngeh, banyaklah kau punya kajian.

Dah nama pun teka-teki. Mungkin jawapannya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Kadang kala ada jawapan yang tidak masuk akal langsung. Mungkin jawapan untuk teka-teki ini pun tidak masuk akal juga. Tujuan saya cuma satu, untuk membuatkan anda terhibur. Yang bekerja mesti stress dengan kerja. Yang study mesti tengah pening study sebab sekarang tengah musim exam. Yang suri rumah pun, tension jugak dengan kerja kat rumah yang tidak pernah siap. Macam-macam lagi.

Marilah kita bergelak ketawa. Bersuka ria, hilangkan segala duka, tension di kepala. Tetapi, Allah tetap kena ingat selalu. Dah bersedia untuk mengetahui jawapan sebenar bagi teka-teki edisi-tak-guna-satu-sen ini?

Jawapannya ialah :

Ikan terkecil : Ikan bilis lahir tak cukup bulan
Ikan terbesar : Ikan paus goreng tepung

HAHHAHAHAHAHAHHAAHA...

Jangan marah..

Kepada Kak Yanie: Tahniah! Anda bijak.. Yang lain-lain pun tahniah juga kerana mencuba.


p/s: Dalam kita bersuka ria pada waktu ini, ada insan sedang berduka. Sahabat baik kakak saya yang baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga telah pulang ke Rahmatullah pada usia 32 tahun petang semalam kerana penyakit Telesemia. Mari sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Siti Mariam supaya rohnya berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.



17 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah..

LaDy NaS said...

baik punya cilok. al fatihah! cikgu saya pon baru meninggal minggu lepas kerana kanser hati. muntah darah 4 baldi. dia baru sebulan berkahwin dan inai masih merah di jari..al-fatihah.

мyΞ'™ said...

siot je kau.
ikan paus goreng tepung!!

al-fatihah~

pn-iena said...

ehhehehehe adeii kelakar lah ada ker ikan bilis tak cukup bulan... dah tu paus goreng tepung.. kesabaran sungguh... :P

pn-iena said...

salam takziah keluarga arwah..Al-fatihah moga rohnya berada dlm keadaan yang aman dan dirahmati allah..

my name is Ain said...

Zana
ye mari baca ramai2..

Lady Nas
ye ke? sampai 4 baldi muntah? Kesian sungguh.. ye ye mari sama2 baca..

Mai
hehe..sila sila marah aku..haha

Kak Iena
hehe..jwpn mmg xlogik langsung kan? sbb jwpn saya yg buat, teka-teki pn sy yg buat..haha..

Al-fatihah juga..

paan said...

aku rasa teka teki berguna 2 sen.hahaha

Admin said...

haha. berudu tu ikan gk tu

my name is Ain said...

paan
hehe..ada gak harga ek?

my name is Ain said...

ubey
tp ade ke org pnggl ikan berudu? xde kan? haha, bukan la tu..nice try =)

said...

dik...
akak jawab betul kan...
BAK SINI HADIAH...

ahahhaha ikan paus goreng tepung....

kekekkeke

esofagus said...

ok2..ikan ape plg top skali??haha..try jwb..

my name is Ain said...

esofagus
eh eh..dia pulak tanya org..huhu

jwpn: ikan free willy kot..

Tihara said...

..ikan dinasour celup tepung lg besor..akak dah wat kajian toww..

Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk insan terdekat..amin

saya@ateh said...

x sempat jawabla.. smlam bz.. ikan goreng tepung sedaap, lapar plak.. ikan bakar pun best gak
Al-fatehah

my name is Ain said...

Kak Tiha
hehe..ye ke? xpe, next time kalau sy buat teka-teki ni lg, jwpnnya will be ikan dinosaur goreng tepung pulak..ok?

Teh
hehe..lapa yek..pagi la mkn..nt saket perut masuk angin..

maxstoto said...

al-fatihah...


hahaha...ekekeke...dah nama teka teki kan.. ekekeke...

hehehe... sy ada satu teka teki nih.. ehehehe...

"knp kita jadi mudah ngantok bila kita berada di dalam kereta?"

**hanya untuk orang yang rasa mengantuk saja.. ehehehe...

jawab2..ehehehe...

Post a Comment

Blog Kita

Blog Kita
 
Copyright © ini sebuah kisah. Original Concept and Design by My Blogger Themes | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards