Secara totalnya, saya berkerja dibawah naungan syarikat yang 100% kepunyaan bukan melayu atau dalam kata yang mudah BUKAN ISLAM. Dan secara totalnya juga, pekerja-pekerjanya juga merupakan 100% bukan melayu. Itu pun sebelum saya masuk bekerj di sini. Tapi sekarang, 99% bukan melayu dan 1% melayu iaitu saya.
Maka keadaan di office ini memang sangat berlainan, iaitu tiada bilik solat disediakan. Sebelum berpindah ke pejabat yang baru, kawasan yang lama juga tidak mempunyai bilik untuk bersolat. Nasib terdapat surau di kawasan berdekatan, dan saya kerap mengunjungi surau tersebut pada waktu Zuhur bagi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Itu pun setelah berjalan kaki selama 10 minit di bawah panas terik. Saya tidak pernah menganggap ia sebagai satu halangan, malah saya anggap sebagai cabaran bagi saya. Terutamanya pada bulan puasa yang lalu. Memang dugaan betul. Tapi saya terima dengan tabah. Berbekalkan payung yang bukannya ada UV protection tersebut.
Di pejabat baru pun begitu. Tiada bilik solat disediakan kerana yang beragama Islam hanyalah saya seorang. Pada mulanya mendatangkan masalah kepada saya, kerana kawasan surau berdekatan memakan masa selama 20 minit untuk berjalan. Dalam tempoh beberapa bulan, saya terpaksa mengqada' kan solat tersebut, walaupun hakikatnya saya tahu, berdosa meninggalkan solat dengan sengaja. Saya tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana pergi dan pulang dari kerja dihantar dan di ambil oleh mami. Tetapi, lama kelamaan hati saya jadi tak tenteram, gelisah saja setiap kali meninggalkan solat.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meminta kebenaran menggunakan bilik yang didiami oleh abang majikan saya untuk dijadikan tempat untuk bersolat. Nasib baik mereka memahami, dan membenarkan saya menggunakan bilik tersebut untuk tujuan itu. Tetapi, majikan lelaki saya kerap bertanya mengenai solat kepada saya.
Kenapa kena sembahyang? Sebelum ni i tak nampak pun u sembahyang? 1 hari berapa kali mahu sembahyang? Kenapa banyak sangat? Kalau orang kerja yang sibuk sangat boleh tinggalkan tak? You tak rasa susah ke kena sembahyang? Nasib cina punya sembahyang senang. Kenapa lelaki je yang kena sembahyang kat masjid? Dan macam-macam lagilah soalan yang diajukan kepada saya.
Tak nafikan masa mula-mula kena soal tu memang sakit hati jugak. Aku hormat agama kau, why not kau hormat agama aku jugak. Aku takda kacau kau punya berhala, jadi kau jangan kacau aku nak solat. Tapi, saya fikir-fikir balik, mungkin ini salah 1 ujian yang saya kena lalui. Saya jawab dengan baik, tak nak bagi bad impression pada yang bukan beragama Islam ni. Tapi mereka tetap mempersoalkan kenapa mahu solat, dan mereka juga rasa yang solat itu menyusahkan dan tak praktikal untuk mereka yang sibuk bekerja.
Dalam hati saya berbisik, mungkin sebab itu, kau bukan dalam golongan orang-orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah. Tapi siapalah saya untuk menghakimi. Terserah pada mereka. Asalkan jangan melarang saya dari melakukan solat sudah. Sekarang saya rasa lebih tenang, sebab dapat melakukan solat 5 waktu setiap hari.
Sebenarnya, apa yang saya nak kata, mereka-mereka ni kerap memerhatikan kita umat Islam. Kenapa ada yang pakai tudung, ada yang tidak. Kenapa ada yang solat kat masjid pada hari Jumaat, tapi kebanyakkannya tidak (untuk lelaki). Kenapa ada yang main judi, tapi tahu judi tu haram. Macam-macam lah. Bila soalan ini kerap ditanya, menjadikan diri saya semakin kerdil, dan malu. Banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki supaya umat Islam tidak dipandang rendah oleh mereka-mereka ini.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah. Sama-sama perbaiki diri. Tegurlah saya jika ada salah dan silap dalam menuturkan kata dan bicara. Saya pun hamba Allah yang sering melakukan kesilapan.
6 comments:
ain, kt tpt aku b4 ni adela surau leh muat 5 org.tp ttibe je diorg tarik blk n jdkn blk stor yg sgt sempit as surau baru..
marah jgkla kitorg ni.tp management still wt xksh je
emmmmmmmmmmm, reality strikes kan bile kte fikir balik nape org len pandang serong kat org melayu/islam.. sbb org melayu/islam sendri pun complicated sgt..
memang sukar sekali sekiranye dihujani ptanyaan2 sebegitu kan. aku pon penah dtanye2. nak menjawab tuh susah bile kite pon x seperfek mane
iylia
huhu..tu la, diorg ni cm xhormat pd agama kita..kalau mcm ni, boleh je wat report kn? tp xtau nk report kt bhgn mane..
ronnie
tu la, org melayu/islam sendiri yg buat agama kita ni nmpk complicated, padahal sebenarnya x pn..
wanirani
yup..exactly..kdg2 rs cm nk mrh je bnyk sgt soalan yg diorg tnye.. yg diorg dok tonggang tonggek depan patung tu xde lak kte persoalkan..rite?
sepandai mana pun org kafir tu, diaorang tetap x dapat fikir yg diaorang la yg paling bodoh sebab sembah objek yg dibuat oleh manusia sdiri... huahuahua
NoRT
yup..you are right..
sembah benda yg dibuat sendiri..
xmasuk akal lnsg..
Post a Comment